You are on page 1of 35

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA     

KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR


NOTA KURSUS 1
SEMESTER SEMESTER 1 DTP SESI 2018/2019

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI AWAM

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN / DTP

KOD/KURSUS DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1

KOMPETENSI 1. STRUCTURE

1.1 FOUNDATION
KANDUNGAN 1.1.1 SHALLOW FOUNDATION
1.1.2 DEEP FOUNDATION AND PILE CAP
1.1.3 PILING METHOD

NO KOD DCA1343 / K 01 / NK 01 MUKA : 1 DRP : 38

PENERANGAN :

1.0 PENDAHULUAN

Asas bangunan merupakan bahagian yang paling penting bagi sesebuah bangunan. Tiap-tiap bangunan
beRula daripada asasnya. Oleh sebab itu asas menentukan kejayaan atau kegagalan pembinaan
bangunan tersebut. Asas bagi sesebuah bangunan ialah bahagian paling bawah terletak diatas tanah
yang menanggungnya. Asas mengandungi struktur bangunan dibawah tanah termasuk penapak dan
cerucuk jika cerucuk digunakan. Pembinaan bahagian asas ini memerlukan tindakan khusus supaya
cukup kukuh dan kekal untuk menanggung segala beban diatasnya.

2.0 FUNGSI ASAS

i. Mengagihkan beban bangunan itu supaya ditanggng oleh tapak tanah yang lebih luas.
ii. Mencegah bangunan itu daripada mendap akibat gerakan atau hakisan.
iii. Mendapatkan permukaan yang rata untuk membina bangunan.
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 2 drp : 35

iv. Menambahkan kestabilan bangunan dengan merendahkan pusat gravitinya ini sebabnya asas
bangunan dibina ke dalam tanah.

2.1 Faktor yang mempengaruhi reka bentuk dan saiz asas

i. Jenis tanah -Keadaan fizikal tanah dan keupayaan tanggungnya.


ii. Saiz dan bentuk beban - Beban daripada superstruktur bangunan termasuk beban hidup, beban
mati dan beban angin yang ditanggungnya.
iii. Ekonomi – perbandingan kos di antara jenis-jenis asas yang boleh digunakan.

3.0 KATEGORI ASAS

● ASAS CETEK
● ASAS DALAM

KATEGORI ASAS JENIS-JENIS ASAS GAMBARAJAH

1) ASAS CETEK

Tidak melebihi 3m Asas pad


kedalaman dan mengagihkan
beban kepada tanah secara -Dijadikan alas tiang.
melebar dan berdekatan -Biasanya digunakan sebagai asas
dengan permukaan tanah. rumah kediaman yang tidak
melebihi 4 tingkat di atas tanah
kukuh seperti tanah berbatu
kelikir.
-Saiz asas pad bergantung kepada
saiz beban yang ditanggungnya
serta keupayaan galas tanah.
-Tebal asas tidak kurang 150mm.
-Lebar asas ialah antara 450-
1500mm.
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 3 drp : 35

Asas Hampar

-Asas hampar digunakan secara


meluas kerana kelebihannya dari
segi ekonomi dan pembinaan.
- Sesuai untuk diguna pada tanah
yang mempunyai keupayaan
tanggungan sederhana tinggi
untuk menanggung satu tiang
atau satu tembok bagi bangunan
yang ringan.

i. Sesuai digunakan pada


tanah yang mempunyai
tanggung yang sederhana
tinggi untuk menanggung
satu tiang atau satu tembok
bagi bangunan yang ringan.

ii. Pada dasarnya asas ini


dibina sekurang-kurang
600mm dibawah aras tanah
(bagi jenis tanah liat)
dengan lebarnya 3 kali tebal
tembok (Rajah 1) atau 2 kali
tebal tembok + 300 mm
untuk tembok yang
mempunyai penapak atau
unjuran (Rajah 2).

iii. Manakala tebal konkritnya


adalah sama dengan tebal
tembok atau ditentukan.
(Rajah3)
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 4 drp : 35

Asas Jalur Biasa

- Asas ini digunakan bagi satu


atau dua tiingkat bangunan
kediaman dengan adanya tanah
yang baik Dan kukuh serta tidak
mengecut seperti tanah berbatu
kelikir.
- Asas ini ditempatkan pada
garisan tengah dinding Dan
dibina dengan konkri tyang
mempunyai nisbah bancuhan
1:3:6

Asas Jalur Lebar

- Asas ini digunakan bagi tanah


yang rendah keupayaan tanggung
beban seperti tanah liat, tanah
lembah dan tanah tambun yang
menyebabkan pemendapan kerap
kali berlaku.

Asas jalur Dalam

-Sesuai digunakan pada tanah


yang berkelodak Dan tanah liat
yang mana tanah ini akan
mengecut mengikut perubahan
masa. Namun asas jenis ini
adalah kuat Dan teguh dengan
penjimatan penggunaan batu-bata
serta mengurangkan pengorekan
lubang yang lebar yang akan
melibatkan pembuangan tanah
Dan tambahan tanah yang
minimum.

Asas Jalur Bertangga

-Asas ini dibuat berupa


tangga untuk menyesuaikan
kedudukan tapak yang curam
di samping mengawqal kos
pembinaan bangunan.
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 5 drp : 35

Pembinannya perlu mematuhi


beberapa peraturan yang
berikut:

a. Tiap-tiap anak tangga


hendaklah seragam.
b. Naiknya hendaklah
seragam Dan sebaik-
baiknya tidak melebihi 1
meter.
c. Cerucuk konkrit harus
diadakan pada hadapan
tangga yang paling
bawah untuk mencegah
asas ini dari tergelincir.

Asas Rakit

-Sesuai digunakan pada tanah


yang mempuyai daya
tanggung beban yang rendah
seperti tanah lombong. Dibina
pada keseluruhan kawasan
bangunan yang mana
perbezaan pemendapan Dan
keretakan dapaat dielakkan
pada sesuatu bahagian
kawasan tersebut. Bagi tujuan
kekuatan ia dibina dengan
kebelan konkrit sehingga
300mm Dan ketebalanya
digandakan pada bahagian
yang mempunyai dinding
tanggung baban.
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 6 drp : 35

2) ASAS DALAM

-Melebihi 3m kedalaman dan


mengagihkan beban jauh ke
dalam tanah.

ASAS CERUCUK
Asas Cerucuk Galas Hujung
-Asas cerucuk digunakan
apabila strata tanah yang -Cerucuk Galas Hujung
mempunyai keupayaan galas memindahkan beban bangunan
yang tinggi berada jauh ke terus kepada lapisan kukuh
dalam tanah.
yang terdapat di dalam tanah.
-Keupayaan galas tanah ialah -Tiang dibina sehingga ke
kemampuan tanah menerima lapisan tanah keras.
dan menanggung beban dengan - Cerucuk ini biasanya lebih
selamat tanpa enapan atau panjang.
kegagalan. - Bahan yang digunakan sebagai
-Asas ini membawa beban dari cerucuk ialah konkrit, keluli dan
bangunan dan disebarkan
kayu.
kebawah melaui tiang cerucuk
dan seterusnya ke tanah. - Cerucuk boleh bertindak
secara bersendirian atau secara
berkumpulan.
- Biasanya cerucuk dibina
secara berkumpulan dan
bahagian atas tiang cerucuk
akan dibina tukup tiang atau
tukup cerucuk supaya beban
dapat diagihkan.

Asas Cerucuk Geseran

-Cerucuk ini ditanam tidak


sampai ke tanah yang keras.
-Keupayaan menggalas beban
bergantung pada daya geseran
permukaan cerucuk daengan
tanah disekelilingnya.
-Luas permukaan keratan
cerucuk dapat meningkatkan
daya geseran.
-Oleh itu, cerucuk geseran perlu
mempunyai permukaan yang
kasar dan tanah pula daripada
jenis yang bergeseran tinggi.
-Contohnya: Cerucuk konkrit di
dalam tanah pasir padat.
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 7 drp : 35

4.0 BAGAIMANA CERUCUK GESERAN MENANGGUNG BEBAN

● Cerucuk Geseran Kulit ( Skin frictional Pile ) iaitu beban struktur di tanggung oleh geseran kulit di
seluruh permukaan cerucuk yang bersentuhan dengan tanah
● Cerucuk ini ditanggung oleh daya geseran diantara tanah dan permukaan cerucuk.
● Oleh sebab itu bahan yang digunakan untuk cerucuk ini haruslah mempunyai permukaan yang
kasar dan jarak diantara cerucuk-cerucuk hendaklah dirapatkan mengikut sifat-sifat tanah dan
bahan cerucuk.
● Oleh kerana banyak faktor-faktor yang di sebut diatas seperti kekuatan tanah dan lain-lain adalah
perkara yang relatif, maka kebanyakan cerucuk mempunyai kedua-dua sifat tanggung hujung dan
geseran kulit tetapi di dalam kadar yang berbeza-beza.

5.0 KATEGORI CERUCUK

Berdasarkan kepada kesan yang dibawa oleh cerucuk kepada tanah, maka cerucuk boleh di bahagikan
kepada :

KATEGORI CERUCUK GAMBARAJAH

i.Cerucuk tanpa anjakan (Non-


Displacement Pile) seperti Bored,
Micro Pile
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 8 drp : 35
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 9 drp : 35

ii.Cerucuk anjakan kecil (Small-


Displacement Pile) seperti H –
Pile, Sheet Pile, Pipe Pile,
Concrete spun pile dan lain-lain
lagi

Pile dimasukkan kedalam tanah


dengan cara hentakan
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 10 drp : 35

iii.Cerucuk anjakan besar (Large-


Displacement Pile )
Contohnya Reinforcement
Concrete pile.

Pile dimasukkan kedalam tanah


dengan cara hentakan
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 11 drp : 35

6.0 JENIS-JENIS CERUCUK

Berdasarkan kepada jenis bahan cerucuk, pembahagian boleh dibuat seperti diberikut :

JENIS CERUCUK GAMBARAJAH

i.Cerucuk Bakau

● Saiz 3” atau 5” bulat


● Beban yang dibenarkan 3/2 –
1 tan
Mesti berada di bawah paras
air bawah tanah yang
minima.

ii.Cerucuk kayu berubat


(Tanalised Timebr Pile)

● Saiz 5” x 5”, 6” x 6”
● Jenis kayu : kempas &
keruing
Beban yang dibenarkan 8-15
tan
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 12 drp : 35

iii.Cerucuk konkrit bertetulang (


R.C. Pile ) 

● Saiz 12” x 12”, 14” x 14”,


15” x 15”
● Beban yang dibenarkan 42–
65 tan

iv.Cerucuk konkrit tegas dahulu

● Saiz 10” x 10”, 12” x 12”,


14” x 14”, 16” x 16”
● Beban yang dibenarkan 45 –
110 tan

v.Cerucuk keluli H

● Saiz 8” x 8”, 10” x 10”, 12”


x 12”
● Beban yang dibenarkan 50 –
150 tan
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 13 drp : 35

vi.Cerucuk gerek tuang di tempat


( Cast Insitu Bored Pile )

● Saiz 18” – 160” bulat


● Beban 60 – 1000 tan.

vii. Cerucuk Komposite


(partially preformed piles)

● Mempunyai gabungan
precast & in-situ concrete
atau steel & in-situ concrete.
● Sistem piling bagi marin dan
kawasan perairan.
● Pile jenis ini terdiri daripada
steel casing dengan hollow
spun concrete core.
● Merupakan gabungan kualiti
concrete core yang tinggi dan
kekuatan high-tensile pada
permukaan steel casing.
● Mampu menampung beban
sebanyak 2800 kN

Kesimpulan bahan-bahan yang digunakan untuk cerucuk adalah seperti berikut:

1)Kayu – kayu bakau atau kayu lain yang terawet


2)Konkrit – tuang-dahulu (bertetulang)
3)Rencam (composite) – kayu atau keluli (bahagian atas)
4)Tuang disitu
5)Keluli - Cerucuk H, Cerucuk paip, Cerucuk kepingan

Alat-alat mencerucuk (pile driving) bagi Displacement Pile


DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 14 drp : 35

Drop hammer

● Jenis alat mencerucuk yang paling lama


● Biasanya digunakan untuk projek yang kecil
● Terdiri daripada 1bongkah iron/steel
● Standart ram weight adalah 2.5-50 kN

Kebaikan drop hammer


Kos penyelenggaraan yang kurang
Cara kerja yang mudah

Keburukan drop hammer


Operasi yang perlahan
Drop hammer Sangat bergantung kepada kemahiran operator
Drop height mudah berubah

Single acting hammer

● Diaktifkan oleh steam atau tekanan udara


● Hammer jatuh kerana daya graviti
● Tenaga yang dihasilkan biasanya 10-2250 kN/m
● Kadar operasi 35-60 blow seminit
● Kebaikan:

~operasi yang konsisten


~kadar hentakan yang lebih tinggi berbanding drop hammer

Double acting hammer

● Hammer yang menggunakan udara atau steam dan daya graviti bagi pukulan ram
● Popular untuk mencerucuk sheet pile
● Lebih laju 2 kali ganda daripada single acting hammer
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 15 drp : 35

Hydraulic impact hammer (BSP 375-9)

● Menggunakan sumber tenaga luar untuk menggerakkan hammer


● Hydaulic power pack membekalkan tekanan bendalir untuk menggerakkan hammer
● Kebaikan hydraulic hammer
✓ Daya hentakan (blow) dikawal sepenuhnya
✓ Kurang bising
✓ Boleh diguna untuk kawasan yang bertanah lembut

Diesel hammer

● Terbahagi kepada dua iaitu open end/single acting diesel hammer


● Konsep-ram jatuh dengan daya graviti,oleh itu ia juga dikenali dengan single acting hammer
● Diaktifkan oleh liquid fuel
● Langkah Kerja Cerucuk

Open end single acting hammer Gambaran dalam diesel hammer


DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 16 drp : 35

Close End Diesel Hammer/Double Acting Hammer

Kejatuhan ram adalah merujuk kepada tindakan daya graviti dan tekanan
dalam bounce chamber
8 bahagian penting dalam close end diesel hammer
~piston/ram
~impact block
~cylinder
~fuel pump
~fuel injector
~exhaus port
~recoil damper
~bounce chamber

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA


● Fahami dan tentukan kehendak lukisan produk
1. Terjemah Lukisan ● Tentukan jenis kerja yang akan dilakukan
Projek ● Tentukan spesifikasi dan bahan
● Menentukan ukuran dan jarak

● Kenalpasti alat yang diperlukan


2. Sediakan peralatan
● Sediakan alat-alat yang sesuai dan berkaitan dengan tugasan

3. Kenalpasti dan sedia ● Kenalpasti bahan yang diperlukan


bahan ● Sediakan bahan yang telah ditetapkan mengikut senarai

MELAKUKAN KERJA –KERJA CERUCUK

i. Lakukan kerja – kerja menentukan lokasi penanaman cerucuk


menggunakan teodolit.
4. Menanda Poin-
ii. Kawasan – kawasan yang hendak ditanamkan cerucuk akan
Poin Cerucuk
ditandakan dengan pin keluli yang diletakkan tanda merah
diatasnya supaya jelas kelihatan dari jauh.

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA


5. Mendirikan Kerangka
Cerucuk/Set up the i. Cerucuk dimasuk
piling rings frame ke dalam tanah
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 17 drp : 35

dengan rig yang


menyokong leader
bertujuan
mendirikan
cerucuk dan
operasi penukul.

ii. Rig moden


menggunakan
pemanduan getar
berbanding rig
model lama
menggunakan
penukul impak.

iii. Bagi tujuan ini Rig


perlu dirikan
mengikut kaedah
pemanduannya

Rajah menunjukkan dua jenis jentera cerucuk yang


dirikan
6. Himpun dan susun i. Cerucuk perlu dihimpun/stacking dan disusun supaya unit-unit
cerucuk di tapak bina nya ditempatkan pada poin-poin yang akan dirikan. Ini bagi
memastikan tegasan berlebihan tidak dikenakan pada sebarang
bahagian cerucuk.

ii. Perlu disusun pada jarak 300mm dari aras tanah dengan melapik
kayu-kayu penyokong yang sama arasnya pada jarak tertentu dan
ditempat di atas tanah kukuh bagi mengelakkan dari bengkok.

iii. Jarak antara cerucuk perlu bagi memudahkan cerucuk lama


diangkat dan tidak mengganggu cerucuk baru di sebelahnya

Rajah menunjukkan cara cerucuk dihimpun dan disusun


LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
Cerucuk konkrit pratuang merupakan salah satu Cerucuk Terhentak
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 18 drp : 35

7. Melakukan kerja
Penanaman Cerucuk selain dari cerucuk kayu dan keluli . Kaedah penanamannya
dilakukan dengan Kaedah Hentakan.
7.1 Penanaman
Cerucuk Konkrit ● Sebelum proses penanaman cerucuk dilakukan kerja-kerja
Pratuang penyediaan cerucuk perlu dilakukan.
Bertetulang
Langkah 1 i. Siapkan cerucuk dengan kakinya dipasang kasut besi yang ditirus
bagi memudahkannya masuk ke dalam tanah.kepala cerucuk
Persediaan Cerucuk perlu dilindungi dari kerosakan yang mungkin disebabkan oleh
drop hammer dengan memasang helmet .
ii. Kepala Cerucuk konkrit Pratuang perlu dipasang dengan penutup
pandu jenis kusyen bagi melindungi cerucuk semasa hentakan

Helmet cerucuk

Helmet cerucuk
menerima hentakan

Kasut Besi
iii. Cerucuk didirikan secara menegak pada posisi lokasi yang betul
dengan bantuan kerangka cerucuk/piling frame. Bagi mengawal
posisi cerucuk,hydraulic lead menggunakan sistem selinder
hidraulik disambung antara bawah lead dan driving rig
Langkah 2
iv. Kepugakan cerucuk perlu diuji biasanya dengan meenggunakan
timbang air
Dirikan Cerucuk
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 19 drp : 35

Langkah 3

Memandu
cerucuk

i. Cerucuk dipegang kemas secara sementara dengan toggle bolt atau pile
catch. Pada peringkat ini bungkah kayu dengan tebal yang betul diletak
diantara cerucuk dan leader sebagai pengalas bagi memastikan cerucuk
berada ditengah tengah dibawah penukul.

ii. Cerucuk mula dipandu ke dalam tanah dengan kaedah hentakan


dengan Tukul Jatuh /drop-hammer dan Rangka Cerucuk/ Piling
frame. Tukul Jatuh atau Drop hammer mengandungi pemberat yang
boleh diangkat dan dijatuhkan bagi mengetuk kepala cerucuk.
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 20 drp : 35

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA


KERANGKA CERUCUK

TUKUL
TUKULTINDAKAN
TINDAKANTUNGGAL
TUNGGAL
HELMET
HELMET
LEADER

CERUCUK SUSULAN

TOGGLE
BOLT
BUNGKAH KAYU
PENYAMBUNG
CERUCUK

CERUCUK

Langkah 4 Pilihan:

i. BenamCerucuk; a. Tukul jatuh ( Drop hammer)


Kaedah Hentakan
● Dalam kaedah ini, tukul digantung pada tali yang diletakkan melalui
takal dan gelendong.Penyusunan ini disokong sepenuhnya oleh
kerangka atau alat pandu cerucuk yang kukuh.
● Tukul akan ditarik ke puncak kerangka dengan menggunakan
winch yang menggunakan kuasa enjin disel atau elektrik.
Selepas itu, tukul akan dijatuhkan mengikut tarikan gravity secara
insani.
● Kaedah ini memang agak perlahan operasinya. Namun demikian
kaedah ini mudah dan tidak memerlukan kemahiran khusus atau
penyenggaraan yang banyak.

Oleh sebab itu, kaedah ini biasa digunakan bagi kebanyakan kerja
penghentakan cerucuk.

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA


DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 21 drp : 35

winch

b. Tukul Tindakan tunggal/Single Acting Hammer –


Sama seperti tukul jatuh, dari segi operasinya.Mempunyai penukul
yang beratnya 10,000 lb Dalam kaedah ini, tukul ditarik ke puncak
kerangka sebelum dihentakkan ke atas cerucuk. Perbezaannya ialah
tukul ditarik ke puncak kerangka dengan menggunakan tekanan
wap/steam atau udara termampat/hidraulik dan tidak menggunakan
winch seperti dalam tukul jatuh. Ia terdiri daripada rod omboh
geronggang dan selinder gelangsar.
● Kaedah hidraulik berlaku dengan wap atau udara dimasukkan ke
dalam rod omboh menerusi injap yang dikawal oleh tuil. Tuil
tersebut dapat dikendalikan secara insani atau diset secara
automatik untuk mengawal kelajuan. Tukul ini sesuai untuk
menghentak cerucuk kayu dan konkrit Pratuang kerana ketinggian
jatuhan tukul bagi setiap hentakan adalah terhad.

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA


DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 22 drp : 35

c. Kaedah Disel- Tukul Tindakan Tunggal Disel


Proses 1
Piston diangkat bagi memulakan operasi
Proses 2
Suntikan minyak disel dan mampatan.
Proses 3
Hentakan
Proses 4
Lubang ekzos terbuka dan gas dilepaskan
Proses 5
Udara di salur melalui lubang ekzos
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 23 drp : 35

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

1 2 3 4 5

d. Tukul dua tindakan/ Double Acting Hammer –

Mempunyai penukul yang beratnya antara 5000-14000 Ib. Tukul


Dua Tindakan beroperasi menggunakan wap,tetapi biasanya ia
menggunakan kuasa udara termampat bagi menaikkan ram dan
mencepatkan jatuhannya. Ia mempunyai ram yang ringan dan
beroperasi pada kadar kelajuan tinggi. Tidak efektif untuk memandu
tanam asas cerucuk dengan Tukul Tindakan Tunggal. Pelantak yang
digunakan juga agak kecil dan secara prinsipnya ia diguna untuk
menghentak cerucuk keping ringan dan cerucuk dinding nipis pada
tanah yang longgar.Tidak sesuai untuk menanam cerucuk konkrit
pratuang kecuali cerucuk konkrit prategasan(prestressed)

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

Rajah: Tukul dua tindakan, udara Dan


wap
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 24 drp : 35

Back stay

Langkah 5 i. Cerucuk dihentak masuk ke bumi sehingga ke lapisan batu (stratum).


Cerucuk mungkin perlu disambung bagi sampai ke lapisan tersebut.
Sambung Cerucuk Beberapa kaedah yang digunakan bagi menyambung cerucuk adalah
seperti berikut;

Bar Splicing / Butt Welding - Konkrit dipecahkan disekeliling cerucuk


sepanjang 30 kali saiz besi tetulang yang terbesar dan segala links
dikeluarkan. Besi tetulang yang baru kemudian disambung kepada yang
lama dengan splicing, links yang baru dipasang balik dengan jaraknya
separuh dari jarak links dalam cerucuk asal. Kotak acuan dipasang
semula dan dikonkritkan dengan konkrit bancuhan yang sama. Jika besi
baru hendak disambung dengan ‘butt welding’, jarak konkrit yang perlu
dipecahkan adalah 12”. Di dalam kaedah ini, ketegakan besi perlu
diperhatikan.

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA


DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 25 drp : 35

Menunjukkan kerja Cerucuk sedang


penyapuan cat anti karat dikimpal
pada bahagian
penyambungan cerucuk

Dowel bersambung

Kimpal temu

● Dowel bersambung / Plate Welding - Di dalam kaedah ini, cerucuk


sambungan disediakan dengan dowel bar yang boleh dimasukkan ke
dalam paip yang ada di cerucuk permulaan. Kepingan besi lembut dari
kedua-dua cerucuk kemudian dilekatkan dengan fillet di sekeliling.

● Kepala cerucuk - Jenis kepala cerucuk yang biasa digunakan di


dalam JKR adalah :

i) Flat Ended Shoe - Untuk tanah yang lembut


ii) Cast Iron Shoe - Untuk tanah yang sederhana dan
keras
iii) Rock Shoe - Untuk tanah yang keras dan berbatu
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

Kaedah Manual/Tradisional
Langkah 6
● Cara paling asas mengerat kepala cerucuk samada dengan cara
kerat cerucuk pegangan tangan atau plant mounted pneumatic breakers.
● Kaedah ini juga melibatkan penggunaan peralatan yang sesuai untuk
tugasan tesebut. Alat yang sering digunakan adalah jackhammer
dan heavy pneumatic breaker.Bar tetulang pula dipotong dengan
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 26 drp : 35

kimpalan gas atau elektrik.


● Keratan dilakukan memecahkan konkrit bermula dari perimeter ke
tengah paksi cerucuk. Ia tidak boleh dilakukan secara menegak
kerana boleh menyebabkan serpih dan retak melepasi paras yang
ditetapkan
● Gergaji cerucuk konkrit rotary juga digunakan secara manual.

Lebihan cerucuk yang telah dipotong

REPLACEMENT PILES

● Dikenali juga sebagai bored piles.


● Kaedah ini dijalankan dengan mengorek lubang terlebih dahulu dan diganti dengan in situ concrete
atau precast concrete.
● Biasanya kaedah ini digunakan di tapak bina yang:-
o memerlukan cerucuk diletakkan berhampiran antara satu sama lain
o gegaran atau bunyi bising perlu dihadkan
● Terbahagi kepada tiga, iaitu:-
o Percussion bored
o Rotary bored
o Prestcore piles

PERCUSSION BORED PILE


DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 27 drp : 35

● Sesuai untuk tapak bina yang kecil dan sederhana.


● Sesuai digunakan untuk tanah liat atau gravel.
● Diameter cerucuk biasanya dari 300mm sehingga 950mm.
● Direkabentuk untuk membawa beban sehingga 1500kN.
● Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan shear leg or tripod rig yang memerlukan sekurang-
kurangnya 1.8m headroom
● Steel lining tube (direkabentuk dari panjang 1m sehingga 1.4m) akan dimasukkan dengan menggali
tanah menggunakan percussion cutters @ balers (bergantung kepada keadaan tanah yang hendak
ditembusi).
● Steel lining tube biasanya akan menggali lubang berdasarkan beratnya sendiri tetapi boleh juga
dikendalikan dengan menggunakan hidraulics jacks.
● Apabila kedalaman yang tepat (bergantung kepada keadaan tanah) dikenalpasti maka tetulang
keluli akan diletakkan di dalam liner dan kemudiannya konkrit dicurahkan.
● Pemadatan dijalankan apabila liner dikeluarkan dengan menggunakan winch atau hidraulics
jacks.
● Kaedah air compressed digunakan untuk memadatkan dan mencampurkan konkrit. Internal
drop hammer boleh juga digunakan.
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 28 drp : 35

ROTARY BORED PILE

● Diklasifikasikan kegunaannya berdasarkan saiz bored pile.


- bored pile yang pendek digunakan untuk kediaman
- bored pile yang berdiameter besar digunakan untuk menumpukan
● beban pada bangunan multi-storey dan pembinaan jambatan.
● Sesuai digunakan untuk kebanyakan tanah cohesive.
● Kaedah ini biasanya dijalankan dengan menggunakan auger yang beroperasi bersama
dengan steel tube liner (berdasarkan keadaan tanah).
● Dua jenis auger yang biasa digunakan ialah:-
● a.Cheshire auger
● b.Continuous or flight auger
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 29 drp : 35

Dua jenis auger yang biasa digunakan ialah:-


a.Cheshire auger
b.Continuous or flight auger
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 30 drp : 35

a.CHESHIRE AUGER

oMempunyai 1 ½ hingga 2 pusingan helix di hujungnya.


oBiasanya diletakkan di atas lori atau traktor
oTerdapat kelly bar (sehingga 7.5m panjang) yang terdiri samada teleskopik atau extendable.
oTanah dikorek oleh auger, dinaikkan ke permukaan dan memutarkan helix ke sebelah lubang yang
dikorek tadi.

b.CONTINUOUS OR FLIGHT AUGER

oBiasanya digunakan apabila gerakan spiral yang ada memberikan kerosakan kepada permukaan untuk
dipindahkan daripada tapak.
oBiasanya diletakkan di atas adapted excavation atau crane power unit.
oWalaupun bucket boring tool bukan auger tetapi ia boleh juga digunakan.

CONTINUOUS OR FLIGHT AUGER


Bored pile yang berdiameter besar
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 31 drp : 35

1.Direkabentuk dengan:-
- Diameter sehingga 2.60 m.
- Panjang di antara 24 m hingga 60 m.
-Keupayaan membawa beban dari 2500 higga 8000kN.

2.Sesuai untuk kegunaan


- Pada tanah liat yang keras (stiff)
- untuk struktur yang mempunyai beban menumpu yang
tinggi dan boleh dilapis penuh atau separuh dengan steel tubes.

3.Kadang-kala tidak memerlukan reinforcement.


4.Penuangan konkrit biasanya menggunakan tremie pipe.
5.Test loading sangat mahal.
6.Base atau toe boleh dibesarkan atau dilebarkan sehingga tiga kali diameter shaft untuk menambahkan
keupayaan penampungan pile.

LARGE DIAMETER BORED PILE


DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 32 drp : 35
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 33 drp : 35

TYPICAL UNDERREAMING TOOL


DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 34 drp : 35

DRILLING BUCKET
PRESTCORE PILES

● Salah satu daripada bentuk composite pile yang menggunakan precast dan in situ concrete.
● Kaedah ini sama seperti kaedah percussion bored pile.
● Kebaikan:-
Sesuai untuk tanah yang berair.
Mudah untuk mengendalikan peralatan yang memerlukan headroom yang rendah.
● Pembentukan untuk kaedah ini boleh dibahagikan kepada empat tingkat yang jelas.
1. Boring- lubang dibentuk separti kaedah percussion bored piles yang menggunakan kaedah tripod
rig
2. Assembly - unit precast yang membentuk teras (core) pile disusun guna mandrel yang khas dan
reinforcement dimasukkan sebelum teras pile diturunkan ke kedudukannya
-menaikkan dan menurunkan teras pile dengan pneumatic winch -tumpukan kepada kepala lining
tube untuk menggabungkan lapisan bearing.
3. Pressing the core
4. Grouting - mengeluarkan lining tube dan grout dengan bantuan compressed air untuk memaksa
ground water keluar.

Rujukan:
DCA1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 35 drp : 35

1. Mohd Nasarudin Ali (2015). Asas Pengurusan Pembinaan. IBS Buku Sdn. Bhd.
2. R. Barry (2007). Kursus Seni Bina Jiid 1. IBS Buku Sdn. Bhd.
3. Jahiman Badron (2015). Teknologi Binaan Bangunan. IBS Buku Sdn. Bhd.
4. Zuklifi Hanafi (2009). Reka Bentuk Bangunan Dalam Iklim Panas dan Lembap di Malaysia.
Amber-Solara Publication.
5. A.M Neville & J.J Brooks (2012). Teknologi Konkrit. ITBM

You might also like