You are on page 1of 15

C4384 / UNIT 3 / 1

Memahami kaedah bagi mengawal sesuatu kos dalam


sesebuah projek yang akan dilaksanakan..
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :Menerangkan kaedah bagi mengawal sesuatu kos
dalam sesebuah projek yang akan dilaksanakan.
Menerangkan

membuat

prosedur

kos

secara

berperingkat-peringkat
Menjelaskan keperluan tertentu mengikut sesuatu
projek. Ia juga mempunyai tujuan serta kepentingan
yang penting bagi sesebuah projek

C4384 / UNIT 3 / 2

Pengenalan.
Kawalan kos merupakan satu kaedah bagi mengawal sesuatu kos dalam
sesebuah projek yang akan dilaksanakan. Ianya sangat penting bagi membuat
prosedur kos secara berperingkat-peringkat. Kawalan kos mempunyai keperluan
tertentu mengikut sesuatu projek. Ia juga mempunyai tujuan serta kepentingan
yang penting bagi sesebuah projek.
Dalam kawalan kos Jurukur Bahan mengambil peranan penting dalam
melaksanakan tanggungjawab yang sedia di fahami. Kawalan kos juga
mempunyai terminologi-terminologi tertentu yang berperanan untuk mengawal
projek.
Apabila sebuah projek tidak mempunyai kawalan kos yang berkesan,
mungkin projek tersebut akan mengalami kegagalan.

C4384 / UNIT 3 / 3
3.1

Menerangkan tentang kawalan kos


Suatu kawalan kos yang merangkumi kepada semua tahap proses yang

menyumbangkan kepada kos termasuklah analisis kos, rancangan kos, semakan


kos, penentuan kos sementara tender dan pengawalan kos semasa tahap post
kontrak.

3.1.1 Mentakrifkan kawalan kos


Merupakan satu kaedah mengawal kos bagi sesebuah projek pembinaan
dalam pra-penentuan harga keseluruhannya dalam peringkat rekabentuk dan
pembinaan.

3.2
(a)

Menerangkan konsep kawalan kos


Permulaan
- Tunjukkan keinginan klien mendirikan bangunan dan
sediakan organisasi pentadbiran dan melantik arkitek dan
perunding lain.
- Kos akan dibincangkan, jika ringkasan klien masih
berubah-ubah anggaran kasar projek tidak dapat ditetapkan.

(b)

Kajian
Kemungkinan

- Peringkat ini arkitek dan perunding lain mengkaji


kehendak-kehendak klien.
- Peringkat penting projek bagi tentukan keuntungan.

C4384 / UNIT 3 / 4

(c)

Cadangan Kasar
- Tentukan pendekatan am terhadap rekabentuk, susunatur dan
cara pembinaan bagi dapatkan kelulusan. Peringkat ini
kehendak klien ditetapkan dan dianggap boleh dilaksanakan.
- Arkitek mengkaji rekabentuk pembinaan. Kajian berkaitan
pengguna, masalah teknikal rekabentuk dan kos dilakukan.
- Beberapa lukisan dan jurukur bahan dikehendaki member
panduan mengenai kos dan menilai kesan-kesan kewangan
terhadap rekabentuk.

(d)

(e)

Rekabentuk Skima

Rekabentuk
Terperinci

- Untuk melengkapkan ringkasan klien dan membuat keputusan


mengenai
cadangan
termasuk
dari
segi
perancangan,penampilan, cara pembinaan,spesifikasi dan kos.
- Ringkasan klien akan disiapkan/ditamatkan dan masalahmasalah perancangan yang besar akan diselesaikan.
- Reka bentuk kasar akan dihasilkan termasuklah lukisan kasar
seperti keratan, pandangan sisi dan lukisan kemudahan.

- segala keputusan akhir bagi setiap masalah akan


diselesaikan. Reka bentuk penuh bagi setiap bahagian dan
komponen dan segala yang berkaitan akan dihasilkan.
- Juruukur Bahan akan membuat Kajian Kos Bandingan
terhadap beberapa jenis pembinaan, bahan-bahan dan tata atur
perkhidmatan yang berbeza dan akan menyelaraskan
pengagihan kos di dalam membuat rancangan kos.
- Juruukur Bahan juga dikehendaki membuat semakan kos
secara berterusan bagi menjamin reka bentuk yang selaras.

C4384 / UNIT 3 / 5

(f)

(g)

(h)

Maklumat
Pengeluaran

Bil Kuantiti

Tidakan Tender

- Menyediakan maklumat-maklumat pengeluaran dan


membuat keputusan akhir secara jelas bagi melaksanakan
kerja-kerja pembinaan.
- Lukisan kerja akhir disediakan bagi menghasilkan senarai
kuantiti. Perunding, subkontraktor dan pembekal dikehendaki
member spesifikasi dan penerangan penuh termasuk
sebutharga yang sebenar.
- Juruukur Bahan akan meneruskan semakan kos terhadap
data-data yang dihasilkan berbanding dengan Rancangan Kos.
- Juruukur Bahan boleh menasihati arkitek berkenaan
kewangan dan tata atur kontrak projek, termasuk syarat-syarat
kontrak, sub kontrak.

- Segala maklumat akan dilengkapi bagi tujuan mendapatkan


penender yang layak.
- Senarai bahan dan dokumen berkaitan akan disediakan.
Juruukur Bahan pula akan menyediakan anggaran prapenender.

- Peringkat ini penender yang layak akan dipilih sama ada


melalui proses tender terbuka, terhad atau terpilih. Laporan
akan diserahkan kepada klien dank lien akan membuat
keputusan siapa yang layak.
- Penender yang dipilih akan menandatangani perjanjian
tawaran dan penerimaan dengan klien dan selepas daripada ini
penender akan dikenali sebagai kontraktor utama.

C4384 / UNIT 3 / 6

(i)

(j)

Perancagan Projek

Penyiapan

- Pada peringkat ini tapak akan diserahkan kepada kontraktor.


Kontraktor akan menyediakan program kerja syarat-syarat
kontrak, ringkasan dan spesifikasi.
- Kontraktor akan mengeluarkan insurans projek untuk
memulakan kerja di tapak.
Juruukur Bahan akan menyiapkan dokumen kontrak dan akan
terus menyemak kos projek.

- Setelah projek siap, ianya mestilah diserahkan kepada klien


untuk didiami. Kontraktor mesti melaksanakan kerja-kerja
pembaiki semasa tempoh kecacatan projek.
- Sebelum projek diserahkan klien, projek mestilah diperiksa
dab sijil menduduki projek hendaklah diperolehi daripada
pihak berkuasa.
- Juruukur Bahan akan melaksanakan tugas akhir iaitu
menyediakan penyata akaun dab akaun akhir projek.

(k)
Maklum Balas

- Merupakan peringkat yang akan menganalisis penggunaan,


pembinaan dan prestasi secara keseluruhan dengan merujuk
kepada rekod yang disiapkan.
- Sesetengah organisasi klien yang memerlukan kajian kos
semasa pengguna disediakan terutama bagi bangunan yang
akan disewakan.

C4384 / UNIT 3 / 7
3.2.1 Menerangkan keperluan-keperluan kawalan kos
1)

Keperluan Luar
a. Meyiapakan bagunan dalam masa yang cepat

2)

Konstrain masa dan wang


Masa perlahan/kos meningkat
Kualiti meningkat/kos meningkat
Kos sedikit/masa dam kualiti yang rendah

Keperluan Klien

Klien pada masa sekarang lebih berpengetahuan


Permintaan klien yang lebih kompleks

3.2.2 Menerangkan tujuan kawalan kos


Penggunaan sumber yang terlibat dalam sesuatu kegiatan bangunan
dengan berkesan serta dapat member kepada pihak klien pulangan nilai yang
baik dalam bentuk sesebuah bangunan dan fungsinya dalam had kos yang
ditentukan dalam penyiasatan awal. Di peringkat pembinaan pula, perunding
memastikan agihan sumber yang wajar terhadap elemen-elemen bangunan.
Mengaitkan Peranan Juruukur Bahan Pada Peringkat Perancangan Dan
Rekabentuk Projek
Setiap Juruukur Bahan mestilah mempunyai kefahaman yang mendalam
sekiranya mengkehendaki kos dapat dikawal dengan lebih berkesan. Sumber
data-data kos yang diperolehi daripada bangunan yang telah siap mempunyai
berlainan rekabentuk dan struktur dan juga berbeza dari segi tata atur
perkhidmatan serta penggunaan bahan bahan dan komponen yang berbeza.
Selain itu Juruukur Bahan harus mempunyai kesedaran akan kesan-kesan yang
dihadapi akibat perubahan rekabentuk seperti rupa bentuk, ketinggian bangunan.
Maklumat-maklumat ini amat pernting untuk diambil kira semasa proses
rekabentuk.

C4384 / UNIT 3 / 8

Dengan itu kerjasama diantara Juruukur Bahan dan pereka bentuk


amatlah pernting sebagai satu pasukan semasa berlakunya proses rekabentuk.
Kerja sepasukan juga menjadi amat mudah sekiranya kedua-dua profesion ini
berada dibawah satu bumbung seperti sebahagian agensi kerajaan. Manakala
Juruukur Bahan yang bekerja di firma-firma swasta mestilah sentiasa berhubung
dengan arkitek dan bekerjasama sepanjang tempoh rekabentuk.
Kepekaan terhadap proses dan teknik-teknik pembinaan yang terkini serta
bahan-bahan dan komponen-komponen yang baru mesti ada pada Juruukur
Bahan. Peranan-peranan Juruukur Bahan boleh dibahagikan mengikut peringkat
RIBA bagi memudahkan pemahaman.
Ringkasan Peranan Juruukur Bahan Mengikut peringkat RIBA
a. Permulaan

Cacatan pertama tentamg kehendak.


Menentukan ikhtisar rekabentuk.
Memberikan nasihat tentang perlantikan
Juruukur Bahan.
Merencanakan tindakan

yang

munkin

diambil.
Melakukan kajian awal tentang projek

b. Kemungkinan

supaya klien boleh membuat keputusan


sama ada meneruskan projek.
Mendapatkan
penerangan

c. Cadangan

Garis

Kasar

tentang

perancangan.
Kajian kos awal.
Jadual waktu garis kasar.
Menganalisis ikhtisar.
Mengarah Juruukur Bahan dan pakar
perunding menyediakan rekabentuk kasar

dan kos anggaran.


Memberitahu klien
d. Rekabentuk Skima

tentang

keputusan

utama yang perlu dibuat.


Menyediakan lukisan, spesifikasi kasar dan

C4384 / UNIT 3 / 9
sebagaimya untuk memaparkan susun

e. Rekabentuk
Terperinci

f. Maklumat
Pengeluaran
g. Bil Kuantiti

atur, bahan dan rupabentuk.


Mengemukakan laporan kepada klien.
Menyiapkan rekabentuk, menggabungkan
kerja pakar perunding.
Menyediakan maklumat untuk bil kuantiti.
Menyediakan
lukisan
pengeluaran
pertama.
Penyiapan lukisan pengeluaran am dan
maklumat untuk bil kuantiti.
Menyemak kos akhir.
Mendapatkan maklumat tambahan yang
diperlukan oleh Juruukur Bahan.
Membuat persiapan untuk memperolehi

h. Tindakan Tender

tender.
Mendapat tender dan memberikan nasihat
tentangnya.
Menyediakan dan memberikan nasihat

i. Perancangan Projek

j. Kerja-kerja Di Tapak

k. Bangunan Siap

l. Maklum Balas

tentang kontrak dan perlantikan kontraktor.


Memberikan maklumat kepada kontraktor.
Mengkaji program kontraktor.
Membuat perdiapan untuk memulakan
kerja di tapak.
Meneruskan

pembekalan

maklumat

kepada kontraktor.
Memerikasa
kerja

pembinaan

berjalan.
Mengeluarkan

sijil-sijil

yang
dan

menyelenggarakan kontrak.
Menerima bangunan bagi pihak klien.
Menyediakan lukisan rekod dan buku
panduan pemilik.
Memeriksa kecacatan.
Menyelesaikan akaun akhir.
Menganalisis pengurusan

projek

keekonomian pembinaan.
Menilai kecekapan bangunan

dan

semasa

C4384 / UNIT 3 / 10
digunakan.

3.4 Jelaskan pengurusan tender dan kontrak yang ekonomi terhadap


pelanggan.
Di dalam industri pembinaan, tanpa tawaran maka tidak akan wujud
kontrak. Di sini menunjukkan kontrak amat penting bagi memastikan bahawa
peranan dan tanggung jawab yang terlibat. Apabila pihak klien menawarkan
sesuatu projek pada sekumpulan kontraktor, maka kontraktor akan bersaing
menyerahkan tender, segala keputusan adalah terletak di tangan klien untuk
memilih kontraktor mana yang akan berjaya. Apabila kontraktor bersetuju untuk
menerima tawaran daripada klien, maka terjalinlah satu perjanjian yang
dinamakan.
Tender adalah satu kenyataan yang dikeluarkan oleh klien,majikan dan
pemaju bagi mempelawa kontraktor atau pemborong bagi melaksanakan suatu
kerja pembinaan atau pembekalan disamping mendapatkan persetujuan
daripada kontraktor atau pemborong.
Tender adalah proses utama yang dilakukan klien atau majikan bagi
mendapatkan kontraktor yang layak melaksanakan suatu kerja. Terdapat
beberapa jenis tender yang membuatkan ianya menjadi ekonomi kepada
pelanggan.
Tender terbuka
Tender ini biasanya diamalkan oleh pihak kerajaan dan badan-badan
berkanun. Ianya dibuka untuk semua kontraktor yang memenuhi syarat-syarat
yang telah ditetapkan. Bilangan penender juga tidak terhad, ia digunakan bagi
mendapatkan harga tawaran terbaik kerana bilangan penender ramai, ini
membolehkan majikan untuk membuat pilihan yang tepat berdasarkan harga
yang sesuai dan munasabah.

C4384 / UNIT 3 / 11
Pihak Majikan akan mengeluarkan iklan tender melalui iklan atau akhbarakhbar tempatan atau dipamerkan pada papan kenyataan di pejabat majikan. Di
dalamiklan akan disebutmengenai skop kerja yang ditawarkan dan isu-isu
penting berkenaan projek yang perlu diambil perhatian oleh kontraktor.
Tawaran terhad dan tertutup
Tawaran ini terhad kepada kontrakto-kontraktor tertentu sahaja. Biasanya
dikhaskan kepada

kontraktor Bumiputra sahaja. Bumiputra yang memenuhi

syarat-syarat yang ditentukan boleh menyertai tawaran dan bilangannya adalah


terhad.
Ini juga merupakan langkah kerajaan dalam DEB untuk memberi
sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah kontrak tahunan ke Bumiputra.
Biasanya diiklankan melalui akhbar tempatan atau dipamerkan di papan
kenyataan tawaran di pejabat majikan.
Tawaran terpilih
Merupakan tawaran yang dikemukakan kepada kontraktor yang dipilih oleh
majikan. Pertandingan dalam merebut tawaran berlaku diantara kontraktor yang
terpilih sahaja. Ia dilaksanakan berdasarkan keperluan-keperluan berikut:
Khusus projek yang memerlukan kepakaran khusus, untuk rig minyak
misalnya
Projek harus segera diselesaikan kontraktor yang mampu dibenarkan
untuk menyertai tawaran, misalnya projek lapangan terbang.
Pihak majikan akan mendapatkan senarai kontraktor yang layak dan
mempelawa mereka untuk memasuki tawaran. Pemilihan kontraktor berdasarkan
organisasi, kemampuan, pengalaman dan serta jumlah projek yang sedang
dilaksanakan. Surat akan dihantar kepada kontraktor yang dipilih

menyertai

tawaran. Di dalam surat tawaran dinyatakan perihal yang berkaitan dengan


projek dan tawaran.

C4384 / UNIT 3 / 12
Kesimpulan terdapat banyak jenis tender yang wujud dalam industri
pembinaan di Malaysia, yang membolehkan pihak klien untuk mendapatkan
kontraktor yang memenuhi syarat untuk melaksanakansesuatu projek. Setiap
tender itu juga mempinyai kebaikan dan keburukan tertentu. Klien boleh memilih
iaitu mengemukakan pelawaan tender terhadap semua kontraktor melalui tender
terbuka atau hanya mengemukakan tender terhadap kontraktor bumiputra
melalui tender terhad.

C4384 / UNIT 3 / 13
3.5 Menjelaskan terminologi dalam pengendalian bayaran
1) Pelan Kos
pernyataan cadangan belanjawan sesuatu projek yang merangkumi had-had
kepada item-item kualiti bangunan dan kos lain.
pengawalan kos projek dalam lingkungan anggaran jumlah semasa peringkat
mereka bentuk dan bisasanya menjangkakan pelan kos dan penyediaan cek
kos.
2) Semakan Bayaran
Kos yang dianjurkan pada tahap-tahap tertentu yang mana sekiranya berlaku
lebihan kos ianya diselesaikan secara sistematik.
memberi maklum balas positif berkaitan informasi yang seterusnya boleh
dijadikan panduan dalam merancang dan mengawal kos untuk projek-projek
pada masa akan dating.
3) Analisis Kos
pecahan yang sistematik kepada data-data bangunan yang telah siap
berdasarkan kepada elemen-elemen tertentu untuk membantu pelinjuran kos
projek pada masa depan.
kaedah untuk menganggarkan kos dan perancangan kos untuk projek-projek
baru.
sebagai mortem posting tetapi lebih penting untuk dapat melayani sebagai
panduan dalam mereka bentuk dan menganggar kos projek baru.
4) Elemen
kompenen kepada bangunan yang memenuhi kehendak/fungsi tertentu tanpa
mengira rekabentuk, spesifikasi atau pembinaan.
Elemen-elemen adalah substruktur, suprastruktur, bangunan perkhidmatan,
perabut, kemasam dan kerja-kerja luar.

C4384 / UNIT 3 / 14
RUMUSAN
Kesimpulan yang dapat dibuat dari kawalan kos, setiap projek mestilah
mempunyai kawalan kos. Kawalan kos amat penting bagi kontraktor merancang
serta mengawal kos dalam projek. Terdapat kepentingan serta tujuan yang
tertentu didalam kawalan kos.
Juruukur Bahan merupakan individu yang menjadi orang penting dalam
kawalan kos, peranan serta tanggungjawab dalam proses tender. Dalam
peringkat reka bentuk pula kerjasama antara Juruukur Bahan dan Arkitek
amatlah diperlukan sebagai satu pasukan kerana dalam proses ini melibatkan
perubahan reka bentuk. Ini boleh membuatkan kos juga turut berubah, dengan
itu kerjasama dua prodesion ini amat diperlukan.
Dalam kawalan kos juga terdapat terminologi-terminologi yang
menjayakan lagi kawalan kos, jika sesebuah projek tidak mempunyai kawalan
kos yang baik, berkemungkinan projek tersebut mengalami kerugian.

C4384 / UNIT 3 / 15

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman
berikutnya.

Arahan: Tanpa bantuan input unit ini, selesaikan aktiviti berikut dalam masa 10
minit.
1. Berikan takrifan kawalan kos (2m)
2. Nyatakan keperluan keperluan kawalan kos bagi keperluan klien(4m)
3. Huraikan tiga (3) konsep kawalan kos (4m)
4. Terangkan secara ringkas keperluan-keprluan kawalan kos (5m)
5. Nyatakan terminolgi-terminologi di dalam kawalan kos.(10m)

(25 markah)

You might also like