You are on page 1of 1

EDUP 3023 Perkembangan Kanak-kanak

Tutorial 5

Nama ahli kumpulan: Wong Yuen Jing, Ong Xin Yie, Low Jia Wen, Soh Yan Ling

Soalan:

Dalam kumpulan koperatif (4 orang) cari maklumat berdasarkan pelbagai bahan rujukan
perpustakaan dan dengan melayari internet bagaimana guru dapat menyediakan aktiviti
pembelajaran selaras dengan perkembangan kognitif murid.

Jawapan:

Aktiviti : Aktiviti latih tubi.

Kumpulan sasaran: Murid Tahun 1

Bilangan murid: 25 orang

Tempoh masa: 40 minit

Tahap penguasaan asas: sederhana

Pengetahuan sedia ada: Murid-murid mengenali nombor 1 hingga 50.

Alat bahan bantu mengajar:

Lembaran kerja (latihan), kad-kad berangka nombor antara 10 hingga 50 sebagai jawapan.

Cara menjalankan aktiviti:

1) Cikgu membahagikan murid-murid kepada 5 kumpulan di mana setiap kumpulan


terdiri daripada 5 orang.
2) Cikgu memberikan satu lembaran kerja yang mempunyai 10 soalan Matematik yang
merangkumi tajuk tambah dan tolak kepada setiap kumpulan. Jadi, setiap kumpulan
mempunyai 10 soalan yang sama.
3) Murid-murid diberi tempoh masa selama 5 minit untuk menjawab 10 soalan tersebut
secara bekerjasama.
4) Selepas tamat masa untuk menjawab, setiap kumpulan perlu mengangkat salah
satu kad yang mempunyai jawapan yang betul apabila cikgu mula tanya soalan.
5) Cikgu boleh menegtahui kumpulan yang mana satu agak lemah dalam topic tambah
dan tolak.
6) Cikgu boleh memberi bimbingan kepada murid-murid yang agak lemah.

You might also like