You are on page 1of 1

PEMPROSESAN MAKLUMAT

http://noormacheazmi.blogspot.my/2013/06/pemprosesan-maklumat-dan-model.html

Pemprosesan maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yang berkaitan dengan menerima
maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula untuk digunakan (Woolfolk, 1998). Teori
Pemprosesan Maklumat menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat
meningkatkan pencapaian akademik berbanding pembelajaran secara “chalk and talk”( Hooper. et
al., (2003). Ada beberapa kerangka teori tentang pemprosesan maklumat pemindahan pembelajaran
oleh seseorang individu itu berkaitan dengan pembelajaran.Model pemprosesan maklumat
menganggap ingatan manusia sama seperti komputer. Seorang pembelajar dilihat sebagai
pemproses maklumat seperti mana yang dilakukan oleh komputer, iaitu menggunakan model input-
output. Maklumat merupakan input yang diperoleh pelajar daripada persekitaran pembelajaran
(Borgatti and Foster (2003); Brass et al. (2004)). Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan.

Kemudian, maklumat ini boleh menjadi output melalui proses retrieval. Kajian susun atur, simpan dan
dikeluarkan daripada ingatan. Operasi mental iaitu menerima, mengekod, menyimpan dan mengingat
kembali maklumat atau bagaimana manusia belajar ialah pemprosesan maklumat. Model ini
merupakan komponen penting dalam beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran (Thompson
(1967); Galbraith (1973); Tushman and Nadler (1978); Knight and McDaniel(1979); Larkey and
Sproull (1984); Keller (1994); Premkumar, Ramamurthy, and Saun-ders (2005). Mengikut model
pemprosesan maklumat, terdapat tiga mode ingatan yang mana pemprosesan maklumat berlaku
dalam otak manusia. Tiga mode tersebut terdiri daripada daftar deria/ sensori, ingatan jangka pendek
dan jangka panjang (Anandarajan and Arinze (1998); Andres and Zmud (2001); Cooper (2005).

You might also like