You are on page 1of 28

BBM 3206 Semantik

Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik


Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Pengenalan Semantik
Bidang semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik yang mengkaji makna.

Perkataan semantik berasal daripada perkataan Greek sema yang bererti "tanda" (sign) . sema juga bermaksud isyarat.
Seterusnya kata itu menerbitkan kata semaine yang bermaksud bererti. Daripada sinilah terbitnya istilah semantik yang menamai satu bidang ilmu yang mengkaji atau analisa makna. Semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna dan oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Dalam semantik terdapat skop-skop semantik yang tertentu. Menurut Palmer, Kompson & Katz semantik ialah as the study of meaning in natural language.

Perkataan semantics telah diperkenalkan oleh seorang ahli

filologi Perancis, bernama Michel Breal pada tahun (1883) dalam makalah beliau yang bertajuk, Les Lois Intellectuelles du Langage.
Dalam makalah ini, Breal telah memberi tanggapan bahawa

semantik mempunyai kedudukan tersendiri di luar bahasa, misalnya bentuk perubahan makna, latar belakang perubahan makna, hubungan perubahan makna dengan logika dan hubungan makna dengan psikologi. (Aminuddin,1985:16).
Semantik : teori makna atau teori erti (Verhaar, 1983)

Manakala SIL Glossary of Linguistic Term mentakrif

semantik sebagai satu kajian makna yang berdasarkan ekspresi linguistik. (Semantics is, generally defined, the study of meaning of linguistic expressions.)
Semantik merupakan satu bidang yang bukan sahaja

mengkaji makna sesuatu perkataan, frasa, ayat tetapi turut mencari bagaimana untuk menerangkan makna sesuatu perkataan, frasa, ayat .
Semantik juga merupakan salah satu cabang linguistik

yang mengkaji hubungan ujaran linguistik yang berbezabeza seperti homonim, sinonim, antonim, polisemi, homonim dan hiponim.
Kajian

semantik

juga

melibatkan

kajian

peranan

Dalam kajian linguistik, bidang semantik dianggap sebagai

bidang yang paling sukar untuk diterokai. Ini kerana, untuk mengkaji makna, sama ada pada "peringkat perkataan atau ayat, pengkaji seharusnya mempertimbangkan sama aspekaspek yang bukan linguistik, seperti kebudayaan konteks perkataan atau ayat itu diujarkan atau digunakan, aspekaspek psikologi penutur, alam pemikirannya, hubungan sosial antara penutur dan pendengar, tajuk perbincangan, dan sebagainya.
Perkara-perkara ini semuanya mempengaruhi makna. Oleh

yang demikian, untuk memberikan makna yang paling tepat bagi sesuatu perkataan, perkara-perkara di atas mestilah diambil perhatian.

Perkembangan Bidang Semantik


Pengkaji bahasa pada awal abad ke-19 misalnya berminat

sekali dalam mengkaji makna, khususnya dari aspek perubahan makna, pengelasan makna dan sebab-sebab berlakunya perubahan kepada makna sesuatu perkataan. Semantik juga selanjutnya telah dijadikan sebagai dasar untuk penghuraian bahasa oleh ahli linguistik tradisional.
Pada pertengahan dan akhir abad ke-20 pula, bidang ini

semakin mendapat perhatian, khususnya apabila munculnya golongan linguistik transformasi. Golongan ini beranggapan bahawa makna adalah satu aspek yang penting dalam bahasa, sama pentingnya dengan kajian terhadap struktur bahasa

Peringkat Pertama
Plato (429 347 SM) Bunyi-bunyi

bahasa secara implisit mengandung makna tertentu. Dalam bukunya yang bertajuk Crafylus, Plato telah menggunakan perkataan 'semainein'. Katanya, "... bunyi bahasa secara tersirat, mengandungi makna" (Aminuddin 1985:15). Kata dasarnya ialah 'sema' yang bermaksud 'isyarat' atau 'tanda' dan 'semainein' sebagai kata terbitan bermakna 'memperlihatkan' atau 'menyatakan'.

Plato

Salah seorang murid Plato yang terkenal ialah Aristotle (384-322

S.M.) (Harimurti Kridalaksana 1982:14). Aristotle menghalusi falsafah metafizik dalam karangannya Filsafat Pertama.
Menurut Aristotle, kata adalah satuan terkecil yang mengandung

makna. iatu (1) makna yang hadir dari kata itu sendiri secara otonom (makna leksikal), dan (2) makna yang hadir akibat proses gramatika (makna gramatikal). (Ullman 1977:3)
Beliaulah yang mula-mula melahirkan fahaman 'logika'. Logika

atau lojik akal menurut beliau merupakan pewujudan daripada lambang yang telah ditakrifkan maknanya. Dengan fahaman logika, perkataan yang samar-samar atau tidak pasti maknanya dan perkataan yang tidak terbatas maksudnya, dihindari.

Aristotle

Memang ada perbezaan pendapat antara Plato dan

Aristotle Plato mempercayai tentang adanya hubungan bererti antara kata (bunyi-bunyi bahasa) dengan rujukannya. Sedangkan Aristotle, berpendapat bahawa hubungan antara bentuk dan erti kata adalah soal perjanjian antara pemakainya (Moulton 1976 : 3).
Namun kajian terhadap bahasa tidaklah terhenti selepas

Aristotle (yang mengutamakan makna), sebaliknya kebanyakan kajian yang kemudiannya lebih tertumpu pada fonetik/fonologi, morfologi dan sintaksis yang tidak mengutamakan makna.
Namun, gagasan yang dikemukakan oleh C. Chr. Reisig

(1820-1925) (ahli bahasa Jerman) tentang nahu bahasanya telah menimbulkan semula peranan makna.

C. Chr. Reisig (1825)

Konsep baru mengenai gramatika : Gramatika terdiri dari tiga unsur utama, iaitu : a) Semasiologi kajian tentang tanda b) Sintaksis kajian tentang susunan kalimat/ayat c) Etimologi kajian tentang asal usul kata, perubahan bentuk kata, dan perubahan makna

Peringkat Kedua
Michel Breal kajian semantik dikaitkan dengan unsur di luar

bahasa itu sendiri.


Misalnya: Perubahan makna Makna yang berhubungan dengan logika Makna yang berhubungan dengan psikologi

Peringkat Ketiga
Perbincangan semantik menjadi rancak semula. Ramai ahli

bahasa menekuni bidang ini sama ada kerana keperluan linguistik itu sendiri atau ilmu lain yang memerlukan semantik.
Salah

seorang daripada mereka ialah Ferdinand de Saussure (bangsa Swiss) yang berpendapat bahawa bahasa merupakan satu kesatuan yang terdiri daripada beberapa bahagian yang berhubung kait antara satu dengan yang lain. Beliau juga berpendapat bahawa ilmu bahasa merupakan salah satu cabang semasiologi. (Abu Bakar Hamid 1978:152).

Ferdinand de Saussure

Jost Trier (bangsa Jerman) mengembangkan pendapat de

Saussure dengan mengambil kira pandangan budayawan Jerman, iaitu J.G. von, Herder (1772) dan sarjana bahasa dan ahli falsafah Jerman W. von Humboldt (1836) berkenaan dengan makna, sehingga lahirlah gagasan Medan Makna.
Medan Makna yang dimaksudkan oleh Trier di sini ialah

perkataan yang pada mulanya mempunyai makna yang bertumpang-tindih akhirnya memiliki makna masing-masing secara khusus.

Jost Trier

Untuk gagasan ini beliau mengambil contoh bahasa Jerman

pada tahun 1200, iaitu perkataan kunst dan list. Kedua-dua perkataan ini maknanya tercakup dalam perkataan wisheit yang mengandungi makna 'pengalaman keagamaan'.
Satu abad kemudian, iaitu pada tahun 1300 didapati ketiga-tiga

perkataan tersebut telah memiliki maknanya sendiri. Perkataan kunst mengandungi makna 'pengetahuan', perkataan list yang berubah menjadi wizzen mengandungi makna 'seni' dan perkataan wisheit mengandungi makna 'pengalaman keagamaan' (Aminuddin 1985:108).

Bronislaw Malinowski

Bronislaw Malinowski seorang ahli antropologi telah membuat

kajian terhadap sekelompok masyarakat yang hidup di Pulau Coral (di Lautan Pasifik).
Beliau mendapati bahawa pertuturan masyarakat di

pulau tersebut mempunyai hubungan dengan keadaan pekerjaan mereka. Masyarakat petani misalnya mempunyai pertuturan yang agak berbeza daripada pertuturan masyarakat nelayan.

Daripada hasil kajiannya ini beliau menyimpulkan satu gagasan

yang kemudiannya dikenali sebagai context of situation (keperihalan keadaan) (M. Yunus Maris 1978:65-166).

Leonard Bloomfield, 1887-1949 (bangsa Amerika) berpendapat

bahawa dalam kajian semantik, yang utama ialah behavior (kebiasaan berbahasa). Kebiasaan berbahasa ini menurut beliau erat hubungannya dengan perlakuan manusia yang tertakluk pada stimulus (rangsangan) dan response (tindak balas). Dengan demikian, bahasa ialah data yang didengar. Data yang diperoleh ini kemudian disusun dan diklasifikasikan. Hasil cerakinan inilah yang kemudian disebut nahu.

Leonard Bloomfield

John Rupert Firth

John Rupert Firth, 1890-1960 (bangsa Inggeris) seorang sarjana

linguistik telah tertarik dengan dapatan Malinowski. Jika Malinowski memandang bahasa dari sudut antropologi, Firth pula memandang bahasa dari sudut ilmu bahasa itu sendiri. Beliau menyimpulkan bahawa bahasa merupakan kesepakatan sesuatu masyarakat yang dipengaruhi oleh keperihalan keadaan dan diterima oleh masyarakat tersebut.
Gagasan

ini kemudian dikenali sebagai Teori Semantik Kontekstual. Teori ini sangat bermanfaat untuk menghuraikan makna bahasa yang terdapat dalam sesuatu masyarakat kerana setiap pentafsir makna akan dikaitkan dengan budaya masyarakat pengguna bahasa itu sendiri. Dari sinilah juga timbulnya istilah 'kata pusat' dan 'ungkapan pusat'. Antara buku Firth yang terkenal ialah The Tongue of Man and Speech (1984) dan Paper in Linguistics (1974).

Charles Kay Ogden dan I. Amstrong Richard atau lebih

dikenali sebagai Ogden & Richards berpendapat bahawa berlaku hubungan timbal balik antara gagasan dengan rujukan serta gagasan dengan lambang bahasa (lisan/bertulis) manakala lambang bahasa dengan rujukan hubungannya tidak langsung (Mansoer Pateda 1989:36). Perhatikan rajah yang berikut ini:
G

LB
Petunjuk: G = gagasan LB = lambang bahasa R = rujukan

Pendapat Ogden & Richards telah dikritik oleh Stephen

Ullmann (1972) dengan hujah bahawa 'rujukan' sebenarnya di luar bidang bahasa. Hujah berikutnya beliau kemukakan bahawa takrifan 'lambang bahasa-gagasan-rujukan' sangat sukar untuk dijelaskan dan difahami. Oleh yang demikian, Ullmann memberikan beberapa kemungkinan hubungan 'maksud' dengan 'perkataan'.
Jika satu perkataan (P) mengandungi satu maksud (M), ia

dapat digambarkan seperti rajah yang berikut:

Nama

Makna

cantik

M1

M2

M3

segak

ayu

jelita

Hashim Hj. Musa

Mengikut Hashim Hj. Musa, (1994:44), bunyi ucapan dan

coretan tulisan yang merujuk hal tentang makna merupakan sejenis tanda atau sign. Tanda atau sign ialah sesuatu yang mewakili atau melambangkan sesuatu yang lain.
Semiotik/semiologi kajian ke atas sistem tanda dan terbahagi

kepada tiga bahagian, iaitu semantik- tentang pemaknaan tanda, sintaktik tentang kombinasi tanda-tanda, dan pragmatik- tentang asal usul, pengguaan dan pengaruhnya dalam perlakuan yang dihubungkan dengan tanda itu (Ullmann, 1962:15).

Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) pengkajian makna pada

peringkat semantik belum dapat memberikan sepenuhnya sebagaimana yang dihajati oleh penutur.

makna

Pengkajian makna seharusnya melibatkan ilmu pragmatik, iaitu

ilmu penginterpretasian makna yang melibatkan faktor linguistik dan bukan linguistik. Gabungan antara kedua-dua faktor linguistik dan bukan linguistik ini dapat membantu pengkajian makna yang lebih berkesan.

Nor Hashimah Jalaluddin

Makna Referensial dan Non-referensial


Sebuah kata bermakna referensial kalau ada referensnya, atau

acuannya dalam dunia nyata. Misalnya kata kuda, merah, dan gambar. Sebaliknya kata-kata seperti dan, kerana tidak mempunyai referens.
Kata-kata yang acuannya tidak menetap pada satu maujud,

melainkan dapat berpindah dari maujud satu ke maujud lain disebut kata-kata deiktik.
Yang termasuk kata- kata deiktik adalah kata-kata ganti nama

(dia, saya, kamu), kata-kata yang menyatakan ruang, misalnya di sini, di sana; kata-kata yang menyatakan waktu, seperti sekarang, besok; kata-kata yang disebut kata penunjuk, seperti ini dan itu

Makna dan Jenisnya


Geoffrey Leech (1974)
Geoffrey Leech (1974:26) menggolongkan makna kepada tujuh jenis:
1 2 3 4 5 6 7 Makna konsepsi Makna konotatif Makna Stilistik Makna Afektif Makna Refleksi Makna Kolokasi Makna Tematik : makna kognitif. makna : makna kata yang berlainan daripada asal: makna tersirat atau makna tambahan: makna emotif atau makna evaluatif. : makna berdasarkan situasi pengucapan. : makna untuk menimbulkan kesan kepada pembaca dan pendengar. : makna yang pelbagai untuk sesuatu kata. : makna berdasarkan hubungannya dengan kata lain. : makna yang ditekankan dalam ayat.

Terdapat juga makna lain seperti :

1. Makna denotasi. 2. Makna konteks.

Rumusan
Semantik dan pragmatik merupakan salah satu

cabang ilmu yang dipelajari dalam kajian linguistik. Dalam semantik kita mengklasifikasi makna, hubungan makna, perubahan makna, analisis makna, dan makna pemakaian bahasa.

Kesimpulan
Semantik ialah

kajian tentang lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara satu makna dengan makna yang lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

Semantik lahir daripada falsafah dan sehingga kini bahasa

masih dibayangi terus oleh falsafah. Daripada perkembangan semantik yang telah diperlihatkan jelas bahawa antara falsafah dengan bahasa dan antara bahasa dengan semantik tidak dapat dipisahkan.

Latihan.

1. Berikan 3 definisi semantik dan 3 definisi

pragmatik. 2. Terangkan secara ringkas kemunculan istilah semantik dalam ilmu linguistik.

Sekian, terima kasih.

You might also like