You are on page 1of 14

1.

0 Pengenalan Konsep Pengistilahan


Bahasa Melayu adalah salah satu bahasa di dunia yang memiliki ramai pengguna
khususnya di Kepulauan Melayu. Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga), istilah ataua
perkataan atau frasa yang dibentuk untuk membentuk satu istilah yang lebih khusus dan
mempunyai makna. Contohnya seperti istilah Perdana Menteri yang mana gabungan
perkataan ‘Perdana’ dan perkataan ‘Menteri’, perkataan ‘kunci kira-kira’ dan pelbagai
bentuk istilah lain. Istilah yang dibentuk dan dihasilkan juga adalah untuk digunakan
dalam bidang tertentu yang mana istilah tersebut perlu diwujudkan untuk memberikan
kemudahan kepada pengguna bahasa untuk memahami konsep istilah berikut.

Dari segi teorinya, bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama dengan bidang-
bidang ilmu yang lain, iaitu mempunyai teori yang tersendiri. Peristilahan merupakan
bidang linguistik praktis yang menerapkan Teori Umum Peristilahan (TUP) dalam
melaksanakan tugas pembinaan istilah. Teori ini dikembangkan oleh Professor Dr. Eugen
Wuster, Vienna. Manakala teori yang lebih khusus, Gumperz (1908) telah
memperkenalkan model dari segi tiga teori peristilahan iaitu konsep, simbol dan objek.
Teori ini kemudiannya disesuaikan lagi oleh Wuster (1931) dengan Teori Ferdinand de
Saussure yang menyatakan empat perkara, iaitu lambang, bahasa lisan/tulisan, makna, dan
objek.

Gabungan yang merupakan salah satu proses pengistilahan ialah cantuman dua kata atau
lebih untuk membentuk istilah melalui proses penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang
mantap seperti setiausaha, warganegara, bumiputera dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, ada juga antara istilah yang digunakan di dalam konteks umum. Dewan
Bahasa dan Pustaka (2004), menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu
digunakan dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa, dan penggunaannya itu
tersebar melalui media massa. Contohnya, kata taqwa merupakan istilah dalam bidang
keagamaan Islam dan belanjawan iaitu istilah dalam bidang ekonomi (dewasa ini istilah
‘bajet’ digunakan), sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara am di dalam
penggunaan bahasa sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas
tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956.

1
Pada peringkat awalnya tidak ada satu sistem organisasi yang memberi panduan dan
mengawal kerja-kerja peristilahan. Jawatankuasa istilah ditubuhkan berdasarkan
permintaan individu yang berwibawa sebagai pemimpin masyarakat atau sebagai ahli
akademik. Jawatankuasa istilah yang paling awal ditubuhkan ialah Jawatankuasa Istilah
Ekonomi yang dipengerusikan oleh Profesor Diraja Ungku A. Aziz. Sebagai pengerusi dan
pengarah pertama DBP, beliau juga seorang pejuang bahasa kebangsaan. Ungku A. Aziz
telah menyaksikan beberapa ciri perkembangan di dalam perwujudan istilah ekonomi yang
tidak menyenangkan beliau.

Oleh itu, proses perkembangan pengistilahan adalah satu proses yang mana digunakan
dengan tujuan untuk mengembangkan dan mempelbagaikan kosa kata atau
perbendaharaan kata dalam daftar kata Bahasa Melayu.

2.0 Sejarah Perkembangan Pengistilahan Dan Peranan Agensi Berkaitan


Sejarah perkembangan pengistilahn Bahasa Melayu bermula sejak negara dalam rangkah
menuju ke merdekaan yang bermula pada tahun 1957. Usaha untuk mengembangkan
perbendaharaan kata Bahasa Melayu ini juga adalah salah satu ikhtiar DBP untuk
memastikan Bahasa Melayu dilengkapkan dengan kosa kata dan pelbagai istilah yang
dapat digunakan dalam pelbagai bidang. Sejarah perkembangan penistilahan Bahasa
Melayu ini juga telah dimulakan menerusi penubuhan Jawatankuasa Istilah pada Januari
1957 yang telah dipertanggung jawabkan untuk membentuk istilah untuk digunakan dalam
aspek perjatawan dan digunakan oleh jabatan kerajaan. Ini bermakna bahawa istilah yang
perlu dibentuk dan dihasilkan oleh jawatankuasa ini adalah istilah yang berkaitan dengan
jawatan dan jabatan kerajaan. Setelah usaha selama empat tahun dilakukan, maka
sebanyak 2,514 istilah telah dapat dihasilkan pada tahun 1960 yang kemudiannya didaftar
dalam buku yang bertajuk Istilah Jawatan dan Jabatan pada tahun tersebut. Menerusi
pembukuan dan penerbitan istilah tersebut, maka usaha mengembangkan pengistilahan
Bahasa Melayu semakin giat dilakukan sehinggalah ke hari ini.

2
Ekoran daripada keperluan terhadap pelbagai istilah untuk digunakan dalam Bahasa
Melayu, maka DBP telah diberi tanggung jawab dan peranan yang sangat besar dalam
memastikan proses mengembangkan pengistilahan Bahasa Melayu dapat dilakukan dengan
lebih memuaskan. Ini bermakna bahawa DBP adalah badan atau organisasi yang
mempunyai peranan yang sangat besar dalam memastikan proses pengembangan
pengistilahan Bahasa Melayu dapat dilakukan dengan lancar dan tersusun. Untuk itu,
pihak DBP telah menyusun satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih
terperinci. Namun begitu, pembentukan pedoman baharu tersebut, terdapat beberapa
perkara yang telah ditetapkan seperti mana yang berikut:-
 Istilah baharu yang dibentuk perlukan berpandukan kepada sikap dan pandangan
yang sesuai dan progrefis terhadap Bahasa Melayu modan.
 Istilah baharu yang dibentuk juga perlulah praktis dan sesuai dengan keadaan
semasa dan dapat digunakan dalam pelbagai bidang ilmu seperti bidang ekonomi,
bidang sains, bidang teknologi maklumat dan sebagainya.
 Istilah baharu yang hendak dibentuk perlulah selari dengan istilah yang telah
dibuat oleh Indonesi. Ini adalah untuk memastikan tidak terdapat pertentangan
istilah di antara pengguna Bahasa Melayu di Malayasia dan di Indonesia.
 Istilah baharu yang ingin dibentuk juga perlulah menampakkan dan
memperlihatkan ciri-ciri Bahasa Melayu yang memiliki kekayaan perbendaharaan
kata dan memiliki sistem struktur bahasa yang kukuh dan bertepatan dengan sistem
bahasa Melayu-Indonesia.
 Istilah baharu yang ingin dibentuk juga perlulah memperlihatkan bentuk yang
jelas dan mempunyai makna yang sama dengan istilah asalnya ataupun mempunyai
istilah yang sama dengan istilah antarabangsa.

Kesemua lima perkara yang dinyatakan di atas telah dilakukan oleh DBP dalam
memastikan istilah yang dibentuk adalah selari dengan bahasa Indonesi seperti mana
kerjasama yang dibentuk di antara Malaysia dan Indonesi di antara tahun 1960 himgga
1970 menerusi penubuhan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM). Ini bermakna
bahawa proses membentuk istilah dalam pelbagai bidang tidak hanya dilakukan oleh pihak
DBP. Sebaliknya, turut mendapat kerjasama di antara negara serantau khususnya

3
Indonesia yang juga menggunakan bahasa yang serupa dengan Bahasa Melayu khususnya
dari aspek kosa kata dan sistem bahasa. Kerjasama yang dilakukan oleh Malaysia dan
Indonesia ini telah membantu kepada perkembangan proses pengistilahan dan seterusnya
menghasilkan istilah yang dapat digunakan oleh pengguna Bahasa Melayu di Malaysia dan
pengguna Bahasa Melayu di Indonesi. Ini juga perlu dan penting kerana kedua-dua negara
ini berada dalam rumpun bahasa yang sama menggunakan bahasa yang sama.

Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-penggubal
istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kearah peringkat
antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan
melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran “gy” dalam
bahasa Inggeris maka dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata “kaji”, sedangkan
kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu.

Ekoran daripada kerjasama yang wujud di antara Malaysia dan Indonesi menerusi
penubuhan MBIM, negara Brunei juga turut menyatakan pendirian untuk turut serta dalam
usaha mengembangkan pengistilahan Bahasa Menerusi penerusi penubuhan Majlis Bahasa
Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) pada tahun 1975. Bermula hari
sinilah usaha mengembangkan pengistilahan Bahasa Melayu semakin luas dan semakin
berkembang. Selain daripada mempelbagaikan pengistilahan Bahasa Melayu tersebut,
tujuan penubuhan MABBIM ini adalah untuk memastikan Bahasa Melayu dapat
dimartabatkan ke peringkat antarabangsa dan dapat digunakan oleh pelbagai bangsa di
seluruh dunia.

Namun begitu, kebanyakan proses pengistilahan yang dilakukan pada ketika itu lebih
banyak menggunakan kaedah peniruan daripada bahasa lain khususnya bahasa Inggeris.
Untuk mengelak daripada berlakunya hal-hal seperti ini, maka ditetapkan dasar kedua,
supaya penggubalan istilah lebih mudah dan lebih praktis, dan kita dapat menggubal istilah
dengan lebih pantas dan cepat, terutama sekali bidang-bidang ilmu yang sudah tersebar
luas di seluruh dunia, seperti farmasi, farmakologi, filologi, fotosintesis, neurologi,
antropologi, linguistik, dan yang seumpamanya. Bagi dasar yang ketiga pun penting,

4
kerana bahasa Melayu dan bahasa Indonesia berakarkan induk bahasa yang sama, iaitu
bahasa Melayu Johor-Riau. Persamaannya sangat banyak, jika berbeza pun hanya kerana
pengaruh persekitaran dan penjajahan yang berlainan. Kalau di Indonesia ada pengaruh
bahasa Belanda, di Malaysia pula ada pengaruh bahasa Inggeris yang kuat. Selain itu kita
dapat berkongsi membaca buku-buku rujukan, sama ada yang terbit di Indonesia ataupun
yang terbit di Malaysia.

Dasar yang seterusnya ialah menggali lebih banyak kosa kata daripada sumber yang lebih
tua, iaitu daripada bahasa Melayu klasik dan bahasa Indonesia. Dengan itu akan dapat
memperlihatkan kekayaan bahasa Melayu-Indonesia dan ini akan dapat meningkatkan
kemampuan dan kudrat bahasa Melayu-Indonesia dalam dunia ilmu pengetahuan. Dasar
yang kelima akan dapat merapatkan hubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa-
bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa dunia antarabangsa yang lain, jika membentuk atau
menggubal istilah mengikut arus perdana antarabangsa seperti istilah bahasa Inggeris yang
sudah menjadi bahasa induk, atau menyerap istilah daripada bahasa Latin yang menjadi
induk bahasa barat yang maju seperti Peranchis, Jerman dan Sepanyol.

Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa proses perkembangan pengistilahan


Bahasa Melayu telah diusahakan oleh Malaysia menerusi DBP, Indonesia dan Brunei
untuk memastikan proses mengembangkan Bahasa Melayu dapat dilakukan dengan lebih
lancar dan tersusun seperti mana yang dapat dilihat pada hari ini.

3.0 Prinsip Perkembangan Pengistihalan


Dalam memastikan proses pengembangkan pengistilahan dapat dilaksanakan dengan lebih
baik dan tersusun, maka terdapat beberapa prinsip yang perlu diutamakan untuk mencapai
tujuan ini. Antaranya ialah:-

 Prinsip 1 : Istilah Yang Jelas dan Tiada Kesamaran


Salah satu prinsip yang perlu diutamakan dalam proses pengembangan
pengistilahan ialah prinsip kejelasan. Setiap istilah yang ingin dibentuk atau

5
dihasilkan perlulah jelas makna dan maksudnya agar mudah untuk difahami dan
digunakan dalam proses komunikasi. Perkara ini juga menjadi salah satu penting
dalam memastikan istilah yang digunakan tidak menimbulkan sebarang masalah
dalam komunikasi. Seperti mana yang diketahui, salah satu tujuan pengembangan
pengistilahan Bahasa Melayu ini adalah untuk memastikan bahasa dan istilah yang
digunakan dalam berkomunikasi adalah bahasa dan istilah yang dapat difahami dan
mengelakkan kesalah fahaman dalam kalangan penutur. Sekiranya istilah yang
dihasilkan tidak mempunyai makna yang jelas dan tepat, maka perkara ini boleh
menimbulkan masalah memahami makna istilah tersebut dan seterusnya boleh
mewujudkan masalah dalam proses komunikasi. Oleh itu, setiap istilah yang ingin
dibentuk dan dihasilkan perlulah menekankan kepada prinsip kejelasan dan setiap
istilah yang dibentuk tidak mempunyai makna kesamaran kerana dikhuatiri boleh
menimbulkan kesalah fahaman dalam kalangan penutur bahasa.

 Prinsip 2 : Mempunyai Makna Yang Satu


Prinsip kedua yang perlu diutamakan dalam proses perkembangan pengistilahan
ialah proses memberikan makna yang satu dan utama kepada istilah tersebut.
Dalam erti kata lain, setiap istilah yang dibentuk hanya perlu mempunyai satu
makna dan tidak mempunyai sinonim. Perbeza dengan perkataan yang mana setiap
perkataan mempunyai sinonim dengan perkaatan lain. Namun begitu, istilah yang
dibentuk pula perlulah tidak mempunyai sinonim dengan istilah lain. Prinsip ini
perlu diutamakan agar pengguna bahasa tidak mengalami kesukaran untuk
memahami dan menguasai satu istilah yang mempunyai sinonim dengan istilah
lain. Ini juga memudahkan proses memahami dan menggunakan istilah tersebut
dalam proses komunikasi.

Namun begitu, terdapat beberapa istilah yang boleh mempunyai istilah yang sama
erti dengan istilah lain yang boleh wujud dalam konteks antarabangsa. Contohnya,
istilah Perdana Menteri yang mana digunakan sebagai istilah utama dan
mempunyai satu makna iaitu pemimpin utama negara Malaysia. Bagi negara lain,
istilah yang digunakan untuk menunjukkan makna pemimpin utama negara ialah

6
‘Presiden’. Ini bermakna bahawa istilah Perdana Menteri dan Presiden ini
mempunyai makna yang sama yang merupakan individu yang menjadi pemimpin
di sesebuah negara. Oleh yang demikian, setiap istilah yang dihasilkan juga
perlulah mempunyai makna yang satu dan tidak mempunyai sinonim atau
kesamaan erti dengan istilah yang lain.

 Prinsip 3 : Tidak Boleh Ditukar


Istilah yang telah dibentuk juga tidak boleh ditukar. Hal ini kerana istilah tersebut
telah digunakan dengan meluas oleh pengguna Bahasa Melayu dan telah sebati
dengan pengguna bahasa tersebut. Dalam erti kata lain, istilah yang telah dibentuk
dan digunakan oleh pengguna bahasa tidak boleh ditukar tanpa sebab yang khusus.
Contohnya seperti istilah ‘Perdana Menteri’ yang diboleh ditukar kepada istilah
‘Presiden’ kerana istilah ini telah digunakan sejak sekian lama dalam proses
pentadbiran Malaysia. Begitu juga dengan istilah ‘Yang Di Pertuan Agong’ yang
mana tidak boleh ditukar kepada istilah lain seperti Sultan atau Raja kerana istilah
ini telah digunakan sejak sekian lama dan telah sebati dalam aspek bahasa
masyarakat. Sekiranya istilah ini ditukar, maka terdapat beberapa aspek lain yang
juga akan ditukar seperti konteks negara, jawatan lain yang berada dalam istilah,
penggunaan bahasa istana dan sebagainya. Ini juga akan menyukar ramai pihak
untuk memahami makna baru tersebut dan boleh menjejaskan imej institusi diraja
negara. Oleh itu, istilah yang telah digunakan secara meluas dalam aspek
komunikasi Bahasa Melayu seharusnya dikekal dan tidak ditukar tanpa sebab yang
mendorong kepada perubahan istilah tersebut.

 Prinsip 4 : Penggunaan Istilah Asing


Prinsip lain yang perlu diutamakan dalam proses pengembangan pengistilahan
ialah prinsip penggunaan istilah asing. Seperti mana yang diketahui ramai, terdapat
banyak kosa kata Bahasa Melayu yang dipinjam dalam proses pembentukan
perkataan dan perbendaharaan kata Bahasa Melayu. Contohnya seperti perkataan
‘Komputer’ yang diterjemah dan dipinjam secara langsung dari bahasa Inggeris
iaitu ‘Computer’.

7
Namun begitu, pengambilan istilah asing dan terus menjadikannya istilah Melayu
hendaklah terbatas kepada (menurut keutamaan):-
a) Istilah ilmiah dalam bidang-bidang ilmu tertentu. Ini bermakna hanya dalam
bidang-bidang seperti perubatan, farmakologi, kejuruteraan, aeroangkasa dan
seumpanya.
b) Istilah khusus seperti nama tempat atau negeri, orang atau gelaran atau idiom.
Contohnya seperti Greenland, Wellington, Burkina Passo, James Watt dan
lain-lain.
c) Istilah asing yang belum pernah ada konsepnya, atau tidak ada persamaan
Melayunya, atau tidak ada persamaan atau terjemahan yang setepat-tepatnya.
Contohnya seperti computer dan digital camera. Kata-kata istilah ini diserap
sahaja dengan penyesuaian ejaan dan tatabahasa Melayu menjadi komputer
dan digital kamera.
d) Istilah umum yang didapati telah popular atau praktis dalam masyarakat
pemakai bahasa Melayu-Indonesia. Contohnya seperti radio, televisyen dan
sebagainya.

Daripada penjelasan dan penerangan di atas, dapat dilihat bahawa terdapat beberapa
prinsip yang perlu diutamakan dalam proses pengembangan pengistilahan Bahasa Melayu
agar istilah yang dibentuk dapat memberikan manfaat dan makna yang baik kepada
pengguna bahasa.

4.0 Faktor Perkembangan Pengistilahan


Sejarah perkembangan pengistilahan Bahasa Melayu telah bermula sejak tahun 1957.
Usaha untuk mengembangkan pelbagai istilah Bahasa melayu dipengaruhi oleh beberapa
faktor seperti mana yang berikut:-

 Faktor 1 : Masalah Komunikasi


Salah satu faktor yang mendorong kepada perkembangan pengistilahan ini ialah
masalah komunikasi. Di peringkat awal Malaysia mencapai kemerdekaan, masalah

8
yang wujud pada ketika itu adalah penggunaan pelbagai istilah dan kosa kata yang
menimbulkan bahasa masalah untuk memahami istilah tersebut. Ini kerana,
penduduk di Tanah Melayu tidak hanya terdiri daripada masyarakat Malayu sahaja.
Sebaliknya, turut terdiri daripada masyarakat Cina, India, Arab, Parsi, Inggeris dan
sebagainya. Keadaan ini menyebabkan penggunaan bahasa dalam kalangan
masyarakat di Tanah Melayu pada ketika itu adalah pelbagai. Ini menyebabkan,
bahasa yang digunakan kadang kala sukar untuk difahami dan kadang kala
menimbulkan kesalah fahaman dalam kalangan pengguna bahasa. Ini
menyebabkan usaha untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan dalam kalangan
masyarakat kadang kala mengalami kegagalan. Oleh itu, pihak DBP telah
menjalankan tugas dan peranan untuk mengatasi masalah ini dengan merancang
dan memperkenalkan pelbagai istilah yang dapat digunakan secara bersama oleh
kesemua pengguna Bahasa Melayu sama ada dalam kalangan masyarakat Melayu,
Cina, India, Arab dan sebagainya. Istilah yang dibentuk juga adalah sebagai satu
usaha untuk memastikan halangan dan masalah memahami makna istilah dalam
komunikasi akan dapat diatasi dengan lebih baik.

 Faktor 2 : Kekurangan Istilah


Masalah kekurangan istilah dalam Bahasa Melayu juga turut menjadi antara faktor
penting yang mendorong kepada usaha mengembangkan istilah dalam Bahasa
Melayu. Perkara ini dapat dilihat menerusi penubuhan Jawatankuasa Istilah yang
telah diberi tanggung jawab dan tugas untuk membentuk istilah yang dapat
menggambarkan jawatan dan jabatan untuk digunakan oleh pihak kerajaan. Usaha
seperti ini dilakukan kerana organisasi pentadbiran negara tidak mempunyai istilah
khusus yang dapat digunakan untuk menggambarkan jawatan dan jabatan yang
terdapat dalam organisasi kerajaan. Secara tidak langsung, tugas setiap jawatan dan
jabatan juga tidak dapat dispesifikasikan dengan lebih terperinci. Selain itu,
kebanyakan istilah yang digunakan pada ketika itu adalah istilah yang dipinjam
daripada bahasa Inggeris kerana aspek pengurusan dan pentadbiran negara pada
ketika itu banyak dipengaruhi oleh bahasa penjajah iaitu bahasa Inggeris. Ini
bermakna, kekurangan istilah dalam Bahasa Melayu telah mendorong kepada

9
usaha mengembangkan istilah Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang seperti mana
yang dapat dilihat pada hari ini.

 Faktor 3 : Memartabat Bahasa Melayu


Usaha memartabatkan Bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa juga adalah
antara faktor yang mendorong kepada usaha perkembangan pengistilahan. Perkara
ini dapat dilihat menerusi penubuhan MBIM di mana Malaysia dan Indonesia
bekerjasama untuk menyeragamkan istilah Bahasa Melayu-Indonesia yang
digunakan. Keadaan terus berkembang menerusi penubuhan MABBIM di mana
Brunei-Indonesia-Malaysia telah menjalinkan kerjasama untuk meningkatkan
martabat dan kewibawaan Bahasa Melayu agar dapat setanding dengan bahasa-
bahasa lain di dunia. Usaha seperti ini juga dilakukan dengan mempelbagaikan
perbendaharaan kata dan istilah Bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam
pelbagai bidang seperti dalam bidang sains, bidang matematik, bidang ekonomi,
bidang pendatbiran dan sebagainya. Pengenalan kepada pelbagai istilah dalam
pelbagai bidang ini adalah untuk memastikan Bahasa Melayu mempunyai peranan
yang lebih luas yang tidak hanya terhad kepada bidang-bidang tertentu. Sebaliknya,
dapat digunakan dengan meluas dalam pelbagai bidang seperti mana peranan
bahasa Inggeris.

 Faktor 4 : Perkembangan Teknologi


Faktor lain yang mendorong kepada perkembangan pengistilahan ialah faktor
perkembangan teknologi. Ekoran daripada perkembangan teknologi semasa, maka
pelbagai istilah baru telah wujud yang tidak pernah digunakan sebelum kini.
Contohnya seperti istilah ‘jalur lebar’, ‘pangkalan data elektronik’, ‘kamera digital’
dan sebagainya. Istilah seperti ini hanya dibentuk dan diwujudkan kesan daripada
perkembangan teknologi semasa. Ini bermakna bahawa faktor kepada
perkembangan pengistilahan adalah didorong oleh faktor perkembangan teknologi
seperti mana yang dapat dilihat pada hari ini.

10
Daripada penerangan di atas, dapat dilihat bahawa terdapat empat faktor utama yang
mendorong kepada usaha mengembangkan pengistilahan Bahasa Melayu seperti mana
yang telah dijelaskan dan dihuraikan di atas.

5.0 Pengistilahan Pelbagai Bidang


Perkembangan pengistilahan telah mewujudkan pelbagai istilah Bahasa Melayu dalam
pelbagai bidang. Namun begitu, kebanyakan istilah yang terdapat dalam Bahasa Melayu
menerima pengaruh daripada bahasa asing seperti khususnya bahasa Inggeris. Berikut
dinyatakan beberapa istilah Bahasa Melayu yang terdapat dalam pelbagai bidang:-

 Bidang Ekonomi
Berikut dinyatakan beberapa istilah Bahasa Melayu yang menerima pengaruh
daripada bahasa Inggeris:-

Istilah Bahasa Melayu Istilah Bahasa Inggeris


Aliran Tunai Cash Flow
Penyata Kewangan Financial Statement
Kadar Faedah Interest Rate
Belanjawan Modal Capital Budgeting
Saham Biasa Common Share
Kontrak Hadapan Forward Contract

Jadual 1 : Istilah Dalam Bidang Ekonomi

 Bidang Teknologi
Berikut dinyatakan beberapa istilah Bahasa Melayu yang menerima pengaruh
daripada bahasa Inggeris:-

11
Istilah Bahasa Melayu Istilah Bahasa Inggeris
Jaluar Lebar Boradband
Kamera Digital Digital Camera
Telefon Mudah Alih Mobile Phone
Pangkalan Data Database
Laman Sesawang Website
Komputer Riba Laptop

Jadual 2 : Istilah Dalam Bidang Teknologi

 Bidang Matematik
Berikut dinyatakan beberapa istilah Bahasa Melayu yang menerima pengaruh
daripada bahasa Inggeris:-

Istilah Bahasa Melayu Istilah Bahasa Inggeris


Algebra Algebra
Garis Lurus Linear
Analisis Statistik Statistic Analysis
Harga Pengguna Indeks Price
Agregat Aggregat

Jadual 3 : Istilah Dalam Bidang Matematik

 Bidang Perhotelan
Berikut dinyatakan beberapa istilah Bahasa Melayu yang menerima pengaruh
daripada bahasa Inggeris:-

12
Istilah Bahasa Melayu Istilah Bahasa Inggeris
Hotel Kelas Ekonomi Budget Hotel
Bilik Mewah Deluxe Room
Daftar Masuk Check-In
Daftar Keluar Check-Out
Bilik Majlis Function Room
Bankuet Banquet

Jadual 4 : Istilah Dalam Bidang Perhotelan

Kesemua istilah yang dinyatakan dalam empat jadual di atas adalah antara istilah yang
telah dibentuk dalam bidang teknologi, ekonomi, perhotelan dan matematik. Selain itu,
terdapat juga banyak istilah lain yang juga telah dibentuk dalam pelbagai bidang seperti
bidang kewartawanan, perundangan, sains dan angkasa dan sebagainya.

Jumlah : 3,052 Perkataan

13
Rujukan
Amat Juhari Moain, (2010) Penggubalan Istilah Ilmiah Dalam Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Azman Wan Chik, (1985). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2 : Latihan Guru Dan Bahan.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Dewan Bahasa Dan Pustaka, (1992). Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur

Nik Safiah Karim Dan Rakanm, (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka

Palmer, F. R., (1992). Semantik. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur (Terjemahan
Oleh Abdullah Hassan)

Puteri Roslina Abdul Wahid, (2005). Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan
Undang-Undang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

14

You might also like