You are on page 1of 29

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/1

UNIT 5 ATURCARA TAWARAN

OBJEKTIF
Objektif Am : Mengetahui takrif tawaran dan sebutharga; jenis, cirri, keperluan, kebaikan dan keburukan tawaran ; tawaran terbuka, tawaran terhad, tawaran terpilih, tawaran prakelayakan, tawaran perundingan, dokumen tawaran, d okumen meja tawaran, takrif iklan tawaran, cirri iklan tawaran, jangkamasa proses pengiklanan, borang piawai menender, penutupan dan pembukaan tawaran, Jawatankuasa pembukaan tawaran, lapuran tawaran, peti tawaran, tempoh laku tawaran, lembaga tawaran dan bidangkuasanya, penganugerahan tawaran, penolakan tawaran dan tawaran semula. Diakhir unit ini pelajar sepatutnya dapat : Mentakrifkan Tawaran dan sebut harga. Mengenal pasti jenis, ciri, keperluan, kebaikan dan keburukan tawaran-tawaran berikut : i. ii. iii. iv. v. Tawaran terbuka Tawaran terhad Tawaran terpilih Tawaran pra kelayakan Tawaran perundingan

Objektif Khusus :

Menyenaraikan kandungan dokumen tawaran berdasarkan kontrak senarai bahan dan ukisan/spesifikasi.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/2

Menyatakan kegunaan dokumen tawaran. Mentakrifkan Iklan Tawaran Menyenaraikan cirri-ciri iklan tawaran yang baik Memberi maklumat maklumat dan syarat syarat di dalam iklan tawaran Menyatakan jangka masa proses pengiklanan tawaran Mengenal pasti borang-borang piawai semasa menender Menerangkan proses penutupan tawaran Menerangkan kegunaan peti tawaran Menerangkan pembukaan tawaran dan tugas jawatankuasa pembukaan tawaran Menerangkan tujuan dan perkara-perkara penting yang dianalisa dalam laporan tawaran Menerangkan tugas dan kuasa Ahli Lembaga Tawaran Menerangkan proses penganugerahan tawaran Menerangkan sebab-sebab penolakan tawaran Menerangkan sebab-sebab tawaran semula

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/3

INPUT

5.1

TAKRIF TAWARAN DAN SEBUT HARGA 5.1.1 Takrif Tawaran Tawaran adalah satu kenyataan yang dikeluarkan bagi mempelawa suatu pihak untuk melaksanakan suatu kerja samada kerja pembinaan atau pembekalan disamping mendapat persetujuan daripada pihak berkenaan. Tender di keluarka oleh pemaju manakala penerima tender adalah kontraktor atau pemborong.

5.1.2 Takrif Sebut Harga Sebut harga merupakan proses memanggil dan memilih kontraktor yang berkelayakan membuat dan meyiapkan kerja-kerja yang bernilai antara RM 0001 hingga RM 50 000.Sebut harga diamalkan bagi memenuhi kerja segera, kerja undi dan kerja inden.Kerja-kerja melalui sebut harga diberikan kepada kontraktor Bumi putra sahaja. 5.1.2.1 Kerja kerja segera Kerja yang perlu dibuat dengan segera, biasanya kontraktor yang dipilih adalah kontraktor yang sudah diketahui kebolehan dan kemampuannya membuat kerja. Contoh contoh kerja yang terlibat seperti membaiki kerosakan saluran paip atau membaiki atap bocor dan membaiki tandas awam.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/4

5.1.2.2 Kerja kerja Undi Kerja undi biasanya berdasarkan jadual kadar harga. Kerja kerja terlibat adalah kerja kerja penyenggaraan biasa dan penyenggaraan bangunan kerajaan. Penyertaan kerja undi dibuat seminggu oleh Jabatan Kerja Raya atau badan badan kerajaan yang lain. Melalui cara ini kerja yang dilakukan oleh kontraktor tetap harganya. 5.1.2.2 Kerja kerja Inden Kerja jenis ini merupakan kerja yang diberitahu kepada kontraktor setelah mereka mengemukakan sebut harga masing masing. Hanya kontraktor yang berjaya dikehendaki melaksanakan kerja tersebut. Antara kerja kerja yang terlibat adalah kerja ubah suai ruang pejabat, membersih bangunan dan mengecat bangunan. JENIS JENIS TAWARAN Bagi kerja kerja yang melebihi nilai RM 50 000.00, pemanggilan dan pemilihan kontraktor dilakukan melalui tawaran. Umumnya ada beberapa jenis tawaran yang biasa diamalkan di negara kita. Di antara jenis jenis tawaran tersebut adalah :

5.2

a. Tawaran terbuka b. Tawaran terhad c. Tawaran terpilih d. Tawaran pra kelayakan e. Tawaran perundingan

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/5

5.2.1

Tawaran Terbuka Tawaran terbuka biasa diamalkan oleh pihak kerajaan dan badan-badan berkanun. Dibuka kepada semua kontraktor yang memenuhi syarat yang ditetapkan. Bilangan penender adalah tidak terhad. Bagi mendapatkan harga tawaran yang baik kerana bilangan kontraktor yang memasuki tawaran ini adalah ramai. Ini membolehkan majikan membuat pemilihan yang tepat berdasarkan harga yang sesuai dan munasabah. Pihak majikan akan mengeluarkan iklan tawaran melalui akhbar akhbar tempatan atau mempamerkan di papan kenyataan di pejabat majikan

Kebaikan Tawaran Terbuka

1. Membuka peluang kepada kontraktor baru dan tidak mempunyai banyak pengalaman. 2. Pihak majikan dapat memilih harga yang terendah dari bilangan kontraktor yang ramai. 3. Sesuai untuk pembinaan yang mudah dan tidak memerlukan pengalaman serta kelayakan khusus.

Keburukan Tawaran terbuka 1. Proses perlaksanaan mengambil masa yang lama dan tidak sesuai untuk projek yang perlu disiapkan dengan segera. 2. Pemilihan harga tawaran yang terlalu rendah adalah berisiko tinggi kerana kemungkinan kontraktor akan menghasilkan mutu binaan yang rendah disebabkan penggunaan bahan yang tidak bermutu untuk mendapatkan keuntungan.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/6

3. Tawaran ini tidak menggalakkan kontraktor menggunakan peralatan moden dan teknik baru kerana kos penggunaanya adalah tinggi. 4. Kesulitan dalam pemilihan kontraktor yang layak serta berlaku pembaziran dalam proses penyediaan dan pemilihan.

5.2.2

Tawaran Terhad Tawaran ini hanya terhad kepada kontraktor kontraktor yang tertentu sahaja. Biasanya dikhaskan kepada kontaktor bumiputra sahaja. Hanya bumiputra yang memenuhi syarat syarat yang ditentukan boleh menyertai tawaran dan bilangannya adalah terhad. Diiklankan melalui akhbar tempatan atau dipamerkan di papan kenyataan tawaran di pejabat majikan.

Kebaikan Tawaran Terhad 1. Memberi peluang kepada kontraktor bumiputra untuk menceburkan diri dalam industri binaan tanpa persaingan dari kontraktor bukan bumiputra.. 2. Dapat melaksanakan kehendak kerajaan bagi menggalakkan 30% bumiputra menceburi bidang pembinaan. 3. Masa memproses dokumen tawaran dapat dikurangkan.

Keburukan Tawaran Terhad 1. Hanya terhad kepada segolongan kontraktor sahaja. 2. Harga yang ditawarkan menjadi tinggi disebabkan kurangnya persaingan.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/7

5.2.3

Tawaran Terpilih Tawaran yang dikemukakan kepada kontraktor yang dipilih oleh majikan. Pertandingan berlaku diantara kontraktor yang terpilih sahaja. Tawaran ini dilaksanakan berdasarkan keperluan keperluan yang berikut : Projek projek khas yang memerlukan kepakaran tertentu. Projek yang perlu disiapkan segera dimana hanya kontraktor yang berkemampuan sahaja dibenarkan menyertai tawaran.

Pihak majikan akan mendapatkan senarai kontraktor yang layak dan mempelawa mereka memasuki tawaran. Pemilihan kontyraktor berdasarkan organisasi, kemampuan, pengalaman serta jumlah projek yang sedang dilaksanakan. Surat akan dihantar kepada kontraktor yang dipilih untuk menyertai tawaran tersebut. Didalam surat tawaran itu dinyatakan perihal tawaran. yang berkaitan projek dan

Kebaikan Tawaran Terpilih

1. Majikan akan memperolehi hasil binaan yang berkualiti kerana kontraktor yang dipilih terdiri daripada kontraktor yang mahir dan mempunyai rekod yang baik.

2. Masa yang diambil untuk membuat analisis tawaran adalah singkat kerana semua keperluan tawaran disediakan mengikut bilangan kontraktor yang disenaraikan.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/8

3. Pemilihan kontraktor yang mahir dapat dilakukan dengan cepat kerana semua kontraktor yang memasuki tawaran mempunyai keistimewaan dari segi kerja. 4. Pemilihan harga yang terendah adalah wajar .

Keburukan Tawaran Terpilih

1. Harga tawaran menjadi tinggi disebabkan kurang persaingan serta kontraktor yang bertanding terdiri darpada mereka yang mahir dan berpengalaman. 2. Kemungkinan berlaku pakatan harga di antara kontraktor untuk meletakkan harga penutup yang sama. 3. Disebabkan keupayaan organisasi kontraktor sentiasa berubah, maka terdapat risiko dalam mengambil dan memilih kontraktor yang mutu kerjanya sedang menurun.

5.2.4

Tawaran Pra Kelayakan Tawaran dibuka hanya kepada kontraktor yang dipilih melalui proses pra kelayakan. Sesuai untuk projek yang tertentu dan khas yang memerlukan kepakaran yang tinggi dan bertaraf antarabangsa. Majikan akan mengiklankan notis tawaran pra kelayakan di akhbar tempatan bagi mengetahui kelayakan kontraktor yang ingin menyertai tawaran tersebut. Kontraktor yang ingin menyertai tawaran ini perlu mengisi borang khas yang mengandungi maklumat-maklumat tentang kewangan, pengurusan serta

pengalaman kontraktor dan dikembalikan kepada pemaju. Majikan mengkaji maklumat-maklumat yang diberikan dan akan membuat pemilihan kontraktor yang layak menyertai tawaran.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/9

Kehendak asas dalam pemilihan agak ketat di mana pengalaman, kemahiran, kepakaran kerja, modal pusingan yang besar dan penggunaan teknik-teknik moden adalah antara syarat-syarat kelayakan yang diperlukan.

Kebaikan Tawaran Pra Kelayakan

1. Mutu pembinaan yang dihasilkan adalah tinggi melalui penggunaan teknologi yang tinggi dan pengalaman kontraktor. 2. Hanya kontraktor yang mempunyai pengurusan dan pengalaman yang baik serta modal yang cukup layak menyertai tawaran ini 3. Menjimatkan masa, tenaga dan kos dari segi menyedia dan menyemak dokumen tawaran kerana bilangan kontraktor yang tidak ramai. 4. Projek dijamin akan siap pada tempoh yang ditetapkan.

Keburukan tawaran Pra Kelayakan

1. Tawaran ini hanya layak kepada kontraktor yang mempunyai kepakaran sahaja. 2. kos pembinaan kana menjadi lebih tinggi disebabkan penggunaan teknologi terkini yang jarang dimiliki oleh kontraktor yang lain. 3. Hanya sesuai untuk projek-projek yang besar dan tidak sesuai untuk projek yang kecil.

5.2.5

Tawaran Perundingan Tawaran ini dijalankan atas sebab-sebab tertentu selalunya atas

arahan pihak-pihak tertentu. Tawaran jenis ini tidak diiklankan. Ianya dilaksanakan dengan pihak majikan menghantar surat kepada

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/10

kontraktor yang dipilih untuk membuat perbincangan mengenai projek yang akan dilaksanakan. Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah aspek-aspek rekabentuk,anggaran kos, jadual kadar harga, pengurusan dan keuntungan. Pada keseluruhannya tawaran perundingan dilaksanakan sebelum penyediaan lukisan dan senarai bahan. Tawaran ini dipraktikkan atas sebab-sebab berikut : Projek yang memerlukan penyiapan segera Projek yang memerlukan kepakaran kerja. Projek yang berterusan dan berfasa-fasa. Pembiayaan projek dibuat oleh kontraktor Projek yang mempunyai bidang kerja yang sama..

Kebaikan tawaran perundingan : 1. Perbelanjaan membiayai tawaran ini adalah rendah. 2. Kontraktor boleh memberi nasihat dan memberikan cadangan dan nasihat kepada arkitek/jurutera diperingkat awal reka bentuk projek. 3. Majikan dapat menganggar kos-kos yang terlibat dengan lebih tepat dan cepat berdasarkan kadar harga yang diketahui sebelumnya iaitu bagi projek yang mempunyai bidang yang sama.

Keburukan Tawaran perundingan : 1. harga tawaran menjadi tinggi disebabkan tiada persaingan. 2. Hanya kontraktor tertentu sahaja yang akan terpilih.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/11

3. Disebabkan harga tawaran yang terlalu tinggi, pengawalan terhadap pembaziran bahan dan masa tidak begitu baik. 4. berlaku penyelewengan diperingkat perancangan menyebabkan kerugian kepada pihak majikan.

5.3

KANDUNGAN DOKUMEN TAWARAN Dokumen tawaran terbahagi kepada dua jenis : 5.3.1 Dokumen tawaran bagi kontrak berdasarkan senarai kuantiti Biasa digunakan untuk projek-projek yang besar Penyediaan memerlukan masa yang agak panjang Dapat menyediakan satu asas yang lebih saksama untuk penilaian kerja yang telah dilaksanakan bagi tujuan bayaran kemajuan dan perubahan kerja

5.3.2

Dokumen tawaran bagi kontrak berdasarkan lukisan dan spesifikasi. Di gunakan bagi projek yang perlu disiapkan dengan segera di mana Jurukur Bahan tidak sempat untuk menyediakan Senarai Kuantiti. Sesuai untuk projek yang rendah dan sederhana kosnya. Kontraktor perlu memasukkan harga bagi keseluruhan kerja secara pukal sahaja ( Lump Sum )

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/12

Berdasarkan Senarai Kuantiti

Berdasarkan Lukisan dan Spesifikasi

1. Surat mempelawa tawaran 2. Borang tawaran 3. Arahan kepada penender 4. Senarai kerja pendahuluan, keterangan bahan dan mutu kerja 5. Senarai senmakan mengemukakan tawaran 6. Spesifikasi 7. Borang maklumat latar belakang kontraktor 8. Senarai Kuantiti 9. Lampiran 10. Lukisan

1. Surat mempelawa tawaran 2. Borang tawaran 3. Arahan kepada penender 4. Senarai kerja pendahuluan, keterangan bahan dan mutu kerja 5. Senarai semakan mengemukakan tawaran 6. Spesifikasi 7. Borang maklumat latar belakang kontraktor 8. Ringkasan tawaran 9. Jadual kadar harga 10. Lampiran 11. Lukisan

Jadual 9.1 : Kandungan Dokumen Tawaran

5.4

KEGUNAAN DOKUMEN MEJA TAWARAN Dokumen ini hampir sama dengan dengan dokumen tawaran tetapi biasanya lebih lengkap dari dokumen tawaran yang dijual kepada kontraktor. Disediakan sebelum sesuatu tawaran dipanggil atau diiklankan. Dokumen meja tawaran diletakkan didalam bilik khas atau di atas meja khas di pejabat majikan seperti di pejabat Pengarah JKR Negeri atau Daerah. Dokumen tawaran digunakan untuk membolehkan kontraktor mendapat gambaran yang jelas mengenai projek serta menyemak perkara-perkara

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/13

yang terkandung didalam tawaran yang hendak disertainya serta menghargakan tawaran. Biasanya ia dipamerkan bermula dari iklan tawaran dikeluarkan sehingga tarikh tutup tawaran.

5.5

TAKRIF IKLAN TAWARAN Merupakan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pemaju untuk mempelawa kontraktor-kontraktor memasuki tawaran bagi projek yang dicadangkan. Iklan tawaran disediakan bagi memaklumkan kepada kontraktor yang berminat tentang butir-butir penting sesuatu tawaran. CIRI CIRI IKLAN TAWARAN Iklan tawaran hendaklah menarik dan mempunyai maklumat yang lengkap mengenai projek supaya ramai kontraktor yang berkelayakan akan menyertai tawaran tersebut. Iklan tawaran hendaklah diiklan didalam akhbar tempatan ataupun ditampal di papan kenyataan tawaran di pejabat majikan. MAKLUMAT MAKLUMAT DAN SYARAT-SYARAT DI DALAM IKLAN TAWARAN Maklumat penting yang perlu ada dalam satu-satu iklan tawaran adalah : Logo dan nama majikan Tajuk kerja Jenis tawaran Kelas kontraktor yang dipelawa Kepala dan sub kepala Bayaran dokumen tawaran Tempat mengambil Dokumen tawaran Tempat dan masa dokumen tawaran dikembalikan Tarikh lawatan tapak, masa serta tempat perjumpaannya

5.6

5.7

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/14

Pejabat dimana TTD boleh diperiksa Masa dan tarikh memeriksa TTD Tarikh tutup tawaran

5.8

JANGKA MASA PROSES PENGIKLANAN TAWARAN Biasanya tempoh iklan tawaran disiarkan diakhbar akhbar tempatan atau melalui notis yang ditampalkan di papan kenyataan tawaran majikan adalah dua minggu sebelum tarikh lawatan tapak. Kenyataan tawaran hendaklah dihantar kepada pihak akhbar sekurang kurangya dua minggu sebelum tarikh diiklankan.

5.9

BORANG BORANG PIAWAI SEMASA MENENDER Secara amnya borang borang yang biasa digunakan semasa proses menender adalah :

5.9.1

Borang Perlantikan Jurukur Bahan Borang ini adalah pengesahan diantara Pemaju dengan Jurukur Bahan untuk menjalankan kerja kerja pengurusan yang berkaitan dengan kerja Jurukur Bahan dalam sesuatu projek.

5.9.2

Borang Jaminan Keselamatan Merupakan surat jaminan yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan tertentu tentang kedudukan kewangan kontraktor supaya pihak perunding dan pemaju yakin dengan kemampuan kontraktor tersebut untuk mengendalikan sesuatu projek.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/15

5.9.3

Borang Kontrak Borang perjanjian antara kontraktor dan pemaju untuk menjalankan sesuatu projek. Ia mengandungi syarat syarat perjanjian dan kontrak yang perlu diikuti oleh kedua-dua pihak. Borang kontrak yang biasa digunakan adalah sama ada borng kontrak setara JKR atau borang kontrak setara PAM.

5.9.4

Borang Pra Kelayakan Kontraktor Borang ini digunakan oleh kontraktor kontraktor yang ingin memasuki tawaran Pra Kelayakan. Bertujuan untuk menilai sesebuah organisasi kontraktor bagi menjalankan sesuatu projek. Penilaian dibuat berdasarkan kepada bilangan kaki tangan , bilangan jentera yang digunakan dan pengalaman mengenadalikan projek projek yang lepas.

5.9.5

Borang Kontraktor Kecil dan Pembekal Bahan Kegunaannya adalan untuk melantik sesebuah organisasi sebagai kontraktor kecil atau pembekal bahan di dalam sesuatu projek.

5.9.6

Borang ringkasan syarikat penender yang terlibat Borang ini digunakan untuk menyenaraikan mengenai kemampuan dari segi kewangan, modal , loji, kakitangan dan pengalaman setiap penender yang terlibat.

5.9.7

Borang Projek Semasa untuk Penender Borang ini memberi penjelasan mengenai projek projek yang sedang dilaksanakan oleh penender

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/16

5.9.8

Borang Kesilapan Penender Borang ini digunakan untuk mencatatkan segala kesilapan yang dilakukan oleh penender semasa mengemukakan tawaran. Kesilapan setiap unsure didalam senarai kuantiti atau dokumen tawaran akan direkodkan untuk di buat pembetulan.

5.9.9

Borang keputusan tender Merupakan borang terakhir dimana jurukur bahan akan mengesyorkan kontraktor yang layak kepada pihak pemaju dan perunding yang lain.

5.10

PROSES PENUTUPAN TAWARAN Penutupan tawaran bermaksud tarikh tutup tawaran seperti yang dinyatakan didalan iklan tawaran. Apabila tarikh tawaran ditutup, dokumen tawaran yang telah lengkap diisi akan dimasukkan kedalam peti tawaran yang telah disediakan. Peti tawaran tersebut akan ditutup dan disimpan di dalam bilik jurutera.Jawatankuasa Pembukaan Tawaran kemudian akan bersidang untuk membuka peti tawaran itu.

5.11

KEGUNAAN PETI TAWARAN Peti tawaran digunakan untuk memasukkan dokumen tawaran yang telah dihantar oleh pihak kontraktor. Merupakan sebuah bekas/peti berkunci yang ditandakan dengan no. projek, nama projek, tarikh dan masa tawaran dibuka serta tarikh penyerahan terakhir. Setelah tarikh tutup tawaran peti tawaran akan dikunci dan disimpan didalam bilik jurutera.Peti tawaran akan dibuka setetelah Ahli Jawatankuasa Pembukaan Tawaran bersidang.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/17

5.12

PROSES PEMBUKAAN TAWARAN DAN TUGAS JAWATAN KUASA PEMBUKAAN TAWARAN Sebagaimana yang telah diterangkan proses pembukaan peti tawaran akan dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Pembukaan Tawaran. Ahli jawatankuasa ini biasanya terdiri daripada tiga orang pegawai yang telah dilantik oleh pihak majikan. Setiap dokumen tawarn yang dihantar akan direkodkan nombor siri berdasarkan kepada jumlah dokumen tawaran tersebut. Contohnya 1/10, 2/10, 3/10, 4/10 9/10 dan 10/10 sekiranya ada 10 orang penender yang menyertai tawaran. No siri ini akan disenaraikan dalam borang khas bersama sama dengan harga tawaran yang telah ikemukakan. Borang ini dikenali sebagai Borang Jadual Tawaran.

Borang Jadual Tawaran akan diserahkan kepada satu jawatankuasa yang lain untuk membuat penilaian atau analisis tender. Jawatankuasa ini mesti terdiri tidak kurang dari dua orang samada Jurukur Bahan atau Pegawai Teknikal dalam bidang kerja yang berkaitan.

ANALISIS TAWARAN Penilaian keatas tender tender kerja di jalankan dalam dua peringkat iaitu Penilaian Peringkat Pertama dan Penilaian Peringkat Kedua.

5.12.1 Penilaian Peringkat Pertama Penilaian peringkat pertama keatas tender terendah sehingga beberapa tender dalam lingkungan harga yang munasabah untuk memenuhi pra syarat yang berikut :

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/18

1.

Kesempurnaan Tender Tender tender mesti lengkap dan bebas dari segala ecacatan dari segi undang undang dan kontrak yang munasabah untuk menentukan kelayakan mengikut amalan biasa.

2.

Kedudukan Kewangan yang Memuaskan Petender mengemukakan bukti atau pegawai penilai berpuas hati bahawa petender mempunyai kedudukan kewangan yang memuaskan untuk melaksanakan projek yang ditender.

3.

Prestasi Kerja Semasa yang Memuaskan Petender yang tidak mempunyai projek atau ditakrifkan sebagai sakit atau yang mendapat laporan buruk daripada pegawai penyelia projek atau mengahadapi tindakan penamatan pengambilan kerjanya adalah tidak memuaskan prestasi kerjanya.

Tender yang tidak memenuhi mana mana pra syarat di atas adalah gagal Penilaian Awal dan tidaka layak diberi pertimbangan seterusnya.

5.12.2 Penilaian Peringkat Kedua Penilaian peringkat kedua hanya dibuat keatas beberapa tender yang lulus penilaian peringkat pertama bermula dengan tender terendah mengikut turutan harga tender menaik. Kriteria kriteria berikut digunakan bagi menentukan tender yang paling menguntungkan untuk dipertimbangkan. a. Harga Tender Harga tender yang dikemukakan oleh pentender pentender akan dibandingkan dengan Anggaran jabatan.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/19

Anggaran Jabatan hendaklah terlebih dahulu dipastikan kemunasabahannya.

b. Pengalaman Penilaian dari aspek pengalaman hanya perlu dibuat ke atas pentender yang harga tendernya sangat rendah. Untuk melayakkan sesuatu tender yang sangat rendah atau rendah dipertimbangkan, pentender mestilah sekurang kurangnya dua projek yang serupa dengan projek yang ditender dengan cemerlangya dalam tempoh lima tahun yang lepas.

c. Prestasi Kerja Semasa Kerja semasa ialah projek yang belum disahkan siap pada tarikh tutup tender. Prestasi kerja semasa pentender akan dikategorikan seperti berikut : Cemerlang peratus kemajuan sebenar melebihi jadual. Memuaskan Peratus kemajuan sebenar sama atau terkebelakang dari jadual kurang dari 30%. Penilaian prestasi kerja semasa hendaklah berdasarkan laporan daripada Pegawai Penguasa atau Jurutera yang menyelia projek tersebut.

d. Kakitangan Teknikal Faktor ini dinilaikan berasaskan bilangan kakitangan teknikal pentender berbanding dengan bilangan AnggaranKeperluan Minimum (AKM) kakitangan

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/20

teknikal untuk menjalankan projek yang ditender dengan memuaskan.

e. Loji, Kuari dan Kilang Sekiranya kakitangan teknikal kurang daripada yang ditetapkan oleh AKM tetapi pentender didapati mempunyai kuari, kilang dan sebagainya atau terdapat factor factor lain yang boleh menyokong harga tendernya maka factor factor tersebut bolehlah diambil kira. Kesemua analisis dan penilaian akan dimasukkan kedalam laporan tender untuk dikemukakan kepada Lembaga Tender untuk dibuat pertimbangan . Kemudian Lembaga Tawaran akan membuat pemilihan dan keputusan kontraktor yang berjaya untuk melaksanakan projek tersebut.

5.13

LAPORAN TAWARAN Laporan tawaran yang telah disediakan hendaklah mengandungi perkara perkara berikut bagi memudahkan pihak Lembaga Tawaran membuat pemilihan kontraktor yang layak ; a. Ringkasan skop kerja yang akan dilaksanakan seperti nama projek, penentuan dan sebagainya. b. Menerangkan cara mempelawa tender untuk projek tersebut dan menerangkan bila tender tersebut dibuka dan ditutup dan tempoh laku tender tersebut tamat. c. Menyenaraikan petender petender termasuk harga tender serta masa penyiapan kerja mengikut harga tender yang terendah dahulu. d. Mengkaji tentang kesilapan yang berlaku didalam tender serta menyenaraikan kesilapan petender. Didalam senarai tersebut harga tawaran terkini hendaklah dicatatkan termasuk kesilapan yang berlaku sekiranya ada.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/21

e.

Mengemukakan anggaran jabatan serta perbezaan dengan anggaran setiap Petender.

f.

Latar belakang kontraktor seperti nama syarikat,kelas kontraktor serta senarai projek yang telah dan sedang dilaksanakan.

g.

Cadangan dan sokongan kepada lembaga tawaran untuk menyetujui terima kontraktor yang layak setelah perkara-perkara diatas dianalisis dan dikaji.

5.14

TUGAS DAN KUASA AHLI LEMBAGA TAWARAN Tugas dan kuasa ahli lembaga tawaran bergantung kepada peringkat peringkat lembaga tersebut. Peringkat peringkat lembaga tawaran terdiri daripada ; 1. Lembaga Tawaran Peringkat Persekutuan Ianya diwakili oleh ketua pengarah Jabatan Kerja Raya, Perbendaharaan, Kementerian Kerja RayaUnit Perancang Ekonomi / Negeri / UPEN atau mana-mana badan/unit yang berkenaan. Tawaran tawaran ini adalah khas untuk kerja kerja peringkat persekutuan sahaja. Lembaga ini berkuasa mengesahkan tawaran yang melebihi RM 250,000.00. 2. Lembaga Tawaran Peringkat Negeri Lembaga ini diwakili oleh setiausaha kerajaan negeri /SUK, Pegawai Kewangan negeri, Pengarah JKR dan sebagainya. Lembaga ini berkuasa memperakui tawaran yang dibiayai oleh kerajaan negeri sahaja. 3. Lembaga Tawaran Peringkat Daerah Lembaga ini diwakili oleh setiausaha kerajaan, pegawai kewangan yang mana ia merupakan ahli jawatankuasa sebut harga dan berkuasa memperakui tawaran kecil yang tidak melebihi RM 10,000.00 sahaja.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/22

5.15

PENGANUGERAHAN TAWARAN Penganugerahan tawaran bermaksud tawaran diberikan kepada kontraktor, iaitu tawaran yang dikemukakan oleh kontraktor diakui dan majikan membuat penerimaan terhadap tawaran kontraktor.

Majikan akan mengeluarkan Surat penerimaan tawaran kepada kontraktor yang dipilih, maka kontraktor berkenaan tidak boleh menarik diri. Kontraktor boleh disaman sekiranya menolak tawaran tersebut. Ini kerana sebaik sahaja kontraktor menerima surat penerimaan tawaran ikatan kontrak terjalin antara pihak majikan dan kontraktor. Surat penerimaan tawaran boleh dibuat pada dua peringkat : a. Surat Niat ( Letter of Intent ) Iaitu surat kepada kontraktor yang kandungannya meliputi hasrat untuk menerima tawaran kontraktor tersebut tertakluk kepada syaratsyarat dan keperluan kerajaan yang mesti dipatuhi oleh kontraktor. Surat ini tidak mengikat Kerajaan kepada satu perjanjian bahawa satu kontrak telah wujud.

b.

Surat Setuju terima ( Letter of Acceptance ) Iaitu surat pengesahan tawaran berasaskan kepada syarat yang telah dyang berkaitan dengan kontrak tersebut. Surat ini merupakan dokumen perundangan yang sah dan sebahagian daripada kontrak. Surat ini dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya apabila semua perkara telah diselesaikan dan rundingan lanjut tidak diperlukan.

5.16

PENOLAKAN TAWARAN Antara sebab-sebab mengapa sesuatu tawaran tidak diterima ialah : a. b. Harga tawaran yang terlalu tinggi Harga tawaran yang telalu rendah. Jika kerja tersebut diberikan kemungkinan kerja tidak dapat disiapkan.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/23

c.

Kerja kerja yang sedang dilaksanakan oleh kontraktor tersebut terlalu banyak dan melebihi had kewangan pendaftaran.

d. e. f. g.

Rekod kerja terdahulu tidak mememuaskan Tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat tawaran. Butir-butir tawaran tidak diisi dengan betul Tidak cukup peruntukan kewangan bagi satu-satu projek.

5.17

TAWARAN SEMULA Tawaran perlu dipanggil semula apabila perkara-perkara berikut berlaku : a. b. harga yang ditawarkan adalah teralu rendah atau terlalu tinggi. Terdapat kesilapan di dalam dokumen tawaran, mungkin dari segi pengiraan ataupun dalam butiran lukisan. c. Tiada peruntukan ataupun tidak mencukupi untuk membiayai projek.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/24

AKTIVITI 5

Mahu menguji kefahaman anda ? Sila jawab soalan soalan - soalan berikut. Cuba dahulu sebelum menyemak jawapan yang disediakan dihalaman sebelah. 1. 2. 3 Berikan takrif iklan tawaran . Apakan perbezaan antara tawaran dan sebut harga. Nyatakan jenis-jenis tawaran yang biasa dipraktikkan dinegara kita di dalam memilih kontraktor yang layak untuk satu-satu projek. 4. 5. Ada beberapa kaedah memanggil tawaran. Nyatakan tiga kaedah tersebut. Pada pendapat anda tawaran apakah yang sesuai untuk projek pembinaan yang mudah terutamanya projek-projek yang dijalankan oleh pihak kerajaan. 6.. Nyatakan sekurang kurangnya lima jenis borang yang biasa digunakan dalam proses menender 7. 8. 9. Berapa lamakah jangka masa tawaran diiklankan. Apakah kegunaan peti tawaran didalam proses menender? Lengkapkan jadual berikut: Peringkat peringkat Lembaga Tawaran Ahli - ahli Bidang Kuasa

10.

Kadang-kadang tawaran perlu dibuat semula. Nyatakan sebab sebabnya.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/25

MAKLUMBALAS 5

1.

Tawaran ialah satu kenyatan yang di keluarkan oleh satu kepada satu pihak yang lain untuk melaksanakan suatu kerja disamping mendapatkan persetujuan dari pihak yang berkenaan.

2.

Tawaran untuk kerja-kerja melebihi RM50 000 dan terbuka untuk semua kontraktor-kontraktor yang berdaftar di Pusat Khidmat Kontraktor. Sebut harga untuk kerja-kerja kurang daripada RM 50 000 dan biasanya bagi memenuhi kerja-kerja segera, kerja undi dan kerja inden. Hanya dibuka untuk kontraktor bumi putra sahaja. Tawaran terbuka, tawaran terhad, tawaran terpilih, tawaran pra kelayakan dan tawaran perundingan. Iklan di akhbar tempatan, notis di papan kenyataan tawaran majikan dan surat mempelawa tawaran Tawaran yang sesuai adalah tawaran terbuka kerana projek pembinaan yang mudah adalah sesuai bagi kontraktor-kontraktor yang baru dan kurang berpengalaman Borang borang yang biasa digunakan dalam proses menender adalah : Borang perlantikan Jurukur Bahan Borang jaminan keselamatan Borang Kontrak Setara Borang perlantikan kontraktor kecil dan Pembekal bahan Borang projek semasa untuk penender Dan lain-lain seperti dalam nota

3.

4.

5.

6.

7.

Apabila tarikh tutup tawaran seperti yang dinyatakan didalam iklan tawaran

8.

Peti tawaran digunakan untuk memasukkan dokumen tawaran yang telah dihantar oleh pihak kontraktor.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/26

9. Peringkat Lembaga Tawaran Lembaga Tawaran Peringkat Pesekutuan Pengarah JKR,UPEN Untuk tender peringkat persekutuan dan melebihi RM 250,000.00 Lembaga Tawaran peringkat Negeri Setiausaha kerajaan, Pengarah JKR, pegawai kewangan Lembaga Tawaran peringkat Daerah Setiausaha kerajaan, pegawai kewangan Untuk tawaran sebutharga tidak melebihi RM 10,000.00 Untuk tender peringkat negeri sahaja Ahli - ahli Bidangkuasa

10.

Tawaran perlu dipanggil semula kerana : Harga yang ditawarakan terlalu tinggi atau terlalu rendah Terdapat kesilapan dalam dokumen tender Tiada peruntukan kewangan

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/27

PENILAIAN KENDIRI

Syabas .!!! Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Sekiranya ada masalah , berbincanglah dengan pensyarah anda. Semoga anda berjaya SOALAN 1 Terangkan dengan ringkas tentang tawaran pra kelayakan dan tawaran perundingan serta nyatakan dua perbezaan utama antara dua tawaran ini. SOALAN 2 Terangkan proses-proses pembukaan dan penelitian tawaran oleh jawatankuasaPembukaan tawaran setelah penutupan tawaran. SOALAN 3

Lembaga Tawaran bertanggungjawab untuk menganugerahkan tawaran kepada kontraktor yang berjaya memenuhi kriteria kretiria pemilihan. Apakan kriteria criteria tersebut.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/28

SOALAN 1 Dua perbezaan adalah : a. Tawaran Pra Kelayan diiklankan manakala tawaran perundingan tidak diiklankan. b. Pemilihan kontraktor melalui tawaran pra kelayakan berdasarkan maklumat-maklumat yang diisi dalam borang pra kelayakan manakala tawaran perundingan pula kontraktor dipilih berdasarkan pengalaman, rekod kerja, kedudukan kewangan tanpa perlu bertanding dengan kontraktor-kontraktor yang lain. SOALAN 2 Setelah tarikh tutup tawaran Ahli Jawatankuasa Pembukaan tawaran akan bersidang dan membuka peti tawaran. Setiap dokumen tawaran akan ditulis nombor siri berdasarkan jumlah dokumen tawaran yang diterima. Selain daripada itu, Ahli Jawatankuasa akan menyenaraikan harga yang dikemukakan oleh setiap penender didalam borang khas yang dikenali sebagai Borang jadual tawaran. Borang jadual tawaran akan diserahkan kepada satu pihak yang lain untuk dibuat analisa dan penilaian. Satu laporan tawaran disediakan untuk dikemukakan kepada Lembaga Tawaran untuk membuat pertimbangan pemilihan kontraktor yang berjaya untuk melaksanakan sesuatu projek.

SOALAN 3 Harga tender yang dicadang oleh penender berbanding dengan anggaran jabatan Pengalaman yang ada bagi seseorang penender bagi menyiapkan sesuatu projek dalam 5 tahun kebelakangan ini.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA TAWARAN

C2006/UNIT 5/29

Prestasi kerja semasa yang ditunjukkan oleh kontraktor sama ada cemerlang atau memuaskan berdasarkan kepada laporan dari Pegawai Penguasa atau Pegawai Penyelia.

Kakitangan

yang dilantik oleh penender adalah mencukupi

bagi

melaksanakan projek yang ditender. Faktor-faktor lain yang membantu harga tender adalah seperti penender mempunyai loji, kuari kilang dan sebagainya.

You might also like