You are on page 1of 193

PERANCANGAN BAHASA DAN PEMBINAAN BAHASA MELAYU

1. PENGENALAN
Perancangan bahasa merupakan usaha-usaha yang tersusun untuk membina bahasa,
menyempurnakan bentuk dan susunan bahasa itu agar dapat berfungsi sebagai bahasa moden, alat
penyampai fikiran dan perasaan sejajar dengan peranannya sebagai bahasa utama sesuatu komuniti
bagi sesebuah negara yang mempunyai lebih daripada satu bahasa.Maka, perancangan bahasa
bermakna penentuan bahasa yang hendak dijadikan bahasa nasionalnya atau bahasa rasminya dan
diikuti oleh pembinaan bahasa itu. Perancangan bahasa pada keseluruhannya terdiri daripada dua tahap
utama iaitu penentuan dan pembinaan. Bukan semua negara di dunia ini memerlukan kedua-dua tahap
tersebut tetapi sebahagian besar memerlukan tahap pembinaan disebabkan keadaaan sosiolinguistiknya
sendiri.

Bahasa merupakan alat komunikasi, alat berfikir dan alat menghasilkan buah fikiran. Justeru, bahasa
tidak boleh dibiarkan berkembang dengan sendirinya atau tanpa perancangan kerana ini dapat
menghalang sistem berkomunikasi secara lancar antara pemakai-pemakai bahasa dan menyukarkan
proses konseptualisasi dan juga pengwujudan konsep-konsep hasil pemikiran. Konseptualisasi tidak akan
berlaku tanpa penguasaan bahasa yang baik atau perancangan bahasa yang teratur. Perancangan
bahasa bukanlah merupakan satu perkara yang baru tetapi sudah lama dijalankan di berbagai-bagai
negara terutamanya dalam kalangan negara-negara membangun setelah mencapai kemerdekaan
daripada penjajah.Walaupun pada permulaannya, negara-negara ini menganggap bahasa kebangsaan
merupakan bahasa penyatuan iaitu sebagai lambang penyatuan negara.Selepas itu, barulah timbul satu
usaha untuk menjadikan bahasa tersebut sebagai bahasa akademik mahupun bahasa
rasminya.Contohnya ialah negara Indonesia dan Malaysia sendiri.

2. KONSEP
Konsep perancangan bahasa timbul pada akhir 1960an dan menjadi istilah tersendiri selepas satu
persidangan anatarabangsa yang diadakan di Universiti Hawai. Persidangan tersebut telah berjaya
menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Can Language be Planned yang diedit oleh Joan Rubin dan
Bjorn Jerudd dan diterbitkan pada tahun 1969. Istilah perancangan bahasa dikaitkan dengan konsep
bimbingan yakin dalam melaksanakan perancangan bahasa aspek bimbingan merupakan aspek yang
pasti wujud. Konsep perancangan bahasa itu dengan sendirinya bertentangan dengan pendapat yang
ditimbulkan oleh aliran linguistik tradisional dalam tahun 50an yang mengatakan bahawa bahasa harus
dibiarkan tumbuh dengan sendirinya tanpa sebarang usaha untuk mengarahkannya kepada matlamat
tertentu. Pendapat yang dimasyurkan oleh cogan kata Leave Your Language Alone (judul buku mengenai
hal yang sama yang ditulis oleh Rober Hall Jr.), dan One word is as good as another sudah tidak terpakai
lagi sekarang ini.
Konsep perancangan bahasa (language planning/language engineering) muncul selepas perang dunia
kedua iaitu apabila sesebuah negara yang pernah dijajah oleh negara besar mencapai
kemerdekaan.Kemerdekaan itu memperlihatkan semangat nasionalisme iaitu bersatu padu dan
berkeinginan untuk mempuyai identiti sendiri sebagai lambang kedaulatan sesebuah negara. Orang yang
pertama menggunakan istilah language language planningialah Einar Haugen (1959) dalam
penulisannya Planning for a Standard Language in Modern Norway yang diterbitkan dalam Journal of
Anthropological Linguistik, 1.3. 1959.Haugen telah mendifinisikan perancangan bahasa sebagai
merangkumi usaha-usaha yang dijalankan oleh pertubuhan atau jawatankuasa tertentu. Mencakupi
segala usaha yang dijalankan oleh pertubuhan tersebut untuk penyuburan bahasa dan melibatkan
usaha-usaha pembinaan, pengubahsuaian dan pembakuan yang dilakukan kepada sesuatu bahasa yang
berkenaan.

Selain itu, terdapat dua lagi istilah yang digunakan oleh para sarjana dalam perancangan bahasa iaitu
istilah glossopolitics dan language engineering. Istilah glossopolitics digunakan oleh Robert A. Hall
Jr. bagi merujuk kegiatan atau proses mengaplikasi ilmu linguistik kepada dasar yang diambil oleh
kerajaan dalam menentukan cara-cara yang paling baik untuk mencapai keadaan dwibahasa di tempattempat yang menghadapi pertembungan budaya. G.P. Springer (1956) menggunakan istilah
penjuruteraan bahasa (language engineering) dan merujuk kepada usaha pengabjadan dan pembakuan
bahasa yang belum baku di Soviet. Sutan Takdir Alisjahbana (1961) juga telah menggunakan istilah
penjuruteraan bahasa untuk merujuk kepada aktiviti yang dilakukan secara sedar bagi
mengembangkan bahasa di dalam konteks sosial, budaya, dan perubahan teknologi yang lebih luas.
Juga, ada sarjana lain yang pernah menggunakan istilah penjuruteraan bahasa untuk merujuk kepada
aktiviti yang terancang melalui sekolah, gereja, radio, akhbar dan juga perancangan rasmi untuk
mempengaruhi penggunaan bahasa.

Seterusnya, R. Noss (1967) menggunakan istilah pembangunan bahasa (language development) dan
perancangan bahasa (language planning) di dalam membincangkan keadaan penggunaan bahasa di
dalam pendidikan di Asia Tenggara. Istilah perancangan bahasa telah juga digunakan oleh J. Rubin dan
B.H. Jernudd (1971) untuk merujuk kepada usaha satu-satu pertubuhan yang bertujuan untuk
menjalankan perubahan kepada kod-kod atau pertuturan bahasa atau kepada kedua-duanya sekali.J.A.
Fishman (1968) juga telah menggunakan istilah perancangan dan pembangunan bahasa untuk merujuk
kepada langkah-langkah yang dirancang untuk mencari penyelesaian kepada masalah kebahasaan yang
lazimnya dilaksanakan pada peringkat kebangsaan.

3. MODEL PERANCANGAN BAHASA


Salah satu model perancangan bahasa ialah Model perancangan bahasa Haugen.
Haugen
mengemukakan empat peringkat di dalam perancangan bahasa, iaitu: pemilihan, pengekodan,
pelaksanaan dan peluasan. Peringkat pemilihan ialah satu peringkat yang melibatkan pemilihan satu
bahasa atau beberapa buah bahasa atau norma yang akan dibina untuk tujuan tertentu, selalunya ia
adalah untuk tujuan menjadikan bahasa tersebut mencapai taraf sebagai bahasa rasmi dan menjalankan
tugas sebagai bahasa kebangsaan.
Bagi peringkat pengekodan pula melibatkan hal-hal dan usaha-usaha di dalam pembakuan bahasa.
unsur-unsur seperti kata, istilah, tatabahasa dan ungkapan-ungkapan tertentu adalah kod-kod bahasa.
Usaha pembakuan ialah pengenalpastian kod-kod yang banyak ini dan menentukan penggunaan satu
daripada banyak kelainan kod tersebut, atau mewujudkan satu kod baru daripada beberapa dialek yang
ada.Peringkat pelaksanaan pula melibatkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sesuatu agensi, institusi
atau individu tertentu di dalam penggunaan norma yang dipilih dan dikodkan tersebut.Peringkat yang
terakhir iaitu peringkat peluasan berkaitan dengan pembinaan dan pengembangan bahasa tersebut, dari
segi bentuk dan fungsinya.

Selain daripada Haugen, ada beberapa orang sarjana lain yang mengkaji perancangan bahasa dan
juga telah mengemukakan model perancangan bahasa. Secara umumnya, model-model ini agak serupa
dengan sedikit perbezaan di antara masing-masing itu. Sarjana-sarjana ini sebenarnya telah membuat
beberapa penambahan dan penyesuaian kepada model Haugen mengikut tafsiran mereka. Misalnya J.V.
Neustupnya (1974) telah menambah penyebaran dan penyuburan kepada perancangan Haugen itu.
Penyuburan ini melibatkan usaha membuat kesesuaian, ketetapan dan membina gaya yang diterima
di antara beberapa kelainan yang wujud di dalam bahasa itu. F.X. Karam (1974) pula telah menambah
satu peringkat lain, iaitu penilaian ke dalam proses perancangan bahasa ini. Proses penilaian ini

dianggap sama penting dengan penilaian di dalam sebarang perancangan lain, untuk memperbetul
unsur-unsur yang tidak sesuai. Seterusnya perancangan itu hendaklah mempunyai sumber kewangan
yang secukupnya.

C.A. Ferguson (1968) pula telah mengemukakan tiga komponen di dalam usaha perancangan bahasa,
iaitu pengabjadan, pembakuan dan pemodenan.Pengabjadan ialah usaha supaya sesuatu bahasa itu
mempunyai abjad atau sistem ejaan yang sempurna.
Pembakuan pula ialah proses menjadikan satu dialek atau bahasa sebagai bahasa yang baku berbanding
dengan dialek-dialek lain dalam usaha meningkatkan penggunaan bahasa itu dalam bidang ilmiah dan
pentadbiran, demi meningkatkan komunikasi.
Pemodenan ialah usaha-usaha pengembangan kosa kata dan pembinaan bentuk-bentuk wacana
tertentu, biasanya ilmiah.Pembinaan kosa kata ini melibatkan penciptaan istilah dan ungkapanungkapan tertentu untuk menampung keperluan ilmiah atau pentadbiran bahasa itu.

Bagi H. Kloss (1969) melihat perancangan bahasa sebagai mempunyai dimensi, iaitu perancangan taraf
dan perancangan bahan. Perancangan taraf ialah usaha menentukan taraf sesuatu bahasa atau dialek
berbanding dengan bahasa atau dialek lain. Biasanya memilih sesuatu dialek atau bahasa menjadi
bahasa kebangsaan.Perancangan bahan melibatkan pembentukan istilah baru, pembakuan ejaan dan
pembakuan tatabahasa, iaitu usaha-usaha yang menggunakan bahan sebagai yang diolah dan
dibentuk.Kloss juga mengemukakan satu unsur lagi, iaitu kewangan atau pembiayaan, yangmelibatkan
aspek ekonomi dan pengurusan di dalam perancangan bahasa. Sama seperti perancangan lain, unsur
pembiayaan dan pengurusan adalah penting.

4. PERANCANGAN BAHASA DI NEGARA-NEGARA TANPA TOLOK, EKATOLOK DAN PELBAGAI TOLOK


Perancangan bahasa bagi negara-negara tanpa tolok iaitu negara-negara yang tidak mempunyai
model atau tolok dari negaranya sendiri adalah berdasarkan tipologi penentuan Dasar Bahasa jenis A
oleh Fishman.. Penentuan Dasar Bahasa jenis A terhasil oleh persetujuan sekurang-kurangnya
dikalangan pemimpin, bahawa tidak ada tradisi sosiobudaya yang meliputi seluruh negara dan rakyat
juga tidak ada tradisi politik yang menegakkan negara itu sebagai negara yang bebas merdeka dan yang
didefinisi oleh garis sempadan yang membentengi kedaulatannya. Oleh itu, penentuan dasar bahasa
bagi negara jenis ini dibuat oleh pihak yang berkuasa yang berpendapat bahawa negara mereka belum
mempunyai tradisi Agung yang dapat dirujuk dalam usaha mempersatukannya.

Bagi negara-negara yang sedang membangun yang pernah dijajah ,pemilihan bahasa dalam
perhubungan luas itu juga bererti pemilihan bahasa penjajahnya. Contoh-contoh negara seperti ini ialah
Cameroons, Ghana, Zambia dan Tanzania yang terletak di Benua Afrika.Perancangan bahasa bagi negara
ini agak terbatas kerana bahasa perhubungan luas yang dipilihnya itu sudah terbina dan diterima oleh
masyarakat.Peristilahan tidak merupakan masalah begitu juga dengan kodifikasi bahasa.Bagaimanapun
terdapat dua kegiatan perancangan bahasa yang diperlukan iaitu kajian mengenai bahasa tempatan
secara terbatas dan pengajaran bahasa tempatan secara terbatas kepada generasi tua.Kegiatan pertama
tadi diadakan dengan tujuan memperbaiki kaedah pengajaran bahasa perhubungan luas kepada
rakyat.Kegiatan kedua pula bertujuan untuk membasmi buta huruf dalam kalangan generasi tua melalui
bahasa mereka sendiri.

Seterusnya ,penentuan dasar bahasa bagi negara ekatolok pula iaitu negara-negara yang mempunyai
satu bahasa yang boleh diambil sebagai modelnya, Fishaman membuat tipologi Penentuan Jenis B.
Penentuan Jenis B ini merupakan pemilihan satu bahasa bumiputera atau yang dibumiputerakan
(misalnya bahasa Inggeris di Amerika Syarikat) untuk dijadikan bahasa kebangsaan. Penentuannya
diasaskan pada kesatuan sosiobudaya yang sudah lama tertanam dan juga pada sempadan politik
negara yang berkenaan. Terdapat persetujuan am antara golongan yang berkuasa dan juga rakyat jelata
bahawa ada satu Tradisi Agung yang melatari kehidupan mereka yang meliputi hukum adat,
kepercayaan, adar resam, kesusasteraan, identiti dan sebagainya. Contoh negara-negara Jenis B ialah
Thailand, Malaysia, Indonesia dan Jepun.

Perancangan bahasa di negara ekatolok ini meliputi permodenan bahasa kebangsaan dan pengajaran
bahasa perhubungan luas.Permodenan bahasa kebangsaan bermakna usaha-usaha yang dijalankan
untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang teguh dalam bidang pendidikan,
pemerintahan dan sebagainya.Pengajaran bahasa perhubungan luas diperlukan dalam mempersiapkan
rakyat untuk ikut serta dalam perkembangan ilmu pengetahuan dan juga hubungan antarabangasa.

Bagi negara-negara pelbagai tolok iaitu negara yang mempunyai lebih daripada satu Tradisi Agung
yang berasingan satu sama lain ditentukan oleh Penentuan Jenis C. Tiap-tiap Tradisi Agung itu
memperlihatkan keteguhan dari segi jumlah anggota masyarakatnya, dan dari segi ekonomi dan
ideologi cukup kuat untuk menyatukan masyarakat negaranya. Bagi negara-negara ini, nasionalisme

sudah ada dan apa yang diperlukan ialah bahasa yang merupakan bahasa kerja untuk tujuan itu dipih
bahasa perhubungan luas, yang lebih diutamakan dalam bahasa tulisan dan dalam keadaan normal.
Contohnya negara seperti India, Pakistan, Sri Lanka dan Singapura.

5. PERANCANGAN DAN PEMBINAAN BAHASA DI MALAYSIA


Perancangan bahasa di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu perancangan taraf bahasa
(status planning) dan perancangan korpus bahasa atau pembinaan bahasa (language corpus planning)

5.1 Perancangan Taraf Bahasa


Perancangan taraf ialah memilih satu daripada berbagai-bagai bahasa untuk di jadikan bahasa rasmi di
sesebuah negara.. Dalam konteks Malaysia, bahasa yang dipilih ialah Bahasa Melayu dan ini disahkan di
dalam artikel 152 Pelembangan Persekutuan Perancangan bahasa daripada segi taraf melibatkan
keupayaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.
Perancangan bahasa daripada segi sistemnya pula melibatkan pembakuan ejaan, sebutan, kosa kata,
tatabahasa dan laras bahasa. Penetapan bahasa Melayu sebagai asas perancangan bahasa di Malaysia
didasarkan pada penerimaan kenyataan bahawa bahasa Melayu merupakan tonggak tamadun di alam
Melayu sejak zaman Sriwijaya dan kemudian pada zaman kesultanan Melayu di pelbagai pusat tamadun
Melayu di rantau Asia Tenggara.
Perancangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu diasaskan pada
Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu dua daripada beberapa dasar penting
dalam proses pembinaan negara, iaitu proses yang diperlukan oleh negara yang baru mencapai
kemerdekaan untuk membentuk acuan dan sifat kenegaraannya. Kedua-dua dasar kenegaraan itu,
bersama-sama dengan satu dasar lain, iaitu Dasar Kebudayaan Kebangsaan mewakili aspek dalaman
atau aspek kerohanian rakyat Malaysia, iaitu aspek yang menayangkan pandangan sarwa, sistem nilai,
pemikiran dan adab bangsa. Dasar-dasar itu, bersama-sama dengan dasar lain dalam bidang yang
mewakili aspek jasmaniah atau fizikal, iaitu Dasar Ekonomi Baru (kemudian Dasar Pembangunan
Nasional) menjadi tonggak proses pembinaan negara yang telah disebut sebelum ini.

Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dilaksanakan dengan berasaskan undang-undang negara, iaitu
Perlembagaan Persekutuan (Perkara 152) dan Akta Bahasa Kebangsaan, sementara Akta Pendidikan
(mulanya Akta Pelajaran 1961 dan kemudian Akta Pendidikan 1996) berkaitan dengan pelaksanaan
bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara. Badan yang diberi amanah
secara khusus merancang bahasa Melayu ialah Dewan Bahasa dan Pustaka, dengan berdasarkan Akta
Dewan Bahasa dan Pustaka (mulanya Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 dan kemudian Akta
Dewan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka, Pindaan dan Peluasan 1995).
Setelah mantap penetapan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa
ilmu, maka ditumpukan pula pada aspek perancangan sistem atau korpus bahasa. Dalam perancangan
korpus bahasa Melayu, usaha dilaksanakan dalam dua strategi pula, iaitu pembinaan dan
pengembangan bahasa.

5.2 Perancangan Korpus Bahasa atau pembinaan bahasa Melayu


Pembinaan bahasa merujuk kepada usaha melengkapkan bahasa daripada sudut korpus bahasanya iaitu
kata umum, istilah,tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras bahasa agar dapat bahasa itu memainkan
peranan sebagai wahana komunikasi yang cekap dan berkesan dalam konteks pembangunan bangsa dan
negara. Pembinaan bahasa Melayu telah pun bermula sejak tahun 1956 lagi dan melibatkan dua institusi
iaitu Maktab Perguruan Bahasa Tanjung Malim dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).Maktab Perguruan
di pertanggungjawab mengajar bahasa Melayu dan DBP diberi tanggungjawab mencipta istilah,
menggubal sistem ejaan standard (1972) dan menyusun tatabahasa standard.Namun dalam tahun 70an
fokus utama pembinaan bahasa ialah melibatkan aspek ejaan, tatabahasa (nahu), peristilahan dan kosa
kata.

5.2.1 Ejaan
Ejaan terdiri daripada penyusunan huruf-huruf untuk menghasilkan perkataan yang mempunyai maksud
tertentu kemudian disebut serta difahami.Pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasi masalah
ketidakselarasan beberapa sistem ejaan Rumi yang digunakan oleh pengguna bahasa Melayu.Terdapat
tujuh jenis sistem ejaan yang pernah wujud di Malaysia. Daftar ejaan Za'ba telah pun dikeluarkan pada
tahun 1937 manakala daftar ejaan baru Bahasa Melayu dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
pada 1980. Ejaan dalam Bahasa Melayu terdiri daripada dua aspek iaitu aspek sistem ejaan rumi lama
dan ejaan rumi baru.Pada tahun 1972 sistem ejaan rumi baru Bahasa Melayu telah dipersetujui bersama
Malaysia dan Indonesia untuk mencapai tujuan standardisasi atau pembakuan bahasa antara Malaysia
dan Indonesia. Namun masih terdapat tiada kesepakatan dalam beberapa keadaan tentang ejaan
seperti berikut:Malaysia Indonesia

Mahu - mau ,ubat - obat, muzium- museum, kerana - karena


Walaubagaimanapun, dengan adanya sistem ejaan Rumi yang dikemaskinikan itu, segala dokumen
pentadbiran, bahan pengajaran dan pembelajaran serta bahan untuk segala bentuk komunikasi bertulis
diasaskan pada satu sistem ejaan yang relatif dan seragam sebagai pedoman kepada masyarakat. Dewan
Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan sejumlah buku dan risalah, antaranya Pedoman Umum Ejaan
Bahasa Melayu (1975), Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981), dan daftar kata Bahasa Melayu
:Rumi-Sebutan-Jawi (2001). Selain itu, Dewan Bahsa dan Pustaka juga telah menerbitkan perisian
komputer Dewan Eja yang merupakan penyemak ejaan Rumi bahasa Melayu.Walaupun standardisasi
ejaan sukar dicapai tetapi sistem ejaan peringkat nasional wajar dijayakan agar masalah tidak timbul
diperingkat supranasional.
5.2.2 Tatabahasa
Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu
perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk
menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan
serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya. Mengikut konsep tradisional pula
tatabahasa ialah satu cara mengkaji bahasa berdasarkan hukum-hukum yang telah dibuat terhadap
bahasa itu berdasarkan makna. Plato (429-347) menerangkan kata nama sebagai noun dan perbuatan
adalah verb. Ayat sebagai ucapan juga mempunyai fikiran yang lengkap. Empat jenis ayat iaitu ayat
penyata, ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah yang berdasarkan logika.
Keperluan, pertumbuhan dan perkembangan tatabahasa di dalam pengajian pendidikan dan masyarakat
umum telah mula sejak zaman berzaman lagi sehinggalah sekarang. Antara tokoh-tokoh penulis
tatabahasa bahasa Melayu yang memberi sumbangan besar kepada perkembangan dan pembinaan
tatabahasa bahasa Melayu ialah Shellabear (1899) menulis "A practical Malay Grammar", Adam & Butler
(1948) menulis "Grammar of the Malay Language", Tandeloo (1901) menulis "Malaisch Grammatica"
dan R.O.Winstedt (1913) menulis buku tatabahasa "Malay Grammar".
"Pelita Bahasa Melayu" karangan Za'ba (1953) adalah buku tatabahasa paling luas digunakan bagi
memajukan bahasa dan kesusasteraan Melayu.Sebelum ini beliau juga menghasilkan Kitab Ilmu Bahasa
Melayu (1926) dan Kitab Pelita Mengarang (1926) dan Ilmu Mengarang Melayu (1950). Di Universiti
Malaya, buku karangan Lufti Abas (1971) "Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu" telah menjadi
rujukan para mahasiswanya. Buku ini telah membincangkan tentang linguistik dan bahasa, nahu,
fonetik, fonologi, sintaksis dan nahu tranformasi-generatif bahasa Melayu.Hasil tulisan Abdullah Hassan
(1980) dalam buku "Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia" telah juga menerangkan tentang
konsep tatabahasa dan menghuraikan dengan jelas kompenan-kompenan nahu tranformasi.Begitu juga
dengan buku tulisan Lim Kiat Boey (1975) bertajuk "An Introduction to Linguistics for the Language
Teacher" yang menerangkan konsep-konsep dan peraturan-peraturan tatabahasa tranformasi-generatif.
Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai salah satu badan perancang bahasa di negara ini telah berusaha
mengemaskinikan tatabahasa Melayu dengan menerbitkan Tatabahasa Dewan Jilid 1 (1986) dan
Tatabahasa Dewan Jilid 11 (1989) dan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993).DBP juga turut menerbitka

pelbagai buku dan risalah tentang Tatabahasa sebagai kegunaan rujukan pelbagai pihak.Misalnya buku
Nahu Melayu Mutakhir oleh Prof. Asmah Hj Omar, CD-rom Tatabahasa Melayu dan banyak lagi.

5.2.3 Kosa kata


Dewan Bahasa dan Pustaka telah berusaha untuk merakamkan kekayaan kosa kata atau
perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu sejak tahun 1960an.sebelum itu, kekayaan kosa kata bahasa
Melayu telah dirakamkan oleh para sarjana asing dalam bentuk daftar dan kamus seperti Daftar Kata
Melayu Cina (abad ke 15), Kamus Melayu-Itali oleh Antonio Pigafetta pada usku abad ke-16, Kamus
Melayu-Inggeris oleh Thomas Bowry dan lain-lain lagi. Usha pertama Dewan Bahsa dan Pustaka ialah
dengan menerbitkan Kamus Dewan (1970) yang mengandungi 30,000 perkataan merupakan kamus
ekabahasa Melayu yang terunggul sebagai rujukan. Kemudian DBP turut menerbitkan kamus seperti
Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar (975) untuk pelajar sekolah menengah, Kamus Rendah Dewan
Bergambar (1989) untuk murid sekolah rendah.Bagi memastikan pengembangan bahasa Melayu yang
lebih berkesan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama swasta telah menerbitkan kamus
elektronik iaitu Kamus Telapak BESTA DBP1 (1989) dan Kamus Pena Quicktionary (200).
5.2.4 Istilah
Istilah bermakna kata atau gabungan kata yang menerangkan satu makna, konsep, proses, keadaan atau
sifat yang khas dalam bidang tertentu (PUPIBM, 1981: 1)Dalam usaha pembinaan bahasa yang
berterusan, DBP diberi peranan sebagai urusetia dan tempat merujuk sementara IPT berperanan
menyediakan kepakaran dan mencipta istilah. Strategi-strategi ke arah mencapai matlamat ini, berbagai
program, polisi/dasar dan jawatankuasa-jawatankuasa dibentuk untuk menyelaras peristilahan. Contoh
Jawatankuasa Istilah DBP(1957), Pedoman Umum Pembentukan Istilah (1975), Pelaksanaan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa penghantar di IPT (1975), Jawatankuasa Penyelaras ialah Jawatankuasa Tetap
Bahasa Malaysia, Panitia Perkembangan dan Pembinaan Bahasa Indonesia dan Majlis Bahasa MalaysiaIndonesia (di Malaysia) dan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (di Indonesia). Menurut (Abdullah Hassan
1987) dalam "Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia", DBP telah mencipta
istilah 487249 buah meliputi 36 bidang (1957). Antaranya ialah istilah linguistik (cetakan ke-2, 1975),
istilah Seni Muzik (1974), istilah pentadbiran (1962), istilah undang-undang (1970), istilah kesusasteraan
(1972), istilah ekonomi (1967), istilah sains am, jabatan pertanian, fizik dan perhutanan (Ainuddin
Wahid:1958), contoh: boiler= dandang; chemical bond = ikatan kimia.
Di samping perkembangan peristilahan giat dilaksanakan terdapat juga beberapa masalah seperti
kurangnya kepakaran, pertindihan istilah yang dicipta atau satu istilah dikongsi oleh lebih satu bidang
dan penerimaan serta mendukung konsep istilah masih terdapat perbalahan antara bijak pandai
memilih sendiri istilah yang diperlukannya.
6. PERANAN TOKOH DAN AGENSI DALAM PERANCANGAN BAHASA DI MALAYSIA

Proses perancangan bahasa di Malaysia telah bermula sejak zaman sebelum merdeka dan
berkembang pesat selepas merdeka. Sebelum merdeka, perancangan bahasa menjadi sebahagian
penting daripada pejuangan kebangsaan orang-orang Melayu.Pada waktu itu pihak kerajaan Inggeris
tidak membuat sebarang dasar untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan negara ini.Oleh yang demikian, usaha perancangan bahasa datang daripada keinsafan
individu-individu tertentu.Mereka mengarang buku, menubuhkan pelbagai persatuan dan mengadakan
pelbagai aktiviti untuk menegakkan kedaulatan bahasa Melayu. Antara tokoh-tokoh tersebut ialah
seperti Abdullah bin Abdul Kadir Munshi,Raja Ali Haji,Mohd. Said bin Haji Sulaiman, Pendeta Zaba dan
lain-lain lagi. Begitu juga terdapat pelbagai pertubuhan dan agensi yang menyumbang dan memainkan
peranan dalam perancangan bahasa di negara ini.
6.1 Abdullah Bin Abdul Kadir Munshi
Abdullah bin Abdul Kadir Munshi ialah orang Melayu yang pertama dan yang paling lantang
menyatakan pemerhatiannya tentang sikap serta pandangan orang Melayu terhadap bahasa Melayu.
Beliau telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 M bertajuk Syair Singapura Terbakar yang
bukan sahaja memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui karya kesusasteraan
malahan juga beliau menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu.Bahasa yang digunakan
dalam karyanya juga memperlihatkan perkembangan bahasa itu sendiri dengan menciptakan perkataanperkataan atau benda-benda baru dalam bahasa Melayu untuk mempercakapkan hal-hal atau bendabenda baru yang timbul kerana pertemuan anatara kebudayaan Timur dan Barat. Perkembangan bahasa
Munshi Abdullah tidak menghairankan kerana beliau mendapat pendidikan Inggeris berbanding
sasterawan terdahulu yang mendapat pendidikan Arab. Karya-karyanya ialah seperti Syair Singapura
Terbakar (1830), Hikayat Kalilah Wa Daminah (terjemahan Tamil, 1835), Kitab Adat Segala Raja-raja
Melayu dalam Segala negeri (1837), Dawail-kulub (1838), Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838),
Hikayat Abdullah (1843), Kisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah (1854).
6.2 Zaba
Tan Sri Pendeta Zaba (1895 1973), atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad merupakan
seorang tokoh bahasa dan pemikir Melayu yang dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Jempol, Batu Kikir,
Negeri Sembilan. Beliau terlibat secara aktif dalam penulisan dan juga kegiatan sosial dan politik
tanahair.Beliau juga merupakan seorang penulis rencana dan esei yang istimewa dan gigih menulis
dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris.Karya beliau yang paling penting ialah Pelita Bahasa
Melayu yang merupakan buku nahu dan latihan penggunaan bahasa telah diterbitkan dalam tiga
penggal.Penggal 1 1940, Penggal 2 1946 dan Penggal 3 1949.Pelita Bahasa Melayu 1 dalam tulisan Jawi
membicarakan tentang nahu dan sangat berpengaruh sebagai nahu pengajaran ulung bahasa Melayu.
Pelita Bahasa Melayu 2 pula adalah lanjutan daripada Pelita Bahasa Melayu 1 iaitu dikhususkan
bahagian karang-mengarang dan latihan lanjut tentang nahu.Pelita Bahasa Melayu 3 iaitu buku yang
terakhir adalah buku untuk memperlengkapkan bahagian karang-mengarang. Sumbangannya dalam
ketiga-tiga buah buku ini kepada perkembangan bahasa Melayu amat besar. Begitu juga dengan karyakaryanya yang lain seperti Ilmu Bahasa Melayu (1926), Rahsia Ejaan Jawi (1929), Pelita Menagarang,

Ilmu Mengarang Melayu (1934), Daftar Ejaan Melayu:Jawi-Rumi (1938) memberi sumbangan yang amat
besar dalam perkembangan bahasa Melayu.

6.3 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)


Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bermula sewaktu negara membuat persiapan
untuk menyambut kemerdekaan. Sebuah jabatan telah ditubuhkan di Kementerian Pelajaran (kini
Kementerian Pendidikan) dengan nama Balai Pustaka (pejabat di Johor Bahru).Dalam Kongres Bahasa
dan Persuratan Melayu ke-3 (1956), nama Balai Pustaka ditukar kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pada tahun 1957, DBP berpindah ke Kuala Lumpur.
Pada tahun1959, DPB berubah tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila
diluluskan Akta Dewan Bahasa. Akta penubuhan DPB menyatakan matlamat badan tersebut ialah:
1. Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan.
2. Memajukan bakat kesusasteraan,terutama bahasa kebangsaan.
3. Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalahrisalah dan bentuk persuratan lain-lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain.
4. Menyamakan ejaan bunyi sebutan dan mengubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa
kebangsaan.
5. Menyusun dan menerbit dan sebuah kamus bahasa kebangsaan.

Antara usaha DBP ialah mengadakan Kempen Bahasa Kebangsaan yang dijalankan secara besarbesaran di seluruh negara melalui poster-poster, aktiviti sekolah dengan mengadakan peraduan
perbahasan ,syaharan ,karangan dan lain-lain. Pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
juga diadakan secara besar-besaran.Dewan Bahasa dan Pustaka juga mengadakan peraduan mengarang
novel, dan hadiah yang lumayan diberi.Usaha ini diteruskan oleh GAPENA yang bergabung dengan ESSO
memberi hadiah-hadiah istimewa kepada penulis-penulis novel, cerpen dan sajak yang berjaya. Hadiah
Sasterawan Negara menyusul usaha-usaha ini.Ini memberi penghargaan yang paling tinggi kepada
sasterawan dan sebagai salah satu usaha dalam perancangan bahasa untuk meningkatkan taraf bahasa
Melayu.

6.4 MBIM dan MABBIM


Majlis Bahasa Melayu-Indonesia ditubuhkan pada bulan Disember 1972. Angkatan Sasterawan 50
telah menyarankan supaya kedua-dua bahasa Melayu dan Indonesia dapat disatukan.Ada dua tugas
yang dikendalikan oleh MBIM. Dalam tiga tahun pertama, ia berusaha menghasilkan satu sistem ejaan
baru bersama.Tugas ini terhasil dengan terbitnya pedoman ejaan baru bagi kedua-dua bahasa. Sistem
ejaan ini memperlengkap sistem ejaan yang diisytiharkan pada tahun 1972 dan mengadakan pedoman
yang lebih sempurna.pemakaian sistem ejaan bersama ini memudahkan perhubungan antara kedua
abhasa.Pekara kedua yang dijalankan oleh MBIM ialah untuk menyelaraskan istilah ilmu yang dipakai di
kedua-dua negara.Pada tahun1975, Pedoman Umum Pembentukan Istilah telah diterbitkan.di samping
itu, majlis ini juga terlibat dalam pembentukan dan penyelarasan istilah di antara kedua-dua negara.
Sejak 1979 MBIM disertai oleh Brunei Darussalam menjadi rasmi sejak 1984.tugas MBIM diperluas
supaya mencakup bidang kebahasaan umumnya.Kemudian sejak 1985 Singapura mula menyertai MBIM
dengan menghantar wakil ke majlis tersebut sebagai pemerhati.ini menjadikan MBIM sebagai daya
penggerak yang lebih kuat untuk memperkembangkan bahasa Melayu di rantau ini. Dengan itu MBIM
bertukar nama menjadi MABBIM (Majlis Bahasa Brunei Darulsalam Indonesia Malaysia).
7. PENGEMBANGAN BAHASA MELAYU
Pengembangan bahasa Melayu yang amat pesat telah berlaku dalam suku abad yang lalu
semenjak bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan di negara ini. Pengembangan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka melalui program pengembangan disektor awam, sektor swasta dan sektor antarabangsa.
Pengembangan bahasa Melayu di sektor awam meliputi usaha mengadakan kursus,ceramah, forum dan
seminar bahasa kebangsaan, pembentukan pegawai bahasa di setiap kementerian, jabatan dan agensi
kerajaan, program Munsyi Dewan dan lain-lain lagi. Pengiktirafan juga diberikan kepada tokoh penggiat
bahasa.
Pengembangan bahsa Melayu pada peringkat sektor swasta turut diadakan seperti Gerakan
Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta pada tahun 1996.Empat bidang utama diberi tumpuan iaitu
Perdagangan Dalam Negeri, Industri Khusus, Industri Perkhidmatan Kewangan dan Media Massa.
Bidang-bidang tersebut terdapat pula subbidang untuk mengembangkan bahasa kebangsaan dalam
sektor swasta.Antara program yang dijalankan ialah penggunaan bahasa kebangsaan, pemantauan
penggunaan bahasa kebangsaan, khidmat nasihat bahasa, anugerah dan penghargaan, peraduan,
khidmat pengeditan dan penterjemahan dokumen perniaagaan dan kursus bahasa.
Seterusnya, pengembangan pada peringkat sektor antarabangsa bermula dengan kerjasama antara
Malaysia dengan Indonesia dengan termenterai Pernyataan Bersama Pemerintah Indonesia dan
kerajaan Malaysia pada 23 Mei 1972.Ini telah menjadi asas terbentuknya Majlis Bahasa IndonesiaMalaysia (MBIM) bagi melaksanakan penyelarasan sistem ejaan Rumi dan peristilahan antara kedua-dua
negara. Kemudian, diikuti dengan penyertaan Brunei Darulsalam pada tahun 1985 dan bertukar nama
kepada Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM). MABBIM telah merancang

peluasan skop kerjanya daripada kerjasama ejaan dan peistilahan kepada penelitian dan penyusunan
serta penerbitan karya ilmiah.
8.KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, perancangan bahasa dan pembinaan bahasa Melayu harus ditangani secara
sistematik agar halatuju untuk meningkatkan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa dunia dapat
direalisasikan.Tegasnya, perancangan bahasa mestilah berlandaskan kepada langkah-langkah dan
strategi yang dapat dilaksanakan dengan teratur dan terpeinci. Sesungguhnya, sesuatu alat boleh
dirancangkan untuk diperbaiki, dan sesuatu alat itu boleh diperbaiki dari segi ejaannya, tatabahasanya,
istilahnya dan penggunaan bahasa itu secara umum untuk menjadi lebih efisien

Minggu 1: Pengenalan Kursus

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk meningkatkan kecekapan berbahasa,
setaraf dengan peringkat intelek mereka dengan merangkumi aspek sejarah perkembangan
bahasa, sistem ejaan, tatatingkat tatabahasa (morfologi, sintaksis), apriasasi komunikasi
penulisan dan lisan. Ini juga bertujuan untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi menghayati
dan melahirkan fikiran tentang ilmu pengetahuan, hal-hal persendirian dan kemasyarakatan
dalam konteks rasmi, kreatif dan bukan kreatif melalui lisan dan penulisan, serta memupuk
daya pengembangan berbahasa pelajar bagi kepentingan pendidikan tinggi dan kerjaya.

Objektif

Objektif pengajaran adalah untuk membolehkan pelajar:

Menguasai kecekapan berbahasa , setaraf dengan peringkat intelek di samping mengungkapkan


fikiran dengan bahasa yang betul, kemas, padat dan meyakinkan secara lisan dan bertulis.

Meningkatkan pengetahuan tentang sistem bunyi, sistem ejaan, tatabahasa, kosa kata
bahasa Melayu serta menggunakan secara berkesan dari segi sebutan dan intonasi, ejaan,
tatabahasa, kosa kata, ungkapan dan laras.

Boleh berkomunikasi di khalayak secara berkesan dengan penuh sopan menggunakan


unsur-unsur dinamika bahasa di samping mengekalsubur dan mendayagunakan nilai
murni masyarakat Malaysia.

Teks Pegangan

1. Nik Safiah Karim et.al, (1993). Tatabahasa Dewan Edisi Baru, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buku Rujukan:

1. Abdullah Hasssan dan Ainon Mohd, (1994). Tatabahasa Dinamika, Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

2. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1994). Panduan Ejaan Rumi, Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

3. Ab. Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt (1998) Bahasa Melayu Komunikasi 3, Kuala
Lumpur; Longman.

4. Arbak Othman, (1981). Tatabahasa Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur : Sarjana


Enterprise.

5. Arbaie Sujud et. al, (1997). Pengajian Melayu 1: Ilmu Bahasa dan Kecekapan
Berbahasa, Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

6. Asmah Haji Omar,(1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

7. Hashim Hj Musa, (1990). Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Agensi


Penerbitan.

8. Ismail Dahaman, (2000). Pedoman Ejaan dan Sebutan


:Dewan Bahasa dan Pustaka.
9.

Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

Kamarudin Hj Husin, (1995). Laras Bahasa, Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn.Bhd.

10. Kamus Dewan (edisi ketiga) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
11. Ramli Hj Salleh, (1995). Sintaksis Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

12. Sulaiman Masri, (1995). Penulisan dalam Bahasa Melayu Baku, edisi kedua, Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Minggu 1 : Sejarah Bahasa Melayu

Bahasa Melayu : Pengenalan


1. Asal-usul Bahasa Melayu
2. Perkembangan Bahasa Melayu
3. Bahasa Kebangsaan
4. Akta Bahasa
5. Bahasa Rasmi

Pendahuluan:
Dalam kuliah ini para pelajar akan didedahkan dengan asal-usul bahasa Melayu, perkembangan
bahasa Melayu pada zaman kegemilangan Melaka, zaman penjajah, zaman pramerdeka dan

selepas merdeka. Selain itu, ia turut mengetengahkan pendapat tokoh-tokoh bahasa tentang
bahasa Melayu baku, apa yang dimaksudkan dengan bahasa kebangsaan, akta bahasa dan
bahasa rasmi.

Objektif:
Pada akhir bab ini, pelajar dapat mengetahui:

Asal usul bahasa Melayu

Perkembangan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu

Bahasa Melayu baku

Perbezaan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

1. Asal usul Bahasa Melayu

Asal-usul bahasa Melayu adalah dari filum Austrik. Filum Austrik terpecah kepada dua rumpun
bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia (dulu dikenali sebagai
Malayo-Polinesia) Pemecahan rumpun Austronesia kepada 4 keluarga iaitu Indonesia
(Nusantara), Melanesia, Mikronesia, dan Polinesia.
Dari keluarga Indonesia (Nusantara), bahasa Melayu terpecah kepada 16 subkeluarga
atau bahasa iaitu bahasa Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Gorontalo, Tomini,
Toraja, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi Selatan, Muna-Butung, Bima-Sumba, Ambon-Timur,
Sula-Bacon, Halmahera Selatan-Irian Jaya. Dalam subkeluarga Sumatera termasuk bahasa
Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung, dan orang Laut.

Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal dari
golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah
turun dalam dua gelombang pergerakan ke wilayah Asia Tenggara. Golongan pertama disebut
Melayu Proto yang datang sejak tahun 2,500 sebelum Masihi.Tidak dijelaskan mengapa mereka

berpindah. Mereka tinggal di kuala-kuala sungai dan pantai untuk memudahkan kerja-kerja
mencari makan.
Golongan kedua disebut Melayu Deutro yang datang kira-kira dalam tahun 1,500
sebelum Masihi. Perpindahan mereka juga tidak dapat dipastikan sebab-sebabnya. Melayu
Deutro ini telah berpindah mengikut jalan dan laluan yang dilalui Melayu Proto. Apabila sampai
di Selatan mereka mendesak golongan pertama ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke
kawasan gunung, atau ke tempat-tempat yang terpencil. Manakala Melayu Deutro tinggal di
kawasan tanah pamah, tanah rendah, lembah sungai dan di tepi laut.

Selain daripada itu, terdapat teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Tanah
Besar Asia Tenggara. Pendapat ini didukung oleh pengkaji-pengkaji barat. H. Kern menyatakan
bahawa penduduk di Kepulauan Asia Tenggara berasal dari Assam, di bahagian timur negara
India. Beliau membuat kesimpulan demikian lantaran terdapat persamaan-persamaan adat
resam beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku-suku di Assam seperti suku Naga di
India.
Henry Yule pula berpendapat seperti J.R. Logan iaitu tentang wujudnya persamaan adat
resam antara penduduk-penduduk di daratan Asia Tenggara dengan yang terdapat di
Kepulauan Melayu. Persamaan-persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah daripada
keturunan yang sama.
Berdasarkan kajian-kajian ini boleh dikatakan bahawa penduduk -penduduk kepulauan Asia
Tenggara hingga ke Lautan Teduh berasal dari tanah besar Asia Tenggara. Tetapi tidak dapat
dipastikan dari mana. Ada yang mengatakan dari Yunan, di barat daya negeri China, dari
Assam, India, dari Asia Tengah dan ada juga yang mengatakan dari bahagian selatan tanah
besar Asia Tenggara.

2. Perkembangan Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke-7 dan dianggap satu daripada
200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Antara Kerajaan Melayu yang wujud pada
masa itu ialah Kalingga, Kendiri, Singgahsari dan Majapahit.
Salah satu faktor meluasnya penggunaan bahasa Melayu adalah disebabkan ciri-ciri
keterbukaannya di samping keupayaan menerima pengaruh bahasa-bahasa lain.

2.1 Bahasa Melayu pada Zaman Kegemilangan Melaka.

Bahasa Melayu berkembang pesat di Kepulauan Melayu pada abad ke-13 apabila Islam
bertapak di situ. Faktor yang mempengaruhinya ialah:
Peranan pendakwah
Melaka sebagai pelabuhan yang terkenal
Peranan golongan istana dan pedagang
Bermula dengan kejatuhan Melaka pada tahun 1511, penjajah bersilih ganti bermula dengan
Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Peranan yang dimainkan oleh Inggeris berjaya
mempengaruhi golongan bangsawan. Rakyat kebanyakan dan sebilangan kecil cendekiawan
masih memberi sokongan untuk mendaulatkan bahasa Melayu.
Selepas kejatuhan Melaka, pusat kesusasteraan perkembangan Islam beralih ke Riau,
Acheh dan Palembang.

2.3 Bahasa Melayu pada Zaman Pramerdeka

Semangat untuk mengembangkan bahasa Melayu di Nusantara termuat dalam Sumpah Pemuda
(1928) yang mendaulatkan bahasa Melayu/ bahasa Indonesia sebagai bahasa politik dan
perjuangan. Perkembangan politik di Indonesia turut mempengaruhi Tanah Melayu dalam
usaha mencapai kemerdekaan.

Di Tanah Melayu Persatuan Penulis ASAS 50, pelajar-pelajar Sekolah Inggeris, pelajarpelajar SITC, pelajar Timur Tengah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap British.
Persoalan bahasa terus dibincangkan sehingga kemuncaknya pada tahun 1955-1959
apabila wujudnya Laporan Razak (1956). Antara perkara penting dalam laporan tersebut ialah:
Satu sukatan pelajaran yang sama
Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib.
Pada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 yang berlangsung pada 16-21
September 1956 bertempat di Johor Bahru dan Singapura telah bersetuju menubuhkan
Balai Pustaka yang kemudiannya dikenali sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.4 Bahasa Melayu Selepas Merdeka

Selepas Merdeka:* bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi negara.


* Perlaksanaan Laporan Razak untuk mendaulatkan bahasa Melayu.
* Dewan Bahasa dan Pustaka telah dipindahkan ke Kuala Lumpur.
* Menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan 1970, istilah bahasa Melayu telah ditukar
kepada bahasa Malaysia untuk menimbulkan semangat kekitaan di kalangan rakyat.
Selepas perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) istilah ini ditukar pula
kepada bahasa Melayu.

3. Bahasa Melayu Baku

Beberapa pendapat telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh bahasa berkaitan dengan bahasa
Melayu baku.

Bahasa standard satu norma yang agak seragam atau satu dialek
bahasa yang digunakan oleh sekumpulan penutur untuk berhubung.
(Abdullah Hassan 1983:323)
Bahasa baku merupakan satu bentuk bahasa yang telah dikodifikasikan, diterima dan
dijadikan sebagai model oleh sekumpulan besar komuniti bahasa.
(Nik Safiah Karim, 1978:17)

"...... bahasa Melayu yang telah diterima oleh semua pemakai bahasa
Melayu dari berbagai-bagai dialek dan tingkat masyarakat dan
digunakan dalam semua lapangan kebudayaan".
(Asmah Hj. Omar1978:112)

Garvin dan Mathiot membahagikan fungsi bahasa baku kepada empat iaitu:
Fungsi penyatu
Fungsi pemisah
Fungsi prestij dan
Fungsi kerangka rujukan
** Untuk keterangan lanjut sila rujuk Bab 3: Sebutan Baku Bahasa Melayu

4. Bahasa Kebangsaan

Bahasa kebangsaan ialah:


* Bahasa yang diterima dan digunakan oleh orang ramai (penduduk) dalam

sesebuah

negara yang mempunyai pelbagai bahasa.


* Bahasa yang dipilih oleh sesebuah negara yang merdeka sebagai lambang jati diri di
samping lambang-lambang kebangsaan lain.
* Lazimnya dipilih daripada sebuah bahasa bumiputera yang difahami umum.

Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan kerana mempunyai jumlah pemakai yang
paling banyak dan ia merupakan bahasa bumiputera.
Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa pengantar perdagangan di Nusantara sejak
beratus-ratus tahun lalu.

5.

Akta Bahasa

a)

Perlembagaan Malaysia Artikel 152:

" Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan
sepertimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen"
b)

Akta Bahasa Kebangsaan:

Akta Bahasa Kebangsaan, 1963 berkuatkuasa mulai 11 April 1963 mengandungi tiga
seksyen yang masing-masing mengenai:

i)

tulisan bahasa kebangsaan

ii)

bentuk angka, dan

iii)

bahasa dalam borang rasmi kerajaan.

6. Bahasa Rasmi
Bahasa pentadbiran
Bahasa perhubungan awam
Bahasa pengantar
Bahasa ilmiah di sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Bacaan Tambahan:

1. Asmah Haji Omar.(1983). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
2. Kamarudin Husin.et.al. (1997). Pengajian Melayu 1 . Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
3. Abdul Hamid Mahmood (1997). Variasi dan Laras Bahasa Melayu : UPM Serdang, Ideal.
4. Dr. R. Soekmono. (1992). Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia I dan II: Yogyakarta:
Kanisius
Latihan:

1) Ada teori menyatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan
manusia yang diberi nama
A. Austroasia

C. Austronesia

B. Melanesia

D. Mikronesia

2) "Mereka telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara, dan telah
memperlihatkan kepandaian belayar dan bercucuk tanam".
Kenyataan di atas merujuk kepada
A. Melayu Proto

C. Melayu Deutro

B. Melayu Semenanjung D. Melayu Minangkabau

3) Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu pada


abad ke-13 apabila Islam bertapak di situ ialah:
i)

Peranan pendakwah

ii)

Melaka sebagai pelabuhan yang terkenal

iii)

Peranan golongan istana dan pedagang

iv)

Peranan Persatuan Penulis Asas 50

A. i dan ii sahaja

C. i dan iii sahaja

B. i, ii, iv sahaja

D. i,ii dan iii sahaja

4) Pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara
termaktub dalam Perlembagaan Malaysia artikel
A. Artikel 125
B. Artikel 152

C. Artikel 251
D. Artikel 215

5) Negara Malaysia termasuk ke dalam negara yang mempunyai


A. Dwibahasa

B. Tribahasa

C.

D. Ekabahasa

Multibahasa

Jawapan Latihan Minggu 1 : Sejarah Bahasa Melayu

1. C
2. C
3. D
4. B
5. C

Minggu 2: Unsur-Unsur Asing dalam Bahasa Melayu

Pengaruh Bahasa Sanskrit

Bahasa Sanskrit dibawa oleh orang India yang datang berdagang dan mengembangkan
agama Hindu.
Bahasa Sanskrit disebarkan melalui golongan pendeta agama, epik Ramayana dan
Mahabharata.

Aspek yang mempengaruhi bahasa Melayu ialah aspek kosa kata, imbuhan dan sistem
bunyi.

Kosa Kata Pinjaman Bahasa Sanskrit

Pembelajaran : bahasa, kata, bicara


Sifat : mesra, merdu, dahaga
Tubuh manusia : kepala, lidah, bahu, nadi, sendi
Barang Perniagaan : kasturi, sutera, kapas, guni, harga, harta
Waktu/Masa : senjakala, hari, dinihari (sebelum terbit fajar, lebih kurang pukul 3 pagi),
purnama (bulan/month), tadi
Barang yang boleh dilebur/permata : emas, raksa(mercury), timah, manikam(jewel),
permata(jewel,gem), mutiara(pearl)
Perkakas : gergaji, kecapi(lute), sejenis alat bunyi-bunyian seperti gitar.
Persaudaraan : saudara, suami, isteri, ayah
Bunga dan tumbuhan : teratai, seroja, melati, melur, angsana
Kebesaran : raja, maharaja, baginda, paduka, putera, puteri, bendahara
Agama dan falsafah : dosa, pahala, puasa, neraka, dewa
Istilah lain : asmara, cinta

Imbuhan Pinjaman

Maha : mahasiswa
Tata : tatabahasa
Pra : prasejarah
Eka : ekabahasa
Dwi : dwibahasa
Tri : tridimensi
Panca : pancaindera
Pengaruh Bahasa Arab

Agama : Islam, nabi, tarikat, baligh, sujud


Ilmu : tarikh, kitab, falsafah, hisab (matematik)
Hukum : wajib, haram, adil, tertib, makruh
Adat : kaum, umat, sedekah, salam, fakir, musafir, nikah, ziarah
Kejadian : wajah, insan, wujud, dunia, akhirat, salji, haiwan

Pengaruh Tamil, Hindustan, dan Parsi

Bahasa Tamil : kari, kapal, katil, sami, jodoh, mahligai, kolam


Bahasa Hindustan : roti, kerani, curi, lucah, kapas, topi, guni, kanji
Bahasa Parsi : taman, medan, dewan, bandar, baju, gusti, jam, kahwin, saudara, nakhoda

Pengaruh Bahasa Cina

Makanan : mi, tauhu, lai, the, mihun, samsu


Pakaian dan barangan : tocang, kekwa, gincu, koyok, sempoa, bak
Rumah dan perkakas : loteng, beca, dacing, cawan, pongkes, tanglung, teko
Manusia dan hal-ehwalnya: tauke, cincau, kuntau, tongsan, tokong, angpau, kongsi, apek

Pengaruh Portugis Belanda dan Siam

Portugis : baldi, bangku, bomba, bola, beranda, dadu, jendela, garfu, gereja, kapitan,
kebaya, keju, kemeja, meja, mentega, palsu, paderi, peluru, sepatu, tuala, bendera
Belanda : duit, kamar, rokok, kantor, senapang, laci
Siam : makyong

Minggu 3: Variasi dan Laras Bahasa

Laras Bahasa

1.
2.
3.
4.

Laras Bahasa merujuk kepada gaya bahasa dalam bidang tertentu. (register)
Melibatkan pemilihan kata, frasa dan susunan ayat.
Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.
Laras juga dibezakan dari segi tatabahasa seperti ayat aktif/ayat pasif/ayat panjang/ayat
pendek.

Laras Bahasa Formal/Rasmi

1. Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.


Laras Bahasa Tak Formal

1. Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran
subjek, predikat atau objek.
Laras Bahasa Iklan

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Slogan : Mutu, Gaya dan Keunggulan.


Kaedah penyataan : Kereta untuk dijual.
Perkaitan konsep : Fauziah Latiff dan Lux.
Perisytiharan : Memperkenalkan Perodua Kancil.
Kaedah Umpan : Tawaran Percuma.
Mesra : Bank Bumiputra, Bank Anda.
Bandingan : Fab lebih bersih dan harum.
Gesaan : Cepat, jangan ketinggalan.
Pertanyaan : Sakit kepala? Makanlah Panadol.

Laras Bahasa Saintifik dan Teknikal

1. Kematangan dan keintelektualan. (ayat : subjek penerang jelas, tiada perlambangan dan
bunga-bunga bahasa).
2. Nota kaki, nota hujungan, dan bibliografi.

3. Istilah-istilah : malar hijau (evergreen), turus tapisan (filter column), keaktifan,


pendebungaan, pengoksidan.
4. Susah difahami oleh orang biasa. (gambar rajah, jadual, graf, formula, simbol)
5. Bersifat formal dan objektif.
6. Menggunakan sudut pandangan orang ketiga atau neutral.
7. Mengutamakan wacana pemaparan.
Contoh : Untuk belauan sinar-X, analisis terma dan kajian mineral-mineral bahagian pasir, tanah
perlulah diasingkan mengikut saiznya, iaitu analisis granualo dibuat atas tanah halus.

Laras Bahasa Undang-Undang

1. Tiada gambar/graf, terdapat prinsip undang-undang.


2. Mementingkan keringkasan, ketepatan, keobjektifan dan kejelasan.
3. Istilah : habeas corpus, obiter dictum, defendan dan sebagainya.
Contoh : Defendan membantah pada awal prosiding bahawa plaintif kerana tindakannya,
diestop daripada mempersoalkan kesahan larangan PBJ itu. Tindakan tersebut termasuk
menarik balik kesnya di Mahkamah Tinggi, meminta maaf kepada defendan

Laras Bahasa Media Massa

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Ringkas, isi kandungan berita maksimum.


Gaya dan nahu tidak penting.
Ketepatan, kejituan dan keringkasan.
Mudah difahami.
Tiada bahasa berlapis-lapis.
Piramid terbalik iaitu yang penting didahulukan.
Berita mengandung judul dan teks dengan judul memperkenalkan apa-apa yang ada dalam
teks berita.
8. Biasanya disampaikan dalam tiga bentuk iaitu :
(a) ringkasan : Lelaki Larikan Kasut Bernilai RM1 Juta.
(b) tafsiran : Ajaran Sesat Penghalang Pembinaan Ummah.
(c) Petikan : Pak Lah Ganti Saya Apabila Ekonomi Pulih PM.
Contoh : KUALA LUMPUR, 11 Januari Juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) telah
membatalkan satu penerbangan ke Perth, Australia dan berpatah balik ke ibu negara selepas
seekor tikus ditemui di atas kalap terbang tersebut.

Laras Bahasa Sastera

1.
2.
3.
4.
5.

Kreatif dan imaginatif : mesej kabur.


Mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata.
Puitis dan hidup: monolog, dialog, bunga-bunga bahasa.
Menggunakan bahasa tersirat : perlambangan, kiasan, perbandingan, peribahasa.
Terdapat penyimpangan tatabahsa.

Contoh : Peristiwa ngeri melanda hidupnya, umpama malaikat maut yang melambai-lambai
dirinya. Meskipun dia masih lagi boleh menjamah nikmat dunia, namun nyawanya sendiri sudah
hampir di penghujung jalan. Menunggu ketikanya sahaja untuk meninggalkan tubuh badan.

Gelaran Warisan

1. Juga disebut gelaran keturunan


2. Gelaran ini diwarisi sejak lahirnya seseorang itu.
3. Gelaran warisan atau keturunan boleh dibahagikan kepada empat jenis:
(a) Gelaran warisan daripada keturunan raja-raja yang memerintah sama ada pada zaman
dahulu atau sekarang.
Contoh : Gelaran Raja terdapat di negeri Perak dan Selangor. Tunku di negeri Johor dan
Negeri Sembilan, Pangeran, Pangeran Anak dan Pangeran Muda di negara Brunei
Darussalam, Tengku di Kelantan, Pahang, Kedah dan Terengganu.

(b) Gelaran warisan daripada keturunan orang-orang besar.

Contoh : Megat dan Puteri yang terdapat di Perak, Nik di Kelantan, Wan di Kelantan dan
Terengganu, Abang di Sarawak, Datu di Sabah, Awangku, Dayangku di Brunei, Tan di
Kedah dan Tun di Terengganu.

(c) Gelaran warisan daripada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti Syed, Sayid bagi
lelaki dan Syarifah bagi perempuan.
(d) Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden dari
Jawa, Daeng dari tanah Bugis, Sidi di Minangkabau, Teuku dari Aceh.
Gelaran Kurniaan

1. Gelaran didapati melalui pencapaian (achievement)


2. Gelaran ini boleh dibahagikan kepada gelaran kurniaan pemerintah, dan gelaran kurniaan
akademik atau ikhtisas.
3. Gelaran kurniaan pemerintah ialah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan kepada
orang-orang yang dianggap berjasa.
Contoh : Tun : gelaran kurniaan Kerajaan Persekutuan paling tinggi yang dianugerahkan
kepada lelaki atau perempuan.

Toh Puan gelaran untuk isteri kepada Tun.

(a) Tun - gelaran kurniaan Kerajaan Persekutuan paling tinggi yang dianugerahkan kepada
orang lelaki dan perempuan.
(b) Toh Puan gelaran untuk isteri kepad Tun.
(c) Tan Sri gelaran di bawah Tun, kurniaan Kerajaan Persekutuan kepada orang lelaki dan
perempuan.
(d) Puan Sri gelaran untuk isteri kepad Tan Sri.
(e) Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia) gelaran yang dikurniakan oleh kerajaankerajaan negeri kepada orang lelaki dan perempuan.
(f) Datuk (Datuk Patinggi atau Datuk Amar) gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri
Sarawak.
(g) Datin Paduka gelaran yang dikurniakan kepada orang perempuan oleh kerajaan negeri
Selangor.
(h) Toh Puan isteri kepada Datuk di Terengganu.
Gelaran kurniaan ikhtisas diperoleh kerana kejayaan dalam bidang akademik atau ikhtisas.

(a) Profesor Diraja untuk profesor lelaki atau perempuan yang sudah mencapai kemuncak
bidang akademik.
(b) Profesor untuk lelaki atau perempuan yang sudah mencapai pangkat paling tinggi dalam
bidang akademiknya.
(c) Profesor Madya untuk orang lelaki dan perempuan yang sudah mencapai taraf akademik
satu tingkat di bawah Profesor.
(d) Doktor untuk orang lelaki atau perempuan yang berkelulusan Doktor Falsafah, ilmu
perubatan dan pembedahan, pergigian dan perubatan veterinar (haiwan).
(e) Cikgu untuk lelaki atau perempuan yang menjadi guru.
Gelaran Keagamaan

(a) Haji dan Hajah untuk lelaki dan perempuan Islam yang telah menunaikan fardu haji.
Rujukan Hormat

(a) Yang di-Pertuan Agung dan Raja Permaisuri Agung.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda.

(b) Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri.


Duli Yang Maha Mulia

(c) Balu Raja


Yang Maha Mulia

(d) Raja Muda atau Tengku Mahkota


Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia

(e) Kerabat Diraja Karib


Yang Amat Mulia

(f) Bergelaran warisan


Yang Mulia

(g) Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Yang Amat Berhormat

(h) Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)
Yang Berhormat

(i) Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja.

Yang Berhormat Mulia

(j) Tun Toh Puan

Yang Amat Berbahagia

(k) Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan ( selain Tun dan Toh Puan) atau gelaran
ikhtisas yang formal.

Yang Berbahagia

(l) Ketua Hakim Negara

Yang Amat Arif

(m) Ketua Polis Negara

Yang Amat Setia

(n) Hakim, Kadi

Yang Arif

(o) Mufti

Sahibul Samahah

(p) Ketua jabatan tanpa gelaran

Yang Berusaha

Minggu 4 : Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu


1) Sejarah dan Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu
2) Sistem Keselarasan Huruf Vokal
3) Ejaan Gugus Konsonan
4) Penulisan Kata
5) Penggunaan Tanda Bacaan

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu

Pendahuluan:

Dalam bab ini para pelajar didedahkan dengan latar belakang ejaan rumi sebelum zaman
penjajahan, perkembangan sistem ejaan rumi sebelum merdeka dan selepas merdeka. Selain
itu, sistem keselarasan vokal, ejaan gugus konsonan, penulisan kata yang betul, bagaimana
menggunakan

tanda

baca

yang

tepat

turut

diperincikan

menggunakannya dengan betul dan tepat.

Objektif:

Pada akhir bab ini pelajar dapat mengetahui dan mengenalpasti:

agar

para

pelajar

dapat

Sejarah dan perkembangan sistem ejaan rumi bahasa Melayu

Sistem keselarasan huruf vokal

Ejaan gugus konsonan

Penulisan kata

Penggunaan tanda bacaan

1. Sejarah dan Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu

1.1 Latar Belakang Ejaan Rumi Sebelum Zaman Penjajahan.


Ejaan bahasa Melayu mempunyai tradisi tersendiri yang lebih lama daripada tulisan Rumi atau Jawi.
Sebelum kedatangan Islam ke Kepulauan Asia Tenggara, bahasa Melayu telahpun mempunyai tradisi
tulisan iaitu tulisan Kawi, Batak, Lampung dan Rencong telah digunakan oleh masyarakat Melayu di
Kepulauan Nusantara. Sistem tulisan ini agak maju dan menggunakan lambang suku kata dan lambang
baris untuk menunjukkan perbezaan-perbezaan bunyi. Walau bagaimanapun, ejaan Jawi dan Rumi lebih
dikaji secara terperinci kerana tulisan-tulisan inilah yang lebih banyak melibatkan masyarakat pada hari
ini. Contohnya para pedagang dan pendakwah dari Semenanjung Arab telah memperkenalkan sistem
ejaan Jawi di Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu terus berkembang sebagai lingua franca yang masyhur
dan dianggap sebagai bahasa Islam yang kedua. (Syed Naquib Al-Atas: 1972)

Potensi yang ada pada bahasa Melayu kemudiannya telah dihidu oleh para sarjana Barat, lalu
mereka berusaha menyusun perkataan-perkataan Melayu dalam bentuk lebih praktikal. Antara yang
paling terkenal ialah Antonio Pigafetta, seorang pelayar Itali yang berjaya belayar bersama Ferdinand
Magellan mengelilingi dunia. Mereka telah menyusun 426 daftar kata Itali-Melayu.

Seterusnya para pengembara mahupun orientalis Eropah cuba mentransliterasikan


ejaan Jawi ke ejaan Rumi menggunakan huruf-huruf Latin, tanpa mengetahui ejaan Jawi
sebenar yang telah menimbulkan kerumitan dalam sejarah sistem ejaan bahasa Melayu. Hal
sedemikian terus berlarutan kerana pengkajian bunyi sering dikelirukan dengan pengkajian
tentang sistem ejaan ataupun tulisan. Ini jelas dibuktikan apabila tulisan orang Inggeris pada
abad ke-19 telah memasukkan bunyi Sanskerta, Arab dan Parsi sebagai lambang bunyi bahasa
Melayu.

1.2 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Sebelum Merdeka.

Kedatangan kuasa

Barat seperti Belanda, Portugis dan Inggeris telah menyogokkan sistem

ejaan rumi kepada masyarakatnya,


sistem ejaan jawi yang lengkap.

walaupun pada masa itu penduduk sudah mempunyai


Hal ini menyebabkan usaha untuk merakamkan bahasa

Melayu dengan aksara latin berterusan. Sistem ejaan bahasa Melayu terus berkembang
sehingga melahirkan leksikografi yang berupa daftar kata, glosari dan kamus Melayu asing.
Kemudahan cetak dan penerbitan membuatkan ejaan Rumi menjadi lebih praktis daripada
mana-mana sistem ejaan lain. Ejaan Rumi pertama wujud di alam Melayu dengan
menggunakan aksara Rumi ialah sistem ejaan yang diperkenalkan oleh Van Ophuysen, seorang
pentadbir Belanda pada tahun 1901. Sistem ini mempunyai 32 aksara dan berdasarkan sistem
ejaan yang digunakan dalam bahasa Belanda.

Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, usaha menulis bahasa Melayu dengan
menggunakan huruf rumi telah dijalankan oleh beberapa orang sarjana Eropah secara
perseorangan. Mereka menjalankan kajian terhadap tatabahasa Melayu. Usaha menggalakkan
penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat dan sekolah dipelopori oleh Pakatan Belajar-

Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB) yang ditubuhkan di Johor pada 1888, ia diteruskan
oleh Maktab Perguruan Perempuan Melaka (1900).

Usaha tersebut diperkembangkan lagi dengan penubuhan Maktab Perguruan Sultan


Idris (SITC), Tanjung Malim pada tahun 1922. Maktab ini berperanan penting dalam
perkembangan sistem ejaan bahasa Melayu. Atas kebijaksanaan Zaba, Maktab Perguruan
Sultan Idris telah memulakan sistem ejaan baru yang dipanggil Sistem Ejaan Sekolah atau
dikenali juga sebagai Sistem Ejaan Zaba. Di antara buku-buku yang ditulis oleh Zaba ialah;

a) Ilmu Bahasa Melayu Penggal (1926)


b) Pelita Bahasa Melayu Penggal (1941)
c) Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi (1949)

Sistem Ejaan Sekolah ini kemudiannya dijelaskan dan digunakan oleh Zaba dalam buku
Pedoman Bahasa Melayu, Penggal i, ii dan iii . Sistem ini dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah dan
digunakan di negara ini sehinggalah ejaan baru yang diisytiharkan pada tahun 1972. Walau
bagaimanapun sistem ini didasarkan kepada pengamatan umum sahaja dan oleh itu, terdapat juga
pengaruh huruf Arab ke huruf Rumi. Ini menyebabkan Sistem Ejaan Sekolah tidak saintifik dan
mengandungi beberapa kelemahan.
Sebelum Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pertama di Singapura (1952), kedua di
Seremban (1954) dan ketiga di Johor Bharu (1956), sudah menjadi keinginan di kalangan para
cendekiawan melihat penyatuan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia yang perlu
dirumuskan secara fonemik, khususnya selepas penubuhan Angkatan Sasterawan 50 pada 6 Ogos 1950.
Selepas Kongres ketiga, pengkaji bahasa bersetuju untuk memperbaiki ejaan Zaba dengan maksud
untuk menyatukannya dengan bahasa Indonesia. Cadangan baru tersebut dikenali sebagai Ejaan
Kongres . Menerusi kongres ketiga itu juga, telah dirumuskan bagi penubuhan Dewan Bahasa dan
Pustaka pada tahun yang sama.
Dalam Kongres Bahasa Melayu ke-3 ini juga masalah ejaan Rumi di beri perhatian berat.
Peserta kongres mencadangkan beberapa pembaharuan yang agak radikal. Perakuan-perakuan kongres
itu telah mendapat perhatian kerajaan, dan sebuah Jawatankuasa Ejaan telah dibentuk pada tahun 1957.

1.3 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Selepas Merdeka.

Pada tahun 1959 iaitu setelah dua tahun menjalankan kajian, diadakan perundingan dan
termaktublah

perjanjian persahabatan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan negara

Republik Indonesia. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan. Jawatankuasa Ejaan Rumi


Persekutuan Tanah Melayu di bawah pimpinan Tuan Syed Nasir bin Ismail dengan Panitia
Pelaksanaan Bahasa Indonesia di bawah pimpinan Dr. Slametmuljana, yang diadakan di Jakarta
pada tahun tersebut dan terhasilnya Ejaan Malindo. Namun begitu usaha tersebut terbantut
akibat tercetusnya konfrantasi dan disambung semula pada 1966.

Pada bulan September 1966, delegasi kebudayaan dari Indonesia di bawah pimpinan Kolonel
Wahju Sukatjo mengunjungi Dewan Bahasa dan Pustaka serta mengesyorkan kepada kerajaan masingmasing supaya Ejaan Malindo (1959) itu dilaksanakan. Begitu juga dengan istilah, bahawa istilah-istilah
bahasa Melayu dan bahasa Indonesia diselaraskan. Suatu kertas kerja disediakan untuk mengemukakan
sistem Ejaan Malindo tersebut. Walau bagaimanapun, sistem ejaan tersebut perlu diperbaiki lagi sebelum
dilaksanakan di kedua-dua negara itu.

Beberapa perundingan terus disusunatur yang melibatkan beberapa buah jawatankuasa. Kesan
dari itu, pada 23 Mei 1972, satu kenyataan bersama telah ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia
pada waktu itu iaitu Dato Hussain Onn dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia iaitu Bapak
Mahsuri untuk melaksanakan ejaan baru itu. Sistem ejaan tersebut diisytiharkan secara rasmi serentak di
kedua-dua negara pada 16 Ogos 1972. Risalah Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia" diterbitkan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka untuk kegunaan ramai. Sistem ejaan ini masih mengandungi beberapa
masalah kecil lalu dibentuk Jawatankuasa Tetap Bahasa

Malaysia

dan bertemu dengan Panitia

Pengembangan Bahasa Indonesia. Akhirnya terbentuklah Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia pada 29


Disember 1972. Segala masalah mengenai ejaan baru itu dibincangkan dalam persidangan-persidangan
majlis tersebut. Setelah lima kali bersidang, Majlis Jawatankuasa Tetap Bahasa Indonesia-Malaysia ini
berhasil mengeluarkan pedoman umum ejaan yang lebih lengkap iaitu Pedoman Umum Ejaan Bahasa
Malaysia" yang diterbitkan pada 5 Disember 1974.

2. Sistem Keselarasan Huruf Vokal.

Terdapat dua sistem pengejaan

baru

bahasa Melayu iaitu

Sistem Keselarasan Huruf Vokal

yang

digunakan untuk mengeja kata bahasa Melayu dan Sistem Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal yang
digunakan untuk pengejaan kata pinjaman.

2.1 Pola Keselarasan Huruf Vokal.

Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu terdapat lapan belas (18) pola keselarasan
huruf vokal.

Keselarasan huruf vokal ialah kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata
pada kata dasar iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dan pada
suku kata akhir tertutup.

Keselarasan huruf vokal ini terbentuk berasaskan prinsip:


i.

Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar

yang tidak melibatkan

pengimbuhan.
ii.

Kata dasar

yang berakhiran dengan suku kata tertutup iaitu tidak melibatkan suku

kata akhir terbuka.

iii.

Bagi kata yang lebih daripada dua suku kata , yang termasuk dalam sistem
keselarasan huruf vokal ini hanyalah daripada dua suku kata yang terakhir
sahaja.

18 Pola Keselarasan Huruf Vokal yang Utama.

Pola

Contoh Penggunaan

1)

asah, balak, halaman

2)

alih, balik, sumbangsih

3)

asuh, datuk, lembayung

4)

e pepet

emas, kelam, cemerlang

5)

e pepet

lebih, betik, sembelih

6)

e pepet

telur, tempuh, temenggung

7)

e taling

elak, dewan, belerang

8)

e taling

e taling

leceh, gelek, selekeh.

9)

e taling

esok, telor, selekoh.

10)

ingat, kilang, selinap

11)

intip, sisih, belimbimg

12)

riuh, tidur, periuk

13)

otak, borang, sekolah

14)

e taling

oleh, boleh,celoteh.

15)

obor,borong,kelompok

16)

ubat, tumpang, ketupat

17)

usik, kuih, gerusih

18)

untuk, tunduk, tengkujuh.

2.2 Hukum Kekecualian Keselarasan Vokal (HKKV)

Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu yang ada sekarang terdapat beberapa perkataan
yang dikecualikan daripada hukum keselarasan vokal. Hukum ini dilaksanakan kepada
beberapa perkataan yang berasal daripada bahasa Nusantara dan kata serapan daripada
bahasa Inggeris. Hukum ini dikenali sebagai Hukum Kekecualian Keselarasan Vokal (HKKV).

Terdapat sejumlah perkataan daripada

bahasa Jawa yang sering digunakan dalam

bahasa Melayu, namun pengejaannya dikecualikan daripada hukum keselarasan vokal


yang digunakan. Perkataan-perkataan tersebut ialah aneh, perabot, lancong, lakon, calon,
lapor, tulen, pamer, kaget, gembleng.

Dalam hal ini

ramai

yang masih keliru dengan pengejaan perkataan-perkataan yang

disebutkan itu. Cara terbaik untuk itu ialah dengan menghafazkannya, ia merupakan salah
satu langkah terbaik.

Hukum kekecualian keselarasan vokal melibatkan pasangan vokal berikut:-

i.

- e (t)

yang sepatutnya keselarasan vokal ialah

a -i .

Misalnya dalam perkataan

/aneh/ dan /kaget/ polanya ialah

sebagai /anih/ dan /kagit/

yang menggunakan pola a - i seperti dalam perkataan

balik, kalis, masin yang terdapat dalam sistem keselarasan vokal

a - e bukan dieja

ii.

- o

yang sepatutnya keselarasan vokal ialah

Misalnya dalam perkataan


sebagai /calun/ dan /lapur/

a -u .

/calon/ dan /lapor/ polanya ialah

a - u bukan dieja

yang menggunakan pola a - u seperti yang digunakan

untuk mengeja kata kasut, amuk dan anjung dalam sistem keselarasan vokal.

iii.

- e (t)

yang sepatutnya keselarasan vokal ialah u - i .

Misalnya dalam perkataan


sebagai /tulin/ dan /ulit/

/tulen/ dan /ulet/ polanya ialah

u - i bukan dieja

yang menggunakan pola u - i seperti dalam perkataan

kuih, tumis, kudis, bunyi yang terdapat dalam sistem keselarasan vokal.

iv.

e (p)

- e (p)

yang sepatutnya keselarasan vokal ialah

Misalnya dalam perkataan

e (p) - i .

/pepet/ dan /demdem/ polanya ialah

e (p) - e (p)

bukan dieja sebagai /pepit/ dan /demdim/ yang menggunakan pola e (p) - i seperti
dalam perkataan kecil, degil, yang terdapat dalam sistem keselarasan vokal.

Rumusan: Kekecualian hukum ini

untuk perkataan

Nusantara khususnya bahasa Indonesia.

3. Ejaan Gugus Konsonan

yang berasal daripada

bahasa

di

Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang
lain diterima dan dikekalkan bentuknya ke dalam bahasa Melayu dengan beberapa
penyesuaian.

3.1 Penulisan Gugus Konsonan di Awal Kata

Contoh:
Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

bl-

block

jadi

bl-

blok

br-

brake

jadi

br-

brek

cl-

clinic

jadi

kl-

klinik

pr-

practical

jadi

pr-

praktis

st-

stable

jadi

st-

stabil

sc-

script

jadi

sk-

skrip

*** Sebagai kekecualian bagi peraturan mengenai gugus konsonan seperti yang disebut di
atas, beberapa kata tertentu telah diterima menurut ejaan lama yang menggunakan huruf e
pepet. Kata-kata yang telah ditetapkan ejaannya adalah seperti berikut:
Bahasa Inggeris
class

Bahasa Melayu
jadi

kelas

club

jadi

kelab

glass

jadi

gelas

grant

jadi

geran

plan

jadi

pelan

stamp

jadi

setem

3.2 Penulisan huruf gugus konsonan di akhir kata:


Contoh:
Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

-lf

golf

jadi

-lf

golf

-nce

science

jadi

-ns

sains

-ps

forceps

jadi

-ps

forseps

-rd

standard

jadi

-rd

standard

-rt

consert

jadi

-rt

konsert

-x

complex

jadi

-ks

kompleks

-xt

text

jadi

-ks

teks

3.3 Huruf gugus konsonan di akhir kata dalam bahasa Inggeris disesuaikan dengan
penambahan huruf vokal dalam bahasa Melayu.
Contoh:

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

-ct

fact

jadi

-kta

fakta

-gm

paradigm

jadi

-gma paradigma

-ism

nationalism

jadi

-isme nasionalisme

-sm

plasm

jadi

-sma

plasma

4. Penulisan Kata

4.1 Kata Terbitan:


Kata terbitan ialah kata dasar yang berimbuhan atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan
bentuk kata yang lain. Semua imbuhan dan semua bentuk terikat lain yang tidak dapat berdiri
sendiri ditulis serangkai atau bersambung dengan kata dasar atau bentuk dasarnya atau bentuk
akarnya.

4.1.1 Kata Terbitan Berawalan:

Awalan

Bentuk Dasar

Kata Terbitan

Anti-

karat

antikarat

Auto-

carta

autocarta

Dwi-

fungsi

dwifungsi

Eka-

bahasa

ekabahasa

Juru

audit

juruaudit

Ke

kasih

kekasih

Maha-

siswa

mahasiswa

Panca-

indera

pancaindera

Poli

cakera

policakera

Pra-

sejarah

prasejarah

Pro-

kerajaan

prokerajaan

Sub-

golongan

subgolongan

Supra-

golongan

supragolongan

Swa-

tenaga

swatenaga

Tata-

negara

tatanegara

Tri

bulan

tribulan

Tuna

karya

tunakarya

*** Bentuk awalan yang boleh ditulis terpisah daripada kata dasar atau bentuk dasar yang
mengikutinya hanya bagi tiga penggunaan yang berikut:
a) Awalan maha ditulis terpisah daripada kata dasar atau bentuk dasar selepasnya yang
bermula dengan huruf besar yang menunjukkan ganti nama Tuhan atau nama khas
yang lain. Contohnya:

Maha Mengetahui
Tuhan Yang Maha Bijaksana
Duli Yang Maha Mulia.

b) Tanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama
khas yang bermula dengan huruf besar. Contohnya:

se-Nusantara
se-Malaysia (Persatuan Pelajar Melayu Se-Malaysia)
se-Tanah Melayu (Parti Islam Se-Tanah Melayu)

c)

Bentuk terikat anti, pro dan kontra dapat juga ditulis terpisah sebagai kata bebas
seperti yang berikut:

Bersikap anti
Pro dan kontra.

4.1.2 Kata Terbitan Berakhiran

Akhiran

Bentuk Dasar

Kata Terbitan

-ah

sultan

sultanah

-at

muslim

muslimat

-isme

nasional

nasionalisme

-nita/ita

biduan

biduanita

4.1.3

4.1.4

-wan

bangsa

bangsawan

-wati

seni

seniwati

-wi

dunia

duniawi

Kata Terbitan Berapitan

Apitan

Bentuk Dasar

Kata Terbitan

Ke--an

rai

keraian

Menge--i

syak

mengesaki

Pel--an

ajar

pelajaran

Sisipan

Bentuk Dasar

Kata Terbitan

-el-

tunjuk

telunjuk

-em-

serbak

semerbak

-in-

sambung

sinambung

-er-

gigi

gerigi

Kata Terbitan Bersisipan

4.2 Kata Sendi Nama

4.2.1

Ditulis Terpisah
Kata sendi nama (kata depan) di dan ke, ditulis terpisah daripada semua jenis kata
yang ada selepasnya. Ada empat jenis kata yang lazim terdapat selepas kata sendi
nama di dan ke.

a) Kata sendi nama di dan ke dipisahkan daripada kata nama yang menunjukkan arah
atau mengenai arah atau menunjukkan sesuatu kata nama yang ada selepasnya.

Contoh:
1)

Komputernya ada di atas meja tulis itu.

2)

Cuaca di sana tidak sama dengan di sini.

3)

Mereka berjalan menuju ke utara.

4)

Ke manakah dia hendak pergi?

b) Kata sendi nama di dan ke dipisahkan daripada kata nama umum yang terdapat
selepasnya.
Contoh:
1)

Pekerja itu bekerja di bangunan Dayabumi.

2)

Di hutan itulah dia mencari rotan.

3)

Pelajar itu berbasikal ke sekolah setiap pagi.

4)

Memang tidak jauh dari sini ke kota lama itu.

c) Kata sendi nama di dan ke dipisahkan daripada kata bilangan atau kata yang
menunjukkan jumlah sebagai kata bantu tempat dan kata nama umum.
Contoh:
1)

Hujan malam tadi di empat kawasan sahaja.

2)

Mereka mencarinya di setiap tempat

3)

Berita itu dihebahkan ke seluruh negara.

4)

Peti undi telah dihantar ke semua pusat pengiraan undi.

d) Kata sendi nama di dan ke dipisahkan daripada kata nama tempat atau nama khas
yang lain yang ada selepasnya.
Contoh:

4.2.2

1)

Bapanya tinggal di Kuala Lumpur.

2)

Isterinya meninggal di Tanah Suci.

3)

Seronok juga kalau dapat berkunjung ke Afrika Selatan.

4)

Peniaga itu menetap di Kuching sebelum berpindah ke Sandakan.

Ditulis Serangkai
Kata sendi nama ke ditulis serangkai dengan kata yang ada selepasnya apabila
kedua-duanya dijadikan bentuk dasar yang sekaligus diimbuhkan dengan apitan,
awalan, atau akhiran.
Contoh:

Bentuk Dasar

ke bumi

Kata Terbitan

jadi

dikebumikan

kebumikan
mengebumikan
ke muka

jadi

dikemukakan
kemukakan
mengemukakan
terkemuka

ke samping

jadi

dikesampingkan
kesampingkan
mengesampingkan

ke tepi

jadi

diketepikan
ketepikan
mengetepikan

4.3 Kata Ganti Singkat

Ada empat jenis kata ganti singkat dalam bahasa Melayu sekarang, iaitu kau, ku, -mu
dan -nya.

a) Kata ganti singkat kau dan ku sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai
dengan kata dasar yang ada di belakangnya.
Contoh:
kauambil

kuambil

kaudengar

kudengar

kaulihat
kauterima

kulihat
kuterima

b) Kata ganti singkat ku, mu dan nya sebagai unsur akhiran ditulis serangkai dengan
kata dasar atau bentuk dasar yang ada di depannya.
Contoh:

**

cintaku

cintamu

cintanya

kepadaku

kepadamu

kepadanya

menerimaku

menerimamu

menerimanya

Kata ganti singkat ku, -mu, dan -nya sebagai kata ganti bagi nama Tuhan menggunakan

huruf besar sebagai huruf pertama dan dihubungkan dengan kata yang ada sebelumnya
dengan menggunakan tanda sempang (-).
Contoh:
1)

Adakah mereka berdoa kepada-Ku?

2)

Bimbinglah hamba-Mu, ya Tuhanku.

3)

Pejuang-pejuang tersebut memohon rahman-Nya.

4.4 Partikel

Ada empat jenis partikel dalam bahasa Melayu sekarang iaitu -lah, -kah, -tah dan -pun.

a) Partikel -lah, -kah, dan -tah ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar
yang ada di depannya, tanpa tanda sempang.
Contoh:

Adalah
Apakah
Bilatah

b) Ada dua cara menulis partikel pun

i)

Kata pun yang berfungsi sebagai kata tugas yang bererti 'juga' ditulis terpisah
daripada kata yang ada di sampingnya.
Contoh:
1)

Apa-apa pun yang dimakannya, ia tetap kurus.

2)

Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke


sini.

ii)

3)

Jika Israel berdegil, PLO pun berdegil.

4)

Rambutnya pun tidak bersikat.

Ada beberapa perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis


serangkai dengan partikel pun, antaranya:

adapun

ataupun

andaipun

bagaimanapun

biarpun

kalaupun

kendatipun

lagipun

mahupun

meskipun

sekalipun

sungguhpun

walaupun

4.5 Kata Ulang

Kata ulang atau kata ganda ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang (-)
yang dibubuh di bahagian kata yang diulang. Kata ulang yang ditulis dengan menggunakan
tanda sempang termasuklah kata ulang semu, kata ulang jamak, kata ulang serentak, dan
kata ulang berimbuhan.

a) Kata ulang semu.


Contoh:
Anai-anai
Sia-sia
Tupai-tupai
Undang-undang

b) Kata ulang jamak.


Contoh:
Anak-anak
Projek-projek
Senator-senator.

c) Kata ulang berentak:


Contoh:
Simpang-perenang

Porak-peranda
Sayur-mayur
**

Apabila kata ulang berentak ini dijadikan bentuk dasar yang mendapat apitan,

tanda sempang sebagai tanda ulangan tetap digunakan.


Contoh:
Keramah-tamahan
Dikucar-kacirkan
Menggembar-gemburkan
d) Kata ulang berimbuhan:
Contoh:
Dibesar-besarkan
Ditiru-tirunya
Menggelepar-gelepar

4.6 Gabungan Kata


4.6.1

Ditulis Terpisah
Ada tiga jenis gabungan kata yang unsur-unsurnya ditulis terpisah.

a)

Kata-kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, termasuk rangkai kata
istilah khusus dan kata majmuk, ditulis terpisah antara satu sama lain.
Contoh:
sama ada
jalan raya

rukun tetangga.
tengah hari
balai raya

b) Gabungan kata yang dihasilkan daripada hubungan parataksis, atau yang disebut
rangkai kata setara, ditulis secara terpisah.
Contoh:
ibu bapa
rupa paras
tunjuk ajar

c) Gabungan kata yang merupakan simpulan bahasa ditulis secara terpisah.


Contoh:
lampu hijau
buah hati
pilih kasih

***

Kata ulang bagi gabungan kata yang ditulis terpisah dibentuk dengan hanya mengulangi
kata nama yang diterangkan, iaitu kata yang pertama, dan bukan seluruh rangkai kata
yang berkenaan.
Contoh:
Bentuk Dasar

Bentuk Berulang

Kapal terbang

kapal-kapal terbang

4.6.2

Ketua pejabat kerajaan

ketua-ketua pejabat kerajaan

Jurucakap rasmi

jurucakap-jurucakap rasmi

Ditulis Serangkai
Ada beberapa kaedah untuk menentukan penulisan gabungan kata yang
serangkai dan bentuk ulangannya.

i)

Rangkai kata umum yang ditulis terpisah, termasuk istilah khusus dan kata
majmuk, rangkai kata setara atau simpulan bahasa yang diimbuhi apitan,
ditulis serangkai.
Contoh:

ii)

Ambil alih

jadi

pengambilalihan

Ijab kabul

jadi

diijabkabulkan

Tidak harmoni

jadi

ketidakharmonian

Terdapat sejumlah kata tertentu yang ditulis serangkai telah dimasukkan


dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu. Kata yang tidak disenaraikan tidak
ditulis serangkai.
Contoh:
Antarabangsa

Pesuruhjaya

Setiausaha

Bumiputera

Jawatankuasa

Tandatangan

Tanggungjawab
Matahari

Kakitangan
Kerjasama

iii)

Warganegara

Sukarela

Suruhanjaya

Olahraga

Pengulangan gabungan kata ditulis serangkai.


Contoh:

iv)

Jawatankuasa

jadi

jawatankuasa-jawatankuasa

Setiausaha

jadi

setiausaha-setiausaha

Gabungan kata yang ditulis serangkai dapat pula menjadi bentuk dasar untuk
membentuk kata terbitan.
Contoh:
Setiausaha
Tanggungjawab

jadi

kesetiausahaan
jadi

penanggungjawaban

5. Penggunaan Tanda Bacaan

5.1

Huruf Besar

a) Digunakan bagi huruf pertama kata awal ayat


Contoh:
1) Dia mengantuk.
2)

Kita harus rajin belajar.

b) Digunakan sebagai huruf pertama petikan langsung.

Contoh:
1) Adik bertanya, "Bilakah kita pulang?"
2) "Kelmarin engkau lambat," katanya.

d) Digunakan sebagai huruf pertama dalam ungkapan yang berhubung dengan kitab
suci dan nama Allah termasuk kata ganti untuk Allah.
Contoh:
1) Allah
2) Yang Maha Kuasa
3) Yang Maha Pengasih
4) Islam
5) Hamba-Nya

e) Sebagai huruf pertama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang diikuti
nama orang.
Contoh:
1) Nabi Muhamad
2) Imam Syafie
3) Tun Abdul Razak
4) Haji Agus Salim

Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama gelaran kehormatan


yang tidak diikuti nama orang khusus bagi perkataan Sultan, Raja, Tan
Sri, Datuk.
Contoh:
1) Baginda baru sahaja ditabalkan menjadi Sultan.
2) Beliau baru sahaja mendapat gelaran Datuk.

f) Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama unsur nama jawatan dan pangkat
yang diikuti nama orang.
Contoh:
1) Profesor Diraja Ungku Aziz.
2) Profesor Madya Datuk Dr. Mohd. Azizul

Huruf besar tidak digunakan sebagai huruf pertama yang tidak diikuti
nama orang.
Contoh:
1) Siapakah gabenor yang baru dilantik itu?.

g) Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama unsur nama orang


Contoh:
1) Amir Hamzah
2) Mariam binti Ali

h) Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku bangsa dan
bangsa.
Contoh:
1) bangsa Melayu
2) suku Kadazan
3) orang Inggeris

Huruf besar tidak digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku
dan bangsa yang tidak digunakan sebagai nama.
i)

memelayukan kata-kata asing

ii)

keinggeris-inggerisan

i)

Digunakan sebagai huruf pertama nama tahun, bulan, hari, hari raya, dan peristiwa
sejarah
Contoh:
1) tahun Hijrah
2) tarikh Masihi
3) hari Jumaat
4) Hari Kebangsaan
5) Pengisytiharan Kemerdekaan

Huruf besar tidak digunakan sebagai huruf pertama peristiwa sejarah


yang tidak digunakan sebagai nama.
i)

mengisytiharkan kemerdekaan

ii)

memerangi penyeludupan candu

j) Sebagai nama khas dalam bidang geografi


Contoh:
1) Asia Tenggara
2) Gunung Tahan
3) Laut Merah

*Tidak digunakan sebagai huruf pertama nama unsur geografi


Contoh:
1)

belayar ke teluk

2) pergi ke arah tenggara


k) Digunakan sebagai huruf pertama unsur nama rasmi badan, lembaga pemerintah
dan ketatanegaraan serta nama dokumen rasmi kecuali unsur seperti dan.
Contoh:

1) Republik Indonesia
2) Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan

Huruf besar tidak digunakan sebagai huruf pertama perkataan yang tidak
dipakai

sebagai

huruf

rasmi

badan,

lembaga

pemerintah

dan

ketatanegaraan serta nama dokumen rasmi.

Contoh:
1) Menurut undang-undang
2) Kerjasama antara pegawai kementerian dan rakyat.

l)

Digunakan sebagai huruf pertama semua perkataan nama buku, majalah, surat
khabar, judul karangan kecuali partikel seperti di, ke, untuk , dan yang.
Contoh:
1) Dari Avin ke Jalan Lain di Roma.
2) Majalah Bahasa dan Sastera.

m) Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama semua unsur perkataan ulangan.
Contoh:
1) Piagam Bangsa-bangsa Bersatu
2) Pelajaran Ekonomi untuk Sekolah-sekolah Menengah.

5.2

Tanda Sempang

a) Digunakan untuk menulis semua jenis kata ulang


Contoh:

Gunung-ganang
Kemerah-merahan
Selambat-lambatnya

b) Digunakan untuk memisahkan suku kata yang tercerai oleh penggantian baris.
Contoh:
menangguhkan penyelenggaraan projek.
menangguhkan penyelenggaraan projek

c) Digunakan untuk memperjelaskan ungkapan.


Contoh:

ber-evolusi dengan ber-revolusi

d) Untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama.
Contoh:
anti-Rusia
hamba-Mu
KDN-nya
pan-Afrikanisme
pro-Malaysia
se-Malaysia

e) Untuk merangkaikan ke dengan angka bagi penulisan nombor ordinal.


Contoh:
ke-12 (kedua belas)
ke-125 (keseratus dua puluh lima)
ke-2,000 (kedua ribu)

** Nombor ordinal pertama hingga kesebelas tidak harus ditulis dengan angka.

f) Untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an.


Contoh:
tahun 50-an (tahun lima puluhan)
tahun 80-an (tahun lapan puluhan)

g) Untuk menyatakan hubungan di antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu
atau rangkai kata istilah.
Contoh:
alat pandang-dengar.

Bacaan Tambahan:

Abdul Hamid Mahmood (1995). Ejaan Bahasa Melayu Terkini. Kajang : Masa Enterprise.

Ismail Dahaman (2000). Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Latihan 1:

Dalam senarai perkataan yang berikut terdapat ejaan yang salah dan yang betul. Tandakan
ejaan yang betul.

1a) deraf

1b)

draf

2a) materialisma

2b)

materialisme

3a) tulin

3b)

tulen

4a) tisis

4b)

tesis

5a) perabut

5b)

perabot

6a) pelancung

6b)

pelancong

7a) semoga

7b)

semuga

8a) teknologi

8b)

teknoloji

9a) awet

9b)

awit

10a) odit

10b) audit

Latihan 2:

Dalam ayat-ayat berikut terdapat kesalahan ejaan. Gariskan kesalahan-kesalahan tersebut


dan betulkannya.

2a) Kelinik Gigi Lim


2b) Kedai Makan melayu
2c)

Khusus aneka feshen pakaian wanita di pimpin oleh guru-guru yang mahir dan

berpengalaman.
2d) Pasukkan badminton negara telah mengambil juru latih dari negara China.
2e) Pusat Istirehat Sukaramai

Jawapan Latihan Minggu 4 : Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu

1b)

draf

2b)

materialisme

3b)

tulen

4b)

tesis

5b)

perabot

6b)

pelancong

7a)

semoga

8a)

teknologi

9a)

awet

10b)

audit

Latihan 2:
2a)

klinik

2b)

Melayu

2c)

Kursus, fesyen

2d)

Pasukan, jurulatih

2e)

Istirahat

Minggu 5: Kemahiran Asas Berbahasa

Tatabahasa : Pengenalan

1. Konsep Tatabahasa
2. Tatatingkat Unit Tatabahasa

Pendahuluan:

Para pelajar akan diterangkan mengenai konsep tatabahasa yang diketengahkan oleh ahli-ahli
bahasa dan lapan elemen bahasa yang menjadi bahan kajian ahli-ahli bahasa.

Objektif:

Pada akhir bab ini, para pelajar dapat:

memahami konsep tatabahasa

mengenalpasti dan memahami tatatingkat unit tatabahasa.

1. Konsep Tatabahasa

Sekurang-kurangnya terdapat tiga konsep tatabahasa yang diketengahkan oleh ahli-ahli


bahasa, iaitu:

Seperangkat pola penataan kata dalam sesuatu bahasa, yang mula dikuasai oleh
kanak-kanak selepas usia 5 atau 6 tahun.

Salah satu cabang telaah/kajian linguistik atau analisis morfologi dan sintaksis
sesuatu bahasa.

Etika berbahasa, betul-salah, tepat-kurang/tidak tepat ketika seseorang itu


berbahasa.

Berdasarkan konsep tatabahasa di atas, menunjukkan bahawa keteraturan berbahasa memang


wujud dan menjadi hukum yang normal dalam masyarakat bahasa mana pun di dunia ini.
Peraturan atau hukum bahasa itulah yang dimaksudkan dengan tatabahasa. Peraturan itu akan
menentukan bahasa yang kita gunakan itu dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau
sebaliknya.

Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum
struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang yang

mengkaji cara-cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa, dan sintaksis pula ialah
bidang yang mengkaji cara perkataan itu di susun menjadi ayat. Ini bermakna, konsep
tatabahasa berkait secara langsung dengan proses pewujudan hukum.

2. Tatatingkat Unit Tatabahasa

Dalam tatatingkat unit tatabahasa, sekurang-kurangnya terdapat lapan elemen bahasa yang
dapat disusun mengikut hirarki, iaitu:

Wacana: satuan bahasa yang terlengkap/terbesar /tertinggi dengan koherensi dan kohesi yang
berkesinambungan, yang mempunyai permulaan dan pengakhiran yang nyata dan disampaikan
secara lisan atau tulisan. Di tandai dengan penanda wacana.
Contoh: Penanda wacana - sehubungan itu, Oleh hal yang demikian, seterusnya, oleh itu dsb.

Ayat: unit pengucapan yang paling tinggi dalan susunan tatabahasa dan mengandungi makna
yang lengkap.
Contoh

: Universiti Multimedia merupakan universiti swasta yang pertama ditubuhkan di

Malaysia.

Klausa : unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, dan menjadi
konstituen ayat.
Contoh: Saya tidak hadir kuliah hari ini / kerana saya demam.

Frasa: unit yang terdiri daripada satu susunan yang sekurang-kurangnya mengandungi dua
perkataan atau satu perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan.

Contoh: anak burung


anak burung merpati
anak burung merpati putih

Kata: bentuk bebas terkecil, makna lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.
Contoh:

saya, bola, makan, kacang

Morfem: unit terkecil dalam bahasa yang membawa makna atau tugas tatabahasa.
Contoh: baca
membaca
bacaan
terbaca

Fonem:

satuan bunyi terkecil yang dapat membezakan makna

Contoh:

paya

Gaya
Raya
Saya
(Fonem /p/, /g/, /r/, /s/. membezakan makna)

Fon : unit terkecil yang dapat dipisahkan daripada rangkaian bunyi.


Contoh: kasut = /k/, /a/, /s/, /u/, /t/.

Secara gambar rajah tatatingkat unit tatabahasa dapat dibuat seperti berikut:

WACANA

AYAT

KLAUSA

FRASA

KATA

MORFEM

FONEM

FON

4. Rajah Tatatingkat Unit Tatabahasa

Latihan :

1) Satuan bunyi terkecil yang boleh membezakan makna dipanggil


A) Fonem
C) Morfem

B) Fon
C) Kata

2) Pilih susunaturkan tatatingkat unit tatabahasa yang betul.


A) Wacana, ayat , klausa, frasa, kata, fonem, morfem, fon.
B) Wacana, ayat, kata, klausa, frasa, fonem, morfem, fon
C) Wacana, ayat, klausa, frasa, kata, morfem, fonem, fon.
D) Wacana, ayat, klausa, kata, frasa, fonem , morfem , fon.

3) Apakah yang dimaksudkan dengan morfem?


A) unit terkecil yang dapat dipisahkan daripada rangkaian bunyi
B) satuan bunyi terkecil yang dapat membezakan makna.
C) Unit terkecil dalam bahasa yang membawa makna dan tugas tatabahasa.
D) Bentuk bebas terkecil, makna lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.

4) Apakah kata?
i)

Bentuk bebas terkecil

ii)

Makna lengkap

iii)

Dapat berdiri sendiri dalam ayat

iv)

Dapat membezakan makna

A) i, ii, iii
B) i, ii, iv
C) i, ii, iii, iv
D) Semuanya salah

5) Apakah yang berkaitan dengan konsep tatabahasa?


i.

Peraturan umum struktur bahasa

ii.

Meliputi bidang morfologi dan sintaksis

iii.

Etika berbahasa

iv.

Ditandai dengan penanda wacana

A) i, ii, iii, iv
B) i, ii, iii,
C) i, ii, iv
D) semua tidak berkaitan

Jawapan Latihan Minggu 5: Kemahiran Asas Berbahasa

1. lalu
2. sebelum
3. hingga
4. agar
5. manakala
6. dan
7. bahawa
8. apabila
9. maka
10. atau

Minggu 6 : Morfologi

1. Definisi Morfologi
2. Bidang Morfologi

Pendahuluan:

Para pelajar dikenalkan dengan definisi atau konsep morfologi serta bidang morfologi yang
meliputi aspek bentuk kata, proses pembentukan kata dan golongan kata.

Objektif

Pada akhir bab ini, pelajar dapat mengenal pasti :

Definisi morfologi

Bidang morfologi

Morfologi

1. Definisi Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.
Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang
menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada
berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk
dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Morfologi bahasa Melayu
ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

2. Bidang morfologi

Bidang morfologi meliputi aspek :


2.1 Bentuk kata
2.2 Proses pembentukan kata
2.3 Golongan kata

2.1 Bentuk kata


2.1.1 Kata tunggal
2.1.2 Kata terbitan
2.1.3 Kata majmuk
2.1.4 Kata ganda

2.2 Proses pembentukan kata


2.2.1 Pengimbuhan
2.2.2 Pemajmukan
2.2.3 Penggandaan

2.3 Golongan kata


2.3.1 Kata nama
2.3.2 Kata kerja
2.3.3 Kata adjektif
2.3.4 Kata tugas

2.1 Bentuk kata

2.1.1 Kata tunggal

Perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak
mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal.
Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi
hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih.

2.1.1.1 Kata tunggal satu suku kata

Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu amat terhad, iaitu
kira-kira 500. Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa-bahasa asing, terutama
bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

Pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti
berikut :

1. KV
2. VK
3. KVK
4. KKVK
5. KVKK
6. KKKV
7. KKKVK

Contohnya :

1. KV
yu, ru, ya

2. VK
Am

3. KVK
cat, bah, tin, bin, sen, lap, roh, dan.

4. KKVK
stor, pruf, dril, gred, skel, brek, krim, trak, draf, dram, skor, skop.

5. KVKK
teks, bank, volt, harp, kord, seks, zink, golf

6. KKKV
skru.

7. KKKVK
skrip, straw, strok, skrin.

2.1.1.2 Kata tunggal dua suku kata

Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku
kata. Antara pola-pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti yang berikut :

1. V

+ KV

7. KV

+ VK

2. V

+ VK

8. KV

+ KV

3. V

+ KVK

9. KV

+ KVK

4. VK + KV

10. KVK + KV

5. VK + KVK

11. KVK + KVK

6. KV + V

Contoh :

1. V + KV
aku (a+ku), apa (a+pa), itu (i+tu), ubi (u+bi).

2. V + VK
air, aur, ais.

3. V + KVK

adik, emas, ubat, ikan, izin, ulat, ekor.

4. VK + KV
undi, erti, inti, unta, asli, abdi.

5. VK + KVK
ambil, umpan, empat, indah, embun, ombak, iblis.

6. KV + V
Dua, doa, tua, dia, bau.

7. KV + VK
Jauh, buah, kuil, diam, buih, kuih, liar.
8. KV + KV
Jala, pasu, buku, guru, kita, saya, rata.
9. KV + KVK
Kapal, telur, sikat, hiris, pukul, jarum, bakul, mulut.

10. KVK + KV
lampu, janji, sendi, pintu, tentu, jumpa, jambu.

11. KVK + KVK


Jemput, sandar, bantal, pintal, bandar.

2.1.1.3 Kata tunggal tiga suku kata

Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak sedikit. Perkataan-perkataan tiga suku
kata ini banyak daripadanya ialah kata-kata pinjaman. Antara pola-polanya ialah :

1. KV

+ V

+ KV

2. KV

+ V

+ KVK

3. V
4. KV

+ KV + V
+ KV + V

11. KV

+ KV + KV

12. KVK + KV + KV
13. VK

+ KV + VK

14. V

+ KV + VK

5. KVK + KV + V

15. KV

+ KV + KVK

6. KV

16. KVK + KV + KVK

+ KV + VK

7. KVK + KV + VK
8. V

+ KV + KV

9. V

+ KV + KVK

10. VK

17. KV

+ KVK+ KV

18. KVK + KVK+ KV


19. KV

+ KVK+ KVK

+ KV + KV

2.1.1.4 Kata tunggal (akronim)

Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku
kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis
serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Akronim boleh ditulis dengan tiga cara.

a) Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang
disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar.

Contoh :

LUTH

(Lembaga Urusan dan Tabung Haji)

ABIM

( Angkatan Belia Islam Malaysia)

b) Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata ditulis
dengan huruf kecil keseluruhannya.(jika bukan nama khas)

Contoh :

tabika

(taman bimbingan kanak-kanak)

cerpen

(cerita pendek)

c) Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata itu
menjadi nama khas, kata itu ditulis bermula dengan huruf besar.

Contoh :
Bernama

(Berita Nasional Malaysia)

Pernas

(Perbadanan Nasional)

Intan

2.1.2 Bentuk kata terbitan

(Institut Tadbiran Awam Negara)

Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu
proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk
perkataan yang disebut kata terbitan.

2.1.2.1 Kata terbitan berawalan

Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.

2.1.2.1.1 awalan kata nama


2.1.2.1.2 awalan kata kerja
2.1.2.1.3 awalan kata adjektif

Contoh :

2.1.2.1.1 awalan kata nama

pe -

pekebun, pelaut, peladang, pesawah, pekedai.

pem -

pembesar, pembaca, pembajak, pembelot, pemburu.

pen -

pencuri, penjaja, pendengar, pentadbir, pentafsir.

peng -

penggali, penghantar, pengkaji, pengurus, pengasuh.

penge -

pengecat, pengebom, pengetin.

ke -

ketua, kekasih, kekanda.

juru -

juruterbang, juruwang, jurubahasa, jururawat.

maha -

mahasiswa, maharaja, mahaguru.

tata -

tatabahasa, tatacara.

pra -

prakata, prasejarah, prasyarat, prasekolah, prauniversiti.

eka -

ekabahasa, ekawarna.

dwi -

dwibahasa, dwifungsi.

2.1.2.1.2 awalan kata kerja


me -

melihat, melawat, merawat, merebus, melombong, melompat.

mem -

membaca, membesar, membawa, membilang.

men -

mendayung, mendaki, mencari, mencuri.

meng -

menghijau, mengambil, mengkritik, mengkaji.

menge -

mengebom, mengecat, mengelap, mengekod, mengetin.

memper -

mempersuami, memperisteri, memperlebar, memperhamba.

ber -

berlari, bercukur, berfikir, berbuah, bertanya, bersuara.

be -

bekerja, berasa, beraja.

ter -

termakan, tersepak, terambil, terminum.

2.1.2.1.3 awalan kata adjektif


ter -

terkecil, terbesar, tertinggi, terkurus.

se -

sehodoh, secantik, senipis, setebal.

2.1.3 Kata majmuk

Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan mewujudkan makna tertentu.
Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu :

2.1.3.1 rangkai kata bebas


2.1.3.2 istilah khusus
2.1.3.3 maksud kiasan

2.1.3.1 Rangkai kata bebas.

cita rasa

jalan raya

janji temu

meja tulis

alat tulis

terima kasih

menteri besar

ketua menteri

pegawai tadbir

naib cancelor

2.1.3.2 Istilah khusus

reka bentuk

reka cipta

uji kaji

atur cara

kertas kerja

kaji selidik

mata pelajaran

urus niaga

2.1.3.3 Maksud kiasan

Buah hati

bulan madu

Duit kopi

kaki judi

Pilih kasih

hati batu

Kaki bangku

kaki ayam

2.1.3.1.1 Kata majmuk yang telah mantap ditulis sebagai satu perkataan.

antarabangsa

setiausaha

beritahu

sukarela

bumiputera

suruhanjaya

jawatankuasa

tandatangan

kakitangan

tanggungjawab

kerjasama

warganegara

olahraga

pesuruhjaya

matahari

2.1.3.1.2 Penggandaan kata majmuk

a) gandaan unsur pertama

kertas-kertas kerja
mata-mata pelajaran
perdana-perdana menteri
pegawai-pegawai tadbir
timbalan-timbalan menteri
naib-naib canselor

b) gandaan seluruh kata


kakitangan-kakitangan
suruhanjaya-suruhanjaya
setiausaha-setiausaha
pesuruhjaya-pesuruhjaya

c) imbuhan awalan dan akhiran


ambil kira
uji bakat

mengambil kira
-

menguji bakat

d) imbuhan apitan
ubah suai
kemas kini

mengubahsuaikan
- mengemaskinikan

2.1.4 Kata ganda

Kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar yang disebut
penggandaan penuh, penggandaan separa seperti negeri-negeri, pensyarah-pensyarah,
buku-buku, lelaki, jejari, kekura.
Minggu 7: Proses pembentukan kata

2.2.1 Pengimbuhan

2.2.1.1 Imbuhan kata nama

Imbuhan kata nama ialah imbuhan yang menerbitkan perkataan tertentu golongan
nama.

Imbuhan-imbuhan

ini

dibantu

fungsinya

melalui

kedudukan

perkataan

terbitannya pada kedudukan namanya dalam ayat bahasa Melayu. Biasanya perkataan
ini berfungsi sebagai subjek atau objek dalam ayat-ayat aktif transitif. Awalan yang
boleh membentuk kata nama ialah :

i)
ii)

awalan peawalan ke-

iii) awalan seiv) awalan juru

i)

awalan pe-

Semua perkataan yang diimbuhkan dengan awalan pe- termasuk dalam golongan nama. Awalan
pe- mempunyai enam bentuk iaitu pe-, pem-, pen-, peny-, peng-, dan penge-.

a) Fungsinya

Awalan pe- boleh diimbuhkan dengan bentuk dasar golongan kata nama, kata kerja, kata
adjektif, dan kata tugas untuk membentuk nama terbitan tertentu.

Contoh pe- dengan kata nama :


pekebun
pekedai
pesawah
pekilang
Contoh pe- dengan kata kerja :
pembawa
pemukul
pembaca
petunjuk

Contoh pe- dengan kata adjektif :

pemurah
pesakit
pemutih

Contoh pe- dengan kata keterangan :

penyudah
pengurang

Contoh pe- dengan kata tugas :

penyebab
penyatu

ii) Awalan ke-

Awalan ke- adalah awalan kata nama kerana perkataan-perkataan yang diterbitkan
dengan ke- khusus berupa perkataan kata nama.

Contoh :

ketua

( orang yang menjadi pemimpin )

kekasih

( orang yang dikasihi )

kekanda

( kakak atau abang )

kerangka

( benda yang berangka )

iii) Awalan se-

Awalan se- adalah awalan yang menerbitkan kata nama. Awalan se- berasal dari
perkataan satu yang telah dipendekkan menjadi awalan yang membawa maksud satu
kepada kata dasar yang diimbuhkannya. Awalan se biasanya diimbuhkan dengan
penjodoh bilangan.

Contoh :

sebuah
sebatang
seekor
sebutir
sepucuk

iv) Awalan juru

Awalan juru dapat berfungsi sebagai awalan kata nama. Juru bermaksud ahli atau orang
yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan kata dasar dan boleh
bergabung dengan kata dasar golongan kata nama, kata kerja dan kata akar.

Contoh awalan juru dengan kata nama :

Juruwang
Jurubahasa

Contoh awalan juru dengan kata kerja :

jurukira
jurucakap
jurujual
juruterbang
juruselam

Contoh awalan juru dengan akar kata :

jurutera
jurumudi

2.2.2 Pemajmukan

Pemajmukan adalah cantuman dua atau lebih perkataan yang bebas dalam satu binaan
dengan mempunyai makna yang khas dan tertentu iaitu makna yang tidak berkaitan
antara perkataan-perkataan yang membinanya.

Contoh :

kapal terbang
balai raya
air batu
bulan madu

Rangkaikata berbeza dengan kata majmuk kerana rangkaikata tidak mempunyai makna
yang khas dan maknanya berkaitan antara satu dengan yang lain.

Contoh :
air sungai

( air yang terdapat di sungai )

tahi lalat

( tahi yang dikeluarkan oleh lalat )

rumah putih

( rumah yang berwarna putih )

2.2.3 Penggandaan

Proses yang menggandakan kata dasar atau sebahagian diulang ialah proses penggandaan
dalam bahasa Melayu. Kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau
penggandaan separa. Kata dasar boleh juga digandakan secara berentak. Tiga jenis
penggandaan ialah :

2.2.3.1 penggandaan penuh


2.2.3.2 penggandaan separa
2.2.3.3 penggandaan berentak

2.2.3.1 Penggandaan penuh

Proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar tanpa sebarang perubahan


termasuk yang mengandungi imbuhan.

Contohnya :

budak-budak
sekolah-sekolah
rumah-rumah
rendah-rendah
kereta-kereta

2.2.3.2 Penggandaan separa

Proses yang menggandakan sebahagian dari kata dasarnya biasanya sukukata dan
bentuknya ditentukan oleh sukukata awal atau sukukata akhir kata dasar yang diulang
itu.

Contohnya :

sesemut
lelabi
lelangit
sesungut
lelaki
jejari

Contoh penggandaan sukukata akhir :

segala-gala
berlari-lari
mencari-cari
sepandai-pandai

2.2.3.3 Penggandaan berentak

Proses penggandaan yang boleh jadi berentak suku atau berentak bunyi. Penggandaan
berentak suku bermaksud hanya sukukata sahaja
awal atau sukukata akhir yang diulang.

Contoh :

batu-batan
bukit-bukau
sampah-sarap
kayu-kayan
mandi-manda

Contoh sukukata akhir yang diulang :

anak-pinak
hutang-piutang
kuih-muih
suka-duka
selok-belok
sayur-mayur

yang diulang, sama ada sukukata

saudara-mara

Dalam penggandaan berentak bunyi, yang diulang ialah bunyi-bunyi konsonan yang ada pada
kata dasar tetapi bunyi-bunyi vokalnya berubah dalam bentuk ulangan.

Contoh :

gunung-ganang

( u kepada a )

gopoh-gapah

( o kepada a )

suku-sakat

( u kepada a )

cucu-cicit

( u kepada i )

Minggu 8: Golongan kata

2.3.1 Kata nama

Kata nama adalah segala perkataan yang menduduki kedudukan nama dalam strukturstruktur tertentu ayat-ayat bahasa Malaysia. Nama boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
:

2.3.1.1 Kata nama khas

2.3.1.2 Kata nama am


2.3.1.3 Kata ganti nama

2.3.1.1 Kata nama khas diberi kepada orang, binatang, tempat, atau benda. Nama khas ditulis huruf
awalnya dengan huruf besar.

Contohnya :
Datuk Seri Syarifah Syawati
Raja Ahmad
Salleh Abbas
Ananas comosus ( nanas )
Si Belang ( harimau )
Menara Kuala Lumpur
Proton Perdana

2.3.1.2 Kata nama am adalah nama umum yang diberikan bagi menyebut segala benda,
perkara, proses, kejadian, keadaan, dan konsep yang abstrak.

Contoh :
kilang
lembu
tasik
mimpi

hantu
sekolah
guru
bapa
perpisahan
Kata ganti nama terbahagi kepada lima jenis iaitu :
i)

kata ganti nama orang

ii)

kata ganti nama pertanyaan

iii)

kata ganti nama umum

iv)

kata ganti nama penunjuk

v)

kata ganti nama hubungan

i)

Kata ganti nama orang adalah perkataan-perkataan yang dipakai bagi mengganti
nama orang seperti saya, dia, mereka, kami, awak, dan lain-lain.

ii)

Kata ganti nama pertanyaan adalah perkataan yang dipakai bagi mengganti
perkataan nama dalam ayat tanya seperti apa, siapa, dan mana.

iii)

Kata ganti nama umum adalah perkataan yang dipakai bagi mengganti

nama

umum yang tidak tentu seperti apa (bagi benda atau barang), siapa (bagi orang),
mana (bagi keupayaan atau perolehan), bila (bagi masa), bagaimana (bagi hal atau
cara).

iv) Kata ganti nama penunjuk adalah perkataan-perkataan yang dipakai bagi mengganti
nama benda yang ditunjuk atau yang dirujukkan itu. Kata ganti nama penunjuk
dalam bahasa Melayu ialah perkataan itu dan ini.

v) Kata ganti nama hubungan adalah perkataan yang menggantikan perkataan nama
dalam rangkaikata atau ayat. Kata ganti nama dalam bahasa Melayu ialah yang.

2.3.2 Kata kerja

Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada 4 jenis, iaitu :

2.3.2.1 Kata kerja aktif transitif


2.3.2.2 Kata kerja aktif tak transitif
2.3.2.3 Kata kerja pasif

2.3.2.1. Kata kerja aktif transitif


Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan objek
tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata kerja.
Dalam ayat transitif ini, kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-, sama ada
sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan me-kan, mei, memper-kan, memper-i atau akhiran i dengan menduduki kedudukan kata kerja
dalam rangkai kata predikat.

Contoh:

i)

Samad membacakan ayahnya surat.

ii)

Pengarang itu menulis buku.

iii)

Aminah sedang mencuci pakaian.

iv)

Ibu sedang menggoreng ikan di dapur.

2.3.2.2 Kata kerja aktif tak transitif

Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayatayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak transitif boleh
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima
sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk, jatuh, datang dan pergi dan
kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhan-imbuhan : me-, ber-, ber-an dan
ter seperti perkataan menangis, berkereta, terjatuh, dan bersendirian.

Contoh :

i)

Pegawai itu berkereta ke pejabat.

ii)

Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Besar semalam.

iii)

Anak Pak Mat menangis di dalam bilik.

iv)

Gadis itu tersenyum.

v)

Padi sedang menguning.

vi)

Pemuda itu sedang berbual.

2.3.2.3 Kata kerja pasif

Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif.

(i)

Kata kerja pasif berawalan ber- sseperti berasah, berlipat, bertulis dan
sebagainya.

(ii)

Kata kerja pasif berawalan ter- seperti terangkat, terbunuh, tercapai dan
sebagainya.

(iii)

Kata kerja pasif ke ..an seperti kecurian, kedinginan, kehujanan dan


sebagainya.

2.3.3 Kata Adjektif

Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama.
Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu
ayat. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, sungguh dan sangat.

2.3.3.1 Darjah Penghabisan

Darjah penghabisan dalam bahasa Melayu dinyatakan dengan menggunakan cara-cara berikut:

1) se + kata adjektif + gandaan + kata nama


2) yang + ter- + kata adjektif
3) paling + kata adjektif

4) kata adjektif + sekali


5) yang + ter + amat atau sangat
6) amat atau sungguh atau sangat + adjektif + sekali

1) se + kata adjektif + gandaan + kata nama

sepandai-pandai tupai
setinggi-tinggi gunung
sekeras-keras batu
sebaik-baik manusia
secantik-cantik bunga

2) yang + ter- + kata adjektif

yang terbesar
yang terpandai
yang tertinggi

3) paling + kata adjektif

paling besar
paling pandai
paling tinggi

paling lemah
paling baik

4) kata adjektif + sekali

besar sekali
pandai sekali
tinggi sekali
lemah sekali
baik sekali

5) yang + ter- + amat atau sangat

yang teramat pandai


yang teramat mulia
yang teramat tinggi
yang tersangat lemah
yang tersangat baik
yang tersangat cantik

6) amat atau sangat atau sungguh + adjektif + sekali


amat cantik sekali
sangat cantik sekali

sungguh cantik sekali


amat pandai sekali
sangat pandai sekali
sungguh pandai sekali

2.3.4Kata Tugas

Kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis
tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu,
penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas lain. Jenis-jenis kata tugas ialah:

1. kata hubung
2. kata seru
3. kata tanya
4. kata perintah
5. kata pangkal ayat
6. kata bantu
7. kata penguat
8. kata penegas
9. kata nafi
10. kata pemeri
11. kata sendi nama
12. kata pembenar
13. kata arah
14. kata bilangan

Empat belas jenis kata tugas ini boleh dikelompokkan ke dalam tiga kelompok iaitu :

2.3.4.1 kata penyambung ayat


2.3.4.2 kata praklausa
2.3.4.3 kata prafrasa

2.3.4.1 Kata Penyambung Ayat

Kata penyambung ayat ialah kata hubung iaitu sejumlah perkataan yang bertugas
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis
iaitu ayat majmuk.
Berikut diberikan beberapa contoh:
dan, atau, lalu, tetapi, serta, malahan, sambil, kemudian, kerana, sekiranya, kalau, hingga,
sementara, ketika, walaupun, agar, semoga, andai kata, setelah, jikalau, sungguhpun, supaya,
semasa, sewaktu.

2.3.4.2 Kata Praklausa

Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri
daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat. Tugas
perkataan-perkataan ini adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengayaan atau
sebagai penerang pangkal kepada klausa.
Berikut diberikan beberapa contoh.
Kata Seru: aduh, cis, wah, aduhai, amboi, oh, eh, wahai.
Kata Tanya: berapa, bila, bagaimana, apa, siapa, mana.
Kata Perintah: jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap.
Kata Pembenar: ya, benar, betul.

Kata Pangkal Ayat: maka, adapun, alkisah, arakian, hatta.

2.3.4.3 Kata Prafrasa

Kata prafrasa ialah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu frasa nama, frasa kerja atau
frasa adjektif yang berfungsi sebagai membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan,
memerikan, menyendikan, menunjukkan arah, dan membilang.
Berikut diberikan beberapa contoh.
telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum, mahu, hendak, harus, mesti, boleh, dapat,
terlalu, paling, agak, sekali, amat, sangat, sungguh, kah, tah, lah, juga, pun, sahaja, bukan,
tidak, ialah, adalah.

LATIHAN

Pilih kata hubung yang sesuai.

maka, atau, bahawa, hingga, lalu, agar, sebelum, manakala, dan, apabila.

1. Pasu bunga itu jatuh ke lantai _________ pecah.


2. Basuhlah kaki kamu _____________ masuk tidur.
3. Saya akan berusaha ____________ cita-cita saya tercapai.
4. Makanlah ubat ini ____________ anda lekas sembuh.
5. Mak Yam menganyam tikar ______________ Pak Ali menyirat jala.
6. Suri rumah itu membeli sayur, daging, ___________ ikan di pasar.
7. Kami yakin ____________ murid itu tidak bersalah.
8. Dia terkejut _____________ mendengar berita itu.
9. Budak itu kehilangan wang ____________ dia menangis.
10. Adakah yang ini ___________ yang itu nenek kamu ?
Jawapan Latihan Minggu 8: Golongan kata

1. lalu
2. sebelum
3. hingga
4. agar
5. manakala
6. dan
7. bahawa
8. apabila
9. maka
10. atau

Minggu 9: Sintaksis
1. Definisi Ayat
2. Pola Ayat Dasar
3. Ayat Aktif
4. Ayat Pasif
5. Ayat Tunggal
6. Ayat Majmuk
Pendahuluan:
Dalam bab ini para pelajar didedahkan dengan kepelbagaian ayat-ayat bahasa Melayu seperti ayat dasar,
ayat aktif, ayat pasif, ayat tunggal dan ayat majmuk.

Objektif

Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar dapat mengenal pasti ayat bahasa Melayu dari segi:

pola ayat dasar

ayat aktif

ayat pasif

ayat tunggal

ayat majmuk

Sintaksis:

1. Definisi ayat

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan
mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau
susunan beberapa perkataan yang diucapkan dengan intonasi yang sempurna, iaitu dimulakan
dan diakhiri dengan kesenyapan. (Nik Safiah Karim, 1986)

2. Pola Ayat Dasar

Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu :

Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama


Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja
Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif
Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

Contoh :

Pola 1 : Encik Zainal + pengurus syarikat.


Pola 2 : Anak mereka + sedang tidur.
Pola 3 : Baju itu + merah.
Pola 4 : Rumah saya + di Negeri Sembilan.

3. Ayat Aktif

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai
judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif
tak transitif.

3.1. Ayat Aktif Transitif

Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa
nama ataupun klausa komponen sebagai objek atau unsur penyambutnya.

3.2 Ayat Aktif Tak Transitif

Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak
diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.

Contoh :
Ahmad membaca buku. (aktif transitif)
Harimau itu menerkam kijang. (aktif transitif)
Dia menangis sepanjang hari. (aktif tak transitif)
Teksi itu menuju ke utara. (aktif tak transitif)

Minggu 10: Ayat Pasif

Ayat pasif dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada tiga jenis:

4.1 Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.


4.2 Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan ganti nama diri kedua.
4.3 Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

4.1 Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif

Ayat pasif jenis ini ialah ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan
ter-.

Contoh :
Buku itu belum diambil oleh Fauzi kelmarin.
Televisyen itu dibeli oleh ibu malam tadi.
Basikal itu terlanggar oleh bas pada bahagian tayarnya.
Universiti Multimedia terbina oleh pekerja dalam masa dua tahun.

4.2 Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua

Untuk ayat pasif jenis ini, kata ganti

nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar

disebabkan kata ganti diri pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan
imbuhan pasif di-.

Contoh :
Rumah itu sudah saya catkan semalam.
Bola itu saya sepak.
Hutang itu belum kamu jelaskan sepenuhnya.

4.3 Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena

Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak
menerima awalan. Frasa nama objek boleh juga digugurkan.

Contoh :
Perompak itu kena tangkap oleh polis.
Kanak-kanak itu kena kejar oleh angsa.
Aminah kena tipu oleh penjual jualan langsung.

5. Ayat Tunggal

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu yang mempunyai satu
konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

Contoh :
Ibu Fatimah doktor.
Mereka membaca majalah itu.
Ahmad ke pasar petang semalam.

6. Ayat Majmuk

Ayat Majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan
percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara- cara tertentu sehingga menjadikannya ayat
baharu.

Ayat Majmuk terbahagi kepada empat :

6.1 Ayat Majmuk Gabungan


6.2 Ayat Majmuk Pancangan
6.3 Ayat Majmuk Campuran
6.4 Ayat Majmuk Pasif

6.1. Ayat Majmuk Gabungan

a) Ayat Majmuk Gabungan Berurutan


b) Ayat Majmuk Gabungan Bertentangan

6.2 Ayat Majmuk Pancangan

a) Ayat Majmuk Pancangan Relatif

b) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen


c) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

6.3 Ayat Majmuk Campuran

6.4 Ayat Majmuk Pasif

a) Ayat Majmuk Pasif Gabungan


b) Ayat Majmuk Pasif Relatif
c) Ayat Majmuk Pasif Komplemen
d) Ayat Majmuk Pasif Keterangan

6.1 Ayat Majmuk Gabungan

Ayat Majmuk Gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu
dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung
seperti dan, tetapi, atau, lalu, serta, sambil dan selainnya.

a) Contoh Ayat Majmuk Gabungan Berurutan

i) Beliau memandang saya sambil tersenyum.


ii) Pendapat dia amat cetek, tambahan pula disampaikan dengan cara yang
tidak menarik.

b) Contoh Ayat Majmuk Gabungan Bertentangan

i) Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat sama sekali.


ii) Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas.

6.2 Ayat Majmuk Pancangan

Ayat majmuk pancangan ialah satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat
kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk
itu.

a) Contoh Ayat Majmuk Pancangan Relatif

i) Saya membeli baju yang berwarna hitam.


ii) Mereka menonton wayang yang amat lucu.

b) Contoh Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

i) Dia mengetahui bahawa Ali telah pergi.


ii) Murid itu pulang untuk membaca buku.

c) Contoh Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

i) Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu.


ii) Anak itu menangis kerana ia lapar.

6.3 Ayat Majmuk Campuran

Ayat Majmuk Campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang
terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis
ayat majmuk.

a) Contoh Ayat Majmuk Campuran

i) Aminah sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya yang


sudah letih lesu telah lama tidur.

ii) Murid-murid itu mengetahui bahawa peraturan-peraturan itu


penting dan mereka menyedari bahawa walaupun mereka tidak
senang hati dengannya, peraturan-peraturan itu mesti dipatuhi.

6.4 Ayat Majmuk Pasif

a) Contoh Ayat Majmuk Pasif Gabungan

i) Aktif : Saya minum teh dan Aminah makan nasi.


Pasif : Teh saya minum dan nasi dimakan oleh Aminah.

ii) Aktif : Beliau memandang saya ketika beliau berdiri di situ.


Pasif : Saya dipandang oleh beliau ketika beliau berdiri di situ.

b) Contoh Ayat Majmuk Pasif Relatif

i) Aktif : Mahasiswa menonton teater yang amat menyayat hati.


Pasif : Teater yang amat menyayat hati ditonton oleh mahasiswa.

ii) Aktif : Lembu yang menanduk kereta saya itu menanduk kereta
Ahmad pula.
Pasif : Kereta Ahmad pula ditanduk oleh lembu yang menanduk
kereta saya itu.

c) Contoh Ayat Majmuk Pasif Komplemen

i) Aktif : Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan.
Pasif : Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan diterangkan
oleh guru.

ii) Aktif : Akhbar itu melaporkan bahawa wabak taun telah merebak
di India.
Pasif : Bahawa wabak taun telah merebak di India dilaporkan oleh
akhbar itu.

d) Contoh Ayat Majmuk Pasif Keterangan

i) Aktif : Abu akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya.


Pasif : Buku itu akan dibeli oleh Abu kalau ayah membenarkannya.
Pasif : Abu akan membeli buku itu kalau dibenarkan oleh ayah.

ii) Aktif : Sungguhpun badannya letih Ahmad tetap menghadiri majlis


perayaan itu.
Pasif : Sungguhpun badannya letih majlis perayaan itu tetap dihadiri
oleh Ahmad.

Latihan:
Sebahagian daripada ayat-ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin
mempunyai kesalahan dalam penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak. Jika anda menganggap
bahawa bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A,
B, atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan, tandakan D.

1. Majalah yang saya baca itu sesuai bukan saja untuk orang dewasa tetapi juga kanak-kanak.

A. bukan saja sesuai untuk orang dewasa tetapi juga kanak-kanak.


B. sesuai bukan saja untuk orang dewasa tetapi kanak-kanak juga.
C. sesuai bukan saja untuk orang dewasa tetapi juga untuk kanak-kanak.
D. sesuai bukan saja untuk orang dewasa tetapi juga kanak-kanak.

2. Kakak saya belum membuat keputusan sama ada akan melanjutkan pelajaran di Amerika
Syarikat atau England.
A. melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat atau di England.
B. melanjutkan pelajaran di Amerka Syarikat mahupun England.
C. melanjutkan pelajaran di Amerka Syarikat atau melanjutkan pelajaran di England.
D. melanjutkan pelajaran di Amerka Syarikat atau England.

3. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu.


A. mesin taip pun tidak mampu saya membeli.
B. membeli mesin taip pun saya tidak mampu.
C. beli mesin taip pun saya tidak mampu.
D. mesin taip pun saya tidak mampu.

4. Penduduk-penduduk kampung itu bukan saja peramah serta saling membantu.


A. bukan saja peramah tetapi juga saling membantu.
B. bukan saja peramah namun saling membantu.
C. bukan saja peramah tambahan pula saling membantu.
D. bukan saja peramah serta saling membantu.

5. Saya mengharapkan kamu dapat datang ke rumah saya petang ini.


A. bahawa kamu dapat datang ke rumah saya petang ini.
B. yang kamu datang ke rumah saya petang ini.
C. kamu ke rumah saya petang ini.
D. kamu dapat datang ke rumah saya petang ini.

6. Kami menerima berita ayahnya sudah meninggal dunia.


A. berita yang ayahnya sudah meninggal dunia.
B. berita bahawa ayahnya sudah meninggal dunia
C. ayahnya sudah meninggal dunia
D. berita ayahnya sudah meninggal dunia.

7. Pencuri itu menjelaskan bahawa dia tidak melakukan perbuatan tersebut.


A. tidak melakukan perbuatan tersebut.
B. dia tidak melakukan perbuatan tersebut.
C. yang dia tidak melakukan perbuatan tersebut.
D. bahawa dia tidak melakukan perbuatan tersebut.

8. Gubahan yang cantik itu mendapat tempat pertama.


A. cantik itu yang mendapat tempat pertama.
B. itu yang cantik mendapat tempat pertama.
C. yang cantik yang mendapat tempat pertama
D. yang cantik itu mendapat tempat pertama.

9. Kita perlu yakin yang kita akan berjaya jika kita sanggup menghadapi segala cabaran.
A. yakin kita akan berjaya
B. yakin bahawa kita yang akan berjaya
C. yakin bahawa kita akan berjaya
D. yakin yang kita akan berjaya.

10. Pelajar nakal yang dirotan oleh guru disiplin itu insaf akan kesalahannya.
A. yang dirotan itu oleh guru disiplin
B. dirotan itu oleh guru disiplin itu
C. dirotan itu oleh guru disiplin
D. yang dirotan oleh guru disiplin itu.

11. Telegram itu menyatakan kakak akan pulang pada minggu hadapan.
A. bahawa kakak akan pulang pada minggu hadapan
B. yang kakak akan pulang pada minggu hadapan.
C. Kakak pada minggu hadapan akan pulang
D. Kakak akan pulang pada minggu hadapan

12. Pemuda itu yang mengedarkan dadah telah ditangkap polis.


A. yang edarkan dadah itu.
B. yang mengedarkan dadah itu
C. itu yang edarkan dadah
D. itu yang mengedarkan dadah

13. Ubat itu bukan saja dapat menyembuhkan sakit perut tetapi sakit kepala juga.
A. tetapi dapat menyembuhkan sakit kepala juga
B. apatah lagi sakit kepala
C. malah sakit kepala
D. tetapi sakit kepala juga

14. Rumah Rajan bukan di Cheras atau Ampang tetapi Selayang.


A. di Cheras atau Ampang tetapi di Selayang
B. di Cheras atau di Ampang tetapi Selayang
C. di Cheras atau di Ampang tetapi di Selayang
D. di Cheras atau Ampang tetapi Selayang

15. Melalui lawatan itu kami bukan saja memperoleh pengetahuan tetapi juga pengalaman.
A. bukan memperoleh pengetahuan saja tetapi pengalaman juga.
B. bukan saja memperoleh pengetahuan tetapi pengalaman juga
C. bukan saja memperoleh pengetahuan tetapi juga memperoleh pengalaman
D. bukan saja memperoleh pengetahuan tetapi juga pengalaman
Jawapan Latihan Minggu 10: Ayat Pasif

1. C
2. C
3. B
4. A
5. A
6. B
7. D
8. D
9. C
10. D
11. A
12. B
13. A
14. C
15. C

Minggu 11: Kesalahan Umum Tatabahasa

1. Kesalahan dalam Penggunaan Kata Ganti Diri


2. Kesalahan dalam Penggunaan Kata Bilangan
3. Kesalahan dalam Penjodoh Bilangan
4. Kesalahan dalam Kata Sendi
5. Kesalahan dalam Kata Kerja
6. Kesalahan dalam Kata Hubung
7. Kesalahan dalam Perbendaharaan Kata
8. Kesalahan dalam Penggunaan Hukum D-M

Kesalahan Umum Tatabahasa

Pendahuluan:

Bab ini membincangkan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan dalam tatabahasa Melayu
supaya tiada lagi kesalahan yang akan dilakukan pada masa akan datang.

Objektif

Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat mengenal pasti :

Kesalahan dalam Penggunaan Kata Ganti Diri

Kesalahan dalam Penggunaan Kata Bilangan

Kesalahan dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan

Kesalahan dalam Penggunaan Kata Sendi

Kesalahan dalam Penggunaan Kata Kerja

Kesalahan dalam Penggunaan Kata Hubung

Kesalahan dari Segi Perbendaharaan Kata

Kesalahan dari Segi Penggunaan Hukum D-M

Kesalahan Umum Tatabahasa

1. Kesalahan dalam Penggunaan Kata Ganti Diri

Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk merujuk diri orang tertentu iaitu diri orang pertama, diri
orang kedua dan diri orang ketiga.

Contoh :

(a) kata ganti diri orang pertama: saya, aku, beta, daku, patik, kami, kita, dan hamba.
(b) Kata ganti diri orang kedua : anda, engkau, awak, kamu, kalian, tuanku, dan dikau.
(c) Kata ganti diri orang ketiga : ia, dia, mereka, baginda, beliau, dan -nya.

Di antara kata-kata ganti diri ini, ada yang membawa maksud tunggal (satu) dan ada yang membawa
maksud jamak (lebih daripada satu). Setiap kata ganti diri mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan.
1.1) Contoh Kesalahan.

Beliau ditangkap kerana mencuri. (salah)


Dia ditangkap kerana mencuri. (betul)

Analisis :

Kata beliau hanya boleh digunakan khusus untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa,
guru, pegawai, menteri dan sebagainya.

1.2 ) Contoh Kesalahan.

Mereka-mereka adalah pelajar yang dedikasi. (salah)


Mereka adalah pelajar yang dedikasi. (betul)

Analisis :

Kata ganti diri ketiga mereka sudah menyatakan pengertian jamak. Oleh itu tidak sesuai
kata mereka dijamakkan lagi menjadi mereka-mereka.
1.3) Contoh Kesalahan.

Kasut ini mahal. Ia diimport dari Perancis. (salah).


Kasut ini mahal. Kasut ini diimport dari Perancis. (betul) atau

Kasut ini mahal kerana diimport dari Perancis. (betul)


Analisis :
Kata ganti diri boleh digunakan hanya untuk manusia sahaja.

1.4) Contoh Kesalahan.

Perlawanan petang ini penting untuk kami, kata jurulatih itu kepada pelatih-pelatih. (salah)

Perlawanan petang ini penting untuk kita, kata jurulatih itu kepada pelatih-pelatih.
(betul)

Analisis :
Kami bererti saya dan dia apabila bercakap dengan orang kedua. Orang yang kita ajak
bercakap tidak disertakan. Kita pula bererti anda dengan saya atau anda dengan
kami. Orang yang kita ajak bercakap disertakan.

2 Kesalahan dalam Penggunaan Kata Bilangan

Kata bilangan ialah kata yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Kata bilangan
digunakan untuk menghitung sesuatu. Kata bilangan terbahagi kepada tujuh jenis iaitu :

(a) Kata bilangan tentu seperti dua, tiga, seratus, seribu dan sebagainya.
(b) Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, segala, semua dan sebagainya.
(c) Kata bilangan pisahan seperti setiap dan tiap-tiap.
(d) Kata bilangan pecahan seperti suku, setengah, tiga perlima dan sebagainya.
(e) Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, berjenis-jenis, kedua-dua, berpuluhpuluh dan sebagainya.
(f) Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, ketiga, keempat dan sebagainya.

(g) Kata bilangan tanya iaitu berapa.

2.1) Contoh Kesalahan.

Berbagai jenis minuman terhidang di atas meja itu. (salah)


Berbagai-bagai (atau Pelbagai) jenis minuman terhidang di atas meja itu. (betul)

Analisis :

Kata bilangan berbagai tidak sempurna bentuknya. Gunakan berbagai-bagai atau


pelbagai.

2.2) Contoh Kesalahan.

Setengah orang masih tidak memahami Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. (salah)
Setengah-setengah (atau Sesetengah) orang masih tidak memahami Sistem Ejaan Rumi
Bahasa Melayu. (betul)

Analisis :

Kata bilangan setengah tidak boleh disingkatkan kerana maknanya separuh atau
seperdua.

3. Kesalahan dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan

Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk kata nama atau
benda konkrit. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan bersama-sama dengan
kata bilangan yang tertentu seperti para, segala, sekalian, semua, sebahagian, setengah, dan sebilangan.
Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
3.1) Contoh Kesalahan

Atlit itu mempunyai sebuah cita-cita untuk mendapat pingat emas. (salah)
Atlit itu mempunyai cita-cita untuk mendapat pingat emas. (betul)

Analisis :

Penjodoh bilangan hanya boleh digunakan bersama-sama dengan kata bilangan konkrit.

3.2) Contoh Kesalahan.

Setiap orang warga negara perlu menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi
kepada negara. (salah)
Setiap warga negara perlu menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada
negara. (betul)

Analisis :
Penjodoh bilangan hanya boleh digunakan bersama-sama dengan kata bilangan konkrit.
Minggu 12: Kesalahan dalam Penggunaan Kata Sendi

Kata sendi ialah kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi bertugas untuk menghubungkan
frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalam ayat. Contoh kata sendi ialah di, ke, dari, pada,

kepada, daripada, dalam, akan, bagi, untuk, hingga, sampai, seperti, oleh, dengan, bagai, demi, tentang,
sejak, terhadap, antara.
3.3) Contoh Kesalahan
Pertunjukan itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan. (salah)
Pertunjukan itu dibatalkan oleh sebab tidak mendapat kelulusan. (betul)
Analisis :
Kata sendi memerlukan frasa nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi. Kata kerana
yang tergolong dalam kelas kata hubung tidak boleh diletakkan selepas kata sendi oleh . Jadi
gunakan frasa nama sebab.
3.4) Contoh Kesalahan.
Dia berlari daripada rumah ke kedai. (salah)
Dia berlari dari rumah ke kedai. (betul)
Analisis :
Kata sendi dari digunakan dalam hal yang ada hubungan dengan masa, tempat dan arah
manakala kata sendi daripada digunakan untuk hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang,
perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan dan menunjukkan keanggotaan.
3.5) Contoh Kesalahan.
Pinggan itu dihempaskannya kepada lantai. (salah)
Pinggan itu dihempaskannya ke lantai. (betul)
Analisis :
Kata sendi ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit yang tidak bernyawa,
sementara kepada digunakan untuk benda bernyawa dan benda abstrak kecuali masa.
5. Kesalahan dalam Penggunaan Kata Kerja
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat
bertugas sebagai predikat dalam ayat. Objeknya mestilah frasa nama. Semua kata kerja transitif dalam
ayat aktif tidak boleh tidak berawalan me.
5.1) Contoh Kesalahan.
Dia suka baca buku. (salah)

Dia suka membaca buku. (betul)


Ahmad tendang bola itu. (salah)
Ahmad menendang bola itu. (betul)

Analisis :
Kata kerja transitif yang berawalan me-,-ter-, atau ber- tidak boleh ditiadakan awalannya.
5.2) Contoh Kesalahan.
Dia menghadiahkan saya sebentuk cincin. (salah)
Dia menghadiahi saya sebentuk cincin. (betul)
Hakim menjatuhi hukuman mati kepada penjahat itu. (salah)
Hakim menjatuhkan hukuman mati kepada penjahat itu. (betul)
Hakim menjatuhi penjahat itu hukuman mati. (betul)
Analisis :
Akhiran -kan dan -i masing-masing digunakan untuk membentuk kata kerja transitif tetapi fungsi
kedua-duanya berbeza sama sekali. Akhiran -i menyatakan makna bahawa objek yang dikenai
perbuatan dengan kata kerja yang berakhiran -i itu tidak bergerak. Akhiran -kan pula
menyatakan bahawa objek yang dikenai perbuatan dengan kata kerja yang berakhiran -kan itu
bergerak dari tempatnya ke arah lain.

6. Kesalahan dalam Penggunaan Kata Hubung


Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa,
atau klausa dengan klausa dalam ayat gabungan atau ayat pancangan. Contoh kata hubung ialah kerana,
supaya, jika, kalau, asalkan, walaupun, sungguhpun, sambil, sebelum, semenjak, sampai, apabila,
manakala, setelah, dan, serta, lalu, tetapi, melainkan, dan kecuali.
6.1) Contoh Kesalahan
Siti menangis bila mendengar berita itu. (salah )
Siti menangis apabila mendengar berita itu. (betul )
Analisis :
Kata bila merupakan kata tanya. Gunakan kata hubung apabila.

6.2) Contoh Kesalahan.


Amerika Syarikat merancang untuk menyerang Iraq sebab Iraq menyerang Kuwait. (salah)
Amerika Syarikat merancang untuk menyerang Iraq kerana Iraq menyerang Kuwait. (betul)

Analisis :
Kata sebab tergolong dalam kelas kata nama dan oleh itu tidak sepatutnya digunakan sebagai
kata

hubung. Kata hubung yang sesuai ialah kerana. Jika kata sebab hendak anda gunakan,

maka kata itu perlu disertai kata sendi oleh, lalu menjadi frasa sendi oleh sebab.

7. Kesalahan dari Segi Perbendaharaan Kata


Kesalahan umum tatabahasa dari segi penggunaan kata biasanya terjadi kerana kesalahan ejaan. Hal ini
demikian kerana dalam bahasa Melayu, ada beberapa kata yang seakan-akan sama ejaannya tetapi
mempunyai makna yang berlainan. Selain itu, ada pula kata yang sesuai dan tepat digunakan hanya
dalam konteks ayat yang tertentu saja dengan berdasarkan makna kata tersebut.
Senarai Kata yang Sering Disalahgunakan

7.1)

Adakah dan Apakah

Kedua-dua kata tersebut adalah kata tanya.


Kata adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.

Kata apakah digunakan untuk mendapat jawapan nama binatang, nama benda, keterangan tentang
sesuatu (seperti sebab) dan untuk menanyakan sesuatu yang tidak khusus.

Contoh :
a) Adakah benar cerita Ahmad itu ?
b) Adakah dia datang semalam ?
c) Adakah betul jawapan itu ?
d) Adakah saudara bermimpi ?
e) Apakah binatang yang berleher panjang itu ?

f) Apakah sebab berlakunya kegawatan ekonomi ?


g) Apakah judul buku yang baru kamu beli itu ?

7.2)

Ahli dan Anggota

Kata ahli bererti orang yang mahir atau faham benar dalam sesuatu bidang.
( ahli bahasa, ahli politik, dan lain-lain lagi)
Kata anggota pula bererti bahagian tubuh dan orang yang masuk dalam sesuatu kumpulan
atau golongan.

Contoh :
a) Mereka sangat ahli dalam bidang pembedahan.
b) Prof. Dr. Abdullah Hassan dan Prof. Dr. Nik Safiah boleh digolongkan sebagai
ahli bahasa.
c) Anggota badanku lemah sekali hari ini.
d) Saya sudah menjadi anggota Persatuan Bulan Sabit Merah.

7.3)

Boleh dan Dapat

Kata boleh lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keizinan.


Kata dapat pula lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau
kemampuan.
Contoh :

a) Saya tidak boleh masuk ke stadium kerana tiket sudah habis terjual.
b) Saya tidak dapat memanjat pokok kelapa itu kerana pokok itu sangat tinggi.
c) Adik saya baru berumur lima belas tahun, tetapi sudah dapat memandu kereta.

d) Walaupun adik saya sudah dapat memandu kereta, tetapi ia belum boleh
memandu kereta di jalan raya kerana lesen memandu hanya boleh diberikan
kepada orang yang berumur sekurang-kurangnya lapan belas tahun.
e) Walaupun sudah tua, Pak Samad dapat mendaki gunung Kinabalu itu.
f) Orang yang berumur lebih daripada lima puluh lima tahun tidak boleh
menyertai pertandingan bola sepak itu.

7.4)

Ialah dan Adalah

Penggunaan kata pemeri ialah secara persamaan atau ekuatif hadir di hadapan frasa nama.
Penggunaan kata pemeri adalah secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa
adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh :
a) Bandar Shah Alam ialah ibu negeri Selangor.
b) Abdullah Munsyi ialah pengarang buku Hikayat Abdullah.
c) Berita yang dilaporkan oleh pegawai itu adalah benar.
d) Hadiah yang disumbangkan oleh bank tempatan itu adalah untuk murid yang
cemerlang dalam pelajaran.

7.5)

Golong dan Gulung

Golong bererti membahagi-bahagi dalam beberapa kumpulan


Gulung bererti barang yang berhelai-helai atau berutas-utas yang berbentuk panjang bulat
sebagai akibat digulung.

Contoh :

a) Sudah menjadi kebiasaan Pak Mat menggulung rokok daun nipah sebelum tidur.
b) Golongan petani sering tertindas.
c) Mereka tergolong dalam orang yang bernasib baik.
d) Tikar mengkuang itu digulungnya dengan berhati-hati.

7.6)

Pengairan dan Perairan

Pengairan bererti perihal mengairi kawasan pertanian.


Perairan bererti laut yang termasuk dalam kawasan atau wilayah sesebuah negara.

Contoh :
a) Kapal penyeludup itu tertangkap di perairan Malaysia.
b) Sistem pengairan yang baik perlu untuk meningkatkan hasil pertanian.
7.7)

Penempatan dan Petempatan

Penempatan bererti perihal menempati atau menempatkan.


Petempatan bererti kawasan yang menempatkan.

Contoh :
a) Penempatan orang-orang pelarian Bosnia diurus oleh pihak ABIM.
b) Kawasan petempatan orang-orang Asli di Bukit Lanjan akan dibangunkan.

7.8)

Jemput dan Undang

Jemput bererti perbuatan pergi menyambut.

Undang pula bererti perbuatan memanggil atau mempersilakan orang menghadiri majlis,
perayaan, pertemuan dan sebagainya.

Contoh :
a) Kami sekeluarga akan menjemput kakak di lapangan terbang.
b) Saya akan mengundang teman-teman untuk makan malam di rumah saya.
c) Kad undangan perkahwinan saudara telah saya terima.
d) Setiap hari Ani dijemput oleh ayahnya dari sekolah.

7.9) Pedalaman dan Pendalaman

Pedalaman bererti kawasan yang terpencil atau daerah yang jauh dari perhubungan dan
kemudahan.
Pendalaman bererti usaha mendalami atau mendalamkan.

Contoh :
a) Pembangunan di kawasan pedalaman akan dilaksanakan segera oleh kerajaan.
b) Kebanyakan suku kaum asal negeri itu masih tinggal di kawasan pedalaman.
c) Pendalaman ilmu dalam pelbagai bidang perlu kita lakukan.
d) Pendalaman sungai Kelang perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya
banjir.

7.10) Tafsir dan Taksir

Tafsir atau tafsiran bererti keterangan yang menjelas (ayat al-Quran), pengertian,
pemahaman, pendapat dan ulasan.
Taksir bererti nilaian atau kiraan.

Contoh :
a) Penceramah itu membacakan ayat-ayat al-Quran berserta dengan tafsirnya
sekali.
b) Tidak semua orang dapat menafsirkan undang-undang.
c) Saya tersalah taksir sehingga buku itu saya jual dengan harga yang murah
sekali.
d) Taksiran harta yang musnah dalam kebakaran itu belum diketahui.

7.11)Rasmi dan Resmi

Kata rasmi bererti sesuatu yang telah disahkan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Kata resmi pula bererti sifat asal bagi sesuatu atau seseorang.

Contoh :
a) Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara kita.
b) Beliau akan merasmikan pelancaran kempen kebersihan.
c)

Sudah menjadi resmi padi, makin tunduk makin berisi.

d) Sudah menjadi resmi ayam, telur sebiji riuh sekampung.

7.12)Bukan dan Tidak

Kata nafi bukan boleh menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama.
Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh :
a) Encik Ali bukan bapanya.
b) Makanan itu bukan untuk Abu tetapi untuk Aminah.
c) Kereta api itu bukan dari Ipoh tetapi dari Gemas.
d) Bapanya tidak pergi ke sawah hari ini.
e) Bandar itu tidak besar sangat.
f) Buku-buku yang kami terbitkan tidak mahal.
7.13)Pada dan Di

Di digunakan untuk tempat.


Pada digunakan untuk masa, orang, binatang dan benda abstrak.

Contoh :
a) Pada waktu itu, kehidupan amat sukar sekali.
b) Pelajar itu mengikuti kursus kejuruteraan di Universiti Multimedia.

7.14)Dalam dan di dalam


Perkataan dalam yang berfungsi sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau
frasa nama yang membawa pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.

Di dalam membawa pengertian mempunyai ruang atau jarak.


Contoh :
a) Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan.
b) Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat yang lalu.

c) Saya tidak terlibat dalam urusan mereka.


d) Pengembara itu sesat di dalam hutan.
e) Pen itu disimpan di dalam laci.
f) Semua peserta berkumpul di dalam dewan.
7.15)Antara dan di antara.
Perkataan antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau
frasa nama yang membawa pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.

Contoh :
a) Mereka berbincang antara adik-beradik.
b) Perjanjian antara kedua-dua buah negara itu sudah ditandatangani.
c) Tambak Johor terletak di antara negeri Johor dengan Singapura.
d) Rumah saya terletak di antara pejabat pos dengan balai polis.

8. Kesalahan dari Segi Penggunaan Hukum D-M.

Hukum D-M ialah hukum atau peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat dengan mendahulukan
unsur yang diterangkan (D) dan mengemudiankan unsur yang menerangkan (M). Kesalahan timbul
apabila Hukum D-M dilanggar sewenang-wenangnya kerana terpengaruh oleh susunan kata bahasa
Inggeris.

Contoh:
a) lain-lain perkara (salah)
b) perkara-perkara lain (betul)
c) Ahmad Restoran (salah)
d) Restoran Ahmad (betul)
e) cili sos (salah)

f) sos cili (betul)


g) mini bas (salah)
h) bas mini (betul)

Bacaan Tambahan

1. Nik Safiah Karim (1990). Tatabahasa Dewan : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
2. Awang Sariyan (1986). Kunci Bahasa Malaysia : Sasbadi Sdn. Bhd, Petaling Jaya.
3. Abdullah Hassan (1993). Tatabahasa Pedagogi : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd,
Kuala Lumpur.
4. Abdul Hamid Mahmood ((1992). Ayat Pasif Bahasa Melayu : Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

1. PENGENALAN
Saya telah memilih satu artikel yang bertajuk Perancangan bahasa dan Pembinaan Bahasa
Melayu.Berdasarkan dapatan sumber artikel ini,maka dapatlah saya membuat analisis dalam aspek Ayat
Majmuk yakni,Majmuk Gabungan dan ayat Majmuk Pancangan.
2. OBJEKTIF
Objektif hasil analis artikel ini dapatlah saya melihat mengenalpasti pembentukan ayat-ayat majmuk yang
ada serta dapat mengenalpast jenis-jenis ayat majmuk.Seperti yang diketahui,ayat majmuk merupakan

cantuman beberapa ayat tunggal.Dengan perkataan yang lebih mudah,ayat majmuk terdiri daripada banyak
ayat-ayat kecil yang disambung-sambung menjadi ayat yang lebih panjang.dalam meembincangkan Ayat
Majmuk,perlulah diketahui sifat ayat tersebut dan prinsip pembinaan ayat majmuk.Terdapat DUA Ayat
Majmuk iaitu Ayat Majmuk Gabungan dan Ayat Majmuk Pancangan.Menurut Za;aba,Ayat Majmuk
gabungan juga dikenali sebagai Ayat Berlapis manakala Ayat Majmuk Pancangan juga dikenali sebagai
Ayat Berkait.Pemahaman tentang kedua-dua ayat ini dapat diperjelaskan dengan lebih terperinci setelah
mengkaji beberapa ayat di dalam artikel.
3. PERMASALAHAN KAJIAN

CONTOH ARTIKEL
TAJUK ARTIKEL : PERANCANGAN BAHASA DAN PEMBINAAN BAHASA MELAYU
BILANGAN MUKASURAT : 2 MUKA SURAT

1. PENGENALAN
Perancangan bahasa merupakan usaha-usaha yang tersusun untuk membina bahasa,
menyempurnakan bentuk dan susunan bahasa itu agar dapat berfungsi sebagai bahasa moden, alat
penyampai fikiran dan perasaan sejajar dengan peranannya sebagai bahasa utama sesuatu komuniti
bagi sesebuah negara yang mempunyai lebih daripada satu bahasa.Maka, perancangan bahasa
bermakna penentuan bahasa yang hendak dijadikan bahasa nasionalnya atau bahasa rasminya dan
diikuti oleh pembinaan bahasa itu. Perancangan bahasa pada keseluruhannya terdiri daripada dua tahap
utama iaitu penentuan dan pembinaan. Bukan semua negara di dunia ini memerlukan kedua-dua tahap
tersebut tetapi sebahagian besar memerlukan tahap pembinaan disebabkan keadaaan sosiolinguistiknya
sendiri.

Bahasa merupakan alat komunikasi, alat berfikir dan alat menghasilkan buah fikiran. Justeru, bahasa
tidak boleh dibiarkan berkembang dengan sendirinya atau tanpa perancangan kerana ini dapat
menghalang sistem berkomunikasi secara lancar antara pemakai-pemakai bahasa dan menyukarkan
proses konseptualisasi dan juga pengwujudan konsep-konsep hasil pemikiran. Konseptualisasi tidak akan
berlaku tanpa penguasaan bahasa yang baik atau perancangan bahasa yang teratur. Perancangan
bahasa bukanlah merupakan satu perkara yang baru tetapi sudah lama dijalankan di berbagai-bagai
negara terutamanya dalam kalangan negara-negara membangun setelah mencapai kemerdekaan
daripada penjajah.Walaupun pada permulaannya, negara-negara ini menganggap bahasa kebangsaan
merupakan bahasa penyatuan iaitu sebagai lambang penyatuan negara.Selepas itu, barulah timbul satu
usaha untuk menjadikan bahasa tersebut sebagai bahasa akademik mahupun bahasa
rasminya.Contohnya ialah negara Indonesia dan Malaysia sendiri.

2. KONSEP
Konsep perancangan bahasa timbul pada akhir 1960an dan menjadi istilah tersendiri selepas satu
persidangan anatarabangsa yang diadakan di Universiti Hawai. Persidangan tersebut telah berjaya
menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Can Language be Planned yang diedit oleh Joan Rubin dan
Bjorn Jerudd dan diterbitkan pada tahun 1969. Istilah perancangan bahasa dikaitkan dengan konsep
bimbingan yakin dalam melaksanakan perancangan bahasa aspek bimbingan merupakan aspek yang
pasti wujud. Konsep perancangan bahasa itu dengan sendirinya bertentangan dengan pendapat yang
ditimbulkan oleh aliran linguistik tradisional dalam tahun 50an yang mengatakan bahawa bahasa harus
dibiarkan tumbuh dengan sendirinya tanpa sebarang usaha untuk mengarahkannya kepada matlamat
tertentu. Pendapat yang dimasyurkan oleh cogan kata Leave Your Language Alone (judul buku mengenai
hal yang sama yang ditulis oleh Rober Hall Jr.), dan One word is as good as another sudah tidak terpakai
lagi sekarang ini.
Konsep perancangan bahasa (language planning/language engineering) muncul selepas perang dunia
kedua iaitu apabila sesebuah negara yang pernah dijajah oleh negara besar mencapai
kemerdekaan.Kemerdekaan itu memperlihatkan semangat nasionalisme iaitu bersatu padu dan
berkeinginan untuk mempuyai identiti sendiri sebagai lambang kedaulatan sesebuah negara. Orang yang
pertama menggunakan istilah language language planningialah Einar Haugen (1959) dalam
penulisannya Planning for a Standard Language in Modern Norway yang diterbitkan dalam Journal of
Anthropological Linguistik, 1.3. 1959.Haugen telah mendifinisikan perancangan bahasa sebagai
merangkumi usaha-usaha yang dijalankan oleh pertubuhan atau jawatankuasa tertentu. Mencakupi
segala usaha yang dijalankan oleh pertubuhan tersebut untuk penyuburan bahasa dan melibatkan
usaha-usaha pembinaan, pengubahsuaian dan pembakuan yang dilakukan kepada sesuatu bahasa yang
berkenaan.

Selain itu, terdapat dua lagi istilah yang digunakan oleh para sarjana dalam perancangan bahasa iaitu
istilah glossopolitics dan language engineering. Istilah glossopolitics digunakan oleh Robert A. Hall
Jr. bagi merujuk kegiatan atau proses mengaplikasi ilmu linguistik kepada dasar yang diambil oleh
kerajaan dalam menentukan cara-cara yang paling baik untuk mencapai keadaan dwibahasa di tempattempat yang menghadapi pertembungan budaya. G.P. Springer (1956) menggunakan istilah

penjuruteraan bahasa (language engineering) dan merujuk kepada usaha pengabjadan dan pembakuan
bahasa yang belum baku di Soviet. Sutan Takdir Alisjahbana (1961) juga telah menggunakan istilah
penjuruteraan bahasa untuk merujuk kepada aktiviti yang dilakukan secara sedar bagi
mengembangkan bahasa di dalam konteks sosial, budaya, dan perubahan teknologi yang lebih luas.
Juga, ada sarjana lain yang pernah menggunakan istilah penjuruteraan bahasa untuk merujuk kepada
aktiviti yang terancang melalui sekolah, gereja, radio, akhbar dan juga perancangan rasmi untuk
mempengaruhi penggunaan bahasa.

Seterusnya, R. Noss (1967) menggunakan istilah pembangunan bahasa (language development) dan
perancangan bahasa (language planning) di dalam membincangkan keadaan penggunaan bahasa di
dalam pendidikan di Asia Tenggara. Istilah perancangan bahasa telah juga digunakan oleh J. Rubin dan
B.H. Jernudd (1971) untuk merujuk kepada usaha satu-satu pertubuhan yang bertujuan untuk
menjalankan perubahan kepada kod-kod atau pertuturan bahasa atau kepada kedua-duanya sekali.J.A.
Fishman (1968) juga telah menggunakan istilah perancangan dan pembangunan bahasa untuk merujuk
kepada langkah-langkah yang dirancang untuk mencari penyelesaian kepada masalah kebahasaan yang
lazimnya dilaksanakan pada peringkat kebangsaan.

PENGHARGAAN
Saya berasa sangat bersyukur kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya dapatlah saya
menyiapkan kajian tindakan yang bertajuk MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT
DI DALAM DISIPLIN PENULISAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MURID TAHUN
4 dapat disempurnakan dengan sebaiknya.

Saya memilih tajuk ini kerana beberapa sebab . Antara sebab utamanya ialah ingin
membetulkan perlakuan dalam aspek penulisan . Ini kerana ada antara guru penyelidik yang
masih belum dapat memberi penekanan sepenuhnya berkaitan tentang pembentukan ayat yang
betul.
Sepanjang proses pelaksanaannya , saya ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada guru besar yang banyak memberi input yang sangat berguna berkaitan kajian tindakan
ini . Selain itu ribuan terima kasih juga saya hulurkan kepada guru panitia Bahasa Melayu yang
selalu membimbing saya memantapkan lagi proses menyediakan Laporan Kajian Tindakan ini.
Saya juga sangat terhutang budi dengan rakan-rakan sealiran saya yang membantu
saya membuat refleksi berkaitan pengajaran dan pembelajaran saya. Dengan adanya bantuan
mereka , saya dapat menyiapkan Kajian Tindakan ini dengan jayanya.
Saya berharap dengan adanya kajian tindakan ini , dapatlah saya jadikan ia sebagai
panduan dan rujukan . Selain itu , ia juga boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk rakanrakan seperjuangan saya.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT DI DALAM DISIPLIN


PENULISAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MURID TAHUN 4
Oleh :
Puan Nor Azila binti Md. Nor
Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah membina ayat di kalangan murid di
Tahun 4 Bestari . Seramai 11 orang murid terlibat dalam kajian ini. Selain itu , saya juga ingin
meningkatkan pemahaman mereka dalam aspek membina ayat yang betul dan lengkap .
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui aktiviti di dalam kelas dan semakan latihan di dalam
buku latihan . Saya dapati terdapat beberapa kesilapan dalam pembinaan ayat iaitu dari segi
morfologi dan sintaksis. Saya juga mendapati bahawa murid kurang peka tentang penggunaan
kata hubung , pengimbuhan dan tanda baca dalam pembinaan ayat . Untuk mengatasi masalah
ini , saya telah menyediakan formula yang mudah untuk murid ini memperbaiki kemahiran
membina ayat iaitu murid perlu hafal formula yang diberikan. Hasilnya saya dapati , terdapat

peningkatan dalam pembinaan ayat oleh anak-anak murid saya ini. Saya juga berasa teruja
untuk meneruskan aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran saya.

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN:

Bahasa Melayu Penulisan terdiri daripada tiga item iaitu Bahagian A , bahagian B dan
Bahagian C . Bahagian A membina ayat yang lengkap dan gramatis. Kajian saya berkaitan
dengan masalah Bahagian A .Masalah membina ayat yang lengkap dalam penulisan terutama
dalam penulisan bahagian A akan mengganggu murid mendapat markah yang baik dalam
penulisan Bahasa Melayu. Selain itu , jika murid tidak dapat membina ayat dengan baik ,
menyebabkan murid juga tidak mampu untuk membina sebuah karangan yang baik dalam
penulisan bahagian B dan C. Masalah membina bina ayat ini dikesan semasa saya menyemak
latihan murid di dalam buku latihan penulisan. Saya dapati murid gagal membina ayat dengan
baik. Struktur ayatnya tidak tersusun dengan betul. Murid gemar menggunakan bahasa pasar
semasa menulis ayat. Tanda bacan yang ditulis tidak menepati ciri-ciri penulisan yang
sebenar. Berdasarkan refleksi pengajaran saya , saya dapati murid belum boleh membina ayat
secara gramatis dengan hanya melalui aktiviti perbincangan dalam kelas dan perbincangan
melalui kumpulan. Melalui aktiviti pembentangan hasil kerja murid dalam pembinaan ayat juga
tidak banyak membantu murid saya . Jadi , melalui perbincangan saya dengan rakan sealiran
juga termasuk guru pemeriksa kertas Penulisan Bahasa Melayu , saya disarankan
menggunakan formula SPPA iaitu subjek + predikat + penerangan ayat ( siapa - buat - dimana apa / bagaimana ) bagi mengatasi kelemahan murid ini.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN


Saya memilih isu ini kerana berdasarkan tinjauan awal saya, saya dapati bahawa 11 orang
murid ini tidak boleh menulis ayat dengan baik sedangkan bacaan dan lisan yang dijalankan di
dalam kelas tidak mempunyai banyak masalah. Cuma apabila mereka mula menulis , mereka
gagal menyusun struktur dengan baik selain penggunaan kata yang kurang tepat. Oleh yang
demikian , saya terpanggil untuk membantu 11 orang murid ini memperbaiki kemahiran dalam
pembinaan ayat agar murid-murid ini tidak terus tercicir dalam aspek penulisan.

3 .0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian tindakan ini dijalankan , diharapkan agar dapat mencapai objektif
tersebut:

3.1 ) Objektif Am
Meningkatkan kemahiran murid untuk membina ayat dengan lengkap dan gramatis.
3.2 ) Objektif Khusus

Murid dapat memilih penggunaan kata yang sesuai untuk membina ayat.

Murid boleh membezakan penggunaan tanda baca dalam ayat.


Murid boleh menulis ayat yang lengkap serta gramatis berdasarkan kata kerja / rangkaikata
yang diberikan dengan baik.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan murid yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 11 orang murid Tahun 4
Bestari . 7 orang murid India dan 4 orang murid Melayu. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada
6 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN


5.1 Tinjauan Awal Masalah
Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian tindakan , tinjauan
awal terhadap masalah yang dikenalpasti, Langkah-langkah telah dilakukan berdasarkan
pemerhatian , pemeriksaan buku latihan dan ujian pra.

i ) Pemerhatian :

Saya telah memerhatikan tingkahlaku murid melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Saya mendapati murid mempunyai masalah membina ayat secara gramatis. Pada
awalnya, saya merasakan murid belum biasa membina ayat secara gramatis kerana mereka
baru berada di tahap 2. Tetapi selepas beberapa minggu , murid masih lagi belum menguasai
cara untuk membina ayat secara gramatis.

ii ) Pemeriksaan buku latihan.

Setiap kali selesai sesi pengajaran dan pembelajaran , murid akan menyerahkan buku latihan
kepada saya. Setelah disemak , saya dapati murid belum dapat menguasai cara untuk

membina ayat secara gramatis. Mereka membina ayat selapis dan kadangkala ayat yang dibina
tiada kaitan dengan gambar yang diberkan ,

iii) Ujian pra.


Satu ujian diagnostik telah dijalankan kepada murid-murid tahun 4. Ia bertujuan menguji tahap
penulisan murid. Saya dapati hasil daripada ujian tersebut , murid tidak mahir untuk membina
ayat dengan baik. Kemudian , murid telah diberi uiian bulanan , namun 11 orang murid ini masih
gagal membina ayat secara gramatis.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Hasil pemerhatian , pemeriksaan buku latihan dan ujian pra dapat dilihat melalui jadual data
yang di sediakan.

Senarai Rekod Pencapaian. (Jumlah markah = 10 M)


BIL

NAMA MURID

Ujian
Ujian
Diagnostik bulan Feb

Basker a/l Subramaniam

Danny Dave a/l Raman

Jaynishia a/p Bala

Justin a/l Fernendez

Kapil a/l Jaynesan

Kirthana a/p Vinod Kumar

Muhammad Isma bin Kamsan

Nurul Alina binti Yusof

Nurul Fatehah binti Fauzi

10

Sabrina a/p Ramandran

11

Zaidi bin Harun

Rajah 1 menunjukkan hasil ujian pra yang dijalankan kepada murid-murid. Data tersebut dibuat
sebelum pelaksanaan tindakan saya. Saya mendapati tahap penguasaan murid dalam
membina ayat gramatis masih lemah walau pun telah menjalani dua kali latihan.

5.3 Tindakan yang dijalankan.


Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan dalam tempoh
tiga bulan melibatkan 11 orang murid khasnya dan 27 orang murid amnya. Pengajaran dan
pembelajaran ini dijalankan setiap hari Isnin kerana mempunyai 2 waktu bekembar.
Saya telah melaksanakan pengajaran kaedah bina pelan maklumat berdasarkan
gambar yang diberi dan kaedah kata tanya. Saya telah menggunakan kaedah ini semasa sesi
pengajaran selama 60 minit. . Saya menggunakan 1 waktu untuk murid memahami gambar ,
mencari maklumat atau kata kerja berkaitan gambar , bulatkan gambar dan catatkan kata kerja
yang sesuai dengan gambar. Kaedah ini saya panggil Kaedah Bulat dan Tarik . Dalam kaedah
ini ,murid perlu cari fahamkan situasi gambar , kemudian perlu cari aktiviti yang terdapatkan
dalam gambar. Kemudian , setelah kenalpasti maklumat , murid perlu bulatkan gambar dan
catat maklumat berkaitan gambar. Contoh : membajak , mengubah dan sebagainya. Pada
waktu yang kedua , guru , membimbing murid membina ayat menggunakan kata tanya ( siapa .
buat apa , di mana , bila / bagaimana )
Saya telah melaksanakan beberapa langkah pengajaran dan pembelajaran berkaitan
kaedah ini. Saya sediakan Rancangan Pengajaran bagi aktiviti ini.
Set Induksi

: Beri penerangan tentang jenis gambar, kemudian bincang berkaitan gambar

yang ditunjukkan
Langkah 1

: Murid teliti keseluruhan gambar dan soal jawab berkaitan gambar

Langkah 2

: Murid mencari 5 kata kerja / aktiviti yang ada kaitan dengan kehendak soalan .

Kemudian bulatkan gambar tersebut serta catatkan pada gambar aktiviti yang telah
dikenalpasti.
Langkah 3

: Murid bina rangkaikata menggunakan kata tanya ( siapa , buat apa , di mana .

bila / bagaimana )
Langkah 4

: Latihan bina ayat gramatis perpandukan pelan maklumat yang telah dibina.

Penutup

: Menyemak ejaan , struktur ayat dan kosa kata yang digunakan.

Berdasarkan rancangan harian , saya memulakan pengajaran dengan menyatakan


jenis gambar yang akan murid temui. Bincangkan secara ringkas sebagai pengenalan murid.
Seterusnya pada langkah yang pertama , saya meminta murid meneliti
keseluruhan gambar dan fahamkan situasi gambar. Kemudian, murid mencari 5 perbuatan /
aktiviti yang ada kaitan dalam gambar. Bulatkan gambar tersebut dan catatkan kata kerja yang
sesuai dengan gambar.

Langkah seterusnya , saya telah meminta murid membina rangkaikata berpandukan


kata kerja ( siapa - buat apa - di mana - bila /bagaimana )

Contoh: soalan

: siapa di dalam gambar ?

jawapan

: Pak Kassim

soalan

: sedang buat apa ?

jawapan

: membanting padi.

soalan

: di mana ?

jawapan

: di sawah padi / di bendang

soalan

: bila ?

jawapan

: di musim menuai.

Langkah yang terakhir , saya telah memberi latihan untuk menulis ayat secara gramatis kepada
murid-murid. Kami juga membimbing murid ini secara individu dari segi pemilihan kosa kata
yang sesuai dan tepat agar ayat yang dibina lebih gramatis.. Setelah siap membina 5 ayat ,
murid diminta menyemak ejaan , tanda baca dan sebagainya.
Contoh ayat gramatis : Pak Kasim sedang membanting padi yang sudah masak di
bendang semasa musim menuai.
Saya telah melaksanakan kaedah ini setiap kali menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang berkaitan dengan penulisan bahagian A mulai penghujung Julai 2012
sehinggalah penghujung bulan Oktober 2012. Sepanjang tempoh itu , saya telah mengadakan 3
kali siri ujian. Ujian ini dijalankan pada setiap penghujung bulan dalam tempoh pelaksanaan
kajian ini. Ia bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang digunakan bagi mencapai
objektif kajian dalam penulisan Bahasa Melayu.

5.4 Dapatan Kajian


Saya telah mengumpul pengskoran markah murid hasil daripada 3 siri ujian yang telah
dijalankan. Markah-markah tersebut telah dicatatkan dalam jadual yang disediakan. Jadual ini
merupakan borang Analisa berkaitan dengan hasil ujian murid.

BIL

NAMA MURID

Ujian 1

JENIS UJIAN
Ujian 2

Ujian 3

Basker a/l Subramaniam

Danny Dave a/l Raman

Jaynishia a/p Bala

10

Justin a/l Fernendez

10

Kapil a/l Jaynesan

Kirthana a/p Vinod Kumar

Muhammad Isma bin Kamsan

10

Nurul Alina binti Yusof

Nurul Fatehah binti Fauzi

10

10

Sabrina a/p Ramandran

11

Zaidi bin Harun

10

Berdasarkan jadual pengskoran ini , saya dapati ada peningkatan markah bagi murid-murid
tersebut. Seramai 10 orang iaitu 91% murid berada ditahap cemerlang manakala hanya
seorang murid sahaja iaitu 9 % berada di tahap baik. Ini menunjukkan satu peningkatan yang
amat ketara,
Saya juga menemubual dua orang murid berkaitan hasil pengajaran -pembelajaran yang
telah dijalankan.
Cikgu

: Fatehah , cikgu lihat , skor markah kamu sangat cemerlang

dan

meningkat setelah belajari melalui

kaedah dan teknik ini.


Fatehah : Ya cikgu . Saya semakin faham bagaimana hendak membina ayat
dengan baik. Kaedah ini sangat membantu saya , cikgu!
Cikgu

: Kirthana , nampaknya skor awak pada tahap baik berbanding rakan-rakan


kamu yang berada di skor cemerlang. Awak masih ada masalah

dengan

penggunaan kaedah ini ?

Kirthana : Tidak cikgu, Saya faham bagaimana untuk membina ayat dengan lebih
baik.
Cikgu

Cuma kosa kata saya sahaja yang masih lagi kurang.


: Tidak mengapa Kirthana , apa yang penting , kamu perlu banyak membaca
untuk menambahkan kosa kata kamu.

5.5 Refleksi Kajian.


Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas murid , kaedah yang telah dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran itu telah memberikan suatu impak yang positif. Peningkatan skor
markah murid ketara meningkat. Ini menunjukkan kaedah yang dilaksanakan sangat
bersesuaian danberkesan. Murid semakin yakin untuk membina ayat yang gramatis. Daripada

tinjauan yang dibuat , murid telah mengikut kaedah yang dipelajari.Murid tidak lagi memerlukan
masa yang lama untuk mendapatkan maklumat dan membina ayat yang gramatis. Saya juga
melihat murid seronok apabila saya menyatakan bahawa hari ini saya akan membuat latihan
penulisan bahagian A. Tiada lagi rungutan yang kurang ebak didengari daripada nmurid-murid
saya.
Sebagai seorang guru , saya merasakan suatu kejayaan yang besar apabila saya
melihat peningkatan skor murid-murid saya yang lemah. Kajian dan strategi serta kaedah yang
diberikan sangat bersesuaian dengan murid . Pada pandangan saya , murid ini mampu
melakukan sesuatu perkara itu dengan baik asalkan mereka mendapat panduan dan cara yang
betul untuk membina ayat dengan baik. Saya juga telah dapat membaiki kelemahan saya
dalam pengajaran dan pembelajaran.

5.6 Cadangan Kajian Tindakan Seterusnya.


Secara keseluruhan , kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian murid
semakin baik walaupun bukan 100%. Namun begitu , usaha diteruskan agar murid mahir
sehingga mereka boleh membina ayat dengan gramatis semasa UPSR nanti. Saya juga akan
menggunakan pendekatan ini untuk membimbing murid dalam penulisan bahagian B. Ini
kerana langkah dan caranya sama iaitu untuk membina ayat dengan baik.
Sebagai kesimpulan , kajian tindakan yang saya lakukan ini sangat memberi manfaat kepada
murid untuk meningkatkan prestasi khususnya dan memberi kelebihan kepada guru untuk
memperbaiki pengajaran amnya. Saya berharap hasil kajian saya ini boleh diguna pakai oleh
rakan-rakan saya nanti.

Rujukan :
Abdul Rahman Abd Majid ( 2007 ) Guru Sebagai Penyelidik , Kuala Lumpur , PTS
Profesional Publishing Sdn Bhd.
Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia , Modul Kajian
Tindakan Teknologi Pendidikan
Bahagian Perancangan , Penyelidikan Dasar Pendidikan : Panduan Asas Menulis
Laporan Kajian Tindakan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Sulaiman Masri , Abdullah Yusof , Mohd Rain Shaari (2006), Bahasa Melayu : Dimensi
Pengajaran dan Pembelajaran ,Kuala Lumpur , Utusan Publication & Distributor

Sdn Bhd.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011) Pengajaran , Teknologi dn Penaksiran 2 KPD
3026.
http:// pengajaranbahasamelayu.blogspot.com
http:// mariasalamperpaduan .blogspot.com

1.0 PENDAHULUAN
Perkataan tatabahasa seperti yang digunakan oleh beberapa orang ahli tatabahasa Melayu moden
seperti Daud Baharum dan Li Chuan Siu (1964), Asmah Hj Omar (1968,1972), Lufti Abas
(1972), Asraf (1974), Nik Safiah Karim dan Zaharah Buang (1970) adalah sama seperti yang
dimengertikan oleh ahli ahli tatabahasa tradisional yang menyebutnya sebagai nahu. Kedua
dua istilah nahu dan tatabahasa ini, dalam bahasa Inggeris dinamakan grammar.

Walau apapun pengertian yang diberi, kita tetap memahamkan bahawa tatabahasa atau nahu itu
adalah satu bidang yang menerangkan peraturan peraturan penggabungan kata kata untuk
menimbulkan bunyi dan ayat dengan menggunakan formula dan peraturan peraturan tertentu.
Walaupun tatabahasa itu tidak merupakan satu mata pelajaran yang diajar secara formal tetapi
aspek ini adalah sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran tatabahasa
bertujuan menentukan samada sesuatu ayat itu betul atau tidak mengikut peraturan tatabahasa
atau resam bahasa itu. Selain daripada itu pengajaran tatabahasa ini penting kepada pelajar dalam
peperiksaan kerana soalan soalannya terkandung juga tatabahasa. Pengajaran tatabahasa ini
juga penting dan berguna kepada orang orang dewasa atau pelajar pelajar pada peringkat
tinggi, terutama bangsa asing, disebabkan mereka lebih suka belajar menerusi undang undang
atau peraturan peraturan yang tertentu.
Pengajaran tatabahasa biasanya diajarkan secara tidak langsung. Aspek aspek yang hendak
diajarkan itu biasanya ditemui ketika guru menyampaikan pelajaran dalam bacaan, puisi atau
karangan. Segala penerangan atau penjelasan dilakukan dengan bantuan contoh contoh
daripada bahan bahan tatabahasa itu dalam situasi yang sesuai. Murid murid diberi latihan
dalam bentuk latih tubi untuk menguasai kemahiran tatabahasa yang diajar.
Walaupun pengajaran tatabahasa di sekolah tidak digalakkan diajar secara berasingan, guru
guru masih boleh mengajar dengan memberikan tumpuan khusus kepadanya. Ia disampaikan
sebagai satu mata pelajaran yang khusus dalam satu satu waktu tertentu. Walaupun begitu
kemahiran kemahiran lain seperti membaca dan menulis harus dijalankan serentak iaitu
digabungjalinkan dengan pengajaran tatabahasa itu.

2.0 KONSEP TATABAHASA


Tatabahasa sering dianggap orang sebagai subjek membosankan dan menakutkan kerana
kononnya tatabahasa terdiri daripada rumus rumus bahasa seperti subjek matematik.
Tatabahasa ialah bahagian yang penting dalam kehidupan kita. Oleh itu pengajaran tatabahasa
tidak boleh diajarkan secara terasing, melainkan hendaklah diajarkan dengan strategi
penggabungjalinan dan penyerapan. Dalam strategi tersebut perancangan yang rapi dan
pemilihan bahan perlu dibuat untuk menunjukkan konteks yang sesuai bagi unsur unsur
tatabahasa yang hendak diajar. Dalam pengajaran di bilik darjah pula, guru perlu melaksanakan

pelbagai teknik dan aktiviti yang dapat merangsang murid seterusnya membantu murid
menguasai tatabahasa tanpa rasa tertekan atau terpaksa.
Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu ;

Bidang Morfologi

Bidang sintaksis
2.1 Bidang Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata.
Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang
bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa samada bentuk tunggal atau hasil daripada
proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses
menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain
dalam golongan yang sama.
2.1.1 Ayat penyata
* Ayat transitif
* Ayat intransitif
* Ayat aktif
* Ayat pasif
* Ayat nafi
* Ayat songsang
* Ayat inti
* Ayat gabungan
2.1.2 Ayat perintah
2.1.3 Ayat Tanya
2.1.4 Ayat seru

2.2 Bidang sintaksis


Sintaksis merupakan satu bidang bahasa atau cabang ilmu bahasa yang tugasnya mengkaji rumus
rumus yang menerbitkan ayat ayat gramatis sesuatau bahasa ( bentuk , struktur dan binaan
atau konstruksi ayat ). Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum
hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
2.2 Golongan kata

2.2.1 Kata nama


* Kata ganti nama
2.2.2 Kata kerja
2.2.3 Kata sifat
2.2.4 Kata tugas
* Kata hubung
* Kata keterangan
* Kata sendi

2.3 Pembentukan kata


2.3.1 Imbuhan kata nama
2.3.2 Imbuhan kata kerja
2.3.3 Istilah pinjaman
2.4 Lain lain
2.4.1 Kata bilangan
2.4.2 Kata istilah
2.4.3 Penjodoh bilangan
2.4.4 Bentuk jamak
2.4.5 Hukum D-M

3.0 ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN TATABAHASA OLEH MURID DI


DALAM BILIK DARJAH
Kesalahan tatabahasa memberi maksud penggunaan semua bentuk kesalahan bahasa yang
melanggar peraturan bahasa samada ejaan, perkataan atau susunan frasa serta ayat dalam
pembinaan ayat yang gramatis. Kesalahan ini melibatkan kesalahan hukum tatabahasa.
i. Kesalahan dalam penggunaan Kata Ganti Diri
Kata Ganti Diri ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan diri orang tertentu iaitu diri orang
pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga.
a) Kata Ganti Diri orang pertama saya, aku, beta, daku, patik, kami, kita dan hamba.
b) Kata Ganti Diri orang kedua anda, engkau, awak, kamu, kalian, tuanku, dan dikau.
c) Kata Ganti Diri orang ketiga ia, dia, mereka, baginda, beliau dan nya.

Di antara kata kata ganti diri ini, ada yang membawa maksud tunggal ( satu ) dan ada yang
membawa maksud jamak ( lebih daripada satu). Setiap kata ganti diri mempunyai tugas atau
fungsi yang berlainan.
Contoh kesalahan
Beliau ditangkap kerana mencuri. ( salah )
Dia ditangkap kerana mencuri. ( betul )
Analisis
Kata beliau hanya boleh digunakan khusus untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa,
pegawai, menteri dan sebagainya.
ii. Kesalahan dalam penggunaan kata sendi
Kata sendi ialah kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi bertugas untuk
menghubungkan frasa nama dengan kata kata atau frasa frasa lain dalam ayat.
Contoh kata sendi ialah di, ke, dari, pada, kepada, daripada, dalam, akan, bagi, untuk, hingga,
sampai, seperti, oleh, dengan, bagai, demi, sejak, terhadap, antara.
Contoh kesalahan
Dia berlari daripada rumah ke kedai. ( salah )
Dia berlari dari rumah ke kedai. ( betul )
Analisis
Kata sendi dari digunakan dalam hal yang ada hubungan dengan masa, tempat dan arah.
Manakala kata sendi daripada digunakan untuk hal hal yang lebih umum, seperti untuk orang,
perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan dan menunjukkan keanggotaan.
iii. Kesalahan dalam penggunaan Kata Penguat
Kata penguat seperti amat, sungguh dan sangat terbahagi kepada tiga, iaitu kata penguat bebas,
kata penguat hadapan dan kata penguat belakang.
a) Kata penguat bebas
Kata penguat bebas ini boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Contohnya : 1. Pemandangan di tepi pantai itu sangat indah.
2. Pemandangan di tepi pantai itu indah sangat.
b) Kata penguat hadapan.
Kata penguat hadapan ini terletak di hadapan kata adjektif.
Contohnya : 1. Harga batu permata itu paling mahal.

2. Pokok di belakang rumah saya terlalu tinggi.


c) Kata penguat belakang.
Kata penguat ini terletak di belakang kata adjektif.
Contohnya : 1. Indah nian puteri bunian.
2. Lambat benar bas itu sampai.
Contoh kesalahan
Mumia paling awal sekali diawet adalah pada 35 000 Sebelum Masihi. ( salah )
Mumia paling awal diawet adalah pada 35 000 Sebelum Masihi. ( betul )
Mumia awal sekali diawet adalah pada 35 000 Sebelum Masihi. ( betul )
Analisis
Kata penguat paling dan sekali tidak boleh diletakkan bersama di hadapan dan di belakang
kata adjektif secara serentak kerana berunsur lewah dan menunjukkan darjah penghabisan.
Misalnya, apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan ter, maka kata penguat
sekali dan paling tidak perlu lagi.

iv. Kesalahan dalam penggunaan kata nafi


Kata nafi tidak digunakan untuk penafian dalam frasa kerja dan frasa adjektif.
Contohnya : tidak berusaha, tidak manis, tidak tinggi, tidak kaya
Kata nafi bukan digunakan untuk penafian dalam frasa nama dan frasa sendi nama.
Contohnya : bukan di Subang, bukan kakak, bukan dari Kuantan, bukan ke Ipoh
Contoh kesalahan
Sani tidak ke Perlis tetapi ke Kedah. ( salah )
Sani bukan ke Perlis tetapi ke Kedah. ( betul )
Rumah itu bukan besar. ( salah )
Rumah itu tidak besar. ( betul )
Analisis
Kata nafi bukan tidak boleh digunakan bersama kata adjektif atau kata kerja menjadi predikat
ayat. Kata nafi bukan hanya boleh digunakan di hadapan frasa kerja dan frasa adjektif apabila
digunakan untuk mendukung maksud pertentangan maklumat. Contohnya :
Dia bukan hendak bekerja tetapi hendak bermain sahaja. ( frasa kerja )
Dia bukan sahaja cantik, malah pintar juga. ( frasa adjektif )

PENUTUP
Dalam hal pengajaran tatabahasa, penekanan kepada penguasaan rumus rumus tatabahasa
menjadikan guru alpa menerapkannya dalam konteks penggunaan yang wajar dan sesuai.
Kebanyakan daripada kita sering memandang remeh akan ketepatan bahasa daripada segi rumus
tatabahasa kerana lebih taksub kepada penguasaan aspek komunikatif bahasa. Kesannya kepada
murid akan gagal atau kurang berjaya menjadikan tatabahasa sesuatu yang bermakna dalam
kehidupan mereka. Barangkali pula murid mungkin boleh mengaitkan bahasa dengan kehidupan
sehari hari tetapi kurang berkeupayaan mendisiplinkan diri daripada segi penggunaan bahasa
yang gramatis dan bersistem.
Kalangan guru terutama guru bahasa mempunyai impian mencipta dan menemukan kaedah
pengajaran tatabahasa yang dapat mengukuhkan ketrampilan bahasa murid daripada segi sistem
bahasa dan juga pragmatiknya. Kita selalu berharap melahirkan murid yang mampu menguasai
rumus rumus tatabahasa secara sedar dan sekaligus dapat menggunakannya untuk komunikasi
dengan pengertian yang luas, bukan sekadar komunikasi biasa yang ditandai oleh laras bahasa
terhad ( restricted code ) bahkan komunikasi canggih yang ditandai oleh laras bahasa terbina
(elaborated code). Dalam konteks memenuhi peranan bahasa sebagai wahana pembinaan
tamadun, ketrampilan bahasa yang sewajarnya dimiliki ialah yang dapat memenuhi keperluan
asas hingga menjadi wadah pemikirn, ilmu dan budaya tinggi.

Konsep Tatabahasa
i. Secara amnya tatabahasa merupakan asas untuk melahirkan sesuatu bahasa yang indah dan mudah
difahami oleh penggunanya. Dengan itu, sesuatu bahasa itu akan dapat dieksploitasikan untuk
membentuk dan mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri kepada bahasa tersebut. Untuk itu,
setiap tatabahasa itu haruslah tepat, lengkap, lugas, tuntus dan mudah difahami serta dapat

mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Tatabahasa sebenarnya sebagai rujukan
kepada peraturan atau hukum sesuatu bahasa. Dengan adanya tatabahasa akan menentukan sesuatu
bahasa itu dapat berfungsi dengan baik, berkesan, atau sebaliknya. Oleh itu dengan perkataan lain,
tatabahasa merupakan suatu himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang
morfologi dan sintaksis.
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu oleh Nik Safiah Karim (1996), mentarifkan bahasa itu terdiri
daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan
yang bermakna. Manakala penyelidikan terhadap tatabahasa biasanya dilakukan dari dua segi, iaitu dari
segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa, dan dari segi cara perkataan- perkataan ini
disusun menjadi ayat.
Terdapat beberapa pandangan yang berkaitan definisi tatabahasa ataupun dahulunya dekenali sebagai
nahu. Menurut Awang Sariyan dalam tulisanya Ceritera Bahasa (2002), secara ringkas menyatakan
tatabahasa adalah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa ( kata, frasa, dan ayat ) yang betul
bagi sesuatu bahasa tertentu. Peraturan atau tatabahasa ini lah yang menentukan salah betulnya
sesuatu bentuk bahasa yang dilahirkn oleh penuturnya, baik dalam lisan mahupun tulisan. Manakala
mengikut pandangan Abdullah Hassan dalam tulisanya bertajuk Tatabahasa Pedagogi Sekolah
Menengah (2008) mendifinasikan tatabahasa sebagai suatu susunan perkataan yang menjadi ayat. Caracara perkataan ini dibina dan kemudiannya disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara
inilah dikatakan sebagai tatabahaasa.
Bagi pandangan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam tulisannya Menurut Siti hajar (1996), mengertikan
tatabahasa sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataanperkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis.
Dengan pengertian lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklaifikasian unsurunsur ucapan menurut fungsinya.
Konsep tatabahasa sebenarnya berpandukan kepada definisi-definisi di atas. Tatabahasa sebenarnya
merupakan satu cabang daripada linguistik umum yang menerangkan peraturan-peraturan atau hukum
sesuatu bahasa. Penggabungan kata-kata untuk
menghasilkan bunyi dan frasa adalah berpandukan kepada definisi tatabahasa tersebut. Untuk itu
tatabahasa adalah berpandukan kepada dua, iaitu morfologi dan sintaksis yang mana akan membentuk
sesuatu bahasa. Morfologi adalah istilah ilmu linguistik bidang huraian pada peringkat perkataan.
Manakala sintaksis pula menerangkan bidang huraian pada peringkat ayat.
Morfologi berkait rapat dengan pembentukan perkataan dalam bahasa. Morfologi terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu imbuhan, perkataan dan bentuk perkataan. Imbuhan adalah unit-unit bahasa tertentu
yang ditambah pada bentuk-bentuk lain bagi membentuk perubahan makna nahu sesuatu perkataan, ini
bermaksud ianya akan membawa suatu makna yang lain kepada sesuatu perkataan apabila ditambah
imbuhan. Imbuhan terbahagi kepada imbuhan awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan
bentuk fleksi. Manakala perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang
terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan ini terdiri daripada kata
tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Bentuk perkataan pula adalah bentu kata yang
boleh terdiri daripada satu morfem atau sesunan beberapa morfem. Antaranya, bentuk kata tunggal,
bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk, dan bentuk kata ganda.
Berpandukan morfologi, dapat dijelaskan bahawa ianya adalah bidang bahasa yang mengkaji struktur,

bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk
tunggal atau hasil rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Jika dilihat, penggolongan kata pula ialah suatu proses
menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam
golongan yang sama. Justeru itu, morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata dalam sesuatu bahasa.
Unit-unit tatabahasa pula yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem adalah unit yang
terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Sebagai kata lain
sesuatu perkataan itu terbentuk daripada satu morfem atau lebih. Morfem pula boleh bersifat bebas
atau terikat, iaitu morfem bebas dapat wujud dengan bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat pula
ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Ini menjelaskan bahawa proses
pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem
morfologi bahasa itu.
Selain morfologi, peringkat susunan binaan yang amat pentig kepada pembentukan tatabahasa apa jua
bahasa adalah sintaksis. Mengikut Kamus Tatabahasa Dewan keluaran
(1996) mentakrifkan sintaksis sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan
atau konstruksi ayat. Sintaksis juga dinyatakan sebagai suatu kajian tentang hukum atau rumus
tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan
untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Untuk itu sintaksis sebenarnya suatu kaedah yang
mengkaji struktur binaan ayat ,iaitu proses pembentutan ayat dalam sesuatu bahasa yang dikenali
sebagai binaan atau konstruksi.
Selain itu, sintsksis mengkaji pembahagian subjek dan predikat, yang mengkaji kecekapan berbahasa
atau daya pengetahuan untuk mengetahui atruktur unsur atau struktur konstituen setiap ayat dalam
sesuatu bahasa. Bagi ayat dasar dan ayat terbitan, sintaksis bertindak menentukan kesemua ayat yang
terbentuk masih tetap mematuhi dan pasti berasal daripada satu ayat dasar, iaitu pola ayat yang
menjadi sumber kepada pembentukan atau terbitan semua ayat yang lain dalam sesuatu bahasa. Selain
itu, sentaksis juga mengkaji setiap susunan dalam ayat, urutan kata, perpindahan kata, ragam ayat iaitu
kejadian ayat aktif dan ayat pasif serta jenis-jenis ayat yang terdiri daripada empat jenis ayat iaitu ayat
penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan.
Secara kesimpulanya jelas menyatakan bahawa konsep tatabahasa adalah berkaitan satu cabang
linguistik umum yang menerangkan tentang hukum dan peraturan-peraturan bahasa. Tatabahasa
bermula daripada unsur-unsur yang membina perkataan, proses pembentukan perkataan dan proses
penyusunan perkataan dalam membentuk ayat-ayat gramatis. Secara lazimnya tatabahasa bersifat
preskriptif, iaitu terdiri daripada peraturan-peraturan dan undang-undang bagi pengucapan dan
penulisan bahasa yang betul. Dengan adanya peraturan atau undang-undang ini akan menentukan
bahasa itu berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Untuk itu tatabahasa merupakan kajian
atau analisis perkaitan yang meliputi bidang morfologi san sintaksis. Morfologi adaah bidang yang
mngkaji cara-cara perkataan itu dibentuk hasil daripada bunyi-bunyi bahasa. Manakala sintaksis pula
merupakan suatu bidang yang mengkaji cara sesuatu perkataan itu disusun menjadi ayat.
..

Analisis Artikel Bahasa Melayu dalam Karangan Pelajar Asing di Sebuah


Institusi Pengajian Tinggi Awam
Oleh:
Siti Baidura binti Kasiran
baidura@iium.edu.my
Nurul Jamilah binti Rosly
nuruljamilah85@yahoo.com
Divisyen Bahasa Melayu
Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra-Universiti
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan bertujuan menganalisis kesalahan tatabahasa dalam kalangan pelajar asing
yang mempelajari kursus Bahasa Melayu II untuk Pelajar Asing (LM 1011) di sebuah institusi
pengajian tinggi awam. Kajian dilakukan terhadap 40 pelajar asing yang dipilih secara rawak
dengan menggunakan penulisan karangan mereka sebagai data kajian. Data kajian juga
dikukuhkan dengan dapatan soal selidik daripada 10 orang guru/pensyarah yang mengajar kursus
Bahasa Melayu untuk Pelajar Asing di universiti ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
pelajar asing melakukan kesalahan tatabahasa seperti kesalahan penggunaan aspek kata, frasa,
ayat dan ortografi. Hasil kajian juga mendapati bahawa kesalahan ortografi iaitu kesalahan
penggunaan ejaan dan huruf besar/kecil paling banyak dilakukan pelajar (270 kesalahan).
Kesalahan kedua tertinggi pula ialah kesalahan aspek ayat iaitu ayat tunggal dan ayat saduran (98
kesalahan), diikuti kesalahan aspek frasa iaitu frasa nama, frasa kerja dan frasa sendi nama (65
kesalahan). Kesalahan yang paling rendah dari segi kekerapan ialah kesalahan penggunaan aspek
kata iaitu imbuhan, kata hubung dan kata pemeri (57). Berdasarkan soal selidik, kebanyakan
pelajar melakukan kesalahan tatabahasa disebabkan gangguan bahasa ibunda, sikap pelajar dan
keadaan persekitaran bahasa di universiti. Bagi menangani masalah ini, strategi pengajaran dan
pembelajaran bahasa hendaklah ditingkatkan. Bimbingan yang berterusan daripada
guru/pensyarah, pembelajaran bahasa melalui multimedia serta penganjuran aktiviti bahasa
seperti kuiz, lakonan dan lawatan penting dalam menggalakkan pembelajaran bahasa Melayu
dalam kalangan pelajar asing.

PENGENALAN
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam kalangan pelajar
asing yang mengambil kursus Bahasa Melayu di peringkat universiti. Pelajar asing didapati tidak
dapat menguasai kemahiran tatabahasa dengan sepenuhnya (Juriah, 2001). Tidak banyak kajian
dilakukan untuk melihat permasalahan pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
asing khususnya dari aspek tatabahasa. Menurut Jeniri (2005), bahasa Melayu mudah untuk
dipelajari, tetapi susah untuk dikuasai.
Analisis Kesalahan Bahasa merupakan satu cabang aplikasi dalam bidang linguistik yang
diperkenalkan oleh Corder (1967) dan sehingga kini teori ini masih digunakan dalam
pembelajaran bahasa. Ellis (1994), menyifatkan sumbangan Corder sebagai,
"It was not until the 1970s that EA became a recognized part applied
linguistics, a development that owed much to the work of Corder.

Teori Analisis Kontrastif dan Analisis Kesalahan Bahasa


Sebelum Analisis Kesalahan Bahasa diperkenalkan, Analisis Kontrastif telah mendominasi
bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua dan bidang pengajaran dan pembelajaran
bahasa asing sejak perang Dunia Kedua hingga akhir pertengahan tahun 1960-an (Aini, 2007).
Analisis Kontrastif membandingkan sistem linguistik dua bahasa iaitu bahasa asal dan bahasa
sasaran pelajar dan meramal daerah-daerah kesukaran dan kesenangan yang dihadapi oleh
pelajar tersebut (Mogimizadeh, 2008). Pendekatan ini mengandaikan bahawa pelajar bahasa
kedua atau pelajar bahasa asing akan menerima dengan mudah unsur-unsur bahasa asing yang
sama atau hampir sama dengan bahasa ibunda mereka. Sebaliknya unsur-unsur yang berbeza
akan menimbulkan kesulitan dalam proses pembelajaran mereka (Brown, 2000).
Menurut Analisis Kontrastif, gangguan bahasa ibunda menjadi penyebab utama timbulnya
kesalahan dan kesulitan pembelajaran bahasa asing oleh seseorang pelajar (Aini, 2007). Justeru,
kesalahan yang dilakukan pelajar dianggap sebagai hasil daripada tabiat berterusan bahasa
ibundanya terhadap bahasa sasarannya (Erdogan, 2005).
Analisis Kesalahan Bahasa pula mengkaji tentang kesalahan pemindahan (interlingual
errors) dan kesalahan intralingual (intralingual errors) yang muncul hasil daripada strategi
pengajaran dan pembelajaran tertentu yang digunakan (Richards, 1992).
Kesalahan pemindahan/interlingual berkait dengan gangguan bahasa ibunda. Corder (1971)
menjelaskan bahawa gangguan bahasa ibunda wujud apabila tabiat (bentuk, sistem atau hukum)
3
bahasa pertama pelajar mengganggu atau menghalangnya daripada memperoleh bentuk, sistem
atau hukum dalam bahasa kedua. Sementara itu, menurut Lado (1964), pengaruh negatif bahasa
ibunda boleh mempengaruhi perkembangan pemerolehan bahasa kedua pelajar. Pemindahan
interlingual merupakan sumber penting dalam pembelajaran bahasa seseorang pelajar. Richards
(1992) mendefinisikan kesalahan interlingual sebagai kesalahan yang terhasil daripada
pemindahan bahasa, disebabkan bahasa pertama pelajar. Hal ini merupakan tanda-tanda bahawa
pelajar sedang menerokai dan mempelajari sistem bahasa baharu.
Kesalahan interlingual ini mungkin terjadi semasa pelajar memindahkan fonologi,
morfologi atau elemen tatabahasa bahasa ibunda ke bahasa kedua. Hal ini dijelaskan oleh
Erdogan (2005) berhubung dengan kesalahan dari aspek morfologi,
Turkish students tend to omit the plural suffix at the end of the word as
Turkish does not put it in adjectival phrases indicating numbers as in the
following examples:
Three book
Three student is coming.
Sementara itu, menurut Richards (1992), kesalahan intralingual berpunca daripada
pembelajaran yang salah atau belum sempurna dalam bahasa kedua memandangkan pelajar
belum menguasai bahasa sasaran seperti pelajar menyebut, He made me to smile, I want
learning English dan The meat smells freshly (Erdogan, 2005). Richards (1992) juga
menjelaskan bahawa pelajar mungkin membuat hipotesis yang langsung tidak berkaitan dengan
bahasa ibundanya atau bahasa keduanya.
Analisis Kesalahan Bahasa mengkaji bahasa yang dilakukan oleh pelajar asing atau
pelajar bahasa kedua, menguji secara empirikal kesalahan-kesalahan yang wujud dalam bahasa
sasaran yang dihasilkan oleh pelajar dan mencari penjelasan tentang punca-punca berlakunya
kesalahan tersebut (Moghimizadeh, 2008). Analisis ini merupakan satu kaedah atau teknik yang

digunakan dalam sesuatu kajian bertujuan mengukur ataupun menilai tahap kemampuan
seseorang atau sekumpulan pelajar terhadap bahasa asing yang dipelajarinya. Hal ini selaras
dengan pendapat Ellis (1994) yang mengatakan Analisis Kesalahan Bahasa sebagai,
a set of procedurs for identifying, describing and explaning error in
learners language.
4
Corder (1967) menjelaskan bahawa kesalahan penting dalam tiga cara kepada golongan
berikut:
Pengajar: mereka menunjukkan perkembangan prestasi pelajar
Pengkaji: mereka menunjukkan cara-cara pemerolehan bahasa dan strategi-strategi yang
digunakan pelajar
Pelajar: mereka boleh belajar daripada kesalahan-kesalahan tersebut
Aini (2007) dalam kajiannya menjelaskan bahawa teori ini menggunakan pendekatan
dengan cara mendapatkan kesalahan pelajar daripada korpus, mengenal pasti kesalahankesalahan
pelajar, mengkategorikan jenis-jenis kesalahan seterusnya menganalisis jenis-jenis
kesalahan tersebut. Selain itu, faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kesalahan-kesalahan
bahasa akan dikaji bagi menghasilkan strategi-strategi untuk meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Ellis (1997) menekankan bahawa kesalahan pelajar boleh membantu
pengajar atau pengkaji bahasa dari semasa ke semasa. Beliau menjelaskan,
Classifying errors in these ways can help us to diagnose learners
learning problems at any stage of their development and to plot how
changes in error patterns occur over time.
Perbezaan Kesilapan dan Kesalahan
Penting bagi seseorang pengajar mahupun pengkaji bahasa mengenal pasti perbezaan antara
kesilapan dengan kesalahan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa pelajar asing.
Berdasarkan Richards. et. al. (1992), kesilapan dilakukan oleh pelajar bahasa semasa menulis
atau bertutur disebabkan kurang penumpuan, keletihan, kecuaian atau kerana aspek-aspek
kelakuan lain. Kesalahan pula ialah apa-apa jua penggunaan bentuk bahasa yang dianggap salah
oleh penutur jati atau penutur yang fasih dalam sesuatu bahasa disebabkan pembelajaran yang
salah atau belum sempurna.
Untuk membezakan antara kesilapan dengan kesalahan, Ellis (1997) mencadangkan dua
cara. Cara pertama adalah dengan memeriksa prestasi pelajar secara berterusan. Jika pelajar
kadang-kadang menggunakan bentuk bahasa yang salah dan kadang-kadang menggunakan
bentuk bahasa yang betul, dia sebenarnya melakukan kesilapan. Walau bagaimanapun, jika
pelajar sering menggunakan bentuk bahasa yang salah, dia sebenarnya melakukan kesalahan.
Cara kedua adalah dengan meminta pelajar membetulkan kesalahan bahasanya sendiri. Jika dia
berjaya membetulkan kesalahan tersebut, dia sebenarnya melakukan kesilapan. Sebaliknya jika
gagal, dia sebenarnya melakukan kesalahan.
5
Aspek Kesalahan Bahasa
Dalam pembelajaran bahasa kedua, Corder (1973) mengkategorikan empat kesalahan
yang dilakukan oleh pelajar iaitu pengguguran unsur-unsur yang perlu, penambahan unsur yang
tidak perlu atau tidak tepat, pemilihan unsur yang tidak tepat dan penyusunan unsur yang salah.
Walau bagaimanapun, menurut Corder, kategori-kategori tersebut belum mencukupi untuk
menjelaskan kesalahan, lalu beliau menyertakan kesalahan bagi peringkat-peringkat linguistik

seperti morfologi, sintaksis dan leksikon. Kesalahan boleh terdiri daripada pelbagai magnitud
termasuklah kesalahan fonem, morfem, kata, ayat, malah perenggan (Erdogan, 2005).
Money (2004) dalam kajiannya tentang analisis kesalahan bahasa dalam karangan murid
Tamil yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mendapati bahawa pelajar sering
melakukan kesalahan tatabahasa dari aspek perkataan, frasa dan ayat.
Supian (1994) pula mendapati bahawa kebanyakan pelajar Cina yang mempelajari bahasa
Melayu melakukan kesalahan frasa kerja transitif, frasa kerja tak transitif, frasa kerja pasif
pelaku diri pertama, kedua dan ketiga. Kajian beliau membuktikan kesalahan frasa kerja
transitif merupakan kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh pelajar berbanding kesalahan
frasa kerja yang lain.
Kajian-kajian lain dalam pembelajaran bahasa kedua menunjukkan bahawa pelajar
bahasa kedua melakukan kesalahan morfologi (Ellis, 1997), kesalahan kata kerja (Hashim,
2009), kesalahan kata sendi nama (Habash, 1982), kesalahan frasa (Ab. Halim, 2002), kesalahan
frasa nama (Soh, 1996) dan kesalahan sintaksis (Lee, 2007; Abisamra, 2003; Saw,1997 & Ellis,
1997).
Kajian tentang pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan penutur jati yang dijalankan
oleh Muhammed Salehudin (1993) mendapati sebanyak 2,402 kesalahan tatabahasa dilakukan
oleh pelajar. Kesalahan dalam aspek kata berjumlah 1,946 yakni 81.0% manakala dalam aspek
ayat pula, jumlah kesalahan ialah 456 atau 19.0%. Ahmad Shahril (1996) pula mendapati pelajar
bahasa pertama melakukan kesalahan dari aspek perkataan, frasa dan ayat. Dapatan beliau
membuktikan bahawa kesalahan aspek perkataan yang paling banyak dilakukan oleh pelajar,
diikuti kesalahan aspek frasa dan ayat. Menurut Md. Daud (1992) dalam kajiannya terhadap
pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Brunei, didapati sebanyak 1,237
kesalahan ayat, 1,332 kesalahan kata dan 607 kesalahan ejaan dilakukan oleh pelajar.
6
Faktor-Faktor Kesalahan Bahasa
Terdapat pelbagai faktor yang mendorong pelajar bahasa asing atau bahasa kedua melakukan
kesalahan bahasa. Berdasarkan Brown (2000) dan Richards (1992), kesalahan bahasa wujud
disebabkan perbezaan-perbezaan antara bahasa asal dengan bahasa sasaran pelajar, generalisasi
melampau, anggapan yang salah dan sebab-sebab lain. Menurut Maicusi et. al. (2000), kesalahan
bahasa berpunca daripada faktor psikolinguistik, sosiolinguistik dan epistemik.
Berdasarkan Money (2004), murid-murid Tamil sekolah menengah telah mempelajari
bahasa Melayu sekurang-kurangnya 10 tahun secara formal tetapi pengaruh bahasa ibunda masih
terdapat dalam penulisan mereka.
Dapatan kajian daripada Azman & Goh (2010) menunjukkan bahawa masalah utama
yang menjadi kesukaran pelajar mempelajari bahasa Arab adalah kerana nahu bahasa Arab.
Apabila membincangkan gangguan bahasa ibunda, sesetengah kesalahan berlaku disebabkan
gangguan bahasa Arab standard dan sesetengahnya pula berpunca daripada bahasa Arab pasar
(Abisamra, 2003). Walaupun dapatan kajian Abisamra (2003) mendapati pelajar melakukan
kesalahan disebabkan gangguan bahasa ibunda, namun kesalahan yang paling banyak dilakukan
pelajar adalah kerana kesalahan intralingual.
Berbeza pula dengan dapatan kajian Cheun et. al. (2009), yang mendapati bahawa
gangguan bahasa ibunda merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar melakukan
kesalahan dalam pembelajaran tatabahasa bahasa Mandarin. Menurut beliau lagi, kekurangan
latihan tatabahasa, kurang pendedahan kepada alam persekitaran bahasa, peruntukan masa,
kekeliruan maksud dan sikap cuai pelajar turut merupakan faktor penyumbang.

Kajian Goh & Ng (2004) mendapati bahawa sikap merupakan faktor terpenting terhadap
kegagalan atau kejayaan pelajar dalam pembelajaran bahasa asing. Marzalina (2004) dalam
kajiannya menjelaskan bahawa pelajar tidak menguasai bahasa Melayu kerana mereka
mempunyai sikap seperti gemar bercakap semasa pensyarah mengajar dan tidak menumpukan
perhatian terhadap pembelajaran bahasa. Bahasa Melayu sukar untuk dikuasai sebagai bahasa
asing jika pelajar tidak berminat, tiada kemahuan dan motivasi (Jyh, 2005).
Faizah et. al. (2010) pula dalam kajiannya mendapati bahawa kebanyakan pelajar asing
yang mengikuti kursus Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi menghadapi masalah dan
lemah dalam menguasai kemahiran berbahasa Melayu disebabkan tempoh pembelajaran bahasa
yang singkat. Cheun et. al. (2009) dalam kajiannya juga mendapati bahawa kekurangan masa
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menyebabkan pelajar tidak menguasai bahasa
Mandarin.
7
Pengajaran Bahasa Melayu di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia
Pada tahun 2009, bilangan pelajar asing di institusi pengajian tinggi ialah seramai 80,000
dan pada tahun 2011, jumlah ini dijangka meningkat kepada 90,000 orang. Dianggarkan
menjelang tahun 2015, bilangan pelajar asing melonjak sehingga 150,000 di negara ini (Zainor,
2011). Statistik ini menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk menarik minat pelajar asing bagi
melanjutkan pengajian mereka di negara ini.
Di Malaysia, menerusi Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996, semua pelajar asing di
institusi pengajian tinggi swasta diwajibkan mempelajari kursus Bahasa Melayu sebagai syarat
pengijazahan. Sebelum ini, dasar yang sama telah dipraktikkan oleh kebanyakan institusi
pengajian tinggi awam.
Latar Belakang Kajian
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang dipilih sebagai lokasi kajian telah
ditubuhkan secara rasminya pada 20 Mei 1983 dengan memberikan penekanan terhadap falsafah
berteraskan kitab suci al-Quran serta kesepaduan antara ilmu-ilmu yang diwahyukan (agama
Islam) dengan ilmu-ilmu yang dicari (sains). Universiti ini telah ditubuhkan di bawah Akta
Syarikat dan merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi awam di Malaysia yang
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan utama dan bahasa Arab sebagai
bahasa perantaraan kedua. Sementara itu, bahasa Melayu diajarkan kepada semua pelajar
Malaysia dan antarabangsa sebagai bahasa perantaraan ketiga. Pada tahun 2010, terdapat hampir
17,430 pelajar ijazah pertama melanjutkan pengajian di universiti ini termasuklah pelajar-pelajar
asing dari 100 buah negara di serata dunia.
Dalam konteks pembelajaran bahasa Melayu, kebanyakan pelajar asing yang mengambil
ijazah pertama di universiti ini mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga. Pelajar bukan
sahaja wajib mempelajari kursus Bahasa Melayu, malah mereka diwajibkan lulus sebagai syarat
pengijazahan. Kursus Bahasa Melayu untuk Pelajar Asing telah diwajibkan kepada semua pelajar
asing di universiti ini hasil ketetapan Mesyuarat Senat pada April 1991. Kursus ini terbahagi
kepada dua peringkat iaitu Kursus Bahasa Melayu I untuk Pelajar Asing (LM 1010) dan Kursus
Bahasa Melayu II untuk Pelajar Asing (LM 1011). Jam pengajaran bagi kursus ini ialah 50 minit
bagi setiap pertemuan/kelas dan diadakan sebanyak dua kali seminggu.
8
PENYATAAN MASALAH
Banyak kajian telah dilakukan dalam menganalisis kesalahan bahasa yang dilakukan oleh
pelajar. Namun, kebanyakan kajian hanya menumpukan kesalahan bahasa dalam kalangan

penutur jati. Sebagai contoh, kajian Analisis Kesalahan Bahasa oleh Nor Asmah (2009), Mohd
Shahril (1996), Muhammad Salehudin (1993) dan Md. Daud (1992) terhadap pembelajaran
bahasa Melayu sebagai bahasa pertama dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Walaupun ramai pelajar asing mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, namun
kajian terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar asing
masih kurang dijalankan terutamanya yang memfokuskan Analisis Kesalahan Bahasa.
Kajian ini dijalankan bukan sahaja untuk menganalisis kesalahan-kesalahan bahasa yang
dilakukan oleh pelajar bahasa asing atau bahasa kedua, malah untuk mengenal pasti faktor-faktor
yang mendorong mereka melakukan kesalahan bahasa. Seterusnya, beberapa strategi pengajaran
dan pembelajaran akan dicadangkan khususnya kepada pengajar-pengajar bahasa di universiti ini
untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu para pelajar.
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar
bahasa asing dalam pembelajaran bahasa Melayu. Objektif khusus kajian ini adalah untuk
mengenal pasti:
1. kesalahan penggunaan aspek kata dalam karangan bahasa Melayu pelajar asing;
2. kesalahan penggunaan aspek frasa dalam karangan bahasa Melayu pelajar asing;
3. kesalahan penggunaan aspek ayat dalam karangan bahasa Melayu pelajar asing;
4. kesalahan penggunaan ortografi dalam karangan bahasa Melayu pelajar asing;
5. faktor-faktor yang mendorong pelajar asing melakukan kesalahan tatabahasa.
SOALAN KAJIAN
Kajian ini akan mencari jawapan bagi soalan-soalan kajian yang berikut:
1. Apakah kesalahan penggunaan aspek kata dalam karangan bahasa Melayu pelajar asing?
2. Apakah kesalahan penggunaan aspek frasa dalam karangan bahasa Melayu pelajar asing?
3. Apakah kesalahan penggunaan aspek ayat dalam karangan bahasa Melayu pelajar asing?
4. Apakah kesalahan penggunaan ortografi dalam karangan bahasa Melayu pelajar asing?
5. Apakah faktor-faktor yang mendorong pelajar asing melakukan kesalahan tatabahasa?
9
BATASAN KAJIAN
Kajian ini meninjau aspek tatabahasa dalam karangan pelajar asing. Penulisan karangan pelajar
memberikan gambaran umum tentang kesalahan yang dilakukan pelajar. Jenis-jenis kesalahan
bahasa yang dikaji dalam karangan yang dihasilkan oleh pelajar dibataskan kepada aspek
kesalahan kata, fras, ayat dan ortografi yang terpilih sahaja seperti berikut:
Kesalahan aspek kata dibataskan kepada:
K1 - kesalahan penggunaan imbuhan
K2 - kesalahan penggunaan kata hubung
K3 - kesalahan penggunaan pemeri
Kesalahan aspek frasa dibataskan kepada:
F1 - kesalahan penggunaan frasa nama
F2 - kesalahan penggunaan frasa kerja
F3 - kesalahan penggunaan frasa adjektif
F4 - kesalahan penggunaan frasa sendi nama
Kesalahan aspek ayat dibataskan kepada:
A1 - kesalahan struktur ayat tunggal
A2 - kesalahan struktur ayat saduran
Kesalahan aspek ortografi dibataskan kepada:

O1 - ejaan
O2 - huruf besar/kecil
METODOLOGI KAJIAN
Kajian Rintis
Pelajar asing yang mengambil ijazah pertama di universiti ini mempelajari bahasa Melayu
sebagai bahasa ketiga. Berdasarkan kajian rintis yang dilakukan terhadap 30 buah karangan
bahasa Melayu yang ditulis oleh pelajar asing yang terdiri daripada 18 orang lelaki dan 12 orang
perempuan, pengkaji mendapati pelbagai kesalahan bahasa dilakukan oleh pelajar semasa
menulis karangan. Mereka didapati melakukan kesalahan-kesalahan bahasa seperti kesalahan
imbuhan, kata, frasa, klausa dan ayat.
10
Sampel Kajian
Pemilihan sampel bagi kaedah kualitatif (penulisan karangan) dipilih secara rawak iaitu 40
orang daripada 90 orang pelajar yang mengambil kursus Bahasa Melayu II untuk Pelajar Asing
di bawah bimbingan dua orang pensyarah. Kebanyakan pelajar berasal dari benua dan negara
berikut:
Afrika : Guinea, Nigeria, Somalia dan Mauritania
Asia Selatan : India, Pakistan, Sri Lanka dan Bangladesh
Asia Barat : Yaman, Jordon, Turki dan Palestin
Asia Tengah : Afghanistan
Asia Tenggara : Myanmar dan Thailand
Eropah : Albania
Asia Utara : Rusia
Sementara itu, seramai 10 orang sampel telah dipilih bagi menjawab satu set soal selidik.
Sampel terdiri daripada guru/pensyarah yang sedang atau pernah mengajar kursus Bahasa
Melayu untuk Pelajar Asing di universiti ini.
Instrumen Kajian
a) Penulisan Karangan
Kajian ini hanya mengehadkan dapatan data dalam bentuk penulisan karangan pelajar. Karangan
ialah satu data bertulis untuk melihat kemampuan pelajar menyampaikan mesej dalam bahasa
Melayu dengan menggunakan tatabahasa yang betul. Pelajar diminta menjawab satu daripada
empat tajuk karangan yang diberikan iaitu Buah-buahan Tempatan di Malaysia, Buku
Kegemaran Saya, Pengalaman Berpuasa di Malaysia dan Keluarga Saya. Sebelum memulakan
ujian penulisan, semua pelajar telah diberikan arahan yang jelas. Masa yang diperuntukkan untuk
menyiapkan sebuah karangan ialah 40 minit. Pelajar dikehendaki menyediakan karangan tidak
berformat yang panjangnya antara 100 hingga 200 patah perkataan.
Kesalahan tatabahasa dalam karangan pelajar dikenal pasti dan dikategorikan mengikut
aspek tertentu seperti berikut:
1. Kata : imbuhan, kata hubung dan kata pemeri
2. Frasa : frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama
3. Ayat : ayat tunggal dan ayat saduran
4. Ortografi : ejaan dan huruf besar/kecil
Data yang diperoleh akan dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Seterusnya,

dapatan kajian akan dijelaskan dengan menggunakan jadual untuk memudahkan pembaca.
11
b) Soal Selidik
Kaedah soal selidik turut digunakan bagi mengukuhkan kajian. Set soal selidik ini
mengandungi dua bahagian iaitu:
Bahagian A: Faktor-faktor yang mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa
(mengikut persepsi pensyarah). Skala likert empat mata yang digunakan ialah Sangat
Setuju (SS), Setuju (S), Tidak Setuju (TS) dan Sangat Tidak Setuju (STS).
Bahagian B: Faktor-faktor lain yang mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa
(mengikut persepsi pensyarah). Satu soalan berbentuk separa struktur dikemukakan.
Data soal selidik dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan menggunakan program
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Seterusnya, soalan separa struktur dianalisis
dan dikodkan mengikut tema untuk mengenal pasti bahagian-bahagian data yang bermakna.
Setelah dikategorikan mengikut tema, data soalan separa struktur daripada soal selidik dianalisis
dalam bentuk kekerapan dan peratusan.
Penyelidik menggunakan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu oleh Nik Safiah Karim et. al.,
(2003) yang diiktiraf sebagai pegangan utama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu bagi membuat penentuan yang betul atau salah tentang aspek kesalahan tatabahasa yang
dikaji.
ANALISIS DAPATAN
Walaupun pelajar melakukan beberapa kesalahan tatabahasa dalam satu ayat, tetapi fokus utama
pengkaji adalah untuk mengenal pasti kesalahan tatabahasa pelajar berdasarkan aspek yang
dipilih (kata, frasa, ayat dan ortografi). Pengkaji akan membetulkan dan menghuraikan kesalahan
aspek yang dipilih dengan terperinci. Di samping itu, kesalahan aspek lain turut dibetulkan.
Soalan Kajian 1: Kesalahan Penggunaan Aspek Kata dalam Karangan Bahasa Melayu
Pelajar Asing
Kesalahan penggunaan aspek kata yang dikenal pasti dalam penulisan karangan pelajar kursus
Bahasa Melayu II untuk Pelajar Asing (LM 1011) berdasarkan kekerapan dan peratusan adalah
seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1:
12
Jadual 1: Kesalahan penggunaan aspek kata
Jenis kesalahan Kekerapan Peratusan
Kesalahan penggunaan imbuhan 28 49.1%
Kesalahan penggunaan kata hubung 17 29.8%
Kesalahan penggunaan kata pemeri 12 21.1%
Jumlah 57 100%
Berdasarkan jadual di atas, didapati kesalahan penggunaan imbuhan mencatatkan jumlah
kekerapan yang paling tinggi iaitu sebanyak 28 kesalahan (49.1%). Kekerapan kedua paling
tinggi ialah kesalahan penggunaan kata hubung iaitu 17 kesalahan (29.8%) dan kesalahan
penggunaan kata pemeri pula mencatat 12 kesalahan iaitu sebanyak 21.1%.
Kesalahan penggunaan imbuhan
Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang diimbuhkan pada kata dasar yang menyebabkan perubahan
makna nahunya. Imbuhan merangkumi bentuk-bentuk terikat seperti awalan, akhiran, sisipan dan
apitan.
Jadual 2 menunjukkan kesalahan penggunaan imbuhan.

Jadual 2: Kesalahan penggunaan imbuhan


Sampel 6 Kesalahan tatabahasa Saya suka membacaan dan mendengaran
Al-Quran.
Ayat yang betul Saya suka membaca dan mendengar
bacaan Al-Quran.
Dalam ayat di atas, penggunaan imbuhan apitan meN an menyalahi imbuhan pada
kata dasar baca. Kata kerja ini perlu menerima imbuhan awalan meN- iaitu membaca dan
mendengar untuk membentuk kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek sebagai
pelengkap maksud iaitu bacaan Al-Quran. Kata bacaan ditambah supaya ayat tersebut lebih
gramatis.
Jadual 3 menunjukkan kesalahan tatabahasa kerana pelajar kerana tidak mengimbuhkan kata
kerja dasar.
Jadual 3: Kesalahan penggunaan imbuhan
Sampel 23 Kesalahan tatabahasa Saya mahu kongsi cerita.
Ayat yang betul Saya mahu berkongsi cerita.
13
Awalan beR- dalam ayat di atas perlu diimbuhkan pada kata kerja kongsi untuk
membentuk kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap maksud iaitu
cerita.
Kesalahan penggunaan kata hubung
Kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih
sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat
tiga jenis kata hubung iaitu kata hubung gabungan dan, kata hubung pancangan relatif yang
dan kata hubung komplemen bahawa.
Berdasarkan Jadual 4, pelajar didapati tidak menggunakan kata hubung.
Jadual 4: Kesalahan penggunaan kata hubung
Sampel 17 Kesalahan tatabahasa Dia ialah budak yang rajin, dia suka tolong
mak memasak.
Ayat yang betul Dia ialah budak yang rajin dan suka
menolong emak memasak.
Pelajar melakukan kesalahan tatabahasa kerana tidak menggunakan kata hubung
gabungan dan dalam ayat di atas. Kata hubung dan perlu untuk menghubungkan dua klausa
ayat di atas. Selain itu, pelajar turut melakukan kesalahan pada kata kerja tolong dan kata nama
mak.
Di dalam Jadual 5, pelajar didapati mengulang kata hubung dan sebanyak dua kali.
Jadual 5: Kesalahan penggunaan kata hubung
Sampel 39 Kesalahan tatabahasa Keluarga saya baik dan ramai dan lucu.
Ayat yang betul Keluarga saya ramai, baik dan lucu.
Kata hubung dan perlu digunakan sekali sahaja dalam ayat di atas bagi menghubungkan
klausa yang sama tara sifatnya iaitu Keluarga saya ramai, Keluarga saya baik dan Keluarga
saya lucu.
Kesalahan penggunaan kata pemeri
Menurut Tatabahasa Dewan (2003), kata pemeri ialah digunakan untuk menunjukkan
persamaan dan hadir di hadapan kata nama atau frasa nama. Kata pemeri adalah pula
digunakan untuk menunjukkan huraian dan hadir di hadapan kata adjektif, frasa adjektif, kata
sendi nama atau frasa sendi nama.

14
Kesalahan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah ditunjukkan di dalam Jadual 6
dan Jadual 7.
Jadual 6: Kesalahan penggunaan kata pemeri
Sampel 13 Kesalahan tatabahasa Saya suka ialah manggis.
Ayat yang betul Saya suka akan manggis. atau
Saya menyukai manggis.
Walaupun kata pemeri ialah di dalam Jadual 6 digunakan di hadapan kata nama, namun
penggunaannya menyalahi struktur ayat bahasa Melayu kerana kata adjektif tidak boleh disusuli
oleh kata pemeri ialah atau adalah. Oleh itu, kata pemeri ialah perlu digugurkan. Selain itu,
kata adjektif suka yang membawa maksud perasaan/emotif memerlukan pelengkap iaitu kata
sendi nama akan dan perlu disusuli oleh kata nama atau frasa nama. Sebagai contoh, Saya
suka akan manggis. Kata adjektif suka juga boleh menerima imbuhan apitan me i yang
berfungsi sebagai kata kerja transitif dan disusuli oleh kata nama manggis sebagai objek.
Sebagai contoh, Saya menyukai manggis.
Jadual 7: Kesalahan penggunaan kata pemeri
Sampel 8 Kesalahan tatabahasa Durian adalah bulah yang paling terkenal
di Malaysia.
Ayat yang betul Durian ialah buah yang paling terkenal di
Malaysia.
Berdasarkan ayat di dalam Jadual 7, didapati pelajar menggunakan kata pemeri adalah
di hadapan kata nama. Oleh itu, kata pemeri adalah perlu digantikan dengan kata pemeri
ialah. Selain itu, terdapat kesalahan ejaan bagi kata buah yang dieja bulah.
Soalan Kajian 2: Kesalahan Penggunaan Aspek Frasa dalam Karangan Bahasa Melayu
Pelajar Asing
Menurut Tatabahasa Dewan (2003), dari sudut nahu, frasa boleh terdiri daripada satu perkataan
atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai konstituen dalam binaan ayat. Binaan ayat
dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan predikat.
Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu adalah
seperti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Pelajar asing juga didapati
melakukan kesalahan dalam aspek frasa. Jadual 8 menunjukkan kekerapan dan peratusan pelajar
melakukan kesalahan mengikut jenis frasa.
15
Jadual 8: Kesalahan penggunaan aspek frasa
Jenis kesalahan Kekerapan Peratusan
Kesalahan penggunaan frasa nama 15 23.0%
Kesalahan penggunaan frasa kerja 17 26.2%
Kesalahan penggunaan frasa sendi nama 33 50.8%
Jumlah 65 100%
Berdasarkan Jadual 8, kekerapan kesalahan paling tinggi melibatkan penggunaan frasa
sendi nama iaitu sebanyak 33 kesalahan (50.8%), diikuti kesalahan penggunaan frasa kerja
sebanyak 17 kesalahan (26.2%) dan kesalahan penggunaan frasa nama sebanyak 15 kesalahan
(23.0%). Kesalahan penggunaan frasa adjektif tidak ditemui dalam karangan pelajar. Hal ini
menunjukkan bahawa pelajar dapat menggunakan frasa adjektif dengan baik.
Kesalahan penggunaan frasa nama
Frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa

perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Dalam binaan frasa
nama, satu perkataan bertindak sebagai inti bagi seluruh frasa nama sementara perkataan lain
merupakan penerang kepada inti tersebut.
Di dalam Jadual 9, pelajar didapati melakukan kesalahan frasa nama.
Jadual 9: Kesalahan penggunaan frasa nama
Sampel 10 Kesalahan bahasa Itu negara ada banyak musim.
Ayat yang betul Negara itu ada banyak musim.
Frasa nama Itu negara dalam ayat di atas tidak tepat kerana unsur penerang iaitu Itu
mendahului unsur inti iaitu negara. Oleh itu, binaan frasa nama yang tepat ialah Negara itu.
Jadual 10 juga menunjukkan kesalahan penggunaan frasa nama.
Jadual 10: Kesalahan penggunaan frasa nama
Sampel 37 Kesalahan tatabahasa Saya mempunyai adik seorang laki-laki.
Ayat yang betul Saya mempunyai seorang adik lelaki.
Frasa nama adik seorang dalam ayat di atas tidak tepat kerana unsur penjodoh bilangan
iaitu seorang harus menjadi penerang jumlah kepada frasa nama iaitu adik lelaki. Oleh itu,
binaan frasa nama yang tepat ialah seorang adik lelaki. Kata laki-laki digantikan dengan
lelaki berdasarkan sistem ejaan baharu.
16
Kesalahan penggunaan frasa kerja
Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya
ialah kata kerja. Kata kerja terdiri daripada kata kerja transitif dan tak transitif. Kata kerja
transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain manakala kata kerja tak transitif boleh
hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan.
Kesalahan penggunaan frasa kerja adalah seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 11.
Jadual 11: Kesalahan penggunaan frasa kerja
Sampel 26 Kesalahan tatabahasa Kakak memiliki sangat cantik kereta.
Ayat yang betul Kakak memiliki kereta yang sangat cantik.
Penggunaan frasa kerja dalam ayat di atas tidak tepat kerana kata kerja transitif
memiliki perlu diikuti oleh objek yang terdiri daripada kata nama iaitu kereta. Oleh itu, frasa
kerja yang tepat bagi ayat di atas ialah memiliki kereta. Selain itu, penggunaan kata hubung
yang perlu untuk memancangkan dua ayat. Ayat yang pertama ialah Kakak memiliki kereta
dan yang kedua ialah Kereta sangat cantik. Dalam ayat pancangan, pengulangan kata Kereta
hendaklah digugurkan.
Berdasarkan Jadual 12, pelajar didapati melakukan kesalahan penggunaan frasa kerja.
Jadual 12: Kesalahan penggunaan frasa kerja
Sampel 26 Kesalahan tatabahasa ...sebab durian banyak vitamin dan nutrien.
Ayat yang betul sebab durian mengandungi banyak
vitamin dan nutrien.
Menurut tatabahasa bahasa Melayu, kata kerja (transitif atau tak transitif) mesti hadir
sebelum objek/pelengkap ayat. Jadual di atas menunjukkan pelajar tidak menggunakan kata kerja
sebelum objek/pelengkap ayat. Oleh itu, kata kerja mengandungi perlu hadir untuk berfungsi
sebagai binaan frasa kerja yang tepat.
Kesalahan penggunaan frasa sendi nama
Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan
satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah
bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama dalam

bahasa Melayu ialah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk dan sebagainya.
17
Di dalam Jadual 13, pelajar didapati melakukan kesalahan aspek kata sendi nama.
Jadual 13: Kesalahan penggunaan frasa sendi nama
Sampel 2 Kesalahan tatabahasa Banyak buah-buahan ke pasar raya Tesco.
Ayat yang betul Banyak buah-buahan di pasar raya Tesco.
Sampel 30 Kesalahan tatabahasa Saya datang di Johor.
Ayat yang betul Saya datang ke Johor. atau
Saya pergi ke Johor. atau
Saya ke Johor.
Berdasarkan ayat di atas, pelajar didapati keliru dalam penggunaan kata sendi nama ke
dan di. Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk
menunjukkan arah atau tempat yang dituju dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa
nama yang mengikutinya. Kata sendi nama di pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa
nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama.
Penggunaan kata sendi nama ke dalam sampel (2) hendaklah digantikan dengan kata sendi
nama di yang merujuk tempat iaitu pasar raya. Kata sendi nama di dalam sampel (30) pula
perlu digantikan dengan ke untuk menunjukkan arah.
Kesalahan yang hampir sama dilakukan oleh pelajar di dalam Jadual 14 dan 15.
Jadual 14: Kesalahan penggunaan frasa sendi nama
Sampel 14 Kesalahan tatabahasa Saya pergi ke pasar malam di Rabu.
Ayat yang betul Saya pergi ke pasar malam pada hari Rabu.
Penggunaan kata sendi nama di di dalam Jadual 14 didapati tidak tepat. Kata sendi
nama pada lebih tepat digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu atau masa.
Jadual 15: Kesalahan penggunaan frasa sendi nama
Sampel 5 Kesalahan tatabahasa Berpuasa di Malaysia berbeza dari berpuasa
di negara saya.
Ayat yang betul Berpuasa di Malaysia berbeza daripada
berpuasa di negara saya.
Penggunaan kata sendi nama dari di dalam Jadual 15 juga didapati tidak tepat kerana
menurut tatabahasa bahasa Melayu, kata sendi nama dari hendaklah digunakan di hadapan kata
nama atau frasa nama yang menyatakan arah atau masa. Kata sendi nama daripada pula hadir di
hadapan kata kerja atau frasa kerja apabila digunakan untuk menyatakan perbezaan atau
18
perbandingan. Oleh itu, frasa sendi nama yang tepat dalam ayat di atas ialah daripada berpuasa
untuk menunjukkan perbezaan pengalaman berpuasa antara Malaysia dengan negara asal pelajar.
Soalan Kajian 3: Kesalahan Penggunaan Aspek Ayat dalam Karangan Bahasa Melayu
Pelajar Asing
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi kedudukannya dalam susunan tatabahasa dan
mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan
beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan
(Tatabahasa Dewan, 2003). Dalam bahasa Melayu, terdapat pelbagai jenis ayat, namun susunan
ayat yang paling asas ialah ayat tunggal. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu
konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Pengetahuan untuk membina ayat tunggal dalam
kalangan pelajar bahasa asing sangat penting kerana ayat tunggal ialah asas kepada pembinaan
ayat yang lebih kompleks.

Selain itu, aspek struktur ayat saduran juga perlu dipastikan memandangkan pelajarpelajar
ini ialah pelajar-pelajar asing. Struktur ayat saduran bermaksud apa-apa juga penggunaan
unsur ayat asing, khususnya unsur daripada bahasa ibunda (bahasa Inggeris, bahasa Arab dan
lain-lain) yang digunakan dalam bahasa Melayu.
Kekerapan kesalahan penggunaan aspek ayat adalah seperti yang ditunjukkan di dalam
Jadual 16.
Jadual 16: Kesalahan penggunaan aspek ayat
Jenis kesalahan Kekerapan Peratusan
Kesalahan penggunaan ayat tunggal 63 64.3%
Kesalahan struktur ayat saduran 35 35.7%
Jumlah 98 100%
Berdasarkan Jadual 16, didapati kekerapan kesalahan penggunaan ayat tunggal adalah
lebih tinggi iaitu sebanyak 63 kesalahan (64.3%) berbanding kesalahan struktur ayat saduran
yang mencatatkan 35 kesalahan (35.7%).
19
Kesalahan ayat tunggal
Yang berikut merupakan kesalahan penggunaan aspek ayat di dalam Jadual 17.
Jadual 17: Kesalahan penggunaan ayat
Sampel 25 Kesalahan tatabahasa Saya nama Anas.
Ayat yang betul Nama saya Anas.
Konstituen subjek (frasa nama) dalam ayat di atas tidak tepat kerana unsur penerang
mendahului unsur inti. Oleh itu, frasa nama yang tepat dalam ayat ini ialah Nama sebagai unsur
inti dan saya sebagai unsur penerang. Kesalahan dalam ayat di atas juga berlaku disebabkan
gangguan bahasa ibunda atau bahasa kedua pelajar. Pelajar menggunakan struktur ayat bahasa
Inggeris iaitu My name yang diterjemahkan sebagai Saya nama dalam bahasa Melayu.
Kesalahan yang hampir sama dilakukan oleh pelajar dalam ayat songsang seperti di
dalam Jadual 18.
Jadual 18: Kesalahan penggunaan ayat
Sampel 31 Kesalahan tatabahasa Di Kulliyyah Eknomi saya abang belajar.
Ayat yang betul Di Kulliyyah Ekonomi abang saya belajar.
Frasa nama dalam subjek ayat di atas tidak tepat kerana unsur penerang mendahului
unsur inti. Oleh itu, frasa yang tepat bagi subjek ayat di atas ialah abang saya belajar.
Kesalahan aspek ejaan iaitu Eknomi turut didapati dalam ayat di atas.
Kesalahan yang hampir sama juga turut dilakukan di dalam Jadual 19.
Jadual 19: Kesalahan penggunaan aspek ayat
Sampel 35 Kesalahan tatabahasa Ayah kerja saya guru.
Ayat yang betul Ayah saya bekerja sebagai guru.
Susunan kata dalam ayat di atas tidak menepati konstituen subjek dan predikat. Ayat
tersebut hendaklah dimulakan dengan frasa nama Ayah saya sebagai subjek ayat, diikuti kata
kerja bekerja dan frasa nama sebagai guru sebagai predikat ayat. Selain itu, awalan be- perlu
diimbuhkan pada kata kerja agar ayat tersebut lebih gramatis.
20
Kesalahan struktur ayat saduran
Jadual 20 menunjukkan kesalahan ayat saduran.
Jadual 20: Kesalahan penggunaan ayat
Sampel 20 Kesalahan tatabahasa Orang Muslim suka makan buah-buahan.

Ayat yang betul Orang Islam suka makan buah-buahan.


Sampel 9 Kesalahan tatabahasa Makanan saya untuk iftar adalah nasi ayam.
Ayat yang betul Makanan saya semasa berbuka puasa ialah nasi
ayam.
Sampel 4 Kesalahan tatabahasa Contoh buah-buahan apple, orange, tembikai, nenas
dan sebagainya.
Ayat yang betul Contohnya, buah-buahan seperti epal, oren, tembikai,
nenas dan sebagainya.
Sampel 19 Kesalahan tatabahasa To sum up, semua buah-buahan mempunyai saiz,
warna dan rasa yang berbeza-beza.
Ayat yang betul Kesimpulannya, semua buah-buahan mempunyai
saiz, warna dan rasa yang berbeza-beza.
Sampel 27 Kesalahan tatabahasa Saya ada sebelas siblings Father saya umur enam
puluh tiga.
Ayat yang betul Saya ada sebelas orang adik-beradik Ayah saya
berumur enam puluh tiga tahun.
Dalam sampel ayat (20), terdapat kata saduran daripada bahasa Arab/bahasa Inggeris
iaitu Muslim yang membawa maksud orang Islam. Perkataan iftar dalam sampel ayat (9)
pula ialah saduran daripada bahasa Arab yang bermaksud berbuka puasa. Dalam sampel (4),
didapati pelajar melakukan kesalahan dalam mengeja nama buah-buahan. Pelajar menggunakan
perkataan dalam bahasa Inggeris seperti apple dan orange yang sepatutnya dieja epal dan
oren. Begitu juga dengan sampel (19) yang menggunakan kata saduran daripada bahasa
Inggeris iaitu To sum up yang membawa maksud Kesimpulannya. Selain itu, sampel (27)
menggunakan kata siblings bagi kata adik-beradik dan Father bagi kata Ayah. Selain kata
saduran, didapati pelajar turut melakukan kesalahan penggunaan kata sendi nama dan kata
pemeri dalam sampel (9), penanda wacana dalam sampel (4), imbuhan dan frasa nama dalam
sampel (27).
21
Soalan Kajian 4: Kesalahan Penggunaan Ortografi dalam Karangan Bahasa Melayu
Pelajar Asing
Money (2004), dalam kajiannya mengkategorikan kesalahan ortografi kepada kesalahan ejaan,
kesalahan huruf besar dan semantik. Namun begitu, kesalahan aspek ortografi dalam kajian ini
akan memfokuskan kesalahan ejaan dan huruf besar/kecil. Jadual 21 menunjukkan kekerapan
kesalahan ejaan dan huruf besar/kecil yang dilakukan oleh pelajar.
Jadual 21: Kesalahan penggunaan ortografi
Jenis kesalahan Kekerapan Peratusan
Kesalahan ejaan 202 74.8%
Kesalahan huruf besar 68 25.2%
Jumlah 270 100%
Berdasarkan jadual di atas, pelajar didapati melakukan kesalahan ejaan iaitu sebanyak
202 kesalahan (74.8%) berbanding kesalahan huruf besar/kecil iaitu sebanyak 68 kesalahan
(25.2%).
Kesalahan ejaan
Kesalahan ejaan ditunjukkan di dalam Jadual 22.
Jadual 22: Kesalahan ejaan
Ejaan salah Ejaan betul

tengoh tengok
tembaik tembikai
pissang pisang
kerita kereta
umor umur
antrabansa antarabangsa
polic polis
kutching kucing
mirah merah
bebuntuk berbentuk
dari padi daripada
purmpuan perempuan
menggu minggu
keluai keluar
22
Kesalahan huruf besar/kecil
Jadual 23 menunjukkan contoh kesalahan penggunaan ortografi.
Jadual 23: Kesalahan penggunaan ortografi
Sampel 3 Kesalahan tatabahasa kulitnya juga berkhasiat dan boleh digunakan
Ayat yang betul Kulitnya juga berkhasiat dan boleh digunakan
Sampel 16
Kesalahan tatabahasa malaysia ada banyak buah-buahan tempatan. buahbuahan
ada yang musim
Ayat yang betul Di Malaysia ada banyak buah-buahan tempatan.
Buah-buahan ini ada yang bermusim
Sampel 38 Kesalahan tatabahasa Saya tinggal di istanbul.
Ayat yang betul Saya tinggal di Istanbul.
Sampel 33 Kesalahan tatabahasa Keluarga saya tinggal Di Palestine. Ayah saya kerja
Di kedai
Ayat yang betul Keluarga saya tinggal di Palestin. Ayah saya bekerja
di kedai
Berdasarkan Jadual 23, sampel (3), (16) dan (38) didapati menggunakan huruf kecil pada
pangkal ayat dan kata nama khas. Pelajar-pelajar Arab khususnya, berkemungkinan dipengaruhi
bahasa ibunda mereka kerana tiada huruf besar mahupun huruf kecil dalam tulisan bahasa Arab.
Sampel (33) pula menggunakan huruf besar pada kata sendi di di pertengahan ayat. Selain itu,
pelajar turut melakukan kesalahan tatabahasa lain seperti aspek imbuhan dalam sampel (16),
kesalahan aspek ejaan serta imbuhan dalam sampel (33).
Soalan Kajian 5: Faktor-Faktor yang Mendorong Pelajar Asing Melakukan Kesalahan
Tatabahasa
Faktor-faktor yang mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa mengikut persepsi
guru/pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Bahasa Melayu untuk pelajar asing
ditunjukkan di dalam Jadual 24. Persepsi guru/pensyarah yang berpengalaman luas dalam
pengajaran bahasa Melayu kepada pelajar asing diperlukan untuk pembangunan kursus Bahasa
Melayu di universiti ini.
23
Jadual 24: Faktor-faktor yang mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa

(persepsi guru/pensyarah)
Penyataan SS S TS STS
Masa pengajaran 3 (30%) 2 (20%) 3 (30%) 2 (20%)
Bahasa ibunda pelajar 2 (20%) 6 (60%) 1 (10%) 1 (10%)
Ketidakprihatinan pelajar - 7 (70%) 2 (20%) 1 (10%)
Keadaan persekitaran 1 (10%) 5 (50%) 2 (20%) 2 (20%)
Dapatan kajian menunjukkan bahawa 50% (n=5) guru/pensyarah masing-masing sangat
setuju dan setuju bahawa masa pengajaran yang singkat bagi kursus ini iaitu 1 jam 40 minit
dalam seminggu mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa. Sebanyak 50% (n=5)
guru/pensyarah pula masing-masing tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan penyataan ini.
Persepsi guru/pensyarah terhadap masa pengajaran bagi kursus ini agak seimbang. Sebanyak
80% (n=8) sangat setuju dan setuju bahawa bahasa ibunda mempengaruhi kesalahan tatabahasa
pelajar, dan hanya 20% tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan penyataan tersebut. Bagi
penyataan bahawa pelajar tidak prihatin terhadap kesalahan tatabahasa, sebanyak 70% (n=7)
guru/pensyarah menyatakan setuju, sebaliknya hanya 30% (n=3) berpendapat tidak setuju dan
sangat tidak setuju. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan sebanyak 60% (n=6)
guru/pensyarah sangat setuju dan setuju bahawa keadaan persekitaran di universiti ini
mempengaruhi kesalahan tatabahasa pelajar, sebaliknya 40% (n=4) menyatakan tidak setuju dan
sangat tidak setuju terhadap penyataan ini.
Jadual 25 menunjukkan respon guru/pensyarah tentang faktor-faktor lain yang
mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa berdasarkan soalan separa struktur. Respon
guru/pensyarah telah dikumpulkan dan dikelaskan mengikut tema iaitu sikap pelajar, latihan
tatabahasa dan jam kredit.
Jadual 25: Faktor-faktor lain yang mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa
Penyataan Kekerapan Peratusan
Sikap pelajar 5 50%
Latihan tatabahasa 3 30%
Jam kredit 2 20%
Jumlah 10 100%
Berdasarkan soalan separa struktur pula, respon tertinggi adalah tentang sikap pelajar
iaitu sebanyak 50% (n=5). Sebagai contoh, guru/pensyarah menyatakan bahawa sikap pelajar
seperti menganggap kursus bahasa Melayu sebagai tidak penting, malas bertanya dan tidak
menghadiri kelas merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada kesalahan tatabahasa
24
pelajar. Selain itu, sebanyak 30% guru/pensyarah (n=3) berpendapat bahawa kekurangan latihan
tatabahasa turut mendorong kesalahan tatabahasa pelajar dan hal ini berkaitan dengan masa
pengajaran yang singkat. Seterusnya, sebanyak 20% (n=2) guru/pensyarah berpendapat bahawa
ketiadaan jam kredit bagi kursus Bahasa Melayu untuk Pelajar Asing merupakan faktor yang
mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa. Ketiadaan jam kredit menyebabkan pelajar
tidak bermotivasi untuk mempelajari seterusnya menguasai bahasa Melayu memandangkan
pencapaian mereka dalam kursus ini tidak diambil kira dalam pengiraan purata nilai gred
terkumpul.
PERBINCANGAN
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar kursus Bahasa Melayu II untuk Pelajar
Asing (LM 1011) melakukan kesalahan tatabahasa dalam aspek kata, frasa, ayat dan ortografi
dalam karangan yang dihasilkan mereka. Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan Money

(2004) tentang pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Tamil. Hasil kajian juga
mendapati bahawa kesalahan ortografi iaitu kesalahan penggunaan ejaan dan huruf besar/kecil
paling banyak dilakukan oleh pelajar (270 kesalahan). Walau bagaimanapun, berdasarkan
dapatan kajian oleh Md. Daud (1992), penutur jati bahasa Melayu turut melakukan kesalahan
ejaan tetapi kesalahan ini bukanlah kesalahan utama. Hal ini disebabkan pelajar bahasa kedua
terdiri daripada latar belakang bahasa yang berbeza. Kesalahan kedua tertinggi pula ialah
kesalahan penggunaan aspek ayat iaitu ayat tunggal dan ayat saduran (98 kesalahan). Dapatan
kajian ini selaras dengan dapatan kajian Money (2004). Kesalahan ketiga tertinggi pula ialah
penggunaan aspek frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama (65
kesalahan). Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian Ab. Halim (2002). Berdasarkan
keempatkeempat
frasa, didapati frasa sendi nama mencatat kekerapan kesalahan yang tertinggi.
Sementara itu, kesalahan penggunaan aspek kata iaitu kata imbuhan, kata hubung dan kata
pemeri (57 kesalahan) merupakan kekerapan yang paling rendah dilakukan oleh pelajar.
Berdasarkan kesalahan tatabahasa dalam karangan pelajar Kursus LM 1011, tidak dinafikan
bahawa gangguan bahasa ibunda mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa tetapi
faktor ini bukanlah faktor utama kerana penutur jati yang mempelajari bahasa Melayu turut
melakukan kesalahan yang sama. Dapatan ini selaras dengan dapatan Ahmad Shahril (1996),
Muhammed Salehudin (1993) dan Md. Daud (1992).
Dapatan kajian soal selidik pula menunjukkan bahawa sebanyak 80% (n=8)
guru/pensyarah sangat setuju dan setuju bahawa bahasa ibunda merupakan faktor utama yang
mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa. Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian
Cheun et. al. (2009) yang mendapati bahawa gangguan bahasa ibunda merupakan faktor utama
yang menyebabkan pelajar melakukan kesalahan dalam pembelajaran tatabahasa. Dapatan ini
juga menunjukkan bahawa sikap dan ketidakprihatinan pelajar terhadap tatabahasa mendorong
25
mereka melakukan kesalahan tatabahasa. Dapatan ini selaras dengan dapatan kajian Goh & Ng
(2004) dan Jyh (2005) bahawa sikap dan motivasi pelajar penting dalam pembelajaran bahasa.
Faktor persekitaran bahasa di universiti ini juga menyebabkan pelajar asing kurang
mempraktikkan bahasa Melayu. Faktor-faktor lain adalah seperti ketiadaan jam kredit dan masa
pengajaran yang singkat. Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian Faizah et. al. (2010) dan
Cheun (2009) bahawa masa pengajaran bahasa yang singkat menyebabkan pelajar lemah dan
tidak menguasai bahasa dengan baik.
KESIMPULAN
Pendidikan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di institusi pengajian tinggi penting
untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa di persada dunia. Namun
begitu, kebanyakan pelajar asing yang mempelajari bahasa Melayu di UIAM masih lemah dalam
penguasaan tatabahasa bahasa Melayu. Faktor-faktor seperti gangguan bahasa, kurang
keprihatinan dan motivasi dalam kalangan pelajar serta keadaan persekitaran di universiti
menjadi kekangan untuk pelajar menguasai bahasa Melayu. Oleh itu, faktor-faktor ini perlu
diberikan perhatian terutamanya oleh guru/pensyarah bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing menjadi lebih efektif dan dinamik.
Sebagai contoh, bimbingan secara berterusan daripada guru/pensyarah, pembelajaran melalui
multimedia serta penganjuran aktiviti-aktiviti bahasa seperti kuiz, lakonan, pembentangan,
pertandingan esei, lawatan dan sebagainya. Sokongan daripada pentadbir seperti
memperuntukkan jam kredit bagi kursus Bahasa Melayu dan menyediakan makmal bahasa yang

mencukupi juga penting dalam menggalakkan proses pembelajaran bahasa Melayu di universiti
ini.
26
RUJUKAN
Ab. Halim Mohamad. (2002). Pembelajaran frasa bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu:
satu analisis kesalahan. Tesis PhD. yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Abd. Manaff Abd. Rahman. (2002). An error analysis of English interrogatives: a case study.
Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Abisamra, N. (2003). An analysis of errors in arabic speakers english writings. Diperoleh pada
20 Mac 2011 daripada http://abisamra03.tripod.com/nada/languageacq-error
analysis.html.
Aini Haji Karim. (2007). Analisis kontrastif dan analisis kesalahan bahasa: Antara hipotesis dan
realiti. Prosiding Seminar Tahunan Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik II
(SETALING), 2, 212-225.
Awang Sariyan. (1995). Pengantarabangsaan bahasa Melayu melalui institusi pendidikan tinggi:
Catatan tentang pengalaman Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kongres Bahasa
Melayu Sedunia: Kumpulan Kertas Kerja Jilid 1 (A-L). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Azman Che Mat dan Goh, Y.S. (2010). Situasi pembelajaran bahasa asing di institut pengajian
tinggi: Perbandingan antara bahasa Arab, bahasa Mandarin dan bahasa Perancis. Asean
Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 2 (2), 9-21.
Brown, H. D. (2000). Principles of language learning and teaching. New York: Longman.
Cheun, H. H., Ho, W. C. & Hoe, F. T. (2009). A study of Mandarin sentence grammar mistake
made by non-native speaker. Proceeding Language and Culture: Creating and Fostering
Global Communities.
Collins, J. T. (1995). Perjuangan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa. Kertas Kerja
untuk Hari Sastera 1975.
Corder, S. P. (1967). The significance of learners' errors. Reprinted in J.C.Richards (ed.) (1974,
1984) Error Analysis: Perspectives on Second Language Acquisition. London: Longman,
pp. 19 - 27 (Originally in International Review of Applied Linguistics, 5 (4).
Corder, S. P. (1973). Introducing applied linguistics. Baltimore: Penguin Education.
Ellis, R. (1994). The study of second language acquisition. Oxford: Oxford University Press.
27
Ellis, R. (1997). SLA research and language teaching. Oxford: Oxford University Press.
Erdogan, V. (2005). Contribution of error analysis to foreign language teaching. Mersin
University Journal of the Faculty of Education, 1 (2), 261-270.
Fa izah Abd Manan, Mohamed Amin Embi & Zamri Mahamod. (2010). Kerangka pembangunan
dan penilaian modul belajar cara belajar bahasa Melayu pelajar asing institusi pengajian
tinggi Malaysia. Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 2 (2),
pp. 64-76.
Goh, Y. S. & Ng, A. (2004). The bumiputra students' attitude in learning Mandarin at UiTM
Campus Terengganu, Malaysia. The International Colloquium on Language, Attitudes
and Education in Multilingual Cities.
Habash, Z. A. S. (1982). Common errors in the use of English prepositions in the written work of
UNRWA students at the end of the preparatory cycle in the Jerusalem area. Tesis sarjana

yang tidak diterbitkan. Palestin: Universiti Birzeit.


Hashim Mat Zain. (2009). Penguasaan kata kerja bahasa Arab di kalangan pelajar sekolah
menengah: satu kajian kes. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Jeniri Amir. (2005). Bahasa Melayu mudah dipelajari, tetapi sukar dikuasai. Jurnal Dewan
Bahasa. Jilid 5(4).
Juriah Long, Raja Fauzi Raja Musa, Zarin Ismail & Hamidah Yamat@Ahmad. (2001).
Keperluan pendidikan bahasa Melayu di institusi pendidikan tinggi swasta. Jurnal
Pendidikan 26, 21-36.
Jyh, W. S. (2005). Evolusi dan evolusi semula bahasa. Dewan Bahasa. September, 17-21.
Khan, P. (2005). An error analysis on the written English of upper secondary students in Kuala
Lumpur. Tesis PhD. yang tidak diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Lee, Chai Chuen. (2007). Analisis kesilapan sintaksis di kalangan pelajar Melayu dalam
pembelajaran bahasa Mandarin. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Lim, S. N. (2001). An error analysis of the use past tense in French by Malay students. Tesis
sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Loi, Chek Kim. (2001). An error analysis of English prepsitions in the written work of upper
secondary Malay students. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
28
Maicusi, T., Maicusi, P. & Lopez, M.J.C. (2000). The error in the second language acquisition.
Encuento Revista de Investigacion Innovacion en la Clase de Idiomas, 11, pp. 168-173.
Marzalina Mansor. (2004). Stail pembelajaran bahasa melayu sebagai bahasa asing di kalangan
pelajar luar negara. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.
Md. Daud Taha. (1992). Masalah penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu di
tingkatan menengah atas di negara Brunei Darussalam. Tesis sarjana yang tidak
diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Moghimizadeh, R. P. (2008). The study of syntactic avoidance on the written production of
persian university students majoring in teaching english as a foreign language. Disertasi
tidak diterbitkan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Mohd Shahril Rajain. (1996). Analisis kesalahan bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelar
Tingkatan Enam di sekolah menengah: satu kajian kes. Tesis sarjana yang tidak
diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Money, J. N. J. S. (2004). Kesalahan bahasa dalam karangan murid Tamil yang mempelajari
bahasa Melayu di sekolah menengah. Tesis PhD. yang tidak diterbitkan. Serdang:
Universiti Putra Malaysia.
Muhammed Salehudin Aman. (1993). Analisis kesalahan tatabahasa bahasa Melayu di
kalangan pelajar sekolah menengah agama atas. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Najeeb, Z. M. (2007). An error analysis of spelling mistakes of English at Baghdad University.
Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Nik Safiah Karim, Farid M. On, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2003).
Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Asmah Abd. Aziz. (2009). Penggunaan kata hubung bahasa Malaysia dalam kalangan

pelajar sekolah menengah: satu analisis kesilapan. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Richards, J. C., Platt, J. T., Weber, H. & Candlin C. N. (1992). Longman dictionary of applied
linguistics. Essex: Longman.
Saw, K. L. (1997). Kesilapan sintaksis dalam pembelajaran bahasa Mandarin di kalangan
dewasa Melayu. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
29
Soh, B. K. (1996). Frasa nama bahasa Melayu dan bahasa Mandarin: satu analisis kontrastif
dan analisis kesilapan. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Supian Mohamad Noor. (1994). Analisis kesalahan penggunaan frasa kerja bahasa Melayu di
kalangan pelajar tingkatan empat KBSM: satu kajian kes. Tesis sarjana yang tidak
diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Xu, J. (2008). Error theories and second language acquacition. US- China Foreign Language.
(1) 6: 35-42.
Zainor Said. (2011). Universiti, kolej di Malaysia banyak kelebihan berbanding negara lain
untuk tarik pelajar asing. Diperoleh pada 15 Mac 2011 daripada
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IPTharustingkatkankualiti_perhebatpromosi
diluarnegara/Article/print_html.

You might also like