You are on page 1of 19

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 1
SEMESTER SEMESTER 3 SVM SESI 2018

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM

PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN / SVM

KOD/KURSUS WTP 3043 BUILDING CONSTRUCTION SUPERVISION 1

1. CONFIRM RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION DRAWING

KOMPETENSI
(MENGESAHKAN LUKISAN PEMBINAAN BANGUNAN KEDIAMAN)

- Contract document
- Content of contract documents
KOMPETENSI UNIT
- Approved construction drawing

Trainee must be able to:

- Obtain approved construction drawing
KOMPETENSI
- Interpret approved construction drawing
PEMBELAJARAN
- Finalise approved construction drawing details

NO KOD WTP 3043/K 01

MUKA : 01 DARIPADA 19
NO KOD JPK
NO. KOD WTP 3043/K 01 Muka : 2 Drp : 19

1.0 PENDAHULUAN

 Mengenalpasti keperluan penyeliaan pembinaan bangunan kediaman merupakan perkara penting

sebelum memulakan projek sebenar di tapak bina.
 Kontraktor mestilah membuat persediaan rapi sebelum penyediaan anggaran kos bagi memastikan
agar harga tender yang dihasilkan adalah suatu harga yang munasabah.

2.0 DOKUMEN KONTRAK

2.1 Definisi Kontrak

- Satu perjanjian yang terjalin apabila satu pihak bersetuju untuk menerima tawaran daripada
tawaran daripada satu pihak yang lain.
- Dokumen yang diperlukan untuk membina sesuatu projek pembinaan adalah dokumen kontrak.
- Dokumen ini mengandungi maklumat lengkap yang menjelaskan keperluan dalam projek
pembinaan.

2.2 Definisi Dokumen Kontrak

- Dokumen kontrak ditakrifkan sebagai dokumen yang mengandungi perkara-perkara perjanjian
antara pihak-pihak berkontrak.
- Dokumen kontrak adalah merupakan suatu dokumen yang merekodkan terma-terma kontrak
bagi menjelaskan hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang berkontrak secara bertulis dan
sangat penting dalam pelaksanaan kerja pembinaan.
- Dengan kata lain, dokumen kontrak adalah satu dokumen perjanjian di antara pihak klien atau
majikan bersama dengan pihak kontraktor untuk pelaksanaan projek.

2.3 Fungsi Dokumen Kontrak

1. Rujukan dan butiran berkaitan dengan projek dinyatakan dengan jelas bagi memudahkan pihak-
pihak terlibat memahami keperluan masing-masing.
2. Menjelaskan setiap tanggungjawab dan bidang kuasa pihak yang terlibat.
3. Memastikan kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurna seperti yang dikehendaki oleh klien
dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam kontrak.
4. Menjelaskan skop kerja yang perlu dilakukan.
5. Menetapkan harga dan tempoh siap.
6. Menjelaskan tindakan yang boleh diambil jika terdapat sebarang kemungkinan atau pertikaian
oleh mana-mana pihak.
7. Memberi gambaran jelas mengenai sifat dan kuantiti kerja, tapak dan keadaan tanah dan
tanggungjawab kontraktor.
NO. KOD WTP 3043/K 01 Muka : 3 Drp : 19

3.0 KANDUNGAN DOKUMEN KONTRAK

 Penyediaan dokumen kontrak hendaklah diuruskan oleh pejabat yang memanggil tender.
 Dokumen kontrak mestilah ditandatangani oleh kontraktor dan pegawai yang diberi kuasa untuk
menandatangani bagi pihak Kerajaan di bawah Akta Kontrak Kerajaan.
 Kontraktor hendaklah ditandatangani secepat mungkin selepas semua terma dan syarat dipersetujui
oleh kedua-dua pihak dan selewat-lewatnya empat (4) bulan dari tarikh Surat Setuju Terima Tender.

Rajah 1: Muka Depan Dokumen Kontrak

 Sebarang pindaan yang tercatat dalam dokumen kontrak mestilah ditandatangani oleh kedua-dua
pihak iaitu kontraktor dan pegawai yang menyediakannya.
 Kandungan dokumen kontrak hendaklah mengikut kandungan Dokumen Meja Tender.
NO. KOD WTP 3043/K 01 Muka : 4 Drp : 19

 Kandungan utama dokumen kontrak terdiri daripada:

a. Lukisan
b. Spesifikasi
c. Senarai kuantiti
d. Kos
e. Tempoh

a. Lukisan
 Lukisan-lukisan kontrak adalah sebahagian daripada dokumen tender yang dikeluarkan
kepada petender.
 Ia terdiri daripada lukisan-lukisan yang dirujuk semasa penyediaan senarai kuantiti untuk
memberi gambaran kepada petender secara keseluruhan tentang jenis dan skop kerja dan
butiran-butiran lain yang diperlukan untuk mengharga kerja yang disenaraikan di dalam
senarai kuantiti.
 Untuk kontrak binaan bangunan, hanya pelan tapak bina, pelan lantai, keratan dan tampak
bangunan-bangunan dan butiran-butiran kerja lain yang tidak dapat dihuraikan dengan jelas
dalam senarai kuantiti dan disenaraikan sebagai senarai lukisan dikeluarkan kepada
petender.
 Untuk kontrak kerja kejuruteraan awam, satu set lengkap lukisan hendaklah dikemukakan
kepada petender.
 Lukisan kerja mengandungi pelan tapak, pelan tegak (pelan tegak hadapan, pelan tegak sisi
dan pelan tegak belakang) pelan lantai dan pandangan keratan (lengkap dengan dimensi,
perincian dan nota) bagi membolehkan komponen bangunan digambarkan tanpa maklumat
tambahan.
 Lukisan-lukisan mestilah disemak untuk mengelakkan percanggahan di antara lukisan-
lukisan yang disediakan oleh para pereka bentuk dari bidang yang sama dan juga dengan
lukisan-lukisan yang disediakan oleh para pereka bentuk berlainan bidang.
 Antara jenis-jenis pelan yang diperlukan adalah:
1. Lukisan bangunan:
- Pelan struktur
- Pelan arkitek
- Pelan perpaipan dalaman
2. Lukisan mekanikal dan elektrik
NO. KOD WTP 3043/K 01 Muka : 5 Drp : 19

Rajah 2: Lukisan Arkitek

NO. KOD WTP 3043/K 01 Muka : 6 Drp : 19

b. Spesifikasi
 Spesifikasi mengandungi huraian mengenai bahan-bahan dan mutu kerja bagi setiap jenis
kerja yang perlu dilaksanakan.
 Ianya menjadi rujukan bagi tahap kualiti yang dikehendaki. Tahap kualiti yang dikehendaki
biasanya mengikut kod dan standard seperti British Standards, SIRIM dan lain-lain.
 Bagi urusan kontrak, spesifikasi menentukan keperluan kerja yang tidak dijelaskan di dalam
lukisan dan juga keperluan-keperluan lain kontrak yang tidak dinyatakan dalam mana-mana
dokumen lain.
 Spesifikasi tambahan disediakan untuk kerja-kerja tertentu (jika kontrak berasaskan lukisan
dan spesifikasi digunakan).

c. Senarai kuantiti
 Senarai kuantiti disediakan bagi memudahkan membuat anggaran lebih tepat bagi projek
yang dicadangkan.
 Senarai kuantiti adalah asas untuk mendapatkan Harga Kontrak.
 Senarai kuantiti adalah dokumen yang terkandung dalam dokumen kontrak yang
mengandungi huraian serta kuantiti butir-butir kerja yang terlibat dalam pembinaan sesebuah
projek.
 Senarai kuantiti membolehkan kontraktor menghargakan setiap butiran kerja yang terlibat
untuk mendapatkan jumlah harga tawaran.
 Senarai kuantiti disediakan mengikut kaedah yang terkandung dalam Malaysian Standard
Method of Measurement of Building Works Second Edition (SMM2) yang diterbitkan oleh
Institut Juruukur (Malaysia) dan kerja-kerja kejuruteraan awam mengikut kaedah yang
terkandung dalam Civil Engineering Method of Measurement (CESMM) yang diterbitkan oleh
Institut Jurutera Awam (London). Sekiranya terdapat penyimpangan daripada kaedah
mengukur piawaian ini atau di mana kaedah mengukur lain digunakan, ianya hendaklah
dinyatakan dengan jelas dalam senarai kuantiti.
 Senarai kuantiti mestilah disediakan oleh seorang yang terlatih dan berkelayakan. Ini adalah
sangat penting kerana sebarang kesamaran, percanggahan atau kesilapan dalam senarai
kuantiti akan membawa kepada permasalahan pentadbiran kontrak dan boleh menimbulkan
pertikaian antara kontraktor dan Kerajaan.
NO. KOD WTP 3043/K 01 Muka : 7 Drp : 19

Rajah 3: Senarai Kuantiti

NO. KOD WTP 3043/K 01 Muka : 8 Drp : 19

d. Kos
 Klien biasanya menyenaraikan senarai harga dalam membuat sesuatu elemen binaan
termasuk harga bahan dan upah.
 Petender perlu menyediakan dan melengkapkan satu Jadual Kadar Harga terkini yang
menjadi sebahagian daripada dokumen tender dan dokumen meja tender.
 Jadual kadar harga ini diperlukan untuk tujuan penilaian kerja perubahan (bagi kontrak
berdasarkan lukisan dan spesifikasi).
 Senarai Kuantiti dan Jadual Kadar Harga akan diteliti dan diselaraskan untuk memastikan
kemunasabahannya sebelum tender disetujuterima sebagaimana yang diperuntukkan di
dalam syarat-syarat kontrak yang berkenaan.
 Bagi kontrak berasaskan Senarai Kuantiti, kadar harga dan harga-harga dalam Senarai
Kuantiti mesti disemak dan diselaraskan untuk memastikan keseragaman kadar harga.
 Bagi kontrak berasaskan Lukisan dan Spesifikasi, harga dalam Ringkasan Tender perlu
diselaraskan mengikut peratus pengagihan harga yang telah dipersetujui oleh kontraktor
sebelum tender disetujuterima.
 Pelarasan kadar harga pindaan dalam Jadual Kadar Harga mesti disemak dengan teliti dan
diselaraskan untuk memastikan kemunasabahannya.
 Setiap kos mata benda dibahagikan kepada empat (4) iaitu:
1. Kos bahan
2. Kos upah
3. Kos loji dan alatan
4. Kos pengurusan dan keuntungan

1. Kos bahan
- Kos bahan seperti bata, genting, kaca, besi, simen dan pasir berbeza dari masa ke masa
dan dari tempat ke tempat.
- Ketika membuat anggaran kos bahan, harga yang digunakan hendaklah mengikut harga
pasaran terkini dan harga bahan di lokasi pembinaan.

2. Kos upah
- Kos upah merupakan bayaran upah atau gaji kepada pekerja setelah kerja
disempurnakan.
- Contohnya, penerap bata akan dibayar upah apabila kerja penerapan bata selesai dalam
jangka masa yang dipersetujui.
- Kadar bayaran yang diberi adalah berbeza mengikut kemahiran pekerja.
- Penentuan nilai upah juga bergantung pada pemalar pekerja. Pemalar pekerja adalah
purata masa yang diambil oleh seseorang pekerja untuk menyiapkan sesuatu unit kerja.
NO. KOD WTP 3043/K 01 Muka : 9 Drp : 19

3. Kos loji dan alatan

- Projek pembinaan memerlukan pengunaan loji dan alatan supaya kerja dapat
dilaksanakan dengan berkesan dan cepat.

4. Kos pengurusan dan keuntungan

- Kos pengurusan merupakan pelagai jenis pembayaran yang berkaitan dengan urusan
sesebuah syarikat kontraktor.
- Kos pengurusan termasuk gaji kakitangan pengurusan, bayaran bil elektrik, bil air, kos
kelengkapan pejabat.

Rajah 4: Sebut Harga

NO. KOD WTP 3043/K 01 Muka : 10 Drp : 19

4.0 LUKISAN PEMBINAAN DILULUSKAN

4.1 Lukisan Mekanikal dan Eletrik

- Lukisan mekanikal dan elektrik biasanya dirujuk dalam industri bangunan. Lukisan ini
menggabungkan susun atur dan pemasangan sistem dan komponen mekanikal dan elektrik.
- Sistem elektrik akan merangkumi:
• Kawalan Akses
• Pengurusan Kabel
• Rangkaian Data
• Lampu Kecemasan
• Penggera Kebakaran
• Lampu Dalaman / Luar
• Mesin Kuasa
• Pembahagian kuasa / Sub-Tahap
• Sistem Keselamatan
• Perkhidmatan Kuasa Kecil

- Sistem Mekanikal akan merangkumi:

• Penyaman udara
• Pemanasan
• Paip Air Panas / Sejuk
• Perpaipan & Sanitasi
• Kesihatan Awam
• Panel solar
• Pemanasan bawah lantai
• Pengudaraan
NO. KOD WTP 3043/K 01 Muka : 11 Drp : 19

Rajah 5: Lukisan Mekanikal dan Elektrik

4.2 Lukisan Bangunan

- Lukisan bangunan memberi gambaran sebenar reka bentuk sesebuah bangunan yang akan
dibina.
- Arkitek merupakan orang bertanggungjawab menghasilkan lukisan bangunan.
- Lukisan bangunan terdiri daripada tiga (3) jenis iaitu:
1. Lukisan struktur
2. Lukisan arkitek
3. Lukisan perpaipan dalaman

1. Lukisan Struktur
- Lukisan struktur menunjukkan bahagian bangunan yang menanggung beban seperti asas,
kerangka, lantai dan struktur bumbung.
- Lukisan ini mengandungi maklumat khusus yang berkaitan dengan komponen yang
menguatkan binaan tersebut seperti tetulang keluli, spesifikasi konkrit dan perincian asas.
NO. KOD WTP 3043/K 01 Muka : 12 Drp : 19

Rajah 6: Lukisan Struktur Bagi Rasuk

2. Lukisan Arkitek
- Lukisan arkitek adalah lukisan yang menunjukkan rancangan dan pandangan sebuah
bangunan.
- Jenis lukisan ini diperlukan untuk pembinaan bangunan dan sebagai rujukan bagi kontraktor
dalam spesifikasi mesyuarat.
- Berikut merupakan elemen-elemen bagi lukisan arkitek:
1. Lukisan pelan
▪ Pelan lokasi

Rajah 7: Pelan Lokasi

NO. KOD WTP 3043/K 01 Muka : 13 Drp : 19

▪ Pelan tapak

Rajah 8: Pelan Tapak

▪ Pelan lantai

Rajah 9: Pelan Lantai

NO. KOD WTP 3043/K 01 Muka : 14 Drp : 19

▪ Pelan bumbung

Rajah 10: Pelan Bumbung

2. Lukisan pandangan
▪ Pandangan hadapan

Rajah 11: Pelan Pandangan Hadapan

NO. KOD WTP 3043/K 01 Muka : 15 Drp : 19

▪ Pandangan belakang

Rajah 12: Pelan Pandangan Belakang

▪ Pandangan sisi kanan / kiri

Rajah 13: Pelan Pandangan Sisi Kanan

NO. KOD WTP 3043/K 01 Muka : 16 Drp : 19

Rajah 14: Pelan Pandangan Sisi Kiri

Rajah 15: Lukisan Arkitek

NO. KOD WTP 3043/K 01 Muka : 17 Drp : 19

3. Lukisan Perpaipan Dalaman

- Lukisan perpaipan menunjukkan sistem perpaipan bagi sesebuah bangunan yang dilukis mengikut
simbol perpaipan.
- Lukisan perpaipan memudahkan kontraktor perpaipan memasang sistem perpaipan berdasarkan
pelan yang dilukis.

Rajah 16: Contoh Lukisan Perpaipan Dalaman

NO. KOD WTP 3043/K 01 Muka : 18 Drp : 19

RUJUKAN
Ab. Aziz Abd. Latiff, Ismail Yusof & Abdul Aziz Abu Bakar. (2006). Civil Engineering Form 5. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abd. Azis Samat, Subri Abu Kassim & Mohd Sukri Yasin. (2008). Teknologi Pembinaan Tingkatan 4 & 5. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.
Ahmad Abdullah. (2005). Anggaran Kos Kerja Bangunan. Kuala Lumpur: Pearson Malaysia.
Pejabat Pengarah Kanan Cawangan Kontrak & Ukur Bahan. (2010). Buku Panduan Pentadbiran Kontrak Kerja Raya.
Kuala Lumpur: Ibu Pejabat JKR Malaysia.
NO. KOD WTP 3043/K 01 Muka : 19 Drp : 19

SOALAN / QUESTIONS:

1. Apakah dimaksudkan tentang dokumen kontrak?

....................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................

2. Nyatakan empat (4) fungsi dokumen kontrak.

3. Berikan lima (5) kandungan utama dalam dokumen kontrak?

4. Salah satu kandungan dokumen kontrak adalah senarai kuantiti. Terangkan kepentingan senarai
kuantiti.

....................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................

5. Nyatakan tiga (3) jenis lukisan bangunan.

You might also like