You are on page 1of 16

1.

0 Pendahuluan
Setiap manusia mempunyai keunikannya sendiri kerana mempunyai bahasa
pertuturannya sendiri berdasarkan kepada bangsa yang dimiliki oleh mereka. Oleh kerana
itulah, keunikkan ini menyebabkan mereka mempunyai bahsa pertuturan mereka sendiri sama
ada rasmi, tidak rasmi, bertulis atau tidak. Namun, bahasa itu bergantung kepada pengertian
seseorang ataupun makna bahasa itu senidri. Oleh itu, semua bahasa bergantung kepada
makna dalam perkataan dan ayat yang terbina. Setiap bahasa merupakan satu sistem yang
digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi. Kajian makna dikenali sebagai bidang
semantik, iaitu bidang yang telah begitu lama diabaikan oleh linguistik kerana persoalan
makna banyak mendatangkan masalah jika tingkahlaku bahasa tersebut ditinjau dari sudut itu.
Dalam mengkaji bahasa, semantik adalah merupakan salah satu bidang yang
terpenting untuk didalami oleh setiap pengkaji bahasa. Semantik merupakan kajian makna
istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud
"erti yang penting". Berbeza dengan sintaksis, semantik merujuk kepada makna perkataan,
manakala sintaksis pula

merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi

penyataannya, contohnya secara bertulis ataupun bertutur. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz
(2009), semantik turut menghubungkan makna kalimat dengan wacana dan teks. Semantik
bersifat gramatis yang mematuhi peraturan dalam menganalisis ayat. Analisis semantik
memberikan penjelasan dari segi linguistic yang bersifat formal dan tetap. Semantik berbeza
daripada sintaksis kerana sintaksis ialah kajian tentang struktur bahasa dan bukan makna.
Bidang yang berhubungan dengan semantic ialah ilmu pragmatic. Pragmatik ialah kajian
penggunaan dan penginterpretasian ujaran berdasarkan konteks.
Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripada konteks
atau teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat. Ahli falsafah dan
ahli bahasa lebih menitikberatkan tentang hubungan makna-makna perkataan. Persoalan ini
nempaknya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan rujukan. Makna juga sebahagian
besarnya (atau keseluruhannya) adalah berkenaan hubungan antara bahasa dengan dunia
bahasa. Dunia bahasa ini bermaksud konteks yang melayari satu-satu unsur linguistik itu
dituturkan. Menurut Abdullah Hassan ( 2005), akhir-akhir ini kajian semantik ini menjadi
bertambah penting, lebih-lebih lagi apabila komponen makna digabungkan dengan tatabahasa
generatif transformasi. Malah kajian makna semakin mendapat fokus apabila usaha mengkaji

bahasa meningkat. Kajian makna melihat juga makna melalui wacana dan pragmatik, iaitu
penggunaan bahasa dalam konteks.
Maka dengan itu, sebagai seorang guru bahasa Melayu, kita hendaklah melengkapkan
diri dengan pengetahuan dalam bidang semantik. Kemampuan menguasai ilmu tersebut
membolehkan kita berkeyakinan untuk menyalurkan pengetahuan yang dimiliki kepada
murid-murid di samping keupayaan menilai dan membuat analisis hasil kerja murid-murid
dan seterusnya dapat membimbing murid-murid menggunakan bahasa Melayu dengan betul
dan standard. Penjiwaan dalam bidang semantik ini akan dapat membantu seseorang guru itu
menjalankan tanggungjawabnya dalam mengajar bahasa Melayu dengan lebih baik dan
berkesan lagi.
2.0 Konsep makna dan perubahan makna dalam bahasa Melayu
Semantik merupakan suatu bidang yang mempelajari tentang makna. Semantik atau
kajian makna adalah satu bidang luas yang mencakupi kebanyakan daripada struktur dan
fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Menurut
Siti Hajar Abdul Aziz (2009) semantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna kata dan
ayat. Kajian ini menumpukan pada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya dengan
dunia rujukannya. Semantik merujuk kepada makna bahasa.
Abdul Chaer (1984) pula telah mendefinisikan semantik

sebagai bidang kajian

linguistik yang mana obkel penelitiannya adalah makna bahasa. Manakala, semantik menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan
makna sesuatu kata. Selain itu, Drs A. Abu Bakar Hamid (April 1967 : 160-165) di dalam
buku Rencana Linguistik yang disusun oleh Abdullah Hassan (2005) telah menyatakan
bahawa, bahasa sebagai suatu struktur terdiri daripada fonem, morfem, kata, frasa, klausa dan
ayat. Yang dimaksudkan dengan isi ialah makna daripada ujaran itu. Sesuatu ujaran
mengandungi suatu pengertian yang dapat ditangkap oleh pemakai bahasa yang sama. Kajian
isi ini termasuk dalam bidang semantik, suatu cabang linguistik yang menkaji makna bahasa.
Pendapat lain tentang semantic adalah seperti yang berikut ( Siti Hajar Abdul Aziz,
2009) :
a) Sperber dan Wilson (1980)

Kajian tentang makna yang dipalikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuk
logiknya, khususnya pada peringka tatabahasa dan nahu bentuk logik.
b) Harimurthi Kridalaksana (1983)
Bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Satu sistem dan
penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa.
c) Frank Parker (1994)
Bidang kajian tentang makna dalam bidang pengajian ilmu linguistik. bidang ini
sebahagian daripada bidang kajian tatabahasa secara khusus yang merujuk kepada kajian
tentang struktur dalam sesuatu bahasa.
d) Adrian Akmajian et.al (1995)
Kajian tentang unit linguistic dan prinsip gabungannya. Kajian ini boleh dimulakan pada
aras kata atau aras yang lebih tinggi, iaitu kalimat yang terbina daripada frasa dan ayat.
Rentetan penghuraian definisi ini, dapat dikatakan semantik merupakan sebahagian
daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai
sesuatu bidang yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya.
Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna
dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk
makna daripada hubungan semantik.
Sepintas lalu, terdapat banyak faktor yang boleh mendorong ke arah perubahan makna
dalam bahasa. Daripada sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik digunakan untuk
merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum tahun 1930,
kajian semantic telah memberi fokus kepada aspek kajian tradisional iaitu perubahan makna.
Namun demikian, selepas tahun 1930, perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula
melihat masalah deskriptif dan struktur dalam semantic (Ullman, 1966 di dalam buku HBML
Psikolinguistik dan Semantik, 2014). Selain itu, Nor Hashimah (1994) pula menerangkan
bahawa terdapat dua tahap perkembangan dalam ilmu semantik. kedua-dua tahap tersebut
adalah:
a) Semantik falsafah; dan
b) Semantik linguistic.

Pada tahap semantik falsafah, semantik dilihat dari sudut falsafah dan dengan demikian
tergolong dalam bidang kajian falsafah. Manakala perkembangan dalam ilmu linguistik
kemudiannya menyebabkan kemunculan pandangan bahawa ilmu semantic harus tergolong
dalam ilmu linguitik dan bukannya dalam bidang falsafah lagi. justeru itu, muncullah tahap
kedua dalam ilmu semantik iaitu semantik linguistik yang mengkaji makna dalam bahasa.
Menurut Ullman (1957)lagi, beliau telah menyenaraikan enam sebab bagi perubahan
makna antaranya termasuk sebab-sebab linguistic (bahasa), sejarah, sosial, psikologi,
pengaruh luar dan keperluan kata baharu. Manakala Bloomfield (1992), pula telah
menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurut beliau lagi,
perubahan makna dalam bahasa berlaku akibat daripada perluasan makna, penyempitan
makna, metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi dan amerliorasi.
Sehubungan dengan itu, menurut S. Nathesan (2001), didapati sejak zaman dahulu lagi
bahasa Melayu sebagai bahasa dinamik telah mengalami perubahan dari segi struktur dan
kosa katanya.
Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat
dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna
yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim
(perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya
sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk
dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna
yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna).
3.0 Perbincangan tentang faktor-faktor perubahan makna dalam bahasa Melayu.
Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini,
maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang
kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang
ditulis. Dalam suatu bahasa, perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang
selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya,
dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti perubahan disebabkan oleh;
3.1 Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.

Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat perkataan-perkataan
yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal perkataan
tersebut. Misalnya perkataan belayar pada suatu ketika dahulu digunakan untuk perahu
yang ada layar sahaja, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak belayar
tetapi menggunakan kuasa tenaga. Demikian juga perkataan tangan, pada asalnya dirujuk
kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makna itu telah berubah mancakupi makna
menguruskan, mengendalikan, dalam ayat seperti Kita perlu berhati-hati ketika
menangani kes ini. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan
penggunaan dalam bahasa. Sebagai contoh, kita sering menemukan ayat atau ujaran Gejala
penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa melayu. Dalam contoh ini,
perkataan gejala bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu
kejadian. Perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab-sebab perubahan
bahasa itu sendiri.
Selain daripada itu perkataan hayat dahulunya perkataan ini dimaksudkan dengan
hidup tetapi sekarang ia telah mengalami perubahan. Ini dapat dilihat dari contoh ujaran
berikut, Ia menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu. Dalam ayat ini perkataan
menghayati bukanlah membawa maksud menghidupkan tetapi mengikuti dengan
sepenuhnya. Perkataan hantu dalam contoh Kejadian itu menghantui fikirannya,
hantu itu bukan lagi merupakan makhluk tetapi membawa makna mengganggu.
Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami
perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan taman, dimana pada asalnya ia hanya
digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya telah berubah menjadi
kawasan perumahan , kawasan perindustrian, dan kawasan alam semula jadi seperti
Taman Kinabalu. Demikian juga dengan perkataan datuk, kini bukan sahaja digunakan
untuk merujuk kepada bapa kepada ayah seseorang malah sebagai gelaran kehormat oleh
raja-raja

bagi

orang-orang

tertentu

kerana

jasa

mereka.

Perkataan sahaya berasal dari bahasa Sanskrit dan membawa maksud abdi dan sahaya
itu dalam aspek penggunaan bahasa Melayu merujuk kepada hamba dengan cara yang
halus. Tetapi kini, saya ( daripada sahaya) digunakan sebagai kata ganti diri pertama.
Demikianlan perubahan berlaku kerana proses perkembangan bahasa itu sendiri dimana
pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu mengikut peredaran masa dan keadaan semasa.

2.2 Perubahan kerana tanggapan penutur


Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa itu sendiri tanggapan
penutur juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan maksud sesuatu perkataan
itu. Umpamanya perkataan abang, yang asalnya ialah panggilan kepada saudara lelaki
yang lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil orang lelaki yang
lebih tua tanpa mengira saudara atau tidak. Disamping itu, ada juga sesetengah orang
menggunakan

perkataan

abang

sebagai

panggilan

untuk

suaminya.

Perkataan saudara pula pada asalnya dimaksudkan kepada saudara kandung tetapi
makna perkataan saudara telah berubah kepada semua orang yang mempunyai pertalian
darah atau kekeluargaan. Disamping itu, ada juga pengguna atau penutur bahasa melayu
cenderung menggunakan perkataan saudara dengan tanggapan yang lebih luas misalnya
saudara sesama Islam. Disini nyata, bahawa hubungan itu bukan lagi merupakan hubungan
kerana pertalian darah tetapi juga pertalian agama. Daripada dua contoh di atas, tanggapan
penutur terhadap sesauatu perkataan juga merupakan faktor kepada perubahan makna
perkataan itu sendiri.
2.3 Perubahan Kerana Perluasan Maksud
Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu makna memiliki
makna-makna yang lain. Perkataan saudara, misalnya pada mulanya bermaksud orang
yang sama ayah dan ibu. Kemudian maknanya diperluaskan meliputi orang yang ada
hubungan kekeluargaan. Akhir sekali perkataan ini menjadi sebagai bentuk panggilan sebagai
kata

ganti

nama

diri

orang

kedua,

terutamanya

kepada

orang

laki-laki.

Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami
perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan taman, dimana pada asalnya ia hanya
digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya sekarang telah
diperluaskan untuk mencakupi makna tambahan seperti kawasan perumahan , kawasan
perindustrian, dan kawasan alam semula jadi seperti Taman Hidupan Liar.
Selain daripada dua perkataan di atas, perkataan semangat juga mengalami perubahan
kerana perluasan maksud. Pada asalnya makna perkataan semangat ialah jiwa atau
roh. Tetapi perkataan ini kemudianya diperluaskan maksudnya menjadi perasaan
misalnya semangat kemerdekaan, semangat petriotisme dan juga kepada kemahuan atau

keinginan yang tinggi seperti dalam contoh berikut, Dia mempunyai semangat ingin
berjaya dalam hidup.
Dalam bahasa Melayu klasik perkataan benua negeri seperti dalam Benua Keling,
Benua Siam dan Benua China, tetapi makna perkataan benua berubah menjadi tanah besar
seperti Benua Afrika, Benua Asia, dan lain-lain, dan tidak lagi negeri. Demikian makna
boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa ( Abdullah Hassan, 2005).
2.4 Perubahan kerana pembatasan atau penyempitan maksud
Makna sesuatu perkataan boleh juga dibataskan untuk tujuan-tujuan tertentu. Sebagai contoh
perkataan sarjana, pada mulanya perkataan ini digunakan untuk merujuk orang yang
pandai atau bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah
disempitkan atau dibataskan untuk merujuk kepada orang yang telah lulus ijazah pertama,
seperti Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Muda Ekonomi atau selepas ijazah pertama,
seperti

Sarjana

Sastera

dan

Sarjana

Ekonomi.

Perkataan pendeta asalnya membawa makna orang yang berilmu, seperti Pendeta
Zaba, seorang tokoh bahasa. Maksud perkataan ini , mengikut Abdul Chaer (1995) telah di
sempitkan untuk mencakupi makna guru agama Kristian. Selain itu dalam bahasa Melayu,
perkataan daging telah disempitkan makna untuk merujukkan kepada daging lembu sahaja,
tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam atau daging arnab,
sedangkan makna perkataan itu dalam kamus ialah isi pada manusia atau binatang antara
kulit dan tulang ( Kamus Dewan, 2005).
Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada
umumnya adal untuk menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk bidang-bidang
tertentu. Contohnya perkataan sendi yang asalnya bermaksud tempat ruas tulang
berhubung. Dalam ilmu bahasa perkataan sendi ditujukan khusus kepada kata-kata yang
berfungsi menghubungkan di antara perkataan dengan perkataan atau antara ayat dengan
ayat.
2.5 Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik
Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil karya
berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Contohnya perkataan kumbang dan bunga

selalu dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti kumbang = lelaki dan
bunga = perampuan, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis
tumbuhan. Selain daripada itu warna juga dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan
sesuatu maksud contahnya, merah dimaksudkan dengan keberanian , hitam
dipadankan dengan kesedihan dan putih adalah kesucian. Selain daripada itu unsurunsur personafikasi juga menunjukkan perubahan makna yang seperti ini. Sebagai contoh
daun melambai dan dada langit ianya tidak membawa maksud yang daun boleh
melakukan perbuatan melambai sebagaimana perlakuan manusia dan langit mempunyai
dada. Daun melambai dan dada langit sebenarnya hanyalah kiasan atau perumpamaan
kepada daun yang bergerak akibat tiupan angin dan keluasan dan lapangnya langit
apabila dipandang dari bumi. Contoh -contoh seperti ini menunjukkan keindahan bahasa dan
merupakan satu gaya penulisannya dapat menggambarkan sesuatu dengan indah dan menarik
( Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1984).
4.0 Aplikasi pengajaran makna dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat
sekolah rendah.
Pengajaran makna dalam pelajaran bahasa Melayu telah diaplikasi di sekolah rendah.
Bahkan, permulaan awal pengajaran ini dimulakan apabila murid berkebolehan untuk
membaca sesuatu perkataan, ayat apatah lagi petikan pendek ketika mereka berada di
prasekolah lagi. Pengajaran ini diperkembangkan objektif pengajaran apabila murid itu mula
berada di Tahun 1. Menurut Bloomfield, latih tubi adalah penting dalam membina sesuatu
tabiat berbahasa. Menurut Steinberg (terj. Azhar M.Simin, 1990), ciri utama strategi ini iaitu
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, ahli bahasa lebih suka menggunakan latih
tubi. Kepentingan latih tubi adalah berfokus kepada prinsip ransangan dan gerak balas.
Murid-murid sekolah rendah terutamanya, pelu didedahkan dengan lebih banyak caracara meningkatkan penguasaan bahasa mereka melalui kemahiran membaca selain daripada
kemahiran mendengar dan bertutur serta menulis. Penguasaan bahasa yang baik adalah
melalui penguasaan kemahiran membaca dimana murid berkebolehan untuk membaca dan
memahami setiap makna yang terkandung di dalam petikan yang mereka baca itu. Kemahiran
membaca amat penting kerana tanpanya murid-murid tidak akan dapat menroka buku ilmiah
ataupun buku bacaan lain. Sehubungan itu, kemahiran membaca sudah ditekankan dalam
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu khususnya pada peringkat sekolah rendah lagi.

Kepentingan kemahiran membaca perlu dinyatakan dalam objektif Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu pada peringkat rendah dan menengah ( Zarina Mohd Yatim, 1994). Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu sekolah rendah misalnya, mencatatkan objektif kemahiran membaca seperti
berikut :
.....membaca kuat dan senyap untuk memahami isi-isi bacaan yang sesuai dengan
kematangan mereka dan menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi
mendapatkan pengetahuan dan hiburan......
(Tuan Jah Tuan Yusof PhD dan Faridah Nazir PhD, 2011)
Aplikasi pengajaran makna dengan menggunakan fokus utama iaitu kemahiran
membaca yang boleh diajar di peringkat sekolah rendah berdasarkan jadual di bawah:
Tajuk/ Objektif
Tema :

Kemahiran
Fokus Utama :

Media Pengajaran
Petikan Teks

KBKK
Kemahiran belajar

Kebudayaan,

Standard

Lembaran Kerja

Kemahiran Berfikir

Komputer riba

Kemahiran Teknologi

kesenian,

dan Kandungan :

estetika

2.2

Tajuk :

memahami

Sambutan Hari Raya

perkataan, frasa dan Radio Kaset,

Objektif ;

ayat

1.

Murid

Membaca

boleh pelbagai

membaca

dan LCD
Kad Perkataan

daripada Bahan

dengan dengan sebutan yang

betul

dan Standard

memahami

ayat Pembelajaran :

tunggal berdasarkan 2.2.3 Membaca dan


petikan teks tersebut.

memahami

2. Menulis 3 daripada tunggal


5

ayat

dengan

tunggal pelbagai
betul

dan bacaan

tulisan yang kemas.


3.

Mengenal

ayat
daripada
bahan
dengan

sebutan yang betul.

pasti

dan menyenaraikan 3 Fokus Sampingan :


daripada 5 kata kerja Standard
yang

terdapat

di Kandungan :

bercetak

sumber Bahan auntentik

sebutan dan intonasi betul.


yang

Maklumat
Komunikasi
/

dan

dalam petikan.

3.2 Menulis secara


mekanis berdasarkan
bahan

yang

dengan

betul

diberi
dan

kemas.
Standard
Pembelajaran :
3.2.6 Menulis ayat
tunggal dengan betul
dan

tulisan

yang

kemas.
Jadual 1 : Aplikasi Pengajaran Makna menggunakan Kemahiran Membaca
Berdasarkan jadual di atas, aktiviti yang dapat diterapkan agar objektif pembelajaran
dapat dicapai dan kemahiran membaca dapat dikuasai oleh murid iaitu :
1. Guru memaparkan petikan teks Hari Raya
2. Murid diedarkan dengan petikan tersebut.
3. Murid diminta membaca secara senyap dan cuba memahami ayat tunggal dalam petikan
tersebut.
4. Murid dipilih secara rawak untuk membaca petikan tersebut diikuti dengan bacaan secara
kumpulan.
5. Guru membetulkan kesalahan bacaan murid dan mencatat markah yang diperoleh bagi
setiap murid.
6. Guru dan murid berbincang isi petikan tersebut dan membuat rumusan keseluruhan isi
petikan.
7. Guru meminta murid mengenal pasti kosa kata yang bertanda gelap di dalam petikan
tersebut.
8. Secara individu murid diminta menyesuaikan makna bagi kosa kata yang diberikan.
9. Guru memberi penerangan beserta contoh tentang cara menulis ayat tunggal dengan betul
dan kemas.
10. Guru meminta murid menggariskan ayat tunggal yang terdapat dalam petikan teks.
11. Secara individu murid diminta membina ayat tunggal berdasarkan lembaran kerja yang
disediakan.
12. Murid lemah akan diberikan pemulihan menyalin ayat tunggal.

13. Murid yang telah dapat menyelesaikan latihan membina ayat tunggal akan menyelesaikan
latihan membina ayat tunggal akan menyelesaikan permainan teka silang kata.
14. Guru dan murid berbincang jawapan bagi latihan ayat tunggal yang telah dibina.
15. Murid akan dipilih secara rawak untuk membuat simulasi berkaitan sambutan Hari Raya
seperti bersalaman dan bermaaf-maafan.
16. Guru menerangkan simulasi tersebut dengan mengaitkan kata kerja.
17. Murid diminta mengemukakan beberapa contoh kata kerja yang berkaitan dengan
sambutan Hari Raya
Dalam pengajaran makna melalui kemahiran membaca di peringkat sekolah rendah,
perkara penting yang perlu diperhatikan oleh guru iaitu tentang langkah-langkah sebelum,
semasa dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran meliputi empat
peringkat, iaitu
a) Peringkat Kesediaan Membaca
Peringkat ini merupakan penguasaan membaca pada tahap I sekolah rendah. Sehubungan
itu, pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca pada peringkat ini perlu dijalankan
dengan teratur, iaitu meliputi langkah-langkah sebelum, semasa dan selepas.
Langkah-langkah yang perlu dijalankan oleh guru sebelum peringkat
kesediaan membaca, adalah mengenal pasti sama ada murid-murid bersedia menguasai
kemahiran berdasarkan enam cirri iaitu
i.

Ciri keadaan jasmani dan fizikal, guru perlu memastikan bahawa penglihatan,
pendengaran, pertuturan, umur, jantina, kemampuan urat saraf dan perkembangan
fizikal murid-murid adalah sesuai untuk menerima pengajaran dan pembelajaran.

ii.

Pengalaman dan persekitaran, guru perlu memastikan bahawa murid-murid


mendapat pendedahan dengan bahan bacaan di rumah sebelum ke sekolah.

iii.

Emosi, motivasi dan sahsiah murid pula memerlukan guru mengenal pasti sama
ada murid-murid mengalami masalah emosi yang kemungkinan akan menganggu
tumpuan untuk menguasai kemahiran membaca.

iv.

Kecerdasan dan perkembangan kognitif murid-murid, iaitu daripada segi IQ


murid-murid khususnya untuk mengenal pasti tahap kecerdasan yang dimiliki oleh
murid-murid untuk menguasai kemahiran membaca.

v.

Daya diskriminasi, guru perlu memastikan murid-murid mempunyai kebolehan


untuk membezakan (diskriminasi) pendengaran misalnya, kebolehan murid-murid
membezakan antara perkataan yang mempunyai suku kata awal yang sama
contohnya, satu, saya, sama dan sebagainya, manakal untuk diskriminasi
penglihatan pula sama ada murid-murid boleh membezakan antara saiz, bentuk
dan jarak yang berbeza.

vi.

Penguasaan bahasa, guru perlu memastikan murid-murid telah dapat menguasai


kemahiran bertutur Bahasa Melayu dengan baik di samping menguasai
perbendaharaan kata.

b) Peringkat Mendirikan Asas


Peringkat ini memerlukan guru menyediakan murid dengan pengetahuan tentang bentuk,
huruf, bunyi dan sebutan huruf-huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Sehubungan itu,
pada peringkat sebelum menjalankan aktiviti untuk peringkat ini, guru perlu mempunyai
pengetahuan yang baik untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran serta bahan
bantu mengajar yang sesuai. Tambahan pula, hanya dengan asas yang kukuh sahaja,
murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat dan memauaskan.
Ketika menjalankan langkah semasa menjalankan aktiviti, guru seharusnya telah
memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bahkan guru juga
bertanggungjawab untuk memilih pendekatan pengajaran yang bersesuaian ketika
menjalankan aktiviti. Seterusnya, langkah selepas aktiviti , guru boleh menjalankan
aktiviti pengukuhan untuk meningkatkan tahap pemahaman murid-murid. Guru boleh
mengemukakan soalan secara lisan atau tulisan di samping mengadakan aktiviti soal
jawab dan latih tubi untuk topik yang diajar.
c) Peringkat Melatih Kemahiran Membaca
Peringkat ini merujuk kepada latihan yang diberi kepada murid-murid untuk membaca
dengan kuat, mempunyai sebutan, intonasi dan gaya yang betul. Di samping itu, peringkat
ini turut melatih murid-murid khususnya di sekolah rendah untuk memahami dan meneliti

dengan mendalam bahan yang dibaca. Sehubungan itu, untuk memastikan bahawa murimurid dapat membaca secara meluas dan mendalam pada peringkat ini, guru perlu
menguasai ilmu tentang bacaan intensif dan ektensif.
Sebagai langkah sebelum menjalankan aktiviti, guru perlu mengetahui konsep bacaan
intensif iaitu bacaan yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan untuk meneliti,
memahami dan mentafsirkan kandungan bahan bacaan dengan tepat di samping mengkaji
ciri-ciri tatabahasa seperti struktur ayat, frasa, klausa serta maksud perkataan berdasarkan
konteks berlainan. Seterusnya untuk langkah semasa aktiviti dijalankan, guru perlu
menjalankan aktiviti dan menggunakan bahan yang sesuai sama ada aktiviti bacaan
intensif dan ekstensif. Langkah seterusnya, iaitu langkah selepas aktiviti, guru perlu
menjalankan pengukuhan ketika aktiviti bacaan intensif seperti perbincangan isi-isi
penting dan pengukuhan aktiviti bacaan ekstensif pula, contohnya perbincangan dan
murid dikehendaki menyediakan laporan bertulis.
d) Peringkat Penggunaan Kemahiran Membaca
Peringkat ini pula adalah peringkat kemahiran tertinggi yang dicapai khusunya oleh
murid-murid Tahap II. Sehubungan itu, untuk langkah sebelum aktiviti, guru perlu
memastikan bahawa murid-murid telah menguasai kemahiran membaca dengan kadar
kepantasan yang tinggi dan memahami dengan cepat bahan-bahan yang dibaca.
Seterusnya, sebagai langkah semasa aktiviti dijalankan, guru perlu menjalankan beberapa
aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan penggunaan kemahiran membaca murid-murid.
Contoh aktiviti yang boleh dijalankan seperti soal jawab dengan murid untuk menerapkan
pengetahuan tentang kosa kata, istilah dan laras bidang dalam pelbagai bidang.
Sebagai langkah selepas aktiviti, guru boleh menilai murid melalui dua kaedah, iaitu
i.

menjalankan penilaian dan

ii.

pemerhatian dimana melalui kaedah penilaian, guru boleh menjalankan ujian lisan
dan tulisan untuk menilai tahap pembacaan dan rujukan yang telah dilakukan oleh
murid-murid.

5.0 Kesimpulan
Bahasa ini merupakan suatu yang indah terutama Bahasa Melayu yang telah kita ketahui dari
kecil walaupun ia menjadi bahasa kedua di dalam pembelajaran bahasa kita selain daripada
bahasa ibunda kita. Namun, dalam menghayati dan memahami bahasa ini, kita perlu

memahami makna atau erti setiap kata yang dituturkan bahkan bukan itu sahaja tanpa
memahami makna apa yang didengar dan ditutur tidak akan menyampaikan maksud yang
ingin disampaikan.
Oleh itu, bidang sesuai dalam mengkaji bahasa berdasarkan makna bahasa itu sendiri
adalah bidang semantik. Jelaslah bidang ini dari masa ke semasa berlakunya pelbagai
perubahan dan ia juga merupakan bidang yang dianggap penting kerana perkaitan yang rapat
dalam linguistik bahasa kita itu sendiri. Kaedah awal kita mengetahui makna ialah menunjuk
kepada benda yang dimaksudkan. Inilah kaedah yang digunakan oleh malaikat Jibrail
mengajar Nabi Adam As bercakap. Beliau menunjuk kepada sesuatu benda sambil memberi
namanya (Abdullah Hassan 2005). Begitu jugalah kita sebagai seorang guru dalam mendidik
murid agar dapat memahami makna atau maksud apa yang diajar walaupun dalam apa jua
kemahiran yang digunakan memerlukan bimbingan agar murid dapat memahami isi
pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin disampaikan.
Oleh itu, sebagai seorang guru kita perlu mendalami ilmu pengetahuan kita mengenai
semantic ini walaupun pelbagai aktiviti yang bermanfaat telah dianjurkan oleh pihak sekolah
untuk meningkatkan lagi perbendaharaan kata murid dengan baik seperti Program NILAM.
Program secara tidak langsung memperlihatkan kepada kita cara untuk kita menilai akan
kefahaman murid dalam pembacaan mereka. Oleh itu, kita harus terus berusaha untuk
mempelbagaikan lagi kaedah, pendekatan, teknik mahupun aktiviti dalam mengaplikasikan
pengajaran makna dalam bahasa Melayu terutama di peringkat rendah kerana peringkat ini
merupakan peringkat yang terawal dan penting dalam mendidik murid.

Rujukan
Abdul Chaer .1995. Linguistik Am. Jakarta: Penerbit Rineka Cipta
Abdullah Hassan .2005. Linguistik Am, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Abdullah Hassan. 2005. Rencana Linguistik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Yusuf, Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari, (2009) Semantik dan Pragmatik
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Abdullah Yusuf. 2009. Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu., Kuala Lumpur : Penerbit
Icon Regian Sdn Bhd
Ahmad

Mahmood
Musanif
(PhD).2005.
Modul
Pembelajaran
:
BBM3206 Semantik. Pusat Pendidikan Luar UPM : Pro-office shoppe Sdn. Bhd.

Alias

bin
Mohamad
Yatim
(Ph.D).1992.
Kulim : Penerbitan Sarlis, Percetakan Paarai.

Mengenali

Bahasa

Melayu.

Andrian Akmajian et al. (1995) Linguistik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi:


Percetakan Ti, Kuala Lumpur
Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (Ph.D).2000.Pengantar Linguistik Am. Kuala
Lumpur : Penerbitan Sarjana.
BML 3083 Semantik Sem.3 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Pusat pendidikan Luar 2012.
di petik http://makalahdanskripsi.blogspot.com/2009/06/makna-denotatif-maknakonotatif-dan.html pada 1 Jun 2014
Dr Adenan Ayob dan Dr Nathesan Sellapan. 2014. HBML 3303 Psikolinguistik dan Semantik.
Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.
http://www.tutor.com.my/stpm/semantik/semantik.htm pada 1 jun 2014
Kamus Dewan Edisi Keempat .2005 Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Pahang: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
S. Nathesan . 2001. Makna dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz. 2009. Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Steinberg, D. 1990. Psikolinguistik: Bahasa, akal budi dan dunia. Terj. Azhar M. Simin.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tuan Jah Tuan Yusof PhD dan Faridah Nazir PhD. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa
Melayu. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn, Bhd.

Tuan Jah Tuan Yusof PhD dan Faridah Nazir PhD. (2011). Pentaksiran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn, Bhd.
Ullman, S. 1957. The Prinsiples of Semantics. Oxford : Basil Blackwell.

You might also like