You are on page 1of 28

KETAGIHAN PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN REMAJA

SEKOLAH TINGKATAN 4 DI BANDARAYA JOHOR BAHRU

RAJA SHAHRINA BINTI RAJA ABDUL RASHID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


JUDUL: KETAGIHAN PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN
REMAJA SEKOLAH TINGKATAN 4 DI BANDARAYA JOHOR
BAHRU

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya RAJA SHAHRINA BINTI RAJA ABDUL RASHID


(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan


Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan


oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

 TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________ __________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: Nama Penyelia:

NO.1 JLN MARIAMAH, TN. HJ. JOHARI BIN HASSAN


80100 JOHOR BAHRU,
JOHOR
Tarikh: 10 MEI 2011 Tarikh: 10 MEI 2011

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
ix

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)”

Tandatangan : …………………………………….

Nama Penyelia : TN. HJ. JOHARI BIN HASSAN

Tarikh : 10 MEI 2011


ix

KETAGIHAN PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN REMAJA


SEKOLAH TINGKATAN 4 DI BANDARAYA JOHOR BAHRU

RAJA SHAHRINA BINTI RAJA ABDUL RASHID

Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan Ijazah


Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2011
ix

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :………………………....……

Nama Penulis : RAJA SHAHRINA BINTI RAJA ABDUL RASHID

Tarikh : 10 MEI 2011


ix

DEDIKASI

Buat bondaku tercinta, Pn. Shahriah binti Md. Shah


ayahanda Raja Abdul Rashid bin Raja Hamid
terima kasih tidak terhingga kerana terus memberi semangat
dan sokongan pada anakmu agar tidak mudah berputus asa
dalam menempuhi segala ujian
dan rintangan sepanjang menjalankan kajian ini.
Terima kasih kerana banyak memberi kekuatan kepada anakmu ini
untuk meraih sebuah kejayaan.
ix

PENGHARGAAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Segala puji dan syukur kehadrat Ilahi, dengan limpah dan kasih sayang-Nya
pada makluk ciptaan-Nya. Selawat dan salam buat Baginda Rasulullah S.A.W. yang
membawa rahmat ke seluruh alam.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada dan Jabatan
Multimedia Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi
kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih
juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat
dan tunjuk ajar selama ini.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah


penyelia, Tn. Hj. Johari Bin Hassan di atas kepercayaan yang tinggi kepada saya bagi
menyiapkan kajian ilmiah ini. Ribuan terima kasih atas bimbingan, tunjuk ajar serta
nasihat yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini.

Terima kasih ini juga di tujukan buat pihak guru-guru sekolah yang terlibat
dalam penyelidikan ini. Penglibatan mereka amatlah dihargai. Tidak lupa juga
kepada rakan-rakan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau pun
tidak langsung dalam penulisan ini.

Akhir sekali buat keluarga yang tercinta, segala doa restu dan dorongan
kalian amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati oleh Allah SWT.

Sekian, Terima Kasih.


ix

ABSTRAK

Penggunaan Internet semakin meluas sehinggakan ada beberapa pihak yang


mengalami ketagihan yang agak membimbangkan terutama remaja sekolah. Oleh itu,
kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap dan punca ketagihan penggunaan
Internet dikalangan remaja sekolah tingkatan 4 di bandaraya Johor Bahru. Kajian ini
juga ingin mengenalpasti tujuan sebenar dan jenis penggunaan Internet yang kerap
diakses oleh remaja sekolah. Kesan penggunaan Internet yang berlebihan turut juga
dikenalpasti. Satu set soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian digunakan
sebagai instrumen kajian. Kaedah pensampelan rawak digunakan dengan melibatkan
265 orang pelajar dari 3 buah sekolah terpilih. Data kajian dipersembahkan dalam
bentuk deskriptif seperti frekuensi, skor min dan peratusan dengan menggunakan
perisian Statistical Package For Social Science (SPSS Versi 15.0). Di samping itu,
beberapa ujian statistik seperti ujian-t, korelasi Pearson, dan tabulasi silang
digunakan untuk mengenalpasti perbezaan dan hubungan beberapa angkubah. Secara
keseluruhannya, tahap ketagihan penggunaan Internet bagi pelajar adalah rendah.
Terdapat perbezaan signifikan tahap ketagihan penggunaan Internet antara lelaki dan
perempuan, begitu juga dengan jenis sekolah mengikut jantina. Terdapat juga
korelasi positif antara tahap sosioekonomi ibu bapa dengan tahap ketagihan
penggunaan Internet di kalangan pelajar. Laman web yang kerap diakses oleh pelajar
adalah laman web rangkaian sosial.
ix

ABSTRACT

The Internet has been widely used so much so that it causes unhealthy
addiction especially among school teenagers. Therefore, this study is to identify the
level and causes of Internet addiction among form 4 students in Johor Bharu. This
study also try to identify the real purpose and types of website accessed by students.
The effects of Internet overused was also identified. A set of questionnaire with three
sections was used in this study. Random sampling technique was used that involved
265 students from 3 selected schools. Data was presented in descriptive form such as
frequencies, means and percentages by using Statistical Package For Social Science
(SPSS Version 15.0). In addition, several statistical tests such as t-test, Pearson
Correlation, and cross-tabulation were used to identify differences and relation
among several variables. Generally, the Internet addiction among students was at the
low level. The research showed that there were significant differences in the level of
Internet addiction among the males and females and the types of school. The results
also showed that there was a positive correlation between parent socioeconomic
status and the level of Internet addiction among students. The most frequent website
accessed by the students was the social networking sites.
ix

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i


HALAMAN JUDUL ii
PENGESAHAN PENYELIA iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
ISI KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.6.1 Kepentingan Kepada Pelajar 11
ix

1.6.2 Kepentingan Kepada Sekolah 11


1.6.3 Kepentingan Kepada Ibu bapa 11
1.6.4 Kepentingan Kepada Kementerian 12
Pelajaran Malaysia
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Istilah 13
1.8.1 Ketagihan 13
1.8.2 Internet 13
1.8.3 Rangkaian Sosial 13
1.8.4 Friendster 14
1.8.5 Facebook 14
1.8.6 Blog 14
1.8.7 E-mel 14
1.8.8 Twitter 15
1.8.9 Penutup 15

2 KAJIAN SOROTAN
16
2.1 Pengenalan
16
2.2 Definisi Internet dan Ketagihan Internet
19
2.3 Jenis Ketagihan Internet
20
2.4 Faktor Menggunakan Internet
23
2.5 Kebaikan Menggunakan Internet
26
2.6 Keburukan Menggunakan Internet
30
2.7 Penutup

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Lokasi, Populasi dan Sampel Kajian 32
3.4 Instrumen Kajian 37
3.4.1 Bahagian A 38
3.4.2 Bahagian B 39
3.4.3 Bahagian C 40
ix

3.5 Kajian Rintis 41


3.6 Prosedur Kajian 43
3.7 Analisis Data 44
3.8 Penutup 46

4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

47
4.1 Pengenalan
47
4.2 Analisis Data Bahagian A
(Latar Belakang Responden dan Aplikasi
Internet)
48
4.2.1 Jantina
48
4.2.2 Kaum
49
4.2.3 Jenis Sekolah
49
4.2.4 Pendapatan Ibu bapa
50
4.2.5 Tahap Pendidikan Ibu Bapa
51
4.2.6 Kemudahan Internet
52
4.2.7 Jenis Penggunaan Internet
4.3 Analisis Data Bahagian B
55
(Tahap Ketagihan Penggunaan Internet)
4.4 Analisis Data Bahagian C
56
(Tujuan Melayari Internet Dan Kesan
Penggunaan Internet)
4.4.1 Tujuan Melayari Internet
57
4.4.1.1 Aspek Pelajaran
58
4.4.1.2 Aspek Sosial
59
4.4.1.3 Lain-lain
4.4.2 Kesan Penggunaan Internet
61
4.4.2.1 Aspek Pelajaran
62
4.4.2.2 Aspek Sosial
65
4.4.2.3 Aspek Kesihatan
4.4.3 Perbezaan Min Tahap Ketagihan
66
Penggunaan Internet Mengikut Jantina
ix

4.4.4 Perbezaan Min Tahap Ketagihan 67


Penggunaan Internet Mengikut Jenis
Sekolah
4.4.5 Korelasi Di Antara Tahap Sosioekonomi 69
Ibu bapa Pelajar dengan Tahap
Ketagihan Penggunaan Internet
4.5 Penutup
69

5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 70
5.2 Ringkasan Kajian 70
5.3 Perbincangan 71
5.3.1 Jenis Penggunaan Internet / Aplikasi 71
Internet Yang Kerap Diakses Oleh
Pelajar
5.3.2 Tujuan Menggunakan Internet 73
5.3.3 Punca Ketagihan Internet 76
5.3.4 Tahap Ketagihan Penggunaan Internet 78
5.3.5 Implikasi Kajian 81
5.4 Cadangan 88
5.4.1 Pihak Pelajar 88
5.4.2 Pihak Guru 89
5.4.3 Pihak Ibu Bapa 89
5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 91
5.6 Kesimpulan 92
5.7 Penutup 93

RUJUKAN 94 -100
LAMPIRAN 101-128
ix

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT


3.1 Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan 35
Populasi Krejcie Dan Morgan (1970)
3.2 Skala Panduan Soalan Menjawab Bahagian B 39
3.3 Markah Mewakili Keputusan Responden 40
3.4 Pengkelasan Skala Likert Bagi Bahagian C 41
3.5 Pekali Alpha Cronbach 42
3.6 Skala Min 44
3.7 Skor Kekerapan Melayari Laman Web 45
3.8 Skala min 46
4.3 Taburan Bilangan Responden Mengikut Jenis 49
Sekolah
4.4 Taburan Bilangan Responden Mengikut 50
Pendapatan Ibu Bapa
4.5 Taburan Bilangan Responden Mengikut 50
Tahap Pendidikan Ibu
4.6 Taburan Bilangan Responden Mengikut 51
Tahap Pendidikan Bapa
4.9 Jenis Penggunaan Internet Mengikut 54
Kekerapan Melayari Internet
4.10 Tahap Ketagihan Penggunaan Internet 55
4.11 Tahap Ketagihan Penggunaan Internet 56
Mengikut Jantina
4.12 Analisis Peratusan Dan Min Bagi Tujuan 58
Penggunaan Internet Dalam Aspek Pelajaran
ix

4.13 Analisis Peratusan Dan Min Bagi Tujuan 59


Penggunaan Internet Dalam Aspek Sosial
4.14 Analisis Peratusan Dan Min Bagi Tujuan 60
Tertentu Penggunaan Internet
4.15 Analisis Peratusan Dan Min Bagi Kesan 62
Penggunaan Internet Dalam Aspek Pelajaran
4.16 Analisis Peratusan Dan Min Bagi Kesan 64
Penggunaan Internet Dalam Aspek Sosial
4.17 Analisis Peratusan Dan Min Bagi Kesan 66
Penggunaan Internet Dalam Aspek Kesihatan
4.18 Perbezaan Min Tahap Ketagihan Penggunaan 67
Internet Berdasarkan Jantina Pelajar
4.19 Perbezaan Min Tahap Ketagihan Penggunaan 68
Internet Berdasarkan Jenis Sekolah
4.20 Korelasi Di Antara Tahap Sosioekonomi Ibu 69
bapa Pelajar dengan Tahap Ketagihan
Penggunaan Internet
ix

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT


4.1 Taburan Bilangan Responden Mengikut 48
Jantina
4.2 Taburan Bilangan Responden Mengikut 48
Kaum
4.7 Taburan Bilangan Responden Memiliki 51
Kemudahan Internet Yang Membolehkan
Internet Diakses Di Mana Sahaja
4.8 Kemudahan Internet 52
ix

SENARAI SINGKATAN

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia.


E-mail - Electronic Mail
ICT - Information and Communication Technology
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPSS - Statistical Package For The Science Social
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
USB - Universal Serial Bus
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
SETA - Sultanah Engku Tun AMinah
MSAB - Maktab Sultan Abu Bakar
EC - English College
BBU - Bandar Baru Uda
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
RM - Ringgit Malaysia
ix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT


A Surat Kebenaran KPM 101
B Surat Kebenaran EPRD 103
C Surat Kebenaran UTM 104
D Borang Soal Selidik 105
E Internet Addiction Test 113
F Keputusan Dapatan Kajian 119
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Mutakhir ini, teknologi maklumat berkembang dengan semakin pesat dan


pantas menjadikan dunia berhubung tanpa sempadan dan batasan. Ledakan
informasi teknologi maklumat atau secara ringkasnya ICT (Information
Communication Technology), membawa perubahan yang besar dalam hidup kita
yang sedang membangun. Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi
yang digunakan secara meluas. Dulu penggunaan Internet hanya bergantung pada
sebuah komputer, kini Internet juga mampu diakses dengan menggunakan telefon
bimbit yang mempunyai perisian perkhidmatan Internet tanpa wayar (Wireless).

Kini penggunaan Internet bukan sahaja didominasi oleh orang yang dewasa
dan berkerjaya, malah semua peringkat umur kini telah menggunakan Internet bagi
tujuan mereka sendiri. Malahan bagi sesetengah pihak, Internet merupakan satu
keperluan dalam hidup mereka termasuklah golongan pelajar sekolah. Hal ini
disebabkan Internet mempunyai banyak kemudahan, informasi dan maklumat terkini
yang hanya perlu diakses dengan menggunakan hujung jari tanpa mengeluarkan
sebarang titik peluh.
2

Sehubungan dengan itu, perkhidmatan Internet tanpa wayar yang terdapat di


mana-mana sahaja seperti di kafe, restoran, lapangan terbang, hotel dan pusat
membeli belah memudahkan pengguna mengakses Internet. Lantaran wujudnya
syarikat yang menyediakan perkhidmatan Internet tanpa wayar dan jalur lebar
dengan harga yang begitu murah seperti syarikat Celcom dan Maxis merupakan salah
satu faktor meningkatnya jumlah pelayar siber. Dari semasa ke semasa harga
langganan perkhidmatan Internet tanpa wayar dan jalur lebar semakin menurun
dengan kadar yang munasabah disebabkan syarikat-syarikat berkenaan bersaing
untuk menarik perhatian pengguna Internet untuk melanggan. Justeru,
kebanyakannya penduduk dibandar mahupun bukan bandar sudah memiliki sendiri
perkhidmatan Internet terutamanya jalur lebar bagi membolehkan mereka mengakses
Internet ke mana dan pada bila-bila masa sahaja yang mereka mahu.

Berdasarkan statistik Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC)


(dalam Irfan Khairi 2010), jumlah pengguna Internet di Malaysia tahun 2010
mencecah 16.9 juta orang. Di Malaysia, antara rangkaian sosial yang paling popular
adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung
(Shahrizan Salian, 2010).

Namun hal demikian, seiring dengan perkembangan era globalisasi ini,


penggunaan Internet yang terlalu kerap mampu mengubah corak dan gaya hidup
seseorang termasuk golongan pelajar sekolah. Menggunakan Internet dalam tempoh
masa yang lama seperti berjam-jam, mengundang pengguna Internet merasa ketagih
untuk melayari. Pengguna Internet akan merasa seronok, leka dan lalai dalam
dunianya sendiri apabila duduk berjam-jam di hadapan komputer. Apabila mereka
tidak dapat melayari Internet, perasaan marah atau geram akan timbul dalam diri
mereka. Simptom ini akan dirasai kepada pengguna yang ketagih dengan Internet.
Lebih menakutkan apabila terdapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab
menarik perhatian golongan pelajar sekolah untuk melayari web porno.
Sesungguhnya pengguna Internet memang teramat mudah untuk masuk ke kancah
penyalahgunaan Internet terutama golongan pelajar sekolah yang mudah terdedah
dengan maklumat berikut. Tambahan lagi perasaan yang ingin tahu dan mencuba
3

sesuatu yang baru dalam diri remaja, membuatkan diri mereka mudah dipengaruhi
dan rasa didorong untuk melakukan aktiviti yang tidak sihat.

Kafe siber merupakan ‘port’ atau tempat lepak kepada remaja yang gemar
melayari Internet bagi mengisi masa lapang mereka. Senario ini sering terjadi kepada
pelajar sekolah tingkatan 4. Hal ini disebabkan, pelajar tingkatan 4 baru sahaja habis
menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun sebelumnya.
Justeru, mereka lebih banyak meluangkan masa dengan hanya duduk di hadapan
komputer.

Tambahan pula, kebiasaannya pelajar sekolah yang gemar menggunakan


Internet dengan tujuan untuk mendapatkan hiburan dengan cara bersembang di
rangkaian sosial atau chat, memuat turun lagu, klip video, gambar dan mengemaskini
blog atau mengikuti perkembangan blog-blog lain selalunya adalah pelajar yang
bersekolah menengah atas. Hal ini disebabkan mereka lebih pandai dan
berpengalaman dalam menggunakan komputer berbanding pelajar yang bersekolah
menengah rendah. Sehubungan dengan itu, pelajar menengah atas juga lebih matang
dan selalunya Internet menjadi saluran kepada mereka untuk mengikuti
perkembangan idola pujaan mereka.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kemudahan Internet yang banyak dan mudah didapati di mana sahaja


merupakan faktor remaja cenderung untuk menggunakan Internet dengan kerap.
Ruang forum adalah satu sudut bagi remaja membincangkan isu dan berkongsi idea
tentang sesuatu perkara. Blog yang banyak terdapat dalam Internet, memudahkan
remaja mendapatkan maklumat dan bahan ilmiah. Malahan juga terdapat sebahagian
remaja sekolah yang merupakan blogger. Justeru, dengan adanya blog, remaja akan
lebih kerap mengakses Internet untuk mengemaskini blog mereka. Maka, tidak
hairan jika terdapat sesetengah remaja yang merasa ketagih untuk mengemaskini
blognya kerana mereka sudah terbiasa dengan amalan tersebut.
4

Menurut Norman Sawi (2010), mendapati bahawa sebuah laporan hasil kajian
di China perbuatan memukul diri sendiri, menarik rambut dan membakar kulit
masing-masing adalah perbuatan bahaya beberapa belia yang ketagih kepada
Internet. Ketagihan Internet disifatkan sebagai penyakit mental semenjak pertengah
1990-an kerana ia memaparkan symptom yang serupa dengan ketagihan yang lain.

Farmville, Cafe World, Restaurant City dan Treasure Isle adalah beberapa
contoh permainan atas talian yang popular dan paling digemari oleh pengguna
Internet yang terdapat dalam rangkaian sosial Facebook. Permainan ini bukan sahaja
dipelopori oleh pelajar sekolah, malahan orang dewasa berkerjaya dan surirumah
juga turut bermain permainan tersebut bagi mengisi masa lapang. Permainan tersebut
tiada tamatnya seperti permainan-permainan video yang lain. Malah permainan
tersebut membuatkan pemain merasa ketagih dan akan terus bermain dari semasa ke
semasa. Menurut Majalah Komik Remaja (Julai 2010) dalam ruangan ulasan,

“Farmville merupakan sesuatu satu permainan yang menyeronokkan. Ia amat


sesuai untuk pemain kasual yang tidak mempunyai banyak masa untuk
bermain”

Lantaran itu, laman rangkaian sosial seperti Facebook merupakan budaya


baru yang menjadi ‘trend’ kepada pengguna Internet pada masa kini. Lebih
mengejutkan budaya melayari laman rangkaian sosial bukan sahaja didominasi oleh
golongan remaja, malahan golongan dewasa (bekerjaya), surirumah dan orang tua
juga turut aktif. Hal ini disebabkan melalui laman rangkaian sosial, pengguna dapat
mengeratkan hubungan dengan pengguna yang lain. Malahan, kenalan lama juga
dapat ditemui semula dengan adanya rangkaian sosial tersebut.

Hal ini terbukti dalam kajian yang dikeluarkan oleh Nokia pada Oktober 2010
(dalam Afiq Hanif, 2010) menunjukkan rakyat negara ini mempunyai rangkaian
sahabat online terbesar di dunia dengan purata 233 rakan dimiliki dari pelbagai
laman sosial. Kajian tersebut turut menunjukkan rakyat Malaysia gemar bersosial
menerusi laman seperti Facebook dan Twitter. Malahan mereka memperuntukkan
masa kira-kira sembilan jam seminggu untuk melayari laman sosial.
5

Tidak hairanlah jika pengguna merasa seronok melayari laman rangkaian


sosial disamping dapat berhibur dan merehatkan diri dari tekanan urusan seharian.
Namun, persoalan yang timbul, sejauhmanakah pelajar sekolah ketagih apabila
melayari Internet?

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Kendall (2007) golongan yang lebih
terdedah ketagihan Internet ialah golongan remaja. Ketagihan terhadap Facebook
telah menembusi semua lapisan masyarakat terutamanya pelajar. Hasil Kajian
Norton Online Family Report 2010, 72 peratus kanak-kanak mendapat permintaan
daripada orang yang tidak dikenali untuk menjadi kawan di laman rangkaian sosial
dan 27 peratus memberitahu orang tidak dikenali itu mengajak untuk berjumpa di
alam nyata (Hasliza Hassan, 2010). Ketagihan Internet boleh mengakibatkan
perubahan tingkah laku seseorang tanpa disedari. Sebagai contoh di Amerika
Syarikat (AS), seorang wanita mati dibunuh kekasihnya kerana menukar status
berkahwin kepada bujang di dalam Facebook (Mohd Naeemil, 2010).

Mohd Naeemil (2010) turut melaporkan terdapat seorang pekerja wanita di


London pula dipecat selepas mendedahkan keluhannya di Facebook berhubung
suasana di tempat kerjanya dengan mengatakan dia membenci tugasnya

Menurut Mohamed Fadzil (dalam Mohd Naeemil ,2010), individu yang


ketagihan Facebook tidak menyedari masalah yang dihadapinya. Sehubungan itu,
menjadi tanggungjawab individu terdekat membantunya merawat ketagihan itu
selepas melihat perubahan sikap, tabiat dan tingkah laku individu berkenaan

Selain itu, seorang guru sekolah antarabangsa di Abu Dhabi, Emiriah Arab
Bersatu (UAE) mati kerana minum racun berikutan hidup dalam ketakutan
disebabkan bekas teman lelakinya telah memuatkan gambar tidak senonohnya ke
dalam Facebook (Mohd Naeemil, 2010).
6

Kes-kes sedemikian selalu berlaku di luar negara. Namun di Malaysia juga


sebenarnya terdapat banyak kes akibat daripada penyalahgunaan Internet. Akhbar
Harian Metro (Oktober 17, 2010) pernah melaporkan beberapa kes jerat siber.
Sebagai contoh Facebook disalah guna oleh segelintir lelaki sebagai alat menjerat
gadis termasuk masih di bangku sekolah rendah untuk terjebak dalam kancah
perzinaan. Berikut adalah pengakuan mangsa yang berumur 13 tahun tetapi pernah
terjerat seawal 11 tahun akibat pendedahan Internet sejak kecil lagi oleh keluarganya:

“Saya jadi obses bersembang di ruang maya hingga sanggup tidak turun
makan. Balik sekolah terus menghadap komputer, berjam-jam pun tak
menjadi masalah. Seronok ada ramai kawan sebab di rumah selalu sunyi.
Masa itu pun saya ada lebih 2,000 kawan di ruangan Friendster. Kebanyakan
tak pernah jumpa bersemuka pun. Dalam ramai-ramai, ada juga beberapa
lelaki cuba mengurat dengan menghantar ayat cinta dan saya akui seronok”..

Selain itu, terdapat kes gadis ditipu seorang lelaki ‘warak’ yang menggunakan
himpunan kata pedoman serta doa ayat suci di Internet untuk memikat mangsa
supaya menyerahkan wang.

Lelaki juga pernah dijerat menjadi mangsa apabila terdapat gadis


menggunakan laman sembang sosial menawarkan diri untuk dijadikan teman tidur
sebelum menjerat mangsa supaya memasukkan wang ke dalam akaunnya.

Terdapat juga kes, akibat penangan cinta siber, seorang wanita bukan sahaja
hanyut diulit mimpi indah, malah sanggup menjual tubuhnya kepada seorang kenalan
lelaki akibat terdesak mendapatkan duit membeli tiket pesawat bagi
membolehkannya bertemu kekasih berketurunan Arab di Asia Barat.

Bagi sesetengah individu yang terdesak memerlukan wang, Internet adalah


saluran mereka untuk melakukan aktiviti yang tidak sihat. Sebagai contoh, di Kuala
Lumpur, kata- kata memikat dan ayat meraih simpati menjadi helah seorang
penganggur mengikis wang beberapa wanita dalam satu masa. Dengan penampilan
7

menarik, kasanova berusia 20-an, itu menggunakan laman sosial di Internet untuk
mencari mangsa sebelum dipujuk bertemu.

Bukan itu sahaja, terdapat juga kes perkenalan seorang wanita dengan teman
lelaki warga asing melalui Internet kononnya mahu memperisterikannya
mengundang padah apabila menerima ugutan gambar bogelnya akan disebarkan
kepada umum semata-mata enggan membayar sejumlah wang kepada lelaki terbabit.

Kes jerat siber telah menjadi sinonim di mata masyarakat. Lebih


membimbangkan lagi, ramai wanita telah menjadi pemuas nafsu lelaki akibat terlalu
percayakan lelaki yang baru sahaja dikenali. Sebagai contoh, di Kuala Lumpur,
bermodalkan ayat ‘power’ dan wajah kacak, segelintir lelaki hidung belang bijak
menjerat cinta gadis remaja menggunakan laman sosial di Internet untuk menjadi
pemuas nafsu mereka. Sasaran mereka, gadis remaja yang kemaruk melayari laman
sosial untuk mencari kenalan hingga jatuh cinta dan seterusnya menyerahkan
kehormatan diri. Berikut adalah pengakuan mangsa:

“Selepas seminggu berkenalan melalui laman Myspace, saya mula jatuh cinta
kepadanya dan kami berjumpa buat kali pertama di sebuah pusat beli-belah,”

Banyak jerat siber berlaku akibat daripada penyalahgunaan Internet. Bagi


pelajar yang gemar melayari Internet, dan menjadikan ia sebagai hobi untuk mengisi
masa dengan cara bersembang atau chat di alam maya, haruslah berhati-hati.
Khususnya kepada pelajar tingkatan 4, peluang mereka terdedah dengan anasir yang
tidak sihat adalah tinggi berbanding dengan tingkatan 5 dan menengah rendah.
Pelajar tingkatan 4 merasakan tahun itu adalah masa untuk mereka bercuti daripada
belajar secara kritikal. Tambahan pula dengan sifat kematangan yang ada dalam diri
pelajar, menyebabkan mereka mula berminat untuk mencari teman hidup melalui
ruangan sembang atau chat . Hal ini disebabkan pengaruh besar remaja masa kini
kebanyakkannya sudah berpasangan ketika di bangku sekolah lagi. Budaya barat
yang kini menjadi budaya kepada remaja sekolah kini giat aktif.
8

Justeru, pengaruh kemudahan yang terdapat dalam Internet merupakan satu


masalah besar untuk mengenalpasti sama ada golongan pelajar sekolah menjadi
penagih kepada Internet atau tidak.

1.3 Pernyataan Masalah

Maklumat Internet yang mudah dicapai dan diakses menyebabkan pengguna


terutama golongan remaja sekolah mampu mencari maklumat apa sahaja tanpa
batasnya dengan satu “klik” tanpa merujuk pada sesiapa. Hal ini lebih
membimbangkan apabila sikap remaja yang suka mengambil tahu dan mahu
mencuba sesuatu yang baru menyebabkan mereka mampu mengaksesnya dengan
begitu mudah dan pantas. Secara ringkasnya, remaja sekolah mudah mengakses
laman yang tidak sihat dan boleh memudaratkan diri.

Sebagai contoh, suratkhabar Kosmo (Julai 2010) menyatakan “Remaja


Melayu Paling Ramai Rosak”. Akhbar itu menjelaskan bahawa, gejala golongan
remaja melayari laman web lucah sudah menjadi barah. Satu kajian terbaru
membuktikan remaja Melayu paling ramai melayari laman web lucah sekali gus
mendorong mereka terjebak dengan gejala seks bebas berbanding kaum Cina dan
India (Professor Dr. Md. Salleh Hassan, dalam Mazlina Abdul Majid 2010).

Menurut Professor Dr. Md. Salleh Hassan, penyelidik Institut Pengajian Sains
Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (2010), berkata, “Dulu remaja Melayu
suka ponteng sekolah, kini ke kafe siber, tengok porno.” Beliau mendapati 22 peratus
remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di rumah mahupun di
kafe siber.
9

Manakala berdasarkan kajian ‘Norton Online Living Report (NOLR) di


Malaysia’ yang dikendalikan oleh Saffron Hill bagi pihak Symantec, mengenai tabiat
penggunaan Internet, mendapati remaja menghabiskan masa 16 jam seminggu
melayari Internet. Jumlah itu sebenarnya 6 jam lebih banyak daripada masa purata
NOLR peringkat global berdasarkan kajian ke atas 12 negara utama dunia dan ia juga
4 jam lebih banyak daripada ibu bapa mereka. Dalam kajian tersebut, 31 peratus
daripada mereka melayari Internet di kafe siber dan 60 peratus daripada mereka
cuma menghabiskan masa melayari laman sembang dan berbual di dalam talian
dengan individu tidak dikenali. Bagi remaja yang mempunyai rakan atau komputer
riba persendirian, kajian mendapati 26 peratus daripada mereka gemar melepak di
rumah rakan untuk melayari Internet. Kategori aktiviti berfrekuensi tinggi bagi
mereka yang kerap melayari ialah video (91%), rangkaian sosial (89%) dan muat
turun pelbagai fail (91%), (Mohd Azis Ngah, 2010).

Tambahan lagi, iklan-iklan seks yang banyak terpapar di laman web juga
mempengaruhi pelajar sekolah untuk terjerumus ke kancah gejala tidak sihat. Hal ini
amat membimbangkan kepada pelajar yang bersekolah menengah tingkatan 4 kerana
mereka mempunyai peluang yang tinggi untuk memasuki ke kancah tersebut
disebabkan masa mereka lebih banyak terluang duduk di hadapan komputer
berbanding pelajar yang bersekolah di tingkatan 5. Pelajar tingkatan 5 berada di
peringkat kritikal untuk belajar bagi menumpukan peperiksaan yang bakal mereka
duduki iaitu peperiksaan Sijil Pelajaran Malayasia (SPM). Justeru, peluang mereka
mengalami ketagihan Internet adalah nipis kerana pergerakan mereka diawasi oleh
ibu bapa. Berbanding dengan pelajar tingkatan 4, pergerakan mereka lebih bebas
kerana peringkat belajar mereka adalah berada dalam ‘mode’ yang santai atau relaks
kerana mereka baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah (PMR).

Justeru, kemudahan yang banyak terdapat dalam Internet, memberi banyak


kesan sampingan kepada pelayar siber. Pelajar kurang memberi tumpuan dalam
pelajaran disebabkan pelajaran mereka terganggu disebabkan tiada banyak masa
untuk mengulangkaji. Tambahan lagi, sikap pelajar yang sanggup ponteng sekolah
untuk ke kafe siber disebabkan ketagihan Internet turut menjejaskan kesihatan diri,
10

dan pelajaran. Malahan negara juga turut mendapat impak besar akibat gejala yang
tidak sihat gara-gara ketagihan Internet.

Berdasarkan hal itu, penyelidik melakukan kajian untuk mengenalpasti tahap


ketagihan Internet yang dialami oleh pelajar pada masa kini, dan punca pelajar
mengalami ketagihan Internet serta jenis penggunaan Internet yang kerap diakses
oleh pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk,


1.4.1 Mengenalpasti jenis penggunaan Internet di kalangan remaja sekolah.
1.4.2 Mengenalpasti tujuan sebenar remaja sekolah menggunakan Internet.
1.4.3 Mengenalpasti punca ketagihan penggunaan Internet.
1.4.4 Mengenalpasti tahap ketagihan penggunaan Internet di kalangan remaja
sekolah.
1.4.5 Mengenalpasti kesan kepada remaja sekolah yang menggunakan Internet
secara berlebihan.

1.5 Persoalan Kajian

Berikut adalah beberapa persoalan yang akan dijawab dalam kajian ini:
1.5.1 Apakah jenis penggunaan Internet di kalangan remaja sekolah?
1.5.2 Apakah tujuan sebenar remaja sekolah menggunakan Internet?
1.5.3 Apakah punca ketagihan penggunaan Internet?
1.5.4 Apakah tahap ketagihan penggunaan Internet di kalangan remaja sekolah?
1.5.5 Apakah kesan kepada remaja sekolah yang menggunakan Internet secara
berlebihan?

You might also like