You are on page 1of 43

Kuliah 04

Kecacatan & Rawatan Kayu

KKSB2153
Teknologi Bahan & Binaan II
Kandungan
Kecacatan Kayu
- Kecacatan Semulajadi
- Kecacatan Agen Luaran
Rawatan Kayu
- Pengeringan Kayu
- Pengawetan Kayu
Kecacatan Kayu

Kecacatan Kayu
Kecacatan Kayu
ialah ketidaksempurnaan pada kayu
menyebabkan kualiti kayu menurun.
Dua Punca utama kecacatan:
semulajadi
agen-agen luaran seperti manusia,
cendawan, serangga dll.
Kecacatan Kayu

Kecacatan
Semulajadi
Buku Kayu
Gerigis
Rekah hati
Rongga
Kecacatan Kayu

Buku Kayu
Bahagian dahan yang terdapat di dalam
batang pokok kayu itu. Kawasan buku
adalah lemah dan mungkin juga reput. Buku
akan mengurangkan kekuatan kayu dan
memberi kesan kepada rupa kayu itu

Jenis-jenis buku kayu


- Buku Pinggir
- Buku Muka
- Buku Jidar
- Buku Rencung
- Buku Arris
Kecacatan Kayu

Buku Kayu
Kecacatan Kayu

Gerigis
Kerosakan pada sel-sel serat /gentian berpunca
daripada hasil tunas yang tidak tumbuh /
kerosakan kerana serangga ketika hayat pokok.
Tumbesaran yang luar biasa seperti tombol kecil
pada pokok akibat luka atau ransangan pada
lapisan kambium
Kerosakan ini boleh di permukaan atau
bahagian dalam kayu.
Walau bagaimanapun bagi sesetengah kayu,
gerigis ini menambahkan kecantikan dari harga
kayu tersebut
Kecacatan Kayu

Rekah Hati
Kerosakan sel serat/gentian ditengah
pokok
Kecacatan Kayu

Rongga

Kerosakan sel-sel pada arah ira /


pengumpulan resin atau damar (jenis
pokok tertentu)
Kecacatan Kayu

Kecacatan daripada Agen Luar

Kecacatan kerana Agen Luaran


Proses Pengeringan (Kecacatan
Pengeringan)
Serangan Cendawan
Pengorekan Serangga
Kecacatan Kayu

Proses Pengeringan
Terdapat beberapa kecacatan disebabkan
oleh pengeringan iaitu:
- Rekah - Piuh
- Pecah - Meleding
- Melengkung/bebusur
- Kayu kulit keras
- Relangan
- Kempis
Kecacatan Kayu

Proses
Pengeringan
- terpiuh: merupakan erotan
melingkar di sepanjang batang kayu
disebabkan oleh pengecutan dan
pengeringan yang tidak selaras.
- meleding: berubah bentuk
daripada lurus akibat daripada
pengeringan atau kelembapan

- bebusur & relangan :


merupakan lenturan dalam arah
memanjang kepingan papan
(berbusur) ataupun lenturan dalam
arah lebar kepingan papan (berelang)
akibat oleh pengeringan dan
penyusunan kurang elok semasa
mengering.
Kecacatan Kayu

Serangan Cendawan
Dikategorikan kepada dua jenis:
cendawan mereputkan kayu: sel-sel kayu di sekitar
jangkitan dihurai dan diserap. Contoh: Serpula
lacrymans
cendawan yang hanya mewarnakan kayu:
cendawan ini hanya menyerap makanan dalam
sel-sel kayu. Tidak mereputkan kayu tetapi
memburukkan rupa fizikal kayu. Keadaan teruk
menurunkan kekuatan sehingga 30%. Contoh:
Ceratocystis coerulescens
Kecacatan Kayu

Serangan Cendawan
Serangan Cendawan
memerlukan kelembapan sekurang-
kurangnya 20% , suhu yang sesuai. Suhu 0 -
5oC. Pereputan ini ~ Pereputan Lembab
terdapat cendawan yang mereputkan kayu
tanpa perlu lembapan tetapi perlu keadaan
udara tidak beredar. ~ Pereputan Kering.
Kecacatan Kayu

Serangan Serangga
Boleh berlaku pada ketika kayu masih hidup
Ketika dalam proses pengeringan atau telah
kering dan dalam simpanan (jika tidak diawet)
Kecacatan dalam bentuk lubang-lubang
bersaiz 5mm hingga 25mm - kediaman larva
serangga yang memakan kayu berkenaan.
Anai-anai, kumbang tanduk, kumbang
perabot, kumbang powder post.
Kecacatan Kayu

Serangan
Serangga
Rawatan Kayu

Rawatan Kayu

Rawatan kayu perlu dilakukan sebelum


kayu digunakan sebagai bahan binaan.
Proses rawatan yang dikenalpasti
adalah:
- Pengeringan kayu
- Pengawetan kayu
Rawatan Kayu

Pengeringan Kayu
Kayu perlu dikeringkan sehingga kandungan
lembapannya kurang daripada 15% sesuai
digunakan dalam kerja pembinaan.
Jika kandungan lembapan berlebihan, kayu
akan mengecut dan mengakibatkan
kecacatan pada kerja yang dihasilkan.
Oleh sebab itu, proses pengeringan kayu
merupakan satu langkah yg mesti dilakukan
sebelum kayu boleh digunakan.
Rawatan Kayu

Pengeringan Kayu
Tujuan pengeringan kayu dilakukan adalah
untuk:
mengelakkan serangan serangga
perosak dan reputan kulat (cendawan).
menambahkan kekuatan, tahan lasak
dan kesenangan kerja.
mengurangkan kemungkinan kayu
pecah, mengecut,dan mengeleding.
Rawatan Kayu

Pengeringan Kayu

kurangkan berat dan jimatkan belanja


pengangkutan.
untuk kemudahan kerja mengawet,
mengecat dan mengilap.
kayu mudah untuk dibakar sebagai
kayu api.
Rawatan Kayu

Pengeringan Udara
Kaedah pengeringan udara:
Kepingan papan disusun ditempat beratap dan
dibiarkan kering dibawah keadaan cuaca harian.
Susunan ini diaturkan atas pelapik supaya kayu itu
tidak bersentuhan dengan tanah.
Kayu kecil diletakkan antara lapisan papan untuk
membolehkan pengudaraan udara disekeliling
kepingan papan.
Rawatan Kayu

Pengeringan Udara
Kepingan papan hendaklah diletakkan ditempat
berbumbung lindung daripada panas terik dan
hujan.
Kayu yang dikeringkan dengan udara adalah
sesuai untuk kegunaan binaan luar bangunan
Jangka masa yang diperlukan bergantung kepada:
- jenis kayu
- kandungan lembapan kayu
- cara susunan
- iklim
Rawatan Kayu

Pengeringan Tanur
Kaedah pengeringan tanur:
Dalam proses ini, kepingan kayu disusun di atas trak khas
ditempatkan dalam tanur dann boleh dikawal .
Di dalam tanur ini, haba dan kelembapan boleh dikawal
dengan rapi.
Pada peringkat permulaannya proses pengeringan dilakukan
perlahan-lahan.
Pengeringan yang cepat boleh menyebabkan keras kulit,
sehingga boleh menghalang pengeringan lapisan sebelah
dalam kayu itu.
Pengeringan yang cepat juga boleh menyebabkan
pengecutan dan herotan yang teruk.
Rawatan Kayu

Pengeringan Tanur
Rawatan Kayu

Pengeringan Tanur
Rawatan Kayu

Pengeringan Tanur
Jenis-jenis tanur:
tanur berbilik
tanur jet stim
tanur berperingkat
tanur berkipas luar
tanur berkipas dalam
Rawatan Kayu

Pengeringan Tanur
Kelebihan pengeringan tanur:
Pengeringan boleh dilakukan sepanjang
tahun.
Pengeringan lebih cepat
Mudah dikawal; kesesuaian menurut jenis
spesis kayu dan saiz tebal papan
Kecacatan kerana pengeringan dapat
dielakkan.
Rawatan Kayu

Pengawetan Kayu
Tujuan:
mengelakkan kayu diserang serangga dan
cendawan
mencegah menyerap kelembapan
melambatkan rebakan api ketika kebakaran
Rawatan Kayu

Pengawetan Kayu

Proses Pengawetan Kayu


proses bahan pengawet dimasukkan ke
dalam kayu.
dua kategori:
(i) dilakukan di kilang dan
(ii) di tapak.
Rawatan Kayu

Pengawetan Kayu
Terdapat dua jenis pengawet:
- Pengawet asas air
sejenis bahan kimia yg mudah cair dalam air.
ia biasanya bersih dan tidak berbau.
digunakan pada kayu kering.
kayu yang diawet hendaklah dicat untuk menahan
cuaca.
bahan kimia yg digunakan ialah zink Klorida,
kuprum sulfat, natrium flourida, silico fluorida dan
pengawetan kuprum-kom-arsenik.
Rawatan Kayu

Pengawetan Kayu
- Pengawet asas minyak
menahan cuaca,mencegah serangan serangga dan
elakkan reput.
pelarut minyak meruap seperti diesel / kerosene.
kayu akan berbau minyak ini.
minyak yg digunakan ialah minyak kreosot,
pentaklorfenol, kuprum naftenat dan zink naftenat.
Rawatan Kayu

Pengawetan Kayu
Kaedah pengawetan
Penyalutan/Sapuan
Penyerapan Tekanan
Proses Sel Kosong
Rawatan Vakum Berganda
Kaedah Tangki Terbuka
- rendaman sejuk
- rendaman panas
- rendaman sejuk-panas
Rawatan Kayu

Penyalutan/Sapuan
Cara aplikasi:
bahan pengawet disapu dengan berus ke
permukaan kayu.
dapat dilakukan di tapak / tempat pembinaan.
kurang berkesan jika sekali sapu. Perlu dua
atau lebih lapisan dan perlu diulang 2 -3
tahun sekali.
tidak sesuai untuk kayu terdedah pada cuaca.
Rawatan Kayu

Penyerapan Tekanan
dipanggil proses Bethel. Cecair pengawet meresap
masuk sehingga ke bahagian dalam kayu.
kayu dimasukkan ke dalam silinder tertutup,
divakumkan bagi mengeluarkan udara dari dalam sel.
cecair pengawet panas tidak lebih dari 90oC disembur
ke dalam silinder pada tekanan 0.7 MN/m2 hingga 1.4
MN/m2 selama 2 jam. Langkah ini membolehkan
dinding sel diresapi bahan pengawet.
Separa vakum dikenakan bagi membersihkan bahan
pengawet berlebihan tetapi tidak mengeluarkan
bahan dari dalam rongga dan dinding sel.
Rawatan Kayu

Penyerapan Tekanan
bahan yang digunakan ialah krom-kuprum
arsenat (chromated copper-arsenate)
Rawatan Kayu

Proses Sel Kosong


dipanggil juga proses Rueping atau Proses Bethel
yang diubahsuai supaya cecair pengawet hanya
masuk ke dalam dinding sel sahaja, rongga sel tetap
kosong.
sama seperti proses Bethel tetapi tekanan diberi pada
0.276 MN/m2 dan ketika tekanan ditambah cecair
pengawet dimasukkan ke dalam silinder supaya
cecair meresap masuk ke dalam sel kayu dan udara
dalam rongga sel dimampatkan. Ini membantu cecair
meresap terus ke dalam dinding sel.
kemudian tekanan diturunkan dan ruang silinder
dibuat separa vakum supaya cecair berlebihan
dikeluarkan dari dalam rongga sel.
Rawatan Kayu

Rawatan Vakum Berganda


digunakan bagi bahan pengawet berkelikatan rendah.
sangat berkesan melindungi kayu.
kayu dimasukkan ke dalam tangki tertutup dan udara
dipam keluar. Membantu mengeluarkan udara dari
dalam sel-sel kayu.
ketika keadaan vakum, cecair pengawet dimasukkan
dan akan meresap ke dalam sel-sel kayu.
tekanan 1 atmosfera dikenakan untuk tempoh satu
jam jika cecair susah meresap.
setelah bahan pengawet dikeluarkan, vakum kali
kedua dilakukan untuk membersih baki bahan
pengawet di permukaan kayu.
Rawatan Kayu

Kaedah Tangki Terbuka

Kaedah Tangki Terbuka


- rendaman sejuk
- rendaman panas
- rendaman sejuk-panas
Rawatan Kayu

Rendaman Sejuk
mencelup /merendam kayu ke dalam
takungan berisi bahan pengawet bagi
tempoh tertentu pada suhu biasa.
sesuai dilakukan di tapak pembinaan.
tempoh rendaman ~ bahan pengawet
meresap masuk ke dalam kayu.
Berbeza bagi kayu berbeza.
Rawatan Kayu

Rendaman Sejuk
mencelup /merendam kayu ke dalam
takungan berisi bahan pengawet bagi
tempoh tertentu pada suhu biasa.
sesuai dilakukan di tapak pembinaan.
tempoh rendaman ~ bahan pengawet
meresap masuk ke dalam kayu.
Berbeza bagi kayu berbeza.
Rawatan Kayu

Rendaman Panas
sama seperti kaedah rendaman sejuk
tetapi bahan pengawet dipanaskan
terlebih dahulu kepada suhu 90oC.
ini membantu menambah resapan
bahan ke dalam kayu.
jarang digunakan masakini dan
digantikan dengan rendaman sejuk-
panas
Rawatan Kayu

Rendaman Sejuk-Panas
kayu direndam pada suhu biasa
kemudian bahan dan kayu dipanaskan
bersama ke suhu 60oC - 90oC.
Dibiarkan jam - 4 jam, dibiarkan
sejuk.
pemanasan awal mengembangkan sel-
sel dan mengeluarkan udara dalam sel-
sel dan meningkatkan keupayaan kayu
meresap bahan pengawet.
Terima Kasih

You might also like