You are on page 1of 27

PROSES

PENGELUARAN KAYU
Kayu balak yang cukup matang ditebang

Kayu yang siap dipotong dibawa keluar dari hutan dan dihantar ke kilang untuk diproses

Kayu balak dipotong dan dibelah mengikut saiz yang diperlukan

Kayu yang siap dipotong disusun dan dikeringkan sama ada secara semula jadi atau secara tanur

Proses pengawaetan dilakukan pada kayu untuk menambahkan lagi ketahanan kayu daripada serangan serangga

Kayu yang siap diproses dihantar kepada pengguna mengikut pesanan


PROSES PENGERINGAN KAYU
 Proses pengeringan kayu ialah proses pengeluaran lembapan atau cecair yang terdapat padadinding
sel kayu itu. Tujuan pengeringan dilakukan pada kayu adalah untuk:
i. Mengurangkan kandungan lembapan
ii. Mengelakkan pengecutanMengelakkan kayu meleding dan pecah
iii. Memudahkan kerja yang akan dilakukan pada kayu
iv. Kerja mengecat akan lebih kemas
v. Kayu lebih ringan

 Proses pengeringan kayu boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu dengan cara:
i. Semulajadi
ii. Pengeringan di dalam tanur (kiln drying wood)
 Melalui proses ini cecair didalam rongga sel akan dikeringkan dahulu diikuti dengan
cecairdidalam dinding sel.

 Pengecutan akan berlaku semasa cecair dikeluarkan daripada dinding sel. Jika kayu tidak
dikeringkan, pecahan akan berlaku disekeliling lilitannya.
PENGERINGAN SEMULAJADI
 Kaedah semulajadi merupakan satu kaedah biasa yang digunakan secara meluas di
dalam penghasilan kayu. Ramai orang telah menggunakan cara pengeringan seperti ini
tetapi proses ini merupakan proses yang sangat perlahan dan memerlukan tahap kesabaran
yang tinggi untuk menggunakan kaedah ini.

 Kaedah ini merupakan satu kaedah yang menjimatkan kerana tiada wang perlu dilaburkan
untuk mengeringkan kayu, namun akibat dari pengeringan semulajadi ialah akan ada kayu
yang tidak kering secara seragam atau sekata terutama di tempat yang kurang pengaliran
udara.
 Pengeringan dengan cara semulajadi juga boleh dilaksanakan jika penggunaan kayu
itutidak cepat dan boleh dikeringkan semasa menunggu untuk menggunakannya.

 Kaedah pengeringan semulajadi juga dapat dikelaskan kepada dua cara iaitu:
i. Penjemur terus kayu di bawah cahaya matahari di kawasan yang lapang
ii. Penjemur kayu di bawah cahaya matahari di kawasan yang lapang
tetapi berpeneduh
PENGERINGAN SEMULAJADI DIBAWAH
CAHAYA MATAHARI
 Antara kaedah yang biasa digunakan ialah dengan menjemur terus kayu di bawah
cahaya matahari. Cara ini kurang berkesan kerana kayu hanya akan kering jika cuaca
adalah panas setiap hari atau kemarau. Apabila datangnya hari hujan, kayu akan kembali
basah seperti asal.

 Jika kayu dibiarkan berada dalam keadaan panas-hujan dalam keadaan yang agak lama,
kayu juga akan menjadi rosak iaitu merekah dengan sendiri, melending, berpiuh dan
juga tidak boleh digunakan.
 Contoh pengeringan terus dibawah cahaya matahari adalah
seperti gambar disebelah
PENGERINGAN SEMULA JADI DENGAN
MENGGUNAKAN TEDUHAN

 Untuk mengatasi masalah panas-hujan, pengeringan secara semulajadi juga dapat


dilakukan di bawah tempat berbumbung. Ini akan menyebabkan kayu sentiasa kering
dan tidak akan kembali basah jika hujan.

 Cara ini akan mengurangkan kadar kerosakan kayu akibat dari kecacatan seperti
berpiuh, melending dan rosak
 Contoh pengeringan semulajadi secara berpeneduh adalah seperti
di dalam gambar di sebelah:
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
PENGERINGAN SEMULAJADI

KEBAIKAN KEBURUKAN
 Menjimatkan kos  Proses sangat lambat dan makan masa yang
 Boleh dilakukan dalam jumlah yang lama
banyak  Kayu kering tidak seragam dan sekata
 Tidak memerlukan pembinaan untuk  Kayu akan mudah rosak akibat pertukaran
pengeringan cuaca
PENGERINGAN TANUR
 Kaedah ini merupakan pilihan bagi syarikat pengeluar kayu, kilang-kilang
membuat perabot dan banyak lagi kerana proses ini lebih cepat

 Biasanya pengeringan tanur menjadi pilihan kerana kayu yang dihasilkan daripada
proses pengeringan ini adalah seragam dah kilang dapat mengeluarkan produk yang
lebih bermutu pada masa pengeluaran
 Untuk menjadikan proses lebih cepat, kilang perlu mempunyai tanur atau relau yang dapat mengawal
suhu dan pengaliran udara di dalam relau agar proses pengeringan berlaku lebih cepat.

 Oleh yang demikian, tanur biasanya agak mahal dan mempunyai pembinaan, berbeza dengan
pengeringan semulajadi yang percuma dan tiada pembinaan.

 Masa pengeringan juga dapat dipercepatkan atau dilambatkan dengan hanya meninggikan suhu di
dalam tanur dan mengawal peredaran udara di dalam relau.

 Pada akhir proses, stim akan dimasukkan untuk mengurangkan keretakan dan kerosakan serta
mengawal kecacatan kayu sambil mempercepatkan proses.
 Gambar menunjukkan proses pengeringan tanur yang
dijalankan:
PENGERINGAN TANUR BERJADUAL
 Pengeringan tanur yang berhasil biasanya dapat dicapai dengan penyesuaian suhudan
kelembapan udara yang mengalir di dalam tanur sepadan dengan kayu balak dalam
jangka masa terbabit.

 Syarat ini dapat dicapai dengan penggunaan pengeringan tanur berjadual.


 Dengan menggunakan jadual yang betul, objektif yang diinginkan iaitu mengeringkan kayu
dengan masa yang paling cepat tanpa merosakkan kayu dapat dicapai.

 Berikut adalah faktor yang diambil kira semasa pengeringan tanur berjadual:


i. Spesis balak: oleh kerana keadaan fizikal yang berbeza, keadaan mekanikal dan ciri-
ciri yang berbeza setiap spesis.
ii. Ketebalan kulit balak: kepantasan pengeringan bergantung kepada ketebalan kulit
balak, yakni jika kulit semakin tebal, semakin Panjang masa pengeringan.
iii. Pengeringan penurunan gred: jadual pengeringan yang agresif dan agak cepat
menyebabkan kayu melending, berpiuh, dan rosak.
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
PENGERINGAN TANUR

KEBAIKAN KEBURUKAN
 Masa dapat dipercepatkan  Kos tanur yang tinggi
 Hasil pengeringan seragam  Memerlukan seseorang untuk sentiasa
 Boleh dihasilkan dalam jumlah yang mengawal tanur
banyak  Memerlukan pembinaan yanur yang besar
 Kecacatan kayu dapat dikawal  Jika terdapat kesalahan dalam pengawalan
suhu, kayu akan rosak
PENGAWETAN KAYU
 Bertujuan untukmeningkatkan sifat ketahanlasakan kayu dari serangan, kulat dan
lembapan

 Ciri pengawet kayu yang baik:


i. Tidak memudaratkan manusia dan binatang
ii. Meningkatkan rintangan kebakaran
iii. Mengelakkan logam berkarat
iv. Kebolehresapan yang tinggi mengekalkan sifat semulajadi kayu
v. Bersifat kalis air dan tidak mudah larut
PENGAWETAN KAYU
(KAEDAH SAPUAN)

 Dilakukan dengan menyapu bahan pengawet pada permukaan luar kayu sahaja

 Bahan pengawaet atau minyak yang digunakan mestilah dipanaskan pada suhu 38
celcius

 Kaedah ini perlu diulang selang 2-5 tahun mengikut keperluan


PENGAWETAN KAYU
(KAEDAH SEMBURAN)

 Kaedah adalah sama dengan kaedah sapuan, tetapi cecair bahan pengawet disembur pada
permukaan kayu menggunakan alat penyembur.
PENGAWETAN KAYU
(KAEDAH RENDAMAN)

 Terdapat 3 kaedah rendaman:


i. Rendaman sejuk
ii. Rendaman panas
iii. Rendaman panas sejuk
PENGAWETAN KAYU
(KAEDAH RENDAMAN)
 Kayu dimasukkan ke dalam silinder tertutup, divakumkan
bagi mengeluarkan udara dari dalam sel

 Cecair pengawet panas tidak lebih daripad 90 celcius dan


disembur ke dalam silinder selama 2 jam

 Membolehkan dinding sel diresapi bahan pengawet


KECACATAN KAYU
 Segala sifat yang tidak sempurna yang terdapat pada kayu

 Kecacatan ini dipengaruhi oleh pengeringan, parasite serangga dan kulat

 Kecacatan terbahagi kepada 3 iaitu:


i. Semulajadi
ii. Pembelahan
iii. Pengeringan
KECACATAN KAYU
(SEMULAJADI)

 Disebabkan oleh tanah, iklim dan Kawasan pokok itu tumbuh

 Menyebabkan fizikal kayu menjadi berbuku, rekahbintang, rekah bulat, rekah


kipas, ira pintal.

 Kayu yang berongga daripada lubang pokok


KECACATAN KAYU
(PEMBELAHAN)

 Berlaku semasa kayu diproses, disebabkan oleh mesin atau cara kerja yang tidak
teliti.

 Menyebabkan permukaan dan hujung kayu pecah.

 Menyebabkan saiz kayu tidak seragam.


KECACATAN KAYU
(PENGERINGAN)

 Berlaku semasa proses pengeringan.

 Disebabkan kayu tidak disusun dengan betul, pengeringan tidak seragam.

 Contohnya: piuh, melengkung, menggeleding, keras kulit, pecah dan sisian wen.

You might also like