You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(AMBILAN JUN 2019 SEMESTER 7)

SEMANTIK BAHASA MELAYU

(BMMB3123)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR MOHAMMAD ASHRAFF BIN MAHADI

ANGKA GILIRAN 2019192340041

NOMBOR KAD PENGENALAN 000120-03-0117

KUMPULAN PISMP E3

SEMANTIK BAHASA MELAYU


KOD / NAMA KURSUS
(BMMB3123)

NAMA PENSYARAH DR. MARIA BINTI TAHIR

TARIKH HANTAR 7 APRIL 2022

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS


DARIPADA PENSYARAH
SENARAI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN........................................................................................................... 1
2.0 KONSEP PERIBAHASA BAHASA MELAYU.............................................................1
3.0 RASIONAL PEMILIHAN PERIBAHASA.....................................................................2
4.0 TEKS UCAPAN SEMPENA KEMPEN KELUARGA MALAYSIA...............................2
5.0 ANALISIS PROSES PERUBAHAN MAKNA PERIBAHASA.....................................5
6.0 KESIMPULAN.............................................................................................................7
RUJUKAN................................................................................................................... 8
1.0 PENGENALAN
Peribahasa merupakan ungkapan perkataan yang sering digunakan dalam penulisan
hari ini. Namun, Salinah Jaafar, Huraizah Abd. Sani dan Rohaidah Haron (2018)
menjelaskan bahawa peribahasa pada asalnya disampaikan secara lisan iaitu dari mulut
ke mulut sehingga sampai ke anak cucu. Pada zaman dahulu, peribahasa merupakan
satu medium untuk mendidik atau membentuk anak melalui ungkapan yang sangat
mudah untuk diingati. Peribahasa yang digunakan itu berfungsi sebagai memberi
panduan, peraturan dan nasihat dalam kehidupan seharian. Peribahasa bahasa Melayu
telah wujud sekian lama yang sering dipertuturkan oleh masyarakat pada zaman dahulu.
Peribahasa terhasil melalui kewujudan bangsa dan hadir dengan kesusasteraan Melayu
lama yang tidak direkodkan secara bertulis. Penulisan kali ini akan membincangkan
dengan lebih terperinci berkaitan peribahasa bahasa Melayu serta akan menganalisis
makna beberapa peribahasa yang telah dipilih.

2.0 KONSEP PERIBAHASA BAHASA MELAYU


Peribahasa merupakan antara faktor keunikan bahasa Melayu. Hal ini dikatakan
demikian kerana setiap ungkapan peribahasa mempunyai maksud yang tersirat dan
memberi maklumat secara kiasan seperti peraturan, nasihat, sindiran dan sebagainya.
Pernyataan tersebut adalah sejajar dengan Zaid Mohd Zin dan Wan Suhaila Wan Idris
(2017) yang menyatakan peribahasa sebagai susunan perkataan yang mengandungi
maksud tertentu dengan merujuk kepada maksud berkias, berlapik dan tersirat.
Kewujudan peribahasa yang berkias ini juga menunjukkan kesopanan dan kesantunan
masyarakat Melayu dalam berbicara. Tambahan pula, Sapinah Said (2004)
mendefinisikan peribahasa sebagai ayat pendek yang berkaitan dengan kebijaksanaan,
kebenaran dan moral sesebuah masyarakat. Bahasa kiasan yang digunakan juga
adalah berbentuk tradisional dan tetap yang diwarisi dari generasi ke generasi yang lain.
Selain itu, Abang Patdeli Abang Muhi (2018) menegaskan bahawa kewujudan
peribahasa sangat berkait rapat dengan akal budi orang Melayu. Akal budi adalah
merujuk kepada kebijaksanaan dan kekreatifan pemikiran manusia yang
dipersembahkan dalam ungkapan perkataan. Hal ini dibuktikan melalui unsur metafora
yang wujud dalam peribahasa sebagai kata kiasan. Kebiasaannya, istilah yang terdapat
dalam peribahasa adalah berdasarkan persekitaran masyarakat Melayu sendiri seperti
bunga, padi, kera dan sebagainya. Hal ini menunjukkan kebijaksanaan dan kekreatifan
orang Melayu untuk memanfaatkan persekitaran dalam menyampaikan pesanan,
kritikan dan sebagainya. Contohnya, peribahasa bagai kera mendapat bunga.
Peribahasa ini bermaksud orang yang tidak menghargai pemberian atau orang yang
tidak pandai menggunakan sesuatu perkara. Kewujudan peribahasa ini diilhamkan

1
pemerhatian apabila seekor kera diberikan bunga. Kera tersebut hanya mengoyakkan
bunga tersebut dan membuangnya (Razali Yahya, 2016).
Justeru, dapat dirumuskan bahawa peribahasa merujuk kepada ungkapan perkataan
yang digunakan untuk memberi peraturan, nasihat, sindiran dan membuat analogi
terhadap sesuatu perkara. Tambahan pula, peribahasa yang menggunakan kata kiasan
ini memerlukan penelitian yang mendalam terhadap perkataan tersirat bagi mentafsirkan
makna peribahasa tersebut.

3.0 RASIONAL PEMILIHAN PERIBAHASA


Menurut Indirawati (2009), penggunaan peribahasa ini sebenarnya mempunyai fungsi
yang sangat menarik. Peribahasa digunakan dengan tujuan untuk menyampaikan
maksud yang tertentu dengan cara yang cukup halus atau berlapik. Peribahasa juga
berfungsi sebagai peringatan, nasihat dan kritikan untuk tujuan kebaikan kepada
seseorang. Penggunaan peribahasa berupaya membawa mesej nasihat tanpa
menyinggung hati seseorang. Selain itu, penggunaannya mempunyai objektif yang
tersendiri, iaitu supaya orang yang mendengar atau membacanya tidak mudah rasa
tersinggung dalam sesebuah komunikasi. Oleh itu, peribahasa bahasa Melayu dipilih
untuk melihat pemikiran masyarakat Melayu kreatif dalam penciptaan peribahasa yang
mempunyai makna yang mendalam.
Menurut Abdullah (2010), peribahasa merupakan satu daripada cabang sastera
lama, bukan sahaja bagi bangsa Melayu tetapi juga bagi hampir semua bangsa di dunia.
Sebelum ada undang-undang yang mengawal perilaku hidup manusia bermasyarakat,
orang bijak pandai dalam sesuatu bangsa pada zaman itu telah mencipta beberapa
petua, nasihat atau petunjuk sebagai peraturan tatatertib pergaulan, tatasusila dalam
pergaulan dan hubungan sesama manusia. Petua, nasihat atau petunjuk itu diambil
daripada alam sekeliling, contohnya daripada perangai dan sifat manusia, juga daripada
sifat dan tabiat binatang, dan tumbuh-tumbuhan. Maka, peribahasa Melayu juga dipilih
supaya peribahasa terus dijulang sebagai satu warisan budaya masyarakat Melayu.

4.0 TEKS UCAPAN SEMPENA KEMPEN KELUARGA MALAYSIA


Bismillahirrrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T


yang telah memberikan petunjuk dan hidayah-Nya kepada kita untuk terus menelusuri
jalan keluar daripada wabak Covid-19 yang membelenggu dan mencetus kekacauan di
negara kita ini selama hampir dua tahun.

2
Kita sudah sedia maklum bahawa wabak pandemik COVID-19 merupakan tragedi
kemanusiaan pada abad ke-21M yang hampir seluruh dunia lalui. Setiap orang tidak
terkecuali menerima kesannya sama ada secara langsung atau tidak langsung ibarat
bunga gugur, putik pun gugur, masak pun gugur. Menurut data yang diperolehi oleh
WHO (2021) bahawa pandemik yang berlaku telah menjangkit seramai 250,715,502
orang dan meragut nyawa seramai 5,062,106 di seluruh dunia. Walaupun begitu,
selepas hampir dua tahun, kes jangkitan dan kematian semakin menurun kesan
daripada program vaksinasi secara besar-besaran. Selaras dengan itu, negara kita
beralih daripada fasa pandemik ke fasa peralihan endemik. Perubahan ini memberi
kesan terhadap kehidupan manusia. Hal ini kerana peralihan dari tradisi yang lama
kepada norma baharu, kemudiannya perlu beradaptasi kembali dengan gabungan di
antara tradisi lama yang masih relevan dan norma baharu yang efisien telah mendorong
masyarakat untuk berubah bagi menyesuaikan diri dengan realiti semasa.
Dalam konteks keluarga Malaysia, proses peralihan ini turut disertai dengan pelbagai
cabaran sama ada pada peringkat lokal mahupun global, dan ia perlu ditangani
sebaiknya agar kelestarian keluarga Malaysia dapat dipertahankan. Keluarga Malaysia
mempunyai komposisi masyarakat yang pelbagai kaum, kepercayaan agama dan tradisi
masyarakat setempat. Keunikan ini mewarnai Malaysia tetapi dalam masa yang sama,
berbagai ujian yang perlu dihadapi kerana laut mana yang tidak berombak, bumi
mana yang tidak ditimpa hujan. Pada masa kini, cabaran utama yang menghimpit
kehidupan keluarga Malaysia ialah pandemik COVID-19. Cabaran ini memberi impak
terhadap perubahan corak dan gaya hidup masyarakat.
Dalam menuju fasa peralihan endemik, wujud beberapa isu setempat yang timbul
ekoran serangan virus COVID-19. Ia boleh dilihat dalam berbagai lanskap kehidupan
keluarga Malaysia. Di antaranya ialah ramai orang telah kehilangan pekerjaan, telah
diberhentikan atau direhatkan tanpa jaminan untuk kembali bekerja. Sektor tidak formal
kebanyakannya mengalami pengangguran. Jika dibandingkan, individu yang bekerja
sendiri menerima impak yang lebih buruk berbanding individu yang mempunyai majikan,
dan perniagaan kecil lebih terkesan berbanding perniagaan besar. Sesetengah
Perusahaan Kecil dan Sederhana juga menderita kerana keseluruhan operasi
perniagaan mereka terganggu. Kesannya mendorong kepada penutupan beberapa
perniagaan, dan kemungkinan beberapa perniagaan tidak akan dibuka lagi adalah
tinggi. Perkara ini sekali gus menjejaskan pekerja yang terlibat kerana telah hilang
sumber pendapatan.
Selain itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan oleh pihak kerajaan
telah menyebabkan individu yang bekerja sendiri dan tiada kerja tetap tidak dapat keluar
bekerja. Oleh itu, sebahagian besar kehidupan masyarakat menjadi kucar kacir dek

3
kerana sumber pendapatan yang terjejas dan tiada simpanan kewangan yang
mencukupi untuk bertahan dengan cabaran pandemik. Lebih memburukkan lagi, ada
juga yang telah membunuh diri bagi mengakhiri mimpi ngeri kesan daripada penularan
wabak COVID-19.
Selain itu, pandemik turut memberi cabaran terhadap lanskap keagamaan.
Perhimpunan agama merupakan permulaan tercetusnya penularan jangkitan virus
COVID di Malaysia. Oleh itu juga, aktiviti keagamaan yang melibatkan pertemuan ramai
terpaksa ditangguhkan bagi memutuskan rantaian jangkitan. Rumah ibadat tidak dibuka
kepada semua penganut sesebuah agama ketika perintah kawalan pergerakan
dikuatkuasakan. Kemudiannya, penjarakan sosial dan fizikal turut dilakukan serta
sambutan perayaan diraikan dalam skala yang kecil sahaja.
Seterusnya, terdapat pelbagai fatwa yang dikeluarkan institusi fatwa dalam
menjawab persoalan yang berbangkit ketika pandemik. Dalam merespons fatwa pihak
berautoriti, terdapat kalangan umat Islam yang menyanggah dan mempertikaikan fatwa
yang ditetapkan kerana dianggap membelakangkan panduan Sunnah Nabi SAW.
Sedangkan fatwa ditetapkan adalah bagi menjaga kemaslahatan nyawa umat Islam
keseluruhannya. Sikap ini seharusnya dibuang oleh umat islam kerana kalau kail
panjang sejengkal, lautan yang dalam diduga jangan.
Dengan itu, masyarakat Islam khususnya perlu membudayakan norma baharu yang
selari SOP semasa kerana jerat tidak lupa akan pelanduk, tetapi pelanduk lupa akan
jerat. Namun begitu, pembudayaan norma baharu ini telah menyebabkan masyarakat
telah selesa dan tidak berasa serba salah untuk tidak menghadiri solat Jumaat walaupun
masjid telah dibuka. Sedangkan ketika majlis mengehadkan bilangan jemaah pada satu-
satu masa, ramai yang telah protes kerana ingin beribadat di masjid. Hal ini memberi
cabaran besar dalam fasa peralihan endemik untuk membawa kembali masyarakat
beribadat di masjid.
Kesimpulannya, cabaran pandemik meninggalkan kesan yang besar terhadap
kehidupan keluarga Malaysia merentasi pegangan agama, budaya dan bangsa.
Terputus bekalan makanan, kehilangan orang yang tersayang, kekangan beribadah dan
bersosial, tekanan hidup dan kemurungan serta kesan negatif daripada teknologi dirasai
oleh semua pihak tidak mengenali kaum atau kepercayaan tertentu. Semua pihak akan
terkena tempiasnya. Dengan itu, iktibar daripada pandemik COVID-19 wajar dijadikan
pengajaran, bak kata pepatah “lemak manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus
dibuang” agar setiap pihak dapat bersedia dengan pelbagai cabaran di masa
mendatang. Setiap pihak dalam komponen keluarga Malaysia seharusnya bekerjasama
dalam membangunkan kembali ekonomi dan pendapatan keluarga di samping
meneruskan kehidupan dengan norma baharu yang selari dengan fasa endemik.

4
Sekian, terima kasih.

5.0 ANALISIS PROSES PERUBAHAN MAKNA PERIBAHASA


Faridah Nazir dan Faiziah Shamsudin (2016) menyatakan bahawa perubahan semantik
berlaku kerana terdapat perbezaan makna pada sesuatu perkataan. Perbezaan makna
ini boleh dikaitkan dengan pengalaman, sejarah, tujuan dan perasaan pengguna
sesuatu bahasa. Yayat Sudarjat (2004) menjelakan perubahan makna sebagai
penggantian makna secara menyeluruh daripada maksud asal perkataan tersebut.
Sungguhpun begitu, makna yang baharu mestilah mempunyai perkaitan dengan makna
asal perkataan tersebut. Berikut merupakan analisis perubahan makna peribahasa.

5.1 Bunga gugur, putik pun gugur, masak pun gugur


Peribahasa ini membawa maksud setiap manusia pasti akan merasai mati.
Berdasarkan peribahasa tersebut, bunga membawa maksud manusia, gugur
membawa maksud mati, putik membawa maksud anak kecil atau bayi, tua
bermaksud orang tua dan masak pula merujuk kepada orang muda. Peribahasa
tersebut memuatkan mesej bahawa ajal datang menjemput tanpa mengira umur
seseorang. Justeru, umat manusia perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi
hari tersebut dengan memperbanyakan amalan baik sebagai bekalan ke akhirat.
Justeru, peribahasa tersebut mengalami perubahan makna pada perkataan dan
seterusnya berlaku perubahan makna pada ayat tersebut.

5.2 Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
Laut didefinisikan sebagai kumpulan air masin yang mengenangi sebahagian
besar muka bumi. Bumi merupakan tanah yang dipijak oleh kita.
Perubahan makna berlaku pada laut yang diibaratkan usaha seseorang untuk
mencapai sesuatu. Ombak diumpamakan sebagai cabaran atau kekangan yang
dihadapi. Peribahasa ini menunjukkan dalam perjalanan kita mengejar impian
tentu akan menghadapi pelbagai rintangan.
Selain itu, perubahan makna turut berlaku pada istilah bumi yang diibaratkan
tingkah laku seseorang dalam kehidupan seharian. Hujan diumpamakan sebagai
kesalahan yang dilakukan. Peribahasa ini menunjukkan setiap orang tentu
pernah melakukan kesalahan dalam kehidupan kerana tiada seorang pun dalam
dunia ini adalah sempurna dan tidak pernah melakukan kesalahan.

5.3 Kalau kail panjang sejengkal, lautan yang dalam diduga jangan

5
Kail merupakan sejenis alat yang diperbuat daripada tali, joran dan dawai yang
hujungnya tajam dan digunakan untuk memancing ikan. Sejengkal merujuk
kepada jarak antara hujung ibu jari dengan hujung jari lain ketika direntangkan.
Lautan didefinisikan sebagai kumpulan air masin yang mengenangi sebahagian
besar muka bumi dan duga merujuk kepada meneka, mengagak dan
meramalkan.
Kail yang sebenarnya dianggap sebagai peralatan untuk memancing ikan
mengalami perubahan makna. Dalam peribahasa ini kail yang hanya mempunyai
kepanjangan sejengkal diumpamakan sebagai ilmu seseorang yang pendek dan
tidak mencukupi. Lautan yang dalam diibaratkan sebagai seseorang yang
berpengetahuan atau berpengalaman.
Oleh itu, peribahasa ini digunakan untuk mengingati masyarakat sekiranya
mempunyai pengalaman yang sikit sahaja janganlah melawan atau mempertikai
orang yang mempunyai lebih banyak pengetahuannya.

5.4 Jerat tidak lupa akan pelanduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat
Jerat merupakan tali yang hujungnya disimpulkan sehingga menjadi bulatan
yang dapat dibesarkan dan dikecilkan atau dapat mencerut atau menahan
sesuatu. Pelanduk merujuk kepada sejenis binatang hutan yang rupanya seperti
kancil tetapi lebih besar.
Perubahan makna berlaku pada jerat yang fungsi utamanya adalah untuk
memerangkap haiwan. Dalam peribahasa ini, jerat diumpamakan sebagai
ancaman atau bahaya yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Pelanduk
pula diibaratkan seperti individu atau seseorang.
Oleh itu peribahasa ini mengingatkan masyarakat agar tidak lupa akan
bahaya yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja dan perlu sentiasa berhati-
hati semasa melakukan sesuatu dalam kehidupan seharian agar tidak berlaku
peristiwa yang tidak diingini.

5.5 Lemak manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dibuang
Lemak merupakan sejenis zat minyak yang ada pada binatang. Manis merujuk
kepada rasa seperti gula atau madu. Pahit merupakan rasa tidak sedap seperti
rasa hempedu atau rasa biji langsat.
Perubahan makna berlaku pada lemak manis yang lazimnya digunakan oleh
seseorang semasa merasa kelazatan makanan. Dalam peribahasa ini lemak
manis telah digunakan untuk membawa maksud kata-kata yang senang hati dan

6
sedap didengar. Selain itu, pahit diibaratkan sebagai kata-kata yang tajam dan
tidak sedap didengar.
Oleh itu peribahasa ini mengingatkan masyarakat walaupun kata-kata yang
manis seperti pujian dan pujaan senang didengar tetapi hendaklah juga sentiasa
mendengar nasihat yang diberikan oleh seseorang dengan besar hati dan tidak
menolaknya semental-mentalnya. Semestinya, nasihat yang tajam dapat
membantu dalam membentuk keperibadian diri yang unggul.

6.0 KESIMPULAN
Berdasarkan penulisan ini, dapat disimpulkan bahawa peribahasa merupakan satu
ungkapan yang sangat indah dalam penulisan bahasa Melayu. Perkara ini membuktikan
kebijaksanaan dan kekreatifan cara pemikiran zaman dahulu untuk mentafsirkan
sesuatu perkara secara kiasan sama ada bertujuan untuk memberi nasihat, membuat
analogi mahupun sebagai sindiran. Hal ini membuktikan bahawa orang Melayu pada
zaman dahulu sangat mementingkan kesopanan dan kesantunan dalam berbahasa.
Selain itu, setiap ungkapan indah mempunyai makna yang tersirat. Pembaca perlu
menganalisis dengan lebih mendalam dan terperinci terhadap makna perkataan ataupun
makna ayat yang digunakan dalam peribahasa. Tambahan pula, makna setiap
peribahasa mestilah difahami dengan baik supaya dapat digunakan dalam konteks yang
bersesuaian. Menyedari akan keindahan bahasa ini, guru perlulah sentiasa memberi
pendedahan kepada murid berkaitan peribahasa supaya tidak hilang ditelan zaman.
Pengajaran aspek peribahasa juga mampu mendidik murid untuk berfikir secara kritis
dan kreatif dalam semua perkara. Dengan usaha ini, guru boleh melahirkan murid minda
kelas pertama yang boleh memberi pelbagai manfaat kepada pembangunan negara
buat masa akan datang.

7
RUJUKAN

Abang Patdeli Abang Muhi. (2018). Akal Budi dalam Peribahasa Melayu Sarawak. Jurnal
Peradaban Melayu. 13, 28 – 41.
Abdullah Hussain. (2010). Canai Budi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hussain. (2004). Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Fuad Mat Hassan dan Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2011). Bahasa dan Pemikiran
dalam Peribahasa Melayu. Jurnal Pembelajaran Bahasa, 11(3), 31-51.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Indrawati Zahid. (2009). Peribahasa Melayu: Satu Klasifikasi yang Tiada Penentu. Jurnal
Dewan Bahasa, 42(11), 978-984.

Imran Ho Abdullah. (2011). Analisis Kognitif Semantik Peribahasa Melayu Bersumberkan


Anjing. Jurnal Pembelajaran Bahasa, 11(1), 125-141.

Mohd. Sharani Mohamad. (2000). 1001 Peribahasa Melayu. Singapore: System Publishing
House Pte. Ltd.

Faridah Nazir dan Faiziah Shamsudin. (2016). Semantik dan peristilahan bahasa Melayu.
Sasbadi Sdn. Bhd.
Nadia Mohammad Isa. (2016). Simbolik Bunga dalam Peribahasa Melayu. Pelita Bahasa.
28, 41-43.
Rahimah Hamdan & Shaiful Bahri Md Radzi. (2014). Gender Perspective in Malay Proverbs.
Middle-East Journal of Scientific Research, 22(1), 99-106.
Razali Yahya. (2016). Sistem bahasa. Cemerlang Publications Sdn. Bhd.
Salinah Jaafar. (2005). Fungsi Leksikal “Bunga” dalam Simpulan Bahasa dan Peribahasa
Bahasa Melayu. Universiti Malaya.
Salinah Jaafar, Huraizah Abd. Sani dan Rohaidah Haron. (2018). Perubahan Fungsi dan
Makna Peribahasa dalam Laman Facebook. Jurnal Komunikasi. 34(2), 354 – 373.
Sapinah Haji Said. (2004). Kamus peribahasa Melayu. Pelangi Sdn. Bhd.
Sulaiman Zakaria. (2020). Kajian peribahasa. Prestasi Publication Sdn. Bhd.
Yayat Sudarjat. (2004). Prinsip-prinsip studi semantik. Raksa Cipta.
Zabedah Mohammed dan Shaiful Bahri Md Radzi. (2020). Konotasi Bunga dalam
Peribahasa Melayu. Journal of Social Sciences and Humanities. 17(3), 31-45.

8
Zaid Mohd Zin dan Wan Suhaila Wan Idris. (2017). Kajian Persamaan Makna Peribahasa
Melayu dan Peribahasa Jepun. Universiti Malaysia Putra.

You might also like