You are on page 1of 27

BAB 4 : KERJA-KERJA TEKNIKAL

4.1 SEBUTHARGA DAN TENDER/TAWARAN

4.1.1 Pendahuluan

Terdapat pelbagai kaedah perolehan yang boleh didapati. Namun begitu,


perolehan melalui borang sebutharga dan tender digunakan secara meluas berbanding
yang lain.

4.1.2 Sebutharga

Sebutharga ialah salah satu kaedah perolehan yang boleh dilaksanakan oleh
pihak majikan atau klien. Ia boleh digunakan untuk perolehan secara bekalan,
perkhidmatan atau kerja. Perolehan secara bekalan atau perkhidmatan adalah
menggunakan sijil pendaftaran di bawah Kementerian Kewangan (KK). Manakala
perolehan sebutharga melalui 'Kerja' adalah menggunakan lesen pendaftaran yang

34
dikeluarkan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB). Had kewangan untuk perolehan sebutharga ialah RM
50,000.00 sehingga RM 500,000.00 merujuk pada Surat Pekeliling Perbendaharaan
(SPP)5/2009.

4.1.2.1 Jenis jenis sebut harga

i. Kerja-kerja segera
Kerja yang perlu dibuat dengan segera, biasanya kontraktor yang dipilih
adalah kontraktor yang sudah diketahui kebolehan dan kemampuannya
membuat kerja. Contoh-contoh kerja yang terlibat seperti membaiki
kerosakkan saluran paip atau membaiki atap bocor dan membaiki tandas
awam.

ii. Kerja-kerja undi


Kerja undi biasanya berdasarkan jadual kadar harga. Kerja-kerja terlibat
adalah kerja-kerja penyenggaraan biasa dan penyenggaraan bangunan
kerajaan. Penyertaan kerja undi dibuat seminggu oleh Jabatan Kerja Raya
atau badan-badan kerajaan yang lain. Melalui cara ini kerja yang dilakukan
oleh kontraktor tetap harganya.

iii. Kerja-kerja Sebutharga


Kerja jenis ini merupakan kerja yang diberitahu kepada kontraktor setelah
mereka mengemukakan sebutharga masing-masing. Hanya kontraktor yang
berjaya dikehendaki melaksanakan kerja tersebut. Antara kerja-kerja yang
terlibat adalah kerja ubah suai ruang pejabat, membersih bangunan dan
mengecat bangunan.

35
4.1.3 Tender/Tawaran

Tender ialah suatu kenyataan yang dikeluarkan kepada seseorang untuk


melakukan kerja disamping mendapatkan persetujuan daripada pihak yang berkenaan
(Saidin, 1998). Menurut March (2003) pula, proses meneder merupakan proses
taktikal bagi pemilihan satu-satu pihak bagi membekalkan suatu perkhidmatan,
produk atau item kerja.

Perolehan tender adalah satu kaedah yang boleh dijalankan oleh agensi-
agensi atau jabatan kerajaan untuk tujuan melaksanakan kerja, membekal barangan
atau perkhidmatan. Dalam rencana ini, perolehan tender yang akan difokuskan
adalah dalam skop perlaksanaan tender 'kerja'. Perolehan tender kerja
kebiasaannya adalah menggunakan lesen pendaftaran di bawah Pusat Khidmat
Kontraktor (PKK).

Nilai kontrak untuk perolehan tender adalah bermula dari RM 500,000.00 dan
ke atas. Ini bermakna, kelas pendaftaran PKK yang boleh dipanggil secara tender
adalah bermula dari kelas D sehingga kelas A. Setiap kelas pendaftaran kontraktor
mempunyai had perolehan yang berbeza yang disenaraikan seperti berikut:

Kelas A = RM 10 Juta Keatas


Kelas B = RM 5 Juta - RM 10 Juta
Kelas C = RM 3 Juta - RM 5 Juta
Kelas D = RM 500,000.00 - RM 3 Juta

Prosedur pemanggilan tender adalah bermula dengan pengeluaran notis iklan


tender di akhbar-akhbar utama tempatan seperti Utusan Malaysia atau Berita Harian
dalam tempoh masa 21 hari (rujuk lampiran b). Lawatan tapak akan diadakan dengan
pihak-pihak kontraktor sekiranya perlu.

36
Setelah tender ditutup, laporan penilaian tender akan disediakan bagi tujuan
untuk menganalisa dan menilai kemampuan kontraktor dari segi kesempurnaan
dokumen, keupayaan kewangan, bilangan kerja di dalam tangan dan pengalaman
kerja lepas. Laporan penilaian tender yang telah siap, akan dimajukan ke Lembaga
Perolehan

Tender Agensi bagi tindakan pemilihan kontraktor yang layak untuk


melaksanakan kerja. Kontraktor yang telah dipilih oleh Lembaga Perolehan Tender
akan dikeluarkan Surat Setuju terima Tender (Letter Accepted-L.A) bagi tindakan
memulakan kerja di tapak (rujuk lampiran c).

4.1.3.1 Jenis Tender

a) Tender Terbuka (Open Tender)


b) Tender Terhad (Restricted Tender)
c) Tender Perundingan (Consultancy Tender)
d) Tender Pra-kelayakkan (Pre-Qualification Tender)
e) Tender Terpilih (Selective Tender)

a) Tender terbuka sering diamalkan di dalam industri pembinaan di


Malaysia untuk memilih kontraktor yang berkelayakkan dan untuk
melaksanakan suatu pembinaan yang dirancang. Persaingan secara tender
terbuka adalah lebih adil dan dapat menjamin harga tender yang ditawarkan
mengikut pasaran semasa. Klien akan mengiklankan tawaran dalam akhbar-
akhbar tempatan untuk menjemput kontraktor yang berminat menawarkan
harga yang munasabah bagi projek tersebut.

Tujuan tender jenis ini adalah untuk membolehkan klien mendapatkan


seorang kontraktor yang dapat menawarkan harga yang paling minimum
bagi sesuatu projek pembinaan tanpa menjejaskan mutu kerja dan bahan

37
binaan. Walaupun begitu, harga yang paling rendah tidak semestinya harga
yang paling baik pada pandangan klien. Dalam tender ini, klien yang diwakili
oleh perunding arkitek, jurutera dan juru ukur bahan akan membuat pelawaan
kepada kontraktor untuk menender di akhbar-akhbar.

Tender terbuka mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan


jenis-jenis tender yang lain. Tender terbuka memberi peluang yang sama rata
kepada semua kontraktor terutamanya kontraktor yang baru mendaftar dan
kurang pengalaman. Ini kerana pemilihan adalah berdasarkan kos yang
ditawarkan oleh setiap kontraktor. Manakala keburukkannya ialah proses
perlaksanaan tawaran ini mengambil masa yang lama dan tidak sesuai untuk
projek yang perlu disiapkan segera.

Di samping itu, ia juga tidak memerlukan kemahiran dan kelayakan


yang khusus. Tender jenis ini juga tidak menggalakkan manipulasi dan
pakatan harga di antara kontraktor yang memasuki tender. Tender jenis ini
bersifat kompetitif dan ini boleh mewujudkan persaingan yang sihat antara
kontraktor yang terlibat dan kebaikan kepada klien pula adalah dari aspek
pemilihan kontraktor yang dapat menawarkan harga yang paling munasabah.

b) Tender terhad pula adalah tender yang hanya dikemukakan kepada


kontraktor-kontraktor yang telah dipilih oleh klien. Ini bermakna jumlah
kontraktor yang boleh memasuki tender untuk tender jenis ini adalah kecil
tetapi kontraktor ini dipilih berdasarkan kepada pengalaman dan kemahiran
yang luas dalam sesuatu bidang. Kontraktor yang berpengalaman luas dan
mempunyai kemahiran tertentu yang bersesuaian akan dikenalpasti terlebih
dahulu dan hanya mereka sahaja yang akan dipelawa untuk menyertai tender.
Bilangan kontraktor terpilih biasanya kecil iaitu antara 5 hingga 8 orang.
Persaingan juga berlaku tetapi dalam jumlah yang kecil.

38
Kelebihan tender ini ialah iannya akan mengurangkan risiko
kegagalan pembinaan dan mengurangkan kos penyediaan dokumen tender. Ia
amat sesuai bagi kerja-kerja khas yang memerlukan kemahiran tertentu.
Projek dapat disiapkan dengan baik kerana kontraktor yang berpotensi,
bereputasi tinggi serta yang benar-benar layak telah dipilih di peringkat awal
lagi.

Pastilah ianya tidak lari daripada kekurangan, iaitu tidak semua


kontraktor mendapat peluang dalam tender jenis ini terutamanya kontraktor
yang baru berdaftar dan kurang pengalaman kerana ia terhad untuk kontraktor
yang mahir serta berpengalaman luas dalam bidang ini.

Salah satu masalah yang sering timbul apabila mengamalkan tender


jenis ini ialah terdapatnya pakatan harga di antara kontraktor yang
disenaraikan. Klien tidak mempunyai pilihan lain jika semua kontraktor
meletakkan harga yang tinggi dari kos yang ditaksir dari anggaran kasar,
maka pemilihan terpaksa dibuat ke atas kontraktor yang menawarkan harga
yang paling rendah antara kontraktor tetapi lebih tinggi dari kos asal.
Biasanya kes ini berlaku jika kontraktor itu mengenali antara satu sama lain.

c) Dalam tender perundingan, klien akan menghantar surat kepada


kontraktor tertentu untuk menjemput kontraktor tersebut menyediakan rangka
perbelanjaan bagi projek yang dirancangkan. Klien akan berunding dengan
seorang kontraktor secara langsung mengenai projek pembinaan yang akan
dilaksanakan sebelum memilih kontraktor yang bersesuaian melalui tender
perundingan. Biasanya klien akan menjemput kontraktor yang mempunyai
reputasi dan rekod yang baik yang diketahui latarbelakang projek yang
terlibat serta semestinya berkemahiran
.
Biasanya, kos yang ditawarkan oleh kontraktor adalah lebih tinggi
jika dibandingkan dengan jenis-jenis tender yang lain. Ini kerana kontraktor

39
akan terlibat secara langsung dari peringkat awal kitaran hidup projek
pembinaan sehinggalah ke peringkat penyerahan projek kepada klien. Klien
akan diberi penerangan yang jelas dan terperinci mengenai kesesuaian
rekabentuk, penggunaan bahan binaan, teknologi yang digunakan serta cara
binaan yang boleh memaksimumkan keuntungan sesuatu projek pembinaan.
Namun begitu, kos bagi membiayai proses tender adalah murah
memandangkan klien telahpun mempunyai kontaktor pilihan yang dirasakan
layak tanpa perlu melibatkan jemputan untuk menender yang mengambil
masa yang panjang dan tanpa melibatkan kontraktor yang ramai. Terdapat dua
jenis tender perundingan yang biasa dijalankan iaitu:
i. Tender yang diambil oleh kontraktor antarabangsa
Tender ini biasanya dijalankan untuk membina projek yang besar,
berteknologi tinggi dan memerlukan kepakaran yang sangat khusus.
Contohnya adalah pembinaan lapangan terbang antarabangsa, empangan
hidroelektrik, bangunan pencakar langit dan sebagainya. Satu jemputan
tawaran akan dikeluarkan iaitu antara kontraktor antarabangsa yang terlibat.
Tujuannya adalah memberi kemudahan kepada klien untuk berhubung
dengan kontraktor bagi mengetahui keupayaan dan kebolehan sebenar
kontraktor bagi menjalankan projek tersebut. Kemudian, tawaran yang
dihantar akan ditapis dan borang tawaran tender akan diberikan kepada
kontraktor yang layak.
ii. Tawaran oleh firma arkitek
Dalam tender jenis ini, borang tawaran hanya dikeluarkan kepada sejumlah
kecil kontraktor yang terpilih atau telah menjadi anak syarikat. Segala
keperluan dan perbelanjaan akan dibincangkan bersama antara kontraktor
terlibat dengan firma arkitek yang dilantik dan keputusannya adalah
bergantung kepada arkitek yang bertanggungjawab.

Tawaran ini dipraktikkan atas sebab-sebab berikut:


Projek yang memerlukan penyiapan segera
Projek yang memerlukan kepakaran kerja

40
Projek yang berterusan dan berfasa-fasa
Pembiayaan projek dibuat oleh kontraktor
Projek yang mempunyai bidang kerja yang sama.

d) Peraturan pra-kelayakan adalah bertujuan untuk menapis kontraktor-


kontraktor supaya mereka yang mempunyai pengalaman, kebolehan teknikal,
dan kewangan secara pengurusan, bagi melaksanakan sesuatu projek sahaja
dibenarkan mengambil bahagian di dalam sesuatu tender yang diadakan
setelah agensi mendapat kelulusan khas Perbendaharaan Malaysia.
Secara amnya, tender prakelayakan adalah agak sama dengan tender
terbuka. Perbezaannya cuma kontraktor yang akan dipilih adalah kontraktor
yang mempunyai latarbelakang yang kukuh dan rekod yang baik sahaja akan
dipilih berbanding tender terbuka di mana semua kontraktor mempunyai
peluang sama rata. Bagi memastikan kontraktor yang dipilih mempunyai
kelayakan yang sepatutnya iaitu mempunyai kepakaran kerja, modal pusingan
yang cukup dan kemahiran dalam bidang tertentu, satu borang tawaran akan
diberi kepada kontraktor yang memohon. Dalam borang tawaran ini
kontraktor dikehendaki memberi maklumat tentang kenyataan kewangan dan
pengurusan untuk memastikan latar belakang diketahui dengan jelas oleh
klien. Keburukkan tawaran ini ialah tawaran adalah hanya kepada kontraktor
yang pakar sahaja dan sesuai untuk projek-projek besar.

e) Tawaran terpilih adalah merupakan tawaran yang dikemukakan


kepada kontraktor yang dipilih oleh majikan. Pertandingan dalam merebut
tawaran berlaku diantara kontraktor yang terpilih sahaja. Tawaran ini
dilaksanakan berdasarkan keperluan-keperluan berikut:
i. Projek-projek khas yang memerlukan kepakaran tertentu.
ii. Projek yang perlu disiapkan segera dimana hanya kontraktor yang
berkemampuan sahaja dibenarkan menyertai tawaran.

41
Tawaran ini akan memberi kebaikan kepada majikan kerana
memperoleh hasil binaan yang berkualiti daripada pihak kontraktor yang
mahir. Akan tetapi harga tawaran menjadi tinggi disebabkan kurang
persaingan antara mereka. Pakatan harga antara pihak kontraktor juga boleh
berlaku untuk meletakkan harga penutup yang sama.

4.1.4 Syarat-syarat yang perlu dipatuhi semasa mempelawa borang


sebutharga

i. Kesemua borang sebutharga perlu ada nombor siri bagi tujuan kawalan.
ii. Sebutharga dipelawa dengan menggunakan borang (rujuk lampiran d).
Borang ini hendaklah diisi sepenuhnya, iaitu lengkap dengan rujukan tarikh
tutup syarat-syarat dan perinciannya.
iii. Spesifikasi alat dan kuantiti perlu dinyatakan dalam satu set borang
sebutharga.
iv. Penentuan perlu jelas supaya pihak kontraktor mendapat gambaran yang jelas
dalam sesuatu perolehan sebutharga.
v. Perlu menyatakan tarikh dan waktu sebutharga iaitu sekurang-kurangnya tiga
minggu dari tarikh sebutharga dibuka. Tempat untuk menghantar sebutharga
juga perlu dinyatakan dengan jelas dan terperinci.
vi. Nombor sebutharga perlu dinyatakan untuk tujuan kawalan. Sila pastikan
nombor sebut direkod dalam buku daftar Sebutharga.
vii. Syarat-syarat Am perlu disertakan untuk setiap sebutharga.
viii. Contoh senarai yang perlu ada di dalam dokumen:
1) Surat mempelawa tawaran
2) Borang tawaran
3) Arahan kepada penender
4) Senarai kerja pendahuluan, keterangan bahan dan mutu kerja
5) Senarai semakkan mengemukakan tawaran
6) Spesifikasi

42
7) Borang maklumat latar belakang kontraktor
8) Senarai kuantiti
9) Lampiran
10) Lukisan

4.1.5 Notis Pelawaan Sebutharga

i. Notis pelawaan sebutharga hendaklah dipamerkan dikawasan umum.


ii. Notis pelawaan (Lampiran e) hendaklah dipamerkan di papan kenyataan dan
laman web yang berkaitan.
iii. Bagi projek-projek besar iklan tawaran hendaklah diiklan didalam akhbar
tempatan ataupun ditampal di papan kenyataan tawaran.
iv. Tempoh minima pelawaan sebutharga adalah tujuh hari, dan maksimanya
adalah sebanyak empatbelas hari.
v. Maklumat-maklumat seperti tarikh, waktu tutup dan alamat tempat
sebutharga perlu dihantar, hendaklah dinyatakan dengan jelas pada notis
sebutharga.
vi. Notis sebutharga hendaklah mengandungi butiran seperti berikut:
i. No. sebutharga
ii. Nama sebutharga
iii. Tarikh tutup pada jam 12.00 tengahari (hari bekerja)
iv. Tempat
v. Catitan, Sebutharga hendaklah dimasukkan sebelum tarikh tutup
dalam sampul surat berlakri dan ditulis nombor rujukan sebutharga.

43
4.1.6 Penerimaan/membuka Sebutharga

Peti tawaran yang disediakan perlulah dilabel dengan tarikh dan waktu peti
tawaran ditutup. Peti tawaran hendaklah dikunci dengan dua kunci yang berasingan
dan anak kuncinya hendaklah dipegang oleh dua orang pegawai yang
bertanggungjawab. Semasa urusan pelawaan sebutharga, peti tawaran hendaklah
disimpan selepas waktu pejabat di suatu tempat yang selamat dibawah kuasa seorang
Pegawai Kanan yang bertanggungjawab. Pusat yang bertanggungjawab tidak boleh
menerima sebutharga secara on-line atau faks. Pembekal dikehendaki memasukkan
sendiri sebutharga ke dalam peti sebutharga berkenaan.

Sebutharga hendaklah dibuka serta merta selepas sebutharga ditutup. Peti


sebutharga hendaklah dibuka hanya dihadapan Jawatankuasa Pembuka Sebutharga
yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua pegawai dimana seorang daripadanya
hendaklah terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Setiap
borang sebutharga dibuka dan diberi nombor siri serta tandatangan ringkas oleh
setiap ahli jawatankuasa membuka sebutharga. Berikut adalah carta alir pelawaan
sebutharga:

44
4.1.7 Carta alir pelawaan sebutharga

Pegawai bertanggungjawab memastikan


peruntukkan mencukupi, senarai alatan diluluskan
sediakan spesifikasi dan borang sebutharga

Dapatkan senarai kontraktor/pembekal

Edarkan borang sebutharga dan rekod dalam buku

Pamer notis sebutharga

Sebutharga ditutup mengikut tarikh dan masa


ditetapkan. Ahli jawatankuasa Pembuka Sebutharga
membuka dan merekod sebutharga

Jawatankuasa Penilaian Teknikal menilai sebutharga


dan menyediakan Laporan Penilaian Teknikal

Laporan Penilaian Teknikal dan dokuman


sebutharga diserahkan kepada Seksyen Perolehan

sambungan

45
sambungan

Seksyen Perolehan menyediakan kertas kerja untuk


kelulusan Jawatankuasa Sebutharga

Jikalau lulus Seksyen Perolehan memaklumkan


Pihak bertanggungjawab keputusan jawatankuasa
Sebutharga dan mengeluarkan arahan keluar borang
pesanan kepada kontraktor/pembekal berjaya

Pihak bertanggungjawab keluar borang pesanan dan


menyerahkan salinan kuning ke Jabatan Bendahari
untuk ikatlibat dan salinan fotokopi ke Seksyen
Perolehan untuk rekod/penyediaan kontrak

Terima salinan fotokopi borang pesanan untuk


rekod/penyediaan kontrak

Tamat

Rajah 4.1.7

Tatacara perolehan tender adalah sama seperti sebutharga, cuma


perbezaannya adalah harga kerja tender adalah lebih besar dan mengalami proses
yang lebih terperinci kerana menjalankan projek-projek besar.

46
4.2 PERALATAN PERLINDUNGAN PERIBADI

4.2.1 Pengenalan kepada peralatan perlindungan peribadi

Peralatan perlindungan peribadi atau personal protective equipment (PPE)


direka untuk melindungi pekerja dari kecederaan serius di tempat kerja yang
disebabkan oleh bahan-bahan kimia, sinaran-sinaran, persekitaran, peralatan elektrik
serta ciri-ciri mekanikal yang berbahaya di tempat kerja.

Kemalangan di tempat kerja boleh berlaku disebabkan kecuaian pekerja itu


sendiri. Sikap tidak mengambil berat tentang menjaga keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja menyebabkan kadar kemalangan di tempat kerja terus meningkat.

Terdapat pelbagai peralatan perlindungan yang disediakan. Selain perisai


muka, cermin mata, topi dan kasut keselamatan, PPE lain termasuklah pelbagai jenis
alat dan pakaian keselamatan, contohnya sarung tangan, jaket, penutup telinga, dan
peralatan pernafasan.

Kriteria pemilihan PPE adalah seperti berikut:


i. Memberi perlindungan yang mencukupi kepada pekerja
ii. Memenuhi syarat peraturan atau undang-undang yang dikenakan
iii. Mencapai standard yang ditentukan oleh syarikat
iv. Selesa dan tidak mengundang bahaya

Mengambilkira sebab kenapa PPE diperlukan dan untuk berapa lama,


contohnya:
i. Untuk jangka masa yang pendek disebabkan proses yang sementara atau
kerosakkan sementara pada bahagian kejuruteraan
ii. Kegunaan jangka panjang iaitu kegunaan tetap
iii. Sebagai anti kepada kawalan kejuruteraan yang kurang atau tidak mencukupi

47
iv. Semasa pengendalian bahan, pembersihan tumpahan, alat pembaikan
v. Untuk memenuhi syarat yang diperuntukkan
vi. Sifat dasar dan saiz bahaya
vii. Tahap perlindungan yang mampu diberikan oleh PPE
viii. Adakah PPE mudah digunakan dan penerimaan pekerja terhadap PPE yang
diberikan.

4.2.2 Jenis-jenis PPE

TOPI KESELAMATAN

Rajah 4.2.2 (a): Topi keselamatan


Jika anda berhadapan dengan risiko kecederaan kepala di tempat kerja, anda
haruslah memakai pelindung kepala yang sesuai contohnya topi keselamatan.

i. Topi keselamatan mengandungi bahagian luar yang keras dipanggil shell


dan bahagian suspension. Keduanya berfungsi bersama sebagai satu sistem
dan memerlukan pemeriksaan yang kerap dan penjagaan yang baik.
ii. Jangan letakkan topi keselamatan anda di bahagian tingkap belakang kereta
anda.
iii. Periksa pelindung kepala sebelum menggunakannya.
iv. Jangan mengalihkan tali pengikat dagu ke tepi atau di atas peak pelindung
kepala.

48
v. Jangan memakai pelindung kepala mengarah ke belakang (peak harus
sentiasa mengarah ke hadapan).

KASUT KESELAMATAN

Rajah 4.2.2 (b): Safety boot


Jika anda berhadapan dengan risiko kecederaan kaki di tempat kerja, anda
seharusnya memakai pelindung kaki yang sesuai seperti kasut keselamatan.
Pelindung kaki atau kasut keselamatan diereka untuk melindungi kaki dari pelbagai
jenis kecederaan.

PERALATAN KESELAMATAN SAFETY HARDNESS


Jika anda berisiko jatuh setinggi 3 meter atau lebih di tempat kerja, anda
seharusnya memakai Safety Hardness.

i. Periksa peralatan setiap hari.


ii. Gantikan peralatan yang telah rosak. Jika ada keraguan terhadap peralatan
keselamatan tersebut, jangan gunakannya dan laporkan kerosakkan tersebut
kepada penyelia.
iii. Gantikan mana-mana peralatan yang sudah terlibat dalam sesuatu
kemalangan contohnya tali. Laporkan semua jenis kerosakkan atau kecacatan
yang meragukan pada peralatan keselamatan.
iv. Setiap bahagian daripada peralatan perlindungan haruslah diperiksa dan
diperakui oleh pihak yang bertanggungjawab.

49
SARUNG TANGAN KESELAMATAN

Rajah 4.2.2 (c) : sarung tangan

Memandangkan terdapat banyak jenis kemalangan yang mungkin berlaku,


pelindung tangan atau sarung tangan disediakan dalam pelbagai rekabentuk seperti
pelindung jari, cots dan thimbles, hand pads, mitts, dan gloves.

i. Pilih pelindung tangan yang sesuai dan memudahkan kerja-kerja yang


memerlukan ciri-ciri tertentu (contohnya memerlukan kepantasan tangan dan
flexibility).
ii. Patuhi arahan penjagaan dan pembersihan oleh pengeluar.
iii. Berhati-hati sebab ada pelindung tangan yang diperbuat daripada bahan-
bahan yang boleh memberi tindakbalas terhadap kulit pekerja contohnya bagi
yang ada alahan terhadap bahan-bahan yang diperbuat daripada getah.
iv. Pastikan sarung tangan sesuai dengan saiz tangan.
v. Pastikan pelindung tangan menutupi keseluruhan bahagian yang terdedah,
ianya mesti cukup panjang supaya tiada bahagian yang terdedah di antara
sarung tangan dan lengan baju.
vi. Jangan menggunakan sarung tangan yang mempunyai bahagian besi
berdekatan dengan peralatan elektrik.
vii. Jangan menggunakan sarung tangan yang lusuh atau koyak.
viii. Bersihkan sarung tangan mengikut arahan pembekal.
ix. Periksa dan uji sarung tangan untuk sebarang kerosakkan atau kecacatan
sebelum menggunakannya.

50
x. Uji semua sarung tangan getah atau sintetik untuk sebarang kebocoran
dengan meniup udara untuk menggelembungkannya.

Cara pemeriksaan sarung tangan getah


i. Pegang mulut pelindung tangan dengan ibu jari anda di bahagian dalam dan
buka mulut pelindung tangan dengan perlahan-lahan.
ii. Hayun-hayunkan sarung tangan ke arah luar dan ke atas dua tiga kali untuk
memaksa udara masuk ke dalamnya.
iii. Tekan bahagian sarung tangan yang sudah digelembungakna dengan angin
untuk melihat tempat kebocoran, kebocoran akan dikesan dengan melakukan
cara ini.

KOTAK BANTUAN KECEMASAN

Kotak bantuan kecemasan penting dan harus ada di setiap tapak kerja. Ini
diperlukan dalam tindakkan terawal dalam menangani sesuatu kecemasan. Dalam erti
kata lain, diperlukan dalam memberi bantuan kecemasan terhadap seseorang individu
yang tercedera atau yang hilang keupayaan sebelum bantuan perubatan tiba. Ianya
mungkin membantu dalam memperbaiki keadaan atau juga mungkin menyelesaikan
terus masalah yang dihadapi. Bagaimanapun bantuan kecemasan seharusnya tidak
dijadikan sebagai pengganti sepenuhnya kepada bantuan perubatan.

Kotak kecemasan harus mengandungi barang-barang berikut:


i. Sterilized cotton gauze swab
ii. Sterilized gauze and cotton wool pad
iii. Assorted adhesive plasters
iv. Elastic bandages
v. Triangular bandange
vi. Clinical thermometer
vii. Gunting
viii. Pointed tweezers

51
ix. Safety pins or clips
x. External medication-anti-itch cream, antiseptic lotion, etc
xi. Internal medication-antacid, pain reliever, fever reliever, etc

4.2.3 Penggunaan PPE

Mata
Bahaya : Percikkan bahan kimia atau logam , habuk, pemancar, gas dan wap,
serta radiasi.
Pilihan : Cermin mata keselamatan atau perisai muka.

Kepala
Bahaya : Impak dari objek yang jatuh atau terbang, risiko kepala terhantuk, atau
rambut tersangkut.
Pilihan : Pelbagai jenis topi keselamatan.

Pernafasan
Bahaya : Habuk, wap, gas dan kekurangan oksigen.
Pilihan : Penutup mulut dan hidung, helmet pengudaraan atau alatan
pernafasan.

Badan
Bahaya : Percikkan bahan kimia atau logam, semburan dari tekanan yang
bocor/pecah atau corong penyembur, impak atau tusukan, pencemaran
habuk, pakaian tidak sesuai dan risiko tersangkut.
Pilihan : Pakaian overall yang konensional atau pakai buang, pakaian boiler
suits, pakaian pelindungan khas, contohnya chain-mail aprons,
high-visibility clothing.

Tangan dan lengan

52
Bahaya : Mengelupas, suhu ekstrim, luka, impak, bahan kimia, kejutan elektrik,
jangkitan kulit, penyakit atau pencemaran.
Pilihan : Sarung tangan, sarung lengan atau penutup pergelangan tangan.

Kaki
Bahaya : Basah, elektrostatik terkumpul, tergelincir, luka, objek jatuh, percikan
bahan kimia dan logam, mengelupas.
Pilihan : Kasut keselamatan, gaiters atau leggings.

Pastikan peralatan sentiasa:


1. Dijaga dengan rapi dan disimpan dengan baik apabila tidak digunakan,
contohnya di tempat yang kering, almari yang bersih atau untuk peralatan
yang kecil, contohnya pelindung mata disimpan di dalam kotak penyimpanan
yang sesuai.
2. Bersih dan terjaga iaitu patuhi jadual penjagaan yang ditetapkan oleh
pengeluar (termasuklah cadangan tempoh penggantian). Cara penjagaan yang
asas boleh dilakukan oleh pemakainya tetapi kerosakkan yang teruk perlu
dibaiki oleh pakar.
3. Pastikan alat ganti PPE yang sesuai sentiasa ada.

4.2.4 Tatacara Keselamatan Tapak


Pekerja binaan terdedah kepada risiko yang tinggi apabila berada di tapak binaan
yang sememangnya terdedah kepada pelbagai bahaya, contohnya jatuh dari tempat
yang tinggi. Penggunaan alatan PPE ini seharusnya dipraktikkan semasa kerja-kerja
binaan dilakukan. Walaubagaimanapun, alatan yang dipakai kadang-kadang boleh
menjadi penyebab kepada kemalangan jika peralatan tersebut:
i. Mengurangkan kepantasan tangan
ii. Menyempitkan dan mengaburkan pandangan
iii. Menghalang komunikasi dan mengurangkan kemampuan mendengar
iv. Meningkatkan tekanan haba

53
Kemalangan adalah perkara yang tidak dirancang dan mengakibatkan kecederaan
fizikal serta kerosakkan harta benda yang sememangnya kita mahu hindari. Kecuaian
seseorang menjurus kepada persekitaran yang kurang selamat bukan pada dirinya
sahaja, bahkan terhadap orang lain. Oleh itu setiap pekerja harus berhati-hati dan
peka dengan keadaan sekeliling. Kesedaran yang tinggi tentang ciri dan latihan
keselamatan perlu dijaga untuk memastikan faktor keselamatan yang terlibat dalam
menjalankan sesuatu kerja menjadi sebahagian dari pelaksanaan kerja tersebut.

54
4.3 MEMBINA JALAN BARU

4.3.1 Pengenalan

Jalan yang dibuat umumnya mempunyai empat lapisan iaitu:

Rajah 4.3.1: Lapisan struktur jalan

a) Lapisan paling bawah adalah lapisan subgred iaitu lapisan tanah asal. Tanah
tersebut perlu sesuai agar semasa kerja-kerja sedang dilakukan tidak
termendap. Contoh tanah yang tidak sesuai ialah tanah gambut , tanah paya
dan lain-lain.
b) Lapisan sub tapak pula biasanya terdiri daripada campuran batuan, pasir dan
debu yang dipanggil crusher run. Crusher run mempunyai campuran batuan
dari yang terbesar 40mm sehinggalah ke saiz debu.
c) Tapak adalah hampir sama dengan sub tapak, cuma tapak lebih terperinci
daripada sub tapak. Lapisan tapak memainkan peranan yang penting sebagai
penanggung dan pengurai beban trafik. Lapisan tapak terdiri daripada
campuran batuan, pasir dan debu. Batuan berfungsi sebagai penanggung
beban, pasir sebagai pengisi ruang antara campuran, dan debu pula adalah
sebagai pengikat keseluruhannya.

55
d) Seterusnya ialah lapisan priming coat. Iaitu satu proses menyembur minyak
ke atas permukaan batuan roadbase supaya permukaan tersebut kalis air. Tack
coat juga disembur supaya premix yang akan dihamparkan tidak akan
tertanggal, kerana lapisan ini mengikat antara premix dan juga batuan lapisan
tapak.

e) Lapisan yang terakhir ialah lapisan haus, iaitu meratakan serta memadatkan
premix.

4.3.2 Fungsi setiap lapisan adalah seperti berikut:

a) Subtapak -membantu pengagihan beban, bertindak sebagai jalan


sementara dan melindungi subgred.
b) Tapak -merupakan lapisan utama untuk mengagihkan beban
kelapisan bawah.
c) Pengikat -merupakan lapisan pencampuran premix yang menyokong
lapisan haus membantu lapisan bawahnya.

4.3.3 Kerja-kerja membina jalan baru

Projek : Kerja-kerja membina jalan baru dan dataran kejat


dewan orang ramai Kampung Sungai Relong, Mukim
Taiping.

Mesin-mesin yang digunakan:

56
Rajah 4.3.3 (a) : backhoe Rajah 4.3.3 (b): Penggelek

Rajah 4.3.3 (c): Paver Rajah4.3.3 (d): Plat pemadat

Langkah kerja-kerja turapan jalan:

1) Membersihkan kawasan tapak.

Rajah 4.3.3 (e)

2) Cakar dan buang lebihan tanah.

57
Rajah 4.3.3 (f)

3) Bekal dan hampar 150mm tebal batu baur hancur atau crusher run dari gred
B2 serta dimampatkan dengan mesin penggelek 8 tan.

Rajah 4.3.3 (g) Rajah 4.3.3 (h)

4) Ujian menentukan kedalaman crusher run dilakukan setelah kerja-kerja


pemadatan crusher run selesai.

58
Rajah 4.3.3 (i)
5) Menyembur lapisan bitumen cecair tack coat pada kadar 2 liter/meter
persegi.

Rajah 4.3.3 (j)

6) Menghampar lapisan haus macadam bitumen setebal 40mm dan


dimampatkan dengan mesin penggelek 8 tan.

Rajah 4.3.3 (k) Rajah 4.3.3 (l)

7) Coring test dibuat bagi mendapatkan ketebalan lapisan jalan. Ujian


dilakukan di makmal (rujuk lampiran f).

59
Rajah
4.3.3 (m) : Coring test sedang dilakukan
8) Jalan yang telah siap dibina berserta Papan Tanda Infrastruktur Awam.

Rajah 4.3.3 (n) : Jalan yang telah siap

60

You might also like