You are on page 1of 77

C 5011 PENGURUSAN PEMBINAAN

BAB 2

AMALAN PENGURUSAN PEMBINAAN

AHMAD ZAIDI BIN MISPAN JABATAN KEJURUTERAAN AWAM POLITEKNIK PORT DICKSON

by.a.zaidi.mispan

IKATAN SISTEM JAWATANKUASA

Penting bagi Projek Pembinaan yang berskala besar membentuk satu pasukan (jawatankuasa) sebagai satu saluran untuk membolehkan perbincangan dan komunikasi dalam membuat keputusan dilakukan bagi setiap peringkat.

by.a.zaidi.mispan

IKATAN SISTEM JAWATANKUASA

1. JAWATANKUASA PROJEK (PROJECT COMMITTEE)


Jawatankuasa ini diketuai oleh Pengurus Projek sebagai Pengerusi. Berfungsi untuk membincangkan hal-hal berkaitan polisi dan membuat keputusan berhubung perlaksanaan projek. Juga berfungsi sebagai orang tengah bagi komunikasi diantara ibu pejabat dengan pejabat tapak.

by.a.zaidi.mispan

IKATAN SISTEM JAWATANKUASA

2. JAWATANKUASA PENYELARASAN TAPAKBINA (SITE COORDINATION COMMITTEE)


Dipengerusikan oleh Pengurus Pembinaan Merupakan jawatankuasa bertindak dalam perlaksanaan projek berdasarkan polisi yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa projek. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin wujud semasa perlaksanaan projek.

by.a.zaidi.mispan

IKATAN SISTEM JAWATANKUASA

3. JAWATANKUASA PENYELARASAN KONTRAKTOR (CONTRACTORS COORDINATION COMMITTEE)


Dipengerusikan oleh Jurutera Pembinaan. Bertindak sebagai penghubung antara Kontraktor Utama, Sub-Kontraktor Dinamakan, Pembekal Dinamakan dan lain-lain sub-kontraktor dan berfungsi sebagai penyelaras kerja bagi pihak-pihak yang terlibat ditapak bina. Disamping itu, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab menyelesaikan permasalahan yang timbul antara antara kontraktor-kontraktor semasa perlaksanaan projek.

by.a.zaidi.mispan

IKATAN SISTEM JAWATANKUASA

by.a.zaidi.mispan

DOKUMEN KONTRAK

Dokumen Kontrak biasanya disediakan oleh pejabat yang menyediakan dokumen tender dan mempelawa tender. Dokumen Kontrak yang mengandungi borang-borang, lukisan dan dokumen-dokumen yang sama dengan Dokumen Meja Tender. Ia disediakan dengan kulit keras dan direkabentuk mengikut kehendak pengeluar peruntukan. Dokumen Kontrak hendaklah ditanda tangani oleh pegawai yang diberikuasa oleh pihak yang menyediakan peruntukan. Pegawai yang diberi kuasa dan kontraktor akan menandatangani semua dokumen seperti perkara-perkara perjanjian, spesifikasi, senarai kuantiti dan lukisan-lukisan kontrak.

BORANG TENDER

PENYEDIAAN DOKUMEN KONTRAK

MUKA HADAPAN DOKUMEN KONTRAK

PEROLEHAN TENDER

by.a.zaidi.mispan

INSURANS

Sebelum memulakan kerja, selalunya pihak kontraktor akan mengambil insuran untuk melindungi pihaknya serta pihak kerajaan. Oleh yang demikian adalah tanggungjawab Arkitek untuk memastikan bahawa pihak kontraktor telah mengambil semua insuran-insuran sebelum memulakan kerja ditapak bina. Antaranya ialah insuran kerja dan insuran liabiliti awam. ini adalah bertujuan untuk melindungi pihak kerajaan dan koatraktor apabila berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini. Selain itu juga pihak Arkitek juga perlulah memastikan bahawa jangka masa segala polisi insurans yang diambil oleh pihak kontraktor itu meliputi tempoh masa pembinaan atau yang dikehendaki oleh kontrak. Jika tempoh insuran itu telah luput tarikhnya maka pihak Arkitek juga dengan ini perlulah memastikan pihak kontraktor memperbaharui polisi insuran tersebut
by.a.zaidi.mispan

INSURANS LIABILITI AWAM

Kontraktor hendaklah menginsuranskan liabiliti yang berbangkit seperti yang dihuraikan dalam fasal 32 dan 33 Syarat-syarat Kontrak. Insurans ini hendaklah diambil atau disenggarakan atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor. Insurans tersebut hendaklah meliputi keseluruhan tempoh siap kerja termasuk tempoh liabiliti kecacatan dan ditambah tiga bulan dan empat belas hari. Walaupun had liabiliti yang hendak diinsuranskan susah hendak dianggarkan, panduan mengenai had liabiliti yang diinsuranskan berdasarkan nilai kontrak untuk Kerja dengan faktor risiko biasa seperti berikutSurat KPKR (28)dlm.JKR.KPKR:020.050/03 Klt. 5 bertarikh 9.5.2002
by.a.zaidi.mispan 9

Harga Kontrak

Had liabiliti setiap kemalangan untuk bilangan kemalangan yang tidak terbatas
RM 10,000 RM 25,000 RM 50,000 RM 100,000 RM 200,000 RM 500,000 RM 1 juta RM 2 juta

Tidak melebihi RM 50,000 ...... RM 50,001 hingga RM 100,000 ...... RM 100,001 hingga RM 200,000 ...... RM 200,001 hingga RM 500,000 ...... RM 500,001 hingga RM 5 juta ...... Melebihi RM 5 juta hingga RM 20 juta ...... Melebihi RM 20 juta hingga RM 50 juta ...... Melebihi RM 50 juta ......

Bagi kerja yang mempunyai risiko yang luarbiasa seperti risiko pada bangunan sediaada yang bersebelahan, pembinaan bangunan bertingkat tinggi atau kerja kejuruteraan awam seperti pembinaan terowong dan empangan, liputan insurans di atas wajar digandakan.

by.a.zaidi.mispan

10

SUMBANGAN PERKESO / INSURAN PAMPASAN PEKERJA

Kontraktor hendaklah berdaftar dengan PERKESO dan membayar cukai kepadanya dan/atau menginsurankan terhadap liability untuk membayar pampas an dibawah Ordinan Pampasan Pekerja, 1952. Selain itu kontraktor mesti mendapatkan Insuran Pampasan Pekerja. Ini kerana pekerja yang berpendapatan lebih RM 1,000.00 sebulan tidak layak didaftar dengan PERKESO. Insuran hendaklah meliputi keseluruhan tempoh siap kerja termasuk tempoh tanggungan kecacatan dan ditambah tiga bulan dan empatbelas hari. Jumlah yang diinsurankan adalah jumlah gaji pekerja yang tidak dibawah skim PERKESO. Tarikh Milik Tapak Tempoh Siap Kerja berdasarkan tawaran tender Tarikh Siap Keseluruhan Kerja

by.a.zaidi.mispan

11

LAWATAN TAPAK

Pengurusan tapakbina bermula dari peringkat kontraktor memasuki tawaran lagi. Sebelum seseorang kontraktor membuat keputusan samada memasuki tawaran atau tidak, kontraktor adalah digalakkan supaya membuat lawatan tapakbina sebelum memasuki tawaran. Kehendak permulaan dan syarat-syarat Am, para 5 (mengikut penentuan JKR) yang mana dianggap kontraktor telah melawat tapakbina sewaktu menyediakan tender untuk memastikan sendiri bekerja serta mengawal membiasakan diri sepenuhnya dengan sebarang tindakan.

Pertimbangan untuk bayaran tambahan atau lanjutan masa tidak akan dilayan akibat pengabaian kontraktor melawat tapakbina.

by.a.zaidi.mispan

12

LAWATAN TAPAK

Kontraktor harus memeriksa dan meneliti tapak dan persekitarannya dan berpuashati dengan sendirinya tentang jenis bumi dan tanah bawah, bentuk dan jenis tapakbina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang-barang yang perlu bagi menyiapkan kerja, cara-cara perhubungan dan akses ketapakbina dan tempat tinggal yang mungkin dikehendakinya. Pada amnya, pihak kontraktor harus berpuashati dengan maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala keadaan yang mempengaruhi dan menjejaskan tawaran.

by.a.zaidi.mispan

13

LAWATAN TAPAK

Lawatan tapakbina diperingkat tawaran b iasanya disediakan oleh wakil pengurusan dan juru anggar. Ini bertujuan untuk menyesuaikan kontraktor dengan keadaan-keadaan tapakbina serta halangan-halangan yang mungkin mengakibatkan atau melibatkan kerja. Kontraktor harus menyediakan satu jadual atau laporan dan dengan adanya laporan ini, beberapa kemusykilan dan pertanyaan dapat diselaraskan dengan agensi perlaksanaan. Pihak kontraktor mungkin mempunyai format laporan lawatan mengikut penyesuaian diri. Laporan lawatan tapak haruslah bertujuan mengumpul maklumat seperti berikut. Rujuk contoh maklumat dalam laporan lawatan tapak.

by.a.zaidi.mispan

14

Contoh maklumat dalam Laporan Lawatan Tapak

No 1

Maklumat Diperlukan Keadaan tanah termasuk jenis tanah, aras air, kemungkinan penahan dan penupangan tanah.

Tujuan/Maklumat Diperlukan Melibatkan cara penggalian, jenis logji yang harus digunakan dan kadar penahanan dan penupangan tanah.

Lokasi tempat pembuangan tanah, kadar harga mengangkut ketempat pembuangan.

Melibatkan kadar harga pembuangan tanah dari tapakbina.

Merobohkan bangunan sedia ada.

Untuk menilai harga kerja perobohan serta menilai kegunaan barang terpakai atau mendapatkan bayaran untuk barang terpakai.

by.a.zaidi.mispan

15

Jalan masuk ketapakbina

Melibatkan sejauh mana keperluan jalan-jalan sementara didalam memasuki harga-harga kerja permulaan, menilai kesukaran jika ada bagi logi dan jentera memasuki tapak. Penghantaran berjadual mungkin diperlukan untuk jalan masuk yang terhad dan tempat penyimpanan yang terhad. Had ketinggian dan had berat jambatan berdekatan haruslah diambil kira Ini akan melibatkan secara terus lokasi stor pnyimpanan barang. Kemungkinan, pejabat tapak dibina atas tiang bagi kawasan yang sempit.

Halangan dilokasi tapak

Buruh: Perkara untuk pertibanga Melibatkan harga-harga seunit kerjatermasuklah: kerja terlibat. Sejauh mana buruhburuh luar terpaksa dibawa, i. Keadaan buruh tempatan termasuk menyediakan keperluan penginapan tukang dan buruh biasa. dan elaun-elaun. ii. Menilai lain-lain kerja dan kemungkinan buruh untuk kontrak Iii .Kadar harga upah tempatan vi. Kemudahan tempat tinggal pekerja by.a.zaidi.mispan 16 v. Kemudahan pengangkutanuntuk buruh tempatan

Perkhidmatan sementara: Lokasi bekalan air, bekalan elektrik dan kemudahan telefon. Lokasi talian pembuanmgan najis

Kemungkinandiperlukan bekalan letrik sementara, bekalan kuasa peralatan dan lai-lain. Bekalan air sementara untuk pejabat, pekerja, tandas dan kerja-kerja binaan. Menyediakan pili air sementara termasuk penyambungan bermeter. Tandas hendaklah disambung ketalian najis mengikut kehendak dan keperluan Jabatan Kesihatan.

Kemudahan pembekal tempatan dan penyewa logi tempatan

Melibatkan harga keseluruhan kerjakerja SubpKontraktor yang disubkan serta kerja keseluruhan. Kadar harga sewa dan pengangkutan boleh dinilai mengikut kadar harga tempatan diperingkat tawaran dimanan kemungkinan berbeza dengan harga biasa
Keperluan jaga atau pagar, kemungkinan diperlukan kemudahan keselamatan orang awam. Kemungkinan diadakan system pengurangan habuk.
17

Kawalan dan keselamatan ditapakbina.

by.a.zaidi.mispan

10

Lain-lain faktor

Topografi tapakbina berhubung dengan kemudahan pergerakkan logi ditapakbina. Halangan dibawah tanah dan halangan diudara. Perkhidmatan pengangkutan awam ketapakbina.

by.a.zaidi.mispan

18

Contoh Laporan Lawatan Tapak


Projek: Projek Andaian 1. Lokasi :KM 16, Jalan Pantai, Port Dickson 2. Perkhidmatan Pengangkutan: Perkhidmatan bas dan teksi 3. Pihak Berkuasa tempatan: Majlis Perbandaran Port Dickson LAPORAN LAWATAN TAPAK Tarikh Lawatan: 20 November 2005

4. Laluan Masuk: Ketapak jalan ketiga bahagaian tepi jalan sementara tidak diperlukan
5. Keterangan tapak: Cerun sedikit halangan runtuhan rumah 2 tingkat tidak diduduki, tapak telah dibersihkan dengan baik 6. Keadaan tanah: Strata tanah liat pada lapisan bawah Sokongan kerja tanah akan ditentukan Air : permukaan lihat laporan penyiasatan tanah, kedalaman pam/pembuangan tidak menjadi masalah 7. Tempat buangan tanah : 6km bayaran RM 30.00 satu muatan

8. Kemudahan: Longkang : bersebelahan Letrik : Ada Air : Ada Telefon : Ada

by.a.zaidi.mispan

19

9. Keperluan Keselamatan: Dinding Adang : 2m tinggi papan lapis atau bersamaan Halaman : tidak diperlukan Pengawal : diperlukan dan rujuk dengan agensi keselamatan

10. Lain-lain maklumat yang berkaitan : Masalah lalulintas pada hari Sabtu dan Ahad juga pada cuti umum. Ruang yang mencukupi untuk pejabat tapak, rumah kongsi, logi membancuh konkrit dan kawasan simpan bahan binaan.

CONTOH

by.a.zaidi.mispan

20

KADAR HARGA

Harga Unit Adalah sesuatu bahan binaan selepas dibuat pengiraan beberapa perkara tertentu. Harga Unit termasuk harga-harga seperti berikut:1. Buruh 2. Harga Bahan-bahan 3. Penggunaan jentera atau peralatan 4. Keuntungan dan Kos Pengurusan (Overhead)

Haruslah diberi peringatan, walaupun keempat-empat faktor ini saling berkaitan antara satu sama lain tetapi tidak semestinya digunakan kesemuanya sekali dalam pengiraan harga unit. Penggunaan dan kiraannya bergantung kepada jenis kerja.
by.a.zaidi.mispan 21

KADAR HARGA

Buruh Buruh bermaksud upah atau pembayaran gaji pekerja dalam menyempurnakan sesuatu bidang pekerjaan. Kadar upah adalah berbeza , dinilai dari segi tahap kemahiran pekerja dan perubahan upah dari masa kesemasa mengikut peredaran zaman. Harga Bahan-bahan Faktor-faktor yang diambil kira dalam menentukan harga bahan-bahan antara seperti: Harga asal bahan-bahan Bayaran pengangkutan Harga menyimpan Pembaziran

by.a.zaidi.mispan

22

KADAR HARGA

Harga asal bahan-bahan Adalah harga bahan yang tidak termasuk kadar keuntungan, harga pengangkutan dan lain-lain kos. Kadangkala disebut sebagi harga kilang atau harga bersih. Bayaran pengangkutan Adalah bayaran tambahan yang dikenakan keatas sesuatu bahan binaan bagi tujuan mengangkut bahan tersebut keseuatu destinasi yang ditentukan daripada pihak kilang.

by.a.zaidi.mispan

23

KADAR HARGA

Harga menyimpan - Demi keselamatan, setengah bahan binaan seperti simen, kayu atau bahan-bahan lain yang mudah terbakar perlulah diawasi serta disimpan dengan baik. Ini akan mengakibatkan pertambhan harga bahan. Pembaziran - Pembaziran tetap akan berlaku dalam mana-mana projek pembinaan. Banyak bahan binaan yang rosak dan terbiar begitu sahaja. Ini mungkin disebabkan kurangnya kawalan dan cuai dalam penyelenggaraan kerja ditapak binaan. Adalah dianggarkan 10-15% bahan binaan rosak semasa kerja binaan sedang dijalankan.

by.a.zaidi.mispan

24

KADAR HARGA

Pengunaan jentera dan peralatan Dalam sesuatu projek yang besar, alat yang digunakan adalah bersangkutan dengan jenis pekerjaan tersebut. Peralatan yang dimaksudkan itu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu: Peralatan yang tidak bermotor dan berjentera Peralatan bermotor atau berjentera Bagi alat tidak berjentera harganya dimasukkan sebagai harga perbelanjaan harian dan pengurusan. Untuk alat berjentera pula, kontraktor memperolehinya samada dengan membeli atau menyewa peralatan tersebut. Oleh itu, modal untuk membeli atau menyewa peralatan tersebut perlu dikira untuk mendapatkan kos modal yang digunakan.Oleh itu harga penggunaan peralatan dan buruh yang mengendalikannya bagi setiap jam perlulah diperolehi. Faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan kos penggunaan jentera: Harga untuk menyewa atau kejatuhan harga bagi peralatan jentera yang digunakan Kos operasi peralatan tersebut seperti: Kos minyak, alat ganti, tayar Kos penyelenggaraan dan pembaikan Kos operator by.a.zaidi.mispan 25

KOS PENGURUSAN (OVERHEAD)


Kos Pengurusan (overhead) syarikat ialah kos pentadbiran sesebuah syarikat. Perkara-perkara yang termasuk dalan kos pengurusan (overhead) seperti: Overhead projek; Gaji dan elaun kakitangan( site engineer, project manager, etc) Faedah atas pinjaman Air, elektrik, telefon, peralatan pejabat projek Ujikaji material, loading test Pendokumenan dll. Overhead umum; Overhead yg meliputi seluruh kos yang dikeluarkan untuk operasi di pejabat pusat; Sewa pejabat Air, elektrik, telefon, peralatan pejabat Cukai pendapatan Furniture Tuntutan perjalanan kakitangan, kos pemasaran Gaji pegawai tetap

by.a.zaidi.mispan

26

KEUNTUNGAN

Melaburkan sumber dengan harapan ianya akan mendatangkan pulangan yang lebih besar pada masa hadapan. Untuk tujuan perkembangan jangka panjang syarikat, keuntungan dilabur semula. Keberkesanan dan kecekapan pengurusan syarikat diukur dari segi keuntungan yang diperolehi. Untung kasar (gross) = nilai jualan barangan - kos barangan Untung bersih (net) = nilai jualan - (kos barangan + lain-lain kos berkaitan seperti overhed dll
by.a.zaidi.mispan 27

AMALAN SYARIKAT DALAM INDUSTRI BINAAN


melihat satu projek sebagai satu unit perniagaan sendiri keuntungan sebenar adalah lebihan bayaran daripada majikan setelah mengambilkira kesemua kos untuk melaksanakan kerja termasuk kos kewangan keuntungan sebenar hanya dapat ditentukan setelah kontrak ditutup.

Pertimbangan keuntungan biasanya bergantung kepada jumlah keuntungan % keuntungan tempoh kontrak risiko kontrak modal diperlukan penglibatan sumber syarikat % Keuntungan dikira berdasarkan harga kontrak biasanya % tambahan harga (mark-up) digunakan untuk menentukan kadar keuntungan dan kos overhed ibu pejabat modal diperlukan diperolihi daripada analisa jangkaan anggaran aliran tunai sekiranya pulangan ke atas modal dikira, industri binaan memberikan pulangan yang amat tinggi pulangan ke atas modal yang tinggi juga bererti risiko kerugian yang tinggi
by.a.zaidi.mispan

28

PROGRAM PEMBINAAN

Kejayaan untuk menyiapkan sesuatu projek bergantung kepada perancangan yang yang baik. Oleh itu sebelum sesuatu kerja dimulakan di tapak bina, adalah penting satu program yang terperinci disediakan. Tapak bina dan tempoh kontrak akan mempengaruhi pemilihan program yang akan digunakan. Bagi kontrak kecil, pekerja yang berpengalaman boleh menjalankan tugas dengan senang tanpa program yang terperinci. Tetapi keadaan ini berbeza dengan kontrak yang besar dan kompleks, ianya memerlukan satu perancangan aktiviti yang teliti . Terdapat pelbagai teknik program pembinaan yang boleh digunakan ditapak bina seperti penggunaan Carta Bar dan Kaedah Laluan Kritikal.

WP
by.a.zaidi.mispan 29

SEBUTHARGA

Biasanya melibatkan kontraktor dengan pembekal, kontraktor utama dengan subkontraktor dalam urusan mendapatkan bekalan bahan dan perkhidmatan. Aspek penting dalam menilai sebutharga ialah:i. Merekod penerimaan sebutharga ii. Penelitian sebutharga . iii. Tawaran balas (counter-offer) iv. Semakan pengiraan untuk memastikan bahan-bahan/perkhidmatan yang dibekalkan memenuhi spesifikasi dan adanya naik-turun harga

by.a.zaidi.mispan

30

LAPORAN KEPADA PENGURUSAN

Satu laporan ringkas tentang kerja hendaklah disediakan untuk pengurusan. Laporan tersebut meliputi:i. Keterangan ringkas projek ii. Penyataan Kaedah Pembinaan yang dijadikan asas anggaran Catatan mengenai sebarang andaian utama yang dibuat dalam penyediaan anggaran Sebarang keperluan untuk kelayakan tawaran atau untuk surat keterangan untuk menyatakan dengan jelas andaian yang dibuat. Sebarang penambahan harga yang dimasukkan untuk sebutharga subkontraktor atau pembekal Penilaian keuntungan projek Tawaran sah tawaran sebelum disetujuterima.

by.a.zaidi.mispan

31

PERLAKSANAAN KONTRAK

Sebelum perlaksanaan sebenar kontrak dimulakan,menjadi tanggungjawab Pengurus Pembinaan dan kakitangan lain dalam peringkat pengurusan tapakbina untuk bekerjasama dengan Pengurus Projek,Ketua Jurutera dan kakitangan lain dalam peringkat Pengurusan am untuk mengkaji dan membuat keputusan berhubung pendekatan atau konsep yang akan digunakan dalam perlaksanaan sebenar. Elemen-elemen yang perlu diambilkira dalam Kajian Perlaksanaan ialah: Skop dan kuantiti kerja Buruh Bahan Peralatan dan loji Hal-hal tapak bina Subkontraktor dan pembekal

1. 2. 3. 4. 5. 6.

by.a.zaidi.mispan

32

1.

SKOP DAN KUANTITI KERJA


PENGKHUSUSAN

Kuantiti

Masa (Minggu)

Kos Kadar (RM)

1Pekerjaan Pembinaan Asas a) Pengorekan 6 oversite b) Korek Asas ( gr. Beam & column) c) Korek Asas d) Pekerjaan Kemudahan Bangunan Jumlah

30 m 150 m 40 m 30 m

10 15 180 5

300 2250 7200 240 9990

2Pembinaan Rangka Struktur (Superstructure) Dinding Bata Luar Kayu rangka Bumbung Kayu Pemegang Roof Tiles Dinding Bata Dalam Memasang Kemasan Atap
Jumlah

8
410 m 100 m 20 m 80 m 300 m 28 18 15 45 15 1148 1800 300 3600 4500 216800

by.a.zaidi.mispan

33

2.

BURUH
Dalam mengenal pasti jumlah pekerja dan kontrak yang terlibat supaya bekalan buruh sentiasa mencukupi, ianya memerlukan satu sistem perancangan yang sistematik Perancangan yang berkesan adalah dengan menentukan: i. Bilangan dan waktu buruh diperlukan. ii. Pembahagian kerja mengikut kemahiran yang diperlukan Kelancaran sumber buruh

Jadual Keperluan Buruh merupakan satu kaedah yang dapat membantu dan menyelaraskan penggunaan tenaga buruh yang terlibat ditapakbina. Keperluan tenaga buruh untuk kontrak dalam program induk ditunjukkan dalam bentuk jadual kumpulan ketukangan, dijumlahkan dan dipersembahkan dalam bentuk histogram. Ini membolehkan bilangan buruh yang terlibat dalam projek diselaraskan dengan tenaga buruh yang dirancangkan. Alternatif keperluan buruh boleh ditunjukkan dalam jadual keperluan buruh seperti contoh yang ditunjukkan.

by.a.zaidi.mispan

34

CONTOH JADUAL KERJA BURUH

by.a.zaidi.mispan

35

3.

BAHAN BINAAN

Jumlah bahan binaan yang diperlukan bagi sesuatu kerja ditapak boleh dirujuk dari lukisan semasa dan bersesuaian dengan jumlah didalam senarai kuantiti. Pengurusan bahan binaan adalah sangat penting kerana ianya melibatkan penggunaan sumber kewangan yang besar . Oleh itu perlu ada sistem kawalan yang dapat mengelakkan pembaziran, kelewatan penerimaan bahan, kekurangan bahan ditapak bina dan sebagainya. Penggunaan Jadual Keperluan Bahan merupakan satu sistem kawalan bahan binaan ditapak bina. Rajah dibawah menunjukkan tarikh utama bila bahan akan dihantar ketapak. Jadual juga menunjukkan nombor telefon pembekal, nombor pesanan dan tarikh sebenar penghantaran. Jadual juga dapat memberi amaran peringkat awal akan kekurang stok bahan di tapak dan pembekal dapat diberitahu tentang kedudukan kemajuan kontrak berkenaan sekiranya berlaku perubahan pada tarikh penghantaran yang dirancangkan.
by.a.zaidi.mispan 36

CONTOH JADUAL BAHAN

by.a.zaidi.mispan

37

4.

PERALATAN BERJENTERA (LOJI) DAN KELENGKAPAN

Keperluan loji untuk projek perlulah ditentukan dengan mengkaji kaedah pembinaan yang akan digunakan, serta penggunaan sesuatu jenis loji tersebut tidak melibatkan sebarang perbelanjaan tambahan atau ianya perlulah didalam lingkungan kos yang telah dianggarkan.

Keperluan loji dan kelengkapan hendaklah dibuat mengikut fasa untuk disesuaikan dengan pesanan dan urutan program induk. Ini dilakukan dengan membina Jadual Loji dan Kelengkapan.(Rujuk Lampiran) Jadual ini membolehkan pengurusan membuat penilaian ke atas sumbernya yang berkaitan dengan kontrak lain yang sedang berjalan.
by.a.zaidi.mispan 38

CONTOH JADUAL JENTERA

by.a.zaidi.mispan

39

5.

HAL-HAL TAPAK BINA

Mengenal pasti :i. Susun atur tapak ii. Corak laluan dalam tapak Kemudahan pengangkutan yang diperlukan Organisasi dan Pengawasan tapak. Saiz dan lokasi pejabat ,penempatan dan kemudahan tapak. Pembahagian tugas dan pengkhususan kerja kakitangan tapak.

by.a.zaidi.mispan

40

CONTOH SUSUNATUR DI TAPAK

by.a.zaidi.mispan

41

SUBKONTRAKTOR DAN PEMBEKAL

Penting untuk menyelaraskan pihak subkontraktor dengan pihak pembekal supaya perlaksanaan kerja tidak terjejas. Ini boleh dilakukan dengan membina Jadual Subkontraktor dan Pembekal

by.a.zaidi.mispan

42

CONTOH JADUAL SUB-KON & PEMBEKAL

by.a.zaidi.mispan

43

KAEDAH PEMBINAAN

KONVENSIONAL

IBS

by.a.zaidi.mispan

44

PEMBINAAN KAEDAH KONVENSIONAL Bahan Binaan Konkrit Bangunan siap

Kayu

Bata

Besi Keluli Tapak Bina


by.a.zaidi.mispan 45

Peralatan

PEMBINAAN KAEDAH IBS


Bahan Binaan Komponen@modul pratuang Bangunan siap

Konkrit Kekuda Kayu

Kayu

Lantai/Beam

Bata

Dinding

Besi Keluli

Tangga

Luar Tapak by.a.zaidi.mispan

Tapak Bina 46

APAKAH ITU IBS???


INDUSTRIAL BUILDING SYSTEM
Video IBS

by.a.zaidi.mispan

47

DEFINASI IBS

Merupakan SISTEM/KAEDAH PEMBINAAN yang mana


komponennya dihasilkan di dalam keadaan TERKAWAL (di kilang atau di tapak bina), DIANGKUT dan DIPASANG dalam kerja pembinaan dengan menggunakan PEKERJA DI TAPAK YANG MINIMAL

Kilang

Angkut
by.a.zaidi.mispan

Pasang
48

IBS

PENINGKATAN Kualiti,produktiviti, keselamatan,dan daya saing di dalam industri pembinaan

PENGURANGAN - Penggantungan kepada tenaga kerja asing

MATLAMAT

MENJANA Pertumbuhan ekonomi baruindustri komponen IBS melalui SIstem Pembinaan by.a.zaidi.mispan Terbuka.

49

5 JENIS IBS

Jenis 1 : Sistem-sistem Rangka, Panel dan Kekotak Konkrit Pra-tuang Jenis 2 : Sistem Acuan Besi Jenis 3: Sistem Rangka Besi Jenis 4: Sistem Rangka Kayu Pra-siap Jenis 5: Sistem Kerja Batu (Blockwork)

by.a.zaidi.mispan

50

Jenis 1 : Sistem-sistem Rangka, Panel dan Kekotak Konkrit Pra-tuang

Kumpulan yang paling banyak digunakan dalam produk IBS ialah elemen konkrit pra-tuang untuk tiang, rasuk, papak, dinding, komponen 3-D (contohnya balkoni, tangga, tandas), konkrit pra-tuang yang lebih ringan seperti acuan konkrit yang kekal.

by.a.zaidi.mispan

51

Tandas IBS

Susunan Kerja:

by.a.zaidi.mispan

52

LANGKAH KERJA PEMASANGAN

Turunkan barang dari lori menggunakan kren

Memunggah / mengangkat unit ke tapak pemasangan

Memindahkan ke dalam bangunan

Unit ini telah siap dengan kemasan lantai, kemasan dinding, kemasan siling dan ia by.a.zaidi.mispan telah sedia digunakan

Unit pada kedudukan yang betul dan sambungan servis dipasang 53

LANGKAH PEMASANGAN DINDING

by.a.zaidi.mispan

54

Jenis 2 : Sistem Acuan Besi

Selalunya digunakan dengan papak konkrit pra-tuang, rasuk dan tiang keluli dan juga sistem kerangka portal. Selalu menjadi pilihan dan digunakan secara meluas dalam pembinaan bangunan pencakar langit. Juga dalam pembinaan kilang yang besar dan dewan pameran yang memerlukan kawasan yang besar.

by.a.zaidi.mispan

55

CONTOH PEMASANGAN ACUAN BESI

by.a.zaidi.mispan

56

Penyediaan tapak

Pemasangan paip

Pemasangan besi tetulang

by.a.zaidi.mispan

Kerja konkrit lantai

57

Kerja pemasangan besi tetulang untuk pembinaan dinding

by.a.zaidi.mispan

58

Dinding pratuang yang telah siap

JENIS 3: SISTEM RANGKA BESI

Sering diguna bersama papak konkrit pratuang. Tiang, bumbung dan rasuk keluli paling kerap digunakan di Malaysia. Keluli struktur adalah sesuai untuk bangunan tinggi dan kebiasaannya digunakan dengan panel papak dan dinding konkrit pratuang di dalam penghasilan struktur hybrid dengan masa yang cepat.

by.a.zaidi.mispan

59

by.a.zaidi.mispan

60

Jenis 4: Sistem Rangka Kayu Pra-siap

Kebanyakan produk yang disenaraikan dalam kategori ini adalah rangka bangunan kayu dan kekuda bumbung kayu. Apabila ianya sudah popular dan banyak digunapakai, ia memberi rekabentuk yang menarik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi seperti chalet untuk pusat peranginan dan pelancongan.

by.a.zaidi.mispan

61

by.a.zaidi.mispan

62

by.a.zaidi.mispan

63

Jenis 5: Sistem Kerja Batu (Blockwork)

Sistem ini termasuk pembinaan yang menggunakan interblocking concrete masonry (CMU) dan lightweight concrete block.

by.a.zaidi.mispan

64

by.a.zaidi.mispan

65

by.a.zaidi.mispan

66

by.a.zaidi.mispan

67

CONTOH-CONTOH SISTEM KERJA BATU (BLOCKWORK)

by.a.zaidi.mispan

68

by.a.zaidi.mispan

69

KELEBIHAN PENGGUNAAN IBS


TEMPOH PEMBINAAN YANG SINGKAT

Penyiapan yang lebih cepat berikutan pengenalan komponen yang menggantikan pembinaan in-situ. Kerja-kerja penghasilan anggota struktur bangunan di kilang dapat dijalankan secara serentak dengan proses pembinaan di tapak manakala kerja yang dijalankan ditapak hanyalah penyambungan anggota struktur

KOS PEMBINAAN YANG LEBIH MENJIMATKAN

Dalam pembinaan IBS, acuan bagi penghasilan komponen dibuat daripada keluli, aluminium atau bahan-bahan lain. Acuan ini dapat digunakan secara berulang dan ini dapat menjimatkan kos projek
by.a.zaidi.mispan 70

MENGURANGKAN TENAGA BURUH

Kerja-kerja pembinaan di tapak dapat dikurangkan sekiranya sistem ini diadaptasikan seterusnya mengurangkan penggunaan tenaga buruh

KERJA PEMBINAAN YANG LEBIH BERKUALITI

Produk yang berkualiti dan pembaziran yang minimum kerana persekitaran kerja di kilang lebih mudah dikawal

PENGURANGAN PEMBAZIRAN BAHAN BINAAN

Bahan binaan dapat digunakan secara optima berikutan penggunaan mesin bagi penghasilan komponen IBS dikilang

by.a.zaidi.mispan

71

PENGURANGAN BAHAN BINAAN DI TAPAK

Bahan binaan di tapak dapat dikurangkan berikutan segala komponen IBS dibuat di kilang dan terus dipasang di tapak

KERJA PEMBINAAN KURANG TERPENGARUH TERHADAP CUACA

Kesan cuaca tidak banyak mempenagruhi proses pembinaan ditapak berikutan komponen IBS dihasilkan di kilang dan hanya kerja penyambungan yang dijalankan di tapak

MENINGKATKAN KESELAMATAN TAPAK

Tapak pembinaan lebih teratur, bersih dan selamat berikutan pengurangan sampah binaan, perkeja dan bahan binaan ditapak. Platform kerja yang teguh dan selamat juga dapat dihasilkan melalui elemen pasang siap ini.
by.a.zaidi.mispan 72

KELEMAHAN SISTEM IBS

MASALAH PENYAMBUNGAN

Masalah penyambungan meruapakan kelemahan utama sistem ini. Setiap komponen harus dipasang dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu supaya kestabilan struktur yang didirikan tetap terjamin. Sebarang jenis sambungan yang dicadangkan mestilah mengambil kira keperluan reka bentuk seperti daya ricih, momen lentur, pengembangan dan kekecutan bahan, daya angkat naik dan kestabilan sisi struktur binaan.

by.a.zaidi.mispan

73

PERANCANGAN AWAL YANG TETAP

Perangcangan awal sangat penting jika ingin menyiapkan projek dalam tempoh yang lebih singkat. Anggota-anggota super stuktur misanya perlu disiapsediakan selari dengan pembinaan substruktur. Sebarang perubahan reka bentuk pada ketika ini tidak dapat diterima kerana ia akan menjejaskan keseluruhan kemajuan pembinaan.

KEBOCORAN AIR

Biasanya simen mortal digunakan pada bahagian sambungan panel konkrit pratuang. Tetapi kebanyakan masalah yang didapati ialah kebocoran air telah berlaku pada bahagian sambungan setelah beberap tahun. Ini menunjukkan rekabentuk dan bahan yang digunakan pada sambungan amat penting. Kebocoran ini boleh disebabakan pekerja tidak memampatkan simen mortal pada bahagian sambungan. Justeru wujud banyak liang udara dalam mortal dan lama-kelamaan menjadi sambungan telap air.
by.a.zaidi.mispan 74

LALUAN KE TAPAK

Satu rangkaian laluan yang baik adalah diperlukan untuk mengaku panel pasang siap yang berat dari tempat penyimpanan ke tapak pembinaan.

KEKUATAN LENTURAN

Konkrit pratuang memerlukan kekuatan lenturan yang lebih tinggi untuk menghadapi tegasan lentur semasa mengangkat, memunggah atau memasangnya pada struktur. Ini melibatkan penggunaan tetulang yang melebihi daripada apa yang sebenarnya diperlukan oleh konkrit tuang disitu.

by.a.zaidi.mispan

75

FAKTOR KOS

Penggunaan sistem pasang siap hanya ekonomik apabila pengulangan menggunakan komponen yang sama rekabentuk tinggi. Bangunan yang sesuai menggunakannya dalah bangunan yang melebihi 5 tingkat keatas, ataupun pembinaan banyak rumah yang berrekabentuk sama. Maka bagi rumah bertingkat satu atau teres dan berbagi rekabentuk struktur, adalah tidak begitu ekonomik menggunakan sistem pratuang.

MEMERLUKAN PELBAGAI KEMUDAHAN JENTERA

Sistem ini memerlukan pelbagai kemudahan jentera pengangkutan seperti kren bergerak, kren gantri tau kren menara, dan sistem perancangan dan pengawalan kerja yang baik untuk memastikan kerjakerja berjalan dengan lancar. Untuk memudahkan kerja pemasangan, biasanya komponen akan ditandakan nombor.

by.a.zaidi.mispan

76

TERIMA KASIH

by.a.zaidi.mispan

77

You might also like