You are on page 1of 123

i

KOS PEMULIHAN KERJA-KERJA TANAH RUNTUH

FARAH HAZIRAH BINTI NAZEL EFFENDI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


ii
PSZ 19:16 (Pind. 1/07)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Nama penuh penulis FARAH HAZIRAH BINTI NAZEL EFFENDI


: ____________________________________________________

Tarikh lahir 22 NOVEMBER 1993


: ____________________________________________________

Judul KOS PEMULIHAN KERJA-KERJA TANAH RUNTUH


: ____________________________________________________

Sesi Akademik 2016/2017 II


: _____________

Saya mengaku bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai;

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau


kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)*

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh


organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)*

 TIDAK TERHAD Saya bersetuju bahawa tesis saya akan diterbitkan sebagai akses
terbuka atas talian (teks penuh)

Saya mengakui bahawa Universiti Teknologi Malaysia berhak seperti berikut;

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.

Disahkan oleh,

________________________________________ ________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

(No kad pengenalan penulis) (Nama Penyelia)

Tarikh: Tarikh:

CATATAN: * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
iii

PENGAKUAN PENYELIA

“Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Ukur Bahan”

Tandatangan :

Nama Penyelia : Sr. DR. MOHD SAIDIN BIN MISNAN

Tarikh :

Tandatangan :

Nama Pembaca Kedua: DR. NORAZAM BIN OTHMAN

Tarikh :
iv

PENGAKUAN

Saya akui tesis yang bertajuk “Kos Pemulihan Kerja-Kerja Tanah Runtuh” ini adalah
hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah
saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama : _________________________________
FARAH HAZIRAH BINTI NAZEL EFFENDI

Tarikh :
KOS PEMULIHAN KERJA-KERJA TANAH RUNTUH

FARAH HAZIRAH BINTI NAZEL EFFENDI

Laporan projek ini dikemukan


sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan

Fakulti Alam Bina


Universiti Teknologi Malaysia

Jun 2017
vi

DEDIKASI

Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpahan rahmat-Nya dapatlah saya
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini sehingga akhir. Alhamdulillah.

Untuk:

Ibu Ayah,

Suamiku,

Adik-adik,

Rakan-rakan seperjuangan,

dan tidak dilupakan penyelia,

Dr. Mohd Saidin Misnan.

Semoga Allah balas setiap jasa baik kalian.


vii

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, saya


dapat menyiapkan projek sarjana muda ini dengan jayanya. Saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah penyelia saya ini iaitu
Dr. Mohd Saidin Misnan kerana telah memberikan tunjuk ajar dan memberi
bimbingan kepada saya semasa menyiapkan projek srajana muda ini.

Selain itu, saya juga turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pihak-pihgak yang terlibat dalam memberikan maklumat-maklumat
yang penting sehingga saya dapat menyelesaikan laporan ini.

Tambahan lagi, tidak dilupakan juga kepada orang yang penting


dalam hidup saya iaitu ibu bapa, suami, adik-beradik yang tidak putus
mendoakan kejayaan saya. Begitu juga kepada rakan-rakan seperjuangan
saya yang sentiasa membantu saya secara langsung atau tidak langsung.
Semoga Allah membalas jasa kalian yang tak terhingga. Sekian, terima
kasih.
viii

ABSTRAK

Pada masa kini, kejadian tanah runtuh sering berlaku di Malaysia mahupun di
luar negara. Kesan daripada tanah runtuh ini boleh menyebabkan kehilangan nyawa,
kerugian harta benda ataupun kedua-duanya sekali. Malaysia merupakan negara
yang mempunyai iklim khatulistiwa, di mana negara tersebut mempunyai taburan
hujan yang tinggi. Apabila kandungan air hujan yang sangat tinggi terkandung di
dalam tanah, ia menyebabkan pergerakan tanah berlaku dan memungkinkan kejadian
tanah runtuh berlaku di sesuatu kawasan tersebut. Selain itu, punca kejadian tanah
runtuh juga disebabkan oleh kawasan tinggi yang mempunyai tanggungan beban
seperti rumah dan jalan raya yang mempunyai trafik yang berat, aliran air bawah
tanah, gempa bumi dan sistem longkang yang tidak baik. Objektif kajian ini adalah
mengenal pasti punca tanah runtuh dan kaedah yang digunakan untuk baik pulih
tanah runtuh. Objektif kedua pula ialah mengetahui kos yang terlibat semasa kerja
baik pulih dijalankan. Kajian ini menggunakan lima projek yang pernah mengalami
kejadian tanah runtuh yang berada di sekitar Johor. Kaedah temu bual dan analisis
dokumen digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat tentang projek-
projek tersebut. Setelah dikaji dan dianalisis, didapati bahawa punca-punca yang
menyebabkan kejadian tanah runtuh berlaku adalah disebabkan hujan, aliran air
bawah tanah, sistem longkang yang tidak baik, paip dan manhole yang tidak
diselenggara. Kaedah yang digunakan untuk baik pulih tanah runtuh adalah seperti
tembok penahan Betoflor, Tembok Tanah Bertetulang, Tembok Gabion, Kotak
Pembetung, Cerucuk Kepingan Keluli dan Sistem Longkang. Antara kos yang
terlibat bagi kelima-lima projek ialah komponen kerja awalan, tembok penahan, asas
konkrit, cerucuk, longkang dan kerja pembersihan. Namun, setiap projek
menggunakan komponen yang berbeza mengikut keperluan projek.
ix

ABSTRACT

Nowadays, landslides often occur in Malaysia or abroad. The effects of the


landslides can cause loss of life, loss of property or both. Malaysia is a country that
has an equatorial climate, where the country has a high rainfall. When the content of
the water is very high in the soil, it will cause the soil to move and allows the
landslide occurred within the area. In addition, the factors of the landslide was
caused by the high area which has borne the burden of such houses and roads with
heavy traffic, underground water flows, earthquakes and severe drain systems. The
objective of this study is to identify the causes of landslides and method used to fix
the landslide. The second objective is to find out the costs involved during the
repairs. This study uses five projects that had experienced landslides around Johor.
Methods such as interviews and document analysis used in this study to obtain
information on such projects. This study was found that the causes which led to the
landslide occurred is due to the rain, underground water flow, bad drainage system,
pipes and manhole are not maintained. The methods used to repair landslide are
Retaining Wall 'Betoflor', Reinforced Earth Wall, Gabion Wall, Box Culvert, Steel
Sheet Piling and Drainage System. The costs involved for the five projects are
preliminary work, retaining walls, concrete foundation, piling, drains and site
clearance. However, each project use different components according to needs of the
project.
x

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA M/S

PENGESAHAN ii
PENGAKUAN PENYELIA iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI vi
PENGHARGAAN vii
ABSTRAK viii
ABSTRACT ix
ISI KANDUNGAN x
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi

BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Masalah 2
1.3 Persoalan Kajian 3
1.4 Objektif Kajian 3
1.5 Skop Kajian 4
1.6 Kepentingan Kajian 4
1.7 Metodologi Kajian 5
1.8 Organisasi Bab 7
xi

BAB 2 PUNCA, KAEDAH DAN KOS PEMULIHAN 9


TANAH RUNTUH
2.1 Pengenalan 9
2.2 Definisi 10
2.2.1 Tanah Runtuh 10
2.2.2 Kos 11
2.3 Jenis-Jenis Tanah Runtuh 11
2.3.1 Jatuhan 12
2.3.2 Gelinciran 13
2.3.2.1 Putaran 13
2.3.2.2 Translasi 14
2.3.3 Keterbalikan 14
2.3.4 Sebaran Leteral 15
2.3.5 Aliran 16
2.3.5.1 Aliran debris 16
2.3.5.2 Aliran tanah 17
2.4 Tanda-Tanda Kejadian Tanah Runtuh 18
2.5 Punca-Punca Tanah Runtuh 19
2.5.1 Faktor Alam 19
2.5.1.1 Gempa Bumi 19
2.5.1.2 Hujan 20
2.5.1.3 Edaran Air Tanah 20
2.5.2 Faktor Manusia 21
2.5.2.1 Pengubahsuaian Cerun 21
2.5.2.2 Lebihan Beban di Cerun 22
2.5.2.3 Sistem longkang 22
2.5.2.4 Kurang Penyelenggaraan 23
2.6 Kaedah-Kaedah Baik Pulih Tanah Runtuh 23
2.6.1 Tembok Gabion 23
2.6.2 Cerucuk Kepingan Keluli 24
2.6.3 Tembok Tanah Bertetulang 25
2.6.4 Sistem longkang 26
2.6.4.1 Longkang Bertingkat 26
xii

2.6.4.2 Longkang Tepi Jalan 27


2.6.4.3 Kotak Pembetung 28
2.6.5 Betoflor 29
2.7 Analisis Kos 30
2.8 Kos Yang Terlibat Dalam Pemulihan Tanah Runtuh 31
2.8.1 Kos Kerja Awalan 31
2.8.1.1 Insurans 31
2.8.1.2 Pembersihan Tapak 32
2.8.1.3 Pekerja Tapak 32
2.8.1.4 Papan Tanda 33
2.8.2 Kerja Pembinaan Kaedah Pemulihan Tanah Runtuh 33
2.8.2.1 Kaedah Pembinaan Tembok Gabion 33
2.8.2.2 Kaedah Pembinaan Cerucuk Kepingan Keluli 34
2.8.2.3 Kaedah Pembinaan Tembok Tanah 34
Bertetulang
2.8.2.4 Kaedah Pembinaan Longkang 35
2.8.2.5 Kaedah Pembinaan Betoflor 36
2.9 Rumusan Bab 37

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 38


3.1 Pengenalan 38
3.2 Reka Bentuk Kajian 39
3.2.1 Kualitatif 39
3.3 Perancangan Kaedah Kajian 40
3.3.1 Peringkat Pertama 40
3.3.2 Peringkat Kedua 40
3.3.3 Peringkat Ketiga 41
3.3.4 Peringkat Keempat 42
3.4 Instrumen Kajian 42
3.4.1 Borang Temubual Semi-Struktur 42
3.5 Kaedah Analisis Data 43
3.5.1 Transkrip 44
3.5.2 Analisis Dokumen 44
3.6 Rumusan Bab 45
xiii

BAB 4 ANALISIS KAJIAN 46


4.1 Pengenalan 46
4.2 Latar Belakang Projek 46
4.3 Projek 1 48
4.3.1 Latar Belakang Projek 48
4.3.2 Punca Tanah Runtuh dan Kaedah Baik Pulih 48
4.3.3 Kos Pemulihan Tanah Runtuh 51
4.4 Projek 2 58
4.4.1 Latar Belakang Projek 58
4.4.2 Punca Tanah Runtuh dan Kaedah Baik Pulih 59
4.4.3 Kos Pemulihan Tanah Runtuh 61
4.5 Projek 3 67
4.5.1 Latar Belakang Projek 67
4.5.2 Punca Tanah Runtuh dan Kaedah Baik Pulih 68
4.5.3 Kos Pemulihan Tanah Runtuh 70
4.6 Projek 4 75
4.6.1 Latar Belakang Projek 75
4.6.2 Punca Tanah Runtuh dan Kaedah Baik Pulih 76
4.6.3 Kos Pemulihan Tanah Runtuh 78
4.7 Projek 5 82
4.7.1 Latar Belakang Projek 82
4.7.2 Punca Tanah Runtuh dan Kaedah Baik Pulih 83
4.7.3 Kos Pemulihan Tanah Runtuh 85
4.8 Analisis Keseluruhan 88
4.9 Rumusan Bab 92

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 93


5.1 Pengenalan 93
5.2 Pencapaian Objektif Kajian 93
5.3 Had Kajian 95
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 96

RUJUKAN
xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK M/S


4.1 Projek-Projek Kajian 47
4.2 Keterangan Ringkas Projek 1 48
4.3 Kos Kerja Awalan Projek 1 52
4.4 Kos Kerja-Kerja Memasang Tembok Penahan Projek 1 54
4.5 Kos Asas Papak Konkrit Projek 1 55
4.6 Kos Longkang Konkrit Projek 1 56
4.7 Kos Kerja-Kerja Pembersihan Projek 1 57
4.8 Keterangan Ringkas Projek 2 58
4.9 Kos Kerja Awalan Projek 2 61
4.10 Kos Kerja-Kerja Memasang Tembok Penahan Projek 2 63
4.11 Kos Asas Cerucuk Konkrit 150mm x 150mm Projek 2 64
4.12 Kos Kerja-Kerja Memasang Longkang Konkrit Projek 2 65
4.13 Kos Kerja-Kerja Pembersihan Projek 2 66
4.14 Keterangan Ringkas Projek 3 67
4.15 Kos Kerja Awalan Projek 3 71
4.16 Kos Kerja-Kerja Memasang Tembok Penahan Projek 3 72
4.17 Kos Kerja-Kerja Memasang Longkang Konkrit Projek 3 73
4.18 Kos Kerja-Kerja Pembersihan Projek 3 74
4.19 Keterangan Ringkas Projek 4 76
4.20 Kos Kerja Awalan Projek 4 79
4.21 Kos Kerja-Kerja Membaiki Cerun Projek 4 81
4.22 Keterangan Ringkas Projek 5 83
xv

4.23 Kos Kerja Awalan Projek 5 85


4.24 Kos Kerja-Kerja Cerucuk Kepingan Projek 5 87
4.25 Punca-Punca Tanah Runtuh 88
4.26 Kaedah-Kedah Baik Pulih Tanah Runtuh 89
4.27 Kos yang terlibat bagi kelima-lima projek 90
xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK M/S


1.1 Carta Alir Kajian 6
2.1 Tanah Runtuh Jenis Jatuhan 12
2.2 Tanah Runtuh Jenis Putaran 13
2.3 Tanah Runtuh Jenis Translasi 14
2.4 Tanah Runtuh Jenis Keterbalikan 15
2.5 Tanah Runtuh Jenis Sebaran Lateral 16
2.6 Tanah Runtuh Jenis Aliran Debris 17
2.7 Tanah Runtuh Jenis Aliran Tanah 18
2.8 Tembok Gabion 24
2.9 Cerucuk Kepingan Keluli 25
2.10 Tembok Tanah Bertetulang 26
2.11 Longkang Bertingkat 27
2.12 Longkang Tepi Jalan 28
2.13 Kotak Pembetung 29
2.14 Betoflor 30
4.1 Lakaran Kawasan Tanah Runtuh Projek 1 49
4.2 Tanah Runtuh Projek 1 50
4.3 Tembok Penahan Betoflor dan Longkang Konkrit Pratuang 51
Bentuk ‘U’
4.4 Tanah Runtuh Projek 2 59
4.5 Tembok Penahan Tembok Tanah Bertetulang dan 60
Longkang Konkrit Bertingkat Bentuk ‘V’
4.6 Tanah Runtuh Projek 3 68
4.7 Tembok Penahan Tembok Gabion dan Longkang Bertingkat 69
xvii

4.8 Longkang Tepi Jalan 70


4.9 Tanah Runtuh Projek 4 77
4.10 Kaedah Longkang Jenis Kotak Pembetung 78
4.11 Tanah Runtuh Projek 5 84
1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Masalah keruntuhan tanah sering berlaku di Malaysia dan juga di luar negara,
terutamanya di kawasan tinggi yang mempunyai tanggungan beban seperti rumah
dan jalan raya yang mempunyai trafik yang berat. Malaysia merupakan salah satu
negara yang mempunyai iklim khatulistiwa, di mana negara tersebut mempunyai
taburan hujan yang tinggi. Apabila kandungan air hujan yang sangat tinggi terdapat
di dalam tanah, ia menyebabkan pergerakan tanah berlaku dan memungkinkan
kejadian tanah runtuh berlaku di sesuatu kawasan tersebut (Mokhtar et al., 2011).

Kejadian buruk seperti tanah runtuh ini memberikan impak yang negatif
kepada ramai pihak. Pihak pemaju perlu menanggung kos yang tinggi bagi membaik
pulihkan kawasan yang berlaku tanah runtuh. Pihak penduduk juga akan mengalami
kesusahan dari segi kerosakan harta benda dan mungkin juga nyawa mereka akan
terancam akibat daripada keruntuhan tanah yang berlaku di kawasan perumahan
mereka (Norsafiah et al., 2014).
2

Oleh itu, untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh daripada berterusan


berlaku di masa hadapan, langkah-langkah yang efektif perlu diambil oleh pihak
pembinaan bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh berlaku lagi.

1.2 Penyataan Masalah

Tanah runtuh merupakan salah satu bencana yang sering berlaku oleh kerana
faktor perubahan cuaca. Perubahan cuaca tersebut adalah lebih membimbangkan
jika curahan air hujan turun pada musim Monsun Timur Laut dan Monsun Barat
Daya. Kesan daripada tanah runtuh ini boleh menyebabkan kehilangan nyawa,
kerugian harta benda ataupun kedua-duanya sekali (Norsafiah et al., 2014).

Pada tarikh 29 Jun 2015, dikatakan kejadian tanah runtuh telah berlaku untuk
kali keempat di kawasan Kampung Tahana, Jalan Padu, Larkin. Kejadian tanah
runtuh tersebut telah menyebabkan enam buah rumah setinggan dan tiga buah
motosikal tertimbus, serta nyaris mengorbankan nyawa penduduk di situ seramai 24
orang (Sinar Online, 2015).

Penambahan beban yang berada di bahagian atas lereng yang disebabkan oleh
perumahan di tepi cerun atau di puncak bukit merupakan tindakan yang berisiko
yang boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh berlaku. Jika tanpa perancangan
yang baik ia boleh menyebabkan perubahan keseimbangan tekanan kepada cerun
(Zulfialdi, 2009).
3

Kejadian tanah runtuh sepanjang 40 meter dan mendap sedalam 3 meter telah
berlaku di Bandar Putra pada 16 September 2015. Akibat daripada pergerakan tanah
tersebut selepas hujan lebat yang turun, ia telah menyebabkan paip bawah tanah
milik Syarikat Air Johor (SAJ) pecah. Pihak pemaju menafikan bahawa kejadian
tanah runtuh tersebut adalah disebabkan kerja pembinaan yang sedang dijalankan di
situ kerana mereka telah memasang cerucuk besi dua lapis masing-masing sedalam
18 meter dan 9 meter di tebing bahu jalan berkenaan (Utusan Online, 2015).

1.3 Persoalan Kajian

Persoalan kajian bagi kajian ini adalah:

i. Apakah punca-punca yang menyebabkan tanah runtuh berlaku dan


kaedah yang digunakan untuk membaik pulih tanah runtuh tersebut?
ii. Berapakah kos yang terlibat untuk proses pembaikan tanah runtuh?

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian bagi kajian ini adalah:

i. Mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan tanah runtuh berlaku


dan kaedah yang digunakan untuk membaik pulih tanah runtuh
tersebut.
ii. Mengenal pasti kos-kos yang terlibat semasa proses membaik pulih
dijalankan.
4

1.5 Skop Kajian

Kajian ini akan dijalankan mengikut skop yang telah ditentukan iaitu kes-kes
kejadian tanah runtuh yang berlaku di bahagian tepi jalan raya. Selain itu, kajian juga
akan tertumpu kepada kes-kes kejadian tanah runtuh yang berada di sekitar Johor.
Pengumpulan maklumat yang diperoleh daripada projek-projek tersebut akan
dibincangkan kemudian.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dapat membantu untuk memahami mengapa sesuatu kejadian tanah
runtuh itu berlaku di sesuatu tempat. Kajian ini juga dapat mengenal pasti dengan
lebih terperinci tentang kos-kos yang terlibat untuk membaik pulih kawasan yang
berlaku kejadian tanah runtuh. Selain itu, kajian ini juga penting supaya dapat
membantu pihak yang ingin membuat anggaran bagi projek yang tertentu di masa
hadapan. Kajian ini juga dapat membantu pihak binaan tersebut untuk membuat
anggaran kos dalam masa yang singkat jika terdapat kes kecemasan. Oleh itu,
dengan pengetahuan yang diperoleh ini pihak-pihak yang terlibat dalam kerja
pembinaan mestilah mengambil langkah-langkah yang sepatutnya dan lebih berhati-
hati pada masa hadapan semasa pembinaan ingin dijalankan untuk mengelakkan
kejadian tanah runtuh berlaku lagi.
5

1.7 Metodologi Kajian

Bagi kajian yang dijalankan ini akan menggunakan pendekatan kualitatif.


Kaedah seperti sesi temu bual dan analisis dokumen akan dijalankan bagi
mendapatkan maklumat-maklumat yang penting bagi mencapai objektif kajian ini.
Temu bual merupakan kaedah pengumpulan data yang melibatkan seseorang
penyelidik itu mencari jawapan yang terbuka atau jelas yang berkaitan dengan
beberapa soalan, kawasan topik atau tema kajian tersebut (O'Leary, 2010).

Bagi kaedah analisis dokumen pula ia merupakan huraian objektif terhadap


mesej komunikasi yang telah dicetak, disiarkan atau digambarkan, (Jasmi, 2013).
Dokumen-dokumen yang berkaitan perlulah diminta dan diperolehi daripada pihak
yang terlibat supaya maklumat dan data-data yang penting tentang kajian ini dapat
dianalisis. Data-data daripada dokumen-dokumen tersebut akan diteliti dengan
terperinci supaya dapat menjawab objektif kajian dengan baik (Nor Raudah, 2009).

Kaedah kajian literatur juga amat penting dalam kajian ini. Kajian literatur
adalah satu kaedah yang sistematik, jelas terbukti dan tepat untuk mengenal pasti dan
menilai kerja yang telah direkodkan yang dihasilkan oleh penyelidik (Fink, 2010).
Kajian literatur dapat dijalankan dengan mengambil maklumat contohnya daripada
buku, jurnal, tesis, internet dan juga surat khabar yang berkaitan dengan tajuk kajian
ini. Kajian literatur dapat membantu supaya lebih memahami topik kajian ini dengan
lebih mendalam dan dapat memberikan fakta yang penting dan latar belakang tentang
topik kajian yang dijalankan ini (Welman et al., 2009). Rajah 1.1 menunjukkan carta
alir bagi kajian ini.
6

Perbincangan Awalan

i. Mengenal pasti isu dan masalah


ii. Mengenal pasti persoalan kajian
iii. Mengenal pasti objektif kajian
iv. Menentukan skop kajian

Objektif kajian 1: Mengenal pasti Obekjtif kajian 2: Mengetahui


punca tanah runtuh dan kaedah kos-kos yang terlibat semasa proses
untuk baik pulih. membaik pulih dijalankan.

Kajian Literatur

i. Definisi Sumber:
ii. Jenis-jenis tanah runtuh Buku,
iii. Tanda-tanda kejadian tanah runtuh jurnal,
iv. Punca-punca tanah runtuh internet,
v. Kaedah Baik Pulih Tanah Runtuh tesis
vi. Kos yang terlibat untuk pemulihan

Metodologi Kajian

Temu bual Analisis Dokumen

Analisis Data

Hasil kajian objektif 1 Hasil kajian objektif 2

Kesimpulan Data

Rajah 1.1 : Carta Alir Kajian


7

1.8 Organisasi Bab

Organisasi bab akan menerangkan tentang keseluruhan bab yang akan


dilakukan dalam kajian ini.

1.8.1 Bab 1

Bab 1 akan menyentuh tentang latar belakang kajian yang ingin dijalankan.
Ia akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan penyataan masalah yang
dihadapi bagi kajian ini, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian, kepentingan
kajian dan metodologi kajian. Kesemua komponen yang terdapat di dalam bab 1
akan dijadikan sebagai panduan dalam penulisan ini agar tercapai objektifnya.

1.8.2 Bab 2

Di dalam bab ini, ia akan membincangkan tentang kejadian tanah runtuh.


Perkara yang dibincangkan dalam bab ini mestilah berkaitan dengan objektif kajian
supaya ia tidak lari daripada matlamat yang sebenar yang perlu dicapai. Perkara
yang akan dibincangkan adalah seperti definisi, jenis-jenis tanah runtuh, tanda-tanda
kejadian tanah runtuh, punca-punca tanah runtuh, kaedah-kaedah yang digunakan
untuk membaik pulih tanah runtuh dan juga kos-kos yang terlibat semasa proses
membaik pulih dijalankan.
8

1.8.3 Bab 3

Bab 3 akan menekankan perbincangan tentang kaedah yang akan digunakan


bagi mengumpul data-data dan maklumat-maklumat yang penting bagi tujuan
penulisan kajian ini. Kajian ini akan menggunakan pendekatan kualitatif. Antara
kaedah yang akan digunakan adalah seperti kaedah temubual dan analisis dokumen.
Selain itu, kajian literatur juga akan digunakan dalam kajian bagi menambah ilmu
pengetahuan dan kefahaman tentang kajian ini dengan lebih mendalam.

1.8.4 Bab 4

Bab ini akan membincangkan tentang hasil kajian yang telah didapati melalui
kaedah yang telah digunakan pada bab 3 iaitu temu bual dan analisis dokumen
daripada pihak-pihak yang terlibat. Maklumat-maklumat yang diperoleh akan
dibincangkan dengan teliti di dalam bab ini. Maklumat-maklumat tersebut haruslah
menjawab objektif-objektif kepada kajian ini.

1.8.5 Bab 5

Di akhir penulisan kajian ini, satu kesimpulan secara komprehensif akan


dilakukan bagi menunjukkan kajian yang dijalankan ini adalah betul dan tepat serta
memenuhi kehendak objektif kajian. Segala hasil kajian yang dibincangkan akan
disimpulkan serta beberapa cadangan akan dikemukakan bagi menyelesaikan
masalah yang dihadapi dalam kajian ini. Cadangan kajian lanjutan juga akan
disyorkan di dalam bab ini berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan.
BAB 2

PUNCA-PUNCA, KAEDAH DAN KOS PEMULIHAN TANAH RUNTUH

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang kajian literatur yang berkaitan dengan
objektif-objektif yang telah ditentukan di bab 1. Kajian literatur merupakan kajian
yang lebih mendalam untuk mencapai beberapa maklumat yang lebih khusus tentang
kajian yang dijalankan. Kajian literatur penting untuk digunakan di dalam sesebuah
kajian agar lebih memahami kajian yang dijalankan dengan lebih jelas dan
mendalam. Oleh itu, maklumat yang berkaitan dengan tanah runtuh akan didapati
dari jurnal, buku, internet dan lain-lain lagi. Seterusnya, maklumat yang diperoleh
akan dibincangkan dalam bab ini.
10

2.2 Definisi

Definisi akan menerangkan tentang terma yang sering digunakan dalam


kajian ini.

2.2.1 Tanah Runtuh

Tanah runtuh merupakan sesuatu kejadian yang berlaku yang melibatkan


pergerakan batu, kelompok tanah atau debris yang menuju ke bawah cerun (Lakakis
et al., 2009). Kenyataan ini disokong oleh Agliardi (2012) yang menyatakan bahawa
tanah runtuh merupakan sesuatu pergerakan bahan yang membentuk cerun ke arah
bahagian bawah atau luar cerun di sepanjang sesuatu permukaan yang mengalami
kegelongsoran itu. Bahan yang terlibat dalam tanah runtuh adalah batu, tanah dan
debris ataupun gabungan dari bahan-bahan tersebut (Highland et al., 2008).

Kejadian bencana ini melibatkan pergerakan tanah dari sesuatu tempat yang
tidak stabil dan ianya boleh berlaku dalam masa yang singkat ataupun perlahan oleh
tarikan graviti. Ia boleh memberikan kesan-kesan yang negatif kepada alam sekitar
mahupun manusia yang berada di sekitar di tempat kejadian. Tanah runtuh boleh
berlaku di kawasan yang mempunyai keadaan tanah yang tinggi seperti di kawasan
perbukitan ataupun pergunungan, sama ada di kawasan perbukitan yang semulajadi
atau kawasan yang telah diganggu oleh manusia (Hamzah Hussin et al., 2015).
11

2.2.2 Kos

Menurut Noresah (2007), kos bermaksud sesuatu harga yang perlu dibayar
oleh seseorang untuk memperoleh, mengeluarkan, menyenggara dan sebagainya
untuk sesuatu. Lazimnya, ia berupa wang, masa dan tenaga. Menurut beliau lagi kos
juga boleh membawa maksud kepada kos yang digunakan untuk membuat sesuatu
komoditi, iaitu upah dan faedah sampingan yang dibayar kepada buruh, sewa
hartanah, untung yang dibayar kepada usahawan dan juga kos bahan. Menurut Brent
(2014), kepada bukan ahli ekonomi, kos adalah sesuatu yang di bayar untuk memiliki
sesuatu barang ataupun perkhidmatan dan membayar untuk sesuatu adalah dengan
wujudnya resit. Ini adalah merupakan satu rekod yang nyata untuk menanggung kos.

2.3 Jenis-Jenis Tanah Runtuh

Tanah runtuh boleh diklasifikasikan kepada jenis bahan dan jenis


pergerakannya. Terdapat tiga jenis bahan yang terlibat iaitu sama ada batu,
kelompok tanah ataupun debris. Manakala jenis pergerakan pula terdapat lima jenis
iaitu jatuhan, gelinciran, keterbalikan, sebaran sisi dan aliran.
12

2.3.1 Jatuhan

Tanah runtuh jenis jatuhan merupakan kegagalan dan pemisahan serpihan


batu sama ada satu blok, beberapa blok individu atau batu yang berjumlah banyak
diikuti dengan gerakan ke bawah dengan jatuhan bebas, melantun, bergolek dan
gelongsor (Agliardi, 2012). Jatuhan amat dipengaruhi oleh daya tarikan graviti,
luluhawa mekanikal dan kehadiran air di celahan bahan (Highland et al., 2008).
Jatuhan sering berlaku di kawasan yang mempunyai pendedahan menegak
berhampiran batu (Burns et al., 2008). Rajah 2.1 menunjukkan gambaran tanah
runtuh jenis jatuhan.

Rajah 2.1 : Tanah Runtuh Jenis Jatuhan


13

2.3.2 Gelinciran

Tanah runtuh jenis gelinciran terbahagi kepada dua jenis iaitu tanah runtuh
putaran dan tanah runtuh translasi.

2.3.2.1 Tanah Runtuh Putaran

Gelinciran jenis ini adalah di mana permukaannya pecah melengkung menaik


dan pergerakan gelincir secara kasarnya berputar kira-kira satu paksi yang selari
dengan permukaan tanah dan melintang di seluruh gelincirannya. Gelinciran jenis
putaran adalah yang paling kerap berlaku dalam bahan homogen. Cerun gelinciran
jenis ini terdiri daripada kira-kira 20 hingga 40 darjah. Pergerakan perjalanannya
amat perlahan kurang daripada 0.3 meter atau 1 kaki setiap 5 tahun manakala untuk
sederhana cepat sebanyak 1.5 meter atau 5 kaki sebulan (Agliardi, 2012). Rajah 2.2
menunjukkan gambaran tanah runtuh jenis putaran.

Rajah 2.2 : Tanah Runtuh Jenis Putaran


14

2.3.2.2 Tanah Runtuh Translasi

Jisim dalam kejadian tanah runtuh translasi bergerak ke bawah dan keluar
bersama-sama permukaan yang agak satah dengan pergerakan putaran sedikit atau
miring ke belakang. Gelinciran jenis translasi ini boleh bergerak pada jarak yang
jauh jika permukaan yang pecah tersebut mempunyai kecenderungan yang
secukupnya, berbeza dengan slaid berputar yang cenderung untuk menyimpan
semula keseimbangan gelincirannya. Rajah 2.3 menunjukkan gambaran tanah runtuh
jenis translasi.

Rajah 2.3: Tanah Runtuh Jenis Translasi

2.3.3 Keterbalikan

Keterbalikan merupakan satu atau lebih blok batu atau kepingan sekitar titik
engsel yang runtuh terbalik disebabkan oleh graviti, cecair tekanan lampau ataupun
gegaran seismik. Keterbalikan boleh terdiri daripada batu, serpihan bahan kasar,
atau bahan-bahan bumi yang berbutir halus (Agliardi, 2012). Ia boleh menjadi
kompleks dan komposit. Tanah runtuh jenis ini sudah berlaku di peringkat global. Ia
15

sering berlaku di kawasan gunung berapi, di sepanjang sungai dan di mana-mana


tebing yang curam. Rajah 2.4 menunjukkan gambaran tanah runtuh jenis
keterbalikan.

Rajah 2.4 : Tanah Runtuh Jenis Keterbalikan

2.3.4 Sebaran Lateral

Sebaran lateral adalah tersendiri ataupun berlainan kerana biasanya ia berlaku


pada cerun yang sangat lembut atau kawasan yang rata. Cara pergerakan dominan
adalah lanjutan lateral disertakan dengan ricih atau tegangan keretakan. Kegagalan
ini disebabkan oleh pencairan, longgar, mendapan tak jeleket biasanya pasir dan
kelodak berubah daripada pepejal ke dalam keadaan cecair. Kegagalan biasanya
dicetuskan oleh pergerakan tanah yang pesat, seperti yang dialami semasa gempa
bumi, tetapi juga boleh menjadi buatan tiruan. Apabila bahan yang padu, sama ada
batuan ataupun tanah menjadi cair, unit atas boleh menjalani keretakan dan lanjutan,
kemudian ia akan menjadi surut, translasi, berputar, hancur, atau mencair dan
mengalir. Rajah 2.5 menunjukkan gambaran tanah runtuh jenis sebaran lateral.
16

Rajah 2.5 : Tanah Runtuh Jenis Sebaran Lateral

2.3.5 Aliran

Terdapat dua jenis aliran tanah runtuh iaitu aliran debris dan aliran tanah.

2.3.5.1 Aliran Debris

Satu bentuk gerakan jisim yang pesat di mana tanah yang longgar, batu dan
kadang-kadang bahan organik bergabung dengan air yang kemudiannya membentuk
seperti bubur yang mengalir di suatu lereng atau cerun. Ianya secara tidak rasmi
dipanggil banjir lumpur kerana kuantiti bahan halus yang hadir dalam aliran tersebut.
Rajah 2.6 menunjukkan gambaran tanah runtuh jenis aliran debris.
17

Rajah 2.6 : Tanah Runtuh Jenis Aliran Debris

2.3.5.2 Aliran Tanah

Aliran tanah boleh berlaku pada cerun lembut dan juga sederhana lembut,
secara amnya tanah yang berbutir halus, biasanya tanah liat atau kelodak, dan juga
tanah liat yang mengandungi batu. Bahan cerun mencair dan berjalan keluar,
membentuk mangkuk atau tekanan di bahagian kepala. Aliran itu sendiri adalah
memanjang dan biasanya berlaku dalam bahan-bahan halus atau batu tanah liat.
Walau bagaimanapun, aliran kering bahan berbutir juga mungkin. Kelajuan
perjalanan boleh menjadi daripada lambat kepada sangat laju. Rajah 2.7
menunjukkan gambaran tanah runtuh jenis aliran tanah.
18

Rajah 2.7 : Tanah Runtuh Jenis Aliran Tanah

2.4 Tanda-Tanda Kejadian Tanah Runtuh

Menurut Kementerian Kerja Raya (2011), terdapat beberapa tanda untuk


berlaku kejadian tanah runtuh. Antaranya ialah terdapat benjolan pada kaki cerun
ataupun tembok penahan, benjolan tersebut menandakan bahawa berlakunya tekanan
air yang berterusan di tembok penahan tersebut. Burns et al., (2008) juga turut
menyatakan bahawa tanda-tanda aktiviti kejadian tanah runtuh, berlakunya bonjolan
tanah di pangkalan cerun.

Selain daripada itu, tanda-tanda tersebut juga boleh dilihat jika air kelihatan
pada permukaan tanah di lokasi baru, takungan air tersebut menunjukkan bahawa
saluran air di bahagian tanah tersebut tidak mengalir dengan baik. Pagar, tembok
penahan, tiang atau pokok yang condong juga merupakan salah satu tanda yang jelas
kelihatan bagi aktiviti tanah runtuh. Struktur tersebut condong disebabkan oleh
pergerakan tanah yang berlaku. Pergerakan seperti ini dianggap pergerakan yang
perlahan.
19

Tanda-tanda aktiviti tanah runtuh boleh dilihat jika struktur bangunan


tersebut mengalami retakan atau rekahan. Rekahan tersebut boleh kelihatan di
permukaan atau tapak rumah, bangunan itu sendiri ataupun struktur lain. Rekahan
yang disebabkan oleh pergerakan tanah di sekitar kawasan kejadian perlulah
diperiksa dengan segera supaya dapat mengambil tindakan yang sewajarnya (Burns
et al., 2008).

2.5 Punca-Punca Tanah Runtuh

Punca-punca tanah runtuh boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu


faktor alam dan faktor manusia. Terdapat pelbagai punca yang akan dibincangkan
kemudian.

2.5.1 Faktor Alam

Punca tanah runtuh di bawah faktor alam boleh berpunca dari gempa bumi,
hujan dan edaran air tanah.

2.5.1.1 Gempa Bumi

Gempa bumi merupakan salah satu punca kepada kejadian tanah runtuh yang
berlaku. Gegaran yang dihasilkan oleh gempa bumi menyebabkan struktur cerun
yang lemah mengalami runtuhan (Zuhairi, 2007). Menurut Highland dan Bobrowsky
20

(2008), banyak kawasan pergunungan yang terdedah kepada kejadian tanah runtuh
telah merekodkan mengalami aktiviti gempa bumi pada kadar sederhana.

2.5.1.2 Hujan

Negara Malaysia merupakan negara yang beriklim khatulistiwa. Malaysia


mempunyai taburan hujan yang tinggi dengan purata hujan sebanyak 2,400 mm
setahun (Mokhtar et al., 2011). Oleh disebabkan jumlah hujan yang tinggi ini, ia
menjadi agen penggerak utama kepada kejadian tanah runtuh. Air merupakan punca
yang sangat besar kepada kejadian tanah runtuh (Highland et al., 2008). Kehadiran
hujan pada magnitud yang tinggi boleh menjadi faktor pendorong yang sangat besar
sehingga memungkinkan kejadian tanah runtuh berskala besar berlaku. Tanah yang
mempunyai kandungan air yang sangat tinggi akan menyebabkan tanah tersebut
menjdi tepu dan hilang sifat kohesifnya. Tanah tersebut akan menjadi longgar dan
tanah akan mudah untuk bergerak ataupun mengalir ke tempat lain. Tanah yang
mempunyai tekanan air di bawah tanah juga menyebabkan cerun tanah itu tidak
stabil justeru menyebabkan kejadian tanah runtuh berlaku (Zuhairi, 2007).

2.5.1.3 Edaran Air Tanah

Edaran air tanah merupakan air tanah yang berasal daripada air hujan yang
meresap ke dalam tanah secara menegak. Air tersebut boleh tersimpan di bahagian
zon pengudaraan yang berdekatan dengan permukaan bumi. Air tanah juga
merupakan pergerakan air yang menggunakan tanah sebagai bahan antaranya (Abdul
Malik, 2013). Terdapat empat komponen edaran air tanah iaitu larian air permukaan,
resapan, aliran air bawah tanah dan simpanan air tanah.
21

Baki air hujan yang mengalir di permukaan bumi ataupun jalan raya adalah
merupakan larian air permukaan. Resapan pula adalah resapan air hujan yang masuk
ke dalam tanah secara menegak. Liang-liang pori tanah tersebut akan dimasuki oleh
air hujan. Aliran air bawah tanah merupakan aliran air yang berjalan secara
mendatar menuju ke tempat air seperti laut, sungai, tasik, kolam dan empangan dari
sistem akuifer. Aliran air bawah tanah berjalan dengan perlahan, namun ia boleh
berjalan dengan laju apabila rongga-rongga batuan menjadi besar, bergantung kepada
faktor batuan di sesebuah kawasan tersebut (Abdul Malik, 2013).

2.5.2 Faktor Manusia

Punca tanah runtuh di bawah faktor manusia pula boleh berpunca dari
pengubahsuaian cerun, lebihan beban di cerun, sistem longkang dan kurang
penyelenggaraan.

2.5.2.1 Pengubahsuaian Cerun

Menurut Mokhtar et al., (2011), dalam konteks Malaysia, faktor


pembangunan yang semakin pesat telah menjadi kaitan dengan kejadian tanah runtuh
yang berlaku. Lazimnya, pertukaran kawasan litupan hutan kepada pembangunan
pertanian, perbandaran, perindustrian, infrastruktur dan perumahan melibatkan
proses pengubahsuaian cerun dengan memotong cerun tersebut. Potongan cerun
yang tidak betul boleh menyebabkan pergerakan jisim tanah berlaku yang membawa
kepada kejadian tanah runtuh. Menurut Smelser (2014), bentuk dan keadaan cerun
boleh menjejaskan kestabilan tanah itu. Peningkatan kecuraman dan ketinggian
cerun biasanya berhubung kait dengan kestabilan yang dikurangkan. Banyak cerun
tanah runtuh terdedah di sepanjang koridor lebih daripada sepuluh tingkat (100 kaki)
tinggi dan agak curam iaitu sebanyak 35-45 darjah cerun kecerunan. Orientasi curam
yang melebihi kestabilan jangka panjang sering dirujuk sebagai dalam keadaan
oversteepened.
22

2.5.2.2 Lebihan Beban di Cerun

Lebihan beban di cerun juga merupakan salah satu punca kepada kejadian
tanah runtuh yang berlaku. Perletakan beban yang berlebihan di bahagian atas cerun
akan menyebabkan kejadian tanah runtuh berlaku dengan lebih senang (Burns et al.,
2008). Penambahan muatan di bahagian atas cerun menyebabkan jumlah muatan
melebihi kekuatan bahan tersebut justeru ia akan membawa kepada kejadian tanah
runtuh (Zuhairi, 2007). Menurut Zulfialdi (2009), perletakan bangunan di bahagian
atas cerun yang hanya mementingkan aspek estetika dengan membina perumahan
ataupun villa di tepi-tepi lereng atau di puncak bukit telah mengakibatkan kejadian
tanah runtuh berlaku disebabkan beban yang berlebihan yang perlu ditanggung oleh
tanah tersebut. Keadaan tersebut telah menyebabkan perubahan keseimbangan
tekanan dalam tanah tersebut. Peningkatan beban akan menyebabkan keselamatan di
bahagian lereng ataupun cerun tanah kurang selamat.

2.5.2.3 Sistem Longkang

Sistem longkang merupakan sistem yang penting di sesebuah kawasan.


Sistem longkang perlulah bagus supaya air di sesuatu kawasan itu dapat mengalir
dengan baik ke tempat yang sepatutnya. Apabila sistem longkang tidak bagus, akan
terjadilah perkara seperti takungan air dalam tanah. Sistem longkang yang tidak
cekap adalah seperti saiz longkang yang kecil dan tidak bersesuaian dengan kawasan
tersebut, longkang tersumbat disebabkan oleh sampah sarap dan justeru tidak dapat
menampung isipadu air semasa hujan lebat turun dan longkang rosak. Perkara
seperti ini boleh menyumbangkan kepada kejadian tanah runtuh (Tajul Anuar, 2006).
23

2.5.2.4 Kurang Penyelenggaraan

Menurut Tajul Anuar (2006), tanah runtuh sering dikaitkan dengan kurang
penyelenggaraan dan merupakan salah satu punca yang paling banyak menyumbang
terhadap kejadian tanah runtuh. Sistem penyelenggaraan yang tidak dilakukan secara
berkala telah menyebabkan pihak-pihak yang bertanggungjawab tidak menyedari
akan tanda-tanda awal cerun tidak stabil dan ini boleh menyebabkan tanah runtuh
yang besar boleh berlaku pada bila-bila masa. Penyelenggaraan perlu dilakukan
secara berkala pada setiap cerun yang berada di bawah pengawasan pihak
bertanggungjawab, contohnya seperti pemeriksaan sistem perpaipan, sistem
longkang dan sistem lain untuk pengaliran air agar dapat menghindar kejadian tanah
runtuh daripada berlaku.

2.6 Kaedah-Kaedah Baik Pulih Tanah Runtuh

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk membaik pulih tanah
runtuh yang berlaku di sesuatu tempat itu. Kaedah-kaedah tersebut akan
dibincangkan di sub-topik yang seterusnya.

2.6.1 Tembok Gabion

Gabion adalah merupakan sebuah sangkar, silinder, atau kotak yang penuh
dengan batu-batu, konkrit, atau kadang-kadang pasir dan tanah untuk digunakan
dalam kejuruteraan awam, pembinaan jalan raya dan juga landskap. Tembok Gabion
merupakan salah satu kaedah tembok penahan yang diperbuat daripada batu-batuan
24

yang disusun dan diikat dengan dawai. Pada kebiasaannya, dinding tersebut akan
dibina secara memanjang, bertingkat dan mengikut ke belakang cerun. Gabion ini
berfungsi untuk melindungi tebing agar tidak mudah roboh dan terhakis (Mohd
Azlan, 2014). Rajah 2.8 menunjukkan kaedah Tembok Gabion.

Rajah 2.8 : Tembok Gabion

2.6.2 Cerucuk Kepingan Keluli

Cerucuk kepingan keluli merupakan cerucuk yang sering digunakan kerana ia


dapat menampung tekanan yang lebih tinggi berbanding bahan binaan lain (Puteri,
2015). Kebiasaannya, cerucuk kepingan keluli digunakan untuk tanah yang tidak
mempunyai kekuatan tanah yang kuat. Cerucuk kepingan ini juga boleh digunakan
sebagai struktur sementara bagi sesebuah projek semasa kerja pengorekan ataupun
pengeringan dijalankan. Ia juga boleh digunakan untuk struktur kekal bergantung
kepada kehendak projek. Kaedah ini adalah senang dipasang dan tidak mengambil
masa yang lama. Rajah 2.9 menunjukkan kaedah cerucuk kepingan keluli yang
boleh digunakan di tapak bina.
25

Rajah 2.9 : Cerucuk Kepingan Keluli

2.6.3 Tembok Tanah Bertetulang

Kaedah Tembok Tanah Bertetulang adalah merupakan kaedah gabungan


tanah dan linear reinforcing strips yang mampu menanggung tekanan tegangan yang
besar. Tanah dan tetulang tersebut digabungkan melalui geseran. Muka hadapan
tembok penahan ini boleh terdiri daripada konkrit pratuang, kayu ataupun wire mesh.
Kaedah pembinaan ini adalah senang dan mudah. Komponen utama bagi kaedah ini
adalah tanah, muka hadapan tembok penahan dan juga telulang (Raju Sabarish,
2014). Rajah 2.10 menunjukkan contoh kaedah Tembok Tanah Bertetulang.
26

Rajah 2.10 : Tembok Tanah Bertetulang

2.6.4 Sistem Longkang

Sistem longkang ataupun sistem perparitan adalah penting untuk sesuatu


kawasan itu kerana dengan adanya sistem ini, ia dapat menghindarkan sesuatu
kawasan itu daripada berlakunya pengurangan kekuatan tanah (Mohd Azlan, 2012).
Sistem longkang ini juga adalah berguna untuk mengalirkan air larian permukaan
mengalir ke tempat yang sepatutnya dengan lebih baik dan selamat.

2.6.4.1 Longkang Bertingkat

Longkang jenis ini berbentuk seperti tangga, ianya dibina mengikut kepada
kecerunan sesuatu bukit itu. Kebiasaannya, longkang jenis ini akan dibina di lereng
bukit yang berada di tepi jalan raya. Longkang bertingkat dapat memberikan
sokongan terhadap lereng bukit kerana dengan adanya longkang ini, air yang datang
dari permukaan jalan raya dapat dialirkan dengan baik ke tempat yang sepatutnya. Ia
membantu supaya air tidak masuk ke bahagian tebing tanah untuk mengelakkan air
27

bertakung dalam tanah tersebut dan menghindarkan dari kejadian tanah runtuh.
Rajah 2.11 menunjukkan kaedah longkang bertingkat yang boleh digunakan di tapak
bagi mengelakkan tanah runtuh berlaku.

Rajah 2.11 : Longkang Bertingkat

2.6.4.2 Longkang Tepi Jalan

Longkang tepi jalan merupakan kaedah yang dibina di tepi jalan raya ataupun
lebuh raya. Longkang ini berfungsi untuk membolehkan air hujan mengalir dengan
bebas dari jalan raya dan lebuh raya. Longkang tepi jalan perlu diselenggara secara
berkala untuk mengelakkan daripada tersumbat dan akan mengakibatkan longkang
tidak dapat menampung kuantiti air yang banyak dan limpahan air masuk ke dalam
tebing tanah ataupun juga boleh menyebabkan banjir di kawasan tersebut. Rajah
2.12 menunjukkan kaedah longkang tepi jalan di sesebuah jalan.
28

Rajah 2.12 : Longkang Tepi Jalan

2.6.4.3 Kotak Pembetung

Kaedah Kotak Pembetung ini berfungsi untuk mengalirkan air pada parit
mahupun longkang untuk menhindarkan longkang daripada tersumbat. Ia juga
membolehkan air untuk berjalan di bawah jalan raya. Kotak Pembetung ini
mempunyai ketahanan yang kuat, ia mampu untuk menampung berat beban kereta
yang melalui di atasnya. Ia diperbuat daripada konkrit yang diperkukuhkan dengan
tetulang besi. Rajah 2.13 menujukkan kaedah Kotak Pembetung yang digunakan di
tapak bina.
29

Rajah 2.13 : Kotak Pembetung

2.6.5 Tembok Penahan Betoflor

Betoflor adalah merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan sebagai
penahan dinding. Betoflor merupakan satu sistem percantuman (interlocking) bina
kering yang terdiri daripada blok konkrit. Kaedah ini membolehkan penanaman
pokok yang mempunyai ketinggian yang rendah di tembok penahan itu sendiri.
Kaedah ini adalah kaedah yang mudah dan cepat untuk dipasang. Rajah 2.14
menujukkan tembok penahan jenis Betoflor.
30

Rajah 2.14 : Betoflor

2.7 Analisis Kos

Analisis kos adalah satu proses yang penting dalam projek pembinaan. Ia
adalah pecahan menyeluruh terhadap semua kos yang akan ditanggung dalam
melaksanakan sebarang aktiviti mengikut keperluan projek dan spesifikasi. Ia
mengekalkan kepentingannya bukan sahaja dari kawalan kos dan titik anggaran
pemandangan tetapi juga sebagai perancangan, pentadbiran, pengurusan dan bagi
orang-orang yang terlibat dalam pemasaran pembangunan.

Proses analisis kos boleh berbeza-beza dari organisasi kepada organisasi lain
dan penggunaan alatannya. Pendekatan umum untuk analisis kos adalah seperti
pecahan aktiviti bagi analisis kos itu jika boleh hendaklah dilakukan dalam unit kerja
di mana ia adalah mungkin untuk memberikan sumber projek secara terus.
Menganggarkan keperluan sumber bagi kerja berdasarkan spesifikasi yang tertentu.
Banyak maklumat piawai industri yang diterbitkan boleh menyediakan garis panduan
bagi sumber anggaran.
31

Sumber akan termasuk seperti sumber manusia, loji dan jentera. Kos sumber
amat berbeza dalam perubahan bentuk geografi, kerumitan spesifikasi projek,
peraturan-peraturan, norma alam sekitar, peraturan cukai dan undang-undang tanah
(Barun Jha, 2015).

2.8 Kos-Kos yang Terlibat untuk Pemulihan Tanah Runtuh

Terdapat beberapa kos yang terlibat semasa kerja pemulihan tanah runtuh.
Kos amat penting untuk diambil kira semasa pembinaan dijalankan kerana ia
melibatkan kos yang tinggi yang perlu ditanggung oleh pihak tertentu. Kos yang
berkaitan akan dibincangkan di sub-topik kemudian.

2.8.1 Kos Kerja Awalan

Kos kerja awalan adalah item awal yang terletak di dalam Senarai Kuantiti.
Namun, item-item dalam kerja awalan adalah berbeza mengikut keperluan sesuatu
projek itu (Husna Farhana, 2015).

2.8.1.1 Insurans

Insurans adalah merupakan pengurusan risiko yang digunakan bagi menjamin


terhadap sesuatu risiko yang berkemungkinan untuk berlaku kerugian dari segi, wang
ataupun kemalangan. Terdapat insurans kerja, insurans laibiliti awam dan perkeso.
Insurans kerja adalah diperlukan dalam sesebuah projek binaan. Kontraktor perlu
32

menginsuranskan kerja-kerja binaan mereka terhadap kerosakan yang disebabkan


oleh kebakaran, petir, letupan, banjir, rebut, rusuhan dan lain lagi yang berada di luar
kuasa Konktraktor. Insurans kerja perlu dilaksanakan dengan syarikat insurans yang
dibenarkan (Adam Iqdad, 2010). Selain itu, insurans liabiliti awam pula merupakan
insurans yang berkaitan dengan kecederaan diri, kematian seseoarang atau kerosakan
harta benda yang disebabkan oleh pelaksanaan kerja binaan.

2.8.1.2 Pembersihan Tapak

Pembersihan tapak merupakan salah satu item yang diperlukan sebelum


memulakan kerja pembinaan di tapak. Kerja-kerja pembersihan tersebut mestilah
mengikuti spesifikasi yang telah ditentutkan dalam pelan-pelan projek tersebut.
Kerja pembersihan adalah termasuk kerja membersih, meroboh, meragut dan
membuang semua pokok, semak dan tumbuhan lain yang berada di atas tapak (Mohd
Zubir, 2009).

2.8.1.3 Pekerja Tapak

Bagi item pekerja tapak dalam kos kerja awalan, ia melibatkan penyelia
tapak. Setiap projek perlu menyediakan penyelia tapak supaya dapat memastikan
kerja-kerja di tapak berjalan dengan lancar, menjaga kebajikan pekerja lain di tapak
dan memastikan bahan binaan dalam keadaan yang baik (Syaidatul Liza, 2015).
Oleh itu, kos untuk dibayar kepada penyelia tapak perlu disediakan. Selain itu,
pengawal lalulintas juga termasuk dalam pekerja tapak yang perlu disediakan dalam
kos kerja awalan.
33

2.8.1.4 Papan Tanda

Papan tanda merupakan elemen yang penting di sesebuah tapak pembinaan.


Oleh itu, kos bagi papan tanda perlu dimasukkan dalam kos kerja awalan. Papan
tanda memainkan peranan yang besar kepada pengguna. Papan tanda dapat
menunjukkan sesuatu arah dan menyampaikan maklumat kepada pengguna. Papan
tanda perlulah mengikuti spesifikasi yang telah ditetapkan. Papan tanda juga
membantu dalam melancarkan kerja di tapak (Suhada Sabre, 2016).

2.8.2 Kerja Pembinaan Kaedah Baik Pulih Tanah Runtuh

2.8.2.1 Kaedah Pembinaan Tembok Gabion

Bagi kaedah pembinaan Tembok Gabion, langkah pertama dalam pembinaan


ini adalah mengenal pasti lokasi yang ingin dibina tembok penahan tersebut supaya
kedudukan gabion dibina dengan di tempat yang betul dan memenuhi spesifikasi
yang telah ditentukan. Seterusnya, pembinaan akan diteruskan dengan
membersihkan dan meratakan kawasan. Segala sampah sarap dan tanah yang tidak
diperlukan perlu dikeluarkan dari lokasi tapak supaya kerja pembinaan dapat berjalan
dengan lancar.

Kemudian, terlebih dahulu bahan binaan yang akan digunakan perlulah


dikenal pasti supaya bahan yang digunakan adalah betul. Setelah itu, pemasangan
sangkar gabion boleh dilakukan mengikut susunan yang telah ditetapkan. Susun batu
dalam sangkar tersebut. Sangkar perlu diikat dengan kuat agar dapat menahan beban
daripada batu-batu tersebut (Mohd Azlan, 2014).
34

2.8.2.2 Kaedah Pembinaan Cerucuk Kepingan Keluli

Pada permulaan pembinaan kaedah ini, papan penunjuk perlu dipasang di


tapak bagi mengetahui posisi cerucuk yang akan ditanam. Mesin yang bersesuaian
akan digunakan bagi memasukkan cerucuk kepingan ke dalam tanah. Cerucuk
kepingan akan disusun di tempat yang telah ditentukan dan pastikan bahawa cerucuk
kepingan tersebut akan berpaut (interlock). Cerucuk pertama akan dipandu masuk ke
dalam tanah mengikut kedalaman yang dikehendaki. Selepas itu, cerucuk kedua
akan dipandu masuk ke dalam tanah dan interlock dengan cerucuk yang pertama.
Proses pengulangan pandu cerucuk diteruskan sehingga perimeter dinding selesai.
Elemen peyambung adalah diperlukan apabila bentuk yang lebih kompleks
digunakan di tapak (Junaidah Wally, 2015).

2.8.2.3 Kaedah Pembinaan Tembok Tanah Bertetulang

Bahan-bahan binaan yang diperlukan untuk kaedah ini adalah seperti


concrete levelling pad, muka panel konkrit pratuang, sambungan, reinforcement
strip, fastener dan juga tanah untuk kambus balik. Bahan-bahan binaan tersebut
mestilah dihantar terus ke tapak bina. Langkah pembinaan yang pertama adalah
dengan menuang levelling pad di tapak bina. Panel yang ingin dipasang mestilah
ditandakan dahulu di tapak bina supaya tembok penahan dibina di posisi yang betul
mengikut spesifikasi yang telah ditentukan. Kemudian, pasang panel tersebut untuk
peringkat pertama.

Sebarkan dan padatkan tanah yang perlu dikambus sehingga ke tahap tie strip
yang paling rendah. Seterusnya, pasangkan reinforcement strip kepada panel.
Kambus lagi tanah sehingga ke bahagian separuh panel. Tetapkan lagi panel untuk
peringkat yang kedua. Kemudian, ulang semula peringkat yang di sebelumnya iaitu
kambus tanah, memasang reinforcement strip kepada panel dan menetapkan lagi
35

panel untuk peringkat yang seterusnya sehingga mencapai tinggi yang dikehedaki.
Setelah selesai, tanggalkan semua wedges dan juga clamps di tapak bina.

2.8.2.4 Kaedah Pembinaan Longkang

i. Longkang Bertingkat

Pembinaan longkang bertingkat hendaklah digali terlebih dahulu tanahnya


seperti yang telah ditetapkan. Lebar dan dalam pengorekan juga hendaklah
sebagaimana yang telah dinyatakan dalam lukisan. Kecerunan penggalian perlu
disemak terlebih dahulu mengikut keperluan projek tersebut. Setelah mendapat
kelulusan dari Jurutera, lean concrete setebal 50 mm diletakkan bersama-sama dalam
longkang. Selepas itu pula, kerja pembinaan diikuti dengan pemasangan fabrik
tetulang ataupun sebagaimana yang telah dinyatakan bagi projek tersebut pada lean
concrete.

Spacer block digunakan untuk memastikan ketebalan yang diperlukan 50 mm


adalah tercapai. Acuan di pasang untuk dinding longkang dan konkrit akan dituang
ke dalam acuan. Konkrit itu dibiarkan sekurang-kurangnya 2 hari sebelum acuan
tersebut dibuka semula. Setiap kerja pembinaan yang dilakukan mestilah mengikut
kehendak projek seperti di dalam lukisan.

ii. Longkang Tepi Jalan

Bagi kaedah ini, pembinaan ini dilakukan dengan memulakan penetapan


saliran longkang yang perlu dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab. Kedudukan
yang betul adalah penting supaya air dapat mengalir dengan baik ke tempat yang
sepatutnya. Setelah penetapan dilakukan, kerja menggali tanah pula dilakukan untuk
36

membina longkang tersebut. Saiz longkang mestilah mengikut saiz yang telah
ditetapkan dalam lukisan. Kemudian, letakkan tetulang fabrik mengikut jenis yang
telah ditetapkan dalam spesifikasi. Seterusnya, letakkan konkrit setebal 75mm
ataupun ketebalan yang telah dinyatakan dalam lukisan dan diakhiri dengan kemasan
rough trowel.

iii. Kotak Pembetung

Langkah pertama adalah dengan menggali tanah untuk memasukkan Kotak


Pembetung di tapak bina. Galian tanah perlu mengikut saiz yang telah ditetapkan
untuk Kotak Pembetung tersebut. Setelah kerja menggali telah siap, letakkan
bedding setebal 225mm di tapak bina dan ratakan bedding tersebut. Kotak
Pembetung hendaklah diletakkan sedekat yang mungkin dan jurang maksimum
adalah tidak boleh melebihi 20mm dan perbezaan paras antara Kotak Pembetung
antara satu sama lain adalah tidak melebihi 5mm. Jurang tersebut akan diisi dengan
mortar simen (1:3) dan menggunakan kemasan licin.

Seterusnya, kerja pemadatan asas dengan hardcore, asas konkrit dengan


tetulang, bar starter ke dinding, acuan, memasang paip PVC 50 diameter untuk
weephole dan bina dinding menggunakan konkrit G30. Setelah Kotak Pembetung
siap dibina, tanah perlu dikambus semula dan dipadatkan di sekeliling Kotak
Pembetung (Elson Jesu, 2015).

2.7.2.5 Kaedah Pembinaan Tembok Penahan Betoflor

Langkah permulaan adalah dengan menggali tanah, diikuti dengan


meletakkan konkrit pukal untuk membentuk asas yang bertetulang. Blok peringkat
pertama kemudian diletakkan di tapak bina. Di belakang blok peringkat pertama,
paip saliran bawah tanah perlu dilapisi dengan geotekstil bukan tenunan. Geotekstil
37

tersebut perlulah dibentangkan di belakang blok tersebut. Salah satu hujung paip
hendaklah dialihkan ke longkang utama terdekat supaya air boleh dilepaskan.

Selepas itu, blok dibentangkan satu demi satu dalam stretcher bond tanpa
menggunakan mortar, kerana blok tersebut akan masuk ke dalam blok lain antara
satu sama lain. Setelah pembinaan blok selesai, kambuskan blok tersebut ke dalam
ruang yang kosong dengan menggunakan bahan yang sesuai seperti pasir ataupun
tanah dan diakhiri dengan memadatkan bahan tersebut (Modern Plaza, 2017).

2.9 Rumusan Bab

Dalam bab ini telah membincangkan tentang maklumat-maklumat yang


berkaitan dengan tajuk kajian iaitu kos pemulihan kerja tanah runtuh. Maklumat-
maklumat yang telah dibincangkan ini telah diperoleh melalui rujukan seperti buku,
internet, surat khabar, jurnal, artikel dan kertas kerja persidangan yang berkaitan
dengan tajuk kajian. Maklumat-maklumat yang dibincangkan adalah seperti defnisi
bagi tanah runtuh dan juga kos, jenis-jenis tanah runtuh, tanda-tanda kejadian tanah
runtuh, punca-punca tanah runtuh, kaedah-kaedah baik pulih tanah runtuh dan juga
kos-kos yang terlibat semasa kerja pemulihan tanah runtuh dijalankan. Maklumat-
maklumat ini sangat berguna sebagai tambahan ilmu pengetahuan untuk mengkaji
kajian ini dengan lebih mendalam.
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang kaedah metodologi yang akan


digunakan bagi kajian ini. Reka bentuk kajian terlebih dahulu akan dipilih
bersesuaian dengan objektif kajian yang ingin dicapai. Selain itu, dalam bab ini juga
akan membincangkan tentang perancangan kaedah kajian yang akan digunakan
semasa kajian dijalankan, instrumen kajian yang digunakan dan juga kaedah
menganalisis data yang telah diperoleh semasa kajian dijalankan. Maklumat yang
diperoleh untuk bab 3 ini akan dibincangkan dalam sub-topik yang seterusnya.
39

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merupakan keseluruhan keputusan yang melibatkan


pendekatan yang manakah harus digunakan untuk melakukan kajian ini. Pendekatan
kajian merupakan rancangan dan prosedur kajian yang merangkumi langkah-langkah
dari andaian yang luas kepada kaedah terperinci seperti pengumpulan data, analisis
dan tafsiran. Pemilihan pendekatan kajian juga berdasarkan jenis masalah kajian atau
isu yang sedang ditangani, pengalaman peribadi dan penonton untuk kajian
(Creswell, 2014). Bagi kajian ini, reka bentuk kajian yang digunakan ialah
pendekatan kualitatif.

3.2.1 Kualitatif

Menurut Azwita Usman (2010), kajian kualitatif membawa maksud kajian


yang menggunakan data ataupun maklumat yang bersifat kualitatif. Saiz sampel bagi
kajian kualitatif ini adalah bersaiz kecil berbanding dengan kajian kuantitatif.
Terdapat beberapa jenis kajian kualitatif menurut Azwita Usman iaitu kajian
tindakan, kajian kes, kajian lapangan dan juga analisis dokumen. Bagi kajian ini,
pengkaji memilih kajian kes untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan
dengan objektif kajian. Sebanyak lima buah projek akan dikaji dalam kajian ini.

Menurut Jasmi (2012), kaedah jenis kualitatif ini amat dekat dengan data
yang dikaji kerana ia membolehkan penceritaan secara terperinici situasi sebenar apa
yang berlaku terhadap sesuatu keadaan itu. Oleh itu, Jasmi menyatakan lagi bahawa
kejujuran amat penting semasa menghasilkan dapatan dan boleh dipercayai.
40

3.3 Perancangan Kaedah Kajian

Terdapat empat peringkat dalam perancangan kaedah kajian iaitu kajian


awalan dan kajian literatur, pengumpulan maklumat, penganalisaan data dan
kesimpulan dan cadangan.

3.3.1 Peringkat Pertama: Kajian Awalan dan Kajian Literatur

Kajian awalan dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan tindakan yang


selanjutnya. Tindakan awalan dilakukan seperti mencari penyataan masalah dan
menghasilkan objektif melalui penyataan masalah tersebut. Maklumat dicari
daripada sumber internet, buku-buku, jurnal, artikel dan lain-lain lagi. Setelah
penyataan masalah dan objektif telah diluluskan, tajuk bagi kajian pula akan
dikeluarkan dari objektif tersebut.

Kajian literatur sangat penting untuk dilaksanakan dalam kajian ini untuk
pemahaman yang lebih mendalam tentang latar belakang kajian yang ingin
dijalankan. Kajian literatur membenarkan beberapa matlamat yang lebih khusus
tercapai. Kajian tidak boleh dilakukan tanpa melanjutkan pengetahuan tentang
kajian tersebut.

3.3.2 Peringkat Kedua: Pengumpulan Maklumat

Pendekatan untuk mengumpul data kualitatif adalah kurang tersusun dan


kurang formal berbanding pendekatan yang digunakan oleh data kuantitatif.
Tujuannya adalah untuk membolehkan responden untuk bercakap dengan panjang
41

lebar tentang pendapat, perasaan, kepercayaan dan nilai-nilai mereka. Beberapa


penyelidikan kualitatif mengumpulkan data daripada individu yang tertentu. Di sini,
temu bual semi-struktur dan kedalaman temu bual digunakan untuk menerokai isu
kajian (Moore, 2006).

Kajian ini menggunakan dua kaedah semasa proses pengumpulan maklumat


iaitu sumber primer dan sumber kedua. Sumber primer terdiri daripada temu bual
semi struktur dan juga daripada analisis dokumen. Temu bual semi struktur adalah
merupakan temu bual yang kurang fleksibiliti, soalan secara langsung akan ditanya
terhadap pihak yang ingin ditanya dengan lebih dekat lagi. Soalan yang ingin
ditanya terlebih dahulu telah disediakan berbanding dengan temu bual yang tidak
berstruktur (Wilkinson dan Birmingham, 2003). Manakala, sumber sekunder adalah
daripada pembacaan melalui internet, buku-buku, jurnal, artikel, surat khabar dan
lain-lain lagi.

3.3.3 Peringkat Ketiga: Analisis Data

Menganalisis hasil penyelidikan kualitatif adalah satu proses yang


sofistikated dan memenatkan yang memerlukan kerja keras, usaha tertumpu,
pemikiran yang jelas dan intuitif (Moore, 2006). Data yang diperoleh mempunyai
pelbagai bentuk dan data akan diterjemahkan dalam bentuk penulisan ataupun
penjadualan supaya lebih mudah untuk difahami. Tujuan penganalisaan data
dilakukan adalah untuk menyatukan data tersebut dengan cara yang lebih bermakna
dan supaya boleh ditafsirkan.

Penganalisaan data boleh dilakukan dengan mengtranskripkan temu bual.


Hasil temu bual yang dijalankan perlulah ditranskripkan supaya maklumat lebih jelas
untuk difahami. Selain itu, analisis dokumen juga digunakan bagi menganalisis data
dalam kajian ini.
42

3.3.4 Peringkat Keempat: Kesimpulan dan Cadangan

Kesimpulan dan cadangan merupakan peringkat yang terakhir dalam kajian


ini. Setelah hasil kajian selesai dibincangkan dan ditulis, kesimpulan akan dibuat
bagi menjelaskan lagi tentang pemahaman dan perjalanan kajian ini secara
keseluruhan. Beberapa cadangan juga akan turut disediakan di dalam bab yang
terakhir sekali.

3.4 Instrumen Kajian

Kajian ini akan menggunakan borang temu bual semi struktur sebagai
instrumen dalam kajian ini bagi memperoleh data.

3.4.1 Borang Temu Bual Semi Struktur

Bagi kajian yang dijalankan ini, instrumen kajian yang digunakan adalah
borang temu bual semi struktur. Borang ini digunakan semasa proses temu bual semi
struktur dijalankan ke atas pihak yang ingin ditemu bual. Borang ini terlebih dahulu
telah disediakan bagi memudahkan proses temu bual itu nanti. Soalan-soalan yang
akan ditanya adalah berkaitan dengan obekjtif-objektif kajian ini. Borang temu bual
semi struktur ini mengandungi dua bahagian utama iaitu Bahagian A dan Bahagian
B. Bentuk soalan yang akan ditanya adalah seperti berikut:
43

i. Bahagian A

Bahagian A merangkumi soalan yang berkaitan dengan latar belakang


responden dan projek yang ingin dikaji. Antara maklumat latar belakang yang
dimaksudkan adalah seperti nama projek, nama responden, nama syarikat dan lain-
lain lagi.

ii. Bahagian B

Bahagian B pula soalannya terdiri daripada soalan yang berkaitan dengan


objektif pertama dalam kajian ini iaitu mengenal pasti punca-punca kejadian tanah
runtuh dan kaedah yang digunakan untuk membaik pulih tanah runtuh. Oleh yang
demikian, soalan yang berkaitan dengan punca kejadian tanah runtuh dan kaedah
baik pulih akan disoal kepada responden.

3.5 Kaedah Analisis Data

Kajian ini akan menggunakan tranksrip dan analisis dokumen sebagai kaedah
analisis data. Kaedah ini amat berguna dalam kajian ini untuk menganalisis
maklumat-maklumat yang telah dikumpulkan.
44

3.5.1 Transkrip

Transkrip digunakan sebagai salah satu kaedah analisis dalam kajian ini.
Rakaman suara dari temu bual semi struktur yang dijalankan haruslah menjalani
proses transkripsi. Maklumat daripada transkrip sangat diperlukan berikutan untuk
menyediakan terjemahan penuh dan jujur bagi semua perbincangan yang
dibincangkan semasa sesi temu bual semi struktur dijalankan (Wilkinson dan
Birmingham, 2003). Maklumat tersebut penting untuk memproses penulisan hasil
kajian. Maklumat yang diperoleh akan diterangkan dalam bentuk penerangan
penulisan supaya maklumat mudah untuk difahami.

Temu bual merupakan kaedah pengumpulan data yang melibatkan seseorang


penyelidik itu mencari jawapan yang terbuka atau jelas yang berkaitan dengan
beberapa soalan, kawasan topik atau tema kajian tersebut (O'Leary, 2010). Sesi
temu bual akan diadakan terhadap pihak-pihak yang terlibat. Soalan yang akan
ditanya adalah berkaitan dengan objektif yang telah ditetapkan bagi projek yang
pernah mengalami kejadian tanah runtuh. Temu bual juga adalah cara yang bagus
untuk mendapatkan maklumat tentang pendidikan dan isu-isu sosial lain yang
penting dengan memahami pengalaman individu yang ditemubual (Seidman, 2013).

3.5.2 Analisis Dokumen

Analisis dokumen adalah merupakan kaedah pengumpulan data yang


memerlukan huraian terhadap kandungan yang telah dicetak, disiarkan atau
digambarkan. Dokumen adalah sumber yang paling senang untuk pengkaji kerana
maklumat telah sedia ada (Jasmi, 2012). Dokumen-dokumen yang berkaitan yang
boleh diperolehi daripada pihak terlibat akan dianalisis bagi menghasilkan sebuah
jawapan kepada objektif kajian ini. Data-data daripada dokumen-dokumen tersebut
akan diteliti dengan terperinci supaya dapat menjawab objektif kajian dengan baik
45

(Nor Raudah, 2009). Maklumat yang telah diambil akan ditunjuk dalam bentuk
jadual dan penulisan supaya lebih senang untuk difahami.

3.6 Rumusan Bab

Bab ini telah membincangkan pendekatan yang perlu diambil untuk mengkaji
kajian ini dengan lebih terperinci. Pendekatannya adalah kualitatif. Oleh itu, kajian
kes sebanyak lima buah projek akan dijalankan. Kaedah metodologi seperti temu
bual semi struktur, analisis dokumen, kajian literatur juga digunakan untuk
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan objektif kajian. Instrumen kajian dan
kaedah analisis data juga telah ditetapkan dalam bab ini.
BAB 4

ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang hasil kajian yang telah dikumpul dan
dianalisis. Bab ini juga akan menganalisis tentang objektif yang ingin dicapai dalam
kajian ini iaitu objektif pertama untuk mengenal pasti punca-punca kejadian tanah
runtuh dan kaedah yang digunakan untuk baik pulih tanah runtuh dan objektif yang
kedua, iaitu untuk mengetahui kos-kos yang terlibat semasa baik pulih tanah runtuh.

4.2 Latar Belakang Projek

Kajian ini melibatkan lima projek yang berada di sekitar negeri Johor Darul
Takzim. Sedikit maklumat ringkas tentang projek-projek yang terlibat ditunjukkan
dalam Jadual 4.1.
47

Jadual 4.1 : Projek-Projek Kajian


Projek Nama Projek Kaedah Kos Projek
Baik Pulih (RM)
1 Kerja-Kerja Penyelenggaraan dan Betoflor 285,430.20
Pembaikan Cerun Serta Kerja-Kerja Lain
yang Berkaitan di Seksyen 5.0 Jalan Johor
Bahru – Ayer Hitam (FT001) dalam Daerah
Johor Bahru
2 Kerja-Kerja Penyelenggaraan dan Tembok 136,520.00
Pembaikan Cerun Serta Kerja-Kerja Lain Tanah
yang Berkaitan di Seksyen 4.9, Jalan Johor Bertetulang
Bahru – Pasir Gudang dalam Daerah Johor
Bahru
3 Kerja-Kerja Penyelenggaraan dan Tembok 134,546.00
Pembaikan Cerun Serta Kerja-Kerja Lain Gabion
yang Berkaitan di Seksyen 28.1, Jalan Masai
Lama Dalam Daerah Johor Bahru
4 Proposed Rectification of Collapsed Kotak 1,560,650
Retaining Wall and Main Drain at Jalan Pembetung
Berlian 2 & Jalan Putra 2, Zone 4A, Parcel
2, Bandar Putra, Mukim Senai-Kulai, Johor
5 Sheet Piles for Proposed Construction of 1 Cerucuk 1,180,624.00
Unit Commercial Block Comprising of: a) 3 kepingan
Levels of Basement Carpark, b) 21 Levels of keluli
Serviced Apartment on Part of Lot PTD
99023 Zon 3A-(2), Parcel 2, Bandar Putra,
Kulai Johor
48

4.3 Projek 1 - Kerja-Kerja Penyelenggaraan dan Pembaikan Cerun Serta


Kerja-Kerja Lain yang Berkaitan di Seksyen 5.0 Jalan Johor Bahru –
Ayer Hitam (FT001) dalam Daerah Johor Bahru

4.3.1 Latar Belakang Projek

Jadual 4.2 menunjukkan keterangan ringkas tentang kajian kes Projek 1.

Jadual 4.2 : Keterangan Ringkas Projek 1


Projek 1
Tempoh Projek 8 Minggu
(25hb September 2013 – 20hb November 2013)
Panjang Tanah Rutuh 40 meter (40 meter dalam)
Tarikh Kejadian 4 Mac 2013
Punca Hujan, sistem longkang
Kaedah Baik Pulih Betoflor, longkang
Kos Projek RM 285,430.20

4.3.2 Punca Tanah Runtuh dan Kaedah Baik Pulih

i. Punca Tanah Runtuh

Bagi Projek 1 ini, punca kejadian tanah runtuh bagi projek ini ialah
disebabkan oleh air hujan yang bertakung di dalam tanah tanah tersebut. Ianya
berlaku pada 4 Mac 2013. Kejadian ini berlaku selepas hujan lebat turun di kawasan
tersebut, dipercayai bahawa hujan telah turun selama beberapa hari dan waktu itu
49

adalah musim tengkujuh. Aliran air yang banyak yang datang dari longkang
kawasan perumahan di atas yang berada di permukaan yang lebih tinggi di jalan raya
tersebut mengalir dengan bebas ke dalam tanah dan menyebabkan tebing tanah
tersebut lemah oleh disebabkan tanah yang tidak kuat dan berlakunya keruntuhan.
Rajah 4.1 menunjukkan lakaran kawasan tanah runtuh yang berlaku di tempat
kejadian.

Rajah 4.1 : Lakaran Kawasan Tanah Runtuh Projek 1

Selain itu, punca kepada kejadian tanah runtuh ini juga adalah disebabkan
longkang sedia ada di kawasan tersebut tidak dapat menampung kuantiti air hujan
yang terlalu banyak oleh kerana kedudukannya yang lebih rendah daripada
sepatutnya, oleh itu ia telah menyebabkan air hujan bertakung dan mengalir masuk
ke dalam tanah tempat kejadian dan tidak mengalirkan air hujan ke tempat yang
sepatutnya. Aliran air hujan yang bebas tersebut juga disebabkan oleh tiada
longkang bertingkat dari permukaan yang lebih tinggi untuk mengalirkan air hujan
tersebut untuk turun ke bawah. Rajah 4.2 menunjukkan gambar tanah runtuh kesan
daripada hujan yang berlaku di tempat kejadian.
50

Rajah 4.2 : Tanah Runtuh Projek 1

ii. Kaedah Baik Pulih Tanah Runtuh

Kaedah yang digunakan bagi membaik pulih tanah runtuh di kawasan


kejadian ini ialah menggunakan tembok penahan jenis Betoflor. Kaedah ini dipilih
disebabkan oleh sifat ketahanannya dan juga sifat estetikanya, disebabkan oleh
tebing yang berlaku keruntuhan ini berada di tepi jalan raya besar, jadi ciri astetika
amat penting untuk diambil berat semasa pemilihan kaedah baik pulih tanah runtuh
ini. Selain itu, terdapat tiga jenis longkang digunakan untuk mengatasi masalah ini
iaitu longkang bertingkat bentuk ‘V’, longkang ‘interceptor’ bentuk ‘V’ dan
longkang konkrit pratuang bentuk ‘U’ supaya dapat mengalirkan air hujan dengan
baik. Rajah 4.3 menunjukkan cadangan kaedah tembok penahan Betoflor dan
longkang konkrit pratuang bentuk ‘U’ yang digunakan bagi projek ini.
51

Rajah 4.3 : Tembok Penahan Betoflor dan Longkang Konkrit Pratuang


Bentuk ‘U’

4.3.3 Kos Pemulihan Tanah Runtuh

Kos pemulihan tanah runtuh bagi Projek 1 ini mempunyai lima bahagian
komponen utama. Antaranya ialah kerja awalan, kerja-kerja memasang tembok
penahan, kerja-kerja membina asas konkrit, kerja-kerja memasang longkang konkrit
dan juga kerja-kerja pembersihan.
52

i. Kos Kerja Awalan

Jadual 4.3 menunjukkan kos bagi kerja awalan bagi kajian kes Projek 1.

Jadual 4.3 : Kos Kerja Awalan Projek 1


Bil Elemen Harga (RM) Peratus (%)

1 Insurans kerja 2,000.00 0.70


2 Wang jaminan pelaksanaan 1,000.00 0.35
Papan tanda:
3 ‘AWAS KERJA DI HADAPAN’ 300.00 0.11
4 ‘AWAS KURANGKAN LAJU’ 300.00 0.11
5 ‘PENGAWAL BENDERA DI 150.00 0.05
HADAPAN’
6 ‘LENCONGAN’ 150.00 0.05
7 ‘PEMBINAAN TAMAT’ 150.00 0.05
8 Kon Keselamatan saiz besar 500.00 0.18
9 Plastik Barrier 750.00 0.26
10 String Dinetors 150.00 0.05
11 Pengawal lalulintas 1,500.00 0.53
12 Gambar-gambar kerja 300.00 0.11
13 Kerani 6,000.00 2.10
14 Dakwat Hitam 500.00 0.18
15 Dakwat Tiga warna 550.00 0.19
16 Membuat ujian kekuatan konkrit 800.00 0.28
JUMLAH: 15,100.00 5.30

Berdasarkan Jadual 4.3, jumlah kos kerja awalan bagi projek tersebut adalah
RM 15,100.00 yang memberikan peratus sebanyak 5.30% daripada keseluruhan kos
projek. Bagi komponen kerja awalan, kos yang paling tinggi dalam komponen
tersebut adalah sebanyak RM 6,000.00 yang menyumbang sebanyak 2.10% daripada
53

jumlah keseluruhan kos projek, iaitu item bagi menyediakan kerani di pejabat
bahagian senggara jalan. Item ini mempunyai kos yang tinggi berbanding item-item
yang lain kerana gaji perlu diberi kepada kerani selama empat bulan bagi membantu
kerja-kerja penyediaan laporan, tuntutan dan surat menyurat.

Selain itu, peratus kedua tertinggi dalam komponen kerja awalan adalah item
menyediakan insurans pampasan pekerja, PERKESO, tanggungan awam dan lain-
lain keperluan bagi projek tersebut, iaitu sebanyak 0.70%. Item ini dihargakan
kerana insurans perlu diberikan kepada pekerja-pekerja binaan kerana pekerja binaan
tersebut menghadapi pelbagai risiko seperti kemalangan ataupun kecederaan semasa
di tapak bina kerana tapak bina merupakan tempat yang berbahaya. Manakala item-
item lain di bawah komponen kerja awalan hanya memberikan peratus sebanyak
0.05%-0.53% sahaja.

ii. Kos Tembok Penahan

Jadual 4.4 menunjukkan kos kerja-kerja memasang tembok penahan bagi


kajian kes Projek 1. Item yang mempunyai kos paling tinggi ialah item membekal
dan memasang tembok penahan Betoflor, iaitu RM 120,900.00 yang memberikan
peratus sebanyak 42.36% daripada jumlah keseluruhan kos projek ini. Peratus
tersebut menunjukkan bahawa hampir separuh daripada kos keseluruhan projek
adalah daripada tembok penahan untuk membaiki tanah runtuh yang berlaku. Ini
adalah disebabkan kos tersebut termasuk dengan kos segala kelengkapan mesin dan
jentera di tapak. Kos tersebut juga tinggi kerana ia melibatkan kuantiti sebanyak
390m² untuk membaik pulih semula tanah yang telah runtuh itu dan harga bagi 1m²
bagi tembok penahan Betoflor adalah tidak murah, iaitu RM390/m².
54

Jadual 4.4 : Kos Kerja-Kerja Memasang Tembok Penahan Projek 1


Bil Elemen Harga (RM) Peratus (%)
1 Melantik juruperunding 5,000.00 1.75
2 Menjalankan kerja-kerja ujian tanah 1,500.00 0.53
3 Kerja mengorek dan memotong tanah 16,800.00 5.89
4 Tembok penahan Betoflor 120,900.00 42.36
5 High strength reinforcement geotextile 15,360.00 5.38
6 Non-woven geotextile 5,000.00 1.75
7 Membekal, menambak dan memadatkan 27,090.00 9.49
pasir
8 150mm diameter perforated sub-soil 3,250.00 1.14
drain
JUMLAH: 194,900.00 68.29

Selain daripada itu, item yang mempunyai peratus kedua tertinggi dalam
komponen ini adalah 9.49%, iaitu membekal, menambak dan memadatkan pasir di
bahagian belakang tembok Betoflor tersebut. Ini adalah kerana kuantiti pasir yang
banyak digunakan di bahagian belakang tembok Betoflor bagi tujuan menguatkan
ketahanan tanah. Sebanyak 430m³ pasir digunakan bagi projek ini. Seterusnya
diikuti item kerja-kerja mengorek dan memotong tanah bagi mendapatkan aras dan
permukaan tebing untuk pembinaan tembok Betoflor, iaitu sebanyak 5.89% termasuk
tanah yang telah digali hendaklah dibuang ke luar tapak dan peratus sebanyak 5.38%
untuk item membekal dan memasang high strength reinforcement geotextile.
Manakala, untuk item-item lain dalam komponen ini memberikan peratus sebanyak
0.53%-1.75% sahaja.
55

iii. Kos Asas Papak Konkrit

Jadual 4.5 menunjukkan kos kerja-kerja membina asas papak konkrit bagi
Projek 1.

Jadual 4.5 : Kos Asas Papak Konkrit Projek 1


Bil Elemen Harga (RM) Peratus (%)
1 Memotong dan menggali tanah untuk 550.00 0.19
mendapatkan aras tapak konkrit
2 Lean concrete 1,152.00 0.40
3 Lapisan BRC No.10 5,376.00 1.88
.4 Besi telulang tegangan tinggi 12mm 3,255.00 1.14
diameter
5 Konkrit gred 30 sebagai asas tembok 13,300.00 4.66
6 Kotak acuan asas konkrit di bahagian tepi 1,295.00 0.45
JUMLAH: 24,928.00 8.27

Merujuk kepada Jadual 4.5, kos yang paling tinggi dalam komponen ini
adalah item membekal, menghampar dan memadatkan konkrit gred 30 setebal
300mm sebagai asas tembok penahan yang berjumlah RM 13,300.00 yang
memberikan peratus sebanyak 4.66% kepada keseluruhan projek tersebut. Ini
kerana, gred konkrit yang digunakan adalah gred 30 dan harganya mahal bagi 1m³
iaitu RM 350.00, sebanyak 38m³ konkrit digunakan bagi menyiapkan asas tembok.
Item kedua tertinggi bagi komponen ini ialah item membekal dan memasang dua
lapisan BRC No. 10 yang beratnya 6.16kg setiap meter persegi termasuk kerja-kerja
mengikat serta meletakkan concrete cover iaitu sebanyak 1.88%. Bagi item-item lain
pula hanya memberikan peratus sebanyak 0.19% hingga 1.44% sahaja.
56

iv. Kos Longkang Konkrit

Jadual 4.6 menunjukkan kos bagi komponen kerja-kerja memasang longkang


konkrit bagi Projek 1.

Jadual 4.6 : Kos Longkang Konkrit Projek 1


Bil Elemen Harga (RM) Peratus (%)
1 Longkang interceptor bentuk ‘V’ tuang 6,000.00 2.10
di situ
2 Longkang bertingkat bentuk ‘V’ tuang 2,200.00 0.77
di situ
3 Longkang konkrit pratuang bentuk ‘U’ 31,200.00 10.93
4 Rumput rapat 700.00 0.25
5 ‘Road Kerb Type II’ 2,700.00 0.95
6 Sump (900mm x 900mm x 750mm) 2,000.00 0.70
7 Sump (1200mm x 1200mm x 900mm) 2,400.00 0.84
8 Longkang konkrit separuh bulatan 2,520.00 0.88
JUMLAH: 49,720.00 17.42

Berdasarkan Jadual 4.6, kos item yang paling tinggi dalam komponen ini
ialah RM 31,200.00 yang memberikan peratus sebanyak 10.93%, iaitu item
membekal dan memasang longkang konkrit pratuang bentuk ‘U’ berukuran 900mm x
900mm x80mm tebal. Harga longkang ini tinggi kerana longkang ini dibina
sepanjang 120 meter dan ianya termasuk kerja penggalian, asas pasir setebal 100mm
serta membuat caping dan menambak semula tanah setelah siap dipasang. Item
seterusnya yang mempunyai kedudukan kedua tertinggi dalam komponen ini ialah
sebanyak RM 6,000.00, iaitu 2.10% bagi item membekal, menghampar dan memadat
konkrit gred 20 untuk membina longkang interceptor bentuk ‘V’ tuang di situ yang
berukuran 600mm x 450mm setebal 75mm. Kos bagi longkang interceptor ini
sedikit tinggi kerana ia perlu dibina sepanjang 60 meter dan kos tersebut termasuk
kerja menggali tanah, memasang satu lapisan BRC No. A8 dan memasang acuan
57

konkrit. Item-item lain dalam komponen ini memberikan peratus sebanyak 0.25%
hingga 0.95% sahaja.

v. Kos Pembersihan

Komponen yang terakhir dalam projek ini adalah kerja-kerja pembersihan.


Berdasarkan Jadual 4.7, item di dalam komponen ini hanya terdapat dua sahaja, iaitu
kerja-kerja pembersihan tapak pada setiap hari berkerja sepanjang masa kontrak serta
membuang keluar dari kawasan binaan dan juga membekal dan memasang papan
tanda nombor cerun, di mana masing-masing hanya mewakili peratus sebanyak
0.16% dan 0.11% sahaja daripada kos keseluruhan projek.

Jadual 4.7 : Kos Kerja-Kerja Pembersihan Projek 1


Bil Elemen Harga (RM) Peratus
(%)
1 Kerja-kerja pembersihan tapak 482.20 0.16
2 Papan tanda nombor cerun 300.00 0.11
JUMLAH 782.20 0.27

Hasil kajian dapati bahawa di antara lima komponen utama yang telah
dinyatakan di atas, komponen yang mempunyai peratus paling tinggi dalam kos
Projek 1 ialah komponen kerja-kerja memasang tembok penahan, iaitu
RM 194,900.00 (68.29%). Lebih daripada separuh kos keseluruhan projek adalah
daripada kerja-kerja memasang tembok penahan kerana item tembok penahan
Betoflor adalah paling mahal di antara item-item yang lain. Ini kerana, kos bagi item
tembok penahan itu mahal iaitu RM 390.00/m² dan tembok penahan itu memerlukan
keluasan sebanyak 390m² untuk membaik pulih kawasan yang mengalami tanah
runtuh tersebut. Item bagi tembok penahan itu sahaja telah memberikan peratus
sebanyak 42.36% kepada kos keseluruhan projek.
58

Komponen kedua tertinggi pula ialah kerja-kerja memasang longkang konkrit


yang berjumlah RM 49,720.00 (17.42%), ketiga tertinggi ialah komponen kerja-kerja
membina asas papak konkrit yang mempunyai kos sebanyak RM 24,928.00 (8.72%),
komponen keempat tertinggi pula ialah komponen kerja-kerja awalan iaitu kos
sebanyak RM 15,100.00 (5.3%) dan komponen yang mempunyai kos jumlah paling
rendah ialah komponen kerja-kerja pembersihan yang berjumlah RM 782.20 (0.27%)
sahaja. Kos bagi kerja-kerja pembersihan adalah paling rendah kerana komponen
tersebut hanya mempunyai dua item sahaja, iaitu kerja-kerja pembersihan tapak pada
setiap hari berkerja sepanjang masa kontrak serta membuang keluar dari kawasan
binaan dan juga membekal dan memasang papan tanda nombor cerun.

4.4 Projek 2 - Kerja-Kerja Penyelenggaraan dan Pembaikan Cerun Serta


Kerja-Kerja Lain yang Berkaitan di Seksyen 4.9, Jalan Johor Bahru –
Pasir Gudang dalam Daerah Johor Bahru.

4.4.1 Latar Belakang Projek

Jadual 4.8 menunjukkan keterangan ringkas tentang kajian kes Projek 2.

Jadual 4.8 : Keterangan Ringkas Projek 2


Projek 2
Tempoh Projek 4 Minggu
Panjang Tanah Rutuh 12 meter (1 meter dalam)
Tarikh Kejadian 12 Oktober 2012
Punca Aliran air bawah tanah, sistem longkang
Kaedah Baik Pulih Tembok Tanah Bertetulang, longkang
Kos Projek RM 136,520.00
59

4.4.2 Punca Tanah Runtuh dan Kaedah Baik Pulih

i. Punca Tanah Runtuh

Bagi Projek 2 ini, punca kejadian tanah runtuh bagi projek ini ialah
disebabkan oleh air hujan yang tersumbat di longkang interceptor di tempat kejadian.
Kejadian ini berlaku pada 12 Oktober 2012. Air tidak dapat mengalir dengan baik
kerana longkang interceptor yang berada di tempat kejadian tidak diselenggara dan
menyebabkan air tersumbat. Apabila longkang tersumbat, air tersebut melimpah
keluar dari longkang dan masuk ke kawasan tebing tanah yang bersebelahan
dengannya. Selain itu, kejadian ini juga berpunca daripada kehadiran aliran air
bawah tanah. Aliran air bawah tanah ini menjadi sokongan kuat kepada punca
kejadian tanah runtuh berlaku di situ. Aliran air bawah tanah telah menyebabkan
keadaan tebing sentiasa basah dan menyebabkan tanah menjadi lemah seterusnya
berlaku keruntuhan di tempat kejadian. Rajah 4.4 menunjukkan tanah runtuh di
tempat kejadian.

Rajah 4.4 : Tanah Runtuh Projek 2


60

ii. Kaedah Baik Pulih Tanah Runtuh

Kaedah yang digunakan bagi membaik pulih tanah runtuh di kawasan


kejadian ini ialah menggunakan tembok penahan jenis Tembok Tanah Bertetulang.
Kaedah ini dipilih bagi menyambung dengan kaedah sedia ada di tapak kejadian.
Selain itu, kaedah ini juga sesuai digunakan di tapak kejadian kerana ianya berada di
sebelah lebuh raya. Tambahan lagi, terdapat juga longkang konkrit bertingkat bentuk
‘V’ dibina di tapak supaya dapat mengalirkan air hujan dari kawasan atas ke bawah
dengan baik tanpa memasuki tebing tanah. Rajah 4.5 menunjukkan cadangan kaedah
tembok penahan Tembok Tanah Bertetulang dan longkang konkrit bertingkat bentuk
‘V’yang digunakan bagi projek ini.

Rajah 4.5 : Tembok Penahan Tembok Tanah Bertetulang dan Longkang


Konkrit Bertingkat Bentuk ‘V’
61

4.4.3 Kos Pemulihan Tanah Runtuh

Kos pemulihan tanah runtuh bagi Projek 2 ini mempunyai lima bahagian
komponen utama. Antaranya ialah kerja awalan, kerja-kerja memasang tembok
penahan, kerja-kerja memasang asas cerucuk konkrit, kerja-kerja memasang
longkang konkrit dan juga kerja-kerja pembersihan.

i. Kos Kerja Awalan

Jadual 4.9 menunjukkan kos bagi kerja awalan bagi kajian kes Projek 2.

Jadual 4.9 : Kos Kerja Awalan Projek 2


Bil Elemen Harga (RM) Peratus (%)
1 Insurans kerja 1,200.00 0.88
Papan tanda:
2 ‘AWAS KERJA DI HADAPAN’ 160.00 0.11
3 ‘AWAS KURANGKAN LAJU’ 160.00 0.11
4 ‘PENGAWAL BENDERA DI 160.00 0.11
HADAPAN’
5 ‘LENCONGAN’ 160.00 0.11
6 ‘PEMBINAAN TAMAT’ 160.00 0.11
7 Kon Keselamatan saiz besar 700.00 0.51
8 Plastik Barrier 900.00 0.66
9 String Dinetors 690.00 0.51
10 Pengawal lalulintas 2,100.00 1.54
11 Gambar-gambar kerja 600.00 0.44
JUMLAH: 6,990.00 5.09
62

Berdasarkan Jadual 4.9, jumlah kos kerja awalan bagi projek tersebut adalah
RM 6,990.00 yang memberikan peratus sebanyak 5.09% daripada keseluruhan kos
projek. Bagi komponen kerja awalan, kos yang paling tinggi dalam komponen
tersebut adalah sebanyak RM 2,100.00 yang menyumbang sebanyak 1.54% daripada
jumlah keseluruhan kos projek, iaitu item bagi menyediakan pengawal lalulintas bagi
projek ini. Item ini mempunyai kos yang tinggi berbanding item-item yang lain
kerana gaji perlu diberi kepada pengawal lalulintas supaya pengawal tersebut dapat
menjaga lalulintas di kawasan tersebut. Ia juga supaya dapat memastikan perjalan
kereta di situ berjalan dengan lancar memandangkan tempat kejadian berlaku di
sebelah jalan raya besar yang melibatkan banyak kereta lalu lalang di situ.

Selain itu, peratus kedua tertinggi dalam komponen kerja awalan adalah item
menyediakan insurans pampasan pekerja, Perkeso dan lain-lain keperluan bagi
projek tersebut iaitu, sebanyak 0.88%. Item ini dihargakan kerana insurans perlu
diberikan kepada pekerja-pekerja binaan kerana pekerja binaan tersebut menghadapi
pelbagai risiko seperti kemalangan ataupun kecederaan semasa di tapak bina kerana
tapak bina merupakan tempat yang berbahaya. Manakala, item-item lain di bawah
komponen kerja awalan hanya memberikan peratus sebanyak 0.11%-0.66% sahaja.

ii. Kos Tembok Penahan

Jadual 4.10 menunjukkan kos kerja-kerja memasang tembok penahan bagi


kajian kes Projek 2, item yang mempunyai kos paling tinggi ialah item membekal
dan menghantar tembok penahan Tembok Tanah Bertetulang ke tapak bina iaitu RM
41,400.00 yang memberikan peratus sebanyak 30.33% daripada jumlah keseluruhan
kos projek ini. Peratus tersebut menunjukkan bahawa hampir satu per tiga daripada
kos keseluruhan projek adalah daripada tembok penahan untuk membaiki tanah
runtuh yang berlaku. Ini adalah disebabkan kos tersebut termasuk dengan kos
menghantar ke tapak bina dan segala komponennya seperti hexagonal shaped
precast concrete panels, reinforced tendons, anchor blocks, joint filters, cushion
pads, fastners dan termasuk tembok panel tuang di situ. Kos juga menjadi tinggi
63

kerana ia melibatkan kuantiti sebanyak 180m² untuk membaik pulih semula tanah
yang telah runtuh itu dan harga bagi 1m² bagi tembok penahan Tembok Tanah
Bertetulang adalah RM230/m².

Jadual 4.10 : Kos Kerja-Kerja Memasang Tembok Penahan Projek 2


Bil Elemen Harga (RM) Peratus (%)
1 Melantik juruperunding 2,400.00 1.76
2 Menjalankan kerja-kerja ujian tanah 2,400.00 1.76
3 Tenaga kerja dan jentera 2,200.00 1.61
4 Membekal Tembok Tanah Bertetulang 41,400.00 30.33
5 Memasang Tembok Tanah Bertetulang 9,000.00 6.60
6 Membekal, menambak dan 9,600.00 7.03
memadatkan pasir
7 RC capping wall 1,500.00 1.10
JUMLAH: 68,500.00 50.19

Selain daripada itu, item yang mempunyai peratus kedua tertinggi dalam
komponen ini adalah 7.03%, yang mewakili harga RM 9,600.00, iaitu membekal,
menambak dan memadatkan pasir di bahagian belakang tembok penahan Tembok
Tanah Bertetulang tersebut. Ini adalah kerana kuantiti pasir yang banyak digunakan
di bahagian belakang tembok penahan Tembok Tanah Bertetulang bagi tujuan
menguatkan ketahanan tanah. Sebanyak 480m³ pasir digunakan bagi projek ini.
Seterusnya diikuti item memasang dan mengukuhkan tembok penahan Tembok
Tanah Bertetulang beserta komponen-komponennya, iaitu sebanyak 6.60% yang
mewakili harga RM 9,000.00. Manakala, untuk item-item lain dalam komponen ini
memberikan peratus sebanyak 1.10%-1.76% sahaja.
64

iii. Kos Asas Cerucuk Konkrit

Jadual 4.11 menunjukkan kos bagi komponen kerja-kerja memasang asas


cerucuk konkrit bagi Projek 2. Berdasarkan Jadual 4.11, kos yang paling tinggi
dalam komponen ini adalah item membekal dan menghantar cerucuk permulaan 6.0
meter panjang ke tapak bina yang berjumlah RM 15,000.00 yang memberikan
peratus sebanyak 10.99% kepada keseluruhan projek tersebut. Ini kerana, kuantiti
cerucuk yang diperlukan bagi projek ini adalah sebanyak 50 bilangan dan satu
cerucuk berharga RM 300.00.

Jadual 4.11 : Kos Asas Cerucuk Konkrit 150mm x 150mm Projek 2


Bil Elemen Harga (RM) Peratus (%)

1 Mesin pelantak cerucuk 6,500.00 4.76


2 Cerucuk permulaan 15,000.00 10.99
3 Cerucuk sambungan 14,000.00 10.26
4 Mengangkat dan melantak cerucuk 9,000.00 6.60
5 Menyambung cerucuk 750.00 0.55
6 Memotong lebihan cerucuk 500.00 0.37
7 Ujian Pile Driving Analyser (PDA) 4,400.00 3.22
8 Konkrit asas Tembok Tanah Bertetulang 3,000.00 2.20
JUMLAH: 53,150.00 38.95

Manakala, item kedua tertinggi bagi komponen ini ialah item membekal dan
menghantar cerucuk sambungan 6.0 meter panjang ke tapak bina yang berjumlah
RM 14,000.00 yang memberikan peratus sebanyak 10.26% kepada keseluruhan
projek. Harganya juga tinggi kerana ia masih memerlukan 50 bilangan cerucuk
untuk disambungan dengan cerucuk permulaan dan satu cerucuk sambungan adalah
berharga RM 280.00. Bagi item-item lain pula hanya memberikan peratus sebanyak
0.37% hingga 6.60% sahaja.
65

iv. Kos Longkang Konkrit

Jadual 4.12 menunjukkan kos bagi komponen kerja-kerja memasang


longkang konkrit.

Jadual 4.12 : Kos Kerja-Kerja Memasang Longkang Konkrit Projek 2


Bil Elemen Harga (RM) Peratus (%)
1 Longkang bertingkat bentuk ‘V’ tuang 3,840.00 2.81
di situ
2 Rumput rapat 1,440.00 1.06
JUMLAH: 5,280.00 3.87

Berdasarkan Jadual 4.12, kos item yang paling tinggi ialah RM 3,840.00
yang memberikan peratus sebanyak 2.81% kepada keseluruhan projek, iaitu item
longkang itu sendiri. Item ini membekal, menghampar dan memadat konkrit gred 20
untuk membina longkang bertingkat bentuk ‘V’ tuang di situ. Kos ini tinggi kerana
ia perlu membina longkang berukuran 900mm lebar x 450mm dalam setebal 75mm.
Kos ini juga tinggi kerana ia termasuk dengan kerja menggali tanah, memasang satu
lapisan BRC No. A8 dan juga memasang acuan konkrit. Kos longkang ini juga
tinggi kerana kadar harga bagi 1m² longkang ini adalah tidak murah iaitu RM
160.00. Kuantiti bagi longkang ini adalah sebanyak 24m². Item lain dalam
komponen ini adalah membekal dan menanam rumput rapat yang memberikan
peratus hanya 1.06% sahaja bagi projek ini.
66

v. Kos Pembersihan

Komponen yang terakhir dalam projek ini adalah kerja-kerja pembersihan.


Merujuk kepada Jadual 4.13, komponen ini hanya terdapat dua item sahaja, iaitu
kerja-kerja pembersihan tapak pada setiap hari berkerja sepanjang masa kontrak serta
membuang keluar dari kawasan binaan dan juga membekal dan memasang papan
tanda nombor cerun, di mana masing-masing hanya mewakili peratus sebanyak
1.17% dan 0.73% sahaja daripada kos keseluruhan projek.

Jadual 4.13 : Kos Kerja-Kerja Pembersihan Projek 2


Bil Elemen Harga (RM) Peratus (%)
1 Pembersihan tapak 1,600.00 1.17
2 Papan tanda nombor cerun 1,000.00 0.73
JUMLAH: 2,600.00 1.90

Hasil kajian dapati bahawa di antara lima komponen utama yang telah
dinyatakan di atas, komponen yang mempunyai peratus paling tinggi dalam kos
projek 2 ialah komponen kerja-kerja memasang tembok penahan iaitu RM 68,500.00
(50.19%). Separuh daripada kos keseluruhan projek adalah daripada membekal dan
menghantar tembok penahan ke tapak bina kerana item tembok penahan Tembok
Tanah Bertetulang adalah paling mahal di antara item-item yang lain. Ini kerana,
kuantiti yang diperlukan bagi membekal tembok penahan tersebut adalah banyak
iaitu sebanyak 180m² bagi membaik pulih kawasan runtuh itu dan harga bagi 1m²
adalah RM 230.00 dan ia memberikan jumlah sebanyak RM 41,400.00 kepada kos
jumlah projek tersebut. Item membekal dan menghantar tembok penahan itu sahaja
telah memberikan peratus sebanyak satu per tiga (30.33%) kepada kos keseluruhan
projek.
67

Komponen kedua tertinggi pula ialah kerja-kerja memasang asas cerucuk


konkrit yang berjumlah RM 53,150.00 (38.95%), ketiga tertinggi ialah komponen
kerja awalan yang mempunyai kos sebanyak RM 6,990.00 (5.09%), komponen
keempat tertinggi pula ialah komponen kerja-kerja memasang longkang konkrit iaitu
kos sebanyak RM 5,280.00 (3.87%) dan komponen yang mempunyai kos jumlah
paling rendah ialah komponen kerja-kerja pembersihan yang berjumlah RM 2,600.00
(1.90%) sahaja.

4.5 Projek 3 - Kerja-Kerja Penyelenggaraan dan Pembaikan Cerun Serta


Kerja-Kerja Lain yang Berkaitan di Seksyen 28.1, Jalan Masai Lama
dalam Daerah Johor Bahru

4.5.1 Latar Belakang Projek

Jadual 4.14 menunjukkan keterangan ringkas tentang kajian kes Projek 3.

Jadual 4.14 : Keterangan Ringkas Projek 3


Projek 3
Tempoh Projek 4 Minggu
Panjang Tanah Rutuh 13 meter (6 meter dalam)
Tarikh Kejadian 13 Januari 2013
Punca Sistem longkang, hujan
Kaedah Baik Pulih Tembok Gabion, longkang
Kos Projek RM 134,546.00
68

4.5.2 Punca Tanah Runtuh dan Kaedah Baik Pulih

i. Punca Tanah Runtuh

Bagi Projek 3 ini, punca kejadian tanah runtuh bagi projek ini ialah
disebabkan oleh larian air dari atas jalan. Ianya berlaku pada 13 Januari 2013. Jalan
tersebut tidak mempunyai longkang. Jadinya air dari atas jalan terus melimpah ke
kawasan tebing di tepi jalan raya tersebut. Air yang datang dari air hujan tidak dapat
mengalir dengan baik ke kawasan yang lebih rendah kerana tidak mempunyai laluan
yang sesuai untuk air tersebut untuk turun ke bahagian bawah, oleh itu kejadian
tersebut telah menyebabkan air menyerap masuk ke dalam tebing tanah dan
menyebabkan tanah menjadi lembik dan runtuh. Kejadian ini tidak disedari dari
awal lagi kerana ianya berlaku di tebing tepi jalan raya yang bersebelahan dengan
kebun. Kejadian hanya disedari apabila runtuhan di kawasan tersebut telah menjadi
besar. Rajah 4.6 menunjukkan kawasan tanah runtuh yang berlaku di tempat
kejadian.

Rajah 4.6 : Tanah Runtuh Projek 3


69

ii. Kaedah Baik Pulih Tanah Runtuh

Kaedah yang digunakan bagi membaik pulih tanah runtuh di kawasan


kejadian ini ialah menggunakan tembok penahan jenis Tembok Gabion. Kaedah ini
dipilih disebabkan oleh sifat ketahanannya dan juga bersesuaian dengan tempat
kejadian yang berada di tebing jalan raya di kawasan kebun, jadinya ia tidak
memerlukan ciri-ciri astetika. Selain itu, terdapat dua jenis longkang digunakan
untuk mengatasi masalah ini iaitu longkang bertingkat bentuk ‘V’ dan juga longkang
tepi jalan bentuk ‘V’ supaya dapat mengalirkan air dari atas jalan raya turun ke
bawah dengan baik. Rajah 4.7 menunjukkan cadangan kaedah tembok penahan
Tembok Gabion dan longkang bertingkat dan Rajah 4.8 menujukkan longkang tepi
jalan yang dibina di tempat kejadian.

Rajah 4.7 : Tembok Penahan Tembok Gabion dan Longkang Bertingkat


70

Rajah 4.8 : Longkang Tepi Jalan

4.5.3 Kos Pemulihan Tanah Runtuh

Kos pemulihan tanah runtuh bagi Projek 3 ini mempunyai empat bahagian
komponen utama. Antaranya ialah kerja awalan, kerja-kerja memasang tembok
penahan, kerja-kerja memasang longkang konkrit dan juga kerja-kerja pembersihan.

i. Kos Kerja Awalan

Jadual 4.15 menunjukkan kos bagi kerja awalan bagi kajian kes Projek 3.
71

Jadual 4.15 : Kos Kerja Awalan Projek 3


Bil Elemen Harga (RM) Peratus (%)
1 Insurans kerja 1,400.00 1.04
Papan tanda:
2 ‘AWAS KERJA DI HADAPAN’ 240.00 0.18
3 ‘AWAS KURANGKAN LAJU’ 240.00 0.18
4 ‘PENGAWAL BENDERA DI 240.00 0.18
HADAPAN’
5 ‘LENCONGAN’ 240.00 0.18
6 ‘PEMBINAAN TAMAT’ 240.00 0.18
7 Kon Keselamatan saiz besar 700.00 0.51
8 Blinker Light 150.00 0.11
8 Plastik Barrier 1,000.00 0.73
9 String Dinetors 750.00 0.55
10 Pengawal lalulintas 1,350.00 1.00
11 Gambar-gambar kerja 400.00 0.30
JUMLAH: 6,950.00 5.14

Berdasarkan Jadual 4.15, jumlah kos kerja awalan bagi projek tersebut adalah
RM 6,950.00 yang memberikan peratus sebanyak 5.14% daripada keseluruhan kos
projek. Bagi komponen kerja awalan, kos yang paling tinggi dalam komponen
tersebut adalah sebanyak RM 1,400.00 yang menyumbang sebanyak 1.04% daripada
jumlah keseluruhan kos projek, iaitu item bagi menyediakan insurans pampasan
pekerja, PERKESO dan lain-lain keperluan bagi projek tersebut. Item ini dihargakan
kerana insurans adalah item yang mesti diberikan kepada pekerja-pekerja binaan
kerana pekerja binaan tersebut menghadapi pelbagai risiko seperti kemalangan
ataupun kecederaan semasa di tapak bina kerana tapak bina merupakan tempat yang
berbahaya.
72

Selain itu, peratus kedua tertinggi dalam komponen kerja awalan adalah item
menyediakan pengawal lalulintas. Seramai dua orang pengawal laLulintas sepenuh
masa digunakan sepanjang tempoh kerja bagi projek ini. Manakala item-item lain di
bawah komponen kerja awalan hanya memberikan peratus sebanyak 0.11%-0.73%
sahaja.

ii. Kos Tembok Penahan

Jadual 4.16 menunjukkan kos kerja-kerja memasang tembok penahan bagi


kajian kes Projek 3, item yang mempunyai kos paling tinggi ialah item membekal
dan memasang tembok penahan Tembok Gabion iaitu RM 60,800.00 yang
memberikan peratus sebanyak 45.19% daripada jumlah keseluruhan kos projek ini.
Peratus tersebut menunjukkan bahawa hampir separuh daripada kos keseluruhan
projek adalah daripada tembok penahan untuk membaiki tanah runtuh yang berlaku.
Ini adalah disebabkan kerana ia melibatkan kuantiti yang banyak untuk memasang
tembok penahan tersebut iaitu sebanyak 320m³ untuk membaik pulih semula tanah
yang telah runtuh itu dan harga bagi 1m³ bagi tembok penahan tersebut adalah
RM190/m³.

Jadual 4.16 : Kos Kerja-Kerja Memasang Tembok Penahan Projek 3


Bil Elemen Harga (RM) Peratus (%)
1 Plastik kanvas 4,180.00 3.11
2 Memotong dan menggali tanah 3,840.00 2.85
3 Hardcore 1,980.00 1.47
4 Lean Concrete 3,300.00 2.46
5 BRC No. 10 9,216.00 6.85
6 Konkrit Gred 30 8,000.00 5.95
7 Gabion 60,800.00 45.19
8 Geotextile 1,120.00 0.84
9 Bekal, tambak dan memadatkan tanah 3,040.00 2.26
JUMLAH: 95,476.00 70.98
73

Selain daripada itu, item yang mempunyai peratus kedua tertinggi dalam
komponen ini adalah 6.85% sebanyak RM 9,216.00, iaitu membekal dan memasang
dua lapisan BRC No. 10 termasuk dengan kerja mengikat serta meletakkan concrete
cover. Selain daripada itu, item-item lain dalam komponen ini memberikan peratus
sebanyak 0.84%-5.95% sahaja.

iii. Kos Longkang Konkrit

Komponen kerja-kerja memasang longkang konkrit pula, berdasarkan Jadual


4.17, kos item yang paling tinggi ialah RM 11,000.00 yang memberikan peratus
sebanyak 8.18% iaitu item membekal, menghampar dan memadat konkrit gred 20
untuk membina longkang bertingkat bentuk ‘V’ tuang di situ berukuran 900mm lebar
x 600mm dalam setebal 75mm termasuk kerja menggali tanah, memasang satu laisan
BRC No. A8 dan memasang formwork. Kos item ini tinggi kerana ia perlu membina
longkang yang panjang iaitu sepanjang 100 meter di kawasan tersebut dan kadar
harga bagi item tersebut adalah RM 110.00/m.

Jadual 4.17 : Kos Kerja-Kerja Memasang Longkang Konkrit Projek 3


Bil Elemen Harga (RM) Peratus
(%)
1 Longkang tepi jalan bentuk ‘V’ tuang di 9,900.00 7.36
situ (600mm lebar x 450mm dalam)
2 Longkang bertingkat bentuk ‘V’ tuang di 2,420.00 1.80
situ (900mm lebar x 450mm dalam)
3 Longkang bertingkat bentuk ‘V’ tuang di 11,000.00 8.18
situ (900mm lebar x 600mm dalam)
4 Sump 3,800.00 2.82
5 Rumput rapat 2,500.00 1.86
JUMLAH: 29,620.00 22.02
74

Selain itu, item kedua tertinggi dalam komponen ini ialah membekal,
menghampar dan memadat konkrit gred 20 untuk membina longkang tepi jalan
bentuk ‘V’ berukuran 600mm lebar x 450mm dalam setebal 75mm. Harga longkang
ini juga agak tinggi kerana longkang ini perlu dibina sepanjang 90 meter di kawasan
tersebut dan kadar harga bagi item tersebut adalah RM 110.00/m. Item-item lain
dalam komponen ini memberikan peratus sebanyak 1.80% hingga 2.82% sahaja.

iv. Kos Pembersihan

Komponen yang terakhir dalam projek ini adalah kerja-kerja pembersihan.


Berdasarkan Jadual 4.18, item di dalam komponen ini hanya terdapat dua sahaja iaitu
kerja-kerja pembersihan tapak pada setiap hari berkerja sepanjang masa kontrak serta
membuang keluar dari kawasan binaan dan juga membekal dan memasang papan
tanda nombor cerun, di mana masing-masing hanya mewakili peratus sebanyak
1.23% dan 0.63% sahaja daripada kos keseluruhan projek.

Jadual 4.18 : Kos Kerja-Kerja Pembersihan Projek 3


Bil Elemen Harga (RM) Peratus (%)

1 Pembersihan tapak 1,650.00 1.23


2 Papan tanda nombor cerun 850.00 0.63
JUMLAH: 2,500.00 1.86

Hasil kajian dapati bahawa di antara empat komponen utama yang telah
dinyatakan di atas, komponen yang mempunyai peratus paling tinggi dalam kos
projek 3 ialah komponen kerja-kerja memasang tembok penahan, iaitu RM 95,476.00
(70.98%). Lebih daripada separuh kos keseluruhan projek adalah daripada kerja-
kerja memasang tembok penahan kerana item tembok penahan Tembok Gabion
adalah paling mahal di antara item-item yang lain. Ini kerana, kuantiti yang banyak
diperlukan untuk memasang tembok penahan tersebut, iaitu sebanyak 320m³ dan
kadar harga bagi tembok penahan tersebut adalah RM 190.00/m³. Item bagi tembok
75

penahan itu sahaja telah memberikan peratus sebanyak 45.19% kepada kos
keseluruhan projek.

Komponen kedua tertinggi pula ialah kerja-kerja memasang longkang konkrit


yang berjumlah RM 29,620.00 (22.02%), ketiga tertinggi ialah komponen kerja-kerja
kerja-kerja awalan, iaitu kos sebanyak RM 6,950.00 (5.14%) dan komponen yang
mempunyai kos jumlah paling rendah ialah komponen kerja-kerja pembersihan yang
berjumlah RM 2,500.00 (1.86%) sahaja. Kos bagi kerja-kerja pembersihan adalah
paling rendah kerana komponen tersebut hanya mempunyai dua item sahaja, iaitu
kerja-kerja pembersihan tapak pada setiap hari berkerja sepanjang masa kontrak serta
membuang keluar dari kawasan binaan dan juga membekal dan memasang papan
tanda nombor cerun.

4.6 Projek 4 - ‘Proposed Rectification of Collapsed Retaining Wall and Main


Drain at Jalan Berlian 2 & Jalan Putra 2, Zone 4A, Parcel 2, Bandar
Putra, Mukim Senai-Kulai, Johor’

4.6.1 Latar Belakang Projek

Jadual 4.19 menunjukkan keterangan ringkas tentang kajian kes Projek 4.


76

Jadual 4.19 : Keterangan Ringkas Projek 4


Projek 4
Tempoh Projek 20 Minggu
(7hb Februari 2017 – 6hb Julai 2017)
Panjang Tanah Rutuh 30 meter (10 meter dalam)
Tarikh Kejadian 17hb September 2016
Punca Aliran air bawah tanah, paip tak diselenggara
Kaedah Baik Pulih Longkang Kotak Pembetung
Kos Projek RM 1,560,650.00

4.6.2 Punca Tanah Runtuh dan Kaedah Baik Pulih

i. Punca Tanah Runtuh

Bagi Projek 4 ini, punca kejadian tanah runtuh bagi projek ini ialah
disebabkan oleh aliran air bawah tanah. Kawasan itu sendiri mempunyai aliran air
bawah tanah. Punca itu telah disahkan oleh pihak UTM yang telah dipanggil untuk
membuat kajian disitu (soil investigation). Ianya berlaku pada 17 September 2016.
Sebelum pembinaan dilakukan disitu, dikatakan bahawa kawasan di situ adalah
kawasan air mata air. Oleh itu, mereka telah menyediakan paip di kawasan tersebut
bagi mengalirkan air keluar dari dalam tanah ke longkang. Disebabkan oleh paip
tersebut tidak diselenggara oleh pihak yang sepatutnya, paip itu tersumbat dan
menyebabkan air itu tidak mengalir keluar dan bertangkung di dalam tanah. Apabila
air telah bertakung, ia menyebabkan tanah di bahagian bawah menjadi mendap dan
bergerak seterusnya mematahkan longkang sedia ada di tempat kejadian. Rajah 4.9
menunjukkan kawasan tanah runtuh yang berlaku di tempat kejadian.
77

Rajah 4.9 : Tanah Runtuh Projek 4

ii. Kaedah Baik Pulih Tanah Runtuh

Kaedah yang digunakan bagi membaik pulih tanah runtuh di kawasan


kejadian ini ialah menggunakan longkang jenis Kotak Pembetung. Kaedah ini bagi
menggantikan kaedah sedia ada iaitu longkang bentuk ‘U’. Setelah Kotak
Pembetung dimasukkan ke dalam tanah, tanah akan dikambus balik dan
dimampatkan untuk membentuk cerun di atas Kotak Pembetung bagi melindungi
Kotak Pembetung tersebut. Rajah 4.10 menunjukkan cadangan kaedah longkang
jenis Kotak Pembetung yang digunakan bagi projek ini.
78

Rajah 4.10 : Kaedah Longkang Jenis Kotak Pembetung

4.6.3 Kos Pemulihan Tanah Runtuh

Kos pemulihan tanah runtuh bagi Projek 4 ini mempunyai dua bahagian
komponen utama iaitu kerja awalan dan kerja-kerja membaiki cerun.

i. Kos Kerja Awalan

Jadual 4.20 menunjukkan kos bagi kerja awalan bagi kajian kes Projek 4.
79

Jadual 4.20 : Kos Kerja Awalan Projek 4


Bil Elemen Harga (RM) Peratus
(%)
1 Insurans 3,500.00 0.22
2 Kerja sementara 4,000.00 0.26
3 Pembersihan tapak setelah selesai 2,000.00 0.13
4 Penyelenggaraan 1,000.00 0.06
5 Tempat penginapan pekerja 2,500.00 0.16
6 Setting out 2,500.00 0.16
7 Peralatan mengukur 1,500.00 0.10
8 Bekalan sementara air dan elektrik 3,000.00 0.19
9 Kakitangan tapak kontraktor 8,000.00 0.51
10 Gambar-gambar kerja 1,000.00 0.06
11 Mobilisation & demobilisation 6,000.00 0.39
12 Lukisan 5,000.00 0.32
13 Pemeriksaan pihak berkuasa 3,000.00 0.19
14 Keperluan undang-undang dan peraturan 2,000.00 0.13
JUMLAH: 45,000.00 2.88

Merujuk kepada Jadual 4.20, jumlah kos kerja awalan bagi projek tersebut
adalah RM 45,000.00 yang memberikan peratus hanya 2.88% daripada keseluruhan
kos projek. Bagi komponen kerja awalan, kos yang paling tinggi dalam komponen
tersebut adalah sebanyak RM 8,000.00 yang menyumbang sebanyak 0.51% daripada
jumlah keseluruhan kos projek, iaitu item bagi menyediakan kakitangan tapak
kontraktor. Item dihargakan kerana tapak projek ini memerlukan seorang ejen tapak
untuk mengawas kerja-kerja di tapak sepanjang projek itu dilaksanakan selama 20
minggu dan 1 bulan bersamaan dengan RM 1,600.00 yang perlu dibayar kepada ejen
tapak tersebut. Item-item lain di bawah komponen ini pula hanya memberikan
peratus sebanyak 0.06%-0.51% sahaja.
80

ii. Kos Kerja-Kerja Membaiki Cerun

Jadual 4.21 menunjukkan kos kerja-kerja membaiki cerun bagi projek 4.


Item yang mempunyai kos paling tinggi ialah item membina dan menyiapkan Kotak
Pembetung iaitu RM 980,000.00 yang memberikan peratus sebanyak 62.79%
daripada jumlah keseluruhan kos projek ini. Peratus tersebut menunjukkan bahawa
lebih separuh daripada kos keseluruhan projek adalah daripada item Kotak
Pembetung itu sahaja. Item ini mahal kerana projek tersebut memerlukan kuantiti
yang banyak, iaitu sebanyak 200 meter untuk membina Kotak Pembetung di tempat
kejadian tersebut. Selain itu, saiz Kotak Pembetung itu juga sangat besar iaitu, 2 x
2.7 meter lebar x 2.7 meter tinggi dan membuatkan kos item itu mahal. Kadar harga
bagi item ini ialah RM 4,900.00/m dan termasuk dengan kerja-kerja menggali, kerja
konkrit, memadat, membentuk cerun, sokongan sementara, kerja penyelenggaraan
semasa tempoh tanggungan kecacatan dan juga membuang bahan lebihan di tapak.

Selain daripada itu, item yang mempunyai peratus kedua tertinggi dalam
komponen ini adalah 6.15% bersamaan RM 96,000.00, iaitu mengisi semula antara
Kotak Pembetung dan dinding longkang sedia ada dengan konkrit Gred 35 termasuk
membentuk weep holes yang memerlukan kuantiti sebanyak 200 meter. Item ketiga
tertinggi pula ialah item mengambus balik semula bahagian atas Kotak Pembetung
dengan tanah yang bersesuaian untuk membentuk cerun di kawasan kejadian. Item
ini memerlukan kuantiti sebanyak 7,200m³ tanah. Manakala, item-item lain dalam
komponen ini memberikan peratus sebanyak 0.13%-3.08% sahaja.
81

Jadual 4.21 : Kos Kerja-Kerja Membaiki Cerun Projek 4


Bil Elemen Harga (RM) Peratus (%)
1 Menanggalkan longkang yang telah 48,000.00 3.08
runtuh
2 Kotak Pembetung 980,000.00 62.79
3 Sump (dalam > 1200mm) 25,000.00 1.60
4 Sump (dalam >2100mm, tidak 40,000.00 2.56
>2550mm)
5 Kambus balik konkrit 96,000.00 6.15
6 Kambus balik tanah 86,400.00 5.54
Baik pulih semula jalan (Jalan berlian
7 2): 2,600.00 0.17
Pengorekan
8 Pasir 7,150.00 0.46
9 Crusher run 42,900.00 2.75
10 Prime coat 1,950.00 0.13
11 Binder Course 36,400.00 2.33
12 Tack coat 1,950.00 0.13
13 Wearing course 28,600.00 1.82
Turap semula (Jalan Putra 2):
14 Tack coat 2,250.00 0.14
15 Wearing course 32,250.00 2.07
16 Precast concrete kerb 20,000.00 1.28
17 RC slab 4,200.00 0.27
18 Vehicle guard rail 20,000.00 1.28
19 Sambungan storm pipe (Jalan Berlian) 3,000.00 0.19
20 Sambungan storm pipe (Jalan Putra) 5,000.00 0.32
21 GI flat bar sebagai trash screen 6,000.00 0.39
22 Longkang separa bulat 12,000.00 0.77
23 Corrugated sub soil pipe 14,000.00 0.90
JUMLAH: 1,515,650.00 97.12
82

Hasil kajian mendapati bahawa di antara dua komponen utama yang telah
dinyatakan di atas, komponen yang mempunyai peratus paling tinggi dalam kos
projek 4 ialah komponen kerja-kerja membaiki cerun, iaitu RM 1,515,650.00
(97.12%). Hampir 100% kos keseluruhan projek adalah daripada kerja-kerja
membaik cerun. Item Kotak Pembetung adalah paling mahal di antara item-item
yang lain. Ini kerana, kadar harga bagi item Kotak Pembetung itu adahal mahal iaitu
RM 4,900.00/m dan Kotak Pembetung itu memerlukan kuantiti sebanyak 200 meter
untuk membaik pulih kawasan yang mengalami tanah runtuh tersebut. Selain itu,
saiz Kotak Pembetung yang besar (2 x 2.7 meter lebar x 2.7 meter tinggi) juga
memberikan kesan kepada harga tersebut. Item bagi Kotak Pembetung itu sahaja
telah memberikan peratus sebanyak 62.79% kepada kos keseluruhan projek.
Komponen kedua tertinggi pula ialah kerja-kerja awalan iaitu kos sebanyak RM
45,000.00, namun hanya memyumbang peratus sebanyak 2.88% kepada kos
keseluruhan projek.

4.7 Projek 5 - Sheet Piles for Proposed Construction of 1 Unit Commercial


Block Comprising of: a) 3 Levels of Basement Carpark, b) 21 Levels of
Serviced Apartment on Part of Lot PTD 99023 Zon 3A-(2), Parcel 2,
Bandar Putra, Kulai Johor

4.7.1 Latar Belakang Projek

Jadual 4.22 menunjukkan keterangan ringkas tentang kajian kes Projek 5.


83

Jadual 4.22 : Keterangan Ringkas Projek 5


Projek 5
Tempoh Projek 32 Minggu
Panjang Tanah Rutuh 40 meter (3 meter dalam)
Tarikh Kejadian 16hb September 2015
Punca Hujan, manhole tak selenggara
Kaedah Baik Pulih Cerucuk kepingan keluli
Kos Projek RM 1,180,624.00

4.7.2 Punca Tanah Runtuh dan Kaedah Baik Pulih

i. Punca Tanah Runtuh

Bagi Projek 5 ini, punca kejadian tanah runtuh bagi projek ini ialah
disebabkan oleh hujan lebat yang turun di tempat kejadian. Ianya berlaku pada 16
September 2015. Hujan turun dengan lebat pada waktu 2.00 petang hingga ke 3.00
petang pada hari itu. Di kawasan tersebut terdapat storm pipe dan manhole. Seperti
biasa air dari storm pipe akan keluar ke sungai yang berada di sebelah tapak bina.
Namun pada masa itu, salah satu manhole tersebut tersumbat oleh kerana terdapat
sampah yang tidak diselenggara dan tidak diperiksa oleh pihak yang
bertanggungjwab dan ia menyebabkan air tidak dapat mengalir keluar untuk ke
sungai. Apabila ia tidak dapat mengalir keluar, terjadinya backflow. Air tersebut
kemudiannya melimpah keluar ke manhole yang paling tinggi kedudukannya, air
tersebut melimpah masuk ke kawasan cerucuk kepingan dan terjadi pergerakan tanah
kerana tanah telah menjadi lembik.

Apabila terjadinya pergerakan tanah, tanah yang berada di bawah paip air
SAJ telah menjadi kosong dan menyebabkan paip air SAJ tiada sokongan dan patah,
pergerakan tanah itu juga telah mengakibatkan storm pipe pecah dan menyebabkan
84

air bertambah dengan lebih banyak di tempat kejadian. Seterusnya menyebabkan


cerucuk kepingan di situ tumbang disebabkan pergerakan tanah yang menolak
cerucuk kepingan itu. Rajah 4.11 menunjukkan gambar tanah runtuh kesan daripada
hujan yang berlaku di tempat kejadian.

Rajah 4.11 : Tanah Runtuh Projek 5

ii. Kaedah Baik Pulih Tanah Runtuh

Kaedah yang digunakan bagi membaik pulih tanah runtuh di kawasan


kejadian ini ialah menggunakan kaedah cerucuk kepingan seperti kaedah yang
sebelumnya. Kaedah ini digunakan kerana bagi menahan tanah di kawasan itu buat
sementara waktu sebelum kawasan itu membina basement bagi projek pangsapuri
yang ingin didirikan di situ. Kaedah ini juga dipilih kerana pemasangannya yang
lebih mudah dan cepat.
85

4.7.3 Kos Pemulihan Tanah Runtuh

Kos pemulihan tanah runtuh bagi Projek 5 ini mempunyai dua bahagian
komponen utama. Antaranya ialah kerja awalan dan kerja-kerja memasang cerucuk
kepingan.

i. Kos Kerja Awalan

Jadual 4.23 menunjukkan kos bagi kerja awalan bagi kajian kes Projek 5.

Jadual 4.23 : Kos Kerja Awalan Projek 5


Bil Elemen Harga (RM) Peratus (%)
1 Insurans 6,500.00 0.55
2 Kerja sementara 5,600.00 0.47
3 Pembersihan tapak setelah selesai 3,000.00 0.25
4 Penyelenggaraan 2,000.00 0.17
5 Setting out 3,000.00 0.25
6 Peralatan mengukur 1,800.00 0.15
7 Bekalan sementara air dan elektrik 4,500.00 0.38
8 Kakitangan tapak kontraktor 12,000.00 1.02
9 Gambar-gambar kerja 1,500.00 0.13
10 Pemeriksaan pihak berkuasa 4,000.00 0.34
11 Keperluan undang-undang dan 2,500.00 0.21
peraturan
JUMLAH: 46,400.00 3.93
86

Berdasarkan Jadual 4.23, jumlah kos kerja awalan bagi projek tersebut adalah
RM 46,400.00 yang memberikan peratus sebanyak 3.93% daripada keseluruhan kos
projek. Bagi komponen kerja awalan, kos yang paling tinggi dalam komponen
tersebut adalah sebanyak RM 12,00.00 yang menyumbang 1.02% daripada jumlah
keseluruhan kos projek, iaitu item bagi menyediakan kakitangan tapak kontraktor.
Item dihargakan kerana tapak projek ini memerlukan seorang ejen tapak untuk
mengawas kerja-kerja di tapak sepanjang projek itu dilaksanakan selama 32 minggu
dan 1 bulan bersamaan dengan RM 1,500.00 yang perlu dibayar kepada ejen tapak
tersebut. Item-item lain di bawah komponen ini pula hanya memberikan peratus
sebanyak 0.13%-0.55% sahaja.

ii. Kos Kerja-Kerja Cerucuk Kepingan

Jadual 4.24 menunjukkan kos kerja-kerja cerucuk kepingan keluli bagi kajian
kes Projek 5, item yang mempunyai kos paling tinggi ialah item membekal dan
menghantar cerucuk kepingan keluli ke tapak pembinaan, iaitu RM 717,984.00 yang
memberikan peratus sebanyak 60.81% daripada jumlah keseluruhan kos projek ini.
Peratus tersebut menunjukkan bahawa lebih daripada separuh kos keseluruhan projek
adalah daripada cerucuk kepingan keluli itu untuk membaiki tanah runtuh yang
berlaku. Ini adalah disebabkan kos tersebut termasuk dengan kos menyewa cerucuk
sehinggalah pembinaan dinding basement siap didirikan. Dianggarkan bahawa
pembinaan dinding basement itu mengambil masa selama sembilan bulan.
Memandangkan cerucuk tersebut bersebelahan dengan dinding basement, oleh itu
kos penyewaan cerucuk tersebut adalah dikira untuk selama sembilan bulan.
87

Jadual 4.24 : Kos Kerja-Kerja Cerucuk Kepingan Projek 5


Bil Elemen Harga (RM) Peratus (%)
1 Mobilisation (buruh, loji, jentera) 30,000.00 2.54
2 Pergerakan loji dan jentera 12,000.00 1.02
3 Cerucuk kepingan keluli 717,984.00 60.81
4 Handle, pitch, drive cerucuk kepingan 179,620.00 15.21
5 Remobilisation 15,000.00 1.28
6 Tanggalkan cerucuk kepingan 179,620.00 15.21
JUMLAH: 1,134,224.00 96.07

Selain daripada itu, item yang mempunyai peratus kedua tertinggi dalam
komponen ini adalah 15.21%. Terdapat dua item yang mempunyai peratus yang
sama dengan 15.21%, iaitu item handle, pitch, drive cerucuk kepingan keluli tersebut
di tapak dan juga item menanggalkan cerucuk kepingan tersebut termasuklah jentera
dan peralatan yang bersesuaian dengan pemasangan dan penanggalan cerucuk.
Kedua-dua item ini melibatkan kuantiti sebanyak 5,132m² dan kadar harga bagi item-
item tersebut adalah sama iaitu RM 35.00/m². Manakala untuk item-item lain dalam
komponen ini memberikan peratus sebanyak 1.02%-2.54% sahaja.

Hasil kajian dapati bahawa di antara dua komponen utama yang telah
dinyatakan di atas, komponen yang mempunyai peratus paling tinggi dalam kos
projek 5 ialah komponen kerja-kerja cerucuk kepingan keluli, iaitu RM 1,134,224.00
(96.07%). Hampir 100% kos keseluruhan projek adalah daripada kerja-kerja cerucuk
kepingan keluli itu sahaja. Item membekal dan menghantar cerucuk ke tapak adalah
paling mahal di antara item-item yang lain. Ini kerana, kadar harga bagi item
cerucuk itu adalah termasuk dengan kos penyewaan cerucuk tersebut selama
sembilan. Kadar harga bagi cerucuk tersebut ialah RM 1,296.00/tan dan ia
melibatkan kuantiti sebanyak 554 tan bagi projek ini. Komponen kedua tertinggi
pula ialah kerja-kerja awalan, iaitu kos sebanyak RM 46,400.00. Namun hanya
menyumbang peratus sebanyak 3.93% sahaja kepada kos keseluruhan projek.
88

4.8 Analisis Keseluruhan

i. Objektif 1 – Punca dan Kaedah Baik Pulih Tanah Runtuh

Jadual 4.27 menunjukkan punca-punca tanah runtuh bagi kelima-lima projek


yang dikaji.

Jadual 4.27 : Punca-Punca Tanah Runtuh


Bil. Projek 1 2 3 4 5
Punca-Punca
1 Hujan √ √ √
2 Aliran air bawah tanah √ √
3 Sistem longkang tidak bagus √ √ √
4 Paip tak diselenggara √
5 Manhole tak diselenggara √

Berdasarkan Jadual 4.27, didapati bahawa majoriti punca-punca tanah runtuh


projek yang dikaji adalah berpunca dari hujan dan sistem longkang yang tidak bagus.
Tiga daripada projek yang dikaji adalah berpunca dari hujan, iaitu Projek 1, Projek 3
dan Projek 5, manakala punca sistem longkang yang tidak bagus adalah Projek 1,
Projek 2 dan Projek 3. Sistem longkang yang tidak bagus adalah disebabkan
longkang tidak diselenggara dan menyebabkan longkang tersumbat, kedudukan
longkang tidak betul dan tiada sistem longkang di tempat kejadian. Selain itu, aliran
air bawah tanah juga merupakan salah satu punca tanah runtuh berlaku dan terdapat
dua projek yang dikaji mempunyai punca tersebut, iaitu Projek 2 dan Projek 4.
Punca lain bagi tanah runtuh dalam kajian ini adalah paip tidak diselenggara bagi
Projek 4 dan juga manhole tidak diselenggara bagi Projek 5 dan menyebabkan paip
dan manhole tersebut tersumbat dan tidak dapat mengalirkan air dengan baik.
89

Jadual 4.28 menunjukkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk membaiki


tanah runtuh bagi kelima-lima projek yang dikaji.

Jadual 4.28 : Kaedah-Kedah Baik Pulih Tanah Runtuh


Bil. Projek 1 2 3 4 5
Kaedah
1 Betoflor √
2 Tembok Tanah Bertetulang √
3 Tembok Gabion √
4 Kotak Pembetung √
5 Cerucuk kepingan keluli √
6 Longkang √ √ √

Berdasarkan Jadual 4.28, kelima-lima projek yang dikaji menggunakan


kaedah baik pulih tanah runtuh yang berbeza-beza. Ini adalah kerana kaedah yang
dipilih adalah mengikut kesesuaian keadaan di tapak kejadian. Lokasi tapak juga
memainkan peranan yang penting dalam pemilihan kaedah baik pulih tersebut.
Setiap tapak mempunyai situasi yang berbeza. Sebagai contoh bagi projek 1, lokasi
kejadian adalah bersebelahan jalan raya utama, oleh itu sifat estetika merupakan
salah satu peranan yang penting dalam pemilihan kaedah baik pulih tanah runtuh
tersebut dan kaedah tembok penahan jenis Betoflor telah dipilih bagi membaik pulih
tanah runtuh tersebut. Namun, hanya satu kaedah sahaja, iaitu longkang yang
digunakan bagi tiga projek. Jenis longkang yang digunakan adalah longkang tepi
jalan, longkang bertingkat dan longkang interceptor.
90

ii. Objektif 2 – Kos Baik Pulih Tanah Runtuh

Jadual 4.29 menunjukkan kos-kos yang terlibat semasa membaiki tanah


runtuh bagi kelima-lima projek yang dikaji.

Jadual 4.29 : Kos yang terlibat bagi kelima-lima projek


Projek 1 2 3 4 5

Tempoh 8 4 4 20 32
(Minggu)
Kaedah Baik -Tembok - Tembok -Tembok -Longkang -Cerucuk
Pulih penahan Tanah Gabion jenis Kotak kepingan
Betoflor Bertetulang -Longkang Pembetung keluli
-Longkang -Longkang

Saiz Kawasan 390 180 440 2,000 5,132


Baik Pulih
(m2)
Kos 285,430.20 136,520.00 134,546.00 1,560,650.00 1,180,624.00
Keseluruhan
(RM)
Kos/m2 731.87 758.44 305.82 780.33 230.05
(RM)
Pecahan Kos Komponen Utama (%):
Kerja Awalan 5.30 5.09 5.14 2.88 3.93

Tembok 68.29 50.19 70.98 - -


Penahan
Asas Konkrit 8.27 - - - -

Longkang 17.42 3.87 22.02 97.12 -

Cerucuk - 38.95 - - 96.07

Kerja 0.27 1.90 1.86 - -


Pembersihan
Jumlah 100 100 100 100 100
peratus (%)
91

Berdasarkan Jadual 4.29 pula, hasil kajian mendapati bahawa komponen yang
digunakan bagi setiap projek adalah komponen kerja awalan. Ini menunjukkan
bahawa komponen ini merupakan komponen yang wajib ada bagi setiap projek.
Peratus bagi kerja awalan bagi setiap projek yang dikaji adalah di antara 2.88%-
5.30% daripada kos keseluruhan projek masing-masing. Kos kerja awalan adalah
berbeza mengikut keperluan sesuatu projek itu.

Selain daripada komponen kerja awalan, komponen longkang adalah


merupakan komponen kedua yang paling banyak digunakan bagi projek yang dikaji,
iaitu sebanyak empat projek. Peratus bagi komponen longkang ini adalah berbeza-
beza bagi setiap projek mengikut keutamaan fungsi pembinaan kaedah tersebut bagi
projek tersebut. Projek 4 mempunyai peratus yang paling tinggi bagi komponen
longkang ini, iaitu 97.12%. Ini kerana, projek tersebut menggunakan komponen
longkang sebagai pembinaan utama dalam projek tersebut. Manakala projek lain
hanya memberikan peratus sebanyak 3.87%-22.02% sahaja.

Seterusnya adalah komponen kerja pembersihan. Merujuk kepada Jadual


4.29, tiga projek yang telah dikaji mempunyai komponen ini, iaitu Projek 1, Projek 2
dan Projek 3. Manakala hasil kajian mendapati bahawa Projek 4 dan Projek 5,
komponen kerja pembersihannya telah dihargakan dalam komponen kerja awalan.
Komponen tembok penahan juga merupakan komponen yang penting dalam kos
membaik pulih tanah runtuh kerana ia merupakan pembinaan utama bagi sesetengah
projek. Tembok penahan mempunyai peratus yang tinggi, iaitu sebanyak 50.19%-
70.98% daripada kos keseluruhan projek masing-masing.

Selain itu, komponen asas konkrit dan komponen cerucuk tidak banyak
digunakan dalam projek baik pulih tanah runtuh. Namun, hasil kajian mendapat
bahawa komponen cerucuk bagi Projek 5 memberikan peratus yang paling tinggi
kepada projek tersebut, iaitu sebanyak 96.07% kerana cerucuk merupakan
pembinaan utama dalam projek tersebut.
92

4.9 Rumusan Bab

Bab ini telah membincangkan tentang hasil kajian yang telah dikumpul
melalui temubual dan juga analisis dokumen. Kemudian, hasil kajian tersebut
dianalisis dalam bab ini bagi mencapai objektif-objektif kajian. Setelah dianalisis,
didapati bahawa kesemua projek yang mengalami tanah runtuh di sekitar Johor
menggunakan kaedah utama yang berbeza. Ini adalah disebabkan setiap lokasi
kejadian tanah runtuh adalah berbeza, contohnya seperti di jalan raya utama ataupun
kebun, oleh itu ia memainkan peranan yang penting dalam memilih kaedah tersebut.
Selain itu, kaedah juga berbeza mengikut kesesuaian tanah di tempat kejadian itu.
Kos projek juga berbeza apabila menggunakan kaedah yang berbeza dan komponen
utama dalam setiap projek adalah tidak sama mengikut keperluan masing-masing.
Selain itu juga, kos juga berbeza disebabkan oleh tempoh projek.
BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Kesimpulan terhadap hasil kajian berdaarkan objektif kajian yang telah


ditetapkan akan diterangkan dalam bab ini dan masalah-masalah yang dihadapi
sepanjang kajian ini dijalankan akan dibincangkan dalam bab ini.

5.2 Pencapaian Objektif Kajian

i. Objektif 1 – Punca dan Kaedah Baik Pulih Tanah Runtuh

Secara keseluruhan, hasil kajian mendapati bahawa punca yang paling tinggi
dalam kajian yang dijalankan ke atas lima projek di sekitar Johor adalah hujan dan
sistem longkang yang tidak bagus. Sebanyak tiga projek daripada lima projek yang
dikaji mengalami punca tersebut.
94

Punca kedua tertinggi adalah disebabkan oleh aliran air bawah tanah.
Sebanyak dua projek mengalami punca ini di tempat kejadian. Manakala, punca
seperti paip dan manhole yang tidak diselenggara mempunyai kedudukan yang
paling rendah. Bagi kaedah baik pulih tanah runtuh pula, hasil kajian mendapati
bahawa kesemua projek yang dikaji menggunakan kaedah utama baik pulih tanah
runtuh yang berbeza-beza mengikut kesesuaian projek, iaitu kaedah Betoflor,
Tembok Tanah Bertetulang, Tembok Gabion, Kotak Pembetung dan cerucuk
kepingan keluli.

ii. Objektif 2 – Kos yang Terlibat Semasa Baik Pulih Tanah Runtuh

Hasil kajian medapati bahawa, kos yang terlibat bagi kelima-lima projek yang
dikaji boleh dipecahkan kepada beberapa komponen utama iaitu kerja awalan,
tembok penahan, asas konkrit, longkang, cerucuk dan kerja pembersihan. Namun,
setiap projek tidak mempunyai kesemua komponen yang dinyatakan di atas. Setiap
projek mempunyai komponen-komponen yang tertentu sahaja mengikut keperluan
projek.

Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat pelbagai kos untuk membaik
pulih tanah runtuh. Kos yang dimaksudkan adalah seperti bagi kajian projek 1 yang
menggunakan kaedah tembok penahan Betoflor, ia melibatkan kos sebanyak
RM 731.87/m², projek 2 yang meggunakan kaedah tembok tanah bertetulang
melibatkan kos sebanyak RM 758.44/m², projek 3 yang menggunakan kaedah
tembok gabion yang melibatkan kos sebanyak RM 305.82/m², projek 4 yang
menggunakan kaedah longkang jenis kotak pembetung melibatkan kos sebanyak
RM 780.33/², manakala projek 5 pula yang menggunakan kaedah jenis cerucuk
kepingan keluli melibatkan kos sebanyak RM 230.05/m².
95

Kos yang pelbagai ini adalah kerana bagi setiap projek yang dikaji
menggunakan kaedahnya yang tersendiri. Setiap projek mempunyai kriteria dan
spesifikasinya yang tersendiri yang menyebabkan kos berbeza-beza bagi setiap
projek yang dikaji dan tidak boleh dibandingkan secara sama rata. Oleh itu, hasil
kajian mendapati bahawa kos yang terlibat bagi setiap projek adalah berbeza
mengikut kaedah yang digunakan dan kehendak projek tersebut.

5.3 Had Kajian

Data-data yang telah dikumpulkan bagi kedua-dua objektif kajian adalah


berdasarkan skop kajian yang telah ditentukan dalam Bab 1 iaitu di sekitar negeri
Johor sahaja. Bagi mencapai objektif kajian ini, sebanyak lima projek yang pernah
mengalami kejadian tanah runtuh di bahagian tepi jalan raya telah dikaji melalui sesi
temu bual dan analisis dokumen.
96

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Sebagaimana yang telah diketahui bahawa kajian ini adalah untuk mengenal
pasti punca-punca yang menyebabkan tanah runtuh berlaku dan kaedah yang
digunakan untuk membaik pulih tanah runtuh tersebut serta untuk mengetahui kos
baik pulihnya. Kajian akan datang boleh dijalankan dengan beberapa cadangan
seperti berikut:

i. Cadangan penyelidikan akan datang adalah dengan membuat kajian di


negeri Selangor. Ini kerana, negeri Selangor sering mengalami kejadian
tanah runtuh.

ii. Kajian akan datang lebih menumpukan kepada satu kaedah yang sama
namun memerlukan beberapa projek untuk dikaji.
RUJUKAN

Abdul Malik. (2013). Kuliah 14-Edaran Air Tanah. Dicapai pada 2 November 2016,
dari http://pagarmuseh.blogspot.my/2013/04/kuliah-14-edaran-air-tanah.html

Adam Iqdad. (2010). Bon Pelaksanaan, Insuran Kerja, Insuran Liability Awam,
Insuran “Semua Risiko Kontraktor (CAR)”, dan Perkeso. Dicapai pada 3
November 2016, dari http://ukurbahan-qs.blogspot.my/2010/11/bon-
pelaksanaan-insuran-kerja-insuran.html

Agliardi, F. (2012). Landslides: Definitions, Classification, Causes. Educational


Project Geological Field Trip and Workshop. Milano. 17-20 Jun 2012.

Azwita Usman. (2010). Kajian Kuantitatif, Kualitatif dan Gabungan. Dicapai pada 3
November 2016, dari http://deitaz.blogspot.my/2010/08/kajian-kualitatif-
kuantitatif-dan.html

Barun Jha. (2015). Cost Analysis in Construction Projects. Dicapai pada 5 November
2016, dari https://www.linkedin.com/pulse/cost-analysis-construction-
projects-barun-jha-pmp

Berita Harian. (2011, November 9). Petanda Tanah Runtuh, 11.

Brent, R.J. (2014). Cost-Benefit Analysis and Health Care Evaluations, Second
Edition. London. Edwar Elgar Publishing Limited.

Burns, S.F., Harden, T.M., dan Andrew C.J. (2008). Homeowner’s Guide to
Landslides – Recognition, Prevention, Control and Mitigation. Portland.
Federal Emergency Management Agency Region 10.
Creswell, J.W. (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed
Methods Approaches. California. SAGE Publications, Inc.

Elson Jesu. (2015). Method Statement for Drainage System. Dicapai pada 5
November 2016, dari https://www.scribd.com/doc/138808313/Method-
Statement-for-Drainage-System

Fink, A. (2010). Conducting Research Literature Reviews From the Internet to


Paper 3rd Edition. California: SAGE Publications, Inc.

Noresah Baharom. (2007). Kamus Dewan (Edisi ke Empat). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Highland, L.M., dan Bobrowsky, P. (2008). The Landslide Handbook - A Guide to


Understanding Landslides. Virginia. US Geological Survey Circular 1325.

Husna Farhana. (2015). Anggaran Untuk Kerja-Kerja Awalan. Dicapai pada 3


November 2016, dari http://borak-qs.blogspot.my/2011/11/anggaran-untuk-
kerja-kerja-awalan.html

Jamian Ahmad. Paip Pecah Jejas Ribuan Penduduk. 19 September 2015. Utusan
Online. Dicapai pada 24 September 2016, dari
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/paip-pecah-jejas-ribuan-
penduduk-1.137556

Junaidah Wally. (2015). Langkah-Langkah Pelaksanaan Sheet Pile. Dicapai pada 2


November 2016, dari https://junaidawally.blogspot.my/2015/11/langkah-
langkah-pelaksanaan-sheet-pile.html

Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan


Kualitatitif dalam Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 di Puteri Resort
Melaka pada 28-29 Mac 2012. Dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru
Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor
Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim.

Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Analisis Data Dalam Penyelidikan Kualitatif dalam
Kualitatif Siri 3 2012 di Felda Residence Tg. Leman, Mersing pada 23-22
May 2012. Dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus
Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri
Johor Darul Ta'zim.

Lakakis, K., Charalampakis, M., & Savvaidis, P. (2009). Landslide Definition by an


Integrated Monitoring System. Fifth International Conference on
Construction in the 21st Century (CITC-V) “Collaboration and Integration in
Engineering, Management and Technology”. Istanbul. 20-22 Mei 2009.

Modern Plaza. (2017). About Betoflor. Dicapai pada 4 November 2016, dari
http://www.modernplaza.com.my/About_Betoflor.html

Mohd Azlan Ibrahim. (2012). Teknologi Pembinaan Sistem Longkang. Dicapai pada
2 November 2016, dari http://teknologi-
pembinaan.blogspot.my/search/label/sistem%20longkang

Mohd Azlan Ibrahim. (2014). Teknologi Pembinaan Gabion. Dicapai pada 2


November 2016, dari http://teknologi-
pembinaan.blogspot.my/2014/02/gabion.html

Mohd Zubir Amry. (2009). Pembersihan Tapak Bina. Dicapai pada 3 November
2016, dari http://spesifikasi-kejuruteraan-
awam.blogspot.my/2009/01/pembersihan-tapak-bina.html

Mokhtar Jaafar, Abdul Halim Yusof & Asiah Yahya. (2011). Analisis Tahap
Kebolehruntuhan Tanah dengan Menggunakan Skala ROM: Kajian di
Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Geografia Online™
Malaysian Journal of Society and Space, 7(3), 45-55.

Moore, N. (2006). How to do Research: A Practical Guide to Designing and


Managing Research Projects. London. Facet Publishing.

Nor Raudah Siren. (2009). Kuliah 4 & 5: Metodologi penyelidikan. Dicapai pada 5
November 2016, dari
http://teknikpenulisanilmiah.blogspot.my/2009/10/kuliah-4-5-metodologi-
penyelidikan.html

Norsafiah Sulaiman, Zulfahmi Ali Rahman & Joy Jacqueline Pereira. (2014).
Pencirian Tanah Runtuh Di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam
Persidangan Geosains Negara di Grand Central Hotel Kuala Terengganu
pada 13-14 Jun 2014. Dianjurkan oleh Persatuan Geologi Malaysia.

Raju Sabarish. (2014). Tembok Tanah Bertetulangs. Dicapai pada 4 November 2016,
dari https://www.slideshare.net/rajusabarish95/reinforced-earth-walls

Reinforced Earth Malaysia Sdn Bhd. (2014). Tembok Tanah Bertetulang


Construction Manual. Kuala Lumpur: Reinforced Earth Malaysia Sdn Bhd.

Rizal. (2015). Sistem Longkang. Dicapai pada 4 November 2016, dari


http://documents.tips/documents/sistem-longkang.html

Seidman, I. (2013). Interviewing As Qualitative Research: A Guide For Researchers


In Education And The Social Sciences 4th edition. New York: Teachers
College Press.

Smelser, D. (2014). Landslide Mitigation Action Plan. Washington. Washington


State Department of Transportation.

Suhada Sabre. (2016). Teknologi Pembinaan. Dicapai pada 3 November 2016, dari
http://suhadasabre.blogspot.my/2016/01/pengenalan-papan-tanda-merupakan-
elemen.html

Syaidatul Liza. (2015). Pengenalan Industri Binaan. Dicapai pada 3 November


2106, dari https://www.slideshare.net/syaidatul83/pengenalan-industri-
binaan-ok

Tajul Anuar Jamaluddin. (2006). Faktor Manusia Dan Kegagalan Cerun Di Malaysia.
Geological Society of Malaysia Bulletin, 52, 75-84.

Tanah Runtuh Buat Kali Keempat. 29 Jun 2015. Sinar Online. Dicapai pada 24
September 2016, dari http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/tanah-
runtuh-buat-kali-keempat-1.405882

Welman, C., Kruger, F., & Mitchell, B. (2009). Research Methodology 3rd Edition.
Cape Town: Oxford University Press Southern Africa.

Wilkinson, D. (2000). The Research’s Toolkit – The Complete Guide to Practitioner


Research. London: RoutledgeFalmer.
Wilkinson, D. dan Birmingham, P. (2003). Using Research Instruments – A Guide
for Researchers. London: RoutledgeFalmer.

Zina O’Leary. (2010). The Essential Guide To Doing Your Research Project.
London: SAGE Publication Ltd.

Zufialdi Zakaria. (2009). Analisis Kestabilan Lereng Tanah. Universiti Padjajaran:


Fakultas Teknik Geologi.

Zuhairi. (2007). Kesan Kejadian Tanah Runtuh. Dicapai pada 1 November 2016, dari
http://www.ukm.my/zuhairi/Pengajaran/internet_projects/stag3072/Kump%2
03/Web-kesann.htm
LAMPIRAN

Borang Soal Selidik


JABATAN UKUR JABATAN UKUR BAHAN BAHAN
FAKULTI ALAM BINA

SOALAN TEMU BUAL SEMI STRUKTUR


PUNCA-PUNCA, KAEDAH DAN KOS PEMULIHAN KERJA-KERJA
TANAH RUNTUH

OBJEKTIF:
i. Mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan keruntuhan tanah berlaku
dan kaedah yang digunakan untuk membaik pulih.

ii. Mengenal pasti kos-kos yang terlibat semasa proses membaik pulih
dijalankan.

PERHATIAN:
Soalan soal selidik ini adalah untuk mengumpul data berkaitan dengan kajian seperti di atas.
Semua maklumat adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan. Kerjasama
dari pihak anda amatlah dihargai. Terima kasih

Disediakan Oleh:
Farah Hazirah Binti Nazel Effendi (B14BE0029)
931122-01-6664
4SBEQ (Sarjana Muda Ukur Bahan)
Email: farahhne93@hotmail.com
Tel: 012-777 7065
Penyelia: Sr. Dr. Mohd Saidin Bin Misnan

BAHAGIAN A

Bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang responden dan
projek yang terlibat

Nama Syarikat :_______________________________________

Alamat Syarikat :_______________________________________

_______________________________________
Nama Projek :_______________________________________

Tempoh projek :________________________________________

Nama Responden :_______________________________________

Jawatan :_______________________________________

Lokasi Temu bual :_______________________________________

Tandatangan Responden :________________________________________

Tarikh :____/____/ 2017

Cop Syarikat :
BAHAGIAN B

Bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan objektif pertama kajian iaitu:
Untuk mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan keruntuhan tanah
berlaku dan kaedah yang digunakan untuk membaik pulih.

1. Apakah jenis tanah runtuh yang berlaku di kawasan kejadian?

________________________________

2. Apakah tanda-tanda awal kejadian tanah runtuh di kawasan kejadian?

i. Benjolan di kaki cerun


ii. Takungan air di permukaan tanah
iii. Pagar/tembok penahan/pokok condong
iv. Retakan/rekahan di bahagian struktur bangunan
v. Lain-lain (nyatakan)
________________________________
3. Punca-punca berlakunya tanah runtuh di kawasan berkenaan?

i. Gempa bumi
ii. Hujan
iii. Pengubahsuaian cerun
iv. Lebihan beban di cerun
v. Lain-lain (nyatakan)
________________________________
4. Apakah kaedah yang digunakan untuk baik pulih tanah runtuh?

a. Tembok penahan konkrit


b. Batuan dinding blok
c. ‘Sheet piling’
d. Penanaman tumbuhan
e. Lain-lain (nyatakan)
________________________________
Berdasarkan jawapan di atas, nyatakan dengan lebih terperinci bagi setiap punca
tersebut.

Punca Justifikasi
Gempa bumi

Hujan

Pengubahsuaian cerun

Lebihan beban di cerun

Lain lain

You might also like