You are on page 1of 4

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan dalam pembinaan. Ia merupakan gabungan simen dan aggregat seperti pasir, batu baur halus dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah mengikut kadar pencampuran tertentu seperti yang telah ditetapkan.

Ia merupakan salah satu daripada bahan binaan yang paling penting dan paling banyak digunakan di dalam sesuatu projek pembinaan. Oleh sebab itu, teknik yang digunakan bagi menghasilkan konkrit yang baik perlulah difahami dan diberi perhatian dengan teliti. Kualiti konkrit yang dihasilkan bergantung kepada kualiti bahan-bahan mentah yang digunakan seperti simen, batu baur dan air, kadar pencampurannya, cara pembancuhannya,cara pengangkutannya dan cara-cara pemadatannya. Jika bahan mentah yang digunakan tidak berkualiti, maka konkrit yang dihasilkan akan mempunyai mutu yang rendah dan akan mengakibatkan konkrit
1

tersebut tidak kuat dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Oleh itu, teknologi konkrit telah menentukan bahawa semua bahan yang akan digunakan perlulah diuji terlebih dahulu dan kemudian mendapat kelulusan piawaian yang telah ditetapkan sebelum ia dapat digunakan untuk kerja-kerja pembinaan. Dalam bentuk biasa konkrit terdiri daripada simen Portland, aggregate pembinaan (biasanya batu kelikir dan pasir) dan air.

Konkrit tidak mengeras kerana kering setelah dicampur dan dituang; air bertindak balas dengan simen dalam proses kimia yang dikenali sebagai pengeringan mineral. Air ini diserap oleh simen, yang mengeras, mengikat komponen lain serentak dan akhirnya membentuk bahan seperti batu. Konkrit lebih banyak digunakan berbanding bahan buatan manusia di bumi ini.Ia digunakan sebagai laluan pejalan kaki, membina struktur, asas, jalan, jalan lintasan, struktur meletak kereta, dinding batu-bata, dan dasar bagi pintu pagar, pagar, dan tiang.

1.2

Pernyataan masalah

Kewujudan pembangunan yang pesat bak cendawan yang tumbuh selepas hujan di negara ini telah menyebabkan permintaan terhadap aggregat kasar yang semakin meningkat.Justeru,negara kita mengalami kesukaran untuk memperolehi aggregat kasar yang diketahui sebagai bahan utama di dalam bancuhan konkrit.Oleh itu,kajian ini menekankan penggunaan sisa besi mengikut peratus yang ditetapkan sebagai gentian kepada batu baur kasar.Campuran konkrit cubaan mestilah sering dihasilkan untuk mendapatkan kadaran terbaik simen,air,aggregat kasar dan halus serta bahan lain yang hendak digunakan untuk mematuhi keperluan kajian dalam kaedah yang ekonomi tetapi selamat.

1.3

Objektif kajian

Secara ringkasnya,objektif kajian ini adalah seperti berikut :

i. ii.

Mengetahui ciri-ciri aggregat kasar dan sisa besi. Mengetahui ciri-ciri konkrit yang dicampurkan sisa besi.

1.4

Skop kajian

Dalam kajian ini,aggregat kasar akan digantikan dengan sisa besi di dalam bancuhan konkrit.Sisa besi tersebut diperolehi daripada kilang besi.Kajian ini akan dijalankan selama tujuh dan juga dua puluh lapan hari,dan akan menggunakan sebanyak dua puluh empat mould.Peratusan sisa besi yang akan digunakan didalam bancuhan konkrit adalah 0%,10%,20% dan 30%.Beberapa ujian makmal akan dijalankan di antaranya ialah ujian analisis ayakan batu baur kasar,ujian keruntuhan dan ujian mampatan kiub.

Darjah kebolehkerjaan merupakan satu ukuran terhadap cara penggunaan konkrit dalam struktur tertentu.Kebolehkerjaan diukur berdasarkan penentuan ujian penurunan konkrit.Jika nilai turun konkrit itu tinggi maka kebolehkerjaannya adalah tinggi.Ini bermakna campuran konkrit tersebut akan lebih mudah dipadatkan dan dikerjakan apabila dituang ke dalam struktur yang mempunyai kedudukan tetulang yang rapat.Sebaliknya konkrit yang mempunyai kebolehkerjaan yang rendah tidak sesuai digunakan untuk struktur tersebut kerana ia sukar untuk dipadatkan dengan baik dan akan menghasilkan konkrit yang berongga. Konkrit dianggap sebagai berkualiti baik apabila mempunyai kekuatan mampat yang tinggi,tahan lama dan tidak mudah ditelapi air.

1.5

metodologi Pemilihan Topik

Kajian Literatur

Penyediaan Sampel

Penyediaan Campuran

Kerja Makmal

Hasil

You might also like