You are on page 1of 11

 Konkrit adalah satu bahan komposit yang

terdiri daripada butiran kasar (batu baur)


dan bahan matriks (simen) yang memenuhi
ruang di antara butir batu baur dan
melekatkannya. Konkrit merupakan bahan
binaan yang sesuai digunakan dalam apa
jua pembinaan dengan banyak kelebihan
dan juga kelemahan. Ia boleh dihasilkan di
tapak bina ataupun dikilang pembuatan
konkrit.
Jenis- jenis bancuhan konkrit lebih dispesifikasikan sebagai
gred- gred konkrit yang tertentu. Bancuhan konkrit tidak
lagi dikenali dengan campuran nisbah bancuhan.
Campuran konkrit akan digredkan dengan gred- gred
berikut
a) G15 (1:3:6)
b) G20 (1:2:4)
c) G25 (1:11/2:3)
d) G30 (1:1:2)
Gred ini didefinasikan sebagai satu nombor yang
membayangkan “Characteristic Compressive Strenght”,
konkrit berkenaan dalam unit N/mm².
Gred konkrit boleh dibezakan berdasarkan kepada kekuatan
konkrit yang boleh digunakan mengikut keperluan
penggunaannya. CP 110 mencadangkan kadar yang terhad
bagi merekabentuk peringkat konkrit dengan menyamakan
angka yang digunakan dengan kekuatan ciri dalam sebenar.
Anda boleh merujuk di bawah untuk melihat perbandingan
diantara gred konkrit
JENIS-JENIS BANCUHAN

Berdasarkan amalan CP 114, terdapat tiga 3 jenis bancuhan


konkrit iaitu:-
a) Bancuhan piawai (standard mix)
 Konkrit yang berkekuatan yang tertentu
b) Bancuhan rekabentuk (designed mix)
 Konkrit berdasarkan isipadu
c) Bancuhan nominal (nominal mix)
 Bancuhan yang ditetapkan adalah untuk mempunyai
kekuatan minimanya sahaja

Sementara CP 110 mengkelaskan kepada 2 jenis bancuhan iaitu:


• Bancuhan dah ditentu (prescribed mix)
 Bancuhan berdasarkan berat
• Bancuhan rekabentuk (designed mix)
 Bancuhan berdasarkan isipadu
Air digunakan untuk menghasilkan bancuhan konkrit yang
bersifat plastik dan senang dikerjakan. Jika air yang digunakan
lebih daripada had sepatutnya, kekuatan dan ketumpatan
konkrit akan berkurangan. Jika air yang digunakan terlampau
kurang, konkrit itu susah dikerjakan dan proses penghidratan
tidak sempurna.
Contoh :
a) Nisbah air-simen = Kekuatan Konkrit = Kebolehkerjaan
b)Nisbah air-simen = Kekuatan Konkrit = Kebolehkerjaan
Kadar ini biasanya dikira mengikut isipadu atau berat.
Contoh :
Jika 27 liter air digunakan untuk membancuh satu beg simen
(50 kg), nisbahnya ialah :
27 x 1 = 0.54
50
• Honey comb adalah satu keadaan yang terhasil daripada
konkrit yang telah mengeras selepas acuan dibuka.Ia terjadi
apabila kelihatan kerosakan pada permukaan konkrit yang
menampakkan batu aggregat.Jika hanya pasir yang
kelihatan,itu bukanlah dinamakan honey comb.Terdapat
beberapa masalah atau punca yang mengakibatkan
berlakunya honey comb.
1. Berlakunya pengasingan konkrit apabila semasa kerja-kerja
penuangan dilakukan
2. Penggetaran yang melebihi had sehingga menampakkan
air yang terdapat dalam konkrit keluar dari acuan
3. Jarak ketinggian penuangan konkrit yang melebihi 1.5M
4. Lebar saiz acuan yang kecil menyusahkan kerja-kerja
penggetaran konkrit
5. Cuaca yang panas menyebabkan acuan kering yang akan
menyerap didalam konkrit
6. Terdapat halangan yang banyak semasa konkrit memasuki
kedalam acuan. Contohnya halangan besi yang saiznya
besar ini menyebabkan berlakunya pengasingan
1. Penuangan konkrit hendaklah tidak boleh melebihi
1.5m
2. Menggunakan konkrit pump mix
3. Acuan disiram dengan air sebelum kerja-kerja
konkrit dijalankan
4. Penggentaran hendaklah dihentikan apabila air
keluar dari acuan dan tempoh masa
penggentaran tidak boleh lama
5. Sekeliling acuan hendaklah dipastikan tiada
lubang sepanjang sambungan acuan yang
membolehkan air dari konkrit keluar.

You might also like