You are on page 1of 71

Kuliah 09

Struktur/Binaan
Dinding Kayu
KKSB2153
Teknologi Bahan & Binaan II
Kandungan

Pengenalan
Pembinaan Dinding
Bukaan Pada Dinding
Pintu
Tingkap
Pengenalan
Dinding berfungsi
Menanggung beban tersendiri
Merintang resapan air hujan/kelembapan
Menanggung tekanan angin positif dan negatif serta
menanggung kemasukan angin
Menahan cuaca
Menebat bunyi
Merintang kebakaran
Membenarkan pengudaraan dan bukaan terancang
yang membenarkan sinaran cahaya
Saiz, bentuk, jenis sambungan kemasan yang sesuai
Pembinaan Dinding
Dalam pembinaan dinding kayu, dua jenis kerja
dilakukan iaitu pembinaan rangka kayu dan
pemasangan penutup dinding.
Dinding kayu boleh didirikan sebagai rangka
bangunan kayu atau sebagai dinding sekat yang
berasingan.
Rangka dinding terdiri dari tiang tegak, tutup
tiang, alas tiang, stud/stad, belebas, dan rembat.
Pembinaan rangka dinding biasanya disambung
dengan sambungan temu dan dipakukan secara
serong. Sebelum waktu terdapatnya paku
logam, tanggam dan paku kayu digunakan.
Pembinaan Dinding
Pembinaan Dinding
Pembinaan Dinding
Pembinaan Dinding
Pembinaan Dinding
Pemasangan Dinding
Pelbagai cara sambungan boleh digunakan bagi
binaan dinding kayu luaran, papan jalur ataupun
papan tindih biasa digunakan.
Pemasangan dinding luaran digunakan sama
ada secara menegak ataupun melintang.
Kemasan dinding dalaman pula biasanya
menggunakan papan jalur, papan panel dan
papan gentian seperti papan lapis, papan
gipsum, papan serpih dsb.
Pemasangan Dinding
Pemasangan Dinding
Pemasangan Dinding
Pemasangan Dinding
Bukaan Pada Dinding
Dinding lazimnya mempunyai bukkan
pada sesebuah rekabentuk.
Bukaan yang paling biasa adalah pintu
dan tingkap.
Di dalam kursus ini, binaan pintu dan
tingkap adalah lebih tertumpu pada binaan
kayu.
Pintu Kayu
Pintu merupakan elemen penting
sesebuah bangunan. Ia merupakan
bukaan pada dinding atau penyekat bagi
membolehkan lalu-larang. Bingkai atau
pemidang pintu biasanya dibina dangan
kayu, logam ataupun plastik yang
dipasangkan pada bukaan (struktur)
dinding dan daun pintu di pasangkan
dengan sokongan engsel yang
membolehkan pintu dibuka dan ditutup.
Pintu Kayu
Fungsi utama sebuah pintu adalah untuk sirkulasi, yang
membolehkan lalu-larang. Selain itu, pintu juga bertindak
sebagai pembahagian ruang selain memberikan privasi
kepada penghuni.
Ia merupakan komponen bukaan pada bahagian dinding
atau penyekat yang perlu mempunyai sifat:
Kekuatan
Kestabilan bentuk
Pengasingan
Keselamatan
Penebatan bunyi
Perintang kebakaran
Perintang angin dan hujan.
Pintu Kayu
Kekuatan & Kestabilan Bentuk Sama ada
diengselkan di tepi ataupun dipangsi di atas , di
bawah atau dilipat, daun pintu mestilah
mempunyai kekuatan bagi menanggung
bebannya sendiri dan lasak menerima ketukan.
Kestabilan bentuk penting agar daun pintu boleh
dibuka dan ditutup tepat pada bingkai ataupun
pelapiknya.
Kekuatan dan kestabilan bentuk pintu
bergantung kepada jenis bahan pintu itu dibina,
dan cara bahan-bahan tersebut dipasangkan.
Pintu Kayu
Keselamatan sesebuah pintu bukan sahaja bergantung
kepada binaannya tetapi juga kepada bingkai pintu
pelapik, pemasangannya pada bukaan dan engsel,
pangsi dan susur.
Pintu berongga ataupun pintu panel yang nipis dan tidak
teguh tidak akan dapat menjamin keselamatan, samalah
seperti bingkai atau pelapik pintu yang tidak
dipasangkan kepada bukaan struktur dengan baik.
Keselamatan pintu, pemasangan bingkai, pelapik dan
engsel, bolt dan kunci mestilah diteliti secara
keseluruhan untuk membolehkan pintu ditutup dengan
selamat.
Pintu Kayu
Penebat Haba & Suhu. Dinding sebuah bangunan
direkabentuk untuk memberi perlindungan suhu dan
bunyi dari luar ke dalam bangunan.
Pintu sebagai salah satu komponen dinding haruslah
mempunyai ciri-ciri penebatan suhu dan bunyi. Nilai U
(thermal transmittance) bagi pintu berpanel ialah lebih
kurang 3.5, pintu rata berongga 2.5 dan pintu rata padu
2 w/m2 C.
Pengurangan suhu oleh sesuatu pintu bukanlah satu
faktor yang penting bagi kawasan tropika jika dibanding
dengan kawasan yang bermusim. Biasanya faktor ini
tidak diambilkira dalam merancang rekabentuk.
Pintu Kayu
Penebat Bunyi. Sesebuah pintu harus dapat
mengurangkan bunyi semasa ditutup terutama
sekali bagi bilik-bilik mesyuarat, pejabat,
panggung wayang, dewan dan sebagainya.
Pintu yang besar dan berat adalah lebih
berkesan dalam mengurangkan bunyi.
Untuk mendapat kesan yang lebih baik,
sesebuah pintu boleh dipasang dengan kedap
udara di sekelilingnya terutama sekali pada
bahagian bawah pintu.
Pintu Kayu
Pintu Kayu
Perintang Api. Pintu rintangan api dipasangkan
pada dinding yang bertindak sebagai
pengadang api dan bertindak merintang
kebakaran dalam tempoh yang ditetapkan
mengikut piawaian atau undang-undang
bangunan.
Bahan gipsum atau asbestos digunakan sebagai
lapisan perintang api. Ia biasanya bermuka rata
dan padu, dipasang rapat pada bingkainya yang
juga perintang api.
Pintu Kayu
Pintu rintangan api (penahanan api) dalam UBBL bererti
binaan yang ditetapkan darjah ketahanan api minimum
tidak kurang daripada setengah (1/2) jam dan 2 jam,
yang lainnya mengikut jadual-jadual relevan UBBL, atau
yang mencapai sesuatu standard apabila diuji mengikut
PB 476: Bahagian 8: 1972 kecuali, mengenai pintu
Rebet pada bingkai pintu atau pada penahan pintu itu, mengikut
mana yang berkenaan, tidak kurang daripada 18 milimeter
dalamnya; dan
Pintu itu dipasangkan dengan engsel-engsel logam yang
mempunyai takat lebur tidak kurang daripada 800 C; dan
Pintu itu boleh menutup sendiri
Pintu Kayu
Pintu Kayu
Pintu Kayu
Jenis-jenis Pintu
- Berengsel
- Gelangsar
- Berlipat
Pintu rumah biasanya terdiri dari daun pintu sekeping
berengsel di tepi yang dibolehkan dibuka ke satu arah
yang selesa untuk masuk dan keluar. Ada juga
digunakan daun pintu yang kembar, hayunan dua hala,
gelangsar, dan pintu gelangsar dan lipat.
Kebanyakan daun pintu-tunggal adalah diperbuat dari
kayu sebagai pintu rata, pintu kayu beloti, pintu
berpanel, dan juga pintu ram kayu.
Pintu Kayu
Pintu Kayu
Pintu rata digunakan secara meluas dalam
binaan bangunan. Ia sesuai bagi binaan di
dalam rumah dan dibahagian luar rumah
dengan bahan yang bermutu (rintangan
hujan dan haba). Bahan pembinaan pintu
rata biasanya terdiri dari papan lapis,
papan serau dan lapisan plastik.
Terdapat dua jenis pintu rata
Pintu rata berongga
Pintu rata padu
Pintu Kayu
Pintu Kayu
Pintu Rata Berongga
Pintu rata lapisan tengah berliang
Pintu-pintu ini diperbuat dari papan berliang atau lapisan tengah
pintu lembut dengan blok kunci dan engsel. (rajah). Pintu-pintu
ini biasanya nipis dan ringan dan biasa digunakan dalam
bangunan. (yang tidak berfungsi sebagai perintang api)
Pintu rata lapisan tengah berangka/berbingkai
Lapisan tengah pintu terdiri dari kerangka kayu dan bahagian-
bahagian utamanya adalah 2 sisi bingkai, susur atas dan bawah
berserta susur antara. (rajah) sekping blok kayu dipasang untuk
tujuan pemasangan kunci. Merupakan pintu untuk kegunaan
sederhana sesuai untuk ruang dalaman dan luar bangunan yang
terlindung.
Pintu Kayu
Pintu Kayu
Pintu Rata Padu
Lapisan pintu rata padu atau pejal terdiri
daripada papan, papan serpih kayu, papan
batang rami atau lelurah papan serat termampat
sesuai digunakan untuk tempat awam dan lain-
lain bangunan yang lasak penggunaannya.
Pintu rata padu juga digunakan sebagai pintu
rintangan api. Ianya mempunyai sifat-sifat
penebat haba dan akustik yang lebih baik
berbanding pintu rata berongga.
Pintu Kayu
Pintu Kayu
Pintu Kayu Beroti
Pintu-pintu kayu beroti diperbuat daripada
papan beloti yang bertanggam lidah dan lurah.
Untuk menambahkan kecantikan papan beroti,
alur V dibuat dengan mencuramkan tepi papan.
Jenis-jenis pintu beroti dikenal mengikut kaedah
pembinaannya, iaitu
Pintu beroti berbelebas
Pintu beroti berbelebas dan berembat
Pintu bingkai beroti berbelebas dan berembat
Pintu Kayu
Pintu Kayu
Pintu Panel
Pembinaan pintu panel terdiri daripada sisi-sisi
bingkai dan susur-susur yang mengelilingi panel
kayu yang berjumlah dari satu hingga dua belas
atau lebih. Bilangan panel bergantung kepada
saiz pintu dan rekebentuk pintu panel tersebut.
Saiz kayu yang digunakan ialah di antara
100mm-200mm lebar dan 38mm dan 45mm
tebal. Susur tengah dan bawah adalah lebih
lebar daripada susur atas supaya dapat
mengimbang rupa bentuk pintu tersebut.
Pintu Kayu
Pintu Kayu
Pintu panel diberi nama mengikut bilangan panel yang
dipunyainya. Sebagai contoh pintu berpanel tiga adalah
pintu yang mempunyai tiga panel manakala pintu
berpanel empat menunjukkan pintu panel yang
mempunyai empat panel.
Panel kayu yang lebar dibuat daripada kepingan papan
yang disambung berlidah dan berlurah. Kayu yang
digunakan mestilah dikeringkan dengan secukupnya
untuk mengelakkan retakan dan piuhan. Papan lapis
yang setebal 6mm-12mm juga boleh digunakan sebagai
panel tetapi hasilnya adalah kurang bermutu berbanding
panel papan padu. Panel pintu boleh dihias dengan
mengukir dan mengumai permukaannya. Ini
menambahkan kecantikan, kekemasan dan mutu pintu
itu.
Pintu Kayu
Pintu Kayu
Pemasangan panel boleh dilakukan dengan dua cara
iaitu:
Memasang panel yang bersegi atau berkumai ke
dalam lurah yang dibuat di sisi bingkai
Memasang panel ke dalam tetingkat yang dibuat di
sisi bingkai dan mengukuhkan kedudukannya
dengan memaku kumai di muka sebelah.
Pintu Kayu
Pintu Kayu
Pintu Kayu
Pintu Ram Kayu (Timber Louvre Door)
Pembinaan pintu ram adalah hampir sama dengan pintu
panel kecuali bahagian panel digantikan dengan ram
yang tidak boleh laras. Ram kayu disusun dengan sudut
antara 45 - 60, setebal 12mm 15mm dipasang
kepada sisi bingkai pintu. Pemasangannya dilakukan
dengan memasukkan kedua-dua hujung ram ke dalam
lurah sisi bingkai kemudian diglukan dan diapit supaga
tegap dan kukuh. Pintu ram biasanya mempunyai satu
ataupun dua panel. Ia sesuai digunakan sebagai pintu
bengkel ataupun ruang dimana memerlukan
pengudaraan. (stor, dapur, tandas dsb)
Pintu Kayu
Pintu Kayu
Pembinaan dan Pemasangan
Bingkai Pintu Kayu
Pembinaan kerangka kayu menggunakan kayu yang
bersaiz 100mm x 75mm atau kayu nipis 38mm tebal dan
lebarnya sama dengan tebal dinding. Tiang jenang
mempunyai tetingkat sedalam 13mm atau kayu penahan
sedalam 13mm dipaku kepada kerangka untuk
menerima pemasangan daun pintu. Kepala jenang
dipasang kepada bahagian atas tiang jenang dengan
menggunakan pelbagai jenis tanggam penetap. Pada
kedua-dua hujung kepala jenang dibuat unjuran atau
tanduk sepanjang 38mm untuk dimasukkan kedalam
dinding bata.
Pintu Kayu
Pintu Kayu
Kerosakan reput basah biasa berlaku pada kaki
tiang jenang terutam sekali kerangka pintu bilik
air. Untuk mengatasi masalah batu alas setinggi
150mm dipasangkan pada hujung kaki tiang
jenang. Batu alas biasanya diperbuat daripada
konkrit. Sebatang penetap keluli dipasang di
antara kaki jenang dengan batu alas supaya
tiang jenang ini dapat didirikan dengan kukuh
dan tidak menjadi longgar semasa pintu
digantung.
Pintu Kayu
Pintu Kayu
Kaedah memasang kerangka pintu boleh dilakukan
serentak dengan pembinaan dinding, dikenal
sebagai binaan dalam atau dipasang setelah
dinding siap dibina. Dalam pemasangan bina dalam,
kerangka pintu diletak pada tempat bukaan yang
tertentu sebelum dinding bata dibina. Pastikan
ketegakan dan dikukuhkan kedudukannya dengan
memasang topang sementara. Semasa pembinaan
dinding dijalankan, penambat keluli perlu
dipasangkan kepada permukaan belakang tiang
jenang pada tiap-tiap lapisan bata ketiga atau
kelima untuk menetap dan mengukuhkan
kedudukan kerangka.
Pintu Kayu
Tingkap Kayu
Fungsi utama sesebuah tingkap ialah
Kemasukan sinarsiang (daylighting) dan
Fungsi kedua ialah
Pemandangan keluar, dan
Ganti udara
Sifat-sifat yang dikehendaki dari sesebuah tingkap
sebagai satu komponen dinding atau bumbung ialah
Kekuatan dan kekerasan
Penghalang angin dan hujan
Penebat kepanasan
Penebat bunyi
Rintangan api
Tingkap Kayu
Kekuatan & Ketegangan Sesebuah tingkap bila
tertutup, hendaklah cukup kuat untuk menghalang
tekanan dan sedutan yang dihasilkan oleh angin, dan
bila dibuka hendaklah cukup kuat dan teguh untuk
menghalng kesan daya angin ribut ke atas bukaan-
bukaan cahaya. Sebuah tingkap juga hendaklah
mempunyai kekuatan dan keteguhan yang cukup
terhadap tekanan-tekanan dan hentakan sewaktu
penggunaan biasa dan ternyata selamat,
terutamanya kepada penghuni dalam bangunan-
bangunan tinggi. Sesebuah tingkap hendaklah
terpasang rapi dalam bukaan dinding, sendat
terhadap tindakan cuaca serta mempunyai kekuatan
untuk tujuan keselamatan.
Tingkap Kayu
Halangan Angin Untuk mengekalkan keselesaan dan
mengelakkan dari angin arus sejuk, tingkap-tingkap perlu
direkabentuk dengan teliti agar kebocoran angin tidak berlaku.
Pergerakan udara menerusi tingkap-tingkap yang tertutup boleh
berlaku di antara bingkai tingkap dan dinding sekeliling,
menerusi keretakan pada kaca tingkap dan bingkai, dan juga
menerusi sambungan-sambungan gerlis, terutamanya celahan-
celahan kelegaan di antara bukaan cahaya dan bingkai tingkap.
Kebocoran udara (angin) melalui tingkap boleh dielakkan melalui
rekabentuk, pembinaan dan penyenggaraan yang cermat.
Celahan-celahan kelegaan di sekeliling bukaan cahaya boleh
dibuat sendat udara melalui kecermatan dalam rekabentuk dan
penggunaan jalur laluhawa.
Tingkap Kayu
Halangan Hujan Ketelusan hujan menerusi
retak di sekeliling bukaan cahaya, bingkai
atau kaca tingkap berlaku bila hujan ditiup
angin ke tingkap.
Bagi mengurangkan ketelusan hujan
menerusi tingkap-tingkap tegak, adalah lebih
baik untuk:
Menetapkan muka tingkap terbelakang sedikit
daripada permukaan dinding.
Menentukan yang permukaan mengufuk luar di
bawah bukaan adalah sekecil dan sesempit yang
boleh bagi mengelakkan air ditiup masuk melalui
celahan tersebut.
Tingkap Kayu
Menentukan tiada terdapat celahan-celahan di
sekeliling bukaan cahaya dengan menggunakan
sambungan-sambungan tanggam lekap dan
tanggam tingkap.
Menghadkan ketelusan udara dengan
menggunakan jalur laluhawa di sebelah dalam
tingkap supaya tekanan di dalam sambungan
sama dengan tekanan di luar.
Menentukan bahawa air yang memesuki bahagian
sambungan dialirkan keluar daripada tingkap
dengan sliran-saliran pengairan terbuka yang
menghala keluar
Tingkap Kayu
Penebat Haba Sebuah tingkap yang merupakan
komponen dinding mempengaruhi keselesaan
dengan dua cara.
Melalui pemindahan kepanasan
Melalui ketelusan bahang panasan matahari.
Pemindahan panasan diukur dengan nilai piawaian
U; setiap bahan binaan mempunyai nilai U yang
berbeza.
Nilai U bagi suatu bahan adalah merupakan songsangan
nilai penebatnya. Semakin besar nilai U bermakna semakin
rendah nilai penebatan sesuatu bahan atau paduan bahan-
bahan.
Tingkap Kayu
Penebat Bunyi Tingkap-tingkap memberi
penebatan yang lemah terhadap kebisingan luar.
Dengan menggandakan ketebalan kaca purata
pengurangan buyi sebesar 5 db boleh dicapai.
Tingkap Kayu
Perintang Kebakaran Kaca biasa akan retak
dan pecah dalam tempoh beberapa minit bila
terkena haba tinggi yang terhasil dari api
biasa, dan dengan itu ia tidak berkesan
sebagai penghalang kemerebakan api. Untuk
menghadkan kemerebakan api dalam
bangunan-bangunan besar, peraturan-
peraturan mengkehendaki api disekat untuk
merebak
Saiz tingkap perlu dihadkan untuk
mengelakkan api merebak dari tingkap dan
tingkap dan juga ke bangunan berhampiran.
Tingkap Kayu
Kaca berdawai digunakan pada tingkap sebagai
suatu pelindung terhadap kemerakan api kerana kaca
yang akan retak disebabkan panasan api, akan kekal
di tempatnya disebabkan oleh dawai yang terpasang
mengelilingi kaca.
Didalam bangunan-bangunan yang lebih dari dua
tingkat, tingkap boleh digunakan sebagai jalan
melepaskan diri semasa kebakaran. Setengah
peraturan mengkehendaki sebuah tingkap pada
setiap tingkat boleh dibuka untuk memberi laluan
semasa kebakaran, saiznya sekurang-kurangnya 850
tinggi, 550 lebar dan tidak lebih dari 1100 dari paras
lantai.
Tingkap Kayu
Tingkap Kayu
Jenis-jenis Tingkap. Tingkap-tingkap
bersama bukaan cahaya dikelaskan
berpandukan kaedah bagaimana bukaan
cahaya dibuka di dalam bingkai.
Berengsel
Berpangsi
Gelangsaran
Majmuk (composite)
Tingkap Kayu
Tingkap Kayu
TINGKAP BERENGSEL
Gantungan sisi (casement)
Gantungan atas (top hung)
Gantungan bawah (bottom hung)
TINGKAP BERPANGSI
Pangsi ufuk (horizontal hinge)
Pangsi tegak (vertical hinge)
TINGKAP GELANGSARAN
Gelangsar tegak (vertical slide)
Gelangsar ufuk (horizontal slide)
MAJMUK (COMPOSITE)
Gantungan sisi, gantungan atas dan bawah diunjurkan
Gelangsar berlipat
Tingkap Kayu
Tingkap Kayu
Tingkap Kayu
Tingkap Kayu
Tingkap Kayu
Tingkap Kayu
Terima Kasih

You might also like