You are on page 1of 7

PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN

JABATAN TEKNOLOGI AWAM

DCA1143 : SOIL MECHANICS

NAMA PENSYARAH
TAJUK AMALI
TARIKH AMALI
TARIKH HANTAR
NAMA
NAMA AHLI KUMPULAN NAMA NO ANGKA
GILIRAN

MARKAH

ULASAN
PROBA MACKINTOSH

OBJEKTIF
Ujian Proba Mackintosh dijalankan untuk mendapatkan nilai keupayaan galas tanah.
Keputusan yang diperoleh daripada ujian ini akan memberikan gambaran secara kasar
mengenai kekuatan lapisan tanah pada titik tersebut.

PERALATAN

Bil Bahan/Komponen/Peralatan Saiz Kuantiti

1 Rod besi 1.2m panjang dan -


berdiameter 12.5mm

2 Kon keluli berdiameter 25mm -

3 Penyambung -

4 Set penukul -

5 Pita ukur -

6 Penarik rod -

7 Kapur tulis/Marker pen -

PANDUAN KESELAMATAN
a) Sentiasa memakai pelindungan mata.
b) Tanggalkan cincin dan jam tangan sebelum memulakan kerja
c) Memakai pakaian yang bersesuaian dengan kerja-kerja proba mackintosh.
d) Memakai alatan dalam keadaan baik sebelum ia digunakan.
Prosedur Menjalankan Proba Mackintosh

Bil Prosedur Gambar


.

1. Kon keluli disambungkan pada bahagian bawah rod besi dan


set penukul pada bahagian atas rod besi

2. Rod besi serenjang ditegakkan dengan permukaan tanah pada


titik yang hendak diuji.

3. Jarak sela 0.3m pada rod besi diukur dan ditandakan dengan
kapur.

4. Penukul diangkat sehingga had maksimum dan lepaskan.

5. Bilangan hentaman bagi penusukan 0.3m dikira.

6. Data jumlah hentaman pada setiap penusukan 0.3m dicatatkan


dalam jadual Ujian Proba Mackintosh.
7. Set penukul ditanggalkan dan disambungkan pada rod besi
yang lain di kepala rod besi yang asal pada sela 0.3m terakhir.

8. Setiap jarak 0.3m pada rod ditandakan semula. Hentaman


dilakukan semula dan ulangi.

9. Hentaman hendaklah dihentikan apabila:

a. Bilangan hentaman mencapai 400 kali bagi penusukan


0.3m (Tanah mempunyai keupayaan galas tanah tinggi)
b. Kedalaman penusukan mencapai 15m. (Tanah
mempunyai keupayaan galas tanah rendah).
Penyiasatan tanah yang lebih terperinci diperlukan
dengan menggunakan ujian penjaraan.

10. Rod ditarik keluar dari tanah menggunakan penarik rod dan
bersihkan rod besi, kon keluli dan penyambung selepas
digunakan.
DATA

1. Lapisan AB
i. Jumlah hentaman dari A ke B =
434 – 0 = 434

ii. Jumlah sela dari A ke B =


15-0
0.3
=5

iii. Oleh itu, bilangan hentaman / 0.3m =


434
5
=87
Nilai keupayaan galas tanah bagi lapisan AB yang diperoleh daripada graf piawai ialah
308.2 KN/m2

2) Lapisan BC
i. Jumlah hentaman dari B ke C =
626 – 434 = 192

ii. Jumlah sela dari B ke C =


1.8 - 1.5
0.3
=1
iii. Oleh itu, bilangan hentaman / 0.3m =
192
1
=192
Nilai keupayaan galas tanah bagi lapisan BC yang diperoleh daripada graf piawai ialah
melebihi 400 KN/m2
3) Lapisan CD
i) Jumlah hentaman dari C ke D =
688 - 626 = 62
ii) Jumlah sela dari C ke D =
2.1-1.8
0.3
=1
iii) Oleh itu,bilangan hentaman / 0.3m =
62
1
=62
Nilai keupayaan galas tanah bagi lapisan CD yang diperoleh daripada graf piawai ialah
180.9 KN/m2

4) Lapisan DE

i) Jumlah hentaman dari D ke E =

1024 - 688 = 336

ii) Jumlah sela dari D ke E =

4.2-2.1
0.3
= 2.1
0.3
=7

iii) Oleh itu,bilangan hentaman/0.3m =

336
7
=48

Nilai keupayaan galas tanah bagi lapisan DE yang diperoleh daripada graf piawai ialah
127.3 KN/m2
RUMUSAN

Amali proba dijalankan pada tarikh 16/8/2023, di padang hadapan surau. Ujian Proba
Mackintosh yang dilakukan dapat menentukan profail lapisan tanah, bagi menentukan
keupayaan galas di tapak, untuk mengkaji secara terperinci mengenai penyiasatan tapak
dan untuk mengetahui keadaan kawasan tanah dan jenis bangunan yang akan dibina.
Berdasarkan amali yang dijalankan, Kumpulan kami memperoleh empat lapisan tanah. Nilai
keupayaan galas tanah pada lapisan pertama (AB) ialah 308.2 KN/m2, lapisan kedua (BC)
melebihi 400 KN/m2, lapisan ketiga (CD) ialah 180.9 KN/m2 dan lapisan keempat (DE)
ialah 127.3 KN/m2. Nilai bilangan hentaman bertokok maksimum ialah 1024.

Antara permasalahan yang berlaku semasa menjalankan ujian ini ialah tanah agak
keras semasa pertama kali menjalankan ujian. Manakala pada kali kedua, keadaan tanah
adalah lembut.

You might also like