You are on page 1of 88

KAJIAN HIDROLOGI TERHADAP KEBERKESANAN SISTEM SALIRAN DI

PADANG GOLF DALAM MENYINGKIRKAN BEBAN PENCEMARAN


(ENAPAN)








MOHD KHAIRUL AQRAN MUSA








UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA




ii
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : KAJIAN HIDROLOGI TERHADAP KEBERKESANAN SISTEM
SALIRAN DI PADANG GOLG DALAM MENYINGKIRKAN BEBAN
PENCEMARAN (ENAPAN)

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya MOHD KHAIRUL AQRAN BIN MUSA___________
(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )




SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)


TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)


TIDAK TERHAD








(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:
KG. BUKIT TUKU,
TOUBAN,
17050 PASIR MAS, KELANTAN


Tarikh: 28 APRIL 2008

PM IR DR AYOB KATIMON
Nama Penyelia


Tarikh: 28 APRIL 2008



CATATAN: *
**


Potong yang tidak berkenaan.
Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan , atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
Disahkan Oleh:
iii











Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam






Tandatangan : ..
Nama Penyelia : PM Ir Dr Ayob Katimon
Tarikh : 28 April 2008


i




KAJIAN HIDROLOGI TERHADAP KEBERKESANAN SISTEM SALIRAN DI
PADANG GOLF DALAM MENYINGKIRKAN BEBAN PENCEMARAN
(ENAPAN)



MOHD KHAIRUL AQRAN MUSA



Laporan dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam



Fakulti Kejuruteraan Awam
Universiti Teknologi Malaysia



April 2008

ii













Saya akui bahawa tesis yang bertajuk Kajian Hidrologi Terhadap Keberkesanan
Sistem Saliran Di Padang Golf Dalam Mentingkirkan Beban Pencemaran
(Enapan)adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya





Tandatangan : ....................
Nama Penulis : Mohd Khairul Aqran bin Musa
Tarikh : 28 April 2008
iii





DEDIKASI









Untuk Ibu Dan Ayah Yang Tersayang,
Encik Musa Abdullah Dan Puan Rahmas Ismail
Keluarga Yang Sentiasa Memberi Dorongan Dan Semangat.
Serta Kawan-kawan Yang Sentiasa Membantu
Terutamanya Nazuha bt Abu Bakar.
Terima Kasih Di Atas Sokongan















iv





PENGHARGAAN




Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan hidayah-
Nya, dapat juga saya menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) setelah melalui penat
dan lelah selama setahun lamanya.

Di kesempatan ini saya ingin melahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Penyelia PSM, iaitu PM Ir. Dr. Ayob Katimon. Beliau telah
banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya sepanjang tempoh
menyiapkan projek ini.

Di samping itu, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pembantu-
pembantu makmal hidraul dan hidrologi dan makmal alam sekitar, seperti Encik
Shurbaini dan Encik Shaarin. Tidak lupa juga kepada pihak Pulai Spring Resort
serta Encik Salleh dan Encik Jamros yang membantu saya sepanjang menjalankan
projek di tapak.

Tidak ketinggalan juga kepada rakan-rakan terutamanya Nazuha bt Abu
Bakar yang sering membantu dan memberi pendapatan dalam menghasilkan projek
yang terbaik. Akhir sekali ialah ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan khas buat
kedua ibu bapa serta keluarga yang sering memberi sokongan dan dorongan samada
dalam menyiapkan projek ini atau dalam semua perkara. Terima kasih kepada
sesiapa sahaja yang membantu secara langsung atau tak langsung.

Terima Kasih.
v





ABSTRAK




Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan sistem saliran di padang golf
dalam mengurangkan enapan yang wujud dalam air larian di kawasan berkenanaan.
Kawasan yang berumput seperti jalur penapis rumput dan kawasan yang berumput
digunakan secara meluas untuk melindungi air permukaan daripada mengakis dan
mengalirkan bahan pencemar. Enapan yang muncul dalam saliran biasanya akan
menyebabkan kejadian banjir kilat di kawasan-kawasan bandar, seperti yang sering
berlaku di kuala Lumpur, Shah Alam dan beberapa tempat lagi. Melalui sistem
saliran yang menggunakan rumput, seperti saliran di padang golf, masalah enapan
dapat di atasi dan seterusnya masalah banjir kilat dapat diminimumkan. Kajiaan ini
mengunakan sistem saliran padang golf bagi membuktikan sistem saliran yang
berumput adalah sangat berkesan dalam memerangkap enapan yang wujud dalam air
larian permukaan. Daripada kajian yang dijalankan peratusan pemerangkapan
enapan oleh rumput yang boleh mencapai sehingga 78.29 % dan kekeruhan juga
boleh dikurangkan sehingga 75.68 %. Daripada peratusan ini ia membuktikan sistem
saliran baru yang menggunakan rumput sebagai ejen pemerangkapan enapan seperti
sistem saliran grassed swale adalah berkesan dalam menggantikan sistem saliran
konvesional yang masih lagi digunakan.












vi





ABSTRACT




This study assessed the performance of golf course drainage system in
reducing the sediment that occur in the water runoff that area. Grassed areas, such as
grass filter strips (GFS) and the grassed areas, have been extensively used for the
protection of surface water against erosion and polluted runoffs. Sediment that had
occurred in the drainage always becomes cause of the flash flood problem at the urban area
like frequently occur at Kuala Lumpur, Shah Alam and others place. Through the
grass swale drainage system, the sediment problem can be coping and the flash flood disaster
can be minimized. This study used the golf course drainage system to prove that grassed
drainage system very effective in trapping the sediment from the runoff water and suitable
used for drainage systems especially in urban area. From this study, the percentage of
sediment trapping by the grass can achieve until 78.29 % and also can reduce the
turbidity to 75.68 %. From this percentage its proved new drainage system that
used the grass as sediment trapping agent such as grassed swale drainage system very
effective to change the conventional drainage system















vii




ISI KANDUNGAN




BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiv


1 PENGENALAN 1
1.1 Umum 1
1.2 Penyataan Masalah 4
1.3 Kepentingan Kajian 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Skop Kajian 6


viii
2 KAJIAN LITERATUR 8
2.1 Umum 8
2.2 Grassed Swales
2.2.1 Apa itu Grassed Swales?
2.2.2 Aplikasi Dalam Sistem Saliran
2.2.3 Jenis Grassed Swales
2.2.3.1 Dry Swale
2.2.3.2 Wet Swale
2.3 Mendakan (Sediment)
2.3.1 Pengenalan Mendakan (Sediment)
2.3.2 Faktor yang Mempengaruhi Mendakan
(Sediment)
2.3.2.1 Faktor Cuaca
2.3.2.2 Faktor Ciri Tanah
2.3.2.2.1 Tekstur Tanah
2.3.2.2.2 Jumlah Bahan Organik
2.3.2.2.3 Struktur Tanah
2.3.2.2.4 Resapan Tanah
2.3.2.2.5 Faktor Topografi
2.3.2.3 Faktor Penutup Permukaan Bumi
2.3.3 Kesan Mendakan (Sediment)
2.3.3.1 Kekeruhan
2.3.3.2 Rasa dan Bau
2.3.3.3 Warna
2.3.3.4 Pepejal Terampai
10
10
10
11
12
14
16
16

20
20
22
22
23
23
24
24
25
25
26
26
26
27


3 METODOLOGI 28
3.1 Pengenalan 28
3.2 Kaedah kajian 29
3.3 Pengumpulan Data dan Penetuan Lokasi Pengambilan
Sampel Air
31
3.4 Pengambilan Sampel Air di Tapak 31
ix
3.4.1 Persediaan Sebelum Mengambil Sampel Air
3.4.2 Cara Pengambilan Sampel Air dan Aktiviti di
Tapak
31

32
3.5 Pengukuran di Makmal
3.5.1 Ujikaji Kadar Kekeruhan
3.5.2 Ujikaji Kandungan Pepejal Terampai
34
34
35


4 KEPUTUSAN DAN ANALISIS 37
4.1 Pengenalan 37
4.2 Peratus Kelembapan Tanah 38
4.3 Data Keamatan Sprinkler 38
4.4 Keputusan Ujikaji Makmal
4.4.1 Keputusan Ujikaji Jumlah Pepejal
Terampai(TSS) dan Pepejal Terampai
4.4.2 Keputusan Ujikaji Kadar kekeruhan
42
42
45
4.5 Analisis Keputusan
4.5.1 Hubungan Masa dengan Jumlah Pepejal
Terampai (TSS), Pepejal Terampai (SS),
Kekeruhan dan Peratus Kelembapan
4.5.2 Peratus Pemerangkapan Enapan (Sediment)
dengan Masa
4.5.3 Hubungan Antara Keamatan Sprinkler dengan
Masa dan Jumlah Pepejal Terampai (TSS),
Pepejal Terampai (SS) dan Kekeruhan dengan
Keamatan Sprinkler
4.5.4 Hubungan antara Kekeruhan dengan Jumlah
Pepejal Terampai (TSS) dan Pepejal Terampai
(SS)
46

47

51


54


57









x
5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 59
5.1 Kesimpulan 59
5.2 Cadangan 60


RUJUKAN 62


LAMPIRAN 64
xi





SENARAI JADUAL




JADUAL PERKARA HALAMAN


2.1 Ciri-ciri enapan di 5 bandar utama di Malaysia 17
2.2 Longgokan enapan pada monsun drain di Alor Setar 18
2.3 Kadar hakisan dipengaruhi hujan. 21
2.4 Kadar hakisan dipengaruhi oleh tempoh hujan 21
4.1 Bacaan peratus kelembapan tanah semasa
pengambilan sample 1
38
4.2 Bacaan peratus kelembapan tanah semasa
pengambilan sample 2
39
4.3 Keamatan sprinkler sampel 1 40
4.4 Keamatan sprinkler sampel 2 41
4.5 Kandungan jumlah pepejal terampai (TSS) dan
pepejal terampai (SS) sampel 1
43
4.6 Kandungan jumlah pepejal terampai (TSS) dan
pepejal terampai (SS) sampel 2.
44
4.7 Kadar kekeruhan sampel 1 dan 2 45
4.8 Peratusan pemerangkapan pepejal terampai 52
4.9 Peratus pemerangkapan pepejal terampai (sampel 2) 53
xii





SENARAI RAJAH




RAJAH PERKARA HALAMAN


2.1 Pandangan pelan Dry Swales 12
2.2 Pandangan pelan Dry Swales 13
2.3 Keratan rentas sistem Dry Swales 13
2.4 Pandangan pelan contoh sistem Wet Swales 14
2.5 Keratan rentas jenis Wet Swales 15
2.6 Purata taburan saiz enapan di 5 bandar utama di
Malaysia
18
2.7 Profile enapan di sepanjang sistem saliran Sungai
Raja, Alor Setar
19
2.8 Struktur Tanah 23
3.1 Carta aliran Kajian 29
3.2 Lakaran susun atur Kawasan Kajian 32
3.3 Lakaran rekabentuk sistem saliran bawah tanah 33
4.1 TSS melawan Masa 47
4.2 SS melawan Masa 48
4.3 Kekeruhan melawan Masa 48
4.4 Peratus kelembapan tanah melawan masa 49
4.5 Peratus pemerangkapan enapan melawan masa
(sampel 1)
51
4.6 Peratus pemerangkapan enapan melawan masa
(sampel 2)
52
4.7 Keamatan sprinkler melawan masa 54
xiii
4.8 TSS melawan Keamatan sprinkler 55
4.9 SS melawan keamatan sprinkler. 55
4.10 Kadar kekeruhan melawan keamatan sprinkler 56
4.11 TSS & SS melawan Kekeruhan (sampel 1) 57
4.12 TSS & SS melawan Kekeruhan (Sampel 2) 58
xiv





SENARAI LAMPIRAN




LAMPIRAN PERKARA HALAMAN


A Catatan di tapak 64
B Catatan keputusan ujikaji di makmal 67
C Foto-foto sepanjang menjalankan kajian 69

1




BAB 1




PENGENALAN




1.1 Umum


Seseorang yang menyelesaikan masalah berkaitan air tidak berhak
menerima satu Hadiah Nobel tetapi dua satu untuk sains dan satu lagi untuk
keamanan
Presiden John F. kennedy

Manual pertama untuk sistem saliran kawasan bandar ialah Planning and
Design Procedures No. 1:Urban Drainage Design Standards and Procedures for
Peninsular Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran 1975.
Manual ini sebagai panduan untuk jurutera-jurutera merekabentuk sistem saliran dan
dijadikan rujukan pelbagai agensi-agensi dan jabatan kerajann dalam merekabentuk
sistem saliran yang lebih berkesan untuk memenuhi permintaan sistem saliran di
kawasan bandar. Manual ini telah digunakan lebih 25 tahun dan tidak pernah diubah
walaupun telah mengalami kemajuan teknologi dalam sistem saliran.


2
Kelebihan cara kawalan punca adalah seperti berikut:

a) Saiz saliran di kawasan bandar adalah lebih kecil dan tiada perubahan yang
ketara dengan keadaan selepas pembangunan.

b) Kesan air larian dapat dikurangkan

c) Wujudnya integrasi antara infra-struktur saliran persekitaran yang mesra
dengan landskap, membina keharmurnian yang semulajadi. Sebagai
contohnya, jika swale dibina bagi menggantikan saliran konkrit yang berada
di tepi jalan, ia akan berfungsi sebagai penapis bahan-bahan pencemaran
seperti minyak dari kenderaan dan juga bertindak sebagai ejen pengurangan
simpanan air ribut. Selain itu ia juga berfungsi sebagai kawasan taman yang
boleh dihiasi dengan hiasan-hiasan pokok bunga.


Sistem saliran yang baru ini adalah lebih bersifat mesra terhadap alam sekitar
dan mampu untuk diletakkan kemudahan-kemudahan lain. Sebagai contohnya,
dalam sesuatu kawasan simpanan air ribut dan berlanskap mampu untuk dijadikan
kawasan meletak kenderaan atau taman permainan. Seperti di Pusat Pertadbiran
Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, kaedah saliran baru ini digunakan sebagai tasik dan
wetland kawasan simpanan dan tempat pembersihan air ribut.

Kaedah sistem saliran yang baru ini masih tidak meluas lagi penggunaanya.
Hanya beberapa tempat sahaja di Malaysia yang mempraktikkannya. Antara tempat
yang menggunakan sistem sakiran yang baru ini ialah
a) Sieramas Kepong, Selangor
b) Diamond Creek tanjung Malim, Perak
c) Leisure Farm gelang Patah, Johoir.
Tangki simpanan air ribut dan kolam simpanan, diterangkan dalam Panduan
Simpanan Air Ribut yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Temparan pada 1998 dan Guidelines for Retention Pond Area as Part of Open Space
3
dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (Piawaian Perancangan
JPBD 4/97).

Matlamat dan tujuan utama manual ini adalah sebagai panduan untuk
perancang dan perekabentuk yang mana terlibat dalam pengurusan air ribut. Ia
memberikan dan mengenal pasti hala tuju pengurusan sistem air ribut di kawasan-
kawasan bandar di Malaysia. Pengurusan air ribut dalam kawasan tadahan biasanya
disertai oleh pelbagai organisasi. Cabaran untuk memastikan pentadbiran
perancangan, rekabentuk dan penyelenggaraan dalam sistem pengurusan air ribut
adalah selaras dengan keperluan setempat, negeri dan pihak kerajaan dan juga
perancangan golongan profesional, persekitaran dan kejuruteraan awam dan juga
seni bina lanskap.

Di bawah menunjukkan fungsi pengurusan air ribut yang pelbagai :

a) Memastikan keselamatan awam

b) Mengawal kejadian banjir yang boleh membawa pelbagai masalah

c) Melindungi harta benda

d) Menstabikan bentuk muka tanah dan kawal hakisan tanah yang teruk

e) Memoptimumkan tanah bagi tujuan pembangunan bandar.

f) Meminimumkan kesan persekitaran hasil dari air larian terhadap kualiti air.

g) Menambah lanskap kawasan bandar.



4
1.2 Penyataan Masalah


Kita sering kali mendengar kejadian-kejadian banjir kilat di bandar-bandar
utama di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bahru dan banyak
bandar lagi yang sering mengalami kejadian banjir kilat. Bencana ini sering berlaku
disebabkan oleh pelbagai faktor seperti sistem saliran tidak sempurna, terkumpulnya
mendakan di hilir saliran dan pelbagai faktor lagi. Memang diakui bahawa masalah
banjir adalah satu masalah yang tidak boleh dihapuskan, tetapi sekurang-kurangnya
kita dapat meminimumkan kesan banjir tersebut.

Masalah enapan yang berlaku ekoran dari hakisan tanah adalah satu masalah
yang sering kita dengar dan juga sering menjadi isu perdebatan oleh masyarakat
tempatan mahupun antarabangsa. Proses pemendapan adalah satu proses yang
semulajadi berlaku. Walau bagaimana pun proses ini dapat dipercepatkan lagi jika
dipengaruhi oleh aktiviti-aktiviti manusia yang sering mengejar kebendaan semata-
mata tanpa memikirkan masalah-masalah yang akan timbul ekoran aktivit-aktiviti
yang mereka lakukan. Antara kegiatan yang membawa kepada permasalahan ini
ialah kegiatan pembalakkan, perlombongan, proses pembangunan bandar-bandar dan
juga aktiviti pertanian.

Tanah yang terhakis mengandungi nitrogen, fosforus dan zat-zat lain, apabila
tanah tersebut diangkut ke dalam sumber air, ia akan menjadi kandungan nitrogen
dan fosforus yang sedia ada dalam air tersebut bertambah, masalah ini akan
menjejaskan kualiti air tersebut, kebiasaannya nitrogen dan fosforus yang berada
dalam tanah akan dibawa bersama air larian permukaan apabila hujan, zat-zat ini
akan digunakan oleh alga sebagai makanan, maka semakin banyak zat-zat di dalam
air, semakin banyak alga akan tumbuh, secara langsungnya, alga tersebut akan
membentuk alga blooms yang menyebabkan kejernihan air tersebut menurun, selain
itu, kandungan oksigen juga akan berkurang.

Sediment akibat daripada hakisan tanah akan menyebabkan air menjadi
keruh, cahaya matahari tidak dapat menurusi ke dalam air menyebabkan proses
fotosintensis tidak berlaku, dengan itu, tumbuh-tumbuhan yang berada dalam air
5
akan mati, secara tidak langsungnya, makanan untuk hudupan air akan berkurang dan
juga habitat aquatik akan terganggu. Tambahan pula, apabila kekeruhan air menjadi
tinggi, tenaga cahaya matahari akan diresap oleh permukaan air dan dengan itu suhu
air akan meningkat, ini akan menyebabkan ikan-ikan berpindah ke tempat yang lebih
sejuk, maka tangkapan telah berkurangan. Akhirnya, jika kualiti air menjadi teruk,
air tersebut tidak dapat digunakan lagi untuk minum dan lain-lain aktiviti.




1.3 Kepentingan Kajian


Secara umumnya, kajian yang dijalankan ini mempunyai kepentingan seperti
yang dinyatakan dibawah:

a) Untuk mengkaji sebahagian implementasi ke atas MASMA dari segi konsep,
idea, component dan keberkesanan penggunaanya ke atas rekabentuk
pembangunan semasa yang terdapat di Malaysia. Kajian ini juga penting
dalam membuktikan MASMA dapat mengawal air ribut larian dari segi
kuantiti dan kualiti adalah sama sebelum dan selepas pembangunan.

b) Membuktikan bahawa pengguna MASMA, khususnya swale ini bukan
sahaja baik dari segi kawalan mutu air ribut permukaan tetapi mempunyai
nilai dari segi estetika.

c) Memberi pendedahan kepada pihak-pihak pemaju padang golf khususnya
supaya memperluaskan penggunaan swale dalam pembinaan system saliran
mereka. Di mana buat masa sekarang penggunaannya adalah masih lagi
terhad di Malaysia.




6
1.4 Objektif Kajian


Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai keberkesanan sistem saliran padang
golf yang menggunakan rumput dalam mengurangkan enapan yang terdapat dalam
air larian , iaitu di Pulai Spring Resort, Pulai, Johor.
Secara keseluruhan objektif kajian adalah

a) Melihat keberkesanan sistem saliran padang golf yang menggunakan
rumput dalam mengurangkan enapan yang terhasil dari beban
pencemaran (enapan).

b) Menguji kandungan pepejal yang terdapat dalam air sebelum dan
selepas melalui rumput dan sistem saliran.

c) Membandingkan kaedah pengairan yang konvesional dengan
pengairan menggunakan swale. Di mana ia mempunyai ciri-ciri yang
sama dengan sistem saliran padang golf, iaitu kedua-kedua sistem
saliran ini menggunakan rumput sebagai agen pemerangkap enapan.




1.5 Skop kajian.


Kajian ini mempunyai beberapa skop seperti di bawah :


a) Kawasan Kajian

Kawasan yang dipilih untuk kajian ini adalah sistem saliran padang golf.
Tujuan pemilihan sistem saliran padang golf kerana ia mempunyai ciri-ciri
yang hampir sama dengan sistem saliran grassed swales. Sistem saliran
7
grassed swales dan sistem saliran padang golf adalah menggunakan rumput
sebagai bahan untuk memerangkap enapan yang terhasil dalam air larian.
Tempat yang terpilih ialah di Pulai Spring Resort, Pulai, Johor Darul Takzim.


b) Pengenalpastian faktor-faktor yang menyebabkan terhasilnya enapan
(sediment) dan kelebihan serta kekurangan sistem

Mengkaji dan meneliti faktor-faktor yang boleh menyebabkan berlakunya
enapan dalam air ribut larian kawasan kajian. Selain itu, kelebihan dan
kekurangan sistem saliran jenis ini dijelaskan.


c) Analisa

Satu analisa dilakukan untuk menetukan ujikaji-ujikaji yang sesuai bagi
mengetahui tahap enapan yang terdapat dalam air ribut larian. Di kawasan
kajian kes.


d) Ujikaji pepejal terampai.

Ujikaji dilakukan bagi mengukur tahap enapan yang terdapat dalam air
sampel. Sebagai mana yang diketahui enapan boleh menyebabkan nilai
estetika menurun. Ia akan meyebabkan kekeruhan air dan seterusnta
menyebabkan kadar penembusan cahaya matahari ke dalam air untuk
kegunaan hidupan-hidupan dalam air akan terjejas dan serusnya akan
meyebabkan timbul masalah-masalah lain. Bagi menetukan tahap kehadiran
pepejal terampai yang wujud dalam air, 3 ujikaji dikenal pasti iaitu, Ujikaji
Jumlah Pepejal Terampai (TSS), Ujikaji Pepejal Terampai (SS) dan
kekeruhan (Turbidity)







BAB 2




KAJIAN LITERATUR




2.1 Umum


Sistem saliran konvesional yang sedia ada di kawasan bandar-bandar di
Malaysia yang telah dibina banyak menyumbangkan kepada peningkatan air larian
permukaan berdasarkan kepada pembangunan yang begitu pesat. Biasanya sistem
saliran yang dibina adalah sistem saliran terbuka berkonkrit yang boleh terdedah
kepada banyak masalah terutamanya dari segi penyelenggaraan seperti pengangkutan
enapan, sampah dan masalah paip-paip utiliti yang melintasi saliran. (Aminuddin Ab.
Ghani dll. Mac 2000). Sistem aliran konvesional lebih keutamaan dalam
menyalurkan air ribut sahaja. Manakala system baru ini memberikan banyak
keutamaan dalam membina system saliran yang lebih mampan.

Air ribut adalah sumber pencemaran utama di kawasan yang membangun
(Burton dan Pitt, 2002). Kolam yang direka dan wetland digunakan secara meluas
untuk mengawal air ribut. Kolam tadahan terbuka yang dalam, biasanya dengan aras
air yang tidak stabil, sementara wetland adalah kawasan yang cetek dengan
wujudnya macrophytes akuatik di kawasan yang kelihatan seperti paya. Selain
mengasingkan bahan pencemar dan sediment, ia juga menyumbangkan kepada
9
pengurangan masalah pencegahan banjir dan juga menjadi sesuatu lanskap kelihatan
lebih menarik. (Dallmer, 2002: Wong dan Breen, 2002)

Pengenapan fizikal adalah adalah mekanisma utama penyingkiran
pencemaran dalam kolam dan wetland. (Reinelt dan Horner, 1995; Wong dll, 1999;
Walker ,2001; WERF, 2005). Penyingkiran partikel juga menyingkirkan kadar yang
besar bahan pencemar (seperti logam berat dan fosforus) yang mempunyai ikatan
partikel (Pitt and Amy, 1973; Kadlec and Knight, 1996). Bahan pencemar yang
berbeza bergabung dengan saiz partikel yang berbeza (seperti logam berat adalah
dengan banyaknya melekat kepada partikel yang saiz kurang dari 63 1m, Sansalone
dll. 1998; Deletic dan Orr, 2003), dicadangkan yang pengagihan saiz partikel
(particle size distribution (PSD)) jumlah pepejal terampai mempunyai kesan penting
ke atas bahan pencemar yang disingkirkan. (Breen and Lawrence, 2006; WERF,
2005). Rekabentuk kolam dan wetland yang berkesan mampu untuk menganggar
penyingkiran partikel yang terdapat dalam air ribut.

Reinelt and Horner (1995) melaporkan yang bahan pengasingan pencemar
dari air ribut wetland adalah dipengaruhi keadaan aliran, sumber dan keadaan bahan
pencemar, masa mendiami dan musim. Tumbuhan yang tebal secara umumnya
menyumbangkan kepafa peningkatan kadar pengenapan dengan gabungan
pengurangan pengeloraan dan memperlahankan halaju air (Barko dll., 1991; Sand-
Jensen, 1998; Scmid dll., 2005; WERF, 2005) dan pelekatan enapan (Wong dll.,
2000)

Walaupun Germany tidak dianggap mempunyai tahap air yang teruk,
penggunaan air hujan seisirumah menjadi penggunaan secara meluas sejak tahun
1980-an. Hari ini, kira-kira 50,000 loji air hujan secara profesional dipasang setiap
tahun di setiap rumah. Loji ini mengumpul air hujan dari bumbung yang mana
ditapis, disimpan dan menjadi kegunaan utama untuk tandas , menyiram tanaman dan
untuk membasuh (Erwin Nolde, 2006)




10
2.2 Grassed Swale


2.2.1 Apa itu Grassed swale?


Vegetated swale adalah terbuka, saluran cetek dengan tumbuh-tumbuhan
meliputi bahagian cerun dan bawah saluran dan menghalakan airlarian ke hilir titik
penghapusan. Ia direkabentuk untuk merawat air larian melalui penapisan yang
dilakukan oleh tumbuh-tumbuhan yang berada dalam saluran, penapisan melalui
lapisan asa tanah dan melalui peyerapan ke dalam tanah. Swale boleh didapati
secara semula jadi atau dan juga buatan manusia. Ia memerangkap zarah bahan
pencemar (pepejal terampai dan kesan logam), menggalakan penyerapan dan
mengurangkan halaju air larian hujan. Vegetated swale boleh dijadikan sebagai
salah satu dalam system saliran dan boleh menggantikan kaki lima, longkang dan
pembentung. (California Stormwater BMP Handbook: New Development and
Redevelopment)

Membersihkan sendiri saliran dalam mengurangkan keladak adalah
diaplikasikan dalam system saliran konvesional dimana halaju air yang mengalir
dalam saliran adalah 0.9 m/s (Jabatan Pengairan dan Saliran, 1975). Ini berdasarkan
apa yang dihadapi di Eropah yang mana mengaplikasikan pembersihan sendiri yang
konstan samada berdasarkan halaju dan tegasan ricih.




2.2.2 Aplikasi Dalam Sistem Saliran


Grassed Swales adalah salah satu sistem saliran yang telah dipraktis di
kebanyakkan Negara Amerika Utara. Swales adalah satu sistem yang mempunyai
kos penyelenggaraan yang rendah bagi mengatasi masalah enapan, nutrient dan
11
bahan tercemar. Ia juga meningkatkan penyerapan dan menambahkan nilai estetika
di sesuatu kawasan atau tapak.

Peningkatan pengguna Grassed Swales adalah berpotensi sebagai
penyelesaian di mana sahaja air hujan dipindah dari kawasan tidak telap, kawasan
berkecerunan sederhana atau kawasan tanah yang mempunyai nilai ketelapan rendah
ke kawasan bertanah. Pengecualian terhadap penggunaannya di kawasan gurun
seperti kawasan di mana tanaman mungkin diperlukan untuk penyelenggaraan dalam
jangka masa yang lama dan juga Negara sejuk dengan permafrost di mana
mempunyai nilai penyusupan yang rendah.

Grassed Swale biasannya digunakan sebagai penyelesaian alam sekitar atau
kadang-kadang digunakan secara tradisional bagi menggantikan kaki lima dan juga
longkang berdasarkan system peparitan. Struktur swales yang lurus menjadi pilihan
untuk merawat air larian kawasan jalan raya, penduduk kawasan pinggir jalan dan
kawasan berpenduduk yang dibahagikan kepada beberapa bahagian, sepanjang
sempadan tanah dan di kawasa meletak kenderaan.

Secara umumnya Grassed Swale digunakan merawat secara relatif kawasan
saliran yang kecil, lima ekar atau kurang. Di kawasan yang perbandaran yang besar
atau kawasan yang mempunyai kawasan yang tidak telap terlalau besar, penggunaan
Grassed Swales adalah tidak digalakkan, sehinggalah ia direka bentuk dan
mempunyai pengurusan yang baik.




2.2.3 Jenis-jenis Grassed Swale.


Terdapat dua jenis Grassed Swale, iaitu :

a) Dry swale
b) Wet Swale
12


Rajah di bawah menunjukkan contoh salah satu pandangan plan bagi Grassed Swales
jenis Dry


Rajah 2.1 Pandangan pelan Dry Swales (Sumber: Center for Watershed
Protection, 2000)




2.2.3.1 Dry Swale


Dry Swales basanya direkabentuk untuk kawasan bioretention. Reka
bentuk ini menggabungkan tanah yang direkabentuk ke dalam bawah dasar saluran.
Tanah yang sedia ada diganti dengan pasir atau tanah campuran yang mempunyai
atau memenuhi ketelapan minimum yang diperlukan. Sistem saliran bawah ini juga
dipasangkan dibawah dasar tanah. Biasanya, sistem sliran bawah dibuat dengan
lapisan batu kelikil yang mana diletakkan pipe telap. Air ribut yang dirawat oleh
tanah dasar mengalir ke dalam sistem saliran bawah , yang mana dialirkan kembali
ke sistem saliran
13

Rajah 2.2 Pandangan pelan sistem Dry Swales(Sumber: Center for Watershed
Protection, 2000)

Rajah 2.3 Keratan rentas sistem Dry Swales (Sumber: Center for Watershed
Protection, 2000)


Antara kelebihan Dry Swale adalah seperti berikut

Perangkap dan singkir enapan dan bahan pencemar lain dan maka ia
meningkat kualiti air
Mengurangkan halaju air larian puncak dan menggalakkan penapisan.
Mengurangkan hakisan.
Jika direka bentuk dengan baik ia akan menyediakan aras air bawah tanah
yang seuai.
14
Menjadi pilihan untuk digunakan untuk merawat air larian dari jalan dan
kawasan perumahan kerana strukturnya yang lurus. Bagus untuk digunakan
sebagai ganti kepada sistem saliran yang sedia ada.
Sesuai digunakan bagi kawasan yang sederhana membangun.
Sesuai bagi digunakan kawasan tidak telap (kawasan berturap) seperti
kawasan tempt letak kenderaan.
Kos yang kurang mahal untuk pembinaan dan penyelenggaraan jika
dibandingkan dengan sistem sedia ada (longkang dan kaki lima)




2.2.3.2 Wet Swale


Wet Swale mempersilangkan air bawah tanah dan ia kelihatan serupa dengan
wetland yang lurus. Rekabentuk ini menggabungkan pelbagai lubang cetek kekal
dan tanaman wetland untuk menyediakan rawatan air ribut. Satu keburukan kepada
wetland adalah ia tidak boleh digunakan untuk kawasan petempatan kerana
kedudukan air yang cetek dalam swale akan memberi masalah kepada penduduk.

Rajah 2.4 Pandangan pelan contoh sistem Wet Swales (Sumber: Center for
Watershed Protection, 2000)
15


Rajah 2.5 Keratan rentas jenis Wet Swales (Sumber: Center for Watershed
Protection, 2000)





Antara kelebihan Wet Swale adalah seperti berikut:

Fungsinya adalah untuk wetland yang lurus.
Mengurangkan halaju air larian puncak dan menggalakkan penapisan
Mengurangkan hakisan
Senang unt dreka bentuk. Boleh dibina di kawasan tanah tidak telap atau
kawasan tanah tepu bemusim atau kawasan pertembungan aras air bawah
tanah.
Perangkap dan singir enapan dan bahan pencemar lain dengan meningkatkan
keberkesanan dan meningkatkan kualiti air
Mewujudkan pandangan yang menarik dan memberi faeah kepada hidupan
antara atas tanah dan di permukaan air.
Kos yang kurang mahal untuk pembinaan dan penyelenggaraan jika
dibandingkan dengan sistem sedia ada (longkang dan kaki lima)
Menyediakan pra-rawatan kepada air ribut sebelum rawatan yang seterusnya.


16
2.3 Mendakan


2.3.1 Pengenalan Mendakan (Sediment)


Kajian terbaru (Ab. Ghani et al., 1999; dan Nalluri) mencadangkan beberapa
kaedah untuk meningkatkan halaju konstan dengan mengambil kira beberapa factor
yang mempengaruhi pengangkutan mendakan, nama, cirri-ciri mendakan (saiz,
penumpuan mendakan) dan ciri-ciri saliran (saiz, kecerunan dan kekasaran).

Sejak bulan November 1996 satu usaha telah dibuat bagi menjumlahkan
pemendakan kelodak biasanya dijumpai di dalam saliran kawasan Bandar di
Malaysia (Ab. Ghani, Sidek, & Abdullah, 1998). Koleksi data kelodak pemendakan
kelodak dibawa dari serata Malaysia bagi mengkaji hubungan antara cici-ciri
mendakan, nama, saiz, beban mendakan serta cirri saluran (saiz, kecerunan dan
kekasaran ( Kassim, 1999). Antara faktor lain yang mungkin akan mempengaruhi
mendakan ialah kesan pasang-surut, sampah, susunan saliran dan keseragaman sain
saliran ( Pejabat Daerah Seberang Perai, 1999).

Sampel enapan dari 5 bandar utama di Malaysia adalah seperti dalam jadual
2.1 dan rajah 2.6 di bawah. Sampel enapan yang terenap ini telah diambil dari sistem
saliran konvesional. Jadual 2.1 menunjukkan purata saiz mendakan untuk 5 bandar-
bandar yang telah diuji dan saiznya adalah antara 0.6 hingga 0.9. Manakala rajah 2.1
menunjukkan taburan saiz mendakkan yang mengandungi bahan tidak berjelekit
(non-cohecive). Pengukuran profile enapan (Rajah 2.7) di sistem saliran Sungai
Raja, Alor Setar menunjukkan bahawa saiz dan kecerunan saliran mempengaruhi
bentuk arah mendapan. Peratusan tersekat tinggi pada longkang terjadi pada cerun
sederhana (mild slope) dan longkang yang berkapasiti rendah ( Jadual 2.2). (A.A.
Ghani dll /Urban Water 2)


17


Jadual 2.1 : Ciri-ciri enapan di 5 bandar utama di Malaysia (A.A. Ghani dll /Urban
Water , 200)









18


Rajah 2.6 : Purata taburan saiz enapan di 5 bandar utama di Malaysia (A.A. Ghani
dll /Urban Water 2000)


Jadual 2.2 : Longgokan enapan pada monsun drain di Alor Setar. (A.A. Ghani dll
/Urban Water 2000)










19



Rajah 2.7 : Profile enapan di sepanjang sistem saliran Sungai Raja, Alor Setar (A.A.
Ghani dll /Urban Water 2000)


20


2.3.2 Faktor yang Mempengaruhi Mendakkan (Sediment)


Faktor-faktor yang mempengaruhi mendakan adalah sama dengan faktor-
faktor yang mempengaruhi proses hakisan. Ini kerana dua proses ini adalah saling
berkaitan antara satu sama lain. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi proses
mendakan adalah seperti dibawah:

a) Faktor Cuaca
b) Faktor Ciri Tanah
c) Faktor Topografi
d) Faktor Penutup Permukaan Tanah




2.3.2.1 Faktor Cuaca


Cuaca mempengaruhi hakisan tanah dalam dua bentuk, iaitu secara langsung
atau secara tidak langsung. Dalam konteks secara langsung, hujan merupakan satu
daya untuk menolak permukaan tanah untuk menghakis, titisan hujan akan mentam
permukaan tanah dan memecahkan struktur tanah tersebut, seterusnya partikel tanah
akan dibawa bersama air hujan sebagai air larian permukaan.

Keamatan hujan (mm/j) dan saiz titisan hujan adalah elemen yang penting
dalam proses hakisan tanah, keamatan hujan yang tinggi berserta dengan tempoh
hujan yang pendek akan menghasilkan lebih banyak hakisan berbanding dengan
keamatan hujan yang rendah berserta dengan tempoh hujan yang pendek. Tambahan
pula saiz titisan hujan yang besar akan menghasilkan hakisan yang lebih berbanding
dengan saiz titisan hujan yang kecil. (Menachem Agassi,1995)

21
Jadual di bawah menunjukkan kadar hakisan tanah berdasarkan keamatan
(jadual 2.3) hujan dan juga tempoh hujan (jadual 2.4)

Jadual 2.3: Kadar hakisan dipengaruhi hujan. (Data di Trier, Germany)


Jadual 2.4 : Kadar hakisan dipengaruhi oleh tempoh hujan.

(Data di Trier, Germany)







22
2.3.2.2 Faktor Ciri Tanah


Tanah merupakan hasil dari proses alam sekitar, kecenderungan tanah
mengakis bergantung kepada ciri-ciri tanah tersebut, antaranya ialah seperti di
bawah:
a) Tekstur tanah
b) Jumlah Bahan Organik
c) Struktur tanah
d) Resapan Tanah.




2.3.2.2.1 Tekstur Tanah


Tekstur tanah menunjukkan kepada saiz dan kuantiti partikel bergabung
bersama menjadi satu partikel tanah, tanah pasir, tanah kelodak dan tanah liat adalah
tiga major utama dikelas sebagai partikel tanah. Pasir mempunyai kandungan tanah
yang tinggi dan boleh dikatakan sebagai tanah bertekstur kasar, air dapat menerusi
tanah pasir dengan senang dan kecederungan untuk terhakias adalah tinggi. Untuk
tanah liat pula, ia adalah sukar untuk terhakis kerana teksturnya adalah sangat kuat
dan air susah untuk memecahkan teksturnya, tanah liat boleh dikatakan sebagai tanah
bertekstur halus. ( M.J.Kirkby and R.P.C.Morgan, 1980 )




2.3.2.2.2 Jumlah Bahan Organik


Bahan organik dalam tanah diperolehi daripada humus-humus tumbuhan dan
juga bangkai-bangkai haiwan selepas mati. Bahan organik merupakan unsur yang
23
sangat penting dalam tanah kerana ia membenarkan air meresap dengan mudah ke
dalam tanah, kadar resapan yang tinggi menjadikan kadar air larian menurun,
seterusnya tegasan ricih pada partikel tanah juga berkurangan. Bahan organik dalam
tanah tidak terganggu atau dalam tanah yang dipenuhi dengan akar tumbuhan (
mulch ) akan mengurangkan kadar aliran air larian dan menurunkan kadar hakisan.
Mulch juga sebagai satu lapis penutup kepada tanah untuk melindunginya daripada
terkena hujan. (M.J.Kirkby and R.P.C.Morgan, 1980)




2.3.2.2.3 Struktur Tanah


Struktur tanah adalah susunan partikel tanah ke dalam tanah, struktur ini akan
empengaruhi daya resapan air ke dalam tanah. Terdapat 6 jenis struktur tanah, iaitu
nis granular, jenis prismatic, jenis ketulan, jenis block, jenis plate dan jenis butiran.
truktur yang dikehendaki. ( M.J.Kirkby and R.P.C.Morgan, 1980 )



Rajah 2.8 Struktur Tanah (Sumber: M.J.Kirkby and R.P.C.Morgan, 1980
)
24


2.3.2.2.4 Resapan Tanah


Kebolehresapan tanah merujuk kepada kebolehan tanah membenarkan udara
dan air bergerak menerusinya ke dalam tanah. Struktur tanah, tekstur tanah dan
bahan organik tanah semuanya mempengaruhi kebolehresapan tanah. Jika
kebolehresapan tinggi maka hakisan tanah senang untuk berlaku kerana air telah
diresap masuk dan memenuhi ruang-ruang tanah, seterusnya akan membawa
partikel-partikel itu mengikut graviti (M.J. Kirkby dan R.P.C. Morgan, 1980)




2.3.2.2.5 Faktor Topografi


Ciri topografi akan mempengaruhi potensi sesuatu tanah untuk menghakis.
Ciri-ciri topografi seperti saiz kawasan tadahan dan bentuk muka bumi akan
mempengaruhi kadar alir air larian dan juga isipadu air yang mengalir.
Kecondongan dan kepanjangan cerun akan menambah halaju aliran. Selain itu,
saluran pada cerun bukit akan menumpukan aliran permukaan, maka halaju aliran
akan menjadi lebih cepat. Cerun yang panjang an bersambungan akan membenarkan
aliran menjadi lebih bermomentum, ini akan menyebabkan hakisan alur dan lurah
lebih mudah terbentuk.

Disamping itu, rupa bentuk cerun merupakan salah satu faktor yang
mengakibatkan hakisan berlaku, kawasan yang rendah pada cerun adalah lebih
cenderung untuk mengakis berbanding dengan kawasan yang tinggi, ini kerana pada
kawasan yang rendah, air larian mengandungi lebih benyak momentum untuk
mengakis tanah. Tambahan pula, orientasi cerun memainkan peranan yang penting
dalam proses hakisan.

25
Cerun yang berda berhadapn ke arah barat lebih cenerung untuk mengakis
kerana tanahnya lebih kering dan lembap. Perkar ini disebabkan kerana kekurangan
pancaran matahari dan juga tumbuh-tumbuhan kurang tumbuh di kawasan yang
kurang cahaya matahari, manakala untuk cerun yang berhadapan ke arah timur, ia
kurang subur dan menjadi ia cenderung untuk mengakis. Akar tumbuhan yang
terdapat di kawasan tersebut akan mencengkam tanah dengan kuat menyebabkan
tanah tersebut sukar untuk mengakis. (Morgan, 1995)




2.3.2.3 Faktor Penutup Permukaan Bumi


Penutup tanah merujuk kepada tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di atas
permukaan tanah, tetapi ia juga merujuk juga kepada humus-humus, dahan-dahan
kayu, pecahan tanah dan lain-lain lagi. Rumpu yang tumbuh atas permukaan
merupakan salah satu penutup tanah yang dapat melindungi permukaan tanah ynag
tehakis, da juga ia menstabilkan tanah dan mengawal hakisan. Selain itu, ia juga
mengurangkan kesan hentaman air hujan dengan permukaan tanah, menjadikan air
sukar memercik ke permukaan tanah. Selain itu, ia juga mengurangkan halaju aliran
pada permukaan tanah dan juga menghalang peresapan air ke dal tanah. (Morgan,
1995)



2.3.3 Kesan Mendakkan (Sediment)


Mendakan akan memberikan kesan kepada air. Antaranya ialah :
a) Kekeruhan
b) Rasa dan bau
c) Warna
d) Pepejal terampai
26


2.3.3.1 Kekeruhan


Kekeruhan air akan mempengaruhi kejernihan air, air yang keruh juga akan
menyebabkan air tersebut kelihatan kabuk. Punca air menjadi keruh adalah akibat
daripada kehadiran tanah liat atau mendapan yang berpunca dari hakisan tanah.
Bahan organik terampai juga merupakan salah satu punca yang boleh menyebabkan
air menjadi keruh. Tambahan pula, kehadiran mikroorganisma juga akan
menyebabkan kekeruhan. (Thomas D.Waite, 1984)




2.3.3.2 Rasa dan Bau


Rasa dan bau dalam air adalah punca daripada mikroskopik organisma atau
pereputan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan yang reput (alga) akan menghasilkan bau
yang busuk dalam air. Selain itu, garam galian seperti natrium klorida, mangan,
ferum juga boleh menyebabkan rasa dan bau berubah. (Thomas D.Waite, 1984)




2.3.3.3 Warna


Warna air juga akan berubah jika terdapat kehadiran bahan enapan. Jika
sesuatu air itu bersih ia akan adalah tidak berwarna dan jernih, tetapi air akan
berwarna jika terdapat kehadiran bahanenapan. Biasanya air sungai akan berwarna
kuning jika terdapat kehadiran bahan enapan (sediment) tanah dan juga bahan-bahan
terampai. Tambahan pula, bahan buangan industri juga mengandungi pelbagai
27
warna adalah berasal dari hasil buangan kilang kain dan bahan kimia, warna tersebut
juga akan mempengaruhi warna sebenar sungai. (Thomas D.Waite, 1984)




2.3.3.4 Pepejal Terampai


Pepejal terampai juga merupakan salah satu kesan daripada masalah
pemendapan. Pepejal terampai terdiri daripada bhan organik dan bahan bukan
organik. Pepejal teramapai ini akan menyebabkan matahari susah menembusi ke
dalam air. Pepejal terampai akan mengawal kekeruhan dan kejernihan air. Istilah
pepejal teramapai ialah bahan yang mempunyai saiz partikel yang berdiameter 10 nm
ke 0.1 nm boleh dikatakan sebagai pepejal teramapai (Thomas D.Waite, 1984)






















BAB 3




METODOLOGI




3.1 Pengenalan


Kaedah atau metodologi kajian boleh dipecahkan kepada beberapa peringkat,
iaitu pengenal pastian masalah, pemahaman masalah, pengumpulan data, kerja-kerja
ujikaji di makmal, penyusunan maklumat atau keputusan dan akhirnya membuat
kesimpulan mengenai kajian yang dilakukan.













29
3.2 Kaedah Kajian


Carta aliran kaedah kajian adalah seperti rajah dibawah.



































Rajah 3.1 Carta aliran Kajian





Pengenalpastian
Masalah
Pemahaman
Masalah
Pengumpulan
Data-data
Ujikaji di Makmal
(Bila perlu)
Penyusunan
Maklumat/Keputusan
Menganalisis

Kesimpulan
30


3.3 Pengumpulan Data dan Penentuan Lokasi Pengambilan Sampel Air


Data serta maklumat yang dikumpul bagi masalah adalah penting,
terutamanya untuk dijadikan bahan kajian literatur. Antara sumber maklumat adalah
dari buku-buku, artikel serta jurnal-jurnal dan juga Projek Sarjana Muda yang
berkaitan dengan masalah yang akan dikaji.

Internet juga adalah sumber maklumat. Walaubagaimana pun, sumber dari
internet perlu disaring dahulu sebelum digunakan sebagai bahan maklumat untuk
kajian literatur. Tindakan ini perlu dilakukan bagi memastikan maklumat yang
digunakan adalah tepat dan diulas berdasar ilmu dalam bidang kepakaran masing-
masing.

Penentuan lokasi untuk pengambilan sampel adalah penting dalam
memastikan keputusan yang akan diperolehi adalah tepat dan boleh diterima.
Keadaan topografi dan guna tanah mesti dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum
mengambil sampel ujikaji. Setelah menjalankan kajian secara kasar tentang
kawasaan pilihan, langkah seterusnya adalah melakukan lawatan tapak bagi
mendapatkan gambaran sebenar keadaan tapak.

Langkah terkhir ialah menentukan jumlah dan dimana sampel air perlu
diambil bagi memenuhi sasaran dan objektif kajian yang akan dijalankan. Perkara ini
mestilah dibincang bersama penyelia projek terlebih dahulu.








31
3.4 Pengambilan Sampel Air di Tapak


3.4.1 Persedian Sebelum Mengambil Air Sampel


Pengambilan air sampel adalah perlu bagi di bawa untuk diuji di makmal bagi
mendapatkan kadar kekeruhan dan juga kandungan pepejal terampai. Cara
pengambilan perlu betul bagi memastikan hasil kajian adalah tepat dan boleh
diterima. Antara alat untuk tujuan ini ialah botol sampel air dan kotak politena.

Antara langkah-langkah yang perlu dipatuhi semasa proses pengambilan
sampel adalah seperti di bawah :
a) Pastikan botol dibilas dengan air sampel sebelum memasukkan air sampel

b) Penutup botol mestilah sentiasa tertutup bagi mengelakkan sebarang
bendasing memasukinya dan seterusnya boleh menjejaskan keputusan
ujikaji.

c) Setiap botol sampel mesti dilabelkan tarikh dan nombor stesen bagi
mengelakkna sebarang ralat semasa menjalankan ujikaji

d) Pastikan tempat pengambilan sampel adalah di stesen yang telah
ditetapkan sebelum ini.

e) Catatan mengenai keadaan semasa pengambilan sampel air adalah perlu
dilakukan. Sebagai contohnya keadaan cuaca semasa seperti hujan atau
panas dan pelbagai keadaan yang difikirkan perlu dilakukan catatan.






32

3.4.2 Cara Pengambilan Air Sampel dan Aktiviti di Tapak


Setelah ditentukan tempat untuk pengambilan air sampel, langkah seterusnya
ialah ke tapak untuk mengambil air sampel. Lakaran kawasan kajian adalah seperti
rajah dibawah
Sprinkler
Sprinkler
Manhole
Sprinkler
Main pipe to convey to the pond
Subsoil pipe
Subsoil pipe
Sprinkler


Rajah 3.2 Lakaran susun atur Kawasan Kajian

Langkah pertama apabila sampai di tapak ialah memasang tolok hujan di
kawasan yang padang golf tersebut. Tempat yang dipilih mestilah di tengah-tengah
antara empat sprinkler yang digunakan dalam kajian ini. Enam tempat ditanda di
sekitar kawasan kajian bagi mendapatkan nilai peratus kelembapan tanah. Sebelum
sprinkler dibuka, bacaan peratus kelembapan tanah diambil di tempat yang telah
ditandakan tadi.

33
Sprinkler akan dibuka selama 30 minit. Kumpulan sampel air yang pertama
diambil dari empat sprinkler yang digunakan itu. Ia di tandakan sebagai IN1, IN2
IN3 dan IN4. Selama 30 minit sprinkler dibuka, sampel air diambil selang masa 10
minit sekali. Bagi selepas 30 minit sampel air terus diambil tetapi dengan selang
masa 5 minit. Sampel air ini diambil di lurang di mana ia menjadi tempat
pengumpulan air yang disiram di kawasan tersebut, iaitu di lurang (manhole).
Sampel air ini ditanda sebagai S1, S2, S3 dan sampailah sampel yang terakhir.
Begitu juga nilai peratusan kelembapan tanah, 10 minit sekali bagi 30 minit pertama
dan selang 5 minit bagi selepas 30 minit pertama.

Rajah 3.3 Lakaran rekabentuk sistem saliran bawah tanah









34

3.5 Pengukuran di Makmal


Ujikaji di makmal adalah penting bagi tujuan mengukur parameter yang idak
dapat diukur di tapak. Hanya ujikaji kekeruhan, jumlah pepejal terampai dan pepejal
terampai yang digunakan bagi projek ini.




3.5.1 Ujikaji Kadar Kekeruhan


Pengukur kekeruhan (turbidity meter) digunakan bagi mengukur kadar kekeruhan
sample air yang telah diambil. Lagkah-langkah untuk menjalankan ujikaji tersebut
adalah seperti di bawah :

a) Sampel air yang hendak diukur dimasukkan ke dalam botol turbity meter
tersebut (10 ml).

b) Tutupkan botol tersebut dengan penutupnya.


c) Pastikan dan bersihkan botol kecil tersebut sebelum diukur dengan turbidity
meter. Ini bagi memastikan kepatan bacaan kekeruhan adalah tinggi.

d) Letakkan botol yang telah dibersihkan ditempat turbidity meter tersebut dan
hidupkan turbity meter itu.


e) Untuk mengambil bacaan, tekan butang reading pada turbity meter tersebut
dan ambil bacaan yang akan tertera skrin alat tersebut.

35
f) Ulangi langkah a hingga e bagi sample-sampel yang seterusnya.

g) Pastikan bacaan turbity meter tersebut tidak melebihi 1000 NTU. Jika
melebih nilai ini, proses pencairan perlu dilakukan.




3.5.2 Ujikaji Kandungan Pepejal Terampai


Cara kerja untuk menjalankan ujikaji pepejal terampai adalah seperti berikut :

a) Keringkan kertas turas dalam oven pada suhu 100C-105C selama
30 minit sebelum digunakan.

b) Selepas itu, kertas turas disimpan di dalam alat pengering terlebih
dahulu sebelum digunakan

c) Timbangkan jisim kertas turas dengan memggunakan alat
penimbang, selepas itu, kepitkan kertas turas tersebut dan
meletakkannya di atas pemegang penuras yang telah disambungkan
kepada flask.

d) Satu corong (funnel) diletakkan di atas pemegang penuras,
kemudian apitkan kertas turas dengan spring clamp supaya sampel
air tidak terlimpah keluar.

e) 100 ml sampel air dituang masuk ke dalam corong, suis vakum
perlu dibuka supaya sampel air dapat disedut masuk dengan lebih
cepat.

f) Selepas air habis dituras, apit keluar kertas turas yang mengandungi
sisa tertapis dan diletakkan di dalam piring kaca.
36

g) Langkah-langkah a) hingga f) diulangi untuk sampel air yang lain.

h) Kertas-kertas turas dikeringkan dalam oven pada suhu 100C-
105C selama 1 jam

i) kemudian sejukkan semua kertas turas dalam alat pengering dan
timbang. Pengiraan jumlah pepejal terampai adalah berdasarkan
kepada persamaan di bawah :


TSS = [(Jisim kertas turas asal + Pepejal terampai kering) - (Jisim kertas turas asal)]
Isipadu sampel air yang dituangkan ke dalam corong

j) Bagi pepejal terampai (SS), ia perlu disimpan di dalam oven selama
24 jam. Rumusnya adalah seperti berikut:


SS = [(Jisim kertas turas asal + Pepejal terampai kering selepas 24 jam) - (Jisim kertas
turas asal)] / Isipadu sampel air yang dituangkan ke dalam corong


















BAB 4




KEPUTUSAN DAN ANALISIS




4.1 Pengenalan


Keputusan dan analisis adalah penting kerana ia menggambarkan keputusan
kajian yang telah berbulan lamanya kita jalankan. Keputusan juga menggambarkan
kejayaan atau kegagalan bagi kajian yang telah kita jalankan. Bagi memudahkan
analisis, keputusan yang diperolehi akan dipapar dan digarapkan dalam pelbagai
bentuk seperti ayat, jadual carta bar atau pelbagai jenis carta yang sesuai lagi.

Sampel air yang digunakan untuk kajian ini adalah di ambil dari kolam untuk
penyiraman rumput di padang golf, Pulai Spring Resort, Pulai, Johor Daiul Takzim.
Sampel air ini diambil dalam dua keadaan iaitu sample pertama ialah musim
kemarau dan sample kedua adalah pada musim hujan. Sampel ini dikaji berdasarkan
kandungan pepejal terampai setelah ia melalui rumput yang terdapat di padang golf
tersebut. Setiap kali sampel diambil, dua keadaan sampel yang berbeza diambil.
Pertama ialah sampel diambil di dari sprinkler yang bertindak sebagai kayu pengukur
keadaan air sampel kajian. Keadaan kedua ialah sampel air diambil dari lurang, iaitu
sampel air yang telah melalui satu kawasan rumput dan telah mengalami
pemerangkapan enapan oleh rumput tersebut.



38
Melalui ujikaji makmal yang telah ditentukan dan berkaitan dengan
kandungan enapan, beberapa data boleh diperolehi. Selepas itu, beberapa analisis
dilakukan bagi menerangkan keadaan yang hendak dikaji.




4.2 Peratus Kelembapan Tanah


Peratus kelembapan tanah ini diambil dengan menggunakan alat Moisture
Meter (meter kelembapan). Bacaan di ambil dari enam tempat di sekitar kawasan.
Bacaan diambil sebelum sprinkler dibuka. .Selepas sprinkler dibuka, bacaan diambil
setiap 10 minit sehingga air tidak lagi terdapat di lurang (manhole).

Tujuan peratus kelembapan ini diambil bagi melihat pengaruh kelembapan
tanah terhadap nilai enapan yang akan terperangkap dengan rumput (grass). Bacaan
bagi peratus kelembapan bage kedua-dua sample adalah seperti dalam jadual 4.1.

Jadual 4.1 Bacaan peratus kelembapan tanah semasa pengambilan sample 1
Bacaan Bacaan 1 Bacaan 2 Bacaan 3 Bacaan 4 Bacaan 5 Bacaan 6
Sebelum
Sprinkler
2.30 pm
16.2 26.2 26.9 38.5 34.2 28.1
2.40 pm 19 33.4 25.6 40.1 39.0 29.8
2.50 pm 19.3 39 41.9 40.9 39.9 30.1
3.00 pm 19.8 40.7 43.2 43.2 44.1 31.3
3.10 pm 19.9 39.2 42.4 43.1 39.6 30.8
3.20 pm 19.4 37.9 41 42.7 38.6 30.5
3.30 pm 19.1 37.8 39.7 42.5 38.3 30.1
3.40 pm 18 35.2 30.7 40.4 35.7 25.4









39

Jadual 4.2 Bacaan peratus kelembapan tanah semasa pengambilan sample 2.
Bacaan Bacaan 1 Bacaan 2 Bacaan 3 Bacaan 4 Bacaan 5 Bacaan 6
Sebelum
Sprinkler
10.50 am
33.9 32.1 30.1 44.1 54.3 45.6
11.00 am 35.5 34.6 33.2 46.2 55.1 48.5
11.10 am 40.3 37.5 35.7 48.6 55.6 50.6
11.20 am 46.2 39.4 39.5 52.2 57.6 53.1
11.30 am 45.2 38.5 39.0 51.5 57.4 52.4
11.40 am 40.8 36.4 36.7 49.5 56.8 50.4
11.50 am 37.5 33.8 33.4 46.4 55.4 48.5
12.00 pm 18 35.2 30.7 40.4 35.7 25.4


Daripada bacaan moisture meter kita dapat melihat dua perbezaan yang
ketara antara peratus kelembapan tanah semasa pengambilan sampel 1 dan sampel 2.
Kelembapan awal bagi sampel 1 adalah rendah berbanding sampel 2. Keadaan ini
disebabkan keadaan musim semasa pengambilan sampel air tersebut. Keadaan
semasa pengambilan sampel 1 adalah kering kerana bulan Febuari tidak terdapat
hujan. Tetapi bagi sampel 2 keadaan adalah musim hujan. Maka dapatlah kita lihat
kelembapan yang dicatakan semasa pengambilan sampel 2 adalah tinggi berbanding
semasa pengambilan sampel 1.




4.3 Data Keamatan Sprinkler


Data keamatan sprinkler juga diambil sepanjang 30 minit sprinkler dibuka.
Keamatan ini diambil bagi mengetahui kaitan antara keputusan ujikaji lain seperti
TSS, SS dan kekeruhan. Keamatan sprinkler ini dicatakan setiap 1 minit dan unit
yang dicatat ialah mm.





40
Bagi sampel air yang pertama ia diambil pada 25 Febuari 2008 iaitu pada
musim kemarau. Di mana pada bulan ini tidak terdapat hujan. Keadaan ini dipilih
bagi mengkaji pengaruh kelembapan tanah terhadap keberkesanan pemerangkapan
enapan oleh rumput. Keamatan sprinkler yang dicatat oleh tolok hujan adalah seperti
berikut.


Jadual 4.3 Keamatan sprinkler sampel 1
























Tarikh / masa
Keamatan
(mm)
2/25/2008 15:00 0
2/25/2008 15:01 0
2/25/2008 15:02 0
2/25/2008 15:03 0
2/25/2008 15:04 0
2/25/2008 15:05 0.2
2/25/2008 15:06 0
2/25/2008 15:07 0
2/25/2008 15:08 0
2/25/2008 15:09 0.6
2/25/2008 15:10 0
2/25/2008 15:11 0
2/25/2008 15:12 0
2/25/2008 15:13 0.3
2/25/2008 15:14 0.2
2/25/2008 15:15 0.4
2/25/2008 15:16 0
2/25/2008 15:17 0.3
2/25/2008 15:18 0
2/25/2008 15:19 0
2/25/2008 15:20 0
2/25/2008 15:21 0
2/25/2008 15:22 0.2
2/25/2008 15:23 0
2/25/2008 15:24 0
2/25/2008 15:25 0
2/25/2008 15:26 0
2/25/2008 15:27 0
2/25/2008 15:28 0
2/25/2008 15:29 0
2/25/2008 15:30 0


41


Manakala bagi sampel kedua adalah telah diambil pada 27 Mac 2008. Julat
bacaan tolok hujan ini adalah sama seperti sampel 1, iaitu selang 1 minit. Sampel
ini telah diambil pada musim hujan, ialah bulan Mac. Maka keadaan asal
kelembapan tanah adalah sangat tinggi. Bacaan tolok hujan bagi sampel 2 adalah
seperti berikut:

Jadual 4.4 Keamatan sprinkler sampel 2

Tarikh / masa
Keamatan
(mm)
3/27/2008 10:30 0
3/27/2008 10:31 0
3/27/2008 10:32 0
3/27/2008 10:33 0
3/27/2008 10:34 0
3/27/2008 10:35 0
3/27/2008 10:36 0
3/27/2008 10:37 0
3/27/2008 10:38 0.3
3/27/2008 10:39 0
3/27/2008 10:40 0
3/27/2008 10:41 0
3/27/2008 10:42 0.5
3/27/2008 10:43 0
3/27/2008 10:44 0
3/27/2008 10:45 0
3/27/2008 10:46 0.3
3/27/2008 10:47 0.3
3/27/2008 10:48 0.3
3/27/2008 10:49 0
3/27/2008 10:50 0.5
3/27/2008 10:51 0
3/27/2008 10:52 0
3/27/2008 10:53 0
3/27/2008 10:54 0
3/27/2008 10:55 0
3/27/2008 10:56 0
3/27/2008 10:57 0
3/27/2008 10:58 0
3/27/2008 10:59 0
3/27/2008 11:00 0



42


4.4 Keputusan Ujikaji Makmal


Selepas sampel air diambil di tapak, langkah seterusnya ialah membawa
sampel air yang telah diambil tadi ke makmal untuk dijalankan beberapa ujikaji
makmal. Antara ujikaji makmal yang dijalankan ialah ujikaji Jumlah pepejal
terampai, pepejal terampai dan juga ujikaji kadar kekeruhan sampel yang telah
diambil tadi.




4.4.1 Keputusan Ujikaji Jumlah Pepejal Terampai (TSS) dan Pepejal
Terampai (SS)

Keputusan ujikaji jumlah pepejal terampai dan pepejal terampai diperolehi
dengan ujikaji yang sama. Terdapat perbezaan antara jumlah pepejal terampai (TSS)
dengan pepejal terampai (SS). Jumlah pepejal terampai ialah jumlah pepejal yang
terampai yang terdapat dalam sampel air tersebut. Bagi pepejal terampai pula ialah
jumlah pepejal terampai yang terlarut dalam sampel air tersebut.

Contoh pengiraan untuk mendapatkan jumlah pepejal terampai dan pepejal
terampai ialah seperti berikut:

Jumlah pepejal terampai :
Bagi contoh sampel IN1, sampel 1.
TSS = [(Jisim kertas turas asal + Pepejal terampai kering) - (Jisim kertas turas asal)]
Isipadu sampel air yang dituangkan ke dalam corong
= (2.2143-1.45071) g / 100 ml
= 7.6359 x 10
-3
g/ml x 1000ml/1 l x 1000mg/1g
= 7635.9 mg/l



43

SS = [(Jisim kertas turas asal + Pepejal terampai kering selepas 24 jam) - (Jisim
kertas turas asal)] / Isipadu sampel air yang dituangkan ke dalam corong
= (1.69147- 1.45071) g / 100 ml
= 2.40764 x 10
-3
g/ml x 1000ml/1 l x 1000mg/1g
= 2407.64 mg/l




Jadual 4.5 Kandungan jumlah pepejal terampai (TSS) dan pepejal
terampai (SS) sampel 1










Masa
No.
Sampel
Berat
Kertas
Turas
+bekas,
g
Berat
Kertas
Turas
+bekas
+ sisa
basah,
, g
Berat
Kertas
Turas
+bekas +
sisa
kering, g
Isipadu
sampel,
ml
TSS
mg/l
SS
0 Inlet 1.45071 2.2143 1.69147 100 7635.9 2407.64
10 s1 1.09197 1.68573 1.31308 100 5937.6 2211.17
20 s2 8.04202 8.63523 8.22039 100 5932.1 1783.72
30 s3 8.29778 8.88902 8.42108 100 5912.4 1233.01
35 s4 1.09616 1.6785 1.21211 100 5823.4 1159.57
40 s5 1.13617 1.67241 1.23901 100 5362.4 1028.31
45 s6 1.1102 1.61015 1.21126 100 4999.5 1010.68
50 s7 7.52852 7.99898 7.61450 100 4704.6 859.80
55 s8 9.16191 9.60797 9.25313 100 4460.6 912.20
60 s9 10.08123 10.4999 10.1705 100 4186.7 892.70


44
Jadual 4.6 Kandungan jumlah pepejal terampai (TSS) dan pepejal
terampai (SS) sampel 2.


Daripada kedua-dua sampel yang diperolehi terdapat perbezaan kandungan
Jumlah pepejal terampai (TSS) dan pepejal terampai (SS). Antara faktor yang
menyebabkan kandungan TSS dan SS yang tinggi bagi sampel 2 adalah kerana ia
diambil pada musim hujan. Di mana air hujan yang menjadi air larian permukaan
telah mengangkut jumlah enapan yang banyak ke dalam kolam yang menjadi tempat
pengambilan air penyiraman rumput di padang golf tersebut. Tetapi bagi sampel 1,
diambil pada bulan yang kemarau, maka enapan adalah sedikit kerana tidak
terdapatnya air larian permukaan yang akan mengangkut enapan ke dalam kolam
tersebut.

Bagi sampel 1 dan 2, terdapat perbezaan bilangan botol sampel air yang
diambil. Perkara ini berlaku disebabkan bagi sampel 1 air yang dihasilkan selepas
setengah jam sprinkler dibuka lambat kering di lurang. Kebarangkalian berlaku
keadaan ini kerana keadaan padang golf yang kering, maka air lambat untuk kering.
Perkara yang sebaliknya berlaku bagi sampel 2, di mana keadaan padang golf yang
lembap maka air yang terhasil dilurang adalah cepat kering dan berhenti.




Masa
No.
Sampel
Berat
Kertas
Turas
+bekas,
g
Berat
Kertas
Turas
+bekas
+ sisa
basah, ,
g
Berat
Kertas
Turas
+bekas
+ sisa
kering, g
Isipadu
sampel,
ml
TSS
mg/l
SS
0 IN 1 6.86183 9.53377 8.8193 0.1 26719.40 19574.70
10 S1 1.14518 2.19178 1.60095 0.1 10466.00 4557.70
20 S2 1.47157 2.61445 1.94287 0.1 11428.80 4713.00
30 S3 9.29055 10.33449 9.74083 0.1 10439.40 4502.80
35 S4 10.23381 11.30853 10.71272 0.1 10747.20 4789.10
40 S5 7.55748 8.5948 7.98496 0.1 10373.20 4274.80
45 S6 8.13165 9.16577 8.5566 0.1 10341.20 4249.50
50 S7 4.82482 5.95018 5.2923 0.1 11253.60 4674.80
55 S8 8.62931 9.75211 9.0912 0.1 11228.00 4618.90


45
4.4.2 Keputusan Ujikaji Kadar Kekeruhan


Ujikaji mengkaji kadar kekeruhan perlu dilakukan di makmal kerana kadar
kekeruhan adalah berkait rapat dengan kandungan enapan yang wujud dalam sesuatu
air. Ujikaji kekeruhan adalah dilakukan dengan menggunakan turbidity meter.
Prinsip ujikaji ini ialah kadar penembusan cahaya dalam air sampel yang diuji.
Makin tinggi nilai NTU, maka makin susah cahaya menembusi sampel air tersebut.
Dengan berdasarkan ketinggian nilai NTU, maka dapat dibuktikan bahawa
kandungan pepejal yang terampai atau enapan adalah tinggi. Ini menunjukan
hubungan terus kandungan pepejal terampai dengan nilai kadar kekeruhan (NTU) air
sampel yang akan dikaji.

Hasil ujikaji kadar kekeruhan bagi kedua-dua sampel air adalah seperti yang
ditunjukkan dalam jadual 4.6 :

Jadual 4.7 Kadar kekeruhan sampel 1 dan 2

No. Botol sampel Sampel 1 (NTU) Sampel 2 (NTU)
IN1
206 403
S!
113 132
S2
111 131
S3
86 113
S4
84 111
S5
71 109
S6
66 104
S7
69 97
S8
65 98
S9
66


Terdapat perbezaan kadar kekeruhan anatara sampel 1 dengan sampel 2.
Bagi sampel 1, kadar kekeruhan adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan


46
sampel 2. Ini menunjukan kadar penembusan cahaya adalah lebih tinggi berbanding
sampel 2. Bagi sampel 2, kadar penembusan adalah rendah. Kedua-dua keadaan ini
menunjukan terdapatnya perbezaan kandungan pepejal terampai atau enapan untuk
kedua-dua sampel ini.




4.5 Analisis Keputusan


Analisis keputusan perlu dilakukan untuk mengetahui kaitan yang wujud
antara keputusan ujikaji di tapak atau dimakmal yang telah diperolehi. Dengan
analisi yang tepat akan dapat menghasilkan kesimpulan kajian yang lebih tepat dan
berasas berdasarkan fakta dan keputusan ujikaji yang telah dilakukan.





















47

4.5.1 Hubungan Masa dengan Jumlah Pepejal Terampai (TSS), Pepejal
Terampai (SS), Kekeruhan dan Peratus Kelembapan Tanah

Rajah 4.1 4.4 menunjukkan hubungan masa dengan jumlah pepejal
terampai (TSS), pepejal terampai (SS), kekeruhan dan peratus kelembapan.


Rajah 4.1 TSS melawan Masa




48

Rajah 4.2 SS melawan Masa



Rajah 4.3 Kekeruhan melawan Masa



49

Rajah 4.4 Peratus kelembapan tanah melawan masa


Daripada keempat-empat graf menggambarkan kandungan pepejal terampai
atau enapan yang terdapat dalam sampel air yang telah dikaji. Semua graf yang telah
diplot di atas adalah hasil dari ujikaji-ujikaji yang telah dilakukan samada di tapak
atau di makmal. Masa yang telah diplot adalah mewakili nombor botol sampel yang
telah di ambil di tapak. Bagi t = 0 minit, ia mewakili botol sampel yang bertanda
IN1. Sampel ini di ambil dari sprinkler dan dijadikan sebagai aras penanda ujikaji-
ujikaji yang akan dilakukan. Bagi t = 10, 20 dan 30 minit, ia mewakili botol sampel
S1, S2 dan S3. Manakala bagi t = 35, 40, 45, 50, 55 dan 60 minit adalah mewakili
S4, S5, S6, S7, S8 dan S9. Sistem penandaan botol sampel bagi sampel 2 adalah
sama seperti sampel 1.

Bagi Rajah 4.1 (TSS melawan masa) menunjukkan hubungan antara
kandungan jumlah pepejal terampai (TSS) dengan masa. Dari graf ini dapat kita
melihat perbezaan yang ketara bagi botol sampel IN1 (t = 0 minit) dengan IN1
sampel 2. Di mana In1 sampel 1 ialah 7635.9 mg/L dan IN1 sampel 2 ialah
26719.40 mg/L. Di sini menunjukkan nilai TSS bagi sampel 2 adalah lebih tinggi
dari sampel 1. Dari graf ini dapat kita lihat perbezaan bentuk graf antara sampel 1


50
dengan sampel 2. Walau pun terdapat penurunan nilai TSS dari t = 0 minit ke t yang
lebih besar dari 0 minit, ia merupakan penurunan yang kecil kerana kandungan TSS
yang sedia ada dalam air sampel 1 adalah kecil dari asalnya. Manakala bagi sampel
2, terdapat penurunan mendadak nilai TSS dari t = 0 ke t = 10 minit. . Ini kerana
pada kandungan awal TSS adalah besar, maka rumput yang terdapat dipadang golf
tersebut dapat memerangkap dengan banyak kandungan TSS tersebut. Selepas t = 20
minit penurunan kandungan TSS adalah perlahan dan mendatar. Hal ini kerana
sampel air yang selepas masa tersebut mempunyai kandungan TSS yang lebih kecil.
Maka perubahan kandungan TSS berlaku dalam julat yang kecil. Bagi sampel 1
bentuk graf adalah lebih mendatar dan menurun dengan perlahan.

Untuk Rajah 4.2 (SS melawan masa) ia mempunyai bentuk yang sama
dengan rajah 4.1. Cuma apa yang membezakan kedua-dua adalah nilai pepejal
terampai (SS), IN1 sampel 1 bersamaan 2407.64 mg/L dan 19574.70 mg/L bagi
sampel 2. Bentuk yang sama terhasil antara rajah 4.1 dengan rajah 4.2 menunjukan
bahawa ia mempunyai kaitan satu sama lain.

Manakala bagi graf kadar kekeruhan melawan masa juga mempunyai bentuk
yang hampir sama dengan graf dalam rajah 4.1 dan rajah 4.2. Kadar kekeruhan bagi
sampel 1 menurun dengan kadar yang perlahan dan selepas t = 30 minit, penurunan
adalah hampir tiada. Bagi sampel 2, penurunan kadar kekeruhan adalah menurun
dengan cepat pada 20 minit pertama dan menurun dengan perlahan dan mendatar
selepas t = 30 minit. Dari graf ini, menunjukkan sistem saliran yang digunakan di
padang golf yang menggunakan rumput sebagai ejen pemerangkapan enapan adalah
berjaya menjernihkan air dengan mengurangkan kadar enapan dalam sampel air.

Untuk graf dalam rajah 4.4 adalah menunjukan hubungan antara peratus
kelembapan tanah dengan masa. Peratus kelembapan ini adalah nilai purata dari
enam tempat yang dipilih semasa pengambilan sampel air di sekitar kawasan saliran
padang golf dengan menggunakan moisture meter. Dari graf ini menunjukkan kadar
peratus kelembapan tanah yang semasa pengambilan sampel 1 adalah lebih rendah
berbanding semasa pengambilan sampel 2. Peratus kelembapan bagi keduaa-dua
sampel adalah meningkat sehingga minit ke 30 dan menurun selepas itu. Ini terjadi
kerana selepas minit ke 30 sprinkler di matikan.


51


4.5.2 Peratus Pemerangkapan Enapan (Sediment) dengan Masa


Rajah 4.5 4.6 menunjukkan peratusan pemerangkapan enapan bagi
sampel 1 dan sampel 2.

Rajah 4.5 Peratus pemerangkapan enapan melawan masa (sampel 1)















52


Jadual 4.8 Peratusan pemerangkapan pepejal terampai

Sample No. TSS % SS % Turbidity % Rainfall
Inlet 0 0 0 0
s1 22.24 8.16 45.14 0.3
s2 22.31 25.91 46.11 1.9
s3 22.57 48.78 58.25 0
s4 23.73 51.83 59.22 0
s5 29.77 57.28 65.53 0
s6 34.52 58.02 67.96 0
s7 38.38 64.28 66.50 0
s8 41.58 62.11 68.44 0
s9 45.17 62.92 67.96 0



Rajah 4.6 Peratus pemerangkapan enapan melawan masa (sampel 2)








53
Jadual 4.9 Peratus pemerangkapan pepejal terampai (sampel 2)



Kedua-dua graf menunjukan hubungan pemerangkapan enapan dengan masa
berdasarkan parameter Jumlah pepejal Terampai (TSS), Pepejal Terampai (SS) dan
Kadar Kekeruhan. Berdasar ketiga-tiga perimeter ini dapat membuktikan
keberkesanan rumput dalam memerangkap enapan yang terdapat dalam air larian
permukaan.

Bagi graf 4.5 menunjukkan peratusan pemerangkapan bagi sampel 1. Untuk
sampel 1, peratus pemerangkapannya adalah rendah kerana kandungan awal pepejal
terampai atau enapan adalah rendah. Maka peratus yang dapat diperangkap oleh
rumput adalah rendah. Perkara ini dapat dilihat berdasarkan bentuk kenaikan graf
yang terhasil bagi sampel 1 tersebut. Dalam graf ini kenaikan adalah secara perlahan
bagi ketiga-tiga parameter yang diukur. Bagi Kenaikan pertama pada t = 10 minit,
peratus pemerangkapan enapan berdasarkan parameter TSS, SS dan kadar kekeruhan
ialah 22.24%, 8.16% dan 45.14%. Manakala peratus pemerangkapan maximum pula
ialah 45.17% (TSS), 62.92% (SS) dan 67.96% (kadar kekeruhan).

Berdasarkan rajah 4.6 kita dapat lihat peratus pemerangkapan enapan adalah
lebih tinggi daripada sampel 1. Dari bentuk graf ini, dapat dilihat kenaikkan yang
mendadak peratus pemerangkapan enapan antara t = 0 minit dengan t = 10 minit.
Hal ini berlaku kerana kandungan awal enapan adalah lebih tinggi, maka kita dapat
melihat perbezaan yang tinggi antara nombor botol sampel yang diuji. Bagi
peratusan pemerangkapan pertama ialah 60.82% (TSS), 76.71% (SS) dan 67.24%
Sample No. TSS % SS % Turbidity % Rainfall
Inlet 0 0 0 0
s1 60.82 76.71 67.24 0.8
s2 57.22 75.92 67.49 1.2
s3 60.92 76.99 71.96 0.2
s4 59.77 75.53 72.45 0
s5 61.17 78.16 72.95 0
s6 61.29 78.29 74.19 0
s7 57.88 76.11 75.93 0
s8 57.97 76.40 75.68 0


54
(kadar kekeruhan). Nilai maksimun bagi TSS, SS dan kekeruhan ialah 61.29%,
76.40% dan 75.68%.




4.5.3 Hubungan antara keamatan sprinkler dengan Masa dan Jumlah Pepejal
Terampai (TSS), Pepejal Terampai (SS) dan Kekeruhan dengan
keamatan Sprinkler


Rajah 4.7 4.10 menunjukkan hubungan antara keamatan sprinkler dengan
masa dan jumlah pepejal teramapai (TSS), pepejal terampai (SS) dan kekeruhan
dengan keamatan Sprinkler.

Rajah 4.7 Keamatan sprinkler melawan masa



55

Rajah 4.8 TSS melawan Keamatan sprinkler.



Rajah 4.9 SS melawan keamatan sprinkler.



56

Rajah 4.10 Kadar kekeruhan melawan keamatan sprinkler.


Rajah 4.7 adalah menunjukkan graf keamatan sprinkler melawan masa.
Keamatan ini diambil selama 30 minit sepanjang sprinkler dibuka dan bacaan dicatat
setiap 1 minit. Keamatan antara sampl 1 dan 2 adalah tidak mempunyai bentuk yang
sama walaupun menggunakan sprinkler yang sama. Ketidak samaan bentuk
keamatan adalah dipengaruhi oleh tiupan angin dan putaran sprinkler yang
digunakan itu. Keamatan yang paling tinggi bagi sampel 1 ialah 0.5 mm dan 0.6 mm
bagi sampel 2.

Rajah 4.8 , 4.9 dan 4.10 menunjukkan hubungan yang hampir sama dengan
masa walaupun berbeza parameter. Keamatan bagi graf-graf ini ditukar dari sela
masa 1 minit kepada sela masa 10 minit bagi mengaitkan dengan ketiga-tiga
parameter ini. Daripada ketiga-tiga graf ini, menunjukkan nilai parameter (TSS, SS
dan kekeruhan) akan menurun apabila keamatan bertambah. Bagi sampel 1,
penurunan adalah kecil berbanding penurunan sampel 2 yang kelihatan mendadak
penurunannya.




57
4.5.4 Hubungan antara kekeruhan dengan Jumlah Pepejal Terampai (TSS)
dan Pepejal Terampai (SS)


Rajah 4.11 dan 4.12 menunjukkan hubungan dan perkaitan antara kekeruhan
dengan jumlah pepejal terampai (TSS) dan pepejal terampai (SS).




Rajah 4.11 TSS & SS melawan Kekeruhan (sampel 1)







58


Rajah 4.12 TSS & SS melawan Kekeruhan (Sampel 2)

Daripada rajah 4.11 dan 4.12 dapat diketahui hubungan dan kaitan antara
TSS dan SS dengan kekeruhan sampel air. Berdasarkan bentuk kedua-dua graf,
sampel 1 dan sampel 2 menunjukkan TSS dan SS adalah berkadar terus dengan kadar
kekeruhan. Di mana TSS dan SS bertambah akan menyebabkan kadar kekeruhan
juga akan bertambah. Keadaan ini akan membuktikan kadar kekeruhan disebabkan
oleh kewujudan pepejal terampai atau enapan. Makin banyak kandungan enapan
semakin tinggi nilai kekeruhan sesuatu sampel air,






















BAB 5



KESIMPULAN DAN CADANGAN




5.1 Kesimpulan


Kajian ini telah dijalankan di Pulai Spring resort, Pulai, Johor selama 1
semester. Kajian ini merangkumi mengenai keberkesanan sistem saliran di padang
golf yang menggunakan rumput sebagai ejen pemerangkap enapan yang terhasil
disebabkan air larian permukaan. Melalui kajian ini, dapat mengetahui keberkesanan
rumput dalam memerangkap enapan dalam air larian permukaan. Di mana
penggunaan rumput dalam sistem saliran baru, seperti grassed swales akan dapat
menggantikan sistem saliran konvesional. Seterusnya dapat mengatasi masalah
mendakan yang wujud dalam sistem saliran konvesional yang menjadi salah satu
faktor berlakunya banjir kilat di kawasan bandar-bandar.

Daripada kajian dijalankan dan keputusan yang diperolehi, beberapa
kesimpulan
boleh di buat. Boleh dikatakan bahawa kajian ini berjaya menemui objektif yang
ditetapkan walaupun bukan seratus peratus sempurna.

Daripada analisis keputusan yang telah dibuat, dapat disimpulkan bahawa
rumput yang menjadi salah satu komponen sistem saliran di padang golf adalah
sangat efektif dalam memerangkap enapan. Sebagai buktinya boleh di lihat melalui


60
graf peratusan pemerangkapan enapan . Dari graf tersebut, enapan boleh
diperangkap sehingga mencapai 78.29% keberkesannya. Peratusan yang tinggi ini
membuktikan bahawa rumput sangat berkesan sebagai ejen pemerangkap enapan.

Berdasarkan analisis dari graf TSS melawan masa, SS melawan masa dan
kekeruhan melawan masa, membuktikan bahawa jumlah pepejal terampai dalam
sampel air yang telah melalui rumput yang terdapat pada sistem saliran padang golf
adalah berkurangan jika dibandingkan dengan sampel air sebelum melalui sistem
saliran ini. Sebagai contohnya TSS pada IN1 sampel 2, bersamaan 26719.40 mg/L.
Seterusnya TSS ini berkurangan pada sampel seterusnya, iaitu 10466 mg/L Ini
menunjukkan objektif kedua kajian telah tercapai.

Daripada kajian ini, dengan secara tidak langsung menunjukkan bahawa
sistem saliran yang menggunakan rumput atau tanaman renek mampu mengatasi
masalah enapan dalam sistem saliran konvesional. Dengan ini juga membuktikan
bahawa sistem saliran baru, seperti grassed swale amat berkesan jika digunakan dan
seterusnya dapat atasi masalah enapan dalam sistem saliran. Maka masalah banjir
kilat di kawasan-kawasan bandar yang disebabkan masalah sistem saliran tersumbat
dapat diatasi.




5.2 Cadangan


Bagi menghasilkan kajian yang lebih tepat dan berkesan pada masa akan
datang, beberapa cadangan telah dikenalpasti seperti yang tersenarai di bawah:

a) Bagi memperolehi data dan keputusan yang tepat dan diyakini, sampel-
sampel air mesti diperbanyakkan lagi. Selain itu, masa kajian harus
dipanjangkan lagi supaya dapat menjalankan kajian dengan lebih teliti.



61
b) Untuk kajian yang akan datang, sampel air harus diambil dari sistem saliran
baru (grassed swales) supaya mendapat keputusan yang lebih tepat dan betul-
betul berkaitan dengn sistem saliran baru ini. Selain itu, cuba buat
perbandingan dengan sistem saliran konvesional.

c) Selain itu, kajian terhadap beban pencemaran lain juga harus dilakukan
supaya dapat mengetahui keberkesanan dalam menyingkirkan beban
pencemaran selain bahan enapan. Dengan ini kita akan dapat mengetahui
berapakah tahap keberkesanan sistem saliran baru ini dalam menyingkiran
beban pencemaran lain.


































RUJUKAN


R.P.C Morgan (1974). Soil Erosion and Conversation. 2
nd
Edition. Kuala Lumpur :
Longman

Thomas D. Waite (1984). Principles of Water Quality. London : Published by
Press.Inc Ltd.

M.J. Kirkby and R.P.C. Morgan (1980). Water Quality Servey : A Guide for
Collection and Interpretation the Water Quality Data. Published Jointy. Inc.

Department of Environment (DOE). A Handbook of Environment Impact Assesment
Guidelines. Ministry of Sciene, Technology and the Enviroment, Malaysia. 2
nd

Edition. August 1995.

Burton, G.A., Pitt, R.E., 2002. Stormwater Effects Handbook A
Toolbox for Watershed Managers, Scientists, and Engineers. Lewis Publishers,
London

Dallmer, L., 2002. SQIRTS An on-site Stormwater Treatment and
Reuse Approach to Sustainable Water Management in Sydney. Wat. Sci. Tech.
46 (67), 151158.

Wong, T.H.F., Breen, P.F., 2002. Recent Advances in Australian Practice on the Use
of Constructed Wetlands for Stormwater treatment. In: Proceedings of the 9th
international Conference on Urban Drainage, Portland, OR, USA, 913
September 2002.



63
Erwin Nolde, 2006, Possibilities of Rainwater Utilisation in Densely Populated
Areas Including Precipitation Runoffs From Traffic Surfaces. 8 October 2006.

Aminuddin Ab. Ghani, Nor Azazi Zakaria, Mahadzir Kassim dan Baharuddin
Ahmad Nasir. Sediment Size Characteristics of Urban Drains in Malaysia
Cities. River Engineering and Urban Drainage Research Unit (UKSSB), School
of Engineering, Universiti Sains Malaysia. March 2000.

Department of Environment Guidelines for Preventation and Control of Erosion
and Siltration in Malaysia. 1
st
Edition 1996. Kuala Lumpur, jabatan Alam
Sekitar.

Datuk Ir. Hj. Keizrul Abdullah, National Conferences Water for Sustainable
Development Towards a Developed Nation 2020, 13-14 July 2006, Port
Dickson, Negeri Sembilan.

Ana Deletic, Journal of Hydrology Modelling of Water and Sediment Transport
Over Grassed Areas, Engineering Department, University of Aberdeen, March
2000.





















64
LAMPIRAN A


Catatan semasa di tapak

1.0 Bacaan Moisture meter


Jadual 1 Bacaan peratus kelembapan tanah semasa pengambilan sample 1
Bacaan Bacaan 1 Bacaan 2 Bacaan 3 Bacaan 4 Bacaan 5 Bacaan 6
Sebelum
Sprinkler
2.30 pm
16.2 26.2 26.9 38.5 34.2 28.1
2.40 pm 19 33.4 25.6 40.1 39.0 29.8
2.50 pm 19.3 39 41.9 40.9 39.9 30.1
3.00 pm 19.8 40.7 43.2 43.2 44.1 31.3
3.10 pm 19.9 39.2 42.4 43.1 39.6 30.8
3.20 pm 19.4 37.9 41 42.7 38.6 30.5
3.30 pm 19.1 37.8 39.7 42.5 38.3 30.1
3.40 pm 18 35.2 30.7 40.4 35.7 25.4



Jadual 2 Bacaan peratus kelembapan tanah semasa pengambilan sample 2.
Bacaan Bacaan 1 Bacaan 2 Bacaan 3 Bacaan 4 Bacaan 5 Bacaan 6
Sebelum
Sprinkler
10.50 am
33.9 32.1 30.1 44.1 54.3 45.6
11.00 am 35.5 34.6 33.2 46.2 55.1 48.5
11.10 am 40.3 37.5 35.7 48.6 55.6 50.6
11.20 am 46.2 39.4 39.5 52.2 57.6 53.1
11.30 am 45.2 38.5 39.0 51.5 57.4 52.4
11.40 am 40.8 36.4 36.7 49.5 56.8 50.4
11.50 am 37.5 33.8 33.4 46.4 55.4 48.5
12.00 pm 18 35.2 30.7 40.4 35.7 25.4














65

2.0 Bacaan tolok hujan (keamatan Sprinkler)

Jadual 4 Keamatan Sampel 1

Isco Quantity Rainfall
Label Rainfall
Units mm
Resolution 0.1
Significant Digits 7

2/25/2008 15:00 0
2/25/2008 15:01 0
2/25/2008 15:02 0
2/25/2008 15:03 0
2/25/2008 15:04 0
2/25/2008 15:05 0.2
2/25/2008 15:06 0
2/25/2008 15:07 0
2/25/2008 15:08 0
2/25/2008 15:09 0.6
2/25/2008 15:10 0
2/25/2008 15:11 0
2/25/2008 15:12 0
2/25/2008 15:13 0.3
2/25/2008 15:14 0.2
2/25/2008 15:15 0.4
2/25/2008 15:16 0
2/25/2008 15:17 0.3
2/25/2008 15:18 0
2/25/2008 15:19 0
2/25/2008 15:20 0
2/25/2008 15:21 0
2/25/2008 15:22 0.2
2/25/2008 15:23 0
2/25/2008 15:24 0
2/25/2008 15:25 0
2/25/2008 15:26 0
2/25/2008 15:27 0
2/25/2008 15:28 0
2/25/2008 15:29 0
2/25/2008 15:30 0












66

Jadual 4 Keamatan Sampel 2

Isco Quantity Rainfall
Label Rainfall
Units Mm
Resolution 0.1
Significant Digits 7

3/27/2008 10:30 0
3/27/2008 10:31 0
3/27/2008 10:32 0
3/27/2008 10:33 0
3/27/2008 10:34 0
3/27/2008 10:35 0
3/27/2008 10:36 0
3/27/2008 10:37 0
3/27/2008 10:38 0.3
3/27/2008 10:39 0
3/27/2008 10:40 0
3/27/2008 10:41 0
3/27/2008 10:42 0.5
3/27/2008 10:43 0
3/27/2008 10:44 0
3/27/2008 10:45 0
3/27/2008 10:46 0.3
3/27/2008 10:47 0.3
3/27/2008 10:48 0.3
3/27/2008 10:49 0
3/27/2008 10:50 0.5
3/27/2008 10:51 0
3/27/2008 10:52 0
3/27/2008 10:53 0
3/27/2008 10:54 0
3/27/2008 10:55 0
3/27/2008 10:56 0
3/27/2008 10:57 0
3/27/2008 10:58 0
3/27/2008 10:59 0
3/27/2008 11:00 0














67

LAMPIRAN B

Catatan keputusan ujikaji di makmal

Jadual 5 Kadar kekeruhan sampel 1 dan 2

No. Botol sampel Sampel 1 (NTU) Sampel 2 (NTU)
IN1
206 403
S!
113 132
S2
111 131
S3
86 113
S4
84 111
S5
71 109
S6
66 104
S7
69 97
S8
65 98
S9
66


Jadual 6 Kandungan jumlah pepejal terampai (TSS) dan pepejal
terampai (SS) sampel 1


Masa
No.
Sampel
Berat
Kertas
Turas
+bekas,
g
Berat
Kertas
Turas
+bekas
+ sisa
basah,
, g
Berat
Kertas
Turas
+bekas +
sisa
kering, g
Isipadu
sampel,
ml
TSS
mg/l
SS
0 Inlet 1.45071 2.2143 1.69147 100 7635.9 2407.64
10 s1 1.09197 1.68573 1.31308 100 5937.6 2211.17
20 s2 8.04202 8.63523 8.22039 100 5932.1 1783.72
30 s3 8.29778 8.88902 8.42108 100 5912.4 1233.01
35 s4 1.09616 1.6785 1.21211 100 5823.4 1159.57
40 s5 1.13617 1.67241 1.23901 100 5362.4 1028.31
45 s6 1.1102 1.61015 1.21126 100 4999.5 1010.68
50 s7 7.52852 7.99898 7.61450 100 4704.6 859.80
55 s8 9.16191 9.60797 9.25313 100 4460.6 912.20
60 s9 10.08123 10.4999 10.1705 100 4186.7 892.70


68
Jadual 7 Kandungan jumlah pepejal terampai (TSS) dan pepejal
terampai (SS) sampel 2.

Contoh pengiraan TSS dan SS:

Bagi contoh sampel IN1, sampel 1.
TSS = [(Jisim kertas turas asal + Pepejal terampai kering) - (Jisim kertas turas asal)]
Isipadu sampel air yang dituangkan ke dalam corong
= (2.2143-1.45071) g / 100 ml
= 7.6359 x 10
-3
g/ml x 1000ml/1 l x 1000mg/1g
= 7635.9 mg/l
SS = [(Jisim kertas turas asal + Pepejal terampai kering selepas 24 jam) - (Jisim
kertas
turas asal)] / Isipadu sampel air yang dituangkan ke dalam corong
= (1.69147- 1.45071) g / 100 ml
= 2.40764 x 10
-3
g/ml x 1000ml/1 l x 1000mg/1g
= 2407.64 mg/l











Masa
No.
Sampel
Berat
Kertas
Turas
+bekas,
g
Berat
Kertas
Turas
+bekas
+ sisa
basah, ,
g
Berat
Kertas
Turas
+bekas
+ sisa
kering, g
Isipadu
sampel,
ml
TSS
mg/l
SS
0 IN 1 6.86183 9.53377 8.8193 0.1 26719.40 19574.70
10 S1 1.14518 2.19178 1.60095 0.1 10466.00 4557.70
20 S2 1.47157 2.61445 1.94287 0.1 11428.80 4713.00
30 S3 9.29055 10.33449 9.74083 0.1 10439.40 4502.80
35 S4 10.23381 11.30853 10.71272 0.1 10747.20 4789.10
40 S5 7.55748 8.5948 7.98496 0.1 10373.20 4274.80
45 S6 8.13165 9.16577 8.5566 0.1 10341.20 4249.50
50 S7 4.82482 5.95018 5.2923 0.1 11253.60 4674.80
55 S8 8.62931 9.75211 9.0912 0.1 11228.00 4618.90


69
LAMPIRAN C


Foto-foto sepanjang menjalankan kajian














































Foto 2 : Tolok Hujan diletakkan di
tengah-tengah semburan sprinkler
Foto 1 : Semburan sprinkler mula
dibuka
Foto 4 : Lurang tempat pengambilan
sampel
Foto 3 : Semasa pengambilan air
sampel


70


















































Foto 6 : Jaringan saliran yang
menghubung ke lurang
Foto 8 : Ketuhar digunakan bagi
mengeringkan spesimen
Foto 7 : Mengambil bacaan peratus kelembapan
tanah dengan menggunakan moisture
meter sprinkler
Foto 5 : Menunjukkan jaringan
saliran yang baru dibina


71
























Foto 11 : Penimbangan specimen
semasa ujikaji makmal
Foto 9 : Turbidity meter Foto 10 : Bacaan Turbidity meter

You might also like