You are on page 1of 1

erja pemasangan siling memakan masa lebih kurang 7 hari untuk disiapkan.

Terdapat pelbagai jenis siling


dan pilihan yang biasa dipilih ialah plaster siling (siling kapur). Terdapat berbagai-bagai jenis siling
seperti plaster siling sahaja ( biasa di tandas ), cornice ( ruang bilik dan ruang tamu ), L-Box mesti ada
light through ( biasa di ruang tamu dan bilik ), bitten ( biasa di cornice dan ingin menampakkan
kemeriahan dalam ruang tamu ), bunga ( biasa di tengah-tengah kipas atau lampu hiasan ). Harga siling
ini mengikut jenis dan anggaran harga RM 2.80 kaki persegi.
Proses pemasangan atau pembuatan reka bentuk plaster siling terdapat 3 bahagian. Tahap 1 ialah
pemasangan rangka besi. Rangka besi ini merupakan tahap terpenting bagi pemasangan sesebuah siling.
Kekuatan plaster siling bergantung kepada kekuatan rangka besi itu. Besi kerangka siling dengan jarak 2
kaki. Tahap 2 ialah pemasangan papan plaster siling (plaster ceiling board). Sebelum pemasangan plaster
siling, penyambungan pendawaian elektrik perlu dilakukan terlebih dahulu. Terdapat beberapa jenis
papan plaster siling dan kelebihannya ialah kalis air, bercorak dan ringan. Tahap 3, yang terakhir ialah
memasang hiasan mengikut kehendak tuan punya rumah seperti memasang bentuk down ligh, cornece,
dome, border, atau bunga tengah.

You might also like