You are on page 1of 2

PERBINCANGAN (KOMEN DAN CADANGAN)

Lawatan tapak untuk mengenalpasti proses rawatan air sisa yang dijalankan di Politeknik Port Dickson. Loji rawatan air tersebut telah diselenggara dengan baik oleh unit penyelenggaaraan fasiliti Politeknik Port Dickson. Daripada kajian ini, terdapat beberapa cadangan yang boleh dibuat, contohnya:
1) Untuk melakukan sedikit perubahan pada sistem loji rawatan yang lama

membawa masalah pada proses seperti loji Biosoil, Imhoff tank dan Biofilter dengan menggantikan dngan jenis loji rawatan yang lain. 2) Membuat kajian terhadap rekabentuk sistem pengudaraan supaya dapat menyingkirkan gas-gas bahaya seperti gas ammonia. 3) Membuat kajian terhadap bahan kitar semula supaya dapat menggantikan peralatan sistem rawatan yang sedia ada untuk mengurangkan kos. 4) Sludge yang terdapat di dasar Kolam Pengoksidaan, Loji Rawatan Air Sisa perlulah diselenggara secara berskala oleh kontraktor yang berkompeten.

KESIMPULAN
Daripada hasil lawatan tapak ini, boleh dibuat kesimpulan bahawa kajian ini telah berjaya mencapai setiap objektif sepertimaana telah dinyatakan sebelum ini. Antara kesimpulan yang boleh dilakukan ialah :1) Proses rawatan air sisa amat penting untuk memastikan pencemaran bau dan air berlaku, sebelum air sisa disalurkan ke parit
2) Ujian air Biochemical Oxygen Demand (BOD), Chemical Oxygen Demand

(COD) perlu dilakukan . Ujian BOD dibuat untuk mengenal pasti jumlah oksigen terlarut yang digunakan oelh baktria semasa proses pengoksidaan organik. Sekiranya kandungan BOD adalah tinggi ia bermaksud air ini adalah tercemar maka lebih banyak oksigen terlarut perlu dimasukkan semasa proses rawatan kumbahan dijalankan. Ujian COD dilakukan adalah untuk mengenalpasti jumlah perbezaan oksigen dan bahan organik yang terdapat didalam air kumbahan yang memerlukan bahan kimia untuk pengoksidaan. Dalam ujian ini, nilai tersebut akan diketahui. Sekiranya keputusan yang menunjukan nilai COD yang tinggi bermaksud air kumbahan ini tercemar. Nilai tinggi COD bermaksud terdapat bahan tidak organik yang banyak.

RUJUKAN
1) Buncan Mara, Terjemahan Mohd. Azraai Kassim, Mohd. Razman Salim,

Mohd. Noor Othman,(1994) Rawatan Kumbahan dalam Iklim Panas. Penerbit oleh : Unit Penerbitan Akademik, UTM, Skudai.
2) P.Aarne Vesilind, J.Jeffrey Peirce, Ruth Weiner, Penterjemah : Noraini Jaafar,

(1994). Kejuruteraan Alam Sekitar Penerbit : Unit Penerbitan Akademik, UTM, Skudai.
3) Sathish Kumar A/L Manikam (sesi pengajian 2007/2008) Tauk Tesis: Kajian

Kualiti Efluen Loji Rawatan Kumbahan: Kajian Kes Di Klang Utama Selangor. Terbitan: Universiti Teknologi Malaysia.
4) www. wikipedia.com/ kolam pengoksidaan 5) www. wikipedia.com/ rawatan air kumbahan

You might also like