You are on page 1of 24

BIDANG LINGUISTIK Linguistik Umum Dan Linguistik Gunaan Linguistik Umum Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik

am, iaitu bidang yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum. Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan. Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks. Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa. Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya. Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja. Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum. Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif. Linguistik Gunaan Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan. Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa, seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.

LINGUISTIK SEJARAH DAN LINGUISTIK PERBANDINGAN Linguistik Perbandingan Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu. Teknik asas linguistik perbandingan ialah kaedah perbandingan yang bertujuan untukmembandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon. Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistemsistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap. Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna. Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan. Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan: Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri. Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penuturpenutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu bahasa. Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu.

Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut.

Linguistik Sejarah Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk

memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa. Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asal usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuan linguistik histori adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini. Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuan Linguistik perbandingan adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk. Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibandingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspekaspek yang dibandingkan itu

LINGUISTIK KONTEKSTUAL Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yagn mengkaji interaksi interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya. Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik. Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Bidangbidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif.

SIFAT BAHASA a) Bahasa sebagai satu sistem Bahasa mempunyai susunan yang tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan , nahu atau bentuk sintaksis. Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna dari segi strukturnya (klausa, ayat, kata). Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan, melainkan mengikut cara-cara tertentu. Sistem yang dimaksudkan ialah aturan. Sistem itu telah ditetapkan oleh susunan bahasa. Setiap bahasa mempunyai bahasa masing-masing. sebagai contoh : a) BAHASA MELAYU buku itu sebuah buku merah pensel ini

b) BAHASA INGGERIS that car (kereta itu) three red books (tiga buah bukuyang merah) the beautiful book (buku yang cantik itu)

b) Bahasa bersifat dinamis Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi dengan manusia lain. Pertembungan kebudayaan, pertembungan manusia dengan manusia lain

menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu. Walaupun begitu, struktur dan tatabahasanya tidak berubah.

c) Bahasa itu bersifat arbitrari Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam bahasa dengan makna yang diberikan secara kebetulan dan ditentukan oleh budaya sesuatu masyarakat. Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan. Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap bahasa mempunyai perkataan yang berlainan bagi benda-benda sama. Sebagai contoh: dalam Bahasa Melayu itu dipanggil pintu dalam Bahasa Inggeris dipanggil door puerta dalam Bahasa Sepanyol.

d) Bahasa sebagai alat berkomunikasi. Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan oleh penutur kepada pendengar. Faktor yang mengubah bahasanya. pendengar : orang yang dilawan bercakap. tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil tempat,

termasuklah benda-benda yang berada di sekitarnya. butir pertuturan : tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi.

e) Bahasa mempunyai makna Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan. Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud.

f)

Bahasa itu linear Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu, iaitu dengan pergerakan alat-alat artikulasi satu demi satu. Sebagai contoh untuk menyebut kalam , bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah k, a, l, a, dan m. Ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan disebut satu demi satu untuk melambangkan sesuatu bunyi.

SUSUR GALUR PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah. Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom Zaman Yunani Dalam sejaran ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu Tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan.

Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tensedalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika. Secara umumnya, kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik.

Zaman Iskandariah. Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb,participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna. Zaman Rom. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.

Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India Zaman Pertengahan Yang Dikenali Juga Sebagai Zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan. Harus diingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.

Zaman Arab. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Quran dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.

Zaman India. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab RigVeda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis. Sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama. 9

Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L. Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut mengeluarkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.

10

STRUKTUR LINGUISTIK Secara umumnya, keenam-enam struktur linguistik Bahasa Melayu mempunyai pendefinisian yang berbeza antara satu sama lain. Perbandingan definisi struktur bahasa boleh dilihat menerusi kajian fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, pragmatik dan analisis wacana dalam sesebuah bahasa. Struktur ini akan memberi peraturan dan kaedah penggunaan dalam sesebuah bahasa. Berikut adalah definisi ringkas struktur-struktur linguistik dan kajian yang berkaitan dengan bahasa.

Struktur Linguistik Fonologi

Definisi Ringkas Ciri-ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya

dalam sistem kebahasaan. Morfologi Sintaksis Struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya. Hubungan antara satu kata dengan kata lain, dan cara hingga menjadi satuan ujaran. Semantik Makna bahasa sama ada yang bersifat leksikal,

gramatikal ataupun konteks. Pragmatik Kajian yang berkaitan dengan penentuan hubungan antara simbol dan cara penggunaan simbol tersebut. Analisis Wacana Unit tertinggi dalam bahasa yang melebihi batas ayat.

11

VARIASI BAHASA. Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu. Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza. a) Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu : Pengguna orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan Penggunaan kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan. Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa yang sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa. Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu. Dalam konteks Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor. Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Dalam rangka Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor. Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza penggunaannya. Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa. Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu, misalnya bahasa Melayu atau bahasa

Inggeris,mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa, yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri daripada satu keseluruhan.

12

Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut. Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku. Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. Tujuannya supaya mudah difahami. Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan guna sedikit sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa melayu umum, yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau. Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku, ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa. Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah, sosial dan stilistik.

13

Variasi Bahasa (Dialek) Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu. Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Isyarat Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk berkomunikasi. Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini, biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan, orientasi dan gerak tangan, lengan, dan tubuh, serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka. Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara. Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama. Contohnya, Amerika Serikat dan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang berbeza ( American Sign Language dan British Sign Language). Hal yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memiliki bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol), tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama.

14

Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak. Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan dengan mereka yang tidak memahami bahasa berkenaan. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih 100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun.

15

PERATURAN PRADIGMATIK Definisi dan Konsep Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000) menyatakan bahawa paradigmatik bermaksud bukan paradigma. Paradigma pula merujuk kepada daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan, contoh atau model yang jelas tentang sesuatu. Paradigmatik bermakna kumpulan perkataan yang tergolong di dalam sesuatu kategori yang tidak jelas dan mengalami perubahan pada bila-bila masa di dalam menyatakan kesatuannya. Pola paradigmatik pula bermaksud contoh, model, atau patron. Dengan kata lain, pola paradigmatik merujuk kepada contoh-contoh penggunaan paradigmatik di dalam bahasa yang dapat dilihat dengan lebih jelas di dalam penggunaan ayat. Paradigmatik melibatkan perubahan penggunaan kata di dalam ayat. Kata yang mempunyai hubungan secara menegak disebut sebagai hubungan paradigmatik. Hubungan begini dikaitkan kesamaan dengan makna antara satu kata dengan kata lain yang disebut sebagai sinonim. Dimensi paradigmatik ini merujuk kepada hubungan sesuatu kata yang lebih umum sifatnya dengan kata lain yang lebih khusus, yang merupakan anak kepada yang induk dan lebih umum sifatnya. Paradigmatik di dalam semiotik pula dilihat sebagai sesuatu set simbol atau tanda yang salah satunya mungkin dipilih untuk digabungkan dengan tanda- tanda yang lain. Pemilihan tersebut ditentukan oleh kandungan atau topik. Tanda-tanda hubungan secara paradigmatik berlaku ketika ia berada pada satu sistem atau kelas. Hubungan paradigmatik juga boleh dilihat sebagai hubungan luaran antara tanda dengan tanda lain.

16

Pola-Pola Paradigmatik Pola Paradigmatik Di Dalam Semantik Dalam mengkaji pola paradigmatik, ahli bahasa akan membincangkan tentang hubungan paradigmatik dengan semantik. Semantik bersifat horizontal, manakala paradigmatik bersofat vertikal. Hubungan sintagmatik dibaca secara luaran dengan melihat kepada petanda yang sama-sama hadir di dalam teks. Hubungan paradigmatik pula dibaca secara mendalam dengan mencari penanda yang tidak hadir di dalam teks. Nilai tanda ditentukan oleh kedua-dua hubungan iaitu sintagmatik dan paradigmatik. Kedua-dua hubungan ini juga berada di dalam tingkat kata. Di dalam tingkat kata seperti Adnin mengambil segelas air. perkataan segelas mempunyai hubungan paradigmatik dengan secawan, sebotol, segelen dan seliter. Manakala perkataan segelas juga mempunyai hubungan secara sintagmatik dengan kata nama Adnin, air dan kata kerja mengambil. Melalui penerangan ini, kita dapat melihat kupasan konsep paradigmatik, iaitu perubahan atau penggantian kata yang mempunyai hubungan secara menegak. Contoh lain ialah :- Emak merupakan salah seorang daripada ahli keluarga saya. Di dalam ayat ini, kata nama emak boleh digantikan dengan kata lain yang mempunyai unsur paradigmatik, seperti adik, abang, ayah, kakak, anak, suami, mertua, datuk, nenek. Jika perkataan-perkataan tersebut digantikan di tempat emak, ianya masih membentuk struktur ayat yang betul dan boleh diterima oleh pengguna bahasa. Selain daripada contoh di atas, unsur paradigmatik turut terdapat di dalam jenis kata lain, mengikut terbitan yang sesuai oleh pengguna bahasa. Oleh yang demikian, paradigmatik bersifat arbitrari, iaitu berubah-ubah. Di dalam hubungan paradigmatik dan sintagmatik, perkataan lain boleh memasuki kelas ayat. Namun, penggantian yang dilakukan haruslah bersesuaian dan gramatis di dalam konteks ayat tersebut.

17

Pola Paradigmatik Di Dalam Linguistik Paradigmatik bahasa (kridalaksana, 1993) menyatakan bahawa hubungan antara unsur-unsur bahasa dalam tatarantertentu dengan unsur-unsur lain di luar tataran itu yang dapat dipertukarkan, misalnya dalam kalimat kami bermain bola. Antara kami dan dengan orang itu, saya dan sebagainya.dapat dipertukarkan. Hubungan antara unsur-unsur itu dikatakan hubungan inabsentia. Hubungan paradigmatik adalah hubungan antara unsur-unsur yang terdapat dalam suatu turutan dengan unsur-unsur sejenis yang tidak terdapat dalam tuturan yang bersangkutan. Satu unit boleh berada pada hubungan paradigmatis dengan unit-unit yang lain yang berlaku pada korteks yang sama dalam satu struktur. Suatu unsur akan berada dalam hubungan paradigmatis dengan unsur-unsur yang lain (kejadian unsur di tempat yang sama dengan struktur bahasa). Hubungan paradigmatik dapat dilihat dengan cara pengantian, baik pada fonologi, morfologi mahupun sintaksis Arbak Othman dalam bukunya Permulaan Ilmu Linguistik telah memperkenalkan istilah penyebaran untuk menerangkan tentang hubungan ini. Penyebaran yang dimaksudkan ialah penyebaran suatu unit linguistik yang berlaku dalam bahasa dan penyebaran itu pula memperlihatkan suatu hubungan dengan unit yang lain mengikut konteksnya. Hubungan unit linguistik ini berlaku secara sistematis dan terhad pula kejadiannya. Dalam kajian bahasa terdapat dua jenis hubungan, iaitu paradigmatik dan sintagmatik. Sesuatu unit linguistik itu dikatakan boleh memasuki kedua-dua jenis hubungan itu. Dengan menyelidik kedua-duanya bagi sesuatu jenis unsur, kita akan dapat mengetahui penyebaran unsur itu, iaitu kedudukannya dalam pola sesuatu bahasa. Seterusnya, ini memungkinkan kita untuk mengetahui dan menjelaskan sistem dan struktur bahasa yang ingin dihuraikan itu Kedua-dua jenis hubungan ini dapat dijelaskan melalui contoh berikut: saya kaya. Oleh sebab / s / dan / k / yang merupakan unit linguistik berada pada konteks ( di tempat) yang sama dalam suatu struktur, maka unit linguistik ini dikatakan berada pada hubungan paradigmatik. Dengan kata lain, kedua-dua unsur ini sefungsi kerana berada di tempat yang sama dalam struktur bahasa. Manakala unsur / s / dalam kata saya berada pada hubungan sintagmatik dengan / a /, / y / dam / a /.

18

Perkaitan hubungan paradigmatik dan sintakmagtik. Hubungan paradigmatik dan sintagmatik bukan sahaja dapat diperlihatkan pada peringkat perkataan, malah pada semua peringkat penghuraian linguistik misalnya, rangkai kata sebuah buku. Hubungan sintagmatik dengan kata sebuah. Contoh sebuah buku perkataan buku berada dalam hubungan paradigmatik dengan perkataan rumah, kereta, dsb dan sebuah berada dalam hubungan sintagmatik Jika dibandingkan dengan rangkai kata sebuah kereta, dan sebuah rumah pula, hubungan paradigmatik dengan kereta dan rumah. Begitu jugalah jika kita mengkaji hubungan tersebut dalam kejadian ayat. Contoh ayat 1. Dia makan roti2. Dia makan nasi. Perkataan nasi berada dalam hubungan paradigmatik dengan roti dan dalam hubungan sintagmatik dengan makan Dengan menyelidik kedua-dua jenis hubungan tersebut, seseorang penyelidik dapat mengetahui penyebaran unsur iaitu kedudukannya dalam pola sesuatu bahasa. Kedua-dua jenis hubungan ini amat berguna kepada seseorang pengkaji bahasa yang ingin mengetahui sistem dan struktur sesuatu bahasa tertentu. Suatu unit mempunyai hubungan paradigmatik pula dengan setiap unit yang boleh saling berganti tempat dengannya : dia menulis buku mereka guru. Kesimpulan Hubungan sintagmatik dan paraigmatik adalah hubungan secara mendatar atau secara linear tetapi hubungan paradigmatik bermaksud hubungannya adalah secara mengufuk.

Pola Paradigmatik Dalam Semiotik Semiotik ialah bidang bahasa yang mengkaji tentang makna di dalam tanda atau simbol. Secara etimologi, istilah semiotik berasal daripada bahasa Yunani semeion yang bermaksud tanda. Menurut Ferdinand de Saussure, tanda merupakan acuan kita terhadap sesuatu di luar sana yang boleh dikatakan sebagai reliti, hidup, semula jadi dan yang boleh dilihat. Suassure menegaskan, bahasa makna muncul daripada perbezaaan penanda; terdapat 2 jenis perbezaan iaitu sintagmatik (mengenai kedudukan) dan paradigmatik (mengenai penggantian).

19

STILISTIK Menurut Abdullah Hassan (1990), Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa. Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan. Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan. Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera.

Stilistik dari sudut Sastera Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa. Cabang linguistik gunaan atau terapan. Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik. Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182)stilistik meneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan berusaha menemukan fungsi estetik.

Pengenalan am Stilistik Bahasa. Bermaksud bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, khasnya bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan. Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal.

Prinsip Stilistik Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis. Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang. Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.

20

Kedua, pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural. Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya. Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami, mudah dimengerti, banyak maksud dan mempunyai makna simbolik. Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian seseorang penulis. Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya. Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian penulis. Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi, pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan. Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan. Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti. Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang. Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis. Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya. Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya. Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur-unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif. Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses penghasilan

sesebuah karya, juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya. Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan keseronokan atau memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang. 21

BAHASA SAINTIFIK Pengertian bahasa ilmu dalam cogan kata Menjasdikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu itu sebenarnya mempunyai pengertian yang sama dengan bahasa saintifik atau bahasa akademik. Bahasa saintifik (BS) ialah bahasa yang wujud dengan munculnya ilmu-ilmu sains (sains tabii, sains fizikal, sains perubatan, sains sosial dan lain lain). Ilmu-ilmu inimempunyai sejarah yang masih baru dalam kehidupan orang-orang Melayu, dan dengan itu bahasa Melayu juga baru sahaja digunakan sebagai pengantar ilmu-ilmu berkenaan. Bahasa yang digunakan untuk tujuan ini dinamakan bahasa saintifik atau bahasaakademik, berdasarkan hakikat bahawa nama berkenaan meliputi berbagai-bagai bidang pengetahuan. Istilah bahasa sains tidak digunakan kerana khuatir nama tersebut akan menyempitkan tafsiran kepada bahasa yang digunakan dalam matematik, biologi, kimia dan fizik. Apakah yang membezakan BS daripada bahasa ilmu pengetahuan am dan bahasa dogma? Penggunaan istilah dan pengungkapan membezakan bahasa ilmu pengetahuan dengan bahasa dogma. demikian juga dapat dikatakan ciri-cirini jugalah yang memberikan identiti kepada BS atau bahasa akademik. Sekiranya dikaji ciri-ciri yang dikatakan merupakan ciri-ciri BS, didapati bahawa ciri-ciri BS juga wujud dalam bahasa ilmu pengetahuan dan bahasadogma. Tidak dapat dnafikan bahawa kedua-dua jenis bahasa berkenaan itu juga mempunyai fungsi rujukan seperti halnya dengan halnya BS. Perbezaannyaterletak pada kadar penerapan fungsi berkenaan. Jika dibandingkan teks daripada ketiga-tiga jenis bahasa ini, dalam teks ilmu pengetahuan am dan teks dogma terdapat juga fungsi-fungsi lain, seperti fungsi emotif, kawalan, perantian (instrumental), dan pujukan(persuasion). Tidak ada perbezaan yang tegas antara takrif, huraian dan penjelasan, sedangkan perbezaan antara ciri-ciri ini merupakan ciri BS/bahasa akademik.

22

Jenis Bahasa Saintifik Ilmu-ilmu sains, seperti yang kita ketahui, berasaskan pemerhatian danpertimbangan rasional. Daripada itu timbullah pembentukan konsep, pengitlakandan pembentukan hipotesis dan vukum-hukum saintifik. Usaha-usaha ini mempunyai pengaruh yang besar dalam

pewujudandan gaya bahasa yang kita kenal sebagai laras dan gaya BS. Pada amnya laras BS mempunyai fungsi rujukan (referential function). Inibermaksud bahawa jenis bahawa tersebut lebih bersifat menghurai danmenjelaskan daripada mengawal keadaan (seperti melarang, menyuruh),menyatakan perasaan, atau memujuk. Pembentukan konsep, pengitlakan sertapembentukan dan pemaparan hipotesis dan hukum-hukum saintifik lebih banyakbersifat merujuk dan mewajarkan (justify). Cubalah (yakni teliti makna ayat-ayat nahuan yang digunakan dalam dalam bahasa bahasa saintifk dan Tentu sintagmen didapati

ayat)

berkenaan.

bahawa jelas terdapat kegemaran pada ayat-ayat sintagmen tertentu seperti takrif, penjelasan, sebab-musabab syarat dan berbagai-bagai lagi. BS yang digunakan dalam sains tabii dan sains fizikal juga pencerminan budayaahli-ahli sains sendiri, yakni budaya kebendaan dialektik (dialectic materialism)yang merupakan kerangka rujukan bagi penyelidikan dan penerokaan mereka. Dalam hal ini, mereka memerlukan kuantifikasi, pengukuran dan penyataanstatistik yang tepat. Mereka juga perlu memberikan huraian dari berbagai bagai aspek yang menjangkau ruang dan masa dengan tepatnya.

23

Keobjektifan Bahasa Saintifik Berhubung rapat dengan budaya kebendaan dialektik ini ialah sikap yang objektif, dan sikap ini tergambar dalam bahasa yang digunakan. Secara amnya, sikap objektif ini menghindari terlalu banyak penggunaan kataganti nama yang merujuk kepada peribadi penulis kerapa apabila ini dilakukan, maka wacananya sudah bersifat peribadian dan ctidak lagi berbau saintifik. Sikap objektif yang dimaksudkan di sini merujuk kepada penggunaan bahasa, bukan pendirian ahli sains itu sendiri, dalam mengemukakan atau menentang sesuatu hipotesis atau pendapat. Ahli sains tentu sahaja mempunyai pendirian yang memihak kepada penemuannya, tatapi penyampaian itu hendaklah mematuhi etika akademik yang tidak menjatuhkan orang lain. Dan penyampaian bermakna penggunaan bahasa,supaya antara lain apa yang subjektif tampil sebagai objektif. Menurut Roland Barthes, seorang ahli pemikir Perancis, ada bebrbagai baga ibentuk image-repertoire (yakni bentuk-bentuk yang mewujudkan imej penggunaan bahasa). Daripada bentuk-bentuk ini, yang paling digemari dalam wacana saintifik ialah bentuk persendirian (privative form).

24

You might also like