You are on page 1of 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2013

HBML1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Peristilahan dalam Bahasa Melayu

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

721101085905001 721101085905 0196599986 aliterawis@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PETALING JAYA

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Peristilahan dalam Bahasa Melayu

Pengenalan Terhadap Konsep Peristilahan 1. Definisi Istilah Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka, istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian). Manakala peristilahan pula bermaksud yang berkaitan dengan istilah (pembentukan istilah dan sebagainya). 2. Tataistilah dan Tatanama Dalam huraian tentang konsep peristilahan, adalah lebih tepat jika merujuk kepada artikel keluaran oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka itu sendiri. Dengan itu perbincangan tentang konsep peristilahan selanjutnya dipetik dan diubahsuai daripada artikel yang bertajuk Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, bersempena Sambutan Ulangtahun Ke-20, Majlis Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah (termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). Tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya). (muka surat 1) 3. Istilah dan Kata Umum Istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa. Namun demikian kata umum boleh menjadi istilah. Contoh: tenaga tenaga elektrik 4. Morfem dan Proses Peristilahan Morfem ialah unit atau unsur terkecil dalam bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah bahasa Melayu ialah pengimbuhan, penggandaan dan penggabungan. 4.1 Kata akar Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan. Contohnya, senang, tiris, padat dan sebagainya. 4.2 Imbuhan dan pengimbuhan
2

Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan. Misalnya: ber- (berguna), -an (kayuhan), peN...-an (pendengaran). 4.3 Penggandaan Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (bola bebola) atau seluruh (pari pari-pari) untuk membentuk istilah. 4.4 Gabungan Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses penggabungan. Contoh: lebuhraya, kerjasama, sukantara dan lain-lain. 5. Bentuk istilah 5.1 Bentuk akar bebas Kata akar bebas ialah bentuk yang boleh berdiri sebagai istilah atau menjadi dasar kepada pembentukan istilah yang lebih luas. Misalnya: asap, peluru, padang dan sebagainya. 5.2 Bentuk berimbuhan Bentuk berimbuhan pula ialah istilah yang mengandungi imbuhan. Misalnya: berdedikasi, kebijaksanaan dan pemanduan. 5.3 Bentuk gabungan Bentuk gabungan ialah bentuk istilah yang terdiri daripada dua kata atau lebih. Misalnya: sudut tepat, simpang tiga dan peluru hidup. 5.4 Bentuk gandaan Manakala bentuk gandaan pula merujuk kepada istilah yang seluruh atau sebahagian daripada bentuk dasarnya diulang. Misalnya: kali-kali, pepatung dan sesiku. 6. Bentuk prototaip Bentuk prototaip ialah kata yang masih berbentuk seperti dalam bahasa sumber dan belum mengalami proses penyesuaian ke dalam bahasa Melayu. Misalnya: karbohidrat, gelatin dan gas.

7. Paradigma kata Paradigma kata ialah kumpulan kata yang dibentuk daripada satu akar yang sama melalui pola tertentu, baik yang berupa kata berimbuhan, mahupun yang berupa kata gabungan. Misalnya: absorb serap

absorbate absorbent absorber absorptivity absorptive absorbance/absorbancy absorbable absorbability absorption

zat terserap, absorbat zat penyerap, absorben penyerap kedayaserapan, keabsorptifan absorptif, berdayaserap dayaserap, absorbans terserapkan keterserapan, absorbabiliti penyerapan, serapan, absorpi

Sejarah Perkembangan Peristilahan dan Peranan DBP, MABBIM dan Agensi Lain Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), telah mencipta kira-kira sejuta istilah dalam pelbagai bidang (DBP atas talian) dalam tempoh lebih setengah abad yang lalu. Selepas itu, DBP diberi peranan sebagai urusetia dan tempat merujuk sementara IPT berperanan menyediakan kepakaran dan mencipta istilah. Menurut Rogayah binti Osman, proses peristilahan bahasa Melayu telah bermula sejak tahun 1957. Beliau membahagikan usaha pembinaan peristilahan ini kepada dua peringkat iaitu zaman sebelum 1975 sebagai peringkat pertama dan zaman selepas 1975 sebagai peringkat kedua. Tahun 1975 adalah penting kerana terbentuknya Pedoman Umum Pembentukan Istilah (PUPI) dan PUPI dibentuk oleh MBIM. Pada peringkat pertama, Jawatankuasa Istilah DBP telah diwujudkan pada tahun 1957. Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah mewujudkan Jawatankuasa Istilah Sains Am dan Jawatankuasa Istilah Kerajaan dan Perjawatan (15 Januari 1957). Antara hasil (istilah) yang masih boleh digunakan sehingga ke hari ini seperti setesen, kimia dan sains. Namun beberapa istilah sudah dipinda atau tidak digunakan lagi kerana kesesuaian penggunaannya kini seperti ilmu jiwa, kajirumpun bangsa, ilmu hisab dan kajibentuk bumi dan diganti dengan psikologi, ethnologi, matematik dan geomorfologi. Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan tiga penulisan yang berjudul: (a) Pedoman Membentuk Istilah-istilah Baru DBP (sejak 1959)
4

(b) Dasar, Cara dan Pedoman Membentuk Istilah Baharu Bahasa Melayu DBP (selepas 1970) (c) Pedoman Pembentukan Istilah Universiti Malaya (1971) Perlu dilihat dahulu, tatacara pembentukan istilah secara ringkas di sini. Sebelum 1975 tiada panduan untuk membentuk istilah. Oleh itu Jawatankuasa Istilah (JKI) mengamalkan sikap tulen dalam pembentukan istilah (Portal Pendidikan Utusan atas talian). Istilah yang dicipta menepati sifat bahasa Melayu itu sendiri. Unsur asing ditolak kerana tidak mahu merosakkan bahasa Melayu. Contoh (Portal Pendidikan Utusan atas talian): Istilah Inggeris Psychology Ethnology Mathematics Geomorphology Istilah Melayu Ilmu Jiwa Kaji Rumpun Bangsa Ilmu Hisab Kaji Bentuk Bumi

Menurutnya lagi, dari situ juga timbulnya cara menggabungkan unsur-unsur daripada kata-kata Melayu untuk membentuk istilah seperti maun (makan + daun), maging (makan + daging), janabah (jalan + bawah + tanah), jentolak (jentera + tolak) dan lain-lain. Dilihat, antara 1960 hingga 1975, perkembangan yang aktif berlaku dalam proses pembentukan istilah yang mana sejak dari tahun 1959, JKI bagi setiap bidang telah dibentuk dan berkembang pesat. Terutamanya yang bersesuaian dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Ianya dibuat secara berperingkat dalam pelbagai bidang ilmu bagi menampung keperluan pengungkapan idea, proses dalam pelbagai bidang ilmu. Peringkat kedua, bahasa Melayu berkembang pesat kerana kegunaannya di maktabmaktab dan di universiti telah menuntut peristilahan yang lebih luas dalam pelbagai bidang ilmu. Penerbitan PUPI itu sendiri sebagai tanda peringkat kedua ini. Dengan adanya PUPI JKI di DBP, institusi pengajian tinggi serta para pengamal bahasa menjadikannya sebagai rujukan utama untuk membentuk sesuatu istilah. Keutamaan adalah kepada sumber-sumber bahasa Melayu dan kata-kata dari bahasa-bahasa yang serumpun. Pinjaman (kata-kata bahsa asing) adalah pilihan terakhir. Manakala dari sudut perlambangan dan penulisan ianya mematuhi kaedah atua amalan antarabangsa. Usaha DBP yang jelas dapat dilihat pada tahun
5

1975 di mana terbitnya istilah linguistik (cetakan kedua) (Abdullah Hassan, 1987). Juga, terhasilnya penulisan Pedoman Umum Pembentukan Istilah (1975) dan Pelaksanaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di IPT (1975), Selain itu, Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) telah ditubuhkan pada tahun 1972, sebagai penasihat tertinggi kepada DBP. Tujuan penubuhannya untuk mewakili Malaysia yang akan bekerjasama dengan pihak Indonesia iaitu bagi menyusun Sistem Ejaan Rumi Baru. Seperti yang diusahakan oleh MBIM, pada 23 Mei 1972, satu rundingan telah diadakan di antara, Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Encik Hussein Onn dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia iaitu Bapak Mashuri berserta pegawai masing-masing. Di antara persetujuan atau kata sepakat yang berkaitan ialah Dalam bidang usaha bersama untuk mengembangkan bahasa kebangsaan masing-masing, yang meliputi masalah-masalah: (a) ejaan, (b) istilah dan (c) tatabahasa....... (DBP atas talian). Antara hasil daripada pembentukan MABBIM atau MBIM ialah Pedoman Penyusunan Kamus Istilah dan Pedoman Transeliterasi Huruf Arab ke Rumi. Apabila negara Brunei Darussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985, MBIM ditukar kepada MABBIM. MABBIM berperanan mendaulat, menyebar dan memertabatkan bahasa Melayu ke peringkat dunia. Masalah yang dihadapi seperti kurangnya kepakaran, pertindihan istilah atau satu istilah dikongsi oleh lebih satu bidang. Di samping itu wujud juga perbalahan dalam memilih istilah yang sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. Prinsip-prinsip Pembentukan Istilah Pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an, pedoman pembentukan istilah baharu disusun semula dan beberapa prinsip pembentukan digariskan (BMM3111 Semantik dan Peristilahan Bahasa, atas talian): (a) Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden; (b) Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa;

(c) Pembentukan istilah baru dalam semua bidang ilmu atau yang popular hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia; (d) Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan (e) Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa. Oleh itu, prinsip pembentukan istilah seterusnya, dilihat dahulu peranan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Ia ditubuhkan melalui MBIM. Peranannya ialah menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dan Indonesia dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan amat bersesuaian dengan bidang ilmu tertentu. Di mana, asas bahasa Melayu atau bahasa serumpun diutamakan. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja-kerja peristilahan adalah berdasarkan prinsip-prinsip di bawah: (a) Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan. (b) Kata terbitan. (c) Kata ganda. (d) Kata gabungan. Istilah Kata Tunggal Istilah yang berupa dasar yang dipilih antara golongan kata utama seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Contoh: Kata nama: Buruj Rawan Cahaya constellation gristle light

Kata kerja:

Pecut Imbas Reka

accelerate scan invent

Kata adjektif:

Kenyal
7

elastic

Rawak Cemas

random Anxious

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007) menjelaskan akronim adalah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contoh: cerpen tabika pawagam MARA BERNAMA KOBENA cereka kugiran RISDA ADUN PLUS BERNAS

Istilah Kata Terbitan Istilah yang dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Ia juga termasuklah kata dasar yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa. a. Paradigma kata dengan imbuhan berContoh: belajar bertapa bertani pelajar pertapa Petani pelajaran pertapaan pertanian

b. Paradigma dengan penambah me(N)menulis mengajar mengamal membesar mengubah mengairi penulis pengajar pengamal pembesar pengubah penulisan pengajaran pengamalan pembesaran pengubahan pengairan tulisan ajaran Amalan -

c. Paradigma dengan me(N)-, berContoh: memberhentikan pemberhentian perkecualian pembelajaran perhentian pelajaran

d. Paradigma kata dengan me(N)-, perContoh: mempersatukan memperoleh mempelajari pemersatu pemeroleh Pelajar pemersatuan pemerolehan persatuan perolehan pelajaran

e. Paradigma kata dengan ke-an Contoh: saksi bermakna terbuka penduduk Sesuai kesaksian kebermaknaan keterbukaan kependudukan kesesuaian

f. Paradigma kata dengan sisipan en-, -er-, -el-, -em-, -inContoh: gigi susu tapak kuncup Sambung gerigi tenusu telapak kemuncup sinambung

Istilah Kata Ganda Istilah yang boleh merupakan gandaan penuh atau gandaan separuh dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi. (a) Ganda penuh Contoh:

langit-langit labi-labi buku-buku

kanak-kanak paru-paru guru-guru

(b) Ganda suku kata awal Contoh: tetikus cecair Gegua rerongga rerambut jejari

(c) Ganda suku kata awal dengan imbuhan Contoh: dedaunan pepohonan Jejarian

(d) Kata ganda berentak Contoh: warna-warni serta-merta bolak-balik dolak-dalih pupu poyang batu-batan bengkang-bengkok hingar-bingar mundar mandir rempah ratus

Istilah Bentuk Gabungan Semua unsur terdiri daripada bentuk bebas, sama ada berimbuhan atau tidak berimbuhan. Ia boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. (a) Tanpa imbuhan Contoh: garis lintang daftar masuk mesin kira tangan ganda tiga atas aras laut mesin atur huruf segi empat tepat kamera laut dalam

10

(b) Dengan imbuhan pada salah satu unsurnya Contoh: saksi pendakwa dalam talian mengambil alih penerima janji pelarasan gaji atas talian meneriam pakai gelombang melintang

(c) Dengan imbuhan pada kedua-dua unsur Contoh: jagaan perlindungan perjanjian meluluskan kedudukan anggaran perbelanjaan terealisasi

Faktor-faktor Pembentukan Istilah Sudah tentu setiap usaha giat yang dijalankan oleh pihak DBP dan MABBIM didorong oleh suatu tuntutan. Tuntutan inilah yang menjadi faktor-faktor kepada pembentukan istilah itu sendiri. Di antara faktor-faktor pembentukan istilah ialah: (a) Komunikasi sesama rumpun Nusantara Kadang-kadang hasil kepada usaha untuk membentuk istilah ini dapat mewujudkan keselarasan dalam istilah bagi sesuatu perkara. Maka pembentukan istilah ini penting dan istilah yang diwujudkan itu dapat digunakan oleh penduduk yang tinggal di rumpun Melayu (Nusantara) ini. Melalui MABBIM misalnya, walaupun tidak semua istilah dapat disepakati namun sekurang-kurangnya ia akan mewujudkan kesefahaman di kalangan rakyat berbilang negara ini. Contohnya, tandas digunakan di Malaysia manakala kamar kecil digunakan di Indonesia. Setakat ini tiada mana-mana pihak yang tampil mempertikaikan istilah-istilah tersebut saling menghormati antara satu sama lain. (b) Ke arah memertabatkan bahasa Melayu ke peringkat dunia Jika di Malaysia bahasa ini disebut bahasa Melayu dan jika di Indonesia ia disebut bahasa Indonesia. Nama sahaja yang berbeza, hakikatnya bahasa itu lebih kurang sama. Uniknya, bahasa Melayu ini bersifat dinamik. Bermakna, bahasa ini boleh berkembang dalam semua zaman. Ia boleh menerima istilah asing untuk ditambah di
11

dalam perbendaharaan katanya. Oleh itu, bahasa Melayu, jika pembentukan istilah ini dilakukan secara berterusan, suatu masa nanti bahasa Melayu akan berada di tempat yang tinggi di pentas dunia. Tambahan, bahasa Melayu ini mudah dikuasai sistem ejaan dan sebutan adalah seiring. Masyarakat antarabangsa sudah pasti dapat menerima kehadiran bahasa Melayu dengan meluas pada suatu masa nanti. (c) Perkembangan pantas dalam dunia sains dan teknologi Syarikat-syarikat atau badan-badan yang terlibat dalam perlumbaan kemajuan sains dan teknologi sentiasa berusaha untuk menembusi pasaran di setiap pelusuk dunia. Produk dan perkhidmatan yang mesra pengguna (tempatan) sesuatu negara akan lebih mendapat sambutan. Peranti-peranti komunikasi sebagai contoh, kebanyakannya sudah dilengkapi dengan bahasa Melayu.

Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang Kini, boleh dikatakan semua bidang ilmu telah dilengkapi dengan istilah-istilah yang diperlukan. Namun, kajian tentang istilah ini dibuat kerana mungkin akan ada istilah baharu yang perlu diwujudkan atau penambahbaikan terhadap istilah yang sedia ada. Istilah-istilah mengikut bidang adalah seperiti yang dihuraikan oleh.........dan ditunjukkan di bawah: (a) Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Contoh: Bahasa Inggeris audioconferencing autosave broadcast client-server connection-oriented network data scrambler digital camera digital certificate digital purse digital signature Bahasa Melayu sidang audio autosimpan siaran; siar pelanggan-pelayan rangkaian berorientasikan sambungan pengarau data kamera digital sijil digital dompet digital tandatangan digital

12

(b) Istilah Undang-undang Contoh: Bahasa Inggeris administrative order civil disoder civil rights double jeopardy diplomatic immunity extradiction fraud fugitive offender fundamental rights judicial review legitimacy mala fide mandatory procedure native natural justice Bahasa Melayu perintah pentadbiran gangguan awam hak sivil pendakwaan dua kali kekebalan diplomatik ekstradisi fraud pesalah buruan hak asasi kajian semula kehakiman kesahan mala fide tatacara mandatory anak negeri keadilan asasi

(c) Istilah Komputer Contoh: Bahasa Inggeris access bench mark cursor database download end user font hardware integrated circuit local area network Bahasa Melayu capaian tanda aras kursor pangkalan data muat turun pengguna akhir fon perkakasan litar bersepadu rangkaian kawasan setempat

13

(d) Istilah Ekonomi/Pengurusan Perniagaan Contoh: Bahasa Inggeris balance sheet bridging loan buy out buy-back price by-product capital gain cash flow certificate of authorization chief executive officer deed of trust investment climate long term debt short-term financing sole agent steering committee Bahasa Melayu kunci kira-kira pinjaman penyambung beli habis harga beli balik keluaran sampingan laba modal/keuntungan modal aliran tunai perakuan kuasa ketua pegawai eksekutif surat ikatan amanah iklim pelaburan hutang jangka panjang pembiayaan jangka pendek ejen tunggal jawatankuasa pemandu

(e) Istilah Perhotelan Contoh: Bahasa Inggeris ballroom banquet budget hotel buffet business centre check-in check-out cocktail day use deluxe room double room Bahasa Melayu dewan besar bankuet hotel jimat/hotel kelas ekonomi bufet pusat khidmat urusan daftar masuk daftar keluar koktel guna siang bilik mewah bilik kelamin

14

function room luncheon twin bed waiter (L), waitress (P)

bilik majlis jamuan tengah hari katil-kembar pramusaji

(f) Istilah Fotografi Contoh: Bahasa Inggeris abstract photography camera angle daylight film effective aperture flash ground-angle view half-length portrait invisible light latitude of exposure main lighting out of focus periscopic lens quartz lens reflect camera Bahasa Melayu pengatup antara kanta sudut kamera filem warna cahaya siang apertur berkesan dengar pandangan sudut bawah potret separuh cahaya halimunan latitude dedahan pencahayaan induk luar fokus periskop kanta kuarza kamera reflex

(g) Istilah Matematik dan Statistik Contoh: Bahasa Inggeris aerial cable affine affine geometry affine variety aggregate aggregation aggregative Bahasa Melayu kabel aerial afin geometri afin aneka afin agregat pengagregatan berdaya agregat; pengagregatan

15

aggregative index aggregative model

indeks pengagregatan model berdaya agregat

Kesimpulan Tugas dan tanggungjawab pihak DBP dan MABBIM ini sememangnya penuh dengan pelbagai cabaran. Selalunya, kritikan timbul di kalangan masyarakat yang bukan ahli dalam bahasa Melayu. Mereka Cuma pengguna atau pengamal bahasa Melayu biasa. Kadangkadang bahasa Melayu yang mereka guna seharian itu tidak dapat dipastikan oleh mereka sama ada betul atau tidak tatabahasanya. Kewujudan sesuatu istilah sering dianggap baru oleh sesetengah masyarakat dan agak sukar bagi mereka untuk menerima dan menggunakannya. Suatu ketika dahulu, masyarakat hanya mendengar istilah ekonomi meleset. Awal 90-an, seorang bekas Menteri Kewangan telah menggunakan istilah lain untuk menggambarkan keadaan ekonomi tersebut iaitu menyebutnya sebagai ekonomi merudum. Ketika itu, setiap kali Menteri Kewangan tersebut membentangkan belanjawan (bajet), pelbagai pihak sering menunggu istilah-istilah baharu yang bakal disebut beliau. Sedangkan, istilah merudum sebelum itu jarang digunakan secara rasmi. Ianya Cuma satu istilah yang digunakan di kampung, misalnya, jatuh merudum merujuk kepada keadaan sesuatu yang terjatuh daripada pokok. Walau apa sekalipun cabaran yang datang, usaha murni ini perlu diteruskan. Namun sebaik mungkin istilah-istilah yang bakal diketengahkan biarlah lebih mesra pengguna supaya pengamal bahasa Melayu ini tidak berasa terlalu janggal untuk menggunakannya.

16

Rujukan; Abdullah Hassan, 1987. Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, 1994. Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Juhari Moain, 2010. Penggubalan Istilah Ilmiah dalam bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992. Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Nik Safiah Karim dan rakan, 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

17

You might also like