You are on page 1of 30

http://cikguhaidi.wordpress.

com/category/pendpemulihan/page/12/

Memupuk Amalan Membaca 16 September 2009cikguTinggalkan komen Oleh : Puan Che Aisah binti Ishak Peserta KSPK pemulihan (IPBMM,KL 2008) Kebolehan membaca adalah amat penting untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Kebolehan membaca membolehkan manusia mengumpul ilmu pengetahuan daripada buku-buku ilmiah dan bahan-bahan bacaan yang lain.Orang yang berilmu pengetahuan adalah orang yang luas pembacaannya. Seperti mana kita tahu kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran sama ada

membaca,menulis, atau mengira. Adalah menjadi harapan pelajar-pelajar pemulihan mempunyai minat membaca yang tinggi. Sehubungan dengan itu cara yang paling berkesan menanam tabiat membaca ialah dengan menguasai kemahiran membaca . Secara ringkas,membaca bolehlah dimaksudkan sebagai memahamkan perkataanperkataan dalam bentuk tulisan.Oleh itu kebolehan membaca bolehlah dirumuskan sebagai memahami isi kandungan dalam tulisan.Kebolehan melafazkan bunyi-bunyi bahasa sahaja tanpa memahami ertinya tidaklah boleh dianggap sebagai membaca dalam erti kata sebenar. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan meningkatkan penguasaan kemahiran membaca .Ramai murid yang gagal menguasai kemahiran membaca kerana mereka telah diajarkan dengan cara pendekatan yang kurang sesuai. Kegagalan menguasai kemahiran membaca tentu akan menjejaskan taraf pencapaian pelajaran mereka. Murid-murid yang belum menguasai kemahiran membaca tidak akan memahami mata pelajaran yang mereka pelajari. Sifat minat membaca tidak dapat dipupuk kerana kegagalan menguasai kemahiran membaca.

Guru haruslah berusaha dengan menjalankan strategi pengajaran dan pembelajaran mengikut Kaedah yang sesuai supaya murid-murid pemulihan boleh menguasai kemahiran membaca dengan sepenuhnya. Prof Atan Long dalam tesisnya yang disiarkan dalam masalah Pendidikan menyarankan kaedah penggabungan vokal dan konsonan dan suku-suku kata menjadi perkataan yang pada pendapatnya lebih berkesan daripada kaedah mengajar huruf demi huruf. Faktor-faktor mengapa murid kurang minat membaca juga disebabkan kekurangan bahan-bahan bacaan yang sesuai. Pihak sekolah seharusnya memain peranan penting menggalakkan minat membaca di kalangan murid. Pihak sekolah hendaklah memastikan terdapat banyak buku-buku yang bersesuaian di pusat sumber sekolah .Murid-murid membuat anggapan hanya buku teks sekolah lebih penting untuk dibaca berbanding dengan buku-buku lain. Guru haruslah membuang tangggapan negatif itu dalam kalangan pelajar. Guru pemulihan atau guru kelas boleh menanam minat membaca dengan mengadakan satu sudut bacaan dalam kelas , di mana buku-buku cerita, majalah pelajar dan kad-kad bergambar . Tiap-tiap murid mesti membaca kad-kad gambar dan guru hendaklah menanda di dalam buku. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan pertandingan bercerita, penulisan, bersajak dan lain-lain. Progaram Nilam yang dijalankan di sekolah sekarang perlulah diselaraskan dengan baik supaya memberikan kesan yang lebih positif. Ibu bapa juga haruslah menunjukkan minat membaca semasa di rumah supaya menjadi teladan kepada anak-anak. Ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke kedai kedai buku atau ke perpustakaan yang berdekatan seperti Perpustakaan Negeri dan sebagainya. Pepatah ada mengatakan Membaca Jambatan Ilmu. Membaca diibaratkan seperti pelita hidup. Seseorang yang rajin membaca akan menjadi orang yang berilmu. Negara akan lebih maju dan membangun jika rakyatnya minat membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan seterusnya akan menjadi para bijak pandai. Usaha menanam minat membaca dalam kalangan murid-murid adalah menjadi tanggungjawab bersama guru, ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat. Sikap ini akan

menghasilkan warga yang berpengetahuan dan sentiasa berusaha untuk maju ke depan.

http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-membaca.html MASALAH MEMBACA Posted by Dr.Mohd Anuar | Posted in | Posted on 12:01 PTG TAJUK 6: MASALAH BACAAN

PENGENALAN

Masalah membaca di kalangan murid sekolah bukanlah perkara luar biasa lagi walaupun mereka telah mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam pelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca adalah merentas semua mata pealajaran dan kelemahan dalam kemahiran membaca akan menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di sekolah .

Adalah menjadi tugas guru mengesan kelemahan membaca muridnya dan seterusnya menjalankan pengajaran pemulihan bacaan dengan segera. Berbagai-bagai kaedah dan teknik mengajar bacaan boleh digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Kaedah dan teknik mengajar bacaan yang digunakan oleh guru hendaklah sesuai dengan kebolehan membaca murid.

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan jenis kesalahan bacaan, punca masalah membaca, dan seterusnya kaedah-kaedah mengajar bacaan Bahasa Melayu. Bagi mengajar kanak-kanak berkeperluan khas, guru hanya perlu sesuaikan kaedah-kaedah ini dengan keupayaan murid-murid.

OBJEKTIF

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. mengenal pasti jenis-jenis masalah bacaan ,

2. menjelaskan punca-punca masalah membaca ,

3. menghuraikan kaedah-kaedah mengajar membaca

MASALAH MEMBACA

Masalah Bacaan Strategi Pengajaran Kemahiran Membaca

Jenis Masalah Bacaan Kaedah Mengajar Bacaan Masalah dalam memaham Kaedah Khas Pemulihan Bacaan Punca masalah Membaca

6.1 Masalah Bacaan

Masalah bacaan di kalangan pelajar sekolah sekarang mendapat perhatian umum. Kerisauan tentang masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah sudah hingga ke peringkat pemimpin tertinggi negara . Berbagai-bagai usaha telah

dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan peringkat nasional. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah, dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah.

Namun selepas fasa pertama KBSM,didapati ramai pelajar kita yang masih gagal menguasai 3M. Hakikat ini diakui dalam seminar Kebangsaan KBSR pada 1989 yang merumuskan;

Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelas KBSR tidak mencapai tahap yang dijangkakan - menyebabkan terdapat sebilangan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M hingga ke peringkat tahap II persekolahan rendah dan di peringkat persekolahan menengah.

Keadaan ini amat menakutkan apabila semakin ramai pelajar kita yang gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah. Sebagai usaha untuk memulihkan masalah bacaan murid di sekolah randah, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pprogran Kelas Intervensi Membaca dan Menulis atau KIA2M.

6.1.1 Jenis Masalah Bacaan

Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring, manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman.

Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut:

a) membuang/meninggalkan (omission)

Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya buah disebut uah, kering disebut kerin. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti; Buku itu sangat tebal. dibaca sebagai Buku itu tebal. Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti mengandungi disebut mengandung dan sebagainya.

b) Ulangan (repetition)

Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.

c) Gantian (substitute) Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, misalnya ladang disebut lalang. Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga boleh mengubah maksud ayat.

d) Tambahan (insertion)

Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya buah disebut buwah. Manakala penambahan perkataan berlaku seperti berikut; Saya suka makan rojak. dibaca sebagai Saya sangat suka makan rojak.

e) Pembalikan (reversals)

Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang. Contoh ; Bala disebut laba, manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan diubah kedudukannya, contoh: Dia makan nasi dibaca sebagai Dia nasi makan, dan begitu juga dengan pembalikan frasa.

f) Tidak kenal huruf

Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanakkanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanakkanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna.

g) Salah sebutan

Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan.

Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan.Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah seperti berikut:

a) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan,

b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar,

c) teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya,

d) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan,

e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,

f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,

g) tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejip-ngejip mata, mengerut dahi, menggeleng kepada, dan sebagainya, h) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau blurring,

i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan,

j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan

k) tidak boleh membaca langsung.

Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan.

Latihan:

Berdasarkan masalah-masalah bacaan di atas, berikan beberapa contoh masalah atau

kesalahan bacaan yang kerap dilakukan oleh kanak-kanak.

6.2 Masalah-masalah dalam Memaham Bacaan

Selain masalah bacaan nyaring, kanak-kanak juga menghadapi masalah memahami apa yang dibaca. Masalah tidak memahami isi bahan bacaan tentu akan mengganggu proses pembelajaran murid berkenaan. Guru dapat mengesan masalah memaham di kalangan muridnya berdasarkan pemerhatian dan juga melalui aktiviti-aktiviti soal jawab, kuiz, menceritakan semula, merumus petikan, dan sebagainya.

Antara masalah dalam kefahaman bacaan adalah:

i) gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya,

ii) tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat Panjatlah lagi pokok itu. yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat pokok,

iii) gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca,

iv) lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca,

v) gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca,

vi) tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca,

vii) tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya dalam buku.

Masalah pemahaman bacaan akan menjejas pencapaian dalam pelajaran secara keseluruhannya sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah. Masalah pemahaman kanak-kanak boleh diatasi melalui beberapa aktiviti pengajaran yang boleh merangsang pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. Antaranya adalah seperti melatih mereka membuat pemetaan semantik atau peta konsep, carta alir terutamanya untuk melatih membuat urutan peristiwa, membuat carta organisasi, menggunakan kamus untuk mendapatkan makna perkataan, dan yang paling penting adalah melalui teknik penyoalan seperti teknik soalan 5WH (what, who, , where, when,why, dan how).

Latihan:

Apakah kepentingan membuat peta semantik, carta alir, dan carta organisasi. Berikan contoh untuk menjelaskan jawapan anda.

6.3 Punca Masalah Membaca

Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus. Namun Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar , iaitu :

i. Faktor fizikal ii. Faktor kognitif dan bahasa iii. Faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan

Faktor Fizikal

Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak (serebral palsi, aphasia, terencat akal, dll), dan bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah jantung, kurang zat makanan yang serius, dll).

Faktor Kognitif dan Bahasa

Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar. Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis.

Faktor Emosi, Persekitaran, dan Pendidikan

Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejas emosi mereka. Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga, dan sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan, dan sebagainya.

6.4 Strategi Pengajaran Kemahiran Membaca

Terdapat berbagai-bagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan yang telah kita pelajari dan kita gunakan untuk membantu murid yang tidak dapat membaca dengan baik. Sebenarnya semua kaedah dan teknik itu boleh digunakan dengan berkesan Semuanya bergantung kepada cara kita merancang strategi pengajaran dan melaksanakannya ke atas murid berkenaan. Perkara terpenting adalah murid-murid ini perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas bacaan terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran membaca mereka menjadi mantap. Kemahiran-kemahiran yang dikuasai ini kelak akan membantu mereka menguasai kemahiran bacaan seterusnya

Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan strategi yang pelbagai. Guru tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah dan teknik tertentu sahaja kerana kerana penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap perkara yang diajar adalah berbeza antara satu sama lain. Terdapat beberapa kaedah mengajar bacaan dalam Bahasa Melayu yang sesuai dengan binaan perkataan Bahasa Melayu yang terbentuk melalui gabungan suku kata.

TUESDAY, JUNE 2, 2009 MASALAH YANG DI HADAPI OLEH MURID-MURID PEMULIHAN

MASALAH TULISAN - Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain. - Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.

- Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan - Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul. - Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan, - Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil. - Masalah pembalikan huruf atau perkataan. - Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya. - Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan. - Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan. - Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih. - Mengulang garis-garis huruf yang ditulis. - Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri. - Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah. - Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

MASALAH-MASALAH DALAM BACAAN

BENTUK HURUF

- Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya. - Huruf terbalik. - Bunyi huruf yang seakan-akan sama. - Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya. - Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda. - Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah.

PERINGKAT SUKU KATA

- Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.

- Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet. - Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata. - Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan. - Salah memecah / membatang suku kata. - Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata. - Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding. - Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal. - Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.

KESUKARAN DALAM PENGAMATAN

- Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan. - Mengeja sebelum membaca. - Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut. - Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan - Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan. - Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya. - Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. - Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama. - Menyebut perkataan mengikut loghat.

KESUKARAN MEMBACA PERINGKAT AYAT

- Menggantikan perkataan dengan perkataan lain. - Tertinggal. - Pembalikan perkataan. - Mengulang. - Merangkak-rangkak. - Membaca mengikut loghat.

MASALAH DALAM EJAAN

LEMAH DALAM INGATAN PENGLIHATAN. - Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu perkataan. - Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.

LEMAH DARI SEGI ANALISIS PENDENGARAN. - Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi. - Tidak boleh mengecam (mendengar ) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan. - Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak.

MASALAH PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGIRA

- Masalah penguasaan nombor -Tidak boleh mengenal bentuk nombor yang seakan akan sama Seperti 6-9,1-7,2-3 - Tidak boleh menulis dengan tepat. - Tidak boleh menulis mengikut turutan,seperti murid tidak tahu yang mana lebih besar ,6 atau 7. - Tidak tahu nilai tempat nombor seperti - Masalah operasi tambah dan tolak - Tidak boleh menyusun ayat matematik dalam bentuk ayat lazim. - Tidak boleh menyelesaikan soalan yang mengumpul semula. - Masalah penguasaan operasi darab - Tidak boleh menghafaz sifir darab dengan tepat - Tidak boleh mendarab nombor dua digit dengan dua digit - Masalah operasi bahagi.

JUMAAT, MAC 23, 2012 Masalah Membaca bagi Kanak-Kanak

Abdullah Sidek Saat


JUM AAT, M AC 23, 2012

Membaca merupakan amalan yang mulia yang amat dituntut di dalam Islam. Bahkan wahyu pertama didalam Islam ialah iqra yang bererti bacalah. Di dunia moden kini,kita terpaksa mengakui bahawa membaca sudah menjadi sesuatu yang keperluan. Tanpa kemahiran membaca,kita tidak akan mampu untuk pergi lebih jauh dan maju dalam kehidupan. John Everatt dalam bukunya Membaca dan Disleksia ( 2008:1 ) telah mendefinisikan membaca sebagai pentafsiran perkataan dan pemahaman bahasa. Manakala Yusof Othman dalam bukunya Mengajar Membaca : Teori dan

Aplikasi:Panduan Meningkatkan Kemahiran ( 2004:159 ), telah mendefinisikan membaca sebagai proses mengecam,membuat interpretasi,membuat persepsi keatas bahan bercetak atau bertulis. Membaca ialah proses penguasaan terhadap konseo huruf,penguasaan perbendaharaan kata dan tumpuan ( Mohd Sharani Ahmad dan Zainal Madon:2003 ). Kebanyakan pakar dalam bidang bidang membaca memberikan makna membaca yang agak sama yang membezakannya hanyalah susunan ayat. Secara ringkasnya,membaca ialah satu proses untuk mentafsirkan lambang-lambang kedalam bentuk pemahaman berbahasa. Walaupun makna membaca begitu mudah diberikan,kita terpaksa menerima hakikat bahawa negara kita mempunyai tahap buta

huruf yang agak tinggi berbanding dengan kemudahan pendidikan yang disediakan oleh pihak kerajaan.Tidak ada umur tertentu untuk mengajarkan anak-anak membaca namun ada sesetengah pakar sosiologi tidak menggalakkan belajar membaca pada umur yang terlalu muda kerana dibimbangi akan menyebabkan proses pembesaran akan terganggu. Umur yang sesuai untuk diajarkan membaca dalam lingkungan lima hingga enam tahun.Perlu diketahui.masalah membaca sebenarnya berpunca daripada banyak faktor tetapi masalah besar boleh diklasifikasikan sebagai masalah dalaman dan masalah luaran. Dalam tugasan ini,kami akan menjelaskan punca-punca dalaman dan luaran yang menyebabkan seseorang itu menghadapai masalah kesukaran untuk membaca yang sekaligus akan merugikan negara daripada segi ekonomi,sosial mahupun politik.

Masalah Dalaman Masalah membaca biasanya banyak berkait dengan masalah dalaman diri sendiri berbanding dengan masalah luaran. Masalah membaca daripada aspek dalaman ini boleh berlaku disebabkan masalah kognitif dan juga intelek seseorang itu sendiri. Menurut tokoh membaca yang terkenal,Marohaini Yusoff ( 1999 ), masalah intelek meliputi kecerdasan, keboleh bahasaan dan pengalaman yang sudah sedia ada. Kecerdasan merupakan aspek penting yang diperlukan untuk membaca. Bagi kanakkanak yang mengalami masalah mental seperti terencat akal, sindrom down pastinya tahap keboleh bacaan dalam kalangan mereka pastinya rendah. Oleh itu, kecerdasan mental amat penting dalam menjalani proses membaca. Kecerdasan mental contohnya membolehkan seseorang pelajar mudah untuk mengingati sesuatu yang diajarkan oleh guru. Tanpa perlu mengulang beberapa kali,pelajar yang mempunyai kecerdasan pasti akan dapat untuk mengikuti apa yang diajarkan oleh guru. Contohnya, untuk memahami struktur ayat yang sukar,semestinya agak sukar untuk pelajar yang kurang kecerdasan untuk memahami struktur ayat tersebut. Kecerdasan mental biasanya berkait dengan keboleh bahasaan terutama untuk memahami struktur ayat sesuatu bahasa. Masalah biasa bagi pelajar yang kurang cerdas ialah masalah untuk mengenal 26 huruf abjad yang terdapat dalam ejaan rumi.,

Masalah untuk mengenal huruf merupakan masalah besar dan masalah paling asas dalam kemahiran membaca. Sesetengah pelajar begitu sukar untuk mengenali 26 huruf abjad rumi dan 28 huruf abjad jawi. Walaupun setiap hari diajar,sesetengah pelajar amat sukar untuk mengenali huruf apatah lagi untuk membaca suku kata- suku kata dalam bahasa Melayu. Masalah untuk mengenal huruf ini biasanya akan menjurus kepada kesalahan sebutan sesuatu perkataan atau ayat. Dalam proses pembelajaran membaca, beberapa masalah membaca kerap dilakukan oleh pelajar iaitu, omission, bacaan songsang, bacaan ulangan, bacaan gantian, bacaan tambahan, tidak kenal huruf dan salah sebutan. Masalah omission atau bacaan tinggalan sering dilakukan oleh pelajar dalam peringkat permulaan untuk belajar. Pelajar biasanya akan meninggalkan beberapa perkataan dalam sesuatu ayat contohnya, Aisah sungguh cantik hari ini. Pelajar yang baru dalam proses awal membaca biasanya akan meninggalkan beberapa perkataan seperti perkataan sungguh dan hanya membaca Aisah cantik hari ini. Bukan hanya pada ayat yang panjang,masalah omission ini juga berlaku dalam bentuk perkataan contohnya, perkataan makan, pelajar yang baharu membaca cenderung untuk menyebut perkataan dihujung sahaja iaitu kan. Pelajar cenderung untuk melakukan masalah mengulang bacaan beberapa kali. Masalah ini bukannya berlaku disebabkan oleh masalah gagap tetapi disebabkan oleh pelajar tersebut tidak mampu untuk meneruskan bacaan yang seterusnya atau lebih tepat belum dapat untuk membaca yang seterusnya. Pelajar biasanya akan mengulang beberapa kali petikan yang sama sehinggalah dia boleh untuk membaca petikan yang seterusnya. Masalah bacaan gantian juga kerap berlaku dalam kalangan yang baharu hendak belajar membaca. Pelajar cenderung untuk menggantikan perkataan yang hamper sama sebutannya mungkin disebabkan oleh ketidak fahaman perbezaan makna atau mungkin juga disebabkan sudah terbiasa dengan perkataan yang diganti tersebut. Contohnya, jika seseorang pelajar itu sudah terbiasa dengan sebutan perkataan lalang,

jika pelajar tersebut membaca dan menemui perkataan ladang, pelajar tersebut cenderung untuk menggantikan perkataan ladang dengan lalang. Masalah membaca yang lain ialah masalah bacaan tambahan. pelajar akan menambah huruf lain pada perkataan atau menambah sebarang perkataan pada ayat. Secara mudahnya,masalah tambahan ini bertentangan dengan masalah omission tadi. Jika omission, pelajar cenderung untuk mengurangkan perkataan atau ayat, tetapi masalah ini pelajar cenderung untuk menambah perkataan atau ayat. Contohnya, semasa menyebut perkataan buah, pelajar tersebut cenderung untuk menyebut

sebagai buwah. Mungkin disebabkan pendengaran pelajar tersebut yang menafsir bunyi orang dewasa menyebutbuah sebagai buwah. Ia adalah perkara biasa yang akan dihadapi oleh guru mahupun ibu bapa dalam mengajar pelajar yang baharu belajar membaca. Ada sesetengah pelajar yang memterbalikkan atau dalam bahasa lain

menyongsangkan perkataan atau ayat. Masalah membaca ini dikenali sebagai bacaan terbalik. Contoh mudah, jika perkataan laba yang dibaca tetapi yang disebut oleh pelajar tersebut adalah bala. Faktor ini berlaku mungkin juga disebabkan oleh keterbiasaan dalam berbahasa. Ibu bapa atau guru sering menyebut

perkataan bala tetapi jarang ibu bapa atau guru menyebut perkataan laba. Laba yang merujuk keuntungan sudah semestinya jarang diucapkan terutama ibu bapa yang tidak mempunyai latar belakang perniagaan. Faktor ini mungkin mempengaruhi pelajar tersebut untuk menyongsangkan perkataan yang dibaca olehnya. Selain daripada masalah yang telah dinyatakan. Harus diingat pengalaman sedia ada pada pelajar amat penting tersebut untuk memahami sesuatu bacaan. Pengalaman sedia ada biasanya boleh melibatkan kawan,ibu bapa, orang sekeliling dan cikgu itu sendiri. Jika seseorang pelajar itu, berada dalam sebuah keluarga yang mementingkan intelek dan akademik, kebiasaannya keboleh bacaan pelajar tersebut akan lebih tinggi kerana sudah diajar oleh ibu bapa dan ahli keluarga. Tetapi jika hidup dalam keluarga yang tidak mementingkan pelajaran agak sukar untuk pelajar itu menguasai kemahiran membaca.

Selain itu,masalah penglihatan juga boleh berkait dengan masalah membaca. Sesetengah pelajar akan merasa terganggu jika melihat terlalu banyak abjad diatas kertas dan ini juga menyukarkan untuk pelajar tersebut untuk memahami sesuatu bacaan. Pembaca yang buat kali pertama biasanya sukar untuk membiasakan diri kerana bacaan tulisan rumi bermula daripada kiri ke kanan dan ini telah bercanggah dengan kebiasaan dimana kita melihat dari kanan ke kiri. Selain itu,pelajar yang mengalami disleksia akan mengalami masalah kesukaran untuk membaca kerana kesukaran untuk mengenal huruf. Contohnya, pelajar yang mengalami disleksia sukar untuk mengenal pasti huruf b dan juga p. Kekerapan berlaku ialah pelajar ini akan menyebut psebagai b dan sebaliknya. Masalah pendengaran juga mempengaruhi masalah membaca. Pelajar yang

mempunyai masalah pendengaran yang teruk akan menghadapai masalah kesukaran untuk membaca ( Mahzan Arshad:2008 ). Banyak kes berlaku pelajar didapati gagal untuk membaca kerana mengalami masalah pendengaran. Mereka didapati sukar untuk membezakan bunyi vokal atau konsonan yang mempunyai bunyi yang terdekat sehingga berlaku kecelaruan dalam pemahaman pembacaan. Masalah pendengaran ( selain pekak ) biasanya melibatkan tahi telinga atau sesuatu yang menyekat saluran pendengaran. Kes seperti ini perlu di rujuk kepada doktor telinga atau doktor pakar dalam bidang ini untuk menyelesaikan masalah ini. Biasanya doktor akan membuang sekatan yang berlaku di telinga pelajar tersebut. Pelajar yang mengalami masalah ini bukan sahaja sukar untuk mengenal pasti perbezaan bunyi yang terdekat bahkan pelajar yang mengalami masalah pendengaran ini biasanya akan mengalami tindak balas yang lambat. Antara ciri pelajar yang mengalami masalah ini ialah lambat menjawab soalan jika ditanya atau jawapan yang diberikan tidak seperti yang diingi oleh soalan. Masalah pendengaran sebenarnya terbahagi kepada beberapa tahap, bermula daripada tahap biasa, tahap sedarhana, tahap sedarhana teruk, tahap pekak, dan tahap paling teruk. Jika pendengaran atau auditori pada peringkat yang biasa atau sedarhana,pelajar tersebut masih boleh untuk membaca dengan baik tetapi jika sudah mencapai tahap yang teruk, pelajar tersebut akan mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran membaca dan memerlukan khidmat doktor untuk menyelesaikan masalah pendengaran tersebut.

Faktor dalaman terpenting yang menyebabkan masalah membaca dalam kalangan pelajar ialah psikologi. Tidak dapat dinafikan dua aspek psikologi yang penting yang menyebabkan pelajar sukar untuk menguasai kemahiran literasi iaitu, kurang minat membaca dan kurang mengambil perhatian semasa didalam kelas. Kebanyakan pelajar yang belajar membaca biasanya terdiri daripada kanak-kanak kecil yang masih suka bermain. Disebabkan inilah,pemerhatian dan tumpuan mereka kepada guru yang sedang mengajar menjadi kurang dan lebih banyak menumpukan perhatian untuk bermain sesama mereka. Disebabkan perkara ini,sukar untuk murid berkenaan untuk menguasai kemahiran membaca sehingga menyebabkan pelajar kurang minat untuk membaca. Masalah ini banyak berlaku di sekolah-sekolah di Malaysia bahkan di luar negara. Masalah psikologi dalaman pelajar merupakan masalah besar yang oleh guru untuk mengajar pelajar untuk menguasai kemahiran membaca.

Masalah Luaran Selain masalah dalaman, masalah luaran merupakan antara penyumbang besar kepada masalah tidak boleh membaca. Beberapa faktor yang dikenal pasti tetapi yang paling utama ialah masalah pengajaran guru. Menurut kajian yang dijalankan oleh Tamam Timbang,Zamri Mahamod dan Afendi Hamad yang dimuatkan dalam jurnal pendidikan bahasa Melayu 1987,menyatakan masalah pengajaran berlaku kerana guru yang mengajar membaca itu kurang pengalaman,kaedah mengajar yang kurang berkesan dan tiada keadah khusus yang berkesan untuk mengajar membaca. Guruguru yang mengajar membaca biasanya hanya menekankan pelajar untuk mengenal huruf. Kaedah untuk mengenal suku kata selalu lambat untuk diajarkan menyebabkan pelajar mudah bosan untuk belajar membaca. Guru sebenarnya mengalami masalah untuk mengajar membaca kerana tiada satu kaedah khusus untuk mengajar seseorang pelajar untuk membaca bahkan setiap pelajar menguasai teknik membaca melalui kaedah yang berbeza. Untuk mengatasi masalah membaca ini,seseorang guru perlu mewujudkan satu suasana pembelajaran yang aktif ( Mahzan Arshad:2003 ). Seseorang guru perlu memikirkan bagaimana cara yang kondusif pembelajaran literasi dilakukan didalam kelas seperti menggunakan peta minda atau gabungan kotak.

Selain faktor guru tersebut, faktor persekitaran juga memainkan peranan penting dalam melahirkan seseorang yang mempunyai kemahiran membaca. Menurut ahli

sosiologi,kecerdasan bukanlah sesuatu yang diwarisi tetapi kecerdasan itu bergantung kepada faktor persekitaran ( Abdullah Sani Yahya : 2004 ). Faktor persekitaran yang memainkan peranan penting dalam pembentukan kemahiran literasi ialah guru,ibu bapa dan juga kawan-kawan. Guru sememangnya memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian pelajar terutamanya semasa berada di sekolah. Jika seseorang guru itu bijak untuk mengendalikan pelajar dalam pembelajaran membaca nescaya pelajar tersebut tentu akan mudah untuk menguasai pembacaan. Seseorang guru juga perlu memastikan seseorang pelajar itu dapat menguasai kemahiran membaca semasa di tahap pra-sekolah atau selebihnya darjah satu. Keluarga juga memainkan peranan penting.Keluarga merupakan role model utama bagi anak-anak. Ibu bapa berperanan untuk mewujudkan suasana yang merangsang pembacaan anak-anak mereka ( Yahya Othman:2004 ). Malangnya di negara kita,suasana yang merangsang pembacaan dalam kalangan anak-anak biasanya hanya berlaku dalam keluarga yang mempunyai status. Keadaan kawan turut mempengaruhi pelajar dalam kemahiran membaca. Selain ibu bapa dan guru,kawan merupakan faktor yang penting dalam menentukan kebolehbacaan pelajar. Jika seseorang pelajar itu berkawan dengan kawan yang malas dan tidak tahu membaca,semestinya pelajar tersebut akan mengalami masalah membaca sebagaimana dengan kawannya. Contoh jelas dapat kita perhatikan ialah,pelajar di sekolah yang berprestij biasanya akan mudah untuk menguasai kemahiran membaca kerana persekitaran kawan yang merangsang pelajar tersebut untuk melakukan aktiviti pembacaan. Sebagai contoh lagi,sekolah orang asli mempunyai kadar buta huruf yang tinggi kerana kawan-kawan di sekolah ini kebanyakan tidak mampu untuk mengusai kemahiran literasi dengan baik. Teks yang digunakan disekolah juga memainkan peranan untuk menarik minat pelajar untuk membaca. Jika sasaran pembaca adalah kanak-kanak,sepatutnya buku teks yang digunakan mempunyai gambar kartun yang boleh menarik minat kanak-kanak tersebut untuk membaca. Teks yang tidak mempunyai gambar sama sekali tidak akan menarik perhatian kanak-kanak untuk membaca. Teks yang menggunakan bahasa yang tinggi sehingga perlu berfikir untuk memahaminya adalah tidak sesuai untuk

digunakan untuk pelajar yang baru membaca. Isi kandungan perlulah melihat kepada tahap sasaran tersebut. Melahirkan semangat ingin membaca adalah amat penting untuk seseorang pelajar mula belajar untuk membaca. Selain faktor yang telah disebutkan,masa pengajaran juga memainkan peranan penting. Kebanyakan sekolah misalnya,tidak berapa menitik beratkan masalah ini sehingga menyebabkan pelajar tidak mencukupi masa untuk belajar membaca. Sepatutnya,masa untuk belajar membaca perlu ditekankan dan dilanjutkan masanya kerana jika seorang pelajar tidak mampu untuk menguasai kemahiran membaca semestinya akan mendatangkan kesan yang buruk kepada dirinya dimasa depan seperti tidak akan lulus peperiksaan sehingga boleh menjejaskan masa depan pelajar tersebut. Oleh itu,pihak sekolah terutamanya perlu melihat masa pengajaran membaca ini sebagai isu penting sehingga menyebabkan masalah membaca berlaku kepada pelajar di sekolahnya.

http://www.scribd.com/doc/55899429/Membaca-memperkaya-maklumat PENULISAN RENCANA DALAM BIDANG MAKLUMAT - PENULISANTajuk Rencana: I SU DAN MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACADI SEKOLAH-SEKOLAH oleh : Baharuddin Abduljabar

Selain di atas beberapa faktor lain juga turut peyumbang kepada masalah ini iaitu:a . . G U R U i) Guru Mata Pelajaran :* Guru melabelkan

murid yang dianggap lemah.* Bahan pengajaran yang berasingan tidak disediakan untuk murid yang lemah.* Guru menganggap masalah murid yang lemah dalam menguasai kemahiran 3Madalah tugas Guru Pemulihan Khas sahaja.ii) Guru Pemulihan Khas* Tidak ada panduan khas yang sistematik dalam mengoptimumkan peranannya.* Kurang mendapat pendedahan dalam P & P yang berkaitan. b . P E N T A D B I R A N DAN PENGURUSAN

S E K O L A H * Pihak pentadbiran sekolah memberikan sepenuh tumpuan kepada pencapaian cemerlang dalam keputusan peperiksaan UPSR/PKSR.* Kurang program berkesan yang dirancang untuk menanganimasalah penguasaan kemahiran 3M .* Peruntukan yang terhad membataskan pelaksanaan program yang dirancangc . K E M U D A H A N i) Fizikal9

* Tiada peruntukan kelas khas untuk melaksanakan program Pemulihan Khas.ii) Kewangan* Tiada peruntukan khusus dalam melaksanakan Program Pemulihan Khas.iii) Bahan-bahan rujukan.* Bahan rujukan yang sesuai untuk guru dan murid amat berkurangan.iv) Buku Teks.* Tiada buku teks yang khusus untuk murid pemulihan khas.d . K E L U A R G A * Ada dikalangan keluarga/ibu

bapa/penjaga yang buta huruf.* Latar belakang keluarga yang bermasalah.* Latar belakang sosio ekonomi yang rendah.e . K U R I K U L U M *

Program Pemulihan Khas tidak menjadi agenda utama dalam MesyuaratPanitia/Kurikulum sekolah ( perbincangan ringkas sahaja mengenai pemulihan ).* P e n g e t u a d a n G u r u B e s a r d i h a r a p m e n g a m b i l i n i s i a t i f u t a m a u n t u k memperbaiki kurikulum di sekolahn ya dengan memasukkan agenda pemulihanseperti juga pentingnya agenda-agenda yang lain.* Beri perhatian kepada Tahun 1, 2 dan 3. Sekiranya perkara ini diambil perhatiankhusus oleh sekolah

itu sendiri maka mudahlah murid sebegini ditangani maka pembelajaran seterusnya di tahun - tahun yang berikutnya tidak menjadi masalahlagi.

http://skdua.blogspot.com/2009/01/assalamualaikum.html
Rabu, Januari 28, 2009

Kenal Huruf
Assalamualaikum... Saya rasa seronok melihat blog Kelas Prasekolah Bestari SK Bedong. Mungkin anda ramai yang belum pernah ke blog itu. Saya merasakan Puan Azianti yang memiliki blog ini sudah semakin bersemangat untuk belajar dan membantu rakan-rakan guru sekelian. Biarpun baru di bidang ini, beliau nampak gigih sekali. Sebagai sahabat, beliau sering menghubungi saya untuk membantunya serba sedikit dalam mengemaskini blog beliau. Malah saya turut dijemput untuk menulis di laman blognya. Memandangkan saya juga punya blog sendiri dan tugasan lain, saya tidak dapat memenuhi permintaan itu. Maaf ya Yanti. Saya hanya bersedia membantu dalam penyelesaian masalah teknikal sahaja.

Baiklah mari kita lihat apa yang dibuat oleh Cikgu Azianti. Kalau anda ingin maklumat lanjut sila ke blog beliau dengan klik http://permatabestariskb.blogspot.com/

Assalamualaikum..rakan2 guru pra dan semua..semalam dalam dok 'explore' bahan2 kat dalam internet ni..terjumpalah saya satu laman web tentang bagaimana nak memperkenalkan huruf kepada kanakkanak prasekolah supaya lebih menarik dan menyeronokkan. Sebenarnya aktiviti mengenal huruf ni boleh membentuk pelbagai lagi kemahiran lain dalam pembelajaran. Sebelum tu kita lihat dulu bagaimana kemahiran yang kita ajar dapat membantu anak2 didik kita jadi pandai dalam banyak hal. Contohnya macam ni la...

1. Dalam Kemahiran Seni/arts, kita ajar murid kita membuat gosokan huruf (huruf yang kita buat dengan kertas pasir), kolaj huruf dan membentuk huruf dengan doh. Kemahiran2 ini sudah membolehkan murid kita mengembangkan kemahiran awal seni mereka.

2. Dalam Kemahiran menulis pula murid belajar menulis menggunakan cat/warna yang diletakkan pada jari mereka, melakar huruf pada pasir, menulis menggunakan crayon/pensil/pensel warna. Ini semua dapat membentuk otot2 kecil mereka dalam usaha mereka untuk belajar menulis.

3. Dalam kemahiran membaca pula, kanak2 belajar melalui aktiviti padanan huruf, ketinting huruf, bunyi2 huruf dan mengenal huruf kecil & besar. Gabungan bunyi dan huruf ni dapat membantu mereka menguasai bacaan dengan cepat.

4. Dalam kemahiran koordinasi mata tangan pula, sebagai contoh, murid belajar membentuk huruf dengan membengkokkan wayar2 (yang dah tak pakai la), memegang pensil dengan cara yang betul, membentuk huruf dengan pergerakan tubuh badan(ala bagi depa melentukkan tubuh2 yang keras tu). Ini secara tidak langsung dapat membantu murid membuat pergerakan menggunakan postur yang betul ye tak?

5. Untuk kemahiran menyelesaikan masalah pula, murid boleh belajar menyusun huruf dengan betul dan memadankan huruf. Jadi mereka kena berfikir dahulu sebelum buat sesuatu. 6. Untuk kemahiran sosial, murid belajar mengenal huruf melalui nama2 mereka serta rakan2 dan ini secara tidak langsung membolehkan mereka mengenal dan tahu nama2 rakan mereka, murid juga boleh tahu hakmilik rakan2 melalui nama2 itu. Ini dapat membentuk kemahiran bersosialisasi dengan rakan2.

t. Untuk kemahiran muzik pula, murid belajar menyanyi lagu2 huruf dan ini secara tidak langsung dapat membantu mereka mengenal irama dan melodi dengan betul.

Maknanya apa yang kita ajarkan di sekolah sememangnya telah dapat membentuk muri2 ke arah semua kemahiran yang diperlukan dalam persediaan mereka menempuh alam persekolahan yang lebih formal dan bergaul dengan masyarakat. Cumanya..antara kita buat dengan betul atau tidak..itu jer..

Di bawah ni antara aktiviti yang boleh kita lakukan supaya murid lebih seronok mengenal huruf pada awal2 pembelajaran mereka ni..

1- Mengenal huruf melalui nama mereka sendiri Buatkan kad nama mereka, biar murid sebutkan huruf yang ada pada nama mereka, letakkan nama pada barang2 mereka supaya murid sentiasa bermain dengan nama mereka, nyanyikan lagu menggunakan nama2 mereka (ceduk jer melodi mana2 yang sesuai dan ubahla)

2- Huruf2 magnet Beri peluang kepada murid mengambil huruf2 yang ada pada nama mereka. Pastikan murid mengambil kedua2 huruf kecil dan besar. Selepas itu, biar mereka susun semula hurf2 tersebut membentuk nama mereka...mesti mrk seronok..

3- Menekap nama/teknik gosokan Aktiviti ni rasanya mesti menarik..tp cikgu kenalah korban masa buat sat...he..he, buatkan nama/huruf pada kadbod, gamkan huruf2 tersebut pada kadbod yang lebih besar. Letakkan sehelai kertas diatas kadbod tadi (yang dah digamkan dgn huruf2 @ nama tu) dan gunakan krayon untuk menggosok kertas tersebut...dan...haaa pasti nama mereka @ huruf tadi tertera semula pada kertas tu..mesti murid seronok kan....

4- Gelang nama Untuk memudahkan murid mengingati nama dan menulis nama mereka dengan mudah, buatkan gelang tangan yang mempunyai nama mereka...Tuliskan nama pada sekeping kertas yang dipotong lebih kurang saiz pergelangan tangan budak...(lebar dan panjang tu bergantung pd cikgu la nak potongnya). Pakaikan gelang tersebut dan lekatkan hujung kertas dengan gam. Kalau mau ceria lagi..biarkan murid warna @ corakkan gelang mereka jika mahu...jom kita cuba nak..

5- Jom cari huruf

Di atas sehelai kertas, tulis @ taip seberapa banyak huruf yang boleh (janganlah kecik sangat nanti murid x leh cam..bagi besar2 laa...) dan biarkan murid mencari huruf2 yang berkaitan dengan nama mereka dan bulatkan..mesti syok x kira...

6- Huruf pasir Biasalah yang ini memang kita dah buatkan...minta murid menulis huruf2 di atas pasir..ala kat sudut main pasir tu la..tak pun bawa pi pantai..he..he

7. Huruf di pinggan Yang ini kita perlukan pinggan kertas/ pinggan polysterin dan penyepit kain. apa perlu kita buat..dengan menggunakan marker pen, bahagikan pinggan tersebut kepada 4 hingga 8 bahagian dan tulis huruf2 di atasnya. Selepas itu, tulis jugaklah huruf2 pada penyepit tu..dan mintaklah murid2 tu cari penyepit yang mempunyai huruf yang sama seperti pada pinggan mereka dan sepitlah pada pinggan tersebut mengikut huruf yang tertera...(kira macam padankan huruf yang sama daa)
Dicatat oleh Fauziah pada 9:15 PG

You might also like