You are on page 1of 13

TEORI SEMANTIK

• Siti Hajar Abdul Aziz (2009), semantik ialah


bidang kajian tentang aspek makna dalam
bidang ilmu linguistik.
• Teori semantik adalah teori yang dapat
meletakkan makna pada setiap perkataan dan
ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu
bahasa.
• Semantik ialah komponen tatabahasa yang sukar
difahami kerana berkaitan dengan perkara
abstrak yang memerlukan taakulan yang tinggi.
Jenis-jenis teori semantik

Teori Logik
Teori Imejan
Simbolik

Teori Teori Analisis


Behaviourisme Komponen
Teori Imejan
• Teori ini merupakan pendekatan saintifik
dalam penghuraian makna yang digunakan
secara meluas oleh pengkaji-pengkaji
linguistik tradisional.
• Mereka bersetuju bahawa setiap
perkataan yang disebut, didengar dan
dibaca akan dapat ditafsirkan secara
automatik oleh fikiran masing-masing.
Teori Imejan
• Makna kata dihuraikan berdasarkan
gambaran yang ada dalam fikiran
seseorang.
• Apabila sesuatu perkataan itu disebut,
didengar atau dibaca oleh seseorang maka
mental atau fikirannya akan
menggambarkan sesuatu yang berkaitan
dengan makna atau maksud perkataan ini.
Teori Imejan
• Masalah-masalah yang nyata apabila
menggunakan teori ini
A. kita tidak dapat mengetahui dan menentukan
apakah bentuk imej yang ada dalam gambaran
atau pemikiran seseorang.
B. tiada sesiapa yang dapat menerokai otak
manusia dan dapat melihat dengan jelas
gambaran dan imaginasi yang wujud dalam
alam pemikiran seseorang semasa ia mentafsir
makna bagi sesuatu perkataan.
C. imej yang muncul dalam otak seseorang itu
tidak dapat ditunjukkan oleh gambar atau
lambang yang nyata dan objektif.
Teori Imejan
• Segi Tiga
• Contoh lain: Keadaan "seorang bayi
menangis". Keadaan ini menimbulkan imej
yang berlainan bagi orang yang berlainan.
• bayi menangis apabila lapar, marah, sakit
atau resah. Beberapa perkataan digambarkan
oleh satu imej sahaja. Jadi sukar untuk
mentafsir kehendak bayi yang menangis.
Teori Logik Simbolik
• Teori ini mengkaji makna dari peringkat
perkataan, peringkat ayat dan perlakuan
manusia yang memberi reaksi kepada tanggapan
terhadap sesuatu perkataan.
• Bagi teori ini, bahasa bukan sahaja petunjuk apa
yang ada dalam fikiran seseorang semata-mata
tetapi berkaitan dengan situasi dan tingkah laku.
• Teori logik simbolik ini membahagikan kajian
makna kepada tiga bahagian iaitu semantik,
sintaktik dan pragmatik.
Teori Logik Simbolik
Semantik dimaksudkan kepada kajian mengenai
hubungan antara simbol dengan rujukan (reference)
atau boleh juga dikatakan hubungan antara
perkataan dengan benda. Rujukan atau benda
biasanya dirujuk kepada kumpulan benda-benda
yang ada persamaannya.

• Sebagai contoh, perkataan "manusia" dirujuk kepada


makhluk yang bernyawa, mempunyai akal dan sifat-
sifat yang berbeza daripada binatang. "Manusia"
juga meliputi golongan orang lelaki, perempuan,
kanak-kanak, tua, dan muda. Mereka dikelompokkan
sebagai manusia kerana sifat mereka yang
mempunyai persamaan.
Teori Logik Simbolik
Sintaktik - mengkaji hubungan antara satu
perkataan dengan perkataan lainnya yang boleh
menentukan makna. Hubungan itu dapat dilihat
pada konteks yang lebih besar, misalnya dalam
ayat atau frasa. Sebagai contoh, perkataan
"orang" dan "besar" apabila wujud berurutan
boleh menghasilkan dua makna, iaitu "orang
besar"
" orang yang saiznya besar " dan
"orang yang berpangkat tinggi".
Teori Logik Simbolik
Pragmatik - bidang kajian yang mengkaji
hubungan antara lambang dengan tingkah laku.
• Dalam proses komunikasi, makna dalam sesuatu
perkataan itu dinilai daripada sudut penerimaan
makna oleh penerimanya. Bergantung kepada
bagaimana perkataan diujarkan dan
mengakibatkan tindak balas melalui tingkah laku.
Teori Logik Simbolik

Binatang kejam ini bukan anak saya.

Semantik

Sintaktik

Pragmatik
Sekian, terima kasih

You might also like