You are on page 1of 22

Kuliah 01

Pengenalan Sumber Kayu di Malaysia


KKSB2153 Teknologi Bahan & Binaan II

Kandungan
Pengenalan Sejarah Pembinaan Kayu Sumber Kayu di Malaysia

Pengenalan
Kayu adalah merupakan antara bahan binaan yang awal setelah manusia mempunyai pengetahuan di dalam pembinaan. Ini adalah disebabkan oleh sumber bahan binaan yang paling mudah untuk didapati dan mudah dibina. Namun begitu, bahan binaan ini telah mengalami revolusi dan menjadi bahan binaan yang terhad serta dikaitkan sebagai antara bahan yang paling mahal ketika ini.

Sejarah Pembinaan Kayu


Kayu telah menjadi bahan binaan yang amat popular sejak ribuan zaman yang lampau. Antara binaan yang awal dapat dilihat menggunakan binaan kayu sepenuhnya adalah di Central Europe yang dikenali oleh ahli arkeologi sebagai Long House, 3000 sebelum masihi (bc).

Sejarah Pembinaan Kayu (smbgn)

Sejarah Pembinaan Kayu (smbgn)


Pembinaan bangunan kayu tertua di Asia pula sebuah bangunan pagoda yang didapati di Jepun. Binaan pagoda tiga tingkat, dibina pada tahun 730, ianya masih terus kekal sehingga hari ini yang dinamakan Yakusiji Toto.

Sejarah Pembinaan Kayu (smbgn)

Sejarah Pembinaan Kayu (smbgn)


Di Malaysia, bangunan kayu yang dapat dilihat sebagai bukti kayu yang masih utuh adalah Masjid Kampung Laut, Kelantan. Masjid berpanggung, berbumbung meru dikatakan telah dibina pada 1730-an. Bangunan ini dibina dengan sistem bangunan terutamanya sistem tanggamnya yang begitu unik

Sejarah Pembinaan Kayu (smbgn)

Sejarah Pembinaan Kayu (smbgn)


Kehidupan masyarakat dahulu terlalu dekat dengan alam sekeliling, maka memahami sumber hutan ini menjadi kelebihan mereka. Ciri-ciri ataupun sifat-sifat kayu dapat dikenalpasti dan digunakan mengikut kelebihan yang ada pada kayu. Kelebihan sumber kayu di Malaysia sememangnya tidak dapat dinafikan.

Sumber Kayu di Malaysia


Sumber Kayu di Malaysia adalah banyak dan mewah dengan pelbagai spesis tumbuhan dan mempunyai potensi yang luas sebagai bahan binaan. Kedudukan Malaysia pada lokasi latitud: 1 hingga 7 darjah dan longitud: 109 hingga 119 darjah menjadikan Malaysia beriklim khatulistiwa, panas dan berkelembapan tinggi serta menerima hujan dan panas sepanjang tahun.

Sumber Kayu di Malaysia (smbgn)


Keadaan iklim ini telah mewujudkan biomesnya yang tersendiri. Setiap jenis iklim mempunyai biomesnya yang tersendiri. Ini kerana setiap karekteristik kumpulan organisma yang wujud di dalam iklim tersebut akan mengikut keadaan iklim tersebut. Maka hutan di Malaysia adalah hutan hujan tropika, hutan tebal dan malar hijau.

Sumber Kayu di Malaysia (smbgn)

Sumber Kayu di Malaysia (smbgn)

Sumber Kayu di Malaysia (smbgn)


Ciri-ciri hutan hijau tropika adalah seperti: - malar hijau - tebal dan padat - berdaun lebar - terdapat pelbagai jenis spesies - berakar banir - tiga lapisan yang nyata - pokok berkayu keras

Sumber Kayu di Malaysia (smbgn)


Ciri-ciri hutan sebegini telah menjadikan sumber hutan sebagai sumber pelbagai industri terutamanya pembinaan. Pokok-pokok yang berkayu keras telah dijadikan balak adalah bermutu dan kuat untuk dijadikan sebagai kerangka ataupun struktur bangunan. Spesies-spesies kayu keras lazimnya tumbuh dengan banyaknya di hutan-hutan kawasan tropika seperti di Malaysia.

Sumber Kayu di Malaysia (smbgn)


Di semenanjung Malaysia hampir kesemua kayu-kayan adalah daripada jenis kayu keras. Daripada lebih kurang 2500 spesies yang terdapat hanya 10 spesies sahaja yang tergolong dalam kumpulan kayu lampung dan hanya satu spesies sahaja yang mempunyai nilai dagangan. Diantara contoh sumber kayu yang popular seperti cengal, balau, merbau, penaga, kempas, keruing, kapur, mersawa, meranti dan lain-lain lagi.

Sumber Kayu di Malaysia (smbgn)


Dalam tempoh masa 20 tahun (1970-1990), kadar pertambahan dalam pengunaan kayu adalah sebanyak 13 kali ganda di kebanyakan negara mengimport. Walaupun Hutan Hujan Tropika Malaysia terdapat pelbagai spesies tumbuhan yang nampaknya mempunyai bekalan sumber kayukayan yang banyak tetapi ia semakin tidak mencukupi akibat kadar pembalakan yang tinggi.

Sumber Kayu di Malaysia (smbgn)


Untuk menampung penggunaan kayu keras tropika di Malaysia, pelbagai spesies kayu yang kurang terkenal sedang giat digalakkan kegunaannya. Spesiesspesies tersebut termasuk pauh kijang (Irvingia malayana), tempinis (Streblue elongatus) dan derum (Cratoxylum sp.).

Sumber Kayu di Malaysia (smbgn)


Walaupun, sumber kayu di hutan di Malaysia mempunyai banyak pilihan, namun itu tidak bermakna hutan tersebut boleh diekploitasi dengan sewenang-wenangnya. Hutan mempunyai pelbagai fungsi selain daripada sumber kayu seperti: - habitat hidupan liar - kawasan tadahan hujan - mengawal hakisan tanah - kestabilan cuaca - rekreasi

Sumber Kayu di Malaysia (smbgn)


Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kepentingan bersama. Setiap organisma yang wujud di dalam ekosistem yang sedia ada mempunyai peranan dan fungsi masing-masing. Untuk memastikan kegunaan jenis kayu dipelbagaikan, pengetahuan bahawa setiap kayu yang digunakan seharusnya mempunyai keperluan tersendiri; kombinasi kayu berdasarkan ciri-cirinya akan memudahkan pemilihan warna, ketumpatan, ketahanlasakan, kekuatan, kekerasan, kelenturan, keteguhan, bebas kecacatan, dan pembekalan yang mencukupi dan juga kosnya

Terima Kasih

You might also like