You are on page 1of 6

DOKUMEN TENDER / KONTRAK Penyediaan Dokumen Tender i.

Semua kontrak hendaklah berdasarkan senarai kuantiti ( kecuali ketua pengarah kerja raya memutuskannya) ii. Ia mempunyai kebaikan-kebaikan yang tersendiri seperti berikut:a. Senarai kuantiti membolehkan petender-petender meletakkan harga berdasarkan kuantiti kerja yang sama yang hendak di laksanakan. b. Penggunaan sumber industri binaan dan Negara adalah lebih optimum. Kos membuat tender akan turun dan dalam jangka panjang harga tender juga akan menjadi lebih rendah. Contoh Dokumen Tender / Kontrak Keperluan Asas Dokumen Tender. Dokumen tender mestilah memenuhi keperluan asa seperti berikut:i. Peruntukan-peruntukan dalam dokumen tender mestilah menjadi asas bagi satu kontrak yang boleh di laksanakan, kontraktor itu tidak boleh di kehendaki melaksanakan sesuatu yang mustahil. ii. Peruntukan di dalam dokumen tender mestilah mengambarkan perolehan mengikut tatacara yang diluluskan oleh kerajaan dan mestilah merangkumi dasardasar kerajaan yang terbaru. iii. Kerja yang di tentukan mestilah memenuhi kehendak kehendak daripada segi standard rekabentuk dan pembinaan. Penyedian Dokumen tender dan dokumen meja tender. Dokumen Tender. Dokumen tender yang di keluarkan kepada petender hendaklah mengandungi perkara-perkara seperti berikut:a. Kontrak berdasarkan senarai kuantiti i . surat pelawaan menender kepada pretender

ii. senarai semakan mengemukakan tender iii. borang tender JKR 203B-Pin 2/2002 iv. borang maklumat mengenai pendaftaran pretender sebagai kontraktor kerajaan dan organisasi kontraktor. Butir butir kerja kontrak yang telah di siapkan dan yang sedang dilaksanakan. v. Spesifikasi vi. Senarai kuantiti vii Lukisan-lukisan b. Kontrak berdasarkan lukisan dan spesifikasi i. surat pelawaan ii senarai semakan mengemukakan tender iii. borang tender JKR 203C- Pin 2/2002 iv. borang maklumat mengenai pendaftaran pretender sebagai kontraktor kerajaan dan organisasi kontraktor. Butir butir kerja kontrak yang telah di siapkan dan yang sedang dilaksanakan v spesifikasi vi. ringkasan tender vii. jadual kadar harga viii. lukisan-lukisan Dokumen Meja Tender. Dokumen meja tender mengandungi dokumen tender dan dokumen lain mengikut susunan iaitu:a. Kontrak berdasarkan senarai kuantiti i. surat pelawaan menender kepada petender ii. senarai semakan mengemukakan tender

iii. perkara-perkara perjanjian dan syarat-syarat serta lampiran-lampiran berkembar (JKR 203A sem 10/83) iv. borang tender JKR 203B Pin 2/2002 v borang maklumat mengenai pendaftaran petender vi. surat setuju terima JKR 203D sem 4/2002 vii borang gerenti bank dan insuran untuk bon pelaksanaan viii. borang gerenti bank dan insuran untuk pendahaluan ix. spesifikasi x senarai kuantiti xi. lukisan lukisan b. Kontrak berdasarkan lukisan dan spesifikasi i surat pelawaan menender kepada petender ii. senarai semakan mengemukakan tender iii. perkara perkara perjanjian dan syarat-syarat kontrak, serta lampiran berkembar (JKR 203A sem 10/83) iv. borang tender JKR 203C Pin 2/2002 v borang maklumat mengenai pendaftaran petender vi. borang maklumat mengenai pendaftaran petender vii borang gerenti bank dan insuran untuk bon pelaksanaan viii. borang gerenti bank dan insuran untuk pendahaluan ix. spesifikasi x ringkasan tender xi. jadual kadar harga xii. lukisan lukisan Kelayakan kontraktorkontraktor Untuk Mentender

i. kontraktor mestilah mendaftar dengan pusat khidmat kontraktor ii kontraktor mendaftar di bawah kelas yang berbeza mengikut keupayaan mereka iii. kontraktor kontraktor kejuruteraan mekanikal yang berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi dari kelas terbawah di benarkan mentender. Walaubagaimanapun kerjakerja yang kurang dari RM 50,000.00, sebut harga akan di pelawa di kalangan kontraktor bumiputera sahaja. Sebut harga di buka kepada kerja-kerja yang melibatkan kos RM 200,000.00 kebawah, manakala tender untuk kos RM 200,000.00 keatas.

Pengelasan kontraktorkontraktor untuk kerja-kerja binaan dan civil. Pengelasan kontraktor telah di kelaskan mengikut had kewangan dan dinyatakan seperti berikut. Kelas Had Kewangan

A RM 10,000,000 keatas B RM 5,000,001 RM 10,000,000 C RM 2,000,001 RM 5,000,000 D RM 500,001 RM 2,000,000 E RM 200,001 RM 500,000 F RM 200,000 ke bawah Pengeluaran dokumen tender. 1. Dokumen tender di keluarkan oleh ibu pejabat JKR oleh Bahagian Kontrak, Penyelengaraan dan Bumiputera, Kementerian Kerja Raya, dan peringkat negeri oleh Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan dan pejabat negeri.

2. Sebelum pengeluaran dokumen tender, pegawai yang mengeluarkan hendaklah:-

i. Memastikan wakil kontraktor menunjukan bukti bahawa mereka di beri kuasa untuk menerima dokumen tender. ii. Tender di hadkan kepada kontraktor bumiputera dan memastikan kontraktor mengemukakan surat perakuan taraf bumiputera. iii. Perakuan taraf bumiputera hendaklah di semak untuk memastikan tarikh pendaftaran adalah masih sah, belum di batal atau kontraktor tidak digantung dari memasuki tender. iv. Memastikan bahawa pentender telah menghadiri sesi penerangan. 3. Pegawai hendaklah mencatat nama, alamat, kelas pendaftaran dan taraf kontraktor dan tarikh yang ditentukan untuk penerimaan tender ke atas borang tender,dan menandatanganinya 4. Bayaran bayaran yang diterima untuk dokumen tender hendaklah di masukkan kepada hasil, manakala wang cagaran lukisan di masukkan kepada akaun simpanan untuk dipulangkan kepada petender-petender nanti.

Setuju Terima Tender 1. Setelah kelulusan di terima daripada lembaga tender/jawatan kuasa khas dan kelulusan daripada perbendaharaan , pengeluaran surat setujuterima di keluarkan melalui borang JKR 203D pindaan 4/2002. tender adalah terhad kepada kontraktor bumiputera, borang JKR 203D pindaan 4/2002 hendaklah di sertakan dengan satu surat yang mengariskan syarat-syarat setuju terima tender tersebut. 2. Sebelum surat setuju terima di keluarkan, pengesahan hendaklah dibuat dengan jabatan/kementerian pelanggan mengenai peruntukan. 3. Surat setuju terima tender hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa. Kuasa bagi menandatangani surat setuju terima adalah sama dengan kuasa untuk menandatangani kontrak bagi pihak kerajaan. 4. Setelah ditandatangani , ia hendaklah di hantar kepada pretender yang berjaya melalui pos berdaftar. Salinan surat ini hendaklah juga di hantar kepada pihak pihak yang di senaraikan di dalam surat setuju terima tender borang JKR 203D Pindaan 4/2002 iaitu:i. Perkeso ii. Juruukur bahan yang terlibat

iii. Jabatan hasil dalam negeri Nombor Kontrak 1. Perkara yang pertama di lakukan bila surat setuju terima tender di keluarkan ialah memohon nombor kontrak 2. Pendaftaran di uruskan oleh dua bahagian iaitu di jabatan kerja raya di ibu pejabat oleh bahagian enyenggaraan kontrak dan bumiputera, dan di peringkat negeri oleh pejabat negeri. 3. Satu system seragam untuk menomborkan kontrak telah di tetapkan seperti berikut:i. ibu pejabat JKR/PER/IP/CAWANGAN/NOMBOR SIRI/TAHUN dimana cawangan ialah nama singkatan untuk cawangan di ibu pejabat JKR. ii. peringkat negeri JKR/PER/NEGERI/NOMBOR/TAHUN di mana NEGERI alah singkatan untuk negeri 4. Permohonan mendapatkan nombor kontrak adalah dengan menggunakan borang Permohonan Untuk Mendapatkan Nombor Kontrak. Tempoh Sah Sesuatu Tender Sesuatu tender hendaklah dinilaikan dan pengesyoran di buat kepada lembaga tender atau jawatankuasa khas. Kelulusan di perolehi dan setuju terima dibuat dalam tempoh sah tender (kebiasaannya ialah 60 hari sebagaimana ditetapkan di dalam dokumen tender) Bagi mengelakkan tempoh sah sesutau tender di lanjutkan, tender hendaklah dinilai dan pengesyoran kepada lembaga tender di buat dalam tempoh 30 hari dari tarikh yang ditetapkan dalam penyerahan tender. Sekiranya tempoh sah sesuatu tender terpaksa di lanjutkan atas sebabsebab yang tak dapat di elakkan , persetujuan pretender yang disyorkan hendaklah di perolehi sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tempoh sah tarikh luput.

You might also like