You are on page 1of 3

FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM DAN ALAM SEKITAR

PROJEK SARJANA MUDA 1

BFC 43402

4 BFF 2019/2020

PSM PROPOSAL

JABATAN KEJURUTERAAN STRUKTUR DAN BAHAN

NAMA: NURUL SYAHIRAH BINTI AB. RASID

NO. MATRIK: AF160120


TAJUK

PENGGUNAAN SERBUK KULIT KUPANG SEBAGAI BAHAN GANTIAN SEPARA


AGREGAT HALUS DI DALAM KONKRIT RINGAN

SINOPSIS

Konkrit banyak digunakan dalam pembinaan. Konkrit adalah campuran simen, batu, pasir
dan air. Sifat konkrit basah dan keras banyak dipengaruhi oleh nisbah air simen dan pemilihan
agregat halus atau pasir. Konkrit ini adalah ringan dari konkrit biasa dan penggunaannya
berleluasa di luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Sweden. Sifat utama
konkrit ringan ini ialah ketumpatan dan pengaliran haba yang rendah. Kelebihan bahan ini di
mana perngurangan berat bahan amat ketara, justeru pembinaan lebih mudah dan pengurangan
perbelanjaan dari segi pengangkutan untuk pembinaan.

Seterusnya, konkrit ringan menggunakan batu baur ringan. Batu baur ringan ini boleh
terdiri daripada batu baur ringan yang digunakan dalam konkrit biasa iaitu batu baur kasar dan
pasir, tanah liat, sanga berbusa, batu hangus, batu hancur, batu baur organik dan bukan organik.
Penggunaan serbuk kulit kupang digunakan sebagai bahan gantian separa agregat halus dalam
kajian ini. Kulit kupang adalah penutup pelindung kerang moluska dan merupakan bahan
buangan yang dihasilkan daripada industri makanan.

PENYATAAN MASALAH

Merujuk kepada Musico (2007), “Apabila kupang dimakan, sejumlah besar sisa buangan yang
dihasilkan kebiasaanya akan dibuang ke tempat pembuangan sampah atau dibakar. Kajian ini
bertujuan untuk menentukan perubahan yang disebabkan oleh penggantian serbuk kulit kupang
di dalam konkrit ringan sebagai agregat halus dari segi:

1. Kebolehkerjaan
2. Kekuatan mampatan
3. Unit berat
OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti sifat fizikal serbuk kulit kupang.


2. Mengkaji keupayaan konkrit menggunakan serbuk kulit kupang sebagai bahan gantian
agregat halus dalam konkrit ringan.
3. Menentukan peratus kuantiti optimum serbuk kulit kupang di dalam konkrit ringan.

SKOP KAJIAN

Di dalam kajian ini, simen Portland biasa (OPC), batu, air, pasir dan serbuk kulit kupang
digunakan. Serbuk kulit kupang digunakan sebagai bahan gantian separa agregat halus dengan
saiz yang kurang daripada 5mm. Di dalam kajian ini, sifat fizikal serbuk kulit kupang dan pasir
akan diuji menggunakan ujian analisis ayak dan ujian graviti tentu. Kajian ini menggunakan kiub
konkrit yang bersaiz 100 mm × 100 mm. Ketumpatan konkrit ringan ialah 90 ke 115lb/ft³ (1440
ke 1840 kg/m³). Peratusan kuantiti yang akan dikaji ialah 0%, 5%, 10%, 15%, 20%, dan 25%.
Kuantiti sampel kiub yang akan diambil adalah sebanyak 72 sampel. Ujikaji yang akan
dijalankan untuk kajian ini adalah ujian kebolehkerjaan, ujian ketumpatan, ujian mampatan dan
ujian serapan permukaan awal (ISAT). Tempoh yang diperlukan untuk menjalankan ujikaji ini
adalah selama 7 hari dan 28 hari.

JANGKAAN KAJIAN

Konkrit ringan tersebut akan mencapai spesifikasi yang sepatutnya. Serbuk kulit kupang
yang menggantikan agregat halus itu dapat memberikan reaksi yang hampir sama seperti agregat
halus biasa seperti pasir. Penggunaan kulit kupang ini mempunyai kebaikan tersendiri. Jangkaan
kajian ini akan mendapat lihat bahawa ketumpatan konkrit akan menjadi lebih ringan, graviti
tentu serbuk kulit kupang hampir sama nilai dengan pasir biasa, kebolehkerjaan yang lebih baik
dan kurang ketelapan.

You might also like