You are on page 1of 111

PSZ 19:16 (Pind.

1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*

Nama Penuh Penulis

ROSDI BIN SIDEK

Tarikh lahir

02HB. JANUARI 1973

Judul

PERBANDINGAN DI ANTARA REKABENTUK ASAS


RAKIT DAN REKABENTUK ASAS CERUCUK UNTUK
PROJEK PERUMAHAN DUA TINGKAT

Sesi Pengajian

2010/2011

Saya menyatakan bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai:

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan


atau Kepentingan Malaysia seperti yang termaktub
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah


ditentukan oleh badan/Organisasi di masa
penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Saya bersetuju tesis saya yang akan diterbitkan


dengan akses terbuka dalam talian (teks penuh)

Saya mengakui bahawa pihak Universiti Teknologi Malaysia berhak seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuatsalinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di
antara Institusi Pengajian Tinggi.

Disahkan oleh

( TANDATANGAN PENULIS )

( TANDATANGAN PENYELIA)

( 730102-03-6261 )

EN. MOHAMED ZAHRY BIN OTHMAN

Tarikh : 13HB NOVEMBER 2010

Tarikh : 13HB NOVEMBER 2010

ii

Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Tandatangan

: .....................................................

NamaPenyelia

: EN. MOHAMED ZAHRY BIN OTHMAN

Tarikh

: 13 NOVEMBER 2010

iii

PERBANDINGAN DI ANTARA REKABENTUK ASAS RAKIT DAN


REKABENTUK ASAS CERUCUK UNTUK PROJEK PERUMAHAN DUA
TINGKAT.

ROSDI BIN SIDEK

Laporan projek ini dikemukakan


sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam


Universiti Teknologi Malaysia

November, 2010

iv

Saya akui karya ini bertajuk PERBANDINGAN DI ANTARA REKABENTUK ASAS


RAKIT DAN REKABENTUK ASAS CERUCUK UNTUK PROJEK PERUMAHAN
DUA TINGKAT adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiaptiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

: .............................................................

NamaPenulis

: ROSDI BIN SIDEK

Tarikh

: 13 NOVEMBER 2010

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya kajian ini dapat
disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W yang membawa rahmat
ke seluruh alam semesta.

Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia PSM ini
iaitu Encik Mohamed Zahry Bin Othman yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta
bimbingan dalam menyiapkan kajian ini.

Buat isteri tercinta Rosmah Binti Ramli dan anak-anak, Muhammad Hakimi,
Muhammad Hafiy, Nurhana Iman dan Muhammad Hasif tak lupa juga kepada kedua ibu
bapa, Sidek Bin Salleh dan Mek Soom Binti Deraman, terima kasih di atas doa, dorongan
dan semangat yang diberikan untuk saya terus belajar seterusnya maju ke hadapan. Tidak
dilupakan saudara-mara kandung terdekat yang tidak pernah jemu memberi galakan serta
sokongan. Teman-teman seperjuangan dan pelajar-pelajar jurusan Kejuruteraan Awam
SPACEUTM sessi 2006/2007.

Akhir sekali terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dengan tesis ini. Wassalam

vi

ABSTRAK

Dalam pembinaan asasutama, terdapat pelbagai jenis rupa bentuk dan tentu letak asas
digunakan.Asas, lazimnya terbahagi kepada dua jenis, iaitu asas cetek dan asas dalam. Antara
jenis asas cetek yang digunakan dalam pembinaan ialah asas pad, asas rakit, asas jalur atau
jelujur manakala asas dalam pula ialah asas cerucuk. Penggunaan masing-masing pula
bergantung bukan sahaja kepada jenis binaan tetapi juga keperluan kejuruteraan. Oleh itu,
kajian ini dijalankan demi keperluan pembinaan projek yang menggunakan asas cerucuk dan
asas rakit. Serta juga hal yang bersangkutan dengan kawasan penggunaannya, terutama kesan
fenomena geseran kulit negatif serta hasil tindak balas tanah keatas cerucuk yang dibenam
itu.
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan dari segi kos dan masa serta kebaikan
dan kelemahan asas rakit dan asas cerucuk di tapak projek pembinaan rumah teres dua tingkat
di kawasan Alam Impian, Seksyen 35 Shah Alam, Selangor. Metodologi kajian adalah
berdasarkan keputusan penyiasatan tapak, ujian serta pemerhatian.

vii

ABSTRACT

In the main foundation, there are various kinds of matter and foundation located used.
Foundation usually is divided into two types, namely shallow foundation and deep
foundation. Shallow foundation that has been used in the construction consists of a pad
foundation, raft foundation, base band or bastes while the base is the foundation piles. Use of
each depends not only on the type of construction but also the needs of engineering.
Therefore, this study was undertaken by the need to use the basic construction of pile and raft
foundation. And also things related to the use, especially the negative effects of the
phenomenon of skin friction and the results of soil reaction on the pile that is embedded. This
study aimed to identify differences in terms of cost and time, and the advantages and
disadvantages of the raft foundation and the foundation piles at the construction site of 2
storey terrace house in AlamImpian, Seksyen 35 Shah Alam, Selangor. The research
methodology is based on the results of site investigation, testing and observation.

viii
KANDUNGAN

BAB

PERKARA

HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS


PENGESAHAN PENYELIA

ii

JUDUL

iii

PENGAKUAN

iv

PENGHARGAAN

ABSTRAK

vi

ABSTRACT

vii

SENARAI KANDUNGAN

viii

SENARAI JADUAL

xiii

SENARAI RAJAH

xiv

SENARAI LAMPIRAN
SENARAI SIMBOL

xv
xvi

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

1.2

Latar Belakang Kajian

1.3

Pernyataan Masalah

1.4

Persoalan Kajian

1.5

Batasan Kajian

1.6

Objektif Kajian

1.7

Skop Kajian

1.8

Signifikan Kajian

1.9

Kesimpulan

ix
2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pendahuluan

2.2

Sektor Pembinaan di Malaysia

2.3

Pengenalan Asas Bangunan

2.3.1 Jenis-Jenis Asas

11

2.4 Asas Rakit

2.5

14

2.4.1 Jenis-Jenis Asas Rakit

15

2.4.2 Keupayaan Galas Asas Rakit

16

2.4.3 Rekabentuk Asas Rakit

17

AsasCerucuk

19

2.5.1 Faktor-faktorPenggunaan

22

AsasCerucuk.
2.5.2 Jenis Jenis Cerucuk dan

22

Kegunaannya
2.5.3 Mutu Cerucuk

26

2.5.4 Saiz dan Geometri.

26

2.5.5 Pancangan Tanda

27

2.5.6 Kedudukan

27

2.5.7 Kepugakan

27

2.5.8 Kecondongan

28

2.5.9 Ujian Cerucuk

28

2.6

Kriteria Rekabentuk Asas

29

2.7

Ciri-ciri tanah

33

2.7.1 Pengkelasan tanah

33

2.8

Had Atterberg

34

2.9

Prinsip Tegasan Berkesan

35

2.10

Penyebaran Tegasan Dalam Tanah

36

2.11

Teori Boussinesq

36

2.12

Kekuatan Ricih

38

2.12.1 Pengenalan

38

2.12.2 Ujian- ujian kekuatan ricih

39

2.12.3 Ujian ricih terus

40

2.13 Teori Pengukuhan dan Enapan

41

x
2.13.1 Pengenalan

41

2.13.2 Analisis Pengukuhan dan Enapan

42

2.13.3 Enapan serta-merta

42

2.13.4 Tanah berjelekit

42

2.14

Keupayaan Galas Muktamad

44

2.15

Faktor-Faktor yang menpengaruhi

46

keupayaan galas muktamad


2.15.1 Pengaruh Aras Air bumi

47

Terhadap Keupayaan Galas


2.15.2 Pengaruh Beban Sipi dan Condong

47

Terhadap Keupayaan Galas


2.15.3 Keupayaan Galas Bersih dan

47

Keupayaan Galas Selamat


2.16

Kesimpulan

48

METODOLOGI KAJIAN

49

3.1

RekabentukdanProsedurKajian

49

3.2

MetodologiKajian

50

3.3

InstrumenKajian

51

3.4

AnalisisKeupayaan galas muktamad

52

3.4.1 AnalisisPrandtl

52

3.4.2 AnalisisTerzaghi

53

3.4.3 Persamaan Hansen

55

Analisis Dan Rekabentuk Rasuk Dalam Sistem

56

3.5

Asas Rakit Rasu kPapak


3.6

Sumber Data

58

3.7

Kesimpulan

58

xi
4

DATA DAN ANALISIS

59

4.1

Pengenalan

59

4.2

Latar belakang projek

59

4.3

Data Dan Maklumat

60

4.3.1 Parameter

60

Asas Rakit

61

4.4.1 Rekabentuk Asas Rakit

62

4.4.2 Jangkaan

63

4.4.3 Rumusan

64

4.4.4 Jadual Senarai Harga Ukur Bahan

66

4.4.5 Cara kerja Asas Rakit

67

Asas Cerucuk

68

4.5.1 Jangkaan

68

4.5.2 Rumusan

68

4.5.3 Keputusan

71

4.5.4 Jadual Senarai Harga Ukur Bahan

72

4.4

4.5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

76

5.1

Kesimpulan

76

5.2

Cadangan

78

Rujukan

79

Lampiran

80

xii
SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

HALAMAN

1.0

Perbandingan diantara asas rakit dengan asas cerucuk

2.1

Hubungkait K dengan r / z

37

2.2

Faktor-faktor Np

43

2.3

Dengan Ip = faktor-faktor dalam L/B

43

4.1

Hubungan diantara SPT, JKR Proba dan Kekuatan

64

Mampatan Tak Terkurung


4.2

Faktor-faktor keupayaan galas Terzaghi (1943)

65

4.3

Jadual Senarai Harg aUkur Bahan

66

4.4

Formula Imprikal Meyerhof

68

4.5

Jadual Pengiraan Kapasiti Keupayaan Galas Tanah

70

4.6

Jadual Senarai Harga Ukiur Bahan

72

5.1

Perbandingan Antara Asas Rakit Dan Asas Cerucuk

77

xiii
SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

HALAMAN

2.1

Jenis-jenis Asas

11

2.2

Faktor-faktor Mempengaruhi Rekabentuk Asas

12

2.3

Asas Rakit

14

2.4

Asas Rakit Papak Rata

15

2.5

Asas cetek yang mana kedalaman (D) adalah kurang atau

18

sama dengan lebar (B). (The US Army Corps Of Engineers, 1993)


2.6

Cerucuk Geseran

20

2.7

Cerucuk Tanggung Hujung

21

2.8

Jenis Cerucuk Bakau

23

2.9

Pembinaan pelantar bakau sebagai lantai pembetung

23

2.10

Cerucuk jenis Konkrit Tetulang (RC Pile)

25

2.11

Penggunaan spun pile dalam suatu projek perumahan

25

2.12

Kegagalan keupayaan galas

30

2.13

Model enapan (a) seragam (b) sengettanpaherotan,(c) dengan herotan

31

2.14

Hubungan Istilah-istilah secara Grafik

37

2.15

KeadaanTegasan Semasa Kegagalan

39

2.16

Mod Kegagalan Ricih Am

44

2.17

Mod Kegagalan RicihTempatan

45

2.18

Parameter-parameter Mempengaruhi Faktor Keupayaan Galas

46

3.1

Carta Alir Metodologi Kajian

50

3.2

Analisis ricih tebuk

57

4.1

Rekabentuk asas rakit- papak

62

4.2

Rekabentuk asas rakit- rasuk

63

4.3

Rekabentuk Asas Cerucuk (Tetopi)

72

xiv
SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

HALAMAN

Pelan tapak kes studi

78

Senari rajah ketegangan tanah

79

Senarai ukur bahan JKR

85

Senarai jadual lubang jara

89

xv
SENARAI SIMBOL

lebar asas

berat unit tanah (kN/m3)

Df

kedalaman asas

qu

kekuatan mampatan tak terkurung(kN/m2)

kejelikitan

Nc

factor keupayaan galas

Nq

factor keupayaan galas

tegasan normal

kekuatan ricih tanah

sudut geseran dalaman (0)

anjakan ricih

Pi

enapan serta merta

Pc

pengukuhan prima

modulus Young

Qu

keupayaan galas muktamad

sat

berat unit teputanah

berat unit air

qw

keupayaan galas bersih

fs

rintangan permukaan cerucuk

Sc,Sq,Sy

factor-faktor bentuk

dc,dq,dy

factor-faktor kedalaman

ic,iq,iy

factor-faktor kecondongan beban

LL

had cecair

PL

had plastic

Ps

beban geseran pada permukaan cerucuk

Pb

beban tanggung hujung

As

luas permukaan cerucuk bagi geseran

Ab

luas permukaan cerucuk di hujung

k1

pemalar bagi geseran

k2

pemalar bagi tanggung hujung

xvi
Fs

factor keselamatan bagi geseran

Fb

factor keselamatan bagi tanggung hujung

FS

factor keselamatan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan serta kebaikan dan


kelemahan asas rakit dan asas cerucuk dalam sesuatu projek pembinaan yang dijalankan
di negara ini. Instrumen kajian adalah berdasarkan ujian serta pemerhatian. Segala data
akan dianalisis menggunakan min, kekerapan dan peratus. Turut diterangkan di sini
adalah latarbelakang kajian, pernyataan masalah, tujuan kajian, signifikasi kajian dan
juga batasan kajian.

1.2

Latarbelakang Kajian

Malaysia adalah merupakan salah satu negara yang sedang pesat membangun di
dunia. Berbagai sektor dan bidang kepakaran di Malaysia semakin pesat berkembang,
secara tak langsung ia menyumbangkan kepada kemajuan serta kemakmuran negara.
Salah satu daripada sektor yang turut menyumbang kepada pembangunan Malaysia
adalah sektor pembinaan. Di Malaysia terdapat banyak projek pembinaan yang sedang

2
berjalan di seluruh negara. Ini termasuklah pembinaan struktur-struktur seperti bangunan,
jalan raya, jambatan dan banyak lagi.

Anggota-anggota struktur yang perlu direkabentuk adalah seperti kekuda, papak,


rasuk, tiang dan asas bangunan. Secara lazimnya, anggota struktur akan direkabentuk
bermula dengan anggota yang di atas, iaitu kekuda dan seterusnya anggota-anggota yang
di bawahnya sehinggalah anggota yang paling bawah iaitu asas. Asas merupakan anggota
mampatan yang akan memindahkan seluruh beban struktur bangunan ke atas tanah di
bawahnya.

Terdapat beberapa jenis asas seperti asas bercerucuk, asas rakit, asas
berpencengkam, asas jalur, asas berkembar dan juga asas tunggal. Setiap jenis asas
mempunyai kelebihan dan juga kekurangan masing-masing. Didalam proses rekabentuk
asas, kriteria yang perlu dititik beratkan ialah supaya ianya selamat digunakan sepanjang
zaman, ekonomikal dan mesra alam.

1.3

Pernyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan serta kelebihan dan


kelemahan di antara asas rakit dan asas cerucuk selaku rekabentuk asas sesuatu kerjakerja pembinaan. Kita seringkali dikejutkan dengan berita berkenaan kejadian runtuhan
bangunan atau struktur binaan seperti Highland Towers, Stadium Terengganu dan lainlain lagi. Gejala seperti ini bukan sahaja mengakibatkan kerugian wang ringgit dan nyawa
malahan secara tidak langsung ianya boleh mencalar nama baik negara selaku peneraju
negara yang pesat membangun dan makmur di dunia ini.

Oleh itu, dalam kajian ini analisis mendalam dilakukan bagi mngenalpasti
rekabentuk asas pembinaan yang terbaik dan kukuh di antara asas rakit dan asas cerucuk.
Hasil kajian ini sudah pasti akan memberikan impak positif yang amat berharga bagi

3
sektor pembinaan di negara ini sekaligus ianya juga memainkan peranan yang amat
penting terhadap individu, masyarakat serta negara di masa depan.

1.4

Soalan Kajian

Berikut adalah soalan-soalan kajian yang telah dirangka untuk mecapai objektif
kajian:

1. Apakah kelebihan serta kekurangan yang ada pada rekabentuk asas rakit dan
rekabbentuk asas bercerucuk.

2. Rekabentuk asas yang manakah lebih baik dari segi keselamatan, kadar enapan,
kos dan masa.

1.5

Batasan Kajian

Beberapa batasan atau kekangan yang mungkin akan timbul adalah seperti berikut:

1. Kajian hanya dijalankan pada dua rekabentuk asas sahaja sedangkan yang lain
tidak dikaji. Oleh itu hasilnya adalah tidak menyeluruh.

2. Tempoh masa yang terhad, iaitu pengkaji mungkin terlibat dengan aktiviti-aktiviti
rasmi ataupun peribadi yang tidak dapat dielakkan.

4
Jadual 1.0: Perbandingan diantara asas rakit dengan asas cerucuk

Asas Rakit

-Sebuah papan konkrit yang menanggung

Asas cerucuk

-Jarang terdapat cerucuk tunggal.

lebih daripada satu tiang.


-Dua atau lebih cerucuk dalam satu
- Digunakan ketika kekuatan tekanan

kumpulan(membenarkan ketidaksamaan

tanah rendah.

jajaran dan ketidaksamaan pusat).

- Digunakan ketika beban tiang terlalu

-Mengambil kira kapisiti beban,enapan

tinggi (apabila beban asas pad terlalu

dan beban tunggal cerucuk yang berkait

rapat).

dengan cerucuk kumpulan.

- Biasanya digunakan untuk asas dalam.

- Kalifikasi:geseran atau tanggung hujung

- Selalu dipraktikkan jika terdapat masalah atau kombinasi geseran dan kombinasi
enapan.

tanggung hujung.

- Mengagihkan beban tiang secara

-Digunakan ketika keadaan tanah sangat

seragam.

lemah(tidak ekonomi)

- Kelebihan pada atau di bawah paras air

-Jenis pratuang dan lantak atau gerudi dan

bawah tanda (rintangan air).

tuang di situ.

- Tuang di situ.

-Anggaran set pada setiap hentakkan dan


disahkan melalui ujian.

-Direka bentuk sebagai papak yang


terbalik.

-Enapan kumpulan cerucuk kepada ciri


tanah yang menghasilkan tekanan
bulb.

-Kebiasaannya direkabentuk sebagai


tiang pendek.

5
1.6

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menentukan bahawa asas rakit sesuai dijalankan berbanding
dengan asas cerucuk bagi projek perumahan dua(2) tingkat di kawasan Alam
Impian(FasaA1-03a), Seksyen 35, Shah Alam (seperti di dalam lampiran A). Oleh itu
bagi mencapai tujuan tersebut objektif-objektif berikut dikenalpasti:

1.

Mengenalpasti profil tanah

di kawasan kajian bagi menentukan parameter-

parameter tanah untuk rekabentuk asas.

2.

Membuat rekabentuk asas rakit dan asas cerucuk bagi projek perumahan dua
tingkat di kawasan Alam Impian(FasaA1-03a), Seksyen 35, Shah Alam.

3.

Membuat perbandingan rekabentuk asas rakit dan asas cerucuk yang telah sedia
ada dari segi kos dan masa.

1.7

Skop Kajian

Skop bagi kajian kes yang akan dilaksanakan merangkumi beberapa perkara
seperti jenis bangunan yang dikaji, lokasi kawasan kajian, jenis tanah di tapak projek,
jenis rekabentuk yang akan dibuat, jenis-jenis asas yang akan direkabentuk dan juga
parameter-parameter perbandingan rekabentuk. Bagi kajian kes ini, rekabentuk asas akan
dibuat untuk jenis bangunan yang tertentu. Semua rekabentuk asas akan dibuat
berdasarkan kepada data dan ciri-ciri rumah teres dua tingkat sahaja.

Dengan itu, perbandingan akan dapat dibuat dengan lebih tepat kerana rekabentuk
bagi semua asas adalah untuk jenis bangunan yang sama. Kawasan kajian bagi kes ini
pula adalah di kawasan perumahan Alam Impian (FasaA1-03a), Seksyen35,Shah Alam.

6
Perbandingan rekabentuk asas hanyalah di antara jenis asas rakit dan asas
bercerucuk sahaja. Bagi perbandingan pada peringkat pembinaan asas pula, perbandingan
akan dibuat berdasarkan 2 parameter iaitu dari segi kos dan juga dari segi masa. Secara
ringkasnya, skop bagi kajian ini adalah seperti berikut:

i.

Rekabentuk asas bagi bangunan jenis rumah teres dua tingkat.

ii.

Kawasan kajian kes adalah di kawasan perumahan Alam Impian(FasaA103a), Seksyen 35, Shah Alam.

iii.

Perbandingan rekabentuk asas di antara jenis asas rakit dan asas


bercerucuk.

iv.

1.8

Perbandingan di antara rekabentuk asas hanya dari segi kos dan masa.

Signifikan Kajian

Sektor pembinaan merupakan tonggak kepada pembangunan negara yang


cemerlang, gemilang dan terbilang. Kerja-kerja pembinaan pula amat bergantung kepada
aspek kekukuhan struktur rekabentuk asasnya. Justeru itu kajian ini memainkan peranan
yang amat signifikan dalam membantu pihak-pihak yang berkenaan menghasilkan kerja
pembinaan yang benar-benar berkualiti dan kos efektif. Selain itu kajian ini juga boleh
dijadikan panduan kepada para pengkaji yang akan menjalankan kajian dalam bidang
yang sama pada masa depan.

7
1.9

Kesimpulan

Bab ini menjelaskan dengan terperinci mengapa kajian ini dilakukan. Berdasarkan
pemerhatian pengkaji didapati adalah perlu satu kajian dilakukan dalam skop bidang ini
bagi mencari jalan untuk meningkatkan lagi prestasi serta kualiti sektor pembinaan di
negara ini. Ini kerana terdapat banyak manfaat dan kelebihan impak positif dari hasil
kajian ini terhadap perkembangan kemajuan negara umumnya. Turut dijelaskan adalah
persoalan dan objektif kajian yang akan membolehkan kajian ini dijalankan pada landasan
yang betul untuk mencapai matlamatnya.

Bab 2

Kajian Literatur

2.1

Pendahuluan

Bab ini menerangkan literatur yang berkaitan dengan sektor pembinaan di negara
ini serta struktur rekabentuk asas dalam kerja-kerja pembinaan. Ianya menekankan
kepentingan pemilihan serta penggunaan struktur rekabentuk asas yang sesuai bagi
menghasilkan pembinaan yang berkualiti.

2.2

Sektor Pembinaan di Malaysia

Pembangunan dalam sesebuah negara banyak berunsurkan perancangan dan


halatuju, urusan, harapan ataupun kedudukannya di masa depannya. Sebagai salah sebuah
negara yang turut mengalami pembangunan yang cukup pesat, Malaysia mengalami
evolusi yang cukup hebat dalam usaha membangunkan infrastruktur dan kemudahan
untuk menjana kepesatan perkembangan ekonomi demi menarik pelaburan asing.
Lantaran

itu,

aspek

pembinaan

memestikan

pengukuhan

program

9
pembangunan dengan mengambilkira pengawalan dan segala ilmu yang berkaitan perlu
diperdalami, bagi membolehkan kualiti hasil binaan berada di tahap bermutu tinggi.
Pelbagai aspek terdapat dalam sektor pembinaan ini seperti pembinaan asas utama atau
substruktur, pembinaan superstruktur dan pembinaan infrastruktur. Begitu juga dengan
perkembangan dan penggunaan teknologi dalam sektor pembinaan yang semakin hari
semakin pesat. Ianya terus mencabar apabila penggunaan kawasan yang dahulunya
terabai, seperti kawasan tanah paya, lembik lagi lembut dan tanah gambut.

Menurut Davis (1982), asas bangunan dan binaan juga turut berubah mengikut
suasana pembebanan dan keadaan di kawasan tapak.

2.3

Pengenalan Asas Bangunan

Menurut piawaian JKR Malaysia, asas sesebuah struktur bolehlah ditakrifkan


sebagai bahagian struktur yang bersentuhan terus dengan tanah. Tanah akan mengalami
enapan dan kadangkalanya gagal apabila dibebankan kerana biasanya tanah adalah jauh
lebih lemah daripada konkrit, keluli ataupun kayu.

Asas merupakan `alat' yang bertujuan untuk memindahkan beban struktur kepada
bumi dengan selamat iaitu selamat dari segi keupayaan tanah dan juga enapan yang tidak
melebihi had-had tertentu. Jenis dan saiz sesuatu asas yang digunakan berkait rapat
dengan saiz beban yang hendak dipindahkan dan juga kekuatan ricih tanah. Reka bentuk
asas adalah satu proses menentukan jenis serta saiz asas dan beban maksimum yang dapat
disokongnya untuk sesuatu tanah.

Oleh sebab asas menopang sesuatu struktur sepanjang hayatnya, maka amat
penting untuk jurutera mengambil kira semua beban yang akan dialaminya kerana adalah
amat sukar untuk mengubah atau membaiki sesuatu asas setelah ianya dibina. Fungsi asas
tapak adalah untuk menanggung keseluruhan beban bangunan dan memindahkannya ke

10
lapisan tanah di bawahnya. Asas tapak juga berfungsi untuk menyebarkan beban dari
struktur atas pada satu kawasan tangungan bawah tanah yang selamat.

Menurut Terzaghi (1943), asas cetek adalah asas yang kedalamannya dikira dari
bahagian aras tanah siap (finished ground level) kurang dari tiga meter(3m) dan dengan
kedalaman minima 1.5 meter (5 kaki) mengikut piawaian JKR Malaysia. Antara jenisjenis asas cetek ialah asas pad, asas jalur, asas berkembar dan asas rakit. Fungsi asas yang
paling utama adalah untuk memindahkan beban struktur bangunan ke lapisan tanah
dibawahnya. Luas permukaan asas dapat diperolehi dari nilai beban per keupayaan galas
tanah:

i.

Semakin luas permukaan sesuatu asas, semakin bertambah ketebalannya. Apabila


keadaan ini berlaku, berat asas itu sendiri menjadi beban terhadap lapisan
dibawahnya. Di samping itu, kos yang diperlukan juga bertambah tinggi. Untuk
mengatasinya, asas akan dibina daripada konkrit tetulang. Asas konkrit tetulang
pada amnya lebih murah dan lebih mudah dibina jika dibandingkan dengan asas
konkrit tanpa tetulang yang terlalu besar. Namun demikian, perkhidmatan jurutera
struktur diperlukan untuk menyediakan rekabentuk asas konkrit tetulang yang
selamat dan ekonomi itu.

ii.

Dengan reka bentuk yang sesuai, asas tidak sepatutnya mengalami enapan.
Sekiranya salah satu asas mengalami enapan, bahagian struktur atas akan
mengalami keretakan. Lebih besar enapan yang berlaku, lebih besarlah keretakan
yang dihasilkan. Keretakan ini pula akan menjadi punca kecacatan bangunan yang
lain. Oleh sebab itu, luas permukaan asas mesti mencukupi sesuai dengan
keupayaan galas tanah supaya beban dapat dipindahkan ke tanah dengan selamat
tanpa mengalami enapan.

iii.

Untuk mengekalkan kedudukan bangunan pada kedudukan awal. Terutama bagi


bangunan-bangunan pencakar langit yang mungkin mengalami pergerakan akibat
tiupan angin kencang. Dalam hal ini, asas bertindak sebagai pengikat supaya
bangunan tetap tidak berubah pada kedudukan asalnya.

iv.

Ini dapat dilakukan dengan menentukan jenis asas yang sesuai dengan kedalaman
yang mencukupi berdasarkan ketinggian bangunan dan keadaan tanah. Secara

11
umumnya, dalam pembinaan bangunan domestic pada tanah yang biasa, asas
dibina dengan kedalaman 1 meter hingga 1.5 meter di bawah aras bumi.
Kedalaman ini cukup untuk mengelakkan pergerakan bangunan secara mendatar
dan juga mengelakkan kerosakan asas akibat pengembangan dan pengucupan
tanah. Pada bangunan tinggi, asas dibina jauh lebih dalam bagi maksud ini.
Penggunaan

cerucuk

dapat

mempertingkatkan

keupayaan

asas

dalam

mengekalkan kedudukan bangunan kerana cerucuk bertindak seperti akar pokok


yang mencengkam bumi.

2.3.1

Jenis-Jenis Asas

Asas bangunan dibahagikan kepada dua kategori, iaitu:

i.

asas cetek, dan

ii.

asas dalam

Rajah 2.1: Jenis-jenis Asas

12
Asas cetek merupakan asas yang menghantar beban struktur kepada tanah berdekatan
dengan permukaan bumi. Sementara asas dalam adalah asas yang menghantar beban
struktur ke lapisan tanah yang lebih dalam. Pemilihan jenis-jenis asas cetek yang
bersesuaian kebiasaannya bergantung kepada:

i.

Magnitud

ii.

Penempatan serta penyusunan beban-beban struktur

iii.

Nilai keupayaan galas tanah selamat

iv.

Sifat-sifat enapan tanah

Menurut Terzaghi ( di dalam buku, Nurly Gofar and Khairul Anuar Kassim, 2008),
asas cetek ialah asas dengan nisbah diantara kedalaman asas (Df) dan lebar asas(B) ialah
kurang dari 1.

Sebagaimana yang telah dinyatakan, fungsi utama asas adalah untuk memindahkan
beban ke lapisan di bawahnya. Oleh itu, dua faktor yang paling utama yang
mempengaruhi rekabentuk asas ialah beban dan keadaan tanah. Selain itu ada faktorfaktor lain seperti kos dan teknologi turut mempengaruhi rekabentuk asas seperti dalam
rajah dibawah:

Rajah 2.2: Faktor-faktor Mempengaruhi Rekabentuk Asas

13
Menurut Sowers (1979), keupayaan galas tanah adalah merupakan sesuatu tindak
balas daripada tanah untuk menanggung beban yang dipikulnya iaitu beban dari struktur
utama yang dipindah daripada asas tanpa mengalami kegagalan.

Setiap asas adalah merupakan sebahagian daripada struktur daripada binaan yang
berfungsi untuk memindahkan beban secara terus ke lapisan tanah yang di bawahnya.
Setiap asas pula mestilah mematuhi dan memenuhi dua ketetapan iaitu pertamanya adalah
berdasarkan faktor keselamatan yang mencukupi terhadap kegagalan ricih tanah yang
bertindak sebagai penyokong asas iaitu pada julat 2.5 hingga 3.

Faktor yang kedua yang mesti dipenuhi ialah enapan asas yang berlaku di mana
ianya mestilah tidak terlalu besar terutamanya enapan kebezaan. Enapan tersebut tidak
menyebabkan kerosakan dan kegagalan yang teruk pada struktur sesuatu binaan iaitu
enapan yang dibenarkan adalah sebanyak 50 mm. Untuk tanah yang seragam dan
perbezaan enapan yang kurang dipertimbangkan, faktor keselamatan adalah 2 ditentukan.
Sementara untuk kerja-kerja sementara, faktor keselamatan antara julat 1.5 hingga 2
ditentukan.

Menurut Das (1984), asas cetek haruslah mempunyai dua sifat yang penting iaitu
dari segi kekuatan ricih tanah yang menyokong di bawahnya, dan tidak boleh mengalami
enapan yang melampau, bergantung kepada fungsi bangunan dan kehendak pengguna
asalkan ia adalah ekonomi.

Keupayaan galas diizinkan, qa ditakrifkan sebagai tekanan maksimum yang boleh


dikenakan ke atas tanah tanpa menghadapi risiko kegagalan ricih dan nilainya hanyalah
berdasarkan kekuatan tanah semata-mata. Keperluan tak langsung adalah bahawa asas
dan operasi yang berkenaan dengan pembinaan haruslah tidak memberi kesan yang
berlawanan ke atas bangunan atau perkhidmatan yang bersebelahan. Ringkasnya ia
bersamaan dengan keupayaan galas muktamad dibahagikan dengan faktor keselamatan
yang sesuai. Tekanan galas dibenarkan pula didefinisikan sebagai keamatan beban bersih
maksimum yang dibenarkan ke atas tanah dengan mengambil kira kesan ricih dan juga
kesan enapan.

14
2.4

Asas Rakit

Asas ini mungkin diperlukan sekiranya keupayaan galas tanah bawah adalah
tersangat rendah, atau dalam kes tiang-tiang struktur dijarakkan tersangat dekat antara
satu sama lain dalam kedua-dua arah membujur dan memanjang. Asas jenis ini juga
berguna untuk mengurangkan enapan kebezaan yang sangat besar atau dalam keadaan
terdapatnya perbezaan yang sangat besar dalam pembebanan tiang tiang struktur.

Asas rakit sebenarnya merupakan salah satu daripada jenis asas cetek atau asas
rebak. Kegunaan yang paling biasa ialah untuk asas di atas tanah yang mempunyai
keupayaan galas yang rendah sekali. Asas rakit ini juga digunakan untuk asas di atas
tanah yang mempunyai kebolehmampatan yang sangat berbeza, iaitu untuk menghadkan
enapan kebezaan.

Rajah 2.3: Asas Rakit

15

Rajah 2.4: Asas Rakit Papak Rata

2.4.1 Jenis-Jenis Asas Rakit

(a)

Rakit Papak Rata

Asas rakit ini dibina dengan ketebalan yang seragam dan boleh digunakan di atas
tanah dengan enapan yang besar tidak dijangka akan berlaku, dan dengan itu sesebuah
rakit yang sangat kukuh tidak diperlukan. Satu lapisan jejaring tetulang ditempatkan di
bahagian atas dan bawah papak untuk merintang momen lentur yang disebabkan oleh
pesongan meleding dan melendut pada sebarang titik dalam papak.

(b) Rakit Sisi Terkukuh

16

Rakit jenis ini sesuai untuk asas struktur-struktur ringan seperti bangunan satu
atau dua tingkat di atas tanah-tanah lembut boleh mampat atau bahan-bahan timbusan
bebutir yang longgar. Alur dibina dalam kedua-dua arah membujur dan memanjang dan
tiang-tiang ditempatkan pada persilangan alur tersebut.

(c) Rakit Papak dan Alur

Rakit jenis ini digunakan untuk bangunan-bangunan berat dengan kekukuhannya


diperlukan untuk menghindar ubah bentuk berlebihan superstruktur yang disebabkan oleh
perbezaan dalam kebolehmampatan tanah bawah.

(d) Rakit Tingkat Bawah (Besmen)

Untuk rakit jenis ini, dinding-dinding rakit bertindak sebagai pengukuh kepada
asas rakit tersebut. Adakalanya asas-asas rakit ini ditopang di atas cerucuk.Cerucukcerucuk ini membantu dalam mengurangkan enapan struktur yang dibina di atas tanahtanah yang sangat boleh mampat. Dalam keadaan aras air bumi agak tinggi, cerucuk
bertindak sebagai pengawal pengapungan.

2.4.2 Keupayaan Galas Asas Rakit

Terzaghi(1943) telah menerbitkan persamaan keupayaan galas muktamad yang


membenarkan pengaruh lekitan dan geseran diantara permukaan bawah asas dengan
tanah. Persamaan ini sesuai digunakan untuk asas cetek dan asas permukaan.

Persamaan yang diterbitkan ialah:

17

qu= cNc + q Nq+ 1/2B N

(Persamaan 2.1)

dan
q = Df
iaitu nilai-nilai qu(kekuatan mampatan tak terkurung), c(kejelekitan), Nc(faktor keupayaan
galas), (berat unit tanah), B(lebar asas), Df(kedalaman asas), ialah faktor pembetulan
masing-masing untuk kesan kedalaman dan bentuk.

2.4.3

Reka Bentuk Asas Rakit

Terdapat dua kaedah biasa untuk reka bentuk asas rakit, iaitu:
(a)

kaedah tegar biasa

Dalam kaedah ini, rakit diandaikan sebagai tegar sepenuhnya. Tekanan tanah
teragih dalam satu garisan lurus dengan sentroid yang sekena dengan garis tindakan
beban tiang paduan.

(b)

kaedah boleh lentur hampir.

Dalam kaedah ini, tanah diandaikan sebagai setara dengan pegas anjal yang tak
terhingga (infinit) jumlahnya. Kadangkala asas ini juga dipanggil sebagai 'asas Winkler'.
Parameter amat penting sekali dalam menentukan sama ada asas rakit tersebut harus
direka bentuk dengan kaedah tegar biasa atau kaedah boleh lentur hampir. Menurut
American Concrete Institute Committee 336 (1988), reka bentuk asas rakit hendaklah
dilakukan dengan kaedah tegar biasa sekiranya jarak antara tiang dalam sebuah jalur
kurang daripada 1.75/ manakala kaedah boleh lentur hampir hendaklah digunakan
sekiranya arak antara tiang ini lebih besar daripada 1.75/.

18
Asas cetek merupakan salah satu bahagian struktur yang mana beban dari
bangunan dipindahkan secara terus ke asas yang terletak dalam tanah. Jika keadaan tanah
di kawasan tapak pembinaan cukup kuat dan cekap untuk menanggung beban yang
diperlukan, dengan demikian asas cetek boleh digunakan untuk memindahkan beban
daripada bangunan atau binaan kejuruteraan.

Asas cetek biasanya diterjemahkan sebagai asas yang mana kedalaman (D) adalah
kurang daripada lebar (B) tapak bagi asas tersebut (Rajah 2.5). Sistem asas cetek lazim
digunakan apabila beban daripada sesebuah bangunan atau struktur-struktur binaan tidak
terlalu besar serta lapisan tanah keras berada pada paras tidak melebihi 3 meter dalam
(The US Army Corps Of Engineers, 1993).

Rajah 2.5: Asas cetek yang mana kedalaman (D) adalah kurang atau
sama dengan lebar (B).(The US Army Corps Of Engineers, 1993).

19
2.5

Asas Cerucuk

Asas cerucuk merupakan satu anggota struktur yang memindahkan beban-beban


yang dipikul ke lapisan yang keras, beban-beban ini dipindah melalui geseran,
tanggung hujung atau gabungan kedua- duanya. Jika beban ditahan oleh geseran kulit
disepanjang permukaan cerucuk, cerucuk itu dinamakan cerucuk geseran (Frictional
pile), dan jika cerucuk-cerucuk itu ditahan oleh lapisan tanah keras atau batu, ia
dinamakan cerucuk tanggung hujung (end bearing pile).

20

Rajah 2.6: Cerucuk Geseran

21

Rajah 2.7: Cerucuk Tanggung Hujung

Dalam keadaan tanah yang normal, asas cerucuk digunakan untuk menahan daya
angkat naik seperti struktur pelantar luar pantai, asas di bawah paras air bumi atau menara
penghantaran asas. Asas cerucuk juga digunakan di dalam tanah lembut untuk menahan
beban ufuk seperti daya angin dan daya gempa bumi secara lenturan. Tanah yang senang
mengembang dan mengecut iaitu tanah yang sensitif kepada perubahan peratus
kelembapan tanah juga memerlukan asas cerucuk. Selain itu, bagi kerja pembinaan di atas
air seperti jeti dan tambangan jambatan juga memerlukan asas cerucuk. Terdapat pelbagai
jenis, bentuk, saiz dan bahan yang digunakan untuk asas cerucuk dan pemilihan adalah
bergantung kepada situasi yang spesifik.

22
2.5.1

Faktor-faktor Penggunaan Asas Cerucuk.

Penggunaan cerucuk sebagai salah satu elemen yang penting dalam pembinaan
sesebuah struktur telah lama bermula dalam sejarah kejuruteraan awam di dunia ini.
Cerucuk digunakan sebagai penyokong dan alat untuk memindahkan beban daripada
struktur ke tanah. Penggunaan cerucuk adalah disebabkan oleh:

1. Kewujudan lapisan galas yang sesuai tidak diperolehi. Tanah di bawah struktur
tidak berfungsi dengan baik atau dengan kata lain tidak berupaya menanggung
beban yang disebabkan oleh struktur tersebut apabila asas cetek digunakan.

2. Kebolehmampatan tanah yang menyebabkan enapan yang besar apabila asas cetek
digunakan.

3. Taburan tanah di bawah permukaan tanah yang tidak seragam.

4. Untuk tujuan menghalang tindakan daya tujah dari bawah permukaan seperti
tindakan hidrostatik.

5. Untuk mendapatkan suatu strata yang kuat dalam kerja-kerja pengorekan.

2.5.2

Jenis Jenis Cerucuk dan Kegunaannya

i.

Cerucuk Bakau (Bakau Pile)

ii.

Cerucuk Kayu Berubat (Treated Timber pile)

iii.

Cerucuk Konkrit Tetulang (RC Piles)

iv.

Cerucuk Konkrit Terpintal (Spun Pile)

v.

Cerucuk Keluli H ( Steel H-Pile)

vi.

Cerucuk Mikro (Micro Pile)

vii.

Cerucuk Tergerek (Bored Piles)

23
i.

Cerucuk Bakau
o

Digunakan pada masa dahulu.

Bersaiz diameter : 75mm dan 100mm.

Keupayaan galas 5 kN 10 kN

Beban maksima 10 kN

Jarak minima adalah 300mm.

Saiz cerucuk yang hampir sama adalah lebih ekonomi.

Tidak begitu ekonomi di kawasan tanah lembut.

Selalu digunakan untuk kawasan yang berair suatu ketika dahulu.

Rajah 2.8: Jenis Cerucuk Bakau.

Rajah 2.9: Pembinaan pelantar bakau sebagai lantai pembetung.

24
ii.

iii.

Cerucuk Kayu Berubat:


o

Digunakan apabila cerucuk bakau tidak sesuai digunakan.

Untuk pembinaan kos rendah.

Tidak begitu ekonomi di kawasan tanah lembut.

Hanya satu sambungan yang dibenarkan.

Digunakan sebagai cerucuk tanggung hujung atau cerucuk geseran.

Saiz biasa : 125mmx125mm dan 150mmx150mm

Beban galas maksima diantara 120 kN hingga 150 kN

Saiz cerucuk yang hampir sama adalah lebih ekonomi.

Cerucuk Konkrit Tetulang (RC Pile):

Digunakan apabila cerucuk bakau dan cerucuk kayu berubat tidak sesuai
digunakan.

Ianya merupakan cerucuk yang komersial digunakan pada kebanyakan


tapak.

Tidak sesuai di tempat-tempat berikut:

Kawasan batu kapur Kuala Lumpur, Ipoh, Perlis


dan Gua Musang.

Kawasan tanah lembut dan mempunyai banyak


lapisan pasir.

Saiz diantara 150mm x 150mm hingga 400mm x 400mm.

Panjang bagi setiap batang adalah 6m

Maksima beban galas struktur adalah sehingga 1450 kN.

Terbahagi kepada :

Kelas 1 : Konkrit Gred 40 untuk tanah yang keras.

Kelas 2 : Konkrit Gred 25 untuk tanah yang lembut.

25

Rajah 2.10: Cerucuk jenis Konkrit Tetulang (RC Pile).

iv.

Cerucuk Konkrit Terpintal (Spun Piles):


o

Sesuai digunakan untuk semua keadaan tapak.

Gred konkrit yang lebih tinggi (Gred 60 hingga 80).

Saiz diameter diantara 250mm hingga 1000mm.

Beban galas struktur yang lebih tinggi iaitu diantara 400 kN hingga 4000
kN.

Kualitinya lebih baik daripada cerucuk konkrit tetulang.

Luas keratan yang kurang dan permukaan kekuatan ricih yang rendah
(weak in shear strength).

Rajah 2.11: Penggunaan spun pile dalam suatu projek perumahan.

26
Hodkins (1986) menyatakan, penanaman cerucuk adalah merupakan bidang kerja
yang terpenting sekali di dalam sesuatu projek. Ini adalah kerana sebaik sahaja
ianya siap dan asas ditimbus, kerja-kerja memperbaiki sukar dilakukan jika
sekiranya terdapat kesilapan. Keadaan menjadi lebih menyulitkan jika sekiranya
kesilapan atau kerosakan disedari atau berlaku apabila struktur telah didirikan. Walaupun
penyelidikan tapak telah merumuskan cerucuk yang perlu ditanam disesuatu projek,
ianya mestilah diterima dengan cermat kerana di dalam perihal kerja-kerja penanaman
cerucuk selalunya dikategorikan sebagai Provisional di mana ukuran semula akan
dibuat apabila siap kerja nanti. Berdasarkan fakta-fakta yang tersebut, penyeliaan di
tapakbina sebelum, sewaktu dan sesudah penanaman perlu diperkemaskan.

2.5.3 Mutu Cerucuk

Simen

yang

digunakan

mestilah

Ordinary

Portland

Cement

(OPC).

Pengacuan mestilah dibuat di dalam satu proses sahaja. Ujian-ujian penurunan, faktor
mampatan dan juga ujian kiub perlu dibuat seperti biasa. Cerucuk boleh dikeluarkan dari
kotak acuan selepas 3 hari. Pengacuan boleh diteruskan sehingga 10 hari dan selepas
14 hari, cerucuk bolehlah diangkat dengan menggunakan liftingholes atau togglees
yang disediakan dan disusun dengan cara betul agar cerucuk

tidak

mengalami

kerosakan semasa dalam perjalanan ke tapakbina. Cerucuk hanya boleh ditanam


selepas sebulan dengan tujuan untuk menjaga kematangannya.

2.5.4

Saiz dan Geometri.

Pastikan yang saiz dan geometri adalah baik. Cerucuk mestilah tegak dan segala
potongan mestilah tepat 90 darjah.

27
2.5.5 Pancangan Tanda

Pancangan Tanda hendaklah dijalankan dari garis grid utama struktur yang
dicadangakan. Sejurus sebelum memacak cerucuk, kedudukan cerucuk hendaklah
ditanda dengan menggunakan pin, pancang-pancang atau penanda-penanda yang boleh
dikesan.

2.5.6 Kedudukan

Bagi cerucuk yang bahagian atasnya dipotong paras tanah atau lebih tinggi
daripada paras tanah, penyimpangan maksimum yang dibenarkan diantara pusat
cerucuk

dengan

titik

pusat

sepertimana

yang ditunjukkan dalam pelan yang

dilampirkan dan hendaklah tidak melebihi 75mm dalam semua arah.

2.5.7

Kepugakan

Penyimpangan maksimum yang dibenarkan dari garis pugak bagi cerucuk yang
telah siap ialah mengikut nisbah 1 dalam 75. Cerucuk yang sudah sendeng dengan
berlebihan

tidak

merosakkannya.

seharusnya

ditegakkan

dengan paksaan kerana ini hanya akan

28
2.5.8 Kecondongan

Jejunjung cerucuk hendaklah dipasang dan disenggarakan untuk mengekalkan


kecondongan yang diperlukan. Penyimpangan maksimum yang dibenarkan bagi
cerucuk yang telah siap dari kecondongan yang telah ditentukan atau kecondongan
yang ditunjukkan dalam pelan-pelan hendaklah mengikut nisbah 1:25.

2.5.9

Ujian Cerucuk

Tujuan :

i.

Memeriksa keupayaan tanggung muktamad cerucuk (ultimate bearing


capacity of pile).

ii.

Memeriksa ciri-ciri lengkungan Load Settlement cerucuk pada beban


kerja (working load).

iii.

Memeriksa ketahanan struktur asas, umpamanya kecekapan sambungan


cerucuk.

Adalah disyorkan bahawa :

i.

Untuk jenis tanah liat lembut, ujian cerucuk hendaklah dilaksanakan


selepas 4 minggu cerucuk dipacak.

ii.

Untuk tanah liat dari kukuh ke keras (stiff to hard clay) ujian
cerucuk hendaklah dilaksanakan selepas 2 minggu dipacak.

iii.

Untuk tanah pasir, ujian beban dilaksanakan selepas 1 minggu


dipacak.

29
Ada dua cara ujian yang biasa dilaksanakan :

a)

Maintained Load (biasa dilaksanakan JKR)

Ujian beban ini merupakan salah satu ujian yang terpenting dalam
pembinaan.

Ia

bidang

menggunakan jack untuk mendapatkan reaksi dari beban lawan

(knetledge) yang lebih berat dari beban ujian yang diperlukan. Beban lawan diletak
atas platform dan disokong oleh beberapa blok konkrit. Pihak kontraktor yang perlu
menjalankan kerja-kerja ujian beban ini dan pihak JKR bertanggungjawab mengawasi
dan memastikan bahawa kerja ujian beban dijalankan dengan betul dan mematuhi
spesifikasi yang ditentukan oleh JKR.

b)

2.6

Alatan untuk ujian beban

i)

Jek Hidraulik

ii)

Tolok Dial (Dial Gauge)

iii)

Tentu ukur

Kriteria Rekabentuk Asas

Peck (1962) menyatakan pelbagai kehendak dalam merekabentuk asas mestilah


memenuhi prasyarat bagi keselamatan, kebolehpercayaan dan ketahanan fungsinya serta
faktor ekonomi. Berikut adalah tiga kriteria rekabentuk asas dalam skop kejuruteraan
tapak:

i)

Faktor Keselamatan terhadap Kegagalan Keupayaan Galas

Faktor ini diperlukan bagi mengurangkan kebarangkalian terhadap kegagalan


keupayaan galas. Pemilihan faktor keselamatan bergantung kepada umur jangkaan

30
sesuatu struktur, akibat-akibat yang mungkin berlaku bila asas gagal, pengetahuan tentang
profil sub-tanah dan pengetahuan tentang berlakunya beban maksima. Faktor
Keselamatan = 2.5 hingga 3.0 biasanya digunakan bagi kebanyakan bangunan dan
didapati berkesan.

Rajah 2.12: Kegagalan keupayaan galas

ii)

Had-had Enapan

Jumlah enapan mestilah kecil bagi mengelakkan kerosakan pada pelbagai


pemasangan

perkhidmatan

dengan

enapan

kerbezaan

biasanya

lebih

kritikal.

Kebiasaannya sukar meramalkan enapan kerbezaan dari jumlah enapan kerana


ketidakseragaman tanah. Namun begitu didapati enapan kerbezaan boleh dikaitkan
dengan jumlah enapan. Oleh itu menghadkan jumlah enapan selalunya digunakan bagi
mengawal enapan kerbezaan sesebuah bangunan/struktur. Enapan yang dibenarkan
sehingga 25 mm adalah spesifikasi yang biasa digunakan dalam sesebuah bangunan
komersil.

31
Jumlah enapan boleh direndahkan dengan cara-cara berikut:

i.

menjalankan/melakukan lebih banyak penyiasatan tapak (sample lebih banyak).

ii.

mengurangkan nilai tekanan galas yang dibenarkan yang diagihkan pada


asas/tapak.

Enapan kerbezaan boleh dikurangkan dengan cara-cara berikut:

i.

Menyediakan saiz asas yang berbeza bergantung pada beban yang ditanggung oleh
setiap asas.

ii.

Struktur yang panjang boleh dipecahkan kepada beberapa unit kecil.

Rajah 2.13: Model enapan (a) seragam (b) senget tanpa herotan,
(c) dengan herotan.

32
iii)

Kedalaman Asas

Pada amnya kedalaman asas mestilah sampai ke kedalaman yang secukupnya.

selamat dari perubahan isipadu tanah akibat dari cuaca bagi mengelakkan
pergerakan struktur berlebihan akibat dari perubahan tersebut.

Bahaya air yang meresip melalui bawah tanah kerana ia boleh memberi kesan
kepada kestabilan asas.

Diletakkan dilokasi yang selamat, berpandukan struktur di kawasan bersebelahan


(jika ada).

Kedalaman minima yang diamalkan oleh JKR ialah 5 kaki (1.5 m).

Perkara-perkara penting bagi asas yang perlu diberi perhatian:

Asas cetek tidak praktikal digunakan sekiranya terdapat tanah lembut pada
kedalaman melebihi 3m kerana ianya akan melibatkan penggalian yang terlalu
dalam.

Saiz dan jenis penapak adalah bergantung kepada beban tiang dan keupayaan
galas tanah.

Asas cetek sesuai untuk tanah keras dengan nilai SPT, N melebihi 5.

Asas penapak konkrit tetulang dan penapak jalur tidak boleh dibina di atas tanah
tambak.

Penapak konkrit tidak sesuai digunakan bagi kawasan yang mengalami


pemotongan dan penambakan seperti kawasan berhampiran cerun atau kawasan
cerun bagi mengelakkan masalah enapan kebezaan (differential settlement)
daripada berlaku.

Proba JKR perlu dijalankan pada setiap kedudukan tiang sebelum pembinaan
dijalankan dan hendaklah mencapai sekurang-kurangnya bilangan pukulan /
hentaman yang dikehendaki untuk mencapai keupayaan galas yang dibenarkan

Lubang-lubang yang dikorek tidak boleh dibiarkan terdedah terlalu lama. Kerja
konkrit perlu dijalankan dengan segera.

33
2.7

Ciri-ciri tanah

Ciri-ciri yang terdapat di dalam tanah adalah berbeza-beza yang mempunyai


banyak pembolehubah berbanding dengan elemen bahan lain dalam pembinaan (Craig
1993). Tanah mempunyai banyak pembolehubah yang perlu diambil kira dalam
pembinaan sesebuah asas. Diantaranya termasuk di dalam pengkelasan tanah, tegasan
berkesan, kekuatan ricih tanah, ciri-ciri elastik, pengukuhan dan keupayaan galas
muktamad tanah.

2.7.1 Pengkelasan tanah

Pengkelasan tanah penting di dalam penyiasatan tapak kerana:

i.

Dapat menentukan sifat-sifat asas berdasarkan data yang diperolehi.

ii.

Dapat digunakan sebagai rujukan kepada jurutera di dalam reka bentuk asas.

iii.

Juga digunakan untuk menyimpan rekod tentang ciri-ciri asal tanah supaya
penyelesaian yang sesuai dapat dipraktikanapabila berlakunya masaalah masa
hadapan.

Istilah-istilah yang digunakan di dalam pengkelasan tanah: (Craig 1993)

a)

Batuan asal (Bedrock)- Batuan yang kekal di sesuatu tempat secara asalnya dan
paling kurang menghadapi proses luluhawa. Batuan ini dilaputi oleh tanah dengan
kedalaman yang betrbeza.

b)

Tanah pasir(Sand)- Butiran mineral yang bersaiz dari 0.05mm hingga 0.074mm
dan dapat dikelaskan sebagai halus, sederhana dan kasar berdasarkan saiz majoriti
butiran tersebut.

34
c)

Tanah liat(Clay)- Butiran mineral yang sangat halus dengan lebih kurang
0.002mm. Butiran tanah liat adalah hidro-aluminium silikat yang kompleks dan
boleh didefinasikan sebagai bahan yang kohesif di mana butiran akan melekat
antara satu sama lain.

2.8

Had Atterberg

Tanah mempunyai 3 jenis had dengan kehadiran kandungan air yang berbeza
iaitu: had cecair (liquid limit), had plastic (plastic limit) dan had pengecutan (shrinkage
limit). Biasanya tanah yang berjelekit (cohesive soil) akan mengalami perubahanperubahan kandungan air yang ketara kerana tanah terssebut merangkumi tanah liat dan
tanah berbutiran halus (Coduto1994).

Had cecair (LL): Kandungan air di mana:

i.

Tanah mempunyai tegasan ricih yang sangat kecil dan boleh diabaikan

ii.

Tanah yang konsisten berada di sempadan keadaan cecair dan keadaan plastik

iii.

Tanah yang diuji dengan alat pengukur had cecair yang memberikan data 12mm
dengan 25 hentaman

Had plastik (PL): Kandungan air di mana:

i.

Tanah yang konsisten yang berada di sempadan keadaan plastik dan separa-pejal

ii.

Tanah yang digulung sampai putus memberikan diameter 3mm

35
2.9

Prinsip Tegasan Berkesan

Tanah merupakan suatu rangka zarah yang mengandunggi zarah-zarah tanah, lianliang udara dan air. Oleh yang demikian apabila daya atau tekanan antara rangka zarah
tersebut yang akan menyebabkan perubahan isipadunya.
Prinsip tegasan berkesan yang dikemukakan

oleh Terzaghi (1923) menerangkan

hubungan daya-daya yang dipindahkan dalam rangka zarah tersebut, akan tetapi prinsip
ini adalah untuk tanah-tanah tepu sepenuhnya. Antara istilah yang digunakan adalah:

1.

Tegasan normal berkesan tegasan yang bertindak pada satu satah yang mewakili
tegasan yang dipindahkan melalui rangka tanah sahaja.

2.

Tegasan air liang tekanan air liang yang mematuhi liang di antara zarah-zarah
pejal.

3.

Tegasan normal jumlah tegasan bertindak pada satu satah di dalam tanah yang
merupakan daya seunit luas di dalam arah normal merentas satah tersebut, di
mana tanah adalah bahan pejal.(satu fasal).

Terzaghi menyatakan bahawa:

= + u

(persamaan 2.2)

= P / A dimana daya normal P dikenakan ke atas tanah yang berkeluasan A.

U = wz dimana w ialah berat unit bagi air dan z ialah kedalaman di tekanan air liang
berlaku.

36
2.10

Penyebaran Tegasan Dalam Tanah

Penyebaran tegasan dalam tanah oleh sesuatu stuktur di atasnya dapat ditentukan
dengan melakukan analisis tegasan normal (Vertical Stress Analysis).
Apabila sesuatu tekanan dikenankan ke atas permukanan tanah, tegasan terhasil dalam
jisim tanah tersebut. Penyebaran tegasan akan berlaku di mana dengan penambahan
kedalaman tanah, tegasan yang terhasil akan berkurangan. Prinsip-prinsip yang boleh
digunakan untuk menentukan penebaran tegasan tersebut adalah Teori Boussynesq (
Boussinesq Theory, 1885),

persamaan Westergaard (Westerguard Equation, 1983),

Penyelesaian Steinbrenner (Steinbrenner, 1934), Carta Newmark Chart, 1942) dan


Penyelesaian Tekanan Bebawang (Pressure Bulbs Method).

2.11

Teori Boussinesq

Dalam teori ini, pengiraan hanya melibatkan tegasan normal yang disebabkan oleh
beban titik yang tegak sahaja (Boussinesq, 1885). Dalam merujuk kepada Rajah 2.2, P
ialah beban titik tang dikenakan ke atas tanah,

ialah tegasan normal yang dihasilkan di

titik A, z ialah kedalaman titik A dari permukaan yang dikenakan beban dan r ialah jarak
radian dari beban titik. Dengan itu, persamaan yang menghubungkan istilah tersebut
ialah:

(persamaan 2.3)

Dan persamaan tersebut dapat diringkaskan sebagai


( persamaan 2.4)

37

Rajah 2.14 Hubungan Istilah-istilah secara Grafik

Di mana K ialah pekali yang menhubungkiatkan nilai r / z seperti Jadual 4.1

Jadual 2.1 : Hubungkait K dengan r / z

r/z
0
0.2
0.4
0.6
0.8
1
1.2
1.4
1.6
1.8
2
2.5

K
0.478
0.433
0.329
0.221
0.139
0.084
0.051
0.032
0.02
0.013
0.0085
0.0034

38
2.12

Kekuatan Ricih

2.12.1 Pengenalan

Apabila tegasan ricih dalam tanah bersamaan dengan kekuatan ricih tanah, tanah
akan mula mengalami kegagalan ricih. Parameter-parameter yang digunakan adalah
silang jelekitan, c dan sudut rintangan mericih . Kekuatan ricih sesungguhnya dapat
diterangkan dalam kriteria kegagalan Mohr-Columb (Craig, 1993). Columb telah
mengungkap kekuatan ricih tanah
tegasan normal
+

pada suatu titik atas tertentu sebagai rangkap lelurus

di atas satah yang sama :

tan

Namun, Terzaghi(1943) yang mengeluarkan konsep bahawa tegasan ricih di


dalam tanah hanya boleh diringtangi oleh rangka zarah zarah tanah dan harus diungkap
sebagai rangkap tegasan normal berkesan:

dengan

tan

(persamaan 2.5)

dan adalah di dalam sebutan tegasan berkesan. Ini menunjukkan kegagalan

berlaku di titik di mana terhasilnya gabungan genting bagi tegasan ricih dan tegeasan
normal berkesan.

Selain itu, kekuatan ricih tanah boleh diungkap dalam sebutan tegasan utama
major berkesan,

dan tegasan minor berkesan

dengan kegagalan berlaku pada

suatu titik. Kegagalan ricih akan berlaku dengan menghasilkan sudut kegagalan yang
juga boleh didefinasikan sebagai sudut teori di antara satah utama major dengan satah
kegagalan. Hubungan tegasan-tegasan major, minor dan satah kegagalan dapat dilihat
dalam rajah 2.7. Bulatan mphr yang ditunjukkan dalam rajah 2.7 juga akan
memperlihatkan hubungan kekuatan ricih dan tegasan dengan tegasan mampatan
dianggap sebagai nilai positif.

39
sin

(persamaan 2.6)

cos 2

(persamaan 2.7)

Dengan

= 45 + / 2

(persamaan 2.8)

Rajah 2.15 : Keadaan Tegasan Semasa Kegagalan

2.12.2 Ujian- ujian kekuatan ricih

Ujian- ujian umum yang digunakan untuk menetukan kekuatan ricih adalah ujian
ricih terus, ujian paksi dan ujian tekanan air liang (Craig, 1993). Kesemua ujian ini
memerlukan pengumpulan sampel daripada tanah yang ingin diuji dan pengawasan dan
operasi pensampelan perlu dilakukan dengan cermat agar sampel tanah dapat di dalam
keadaan yang tidak terlalu terganggu.

40
2.12.3 Ujian ricih terus

Ujian ini dilakukan dengan sampel tanah dikurang di dalam kotak logam
berkeratan rentas suatu bulatan atau segiempat sama dan kotak tersebut mempunyai dua
bahagian yang merupakan pembahagian ufuk bagi kotak tersebut. Di paras pertengahah
atau perantaraan antara bahagaian tersebut, terdapat sedikit kelegaan atau ruang.
Kemudian, plat-plat poros akan diletakkan di atas dan bawah tanah untuk membenarkan
penyaliran bebas bagi tanah jenis tepu atau separa tepu.

Apabila ujian hendak dimulakkan, daya tegak (N) akan dikenakan ke atas sample
tanah melalui plat beban dan tegasan ricih akan kemudiannya dikenakan secara perlahanlahan ke atas satah ufuk yang mempunyai arah bertentangan bagi bahagian atas dan
bahagian bawah. Dengan itu, daya ricih (T) dapat diukur bersama dengan anjakan ricih
(I) yang sepadan. Untuk mendapatkan kekuatan ricih, sample tanah yang diperoleh
daripada sumber yang sama dengan sample yang berlainan akan dilakukan dengan ujian
yang sama tetapi daya N yang dikenakan adalah berbeza. Dengan ini, nilai nilai ujian
yang diperoleh dapat diplot dalam graf dengan nilai ricih sewaktu kegagalan yang
berlainan melawan tegasan normal. Kekuatan ricih dapat diperoleh seterusnya untuk
sample tanah ini.

Terdapat keburukan ujian ini adalah keadaan penyaliran yang tidak dapat dikawal
dan ini menyebabkan tekanan tidak boeh diukur. Tegasan normal jumlah sahaja yang
dapat ditentukan diman bersamaan dengan tegasan berkesan tanpa kehadiran tegasan air
liang. Justerus itu, hanya penghampiran kepada keadaan ricih tulin dapat dihasilkan.

41
2.13

Teori Pengukuhan dan Enapan

2.13.1 Pengenalan

Pengukuhan ialah pengurungan isipadu secara beransur-ansur bagi tanah tepu


sepenuhnya yang mempunyai kebolehtelapan yang rendah disebabkan saliran sebahagian
daripada air liang. Dalam pada itu, pengurangan isipadu juga berlaku apabila terdapat
penyusunan semula zarah-zarah tanah serta pemampatan bahan dalam air liang akibat
pertambahan beban. Enapan pengukuhan pula adalah anjakan tegak yang terhasil apabila
pengurangan isipadu tersebut berlaku. Pengukuhan dan enapan adalah penting untuk
menjangka potensi pergerakan tanah supaya keselamatan asas yang akan dibina dapat
dijamin.

Secara

umumnya, pengukuhan dapat dibahagikan kepada tiga process

(Skempton dan McDonald, 1956);

1. Enapan serta-merta atau enapan elastik


Pemampatan tanah ini selalunya berlaku selapas beban dikenakan ke atas tanah.

2. Pengukuhan prima
Process ini berlaku disebabkan oleh pengeluaran air daripada air liang dalam
tanah akibat penambahan beban yang berterusan.

3. Pengukuhan sekunder
Pemampatan tanah akan berlaku dalam jangka masa yang panjang dengan kadar
yang sanagat lambat disebabkan oleh penyusunan balik zarah-zarah tanah.

42
2.13.2 Analisi Pengukuhan dan Enapan

Skempton dan Bjerrum(1957) telah mencadangkan bahawa jumlah enapan adalah


berdasarkan kepada jumlah enapan serta-merta dan penukuhan prima. Pengukuhan
sekunder adalah diabaikan dalam konteks ini. Dengan itu ;

(persamaan 2.9)

P=

Dimana:
= enapan serta-merta
= pengukuhan prima

2.13.3 Enapan serta-merta

2.13.4 Tahan berjelekit

Tanah berjelekit atau tanah liat yang dikenakan beban dapat dikira enapan
Primanya dengan Terzagaghi(1943) menyatakan bahawa ;

(persamaan 2.10)

Di mana:
B = lebar asas
P = tekanan seragam
E = modulus Young
V = nisbah Poisson (0.5)
Np = faktor-faktor menpengaruhi enapan (Jadual 2.11)
L = panjang asas

43
Jadual 2.2: Faktor-faktor Np

L/B
1
2
3
4
5

Np
0.56
0.76
0.88
0.96
1

Selain itu, Skempton (1951) pula mencadangkan formula :

Dengan Ip = faktor-faktor (L/B) dalam Jadual 2.3

Jadual 2.3

L/B
bulat
1
2
5
10

Ip
0.73
0.82
1
1.22
1.26

Tanah kukuh

75-150

Tanah liat lembut dan kelodak

< 75

Tanah liat yang sangat lembut dan kelodak

44
2.14 Keupayaan Gelas Muktamad

Keupayaan galas muktamad (

) boleh didefinisikan sebagai tekanan terkecil

yang akan menyebabkan kegagalan ricih tanah yang menyokong, yang terletak di bawah
dan bersebelahan dengan asa atau tempat bebanan dikenakan. Ini juga menggambarkan
kekuatan tanah untuk menghasilkan tekanan bertentangan berbanan yang

terbesar

sebelum menghadapi kegagalan

Kegagalan ricih yang dinyatakan tersebut dapat dilihat dalam tiga mod kegagalan.
Dengan merujuk kepda asas jalur, mod kegagalan tersebut dapat dilihat dalam Rajah 4.3
iaitu mod kegagalan ricih am, kegagalan ricih tempatan dan kegagalan ricih tebuk
(Punching Shear Failure) (Coduto 1994).

Di antaranya, kegagalan ricih am berlaku apabila permukaan kegagalan berterusan


terhasil di antara hujung-hujung asas dan permukaan tanah (Rajah 2.16).
Apabila tekanan atau bebanan dikenakan menunju kepada nilai muktamad, keadaan
keseimbangan plastik tercapai pada awalnya di dalam tanah di sekeliling hujung-hujung
tapak dan kemudiannya beransur-ansur merebak ke arah bawah dan keluar. Akhirnya,
keadaan keseimbangan plastik terhasil sepenuhnya di seluruh tanah di atas permukaanpermukaan kegagalan. Perlambugan permukaan berlaku di atas kedua-dua belah tapak
walaupun pergerakan gelincir akhir akan berlaku hanya pada satu sisi sahaja, diringi
dengan kecondongan tapak. Kegagalan ini biasa berlaku untuk tanah yang mempunyai
kebolehmampatan yang rendah,iaitu tanah yang tunmpat dan tegar.

Rajah 2.16: Mod Kegagalan Ricih Am

45
Mod kegagalan ricih tempatan berlaku apabila terdapat mempatan yang besar pada
tanah di bawah tapak dan hanya penghasilan sebahagian untuk keadaan keseimbangan
plastik (Rajah 2.17). Dengan itu, permukaan-permukaan kegagalan tidak tiba ke
permukaan tanah dan hanya mengakibatkan perlambungan yang sedikit sahaja.
Kecondongan asas tidak akan berlaku dan kegagalan ini adalah berkiatan dengan tanahtanah yang mempunyai mamapatan yang tinggi dengan kehadiran enapan yang besar.

Rajah 2.17 : Mod Kegagalan Ricih Tempatan

Bagi kegagalan ricih tebuk, ini berlaku apabila terdapat mempatan pada tanah di
bawah tapak, disertai dengan pericih di dalam arah tegak di sekeliling hujung-hujung
tapak. Perlambungan tidak berlaku pada permukaan tanah dan tiada kecondongan asas
berlaku. Namun bergitu, enapan yang besar berlaku dan ini tidal mentakrifkan
keupayaaan galas muktamad dengan jelas

Secara keseluruhannya, mod-mod kegagalan tersebut adalah dipengaruhi oleh


faktor kebolehmampatan tanah dan kedalaman asas atau tindakan beban relatif kepada
lebar tindakan beban tersebut.

46
2.15 Faktor-Faktor yang menpengaruhi keupayaan galas muktamad

Berat unit tanah. Ini kerana sifat-sifat tanah dipengaruhi oleh tegasan
berkesan dan berat berkesan tanah. Dengan itu, apabila paras air bumi
berdekatan dengan permukaan bumi, berat unit berkesan tanah akan
berkurangan dan mengakibatkan keupayaan galas muktamad berkurang.

Lebar asa. Keupayaan delas akan bertambah apabila lebar asas bertambah.
Dalam pada itu, jumlah keupayaan gelas muktamad tanah juga akan
bertambah bersambungan dengan bertambah lebar asas.

Kedalaman asa. Keupayaaan galas unit bertambah dengan kedalaman asas.

Ketumpatan relatif. Tanah yang mempunyai ketumpatan relatif yang lebih


besar akan menyumbang kepada sudut ricih dalaman yang lebih besar.
Dengan itu, keupayaan galas akan bertambah dengan pertambahan .
Dalam erti kata lain, tanah pasir yang lembap mempunyai keupayaan galas
yang lebih tinggi.

Rajah 2.18 : Parameter-parameter Mempengaruhi Faktor Keupayaan Galas

47
2.15.1 Pengaruh Aras Air bumi Terhadap Keupayaan Galas

Aras

air bumi hanya akan mempengaruhi keupayaan galas muktamad asas

sekiranya aras air bumi berada di atau tapak asas ( Bowles, 1997). Dengan itu, nilai berat
unit tanah yang tenggelam dalam air, ( berat unit tepu tanah

- berat unit air

harus digunakan .Namun begitu, sekiranya aras air bumi berada di bawah tapak asas,
kesannya ke atas asas boleh diabaikan.

2.15.2 Pengaruh Beban Sipi dan Condong Terhadap Keupayaan Gelas

Asas mungkin terdedah kepada beban sipi dan condong di mana keadaan ini akan
mengurangkan keupayaan galas asas. Untuk tujuan mendapatkan keupayaan galas yang
hasil daripada beban sipi dan condong, anggapan e sebagai kesipian daya paduan ke atas
asas digunakan dengan

= B -2e

Dimana B ialah lebar asal asas dan

ialah lebar berkesan yang dinyatakan oleh

Meyerhof (1963)

2.15.3 Keupayaan Galas Bersih dan Keupayaan Gelas Selamat

Keupayaan galas bersih

ialah beban bersih yang menyebabkan tanah gagal

dalam ricih. Dengan keupayaan galas bersih ialah keupayaan galas muktamad ditolak

48
dengan berat berkesan tanah seunit luas, D, iaitu berat unit tanah didarab dengan
kedalaman asas.

(persamaan 2.12)

Keupayaan galas selamat (safe bearing capacity),

ialah keupayaan galas yang

telah dibahagi dengan faktor keselamatan, FS yang berada dalam lengkungan 1.5-3
berdasarkan keadaan tanah

2.16

(persamaan 2.13)

Kesimpulan

Bab ini merupakan ulasan serta petikan pelbagai sumber-sumber yang berkaitan
dengan kajian. Di antaranya termasuklah kajian-kajian terdahulu dalam bidang yang
sama, artikel atau karya-karya yang berkaitan dengan topik kajian dan juga petikan dari
bahan-bahan terbitan ilmiah. Adalah matlamat kajian ini juga untuk menunjukkan betapa
pentingnya pemilihan struktur rekabentuk asas yang tepat dalam sesuatu kerja pembinaan
bagi menjamin keutuhan keseluruhan binaan bagi satu jangkamasa yang panjang.

49

Bab 3

Metodologi Kajian

3.1

Rekabentuk dan Prosedur Kajian

Dalam kajian ini, penulis akan membuat kajian di lokasi yang telah dikenalpasti
iaitu di kawasan perumahan Alam Impian Seksyen35, Shah Alam. Kajian ini berbentuk
eksperimen di mana penulis akan membuat perbandingan terhadap rekabentuk asas rakit
dan cerucuk bagi pembinaan rumah teres 2 tingkat. Bagi perbandingan pada peringkat
pembinaan asas pula, perbandingan akan dibuat berdasarkan 2 parameter iaitu dari segi
kos dan juga dari segi masa.

Penulis akan membuat rekabentuk asas rakit dalam kerja pembinaan jenis rumah
yang telah ditetapkan di lokasi kajian. Penulis akan membuat pemantauan dan
pemerhatian berterusan sepanjang kerja pembinaan dilaksanakan. Pada kebiasaannya
dalam pembinaan jenis rumah teres dua tingkat, rekabentuk cerucuk akan digunakan.
Penulis mendapatkan data sebutharga, lukisan kejuruteraan dan laporan Juru Ukur Bahan
bagi pembinaan rumah teres dua tingkat menggunakan rekabentuk cerucuk yang telah
sedia ada daripada pihak kontraktor swasta, jurutera perunding dan pihak JKR Malaysia.
Berdasarkan data daripada laporan yang diperolehi dari kedua-dua pihak, satu analisis
perbandingan akan dibuat terhadap kelebihan dan kelemahan kedua-dua rekabentuk yang
dipilih bagi kajian ini.

50
3.2

Metodologi Kajian

Kajian ini akan dilaksanakan pada pembinaan satu blok rumah teres yang
berjumlah 12 unit jenis rumah 2 tingkat. Biasanya rekabentuk asas bagi pembinaan jenis
rumah sebegini adalah rekabentuk cerucuk namun dalam kajian ini yang akan digunakan
adalah rekabentuk asas rakit. Ini bertujuan untuk membolehkan perbandingan dibuat bagi
mencapai objektif kajian ini.

Permulaan
Kajian

Masalah
Kajian

Pengumpulan
Data

Asas Rakit

Asas Cerucuk

Perbandingan
Dari Segi
Kos & Masa

Kesimpulan

Cadangan
Rajah 3.1: Carta Alir Metodologi Kajian

51
3.3

Instrumen Kajian

Terdapat 2 bentuk instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini. Instrumen
yang pertama ialah borang sebutharga. Instrumen ini bertujuan untuk mengetahui
spesifikasi dan kos bagi pembinaan rumah teres 2 tingkat menggunakan rekabentuk asas
rakit dan asas cerucuk. Instrumen ini diperolehi berdasarkan pembinaan rumah teres 2
tingkat menggunakan rekabentuk asas cerucuk yang telah siap dibina dan juga satu blok
rumah teres yang akan dibina menggunakan rekabentuk asas rakit.

Instrumen kedua pula adalah laporan Juru Ukur Bahan daripada pihak kontraktor
swasta, jurutera perunding dan juga pihak JKR Malaysia terhadap pembinaan
pembinaan rumah teres 2 tingkat menggunakan rekabentuk asas cerucuk yang
telah siap dibina dan juga satu blok rumah teres yang akan dibina menggunakan
rekabentuk asas rakit.

Bagi rekabentuk asas rakit kaedah teori keupayaan galas Terzghi(1943) telah
digunapakai, iaitu persamaan:

qu= cNc + q Nq+ 1/2B N

(Persamaan 3.1)
dan

q = Df
Manakala bagi rekabentuk asas cerucuk kaedah yang telah digunakan adalah:

i.

Kaedah
Kaedah telah diperkenalkan oleh Tomlison (1971), dimana rintangan
permukaan cerucuk dapat dicari dengan persamaan:

fs = c + vo K tan (Persamaan 3.2)

52
ii.

Kaedah
Kaedah telah diperkenalkan oleh Vijayavergiya dan Focht (1972):
fs =(vo + 2cu)

iii.

(Persamaan 3.3)

Kaedah
Kaedah telah diperkenalkan oleh burland (1973):

fs = vo

(Persamaan 3.4)

dan

= K tan

3.4 Analisis Keupayaan galas muktamad

3.4.1 Analisis Prandtl

Prandtl (1920) telah mengemaukakan persamaan keupayaan galas muktamad dengan;

(persamaan 3.5)

Di mana c ialah silang jelekitan dan ialah sudut rintangan mericih.

53

3.4.2 Analisis Terzaghi

Terzaghi (1943) telah menerbitkan persamaan keupayaan galas muktamad yang


membenarkan pengaruh lekitan dan geseran di antara permukaan bawah asas dengan
tanah. Persamaan ini sesuai digunakan untuk asas cetek dan asas permukaan.

Persamaan am yang diterbitkan ialah:

(persamaan 3.6)

Di mana

B = lebar tekaan yang dikenakan


c = silang jelekitkan tanah
D = kedalaman tekanan dikenakan dari permukaan tanah
= berat unit tanah

dan

ialah faktor-faktor keupayaan galas yang bergantung kepada nilai

. Sebutan pertama dalam persamaan mewakili sumbangan kepada keupayaan galas yang
dihasilkan oleh berat sendiri tanah manakala sebutan kedua adalah desebabkan tekanan
tambahan. Nilai

dan

adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.4

Persamaan am Terzaghi (1943) dapat digunakan untuk menerbitkan persamaan


yang khas untuk jenis asas yang berbeza. Antaranya:

Asas jalur
(persamaan 3.7)

54

Asas segiempat sama


(persamaan 3.8)

Asas segiempat tepat


(persamaan 3.9)

Asas bulat
(persamaan 3.10)

Jadual 3.1: Faktor-faktor keupayaan gelas Terzaghi (1943)

0
5
10
15
20
25
30
34
35
40
45
48
50

Nc
5.7
7.3
9.6
12.9
17.7
25.1
37.2
52.6
57.8
95.7
172.3
258.3
347.5

Nq
1
1.6
2.7
4.4
7.4
12.7
22.5
36.5
41.4
81.3
173.3
287.8
415.1

N
0
0.5
1.2
2.5
5
9.7
19.7
35
42.4
100.4
297.5
780.1
1153.2

55
3.4.3 Persamaan Hansen

Hansen (1970) telah mengemukakan persamaan yang lebih menyeluruh dengan


melingkungi banyak aspek aspek yang tidak dinyatakan oleh Terzaghi (1943)

Dengan mengelakkan persamaan terzaghi, Hansen (1970) telah menambah


berberapa faktor-faktor yang berikut :

Faktor-faktor bentuk

Faktor-faktor kedalaman

Faktor-faktor kecondongan beban =

= (1 0.5tan

(persamaan 3.11)

Faktor keadaan asas :

= 1- / 147

(persamaan 3.12)

= exp(-2 tan)

(persamaan 3.13)

= exp(-2.7 tan)

(persamaan 3.14)

Dengan:
= luas kawasan sentuhan yang efektif
c

= silang jelekitan

= sudut rintangan mericih

= kedalaman asas

V.H

= daya dalam arah menegak dan mengufuk masing-masing

56
3.5

Analisis Dan Rekabentuk Rasuk Dalam Sistem Asas Rakit Rasuk Papak

Analisis dan Rekabentuk Rasuk:

Dapatkan momen maksimum dan daya ricih yang bertindak pada rasuk.
Bagi rasuk yang disokong mudah, M = w /8 di mana

w = beban rekabentuk
L = panjang rentang

Bagi rasuk yang menpunyai banyak sokongan, momen dikira menggunalan keadaan
pembahagian taburan momen.

Analisis asas rakit secara konvensional:

1) Menghintung jumlah beban dari tiang, Q

2) Mengira momen inersia bagi asas rakit dalam arah x dan y


=L

/12

(persamaan 3.15)

= B /12

(persamaan 3.16)

3) Mengira momen tiang terhadap kedua-dua paksi

=Qx

(persamaan 3.17)

=Qx

(persamaan 3.18)

- centroid asas dan

- centroid asas dan

(Persamaan 3.19)
(Persamaan 3.20)

57
4)

Mengira keupayaan galas bagi setiap titik

Q=

(Persamaan 3.21)

Semua asas rakit disemak dengan keupayaan menanggung kegagalan ricih tebuk.
Ini kerana masalah enapan atau kegagahan ricih am dapat dikurang dengan perbentangan
asas yang luas. Masalah ricih tebuk berlaku apabila beban daripada tiang terlalu besar
sehingga menembusi asas rakit konkrit. Analisis ini dapat dilihat dalam Rajah 5.0

Rajah 3.2: Analisis ricih tebuk

Seksyen kritikal = 1.5d dari keliling tiang


Rintangan ricih, v = V/ud dimana u = perimeter seksyen kritikal (Persamaan 3.22)
Daya ricih izin, Vc boleh dikira dari BS8110 fasal 3.4.5.4

Bagi kegagalan ricih tebuk, ini berlaku apabila terdapat mempatan pada tanah di
bawah tapak, disertai dengan pericih di dalam arah tegak di sekeliling hujung-hujung
tapak. Perlambungan tidak berlaku pada permukaan tanah dan tiada kecondongan asas
berlaku. Namun bergitu, enapan yang besar berlaku dan ini tidal mentakrifkan
keupayaaan galas muktamad dengan jelas Secara keseluruhannya, mod-mod kegagalan

58
tersebut adalah dipengaruhi oleh faktor kebolehmampatan tanah dan kedalaman asas atau
tindakan beban relatif kepada lebar tindakan beban tersebut.

3.6

Sumber Data

Data dipungut dengan cara mendapatkan borang sebutharga dan laporan Juru Ukur
Bahan daripada kontraktor swasta, jurutera perunding dan juga JKR Malaysia (merujuk
kepada lampiran C)
Bagi pembinaan rumah teres dua tingkat menggunakan rekabentuk asas cerucuk
dan satu lagi pembinaan menggunakan rekabentuk asas rakit. Berdasarkan semua data
yang diperolehi, satu analisis perbandingan akan dibuat terhadap kelebihan dan
kelemahan kedua-dua rekabentuk yang dipilih. Analisis juga akan dibuat dari segi kos
dan juga dari segi masa.

3.7

Kesimpulan

Bab ini menerangkan secara terperinci metodologi yang akan digunakan dalam
kajian ini termasuklah rekabentuk dan prosedur kajian, subjek kajian, metodologi kajian,
dan juga sumber data. Adalah diharapkan segala data yang diperolehi akan membantu
penulis mendapatkan satu keputusan yang dapat menetukan rekabentuk yang terbaik
untuk digunakan dalam kerja-kerja pembinaan rumah.

59

Bab 4

Data Dan Analisis

4.1

Pengenalan

Dahulunya kawasan yang dipilih oleh penulis bagi tujuan membuat ujikaji adalah
nama asalnya ialah Ladang Harun yang dimiliki oleh Golden Hope Bhd sebelum ditukar
nama kepada Alam Impian. Pada masa itu Ladang Harun adalah kawasan penanaman
kelapa sawit sebelum tanahnya ditebusguna sebagai kawasan pembinaan.

4.2

Latar belakang Projek

Di dalam kes ini penulis telah memilih contoh tempat yang akan dijalankan
ujikaji. Kawasan yang telah dipilih adalah bertempat di Fasa A1-03a, Seksyen 35, Shah
Alam iaitu dikenali sebagai I&P Alam Impian di bawah anak syarikat pemaju perumahan
I&P Group. Di kawasan tempat ujikaji ini sebanyak 97 unit rumah teres

60
dua(2) tingkat akan didirikan dengan menggunakan kaedah asas rakit. Jurutera Sivil dan
Struktur yang dipertanggungjawabkan adalah Jurutera Perunding Asbi & Assiociate Sdn.
Bhd.

4.3

Data Dan Maklumat

4.3.1 Parameter

Data-data yang diambil daripada konsultan-konsultan adalah daripada keputusan


lubang jara no 9 (seperti di lampiran D) yang telah dilakukan sebelum ini, perbandingan
harga daripada juruukur bahan NFL, dari segi kos dan masa pembinaan juga telah
diambil kira. Contoh-contoh pengiraan perbandingan daripada kos dan masa pembinaan
akan di tunjukkan di dalam bab ini yang akan menerangkan bagaimana asas rakit adalah
paling sesuai digunakan di kawasan kajian tersebut dari segi kos dan masa pembinaan
berbanding dengan asas cerucuk.

Maklumat-maklumat yang lebih terperinci juga, penulis cuba dapatkan daripada


konsultan yang terlibat secara langsung ataupun tidak.

Disebabkan oleh kerana

dikawasan ini adalah kawasan penanaman kelapa sawit, jadi tanah di sini adalah tanah
berbukit dan tanah di kawasan adalah tanah potong. Profil tanah di sini adalah jenis tanah
liat dimana ia ditentukan daripada keputusan ujian lubang jara yang dijalankan sebelum
ini.

61
Keputusan yang diperolehi daripada ujian lubang jara yang diperolehi daripada
makmal adalah:

i.

Nilai N iaitu SPT N-value adalah tinggi iaitu pada kedalaman tanah 0.0m

ke 3.0m ialah 20 pukulan per 300mm


ii.

Manakala nilai N( SPT N-value)

yang paling minimun adalah 6

hentaman per 300mm

4.4

iii.

Nilai C adalah 70kN/m2

iv.

Nilai adalah 150

v.

Nilai Pc adalah 280kN/m2

vi.

Nilai adalah 2.089Mg/m3 @ 20.89kN/m3

vii.

Nilai LL adalah 33%

viii.

Nilai PL adalah 28%

Asas Rakit

Dalam pembinaan asas rakit, asas akan dianalisis dan direka bentuk mengikut sistem asas
rasuk dan papak. Secara umumnya, tiang yang mempunyai beban yang besar akan
mengenakan tekanan tersebut kepada grid asas yang lebih tebal, iaitu pada bahagian
rasuk manakala beban hidup hanya akan bertindak atas bahagian papak dalam asas
rakit tersebut. Bagi memulakan analisis, kesemua bebanan harus dikenalpasti pada setiap
bahagian struktur asas terlebih dahulu.

Analisis bagi asas rakit yang akan berdasarkan analisis sistem rasuk papak yang
diterbitkkan, iaitu keupayaan galas tanah yang bertindak ke atas akan diambil kira sebagai
beban ke atas asas tersebut. Analisis asas ini akan dilakukan sebagai papak rata
diterbalikkan.

62
4.4.1

Rekabentuk Asas Rakit

Daripada analisis yang telah dijalankan diperolehi ketebalan siaz bagi papak
adalah 125mm, manakala ketebalan saiz rasuk yang maksimum adalah 450mm. Tetulang
maksimum yang diperlukan ialah Y16 dan bagi penapak brc bersaiz A7 pula
diperlukan, seperti gambarajah 4.1 dan 4.2

Rajah 4.1: Rekabentuk asas rakit- papak

63

Rajah 4.2: Rekabentuk asas rakit- rasuk

4.4.2 Jangkaan

Jangkaan penulis bagi profile tanah di kawasan tapak kajian, ialah jenis tanah
berprofile sekata dan nilai bagi SPT-N value adalah lebih dari 5 Blow/feet. Mengikut
daripada jadual hubangan diantara SPT, JKR Probes dan Uncofined Kekuatan
Mampatan Tak Terkurung (Jadual 4.1), bagi nilai N(4 8) nilai keupayaan galas tanah

64
adalah diantara 50 100 kN. Ini telah memenuhi salah satu kriteria syarat-syarat
pembinaan asas cetek. Nilai maksimun beban daripada struktur utama yang dikenakan
kepada tiang yang paling bawah adalah 435kN (merujuk kepada lampiran B). Jangkaan
ini adalah untuk senario kes yang paling teruk.

Jadual 4.1: Hubungan diantara SPT, JKR Proba dan Kekuatan Mampatan Tak
Terkurung

N
(Pukulan/300mm)

Kekuatan
Pengkelasan

Mampatan Tak

JKR

Terkurung

Proba

(kN/m2)
02

Sangat Lembut

0 25

0 10

48

Lembut

25 50

10 20

8 15

Sederhana

50 100

20 40

15 30

Keras

100 200

40 70

Melebihi 30

Sangat Keras

200 400

70 100

Sangat Keras

400

100

4.4.3 Rumusan

Bagi rekabentuk asas rakit kaedah teori keupayaan galas Terzaghi(1943)


telah digunapakai, iaitu persamaan:

qu= cNc + q Nq+ 1/2B N


dan

q = Df

(Persamaan 4.1)

65
iaitu nilai-nilai qu(kekuatan mampatan tak terkurung), c(kejelekitan), Nc(faktor keupayaan
galas), (berat unit tanah), B(lebar asas), Df(kedalaman asas), ialah faktor pembetulan
masing-masing untuk kesan kedalaman dan bentuk.

Contoh pengiraan bagi menentukan reka bentuk asas rakit:


Dimana:
C = 70kN/m2 ( diperolehi daripada keputusan ujian makmal rekodbore log)
= 150 ( diperolehi daripada keputusan ujian makmal rekodbore log)
= 20.89kN/m3 ( diperolehi daripada keputusan ujian makmal rekodbore log)
Nc = 12.9 daripada (Jadual 4.2)
Nq = 4.4 daripada (Jadual 4.2)
N = 2.59 daripada (Jadual 4.2)
B = 1m run (anggap)
Df = 0.45 m (kedalaman rasuk paling maksimum)
Fs = 3.0 (Faktor keselamatan)

Jadual 4.2: Faktor-faktor keupayaan galas


Terzaghi (1943)

0
5
10
15
20
25
30
34
35
40
45
48
50

Nc
5.7
7.3
9.6
12.9
17.7
25.1
37.2
52.6
57.8
95.7
172.3
258.3
347.5

Nq
1
1.6
2.7
4.4
7.4
12.7
22.5
36.5
41.4
81.3
173.3
287.8
415.1

N
0
0.5
1.2
2.5
5
9.7
19.7
35
42.4
100.4
297.5
780.1
1153.2

66
qu =70(12.9)+20.89(0.45)(4.4)+1/2(20.89)(1)(2.5)
= 903+41.3622+26.112
= 970.48kN/m2
qall = qu
Fs
= 970.48
2
= 485.24kN/m2 x 1m run ( luas bagi kawasan yang dikenakan beban-anggapan)

Disebabkan beban yang dikenakan adalah lebih besar iaitu 435 kN daripada beban yang
dibenarkan iaitu 323.49 kN/m2, maka anggapan B = 1m adalah tidak tepat, bagi
mendapatkan nilai B sebenar ialah beban yang

dikenakan

, iaitu

beban yang dibenarkan

Bsebenar =

435kN
485.24kN/m2x1m run

= 1.4m

4.4.4 Jadual Senarai Harga Ukur Bahan

Jadual 4.3: Jadual Senarai Harga Ukur Bahan

Bil Keterangan
A

Unit

Kuantiti

Kadar Harga

Jumlah(RM)

Pengorekan
parit bagi rasuk

m3

14

8.00

112.00

m2

226

9.00

2,034.00

asas rakit
B

Lapisan

asas

Konkrit

kelas

10(50mm)

67
C

Konkrit

kelas

m3

14

220.00

3,080.00

kg

524

2.80

1,467.20

kg

10

2.80

28.00

kg

190

2.80

532.00

kg

608

2.80

1,702.40

m2

119

25.00

2,975.00

25

Besi

Tetulang

(8mm)
E

Besi

Tetulang

(6mm)

Besi

Tetulang

Utama (16mm)

Besi

Tetulang

Utama (12mm)

Acuan
disekeliling asas
rakit

Jumlah (RM)

11,930.60

4.4.5 Cara kerja Asas Rakit

Cara kerja bagi asas rakit adalah sangat senang dan amat mudah, dimana bahanbahan seperti kayu yang digunakan sebagai acuan hanya sedikit iaitu sebagai paremeter
sahaja , manakala pengunaan jentera seperti mesin jentolak

untuk kerja-kerja

pengorekkan bagi rasuk asas rakit adalah juga sedikit dan masa yang diambil adalah
sekejap, pengunaan bahan utama seperti besi juga amatlah minimun. Manakala dari segi
penggunaan buruh juga adalah minimun.

68
4.5

Asas Cerucuk

4.5.1 Jangkaan

Daripada keputusan bore log, penulis menganggarkan bahawa pada kedalaman


13.5m

cerucuk

akan

berhenti(set).

Dimana

nilai

SPT

N-value

ialah

50

hentaman/300mm. Ini menunjukkan bahawa pada kedalaman 15m profile tanah adalah
keras (merujuk kepada jadual 4.1). Seperti analisis asas rakit juga, beban maksimum yang
diambil adalah sebanyak 435kN. Saiz bagi cerucuk adalah 150mm x 150mm dan jenis
cerucuk konkrit tetulang. Manakala beban kerja maksimun yang dapat ditanggung oleh
sebatang cerucuk konkrit tetulang ialah 260kN(rujukan daripada katolog pembekalECON PI PILE).

4.5.2 Rumusan

Formula Imprikal Meyerhof (Jadual 4.4) telah digunapakai untuk rekabentuk


beban kerja yang akan ditanggung oleh asas cerucuk.

Jadual 4.4: Formula Imprikal Meyerhof

Pasir / Batu

Tanah liat / Lumpur

Ps = k1 x Navr x As

k1 = 2.0

k1 = 1.7

Pb = k2 x Nb x Ab

k2 = 400

k2 = 250

Pa = Ps/Fs + Pb/Fb
Fs = Fb = 2.0

69
Dimana:

Ps = Beban geseran pada permukaan ceerucuk


Pb = Beban tanggung hujung
Pa = Beban yang dibenarkan
As = Luas permukaan cerucuk bagi geseran
Ab = Luas permukaan cerucuk di hujung
k1 dan k2 adalah pemalar bagi jenis tanah, dimana, k1- pemalar bagi geseran dan k2pemalar bagi tanggung hujung.
Fs = Faktor keselamatan bagi geseran
Fb = Faktor keselamatan bagi tanggung hujung

Contoh pengiraan bagi menentukan rekabentuk beban kerja:

Ps = k1 x Navr x [ x saiz cerucuk (As)] x beza kedalaman

(persamaan 4.2)

Fs
Pb = k2 x SPT(N) x Luas permukaan cerucuk(Ab)
Fb

Contoh 1:

Dari persamaan 4.2:

Ps = 2.0 x (0+20) x[ x 0.15] x (1.5m 0)


2
2.0
= 7.069 kN

Dari persamaan 4.3:

Pb = 400 x 20 x (0.15 x 0.15)


2.0

(persamaan 4.3)

70
= 90 kN

Pa = Ps + Pb
= 7.069 kN + 90 kN
= 97.069kN

Contoh 2:

Ps = 2.0 x (20+6) x [ x 0.15] x (3.0m - 1.5m) + 7.069 kN


2
2.0
= 16.258 kN

Pb = 400 x 6 x (0.15 x 0.15)


2.0
= 27kN

Pa = Ps + Pb
= 16.258 kN + 27 kN
= 43.258kN

Bagi nilai-nilai keupayaan galas tanah seterusnya adalah dinyatakan dalam jadual 4.5

Jadual 4.5: Jadual Pengiraan Kapasiti Keupayaan Galas Tanah

Dalam Jenis

Pemalar Pemalar SPT

Ps/Fs

Pb/Fb

Pa (kN)

(m)

tanah

(k1)

(k2)

(N)

(kN)

(kN)

0.0

Tanah

1.7

250

0.000

0.000

0.000

Liat
1.5

Kerikil

2.0

400

20

7.069

90.000

97.069

3.0

Kerikil

2.0

400

16.358

27.000

43.258

4.5

Kelodak 1.7

250

13

21.966

36.563

58.529

6.0

Kelodak 1.7

250

12

29.476

33.750

63.226

71
7.5

Kelodak 1.7

250

19

38.789

53.438

92.227

9.0

Kelodak 1.7

250

46.900

22.500

69.400

10.5

Kelodak 1.7

250

52.007

25.313

77.320

12.0

Kelodak 1.7

250

16

59. 517

45.000

104.517

13.5

Kelodak 1.7

250

42

76.941

118.125 198.066

15.0

Kelodak 1.7

250

50

104.579 140.625 245.204

4.5.3 Keputusan

Daripada jadual keupayaan galas tanah (Jadual 4.5), jumlah bilangan cerucuk di
dalam sesuatu kumpulan cerucuk boleh ditentukan dengan mengambil kira beban
rekabentuk yang dikenakan ke atas cerucuk tersebut. Contoh pengiraan bagi menentukan
bilangan cerucuk yang diperlukan adalah seperti di bawah:

Contoh:

Pada kedalaman 15m, nilai SPT-N adalah 50, keupayaan galas tanah ialah

245kN. Oleh itu sebatang cerucuk boleh menaggung beban sebanyak 245kN, tetapi untuk
faktor keselamatan, ambil kira sebatang cerucuk hanya menanggung beban sebanyak
150kN. Beban rekabentuk yang dikenakan ialah 435kN. Maka bilangan cerucuk yang
diperlukan adalah:

Beban reka bentuk yang dikenakan


Beban yang dapat ditanggung sebatang cerucuk

= 435
150
= 2.9 batang cerucuk
= 3 batang cerucuk yang diperlukan

Daripada keputusan ini dapat dinyatakan bahawa maksimum kumpulan cerucuk yang
digunakan di dalam satu kumpulan adalah 3 batang pada kedalaman 15m. Daripada
keputusan ini juga dapat ditentukan saiz tetopi asas cerucuk yang akan digunakan.

72
900
2T10
4T16

7T12

7T16

600

150x150mm
Cerucuk

Rajah 4.3: Reka Bentuk Asas Cerucuk (Tetopi)

4.5.4 Jadual Senarai Harga Ukur Bahan

Jadual 4.6: Jadual Senarai Harga Ukur Bahan

Bil

Keterangan

Kerja-kerja
berkaitan
cerucuk

Unit
yang Bil
dengan

Kuantiti

Kadar Harga

Jumlah(RM)
500.00

73
B

rekod Bil

Penghantaran
cerucuk

ke

40.00

pejabat

konsultan
C

Kerja-kerja

penanama m

685

26.00

17,810

14

20.00

280.00

33

50.00

1,650.00

33

30.00

990.00

2,500.00

2,500.00

m3

12.00

72.00

m2

25

9.00

225.00

cerucuk
150mmx150mm untuk
cerucuk
permulaan/penyambung
6m panjang
D

Pengimpalan v untuk No
penyambungan cerucuk
6mm(minimum)

Penggunaan pile shoe No


bagi cerucuk permulaan

No

Kerja-kerja
pemotongan
cerucuk

kepala

dan

kerja

pelupusan
G

Menyediakan

segala N

peralatan, buruh dan


mesin yang berkaitan
dengan
ujian

kerja-kerja
beban

kerja

cerucuk
H

Kerja-kerja
pengorekan tanah bagi
tetopi cerucuk 1.50m
dan tidak lebih 3.0m
Konkrit

sebagai alas

kelas 10(50mm)
J

Tetopi cerucuk
Konkrit kelas 25 seperti
dinyatakan

74
K
L

Tetopi cerucuk
Stump tiang
Besi

m3

220.00

1320.00

220.00

220.00

13

3.00

39.00

178

3.00

534.00

3.00

15.00

berkekuatan

rendah dinyatakan di
Tiang stump
A

Besi

tetulang kg

pengikat(10mm)
B

Besi tetulang(6mm)

Besi

kg

tetulang kg

pengikat(6mm)
Besi berkekuatan tinggi
dinyatakan pada Tetopi
cerucuk
D

Besi tetulang(16mm)

kg

157

3.00

471.00

Besi tetulang(12mm)

kg

550

3.00

1,650.00

Besi tetulang(10mm)

kg

103

3.00

309.00

Besi berkekuatan tinggi


dinyatakan

pada

Tiangstump
G

Besi tetulang(16mm)

kg

66

3.00

198.00

Besi tetulang(12mm)

kg

31

3.00

93.00

Besi tetulang(10mm)

kg

45

3.00

135.00

Tetopi m2

56

26.00

1,456.00

keliling m2

19

26.00

494.00

Pengergajian/pemotong
an acuan seperti
dinyatakan
K

Tepi

keliling

cerucuk

Tepi
Tiangstump
Jumlah (RM)

31,001.00

75
Daripada jadual senarai harga di atas boleh didapati bahawa jumlah harga bagi
menyiapkan asas cerucuk untuk sebuah rumah adalah RM 31,001.00. Ini menunjukkan
jumlah yang agak besar hanya bagi menyiapkan asas sahaja dan tidak termasuk rasuk dan
lantai bawah.

76

Bab 5

Kesimpulan dan Cadangan

5.1

Kesimpulan

Kajian ini menunjukkan bahawa asas rakit adalah amat sesuai digunakan di
kawasan kajian (Alam Impian, Seksyen 35 Shah Alam) yang merangkumi 94unit rumah
teres 2 tingkat, dengan itu dari segi kos ia sangat ekonomi dan

dari segi masa ia

mengambil waktu yang minimum, selain itu proses pembinaannya adalah mudah dan
cepat. Pencemaran udara juga adalah kurang, ini dapat di lihat dimana perbandingan
diantara asas rakit dengan asas cerucuk seperti jadual perbandingan di bawah iaitu
(jadual 5.1):

77
Jadual 5.1: Perbandingan Antara Asas Rakit Dan Asas Cerucuk

Bil

Asas Rakit

Asas Cerucuk

Kos pembinaan untuk 1unit rumah = Kos


RM 11,930.60

pembinaan

untuk

1unit

rumah = RM 31,001.00

Masa yang diambil untuk pembinaan Masa

yang

diambil

untuk

1unit rumah = 6 hari

pembinaan 1unit rumah = 9 hari

i- Kerja pengorekan tanah = 2 hari

i- Kerja lantakan cerucuk = 2 hari

ii- Kerja pemasangan tetulang utama ii- Kerja pemotongan cerucuk = 1


= 2 hari

hari

iii- Kerja pemasangan acuan = 1 hari iii- Kerja pengorekan tanah = 2


iv- Kerja konkrit = 1 hari

hari
iv- Kerja pemasangan acuan= 2
hari
v- Kerja pemasangan tetulang
utama = 1 hari
vi- Kerja konkrit = 1 hari

Pengunaan

kayu

yang

kurangkan pembaziran

Kerja

pengorekan

sedikit- Pengunaan kayu yang banyakpembaziran berlaku

tanah

yang Kerja pengorekan tanah yang

minimum- kurang pencemaran udara maksimum- pencemaran udara


ketika kerja pembuangan lebihan berlaku ketika kerja pembuangan
tanah

ke

tapak

pembuangan lebihan

tanah

ke

tapak

(adakalanya tiada langsung tanah pembuangan (banyak habuk)


lebihan)

78
5.2

Cadangan

Bagi pembinaan bangunan atau perumahan yang tidak terlalu tinggi, terutamanya
pembinaan rumah teres satu atau dua tingkat haruslah mengimplikasikan kaedah asas
rakit sebagai asas cetek di dalam pembinaan bangunan terutamanya bagi kawasan tanah
yang profilenya adalah tidak terlalu lemah atau tanah lembut seperti tanah gambut. Oleh
dengan itu secara langsung atau tidak, dengan menggunakan kaedah asas rakit sebagai
asas cetek, kos dan masa

pembinaan dapat dijimatkan dan memberi kesan kepada

masyarakat terutama masyarakat pegguna atau pembeli. Kita sedia maklum bahawa harga
rumah bagi kawasan bandar sibuk seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan lain-lain,
harga jualan untuk sebuah rumah adalah terlalu tinggi dan pengunaan tanah adalah terhad.

Oleh dengan demikian apabila kos pembinaan tidak terlalu tinggi, pihak pemaju
tidak ada alasan untuk menaikkan harga jualan atau menjual rumah dengan harga yang
melampau, ia akan membuka peluang kepada golongan yang berpendapatan sederhana
dan rendah mampu memiliki rumah sendiri. Di samping itu juga pengunaan asas rakit
dapat membantu mengurangkan pencemaran udara, secara sedar atau tidak alam sekitar
kita terjamin.

Di akhir sekali penulis berharap dengan keputusan yang diperolehi ini dapat
membantu pihak pemaju perumahan beralih kepada pembinaan asas rakit bagi
menggantikan asas cerucuk yang mana kos pembinaan lebih rendah, masa yang di ambil
adalah minimum, alam sekitar juga terjaga dan paling penting ialah ia memberi manfaaat
kepada pengguna/pembeli dengan pengurangan harga jualan rumah/unit daripada pihak
pemaju.

79

Rujukan

1.

Birger Schinidt (1987). Pull Out Capacity of Single Batter Pile in Sand. Canadian
Geotechnical Journal. 24. pp 467-468.

2.

Allan Hodgkinson, (1986) Foundation Design. London: Architectural Press Ltd.


pp127

3.

Braja

M.D

(1984).

Principles

of

Foundation

Engineering,

5th

ed.

Brooks/Cole Thomson Learning, USA, pp330-415

4,

Chattopadhyay and Pise, P.J. (1986a). Uplift Capacity of Pile in Sand. Journal of
the Geotechnical Engineering Division ASCE. 112. paper No. 9

5.

Clemence, C.P. and Brumund, W.F. (1975). Large Scale Model Test of Drilled
Piers in Sand. Journal of the Geotechnical Engineering Division ASCE. 101.
GT.6.paper No. 11369.

6.

Dickin, E.A. and Leung, C.F. (1990). Performance of Pile With Enlarge Base
Subject to Uplift Force. Canadian Geotechnical Journal. 27. pp546-556.

7.

Meyerhof, G. G. and Adams (1968). The Ultimate Uplift Capacity of Foundations.


Canadian Geotechnical Journal. 5. No. 4. Nov. pp225-244.

8.

Rowe, R. K. and Davis, E. H. (1982). The Behaviour of Anchor Plates in Sand.


Geotechnique, 32: 24-41.

80

Lampiran A: Peta pelan lokasi kes studi

81

82

83

84

85

86

Lampiran B: Pelan kedudukan tiang

87

Lampiran C: Jadual Ukur Bahan JKR

88

Lampiran C: Jadual Ukur Bahan JKR

89

Lampiran C: Jadual Ukur Bahan JKR

90

Lampiran C: Jadual Ukur Bahan JKR

91

Lampiran D: Rekod Lubang Jara 9

92

Lampiran D: Rekod Lubang Jara 9

93

Lampiran D: Rekod Lubang Jara 9

94

Lampiran D: Rekod Lubang Jara 9

95

You might also like