You are on page 1of 4

PENGENALAN KEPADA KONKRIT

Gambar 1 : Kerja-kerja konkrit

Sebagaimana diketahui, sektor pembinaan tidak boleh di pisahkan dengan kerja-kerja


konkrit. Oleh sebab yang demikian sebagai pendatang baru dalam bidang pembinaan,
pemahaman kepada istilah konkrit adalah amat penting. Setiap orang walaupung tidak
berkecimpung di dalam bidang ini namun gambar di bawah pastinya mudah di lihat
keadaanya di setiap tempat yang terlibat dengan pembinaan.
Gambar 2 : Kerja-kerja bancuhan konkrit secara manual (concrete in-situ )

Secara asasnya Konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan
dalam pembinaan. Ia merupakan campuran di antara simen dan aggregat seperti pasir,
batu baur halus dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah mengikut kadar pencampuran
tertentu seperti yang telah ditetapkan.Ia merupakan salah satu daripada bahan binaan
yang paling penting untuk dan paling banyak digunakan di dalam sesuatu projek
pembinaan.

Oleh sebab itu, teknik yang digunakan bagi menghasilkan konkrit yang baik perlulah
difahami dan diberi perhatian dengan teliti. Kualiti konkrit yang dihasilkan bergantung
kepada kualiti bahan-bahan mentah yang digunakan seperti simen, batu baur dan air,
kadar pencampurannya, cara pembancuhannya,cara pengangkutannya dan cara-cara
pemadatannya. Jika bahan mentah yang digunakan tidak berkualiti, maka konkrit yang
dihasilkan akan mempunyai mutu yang rendah dan akan mengakibatkan konkrit tersebut
tidak kuat dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Oleh sebab yang demikian, teknologi konkrit telah menentukan bahawa semua bahan
yang akan digunakan perlulah diuji terlebih dahulu dan kemudian mendapat kelulusan
piawaian yang telah ditetapkan sebelum ia dapat digunakan untuk kerja-kerja pembinaan.

Dalam bentuk biasa konkrit terdiri daripada simen Portland, aggregate


pembinaan(biasanya batu kelikir dan pasir) dan air.
Konkrit tidak mengeras kerana kering setelah dicampur dan dituang; air bertindak balas
dengan simen dalam proses kimia yang dikenali sebagai pengeringan mineral. Air ini
diserap oleh simen, yang mengeras, mengikat komponen lain serentak dan akhirnya
membentuk bahan seperti batu.
Konkrit lebih banyak digunakan berbanding bahan buatan manusia di bumi ini. Ia
digunakan sebagai laluan pejalan kaki, membina struktur, asas, jalan, jalan lintasan,
struktur meletak kereta, dinding batu-bata, dan dasar bagi pintu pagar, pagar, dan tiang.

KOMPONEN ASAS KONKRIT

Konkrit secara asasnya terbentuk daripada campuran tiga bahan utama iaitu simen, batu
baur ( aggregates ) dan air.

SIMEN

Simen yang biasa di gunakan adalah dari jenis Simen Portland. Ia merupakan bahan
asas bagi konkrit, mortar pembinaan dan plaster. Bahan ini mudah di dapati di mana-
mana kedai yang menjual barangan binaan ( Kedai Hardware ). Jurutera British, Joseph
Aspdin telah mepaten simen Portland pada tahun 1824, dan ia dinamakan sempena
tebing batu kapur di Kepulauan Portland Isle of Portland di England disebabkan
warnanya, menyerupai batu yang dikuari di situ. Ia terdiri daripada campuran kalsium
oksida, silikon dioksida dan aluminum okside. Simen Portlanddan bahan seumpamanya
dihasilkan dengan memanaskan batukapur(sumber kalsium) dengan selut dan
mengiling bahan ini (dikenali sebagai klinker), dengan
sumber sulfate (biasanya gypsum). Apabila bercampur air serbuk yang terhasil akan
membentuk hidrate pepejal selepas tempoh tertentu.

Gambar 3 : Ordinary Portland Cement


AIR
Air boleh digunakan bagi menghasilkan konkrit. Nisbah air berbanding simen (w/c ratio
- water cement ratio) merupakan faktor utama menentukan kekuatan konkrit. Nisbah
w/c akan menghasilkan konkrit yang lebih kuat, sementara nisbah w/c lebih tinggi
menghasilkan konkrit dengan kekuatan yang kurang. Paste simen merupakan bahan
yang terbentuk hasil campuran air dan bahan bersimen; iaitu bahagian konkrit tanpa
agregat atau sokongan. Kelenturan atau kelikatannya ditentukan oleh kandungan air,
jumlah kandungan pes simen dalam campuran keseluruhan dan ciri-ciri fizikal (saiz
maksima, bentuk dan gred) agregats.

AGREGATES

Gambar 4 : Aggregates
Campuran air dan simen mengeras dan semakin kukuh dalam tempoh tertentu. Untuk
mendapatkan penyelesaian yang ekonomik dan pratikal, kedua-dua agregats halus dan
kasar digunakan bagi membentuk sebahagian besar campuran konkrit.Pasir, anak batu
dan batu kelikir merupakan bahan utama yang digunakan bagi tujuan ini.
Bagaimanapun, ia semakin menjadi kebiasaan bagi agregat dikitar semula (dari sisa
pembinaan, perobohan dan pembongkaran) untuk digunakan sebagai sebahagian
penggantian agregat semulajadi, sementara sebahagian agregat bahan sampingan
industri, termasuk sanga (sisa) relau bagas dingin udara (air-cooled blast furnace)
dan abu dasar adalah juga dibenarkan.

Batu perhiasan seperti quartzite, anak batu sungai atau serpihan kaca kadang kala
ditambah kepada permukaan konkrit sebagai perapian "agregat terdedah" akhir, popular
dikalangan pereka penghias laman.**

You might also like