You are on page 1of 2

TAJUK 4

PERUBAHAN SEMANTIK

SINOPSIS
Tajuk ini akan mengupas tentang perubahan semantik daripada segi
pengembangan makna, iaitu satu proses perubahan makna daripada makna
yang khusus kepada makna yang lebih umum. Manakala penyempitan makna
pula ialah proses perubahan makna daripada makna yang umum kepada makna
yang lebih khusus. Akhir sekali anjakan makna yang bermaksud makna yang
mengalami proses perubahan berdasarkan situasi atau keadaan.

HASIL PEMBELAJARAN
1. Menghuraikan proses pengembangan makna.
2. Menghuraikan perubahan semantik dari aspek penyempitan makna.

KERANGKA TAJUK-TAJUK
4.1

Pengembangan Makna

Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna
dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan
menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan
Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna
sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur.
Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya
berlayar, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai
layar, tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan
alat apa saja disebut berlayar . Dahulu kata bapa hanya dipakai dalam
hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi
kedudukannya disebut bapa sedangkan segala orang yang dianggap sama
darjatnya disebut saudara.
4.2

Penyempitan Makna

Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang
terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian
menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja.
Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah
kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas
kepada makna yang lebih khusus atau spesifik.

Sebagai contoh kata ahli membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga,
sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau
bagaimanapun kata ahli juga telah disempitkan kepada makna orang yang
mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu
bidang.

You might also like