You are on page 1of 25

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 1
SEMESTER SEMESTER 4 SVM SESI 1/2023

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI AWAM

PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN / SVM

KOD/KURSUS WTP 4022 FENCING WORKS / KERJA PAGAR

KOMPETENSI 01. IDENTIFY RESIDENTIAL EXTERNAL WORK REQUIREMENT

1. Contract Documents
2. Content Of Contract Documents
KOMPETENSI
3. Approved Construction Drawing
UNIT
4. Location Of Residential External Work
5. Types Of External Work

Trainee must be able to:


KOMPETENSI
i. Determine location of residential external work.
PEMBELAJARAN
ii. Determine size and type of residential external work.
iii. Determine information regarding residential building external work.

WTP 4022/K 01/NK 01-04


NO KOD
EDISI 2/JUN 2018
MUKA : 01 DARIPADA 23
BC-030-3;2013-C08
NO KOD JPK
BC-030-3;2013-E01
NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 2 drp : 25

TAJUK: MENGENALPASTI KEPERLUAN KERJA LUAR RUMAH


KEDIAMAN ( IDENTIFY RESIDENTIAL EXTERNAL WORK
REQUIREMENT)

PENERANGAN :
PENGENALAN KEPADA DOKUMEN KONTRAK

1.0 PENGENALAN

Dokumen kontrak adalah merupakan suatu dokumen yang merekodkan terma-terma


kontrak bagi menjelaskan hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang berkontrak secara
bertulis dan sangat penting dalam pelaksanaan kerja pembinaan. Di antara sebab lain
mengapa Dokumen Kontrak diperlukan adalah seperti berikut:

(a) Ia boleh menjelaskan skop kerja yang perlu dilakukan;


(b) Menetapkan harga dan tempoh siap; dan
(c) Menjelaskan tindakan yang boleh diambil jika terdapat sebarang kemungkiran atau
pertikaian oleh mana-mana pihak.

Penyediaan Dokumen Kontrak hendaklah diuruskan oleh pejabat yang memanggil tender.
Dokumen Kontrak hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Menteri
Kerja Raya atau mana mana Menteri dari Kementerian4 yang berkenaan bagi pihak
Kerajaan di bawah Akta Kontrak Kerajaan 1949 (semakan 1973) [Akta 120]3.

2.0 PENYEDIAAN DOKUMEN KONTRAK

Format kulit Dokumen Kontrak hendaklah seragam dan menggunakan warna


korporat JKR.

2.1 Kandungan Dokumen Kontrak hendaklah mengikut kandungan Dokumen


Meja Tender.

(a) Kontrak berasaskan Senarai Kuantiti:

(i) Arahan Kepada Petender


(ii) Borang Tender (JKR 203 B-Pin.8/2008)
(iii) Surat Setujuterima Tender (JKR 203D-Pin 9/2010)
(iv) Borang Kontrak Piawai [P.W.D. FORM 203A (Rev 2007)]
(v) Addenda kepada Syarat-syarat Kontrak
(vi) Peruntukan Khas Kepada Syarat-syarat Kontrak
NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 3 drp : 25

(vii) Spesifikasi Piawai


(viii) Spesifikasi Addenda
(ix) Pengukuran, Perincian Dan Faktor Menghargakan Senarai Kuantiti
(Measurement, Amplification and Pricing Factor-MAPF)
(x) Senarai Kuantiti / Ringkasan Tender / Jadual Kadar Harga
(xi) Jadual Kadar Harga Harian
(xii) Senarai Lukisan Untuk Tandatangani Oleh Kedua-dua Pihak
(xiii) Lukisan-Lukisan Yang Disenarai Di Dalam Senarai Lukisan

(b) Kontrak berasaskan Lukisan dan Spesifikasi:

(i) Arahan Kepada Petender


(ii) Borang Tender (JKR 203 C-Pin.8/2008)
(iii) Surat Setujuterima Tender (JKR 203 D-Pin.9/2010)
(iv) Borang Kontrak Piawai [P.W.D FORM 203 (Rev. 2007)]
(v) Addenda kepada Syarat-syarat Kontrak
(vi) Peruntukan Khas Kepada Syarat-syarat Kontrak
(vii) Spesifikasi Piawai
(viii) Spesifikasi Addenda
(ix) Jadual Kadar Harga
(x) Jadual Kadar Harga Harian
(xi) Senarai Lukisan Untuk Di Tandatangani Oleh Kedua-dua Pihak
(xii) Lukisan-Lukisan Yang Disenarai Di Dalam Senarai Lukisan

3.0 PENYIMPANAN DOKUMEN KONTRAK

Salinan asal Dokumen Kontrak hendaklah disimpan dengan selamat dalam bilik
berkunci di pejabat di mana Dokumen Kontrak disediakan. Dokumen tersebut
hendaklah disimpan di tempat yang mudah untuk diperolehi apabila ianya
dikehendaki.

4.0 DOKUMEN TAWARAN

Dokumen tawaran ialah dokumen yang mengandungi semua maklumat yang


diperlukan oleh kontraktor bagi mentaksirkan harga projek yang ditawarkan.
Dokumen tawaran mengandungi beberapa perkara yang tersenarai seperti berikut :

i. Borang Kontrak
ii. Borang Penerimaan Tawaran
iii. Spesifikasi Piawaian Kerja
iv. Senarai Kuantiti
NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 4 drp : 25

v. Lukisan Kerja
vi. Jadual Kadar Harga
vii. Surat Setuju Terima

KANDUNGAN
DOKUMEN KETERANGAN FUNGSI
TAWARAN

 Borang perlu diisi oleh


kontraktor.  Sebagai tanda
BORANG
 Kontraktor perlu menyertai tawaran
KONTRAK menyatakan harga untuk penilaian dan
penawaran dan tempoh pemilihan kontraktor.
siap kerja.

BORANG  Borang diisi oleh klien  Memberitahu


untuk dikembalikan kontraktor tawaran
PENERIMAAN kepada kontraktor yang diserahkan
TAWARAN sebagai rekod kepada klien telah
simpanan. diterima.

 Keterangan tentang
kerja yang akan
dijalankan.  Maklumat yang
SPESIFIKASI  Kualiti bahan binaan menjelaskan kepada
yang dikehendaki oleh kontraktor tentang
PIAWAIAN klien. butir-butir yang
KERJA  Kaedah menjalankan berkaitan dengan
kerja. kontrak yang
 Tahap kualiti kerja yang ditawarkan.
diharapkan dapat
dipenuhi kontraktor.

 Membantu dan
memudahkan
kontarktor membuat
 Mengandungi senarai
SENARAI pengiraan anggaran
kuantiti bahan dan kerja
kos upah kerja dan
KUANTITI yang diperlukan untuk
jumlah kos bahan.
menyiapkan projek.
 Merancang kaedah
kerja yang akan
dilakukan.

LUKISAN  Mengandungi gambaran  Membantu dan


KERJA kerja yang ditawarkan memudahkan
kepada kontraktor. kontraktor membuat
pengiraan anggaran
kos upah kerja dan
jumlah kos bahan.
 Merancang kaedah
kerja yang akan
NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 5 drp : 25

dilakukan.

 Membantu dan
JADUAL  Mengandungi senarai
memudahkan
KADAR harga bagi setiap kerja
kontraktor membuat
yang akan dilakukan
HARGA pengiraan anggaran
oleh kontraktor.
kos kerja.

 Sebagai tanda
SURAT  Surat diisi oleh
kontrak telah
SETUJU kontraktor untuk
diterima dan
diserahkan kepada
TERIMA dipersetujui oleh
klien.
kontraktor.

5.0 KONTRAK

Kontrak ialah suatu perjanjian yang dimeterai apabila satu pihak bersetuju menerima
tawaran daripada satu pihak yang lain. Kontrak akan dimeterai apabila klien melantik
kontraktor sebagai pelaksana projek. Kontraktor menerima tawaran klien untuk
menyiapkan projek dengan mematuhi segala syarat yang telah dimeterai dalam
kontrak.

5.1 Tujuan Kontrak

 Tujuan kontrak adalah untuk menjalin perhubungan antara klien


dengan kontraktor supaya lebih jelas dalam bentuk kenyataan dan
syarat serta dinyatakan hadnya.
 Kehendak dan kepentingan klien terhadap kontraktor dijelaskan secara
bertulis dalam dokumen kontrak supaya menjadi rujukan sekiranya
berlaku pertikaian.

6.0 KAEDAH DAN UNIT PENGUKURAN

KAEDAH KETERANGAN UNIT SIMBOL

 Pelbagai mata benda yang diukur secara


lelurus.
Lelurus  Digunakan untuk mata benda yang
Meter m
mempunyai keratan tetap.
 Taksiran harga mata benda dilakukan
dengan berdasarkan ukuran lelurus

Keluasan  Merupakan ukuran ke atas mata benda Meter m²


seperti permukaan turapan, lepaan, persegi
dinding bata, kawasan pembersihan
NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 6 drp : 25

tapak, kotak acuan dan sebagainya.


 Ukuran yang perlu diambil dan
dicatatkan ialah panjang dan lebar, lebar
dan dalam atau panjang dan tinggi.

 Melibatkan mata benda seperti


penggalian tanah untuk asas, konkrit
untuk rasuk, lantai dan sebagainya. Meter
 Sempadan yang diambil ukurannya ialah padu
Isipadu panjang, lebar dan dalam bagi mata

benda yang mempunyai tiga permukaan.
 Binaan berbentuk piramid, kon, bebola,
silinder dan sebagainya memerlukan
ukuran yang berdasarkan rumus
matematik untuk mengira isipadu.

 Digunakan apabila kos mata benda


ditaksirkan berdasarkan berat. Kilogram
Berat Kg
 Digunakan ke atas mata benda seperti atau Tan
/Tan
tetulang keluli yang dipasang dalam metrik
struktur konkrit bertetulang.

 Digunakan ke atas mata benda


kompleks yang sukar dipecahkan
kepada komponen kecil untuk
ditaksirkan harganya.
Bilangan  Mata benda berkenaan termasuk Bilangan bil
pemasangan elektrik seperti soket
lampu, poin alat penyaman udara, pintu,
tingkap, tanda lalu lintas dan konkrit siap
tuang.
NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 7 drp : 25

7.0 JENIS-JENIS KOS

Asas Penilaian
Jenis Kos Faktor Pengiraan
Kos

 Kos bahan sentiasa berubah


mengikut pasaran semasa.
 Harga asal bahan.  Kos bahan berbeza antara lokasi.
Bahan  Kos penghantaran.  Tempat penyimpanan bahan
 Kos penyimpanan. diperlukan untuk keselamatan
 Kos pembaziran. dan menghindarkan kerosakan.
 Pembaziran bahan sentiasa
berlaku.
Upah  Kos pembayaran upah  Kadar pembayaran upah berbeza
bagi kerja yang telah mengikut kemahiran dan jenis
NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 8 drp : 25

kerja.
siap.
 Upah berkadar kepada  Kadar upah berubah mengikut
pekerja mahir dan keadaan semasa dan lokasi.
pekerja am.  Kiraan upah berasaskan kepada
pemalar pekerja.
Loji dan  Contoh loji yang digunakan ialah
Alatan  Harga asal loji, nilai loji berjentera seperti kren, lori,
kaedah ke atas hutang jentolak dan pembancuh konkrit.
dan usia loji.  Upah pemandu dan pekerja.
 Kos sewa loji.  Kos sewa dan kos senggaraan
 Kos pengendalian loji. seperti penggunaan minyak dan
lain-lain.
 Pembayaran gaji kaki tangan
pengurusan , sewa pejabat,
cukai, sewa beli mesin, insurans
Pengurusan
dan elaun.
dan  Kos pengurusan syarikat  Pembayaran bil perkhidmatan
dan keuntungan.
Keuntungan alatan tidak berjentera dan
alatan tangan.
 Modal dan sudut nilai alatan
pejabat.

8.0 KAEDAH SENARAI KUANTITI

8.1 Senarai Kuantiti

 Kaedah senarai kuantiti ialah cara paling baik dan tepat berbangding
dengan cara anggaran lain. Juruukur bahan mengeluarkan kuantiti mata
benda yang telah diukur daripada lukisan-lukisan kerja dengan tepat.
 Mata benda tersebut dikumpulkan dalam bentuk bilangan dan
dibahagikan kepada pecahan-pecahan tajuk yang tertentu. Seterusnya
senarai mata benda dikumpulkan jumlah ukurannya. Jumlah ukuran mata
benda ini didarab pula dengan harga unit mata benda bagi mendapatkan
anggaran jumlah kos projek.

8.2 Kaedah Senarai Kuantiti

Langkah-langkah menyediakan senarai kuantiti ialah seperti berikut:

i. Mentafsir lukisan

 Dalam sesebuah projek pembinaan, jenis lukisan yang diperlukan


mestilah merangkumi aspek reka bentuk, struktur dan
perkhidmatan.
NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 9 drp : 25

 Seseorang jurukur bahan perlu mempunyai kemampuan untuk


memahami, mentafsir dan menghubungkaitkan lukisan tersebut
dengan tepat supaya kuantiti bahan dapat dianggarkan dan
operasi kerja boleh dikenal pasti. Antara jenis lukisan yang perlu
ditafsirkan ialah:
a. Lukisan reka bentuk
Lukisan reka bentuk ialah lukisan yang berkaitan dengan reka
bentuk sesebuah bangunan. Lukisan ini termasuklah pelan,
keratan dan pandangan sisi bangunan cadangan.

b. Lukisan struktur
Lukisan struktur menunjukkan bahagian bangunan yang
menanggung beban seperti asas, kerangka, lantai dan struktur
bumbung. Lukisan ini mengandungi maklumat khusus yang
berkaitan dengan komponen yang menguatkan binaan tersebut
seperti tetulang keluli, spesifikasi konkrit, perincian asas, saiz
rasuk dan sais tiang.

c. Lukisan perkhidmatan
Lukisan perkhidmatan memberikan perincian tentang pemasangan
perkhidmatan yang diperlukan dalam sesuatu projek. Beberapa
jenis sistem perkhidmatan yang diperlukan bagi sesuatu bangunan
ialah sistem bekalan elektrik, sistem penyaman udara dan
telekomunikasi.

ii. Mengukur dan mengeluarkan kuantiti

 Mengukur dan mengeluarkan kuantiti ialah proses mengukur,


menjumlahkan dan mendarab dimensi mata benda dan operasi
kerja yang terlibat dengan menggunakan borang ukur kuantiti.

iii. Mengumpulkan kuantiti

 Mengumpulkan kuantiti ialah melakukan kerja mengabstrak,


iaitu memindahkan segala ukuran dan keterangan kerja dari
borang ukur kuantiti ke dalam borang abstrak.

iv. Menganggar kos


NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 10 drp : 25

 Selepas kerja mengabstrak dilakukan, keterangan kerja, unit


dan kuantiti kerja dicatatkan ke dalam borang senarai kuantiti
untuk menganggar kos.

9.0 LUKISAN PEMBINAAN YANG DILULUSKAN

 Lukisan Teknik juga dikenali sebagai lukisan kejuruteraan adalah cara


untuk menghasilkan lukisan pelan yang menggambarkan dengan tepat
sesuatu objek teknikal, seni bina dan kejuruteraan. Dengan kata lain, lukisan
kejuruteraan merupakan alat komunikasi atau bahasa perhubungan di
kalangan mereka yang terlibat dengan dunia kejuruteraan.

 Ia adalah satu dokumen, dalam bentuk bergambar dan sedikit nota. Ia


mengandungi semua maklumat penting bagi
tujuan pembuatanatau pengilangan; iaitu mungkin mengandungi
satu komponen tunggal, sebahagian kumpulan binaan atau
satu barangan lengkap yang menunjukkan keseluruhan komponen.

 Secara teknikalnya lukisan kejuruteraan boleh dipecahkan kepada dua iaitu:-


1. Lukisan mesin - Iaitu lukisan pemasangan yang dikhususkan kepada
proses mencantum dan membuka komponen untuk memenuhi
tujuan pembuatan, selenggaraan atau persembahan.

2. Lukisan kerja - Iaitu lukisan yang menerangkan dengan terperinci


bagaimana sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang patut
dicapai oleh sesuatu pengeluaran itu. Lukisan ini juga menunjukkan sifat akhir
sesuatu komponen. Lukisan ini termasuklah Lukisan Terperinci, Lukisan Butir,
Lukisan Bahagian-bahagian dan Lukisan Pembuatan.

 Berikut merupakan contoh lukisan yang telah diluluskan:


NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 11 drp : 25
NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 12 drp : 25

10.0 LOKASI KERJA-KERJA LUAR BAGI RUMAH KEDIAMAN

i. Kerja-kerja luar bagi projek bangunan hendaklah mengambil kira perancangan


untuk membangunkan keluasan kawasan pada lot tanah yang terlibat sahaja
dengan penumpuan khusus kepada skop kerja yang meliputi kawasan
keseluruhan yang minimum.
ii. Pembangunan keseluruhan kawasan lot tanah tanpa sebabsebab yang kukuh
(khususnya dari segi kedudukan dan kesesuaian tapak) hendaklah dielakkan
supaya penjimatan kos perlaksanaan kerja-kerja luar tercapai.
iii. Keseluruhan butiran skop kerja luar yang berkaitan hendaklah mengikut
perancangan dan kos perlaksanaan yang optimum.
iv. Di dalam penyediaan PDA yang perlu dikemukakan bersama pelan, pecahan kos
yang diperuntukkan kepada kerja-kerja luar hendaklah dihadkan antara 20%
hingga 30% sahaja dari kos kerja bangunan.

BIL PERKARA KEPERLUAN


 Paip bawah tanah jenis tanah liat.
 Penyambungan kepada system pusat tersedia
(jika ada)
Saliran kotoran /  Tangki septik diadakan dengan kapasiti
1
pembentungan mengambil kira unjuran penduduk yang
dibenarkan untuk 5 tahun ke hadapan.
 Bilangan lurang saiznya hendaklah berdasarkan
kepada liputan kawasan yang terlibat sahaja.
2 Bekalan air  Keperluan elevated water tank berasingan
hendaklah mendapat pengesyoran JBA.
 Booster pumps diadakan atas nasihat JBA.
NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 13 drp : 25

 Water reticulation bergantung kepada


kemudahan bekalan air sedia ada di berdekatan
kawasan dan hanya untuk kawasan yang
dibangunkan sahaja.
 Meliputi kawasan yang terlibat sahaja
3 Tanaman rumput  Spot turfing untuk kawasan rata
 Closed turfing untuk kawasan cerun sahaja
 Satu pintu keluar dan masuk ke kawasan
pembangunan sahaja.
4 Pintu masuk  Ukuran maksimun bukaan pintu
 Reka bentuk pintu masuk jenis biasa sahaja
dari bahan besi.
 Keperluan untuk kemudahan perjalanan ke
bangunan dan medan kereta/dataran kejat.
 Kelebaran dibenarkan ialah 5.0 meter.
5 Jalan dalaman
 Kerja tanah yang ekonomik tanpa potongan dan
tambunan tanah yang banyak, melainkan untuk
skop kerja berkaitan.
 Ketinggian bersih adalah 1.50 meter sahaja
melainkan untuk bangunan keselamatan
 Jenis mesh besi dari bahan besi
6 Pagar kawasan bergalvani/PVC coated.
 Dicatkan warna biasa sahaja.
 Keperluan pagar untuk kawasan pembangunan
yang terlibat sahaja.
 Penyambungan kepada sistem saliran sedia
7 Saliran permukaan ada ( jika ada )
 Meliputi kawasan yang terlibat sahaja.

11.0 JENIS-JENIS KERJA LUAR


11.1 Longkang / perimeter drain
NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 14 drp : 25

Pemasangan longkang perlu untuk salirkan air buangan dan dari alatan kebersihan,
dapur, sesalur air hujan (R.W.D.P) serta air permukaan berturap ke pebentung awam
dan seterusnya dan tempat pembuangan dan perawatan khas.

i. Half Round Drain / longkang separuh bulat

ii. U drain / longkang U

11.2 PINTU PAGAR DAN PAGAR

Pagar adalah struktur tegak yang dirancang untuk membatasi atau mencegah
gerakan yang melintasi batas yang telah siap dibina. Pagar pada umumnya
dibezakan dengan dinding, menurut kukuhan kontruksinya : dinding
merupakan pembatas yang diperbuat daripada batu bata atau beton, ia bukan
sahaja membatasi gerakan, melainkan juga pandangan.
NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 15 drp : 25

i. Chain Link fence and gate/ pagar Chain Link

ii. Brickwork / Pagar batu bata

iii. Timber / pagar kayu


NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 16 drp : 25

iv. Metal / Pagar Besi

11.3 SISTEM KUMBAHAN / SEWERAGE SYSTEM


NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 17 drp : 25

 Perkhidmatan sistem pembetungan ialah proses untuk


pengumpulan, penghantaran, perawatan terhadap air sisa
kumbahan dan penyelenggaraan sistem pembetungan dan
tangki septik.

 Sistem pembetungan bersambung ke loji rawatan kumbahan


awam merupakan perkhidmatan yang menyambungkan saluran
paip pembetungan di rumah ke loji rawatan kumbahan awam
yang terletak di laur kawasan premis.

i. Tangki Septik/ Septic Tank

 Tangki septik juga dikenali sebagai sistem septik adalah


sistem rawatan pembetungan skala kecil. Ia merupakan
tangki rawatan bahan kumbahan yang biasa digunakan
di kawasan kediaman rumah perseorangan.

 Secara amnya, terma bagi septik merujuk kepada


persekitaran bakteria anaerobik yang terbentuk di dalam
tangki. Bakteria anaerobik ini yang menguraikan bahan
buangan yang masuk ke dalam tangki tersebut.

 Tangki septik direka bagi melambatkan pergerakan


hingga ke satu takat di mana kumbahan mentah (raw
sewage) dan buangan mudah menyerap ke bumi.

 Ia tidak boleh membersih atau menghilangkan bau


kumbahan atau pun menghancurkan semua pepejal.
Dibina apabila sistem pembetungan tidak disediakan.

ii. Loji Rawatan Kumbahan / Sewerage Treatment Plant

 Sejak 50 tahun dahulu, pelbagai kaedah system-sistem


rawatan kumbahan telah dibangunkan untuk
memelihara kesihatan awam dan persekitaran.
NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 18 drp : 25

 Bagi kawasan Bandar, dimana populasi adalah padat


dan persekitaran tidap dapat menampung bahan
buangan, sistem-sistem rawatan yang canggih telah
berkembang dan ini menghasilkan efluen berkualiti
tinggi.

 Sistem-sistem yang lebih mudah telah digunakan untuk


memberikan perkhidmatan kepada komuniti-komuniti
kecil walaupun piawaian-piawaian persekitaran yang
selalu meningkat mununjukkan komuniti-komuniti ini
juga memerlukan sistem-sistem rawatan yang lebih
baik.

Sistem-Sistem Rawatan Kumbahan Untuk Kawasan-


Kawasan Bandar

 Proses-proses rawatan dibahagikan kepada rawatan


yang menggunakan oksigen untuk memecahkan bahan
organik (aerobik) dan rawatan yang tidak menggunakan
oksigen (anaerobik).

 Pemecahan bahan organic boleh berlaku semasa di


dalam keadaan terampai (pertumbuhan terampai) atau
diatas permukaan sesuatu bahan perantara
(pertumbuhan terikat).

 Kadang-kadang proses yang menggunakan kolam juga


digunakan jika terdapat kawasan yang luas.

Sistem-Sistem Kumbahan Untuk Komuniti-Komuniti


Kecil

 Disebabkan oleh saiz, komuniti-komuniti kecil


menghadapi masalah-masalah kos per capital yang
tinggi, kewangan, operasi dan belanjawan yang terhad
untuk rawatan kumbahan.

 Di kawasan yang mempunyai populasi padat,


persekitaran boleh menampung dengan peringkat-
peringkat rawatan yang kurang dan selalunya hanya
rawatan utama yang akan disediakan.

 Walau bagaimanapun, dengan bertambahnya bilangan


penduduk, sistem-sistem rawatan utama ini perlu
digantikan dengan sistem-sistem rawatan sekunder.

 Penggunaan loji-loji pakej dikawal ketat untuk


memastikan kebolehpercayaan loji tersebut untuk jangka masa
panjang. Di kawasan Bandar, penggunaan tangki septic
individu (IST), Tangki septik komunal (CST) dan tangki Imhoff
(IT) akan dihentikan secara berperingkat.
NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 19 drp : 25

iii. Perpaipan / Piping

Terdapat dua kaedah saliran yang digunakan:

a) saliran atas permukaan tanah (above ground drainage)

b) saliran bawah permukaan tanah (underground drainage)

SISTEM SALIRAN ATAS PERMUKAAN TANAH

Terdapat tiga jenis paip yang digunakan dalam sistem saliran atas
tanah iaitu:

 paip air sisa (waste pipes)


 paip najis (soil pipes)
 paip bolong atau paip anti-sifon (ventilation pipes)

1. paip air sisa

untuk menyalurkan air sisa dari lekapan air sisa di dalam bangunan
atau rumah ke system paip saliran bawah tanah.

2. paip najis

untuk menyalurkan kumbahan dari manusia seperti najis dan urinal


dari lekapan najis ke tangki septik atau ke loji rawatan kumbahan
melalui sistem paip saliran bawah tanah.

3. paip bolong@paip anti sifon

untuk mengedarkan udara di dalam sistem saliran serta mencegah dari


berlakunya pensifonan. Paip ini di hubungkan kepada paip air sisa dan
paip najis tetapi ia tidak menyalurkan air sisa dan najis.
NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 20 drp : 25

SALIRAN BAWAH TANAH

Paip-paip untuk saliran bawah tanah berfungsi untuk menyalurkan air


sisa dan najis dari paip air sisa dan paip najis di dalam bangunan atau
rumah ke tangki septik atau loji rawatan kumbahan.

SISTEM SALIRAN ATAU PERPAIPAN ATAS PERMUKAAN TANAH

Terdapat tiga jenis sistem:

1. sistem dua paip (two or dual pipe system)


2. sistem satu paip (one pipe system)
3. sistem paip tumpu tunggal (single stack system)

SISTEM DUA PAIP

 Merupakan salah satu kaedah traditional untuk menyalurkan


atau menyalirkan najis dan air sisa dari lekapan sanitari.
 Ia sesuai digunakan apabila lekapan air sisa terletak jauh dari
lekapan najis bagi memudahkan kadar alirannya.

Dalam sistem ini, dua paip utama digunakan:

 Paip buangan digunakan untuk membawa air buangan dari


dapur dan bilik air ke longkang manakala paip najis membawa
najis dari alatan kebersihan ke pembentung.
 Kedua-dua paip tumpu tersebut akan dihubungkan kepada paip
saliran di bawah tanah dengan menggunakan liku dan cabang.
 Air sisa terlebih dahulu akan disalirkan ke dalam perangkap
gegeluk atau gully sebelum disalirkan ke dalam paip saliran air
sisa bawah tanah.
 Kebaikkan system ini adalah ia dapat mencegah dari
berlakunya bau busuk.
 Kelemahan system ini adalah kos pemasangan yang mahal
kerana banyak menggunakan paip serta ia memerlukan
penjagaan yang rapi.
NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 21 drp : 25

Sistem dua paip

SISTEM SATU PAIP

 Sistem ini hanya menggunakan satu paip sahaja kerana ia lebih


ekonomi.
 Dalam sistem ini, paip bolong atau paip anti sifon digunakan
untuk mencegah kehilangan kedap air di dalam perangkap
yang mungkin berlaku disebabkan oleh pensifonan, tekanan
membalik dan akibat dari kesan angin.
 Rangkaian paip bolong sekurang-kurangnya bergaris pusat
50mm di hubungkan dari perangkap lekapan sanitari kepada
paip tumpu bolong yang bergaris pusat 75mm.
 Bahagian bawah paip tumpu bolong di hubungkan kepada paip
tumpu (air sisa dan najis) untuk membebaskan mana-mana
udara termampat yang mungkin ada di bahagian bawah paip
tumpu najis dan air sisa.
NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 22 drp : 25

 Paip pencawang air sisa dipasang di bahagian atas lantai,


manakala paip pencawang najis di pasang di bahagian bawah
lantai.
 Oleh itu, kedudukan penyambungannya pada paip tumpu
adalah berbeza.
 Air sisa dan najis di salirkan ke paip tumpu dan seterusnya ke
paip saliran bawah tanah.
 Kebaikkan bagi system ini, ia menjimatkan kos terutama bagi
bangunan tinggi kerana semua lekapan-lekapan sanitari adalah
berhampiran dengan paip tumpu.
 Kelemahan bagi system ini adalah kerja pemasangannya
adalah kompleks.
 System ini dikenali sebagai ‘sistem pengudaraan sepenuhnya’
(fully vented), oleh itu ia memerlukan perangkap pada setiap
lekapan sanitari.
 Jika paip tumpu tersumbat, keseluruhan sistem akan terjejas.

Sistem satu paip


NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 23 drp : 25

SISTEM PAIP TUMPU TUNGGAL (SISTEM STAK TUNGGAL)

 Sistem ini hanya menggunakan satu paip sahaja tetapi ia


berbeza dari system satu paip dari segi sambungan alatan
kebersihan.
 Bagi sistem ini, kesemua alatan kebersihan disambung terus ke
paip utama. Ini bertujuan untuk mengelakkan dari berlakunya
perubahan tekanan semasa beberapa alatan kebersihan di
gunakan secara serentak.
 Bagi mengelakkan dari berlakunya ‘saifan tersendiri’,
penggunaan garis pusat paip yang sesuai, panjang paip,
kecondongan paip dan sambungan yang betul di ambil kira.
 System ini adalah lebih kemas dan menjimatkan.
 Paip pengudaraan adalah perlu apabila terdapat alatan
kebersihan yang terletak jauh dari paip utama dan jika paip paip
utama tidak dapat di letakkan betul-betul menegak.
 Dalam system ini, paip bolong atau paip anti sifon tidak
digunakan.
 Kebaikan bagi sistem ini adalah kos pemasangannya lebih
ekonomi kerana kerja paipnya mudah dan tidak memerlukan
paip yang banyak.
 Manakala kelemahannya, jika terlalu banyak lekapan sanitari
dipasang pada paip tumpu, ia akan menimbulkan masalah.
 Setiap lekapan sanitari dipasang dengan paip pencawang, oleh
itu, penyambungan paip pencawang kepada paip tumpu terlalu
berdekatan antara satu sama lain.
  Paip bolong di perlukan apabila atau jika lekapan sanitari
berada jauh dari paip tumpu.
NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 24 drp : 25

Sistem tumpu tunggal

iv. Lurang / Manhole

 Dikenali sebagai lubang periksa, lurang adalah binaan


yang terdapat pada aras tanah.

 Ia dibina untuk memudahkan kerja-kerja


penyelenggaraan sekiranya berlakunya kerosakkan atau
bahan tersumbat pada sistem saliran.

 Bahan binaan lurang biasanya batu-bata atau konkrit.


Bentuk lurang juga pelbagai, antaranya berbentuk
segiempat sama, bentuk bulat, bentuk ‘T’ atau bentuk
‘L’.

 kebiasaannya bentuk segiempat sama yang biasa


digunakan. Setiap lurang dilengkapi dengan penutup
diperbuat daripada keluli bersaiz 18” x 24”.

 Jenis-jenis lurang :

i. Lurang cetek

Kedalaman lurang cetek adalah diantara 750mm


hingga 900mm. Saiz 450mm x 600mm. Biasanya
dibina pada kedudukan pertama.

ii. Lurang biasa


NO. KOD WTP 4022/K 01/NK 01-04 Muka : 25 drp : 25

Kedalaman adalah 1500mm. Ukuran 610mm x


762mm atau 762mm x 762mm

iii. Lurang dalam

Kedalaman melebihi 1500mm

iv. Lurang tirai belakang

Paip menegak disediakan untuk tujuan


menyambung paip ke pembentungan atau
saliran. Drop connection, sambungan yang
dibina terdapat pada paip penurun di sebelah
dalam lurang. Sistem pembinaan ditetapkan oleh
pihak berkuasa tempatan.

You might also like