You are on page 1of 6

Pengenalan

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasa
merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi. Kajian
makna dikenali sebagai bidang semantic, iaitu bidang yang telah begitu lama diabaikan oleh
linguistik kerana persoalan makna banyak mendatangkan masalah jika tingkahlaku bahasa itu
ditinjau dari sudut itu.
Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripada konteks atau
teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat. Ahli falsafah dan ahli
bahasa lebih menitik beratkan tentang hubungan makna-makna perkataan. Persoalan ini
nempaknya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan rujukan.
Makna juga sebahagian besarnya ( atau keseluruhannya) adalah berkenaan hubungan antara
bahasa dengan dunia bahasa. Dunia bahasa ini bermaksud konteks yang melayari satu-satu
unsur linguistik itu dituturkan.

Definisi Konsep
Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam manamana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada
pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta faktor-faktor social
seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu baharu seperti sains dan
teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna.
Menurut Ullmann (1957), menyenaraikan enam sebab perubahan makna; antaranya
termasuklah sebab-sebab linguistik (bahasa), sejarah, social, psikologi, pengaruh luar, dan
keperluan untuk kata baharu.
Sementara itu, Bloomfield (1992) pula menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku
dalam bahasa. Menurut beliau, perubahan makna dalam bahasa berlaku akibat daripada
perluasan makna, penyempitan makna, metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes,
pejorasi, dan ameliorasi.
Menurut Stren ( 1965: 163) perubahan makna bagi suatu kata ialah apabila sesuatu kata
digunakan untuk menyatakan sesuatu makna yang belum pernah dinyatakan lagi
2.0 Faktor-faktor Perubahan Makna.
Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini,
maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman
kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.
Dalam suatu bahasa, perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu
berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan
akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti perubahan disebabkan oleh;
2.1 Faktor perkembangan bahasa itu sendiri
2.2 Faktor tanggapan penutur

2.3 Faktor peluasan maksud


2.4 Faktor pembatasan atau penyempitan maksud
2.5 Faktor tujuan simbolik dan stilistik

2.1 Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.


Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat perkataan-perkataan
yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal perkataan
tersebut. Misalnya perkataan belayar pada suatu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang
ada layer sahaja, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak belayar tetapi
menggunakan kuasa tenaga.
Demikian juga perkataan tangan, pada asalnya durujuk kepada salah satu anggota badan.
Tetapi, makan itu telah berubah mancakupi makna menguruskan, mengendalikan, dalam
ayat seperti Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini. Ada kalanya makna negatif
berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Sebagai contoh, kita
sering menemukan ayat atau ujaran Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan
pengguna bahasa melayu. Dalam contoh ini, perkataan gejala bukan dinyatakan sebagai
suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan seperti ini banyak berlaku dalam
bahasa kerana sebab-sebab perubahan bahasa itu sendiri.
Selain daripada itu perkataan hayat dahulunya perkataan ini dimaksudkan dengan hidup
tetapi sekarang ia telah mengalami perubahan. Ini dapat dilihat dari contoh ujaran berikut, Ia
menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu. Dalam ayat ini perkataan menghayati
bukanlah membawa maksud menghidupkan tetapi mengikuti dengan sepenuhnya.
Perkataan hantu dalam contoh Kejadian itu menghantui fikirannya, hantu itu bukan lagi
merupakan makhluk tetapi membawa makna mengganggu.
Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami
perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan taman, dimana pada asalnya ia hanya
digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya telah berubah menjadi
kawasan perumahan , kawasan perindusterian, dan kawasan alam semula jadi seperti
Taman Negara Bako. Demikian juga dengan perkataan datuk, kini bukan sahaja digunakan
untuk merujuk kepada bapa kepada ayah seseorang malah sebagai gelaran kehormat oleh
raja-raja bagi orang-orang tertentu kerana jasa mereka.
Perkataan sahaya berasal dari bahasa Sanskrit dan membawa maksud abdi dan sahaya
itu dalam aspek penggunaan bahasa Melayu merujuk kepada hamba dengan cara yang
halus. Tetapi kini, saya ( daripada sahaya) digunakan sebagai kata ganti diri pertama.
Demikianlan perubahan berlaku kerana proses perkembangan bahasa itu sendiri dimana
pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu mengikut peredaran masa dan keadaan
semasa.

2.2 Perubahan Kerana tanggapan penutur


Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa iru sendiri tanggapan
penutur juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan maksud sesuatu
perkataan itu. Umpamanya perkataan abang, yang asalnya ialah panggilan kepada saudara
lelai yang lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil orang lelaki yang
lebih tua tanpa mengira saudara atau tidak. Disamping itu ada juga sesetengah orang
menggunakan perkataan abang sebagai panggilan untuk suaminya.
Perkataan saudara pula pada asalnya dimaksudkan kepada saudara kandung tetapi makna
perkataan saudara telah berubah kepada semua orang yang mempunyai pertalian darah atau
kekeluargaan. Disamping itu ada juga pengguna atau penutur bahasa melayu cenderung
menggunakan perkataan saudara dengan tanggapan yang lebih luas misalnya saudara
sesame Islam. Disini nyata, bahawa hubungan itu bukan lagi merupakan hubungan kerana
pertalian darah tetapi juga pertalian agama. Daripada dua contoh di atas, tanggapan penutur
terhadap sesauatu perkataan juga merupakan faktor kepada perubahan makna perkataan itu
sendiri.
2.3 Perubahan Kerana Perluasan Maksud
Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu makna memiliki
makna-makna yang lain. Perkataan saudara, misalnya pada mulanya bermaksud orang yang
sama ayah dan ibu. Kemudian maknanya diperluaskan meliputi orang yang ada hubungan
kekeluargaan. Akhir sekali perkataan ini menjadi sebagai bentuk panggilan sebagai kata ganti
nama diri orang kedua, terutamanya kepada orang laki-laki.
Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami
perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan taman, dimana pada asalnya ia hanya
digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya sekarang telah diperluaskan
untuk mencakupi makna tambahan seperti kawasan perumahan , kawasan perindusterian,
dan kawasan alam semula jadi seperti Taman Hidupan Liar.
Selain daripada dua perkataan di atas, perkataan semangat juga mengelami perubahan
kerana perluasan maksud. Pada asalnya makna perkataan semangat ialah jiwa atau roh.
Tetapi perkataan ini kemudianya diperluaskan maksudnya menjadi perasaan misalnya
semangat kemerdekaan, semangat petriotisme dan juga kepada kemahuan atau keinginan
yang tinggi seperti dalam contoh berikut, Dia mempunyai semangat ingin berjaya dalam
hidup.

2.4 Perubahan kerana pembatasan atau penyempitan maksud


Makna sesuatu perkataan boleh juga dibataskan untuk tujuan-tujuan tertentu. Sebagai contoh
perkataan sarjana, pada mulanya perkataan ini digunakan untuk merujuk orang yang pandai
atau bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah disempitkan
atau dibataskan untuk merujuk kepada orang yang telah lulus ijazah pertama, seperti

Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Muda Ekonomi atau selepas ijazah pertama, seperti
Sarjana Sastera dan Sarjana Ekonomi.
Perkataan pendeta asalnya membawa makna orang yang berilmu, seperti Pendeta Zaba,
seorang tokoh bahasa. Maksud perkataan ini , mengikut Abdul Chaer (1995) telah di sempitkan
untuk mencakupi makna guru agama Kristian. Selain itu dalam bahasa Melayu, perkataan
daging telah disempitkan makna untuk merujukkan kepada daging lembu sahaja, tetapi bagi
daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam atau daging arnab, sedangkan makna
perkataan itu dalam kamus ialah isi pada manusia atau binatang antara kulit dan tulang
( Kamus Dewan, 1994).
Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada umumnya adal
untuk menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk bidang-bidang tertentu.
Contohnya perkataan sendi yang asalnya bermaksud tempat ruas tulang berhubung.
Dalam ilmu bahasa perkataan sendi dijukan khusus kepada kata-kata yang berfungsi
menghubungkan di antara perkataan dengan perkataan atau antara ayat dengan ayat.
2.5 Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik
Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil karya
berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Contohnya perkataan kumbang dan bunga selalu
dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti kumbang = lelaki dan bunga =
perampuan, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan.
Selain daripada itu warna juga dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud
contahnya, merah dimaksudkan dengan keberanian , hitam dipadankan dengan
kesedihan dan putih adalah kesucian.
Selain daripada itu unsur-unsur personafikasi juga menunjukkan perubahan makna yang seperti
ini. Sebagai contoh daun melambai dan dada langit ianya tidak membawa maksud yang
daun boleh melakukan perbuatan melambai sebagaimana perlakuan manusia dan langit
mempunyai dada. Daun melambai dan dada langit sebenarnya hanyalah kiasan atau
perumpamaan kepada daun yang bergerak akibat tiupan angina dan keluasan dan
lapangnya langit apabila dipandang dari bumi. Contoh -contoh seperti ini menunjukkan
keindahan bahasa dan merupakan satu gaya penulisannya dapat menggambarkan sesauatu
dengan indah dan menarik ( Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1984: 290-4).

3.0 Kesimpulan

Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam manamana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada
pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta faktor-faktor social
seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu baharu seperti sains dan
teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna.
Dalam sesuatu bahasa, perubahan bukan hanya berlaku pada peringkat perbendaharaan kata,
sistem pembentukan kata, sebutan dan struktur ayat sahaja bahkan perubahan itu meliputi juga

bidang makna. Oleh itu daripada contoh contoh yang diberikan di atas jelaslah bahawa
beberapa perkataan mengalami perubahan dari segi makna dan perubahan itu disebabkan oleh
faktor -faktor yang telah dibincangkan diatas.

Semantik Faktor-faktor Perubahan Makna


Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpaunsur ini, maka apa sahaja
yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberisebarang kefahaman kepada orang yang dilawan
bercakap atau orang yang membacasesuatu yang ditulis.Dalam suatu bahasa, perubahan makna merupakan
salah satu fenomena bahasa yangselalu berlaku dalam mana-mana bahasa di dunia ini. Oleh sebab sifat
dinamis danevolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti perubahandisebabkan oleh;2.1
Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.
Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapatperkataan-perkataan yang mengalami
perubahan dari segi makna dibandingkandengan makna asal perkataan tersebut. Misalnya perkataan belayar
pada suatu ketikadahulu digunakan untuk perahu yang ada layar sahaja, tetapi kini telah berubah maknakerana
kapal sekarang tidak belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga.Demikian juga perkataan tangan, pada
asalnya dirujuk kepada salah satu anggotabadan. Tetapi, makan itu telah berubah mencakupi makna
menguruskan, mengendalikan, dalam ayat seperti Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini. Ada
kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaandalam bahasa.
Sebagai contoh, kita sering menemukan ayat atau ujaran Gejala
penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa Melayu. Dalam contohini, perkataan gejala
bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagaisuatu kejadian. Perubahan seperti ini banyak
berlaku dalam bahasa kerana sebab-sebab perubahan bahasa itu sendiri.Selain daripada itu perkataan hayat
dahulunya perkataan ini dimaksudkandengan hidup tetapi sekarang ia telah mengalami perubahan. Ini dapat
dilihat daricontoh ujaran berikut, Ia menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu. Dalamayat ini perkataan
menghayati bukanlah membawa maksud menghidupkan tetapi mengikuti dengan sepenuhnya. Perkataan
hantu dalam contoh Kejadian itumenghantui fikirannya, hantu itu bukan lagi merupakan makhluk tetapi
membawamakna mengganggu.Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan
yangtelah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan taman, di mana padaasalnya ia hanya
digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanyatelah berubah menjadi kawasan
perumahan , kawasan perindustrian, dan kawasan alam semula jadi seperti Taman Negara Bako. Demikian

juga denganperkataan datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk kepada bapa kepadaayah
seseorang malah sebagai gelaran kehormat oleh raja-raja bagi orang-orangtertentu kerana jasa
mereka.Demikianlah perubahan berlaku kerana proses perkembangan bahasa itu sendiridi mana pengguna
bahasa mengubah makna bahasa itu mengikut peredaran masa dankeadaan semasa.
2.2
Perubahan Kerana tanggapan penutur
Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa itu sendiritanggapan penutur juga
memainkan peranan atau penyebab kepada perubahanmaksud sesuatu perkataan itu. Umpamanya perkataan
abang, yang asalnya ialahpanggilan kepada saudara lelaki yang lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan
jugauntuk memanggil orang lelaki yang lebih tua tanpa mengira saudara atau tidak. Disamping itu ada juga
sesetengah orang menggunakan perkataan abang sebagaipanggilan untuk suaminya.Perkataan saudara
pula pada asalnya dimaksudkan kepada saudarakandung tetapi makna perkataan saudara telah berubah
kepada semua orang yangmempunyai pertalian darah atau kekeluargaan. Di samping itu ada juga
penggunaatau penutur bahasa Melayu cenderung menggunakan perkataan saudara dengantanggapan yang
lebih luas misalnya saudara sesame Islam. Di sini nyata, bahawahubungan itu bukan lagi merupakan
hubungan kerana pertalian darah tetapi jugapertalian agama. Daripada dua contoh di atas, tanggapan penutur
terhadap sesuatuperkataan juga merupakan faktor kepada perubahan makna perkataan itu sendiri.2.3
Perubahan Kerana Perluasan Maksud
Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satumakna memiliki makna-makna
yang lain. Perkataan saudara, misalnya pada mulanyabermaksud orang yang sama ayah dan ibu. Kemudian
maknanya diperluaskan meliputi

You might also like