You are on page 1of 2

SJKC BUKIT TINGGI

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN


MINGGU KE-31

Tarikh : 27.08.2018
Hari : Isnin
Masa : 7:40 pagi
Guru Bertugas : Puan Tui Set Ngor, Puan Lee Shiau Cheng

Agenda Perhimpunan
1.0 Nyanyian lagu-lagu
Antara lagu yang dinyanyikan ialah lagu Negaraku, lagu Negeri Pahang, lagu Aku Negaraku dan
lagu SJKC Bukit Tinggi. Dua orang wakil murid telah ditugaskan untuk menaikkan bendera
Malaysia dan bendera Negeri Pahang.

2.0 Bacaan ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid


Bacaan ikrar diketuai oleh murid Tahun 6, Cliff Low Cheok Sheng.

3.0 Ucapan Guru Bertugas


Puan Lee Shiau Cheng menyeru murid-murid menjaga kesihatan badan bagi mengelakkan
sebarang penyakit.

4.0 Ucapan Guru Besar


4.1 Murid-murid dinasihatkan supaya banyak minum air dan menjaga kesihatan badan bagi
mengelakkan daripada mengalami kejutan panas berikutan cuaca panas dan kering ketika
ini.
4.2 Murid-murid yang sakit Hand Foot Mouth Disease sebelum cuti diharap-harap sembuh
dan balik ke sekolah dengan badan yang sihat.
4.3 Perkhemahan selama 2 hari yang telah diadakan semasa cuti sekolah telah membawa
banyak manfaat kepada murid yag terlibat. Beliau meluahkan harapan beliau agar murid-
murid melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti yang akan membawa manfaat
kepada mereka bukan sahaja dari segi mental tetapi juga fizikal.
4.4 Kawasan sekolah telah diceriakan semasa cuti sekolah. Beliau mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah menyumbang jasa dalam aktiviti
menceriakan kawasan sekolah tersebut.
Disediakan oleh,

___________________
( Puan Tui Set Ngor)
Wakil Kumpulan Guru Bertugas Minggu ke-31

You might also like