You are on page 1of 22

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(AMBILAN JUN 2019 SEMESTER 7)

SEMANTIK BAHASA MELAYU

(BMMB3123)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR MOHAMMAD ASHRAFF BIN MAHADI

ANGKA GILIRAN 2019192340041

NOMBOR KAD PENGENALAN 000120-03-0117

KUMPULAN PISMP E3

SEMANTIK BAHASA MELAYU


KOD / NAMA KURSUS
(BMMB3123)

NAMA PENSYARAH DR. MARIA BINTI TAHIR

TARIKH HANTAR 21 MAC 2022

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS


DARIPADA PENSYARAH
SENARAI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN........................................................................................................... 1
2.0 FITUR MAKNA............................................................................................................1
3.0 MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU......................................................6
4.0 PERUBAHAN MAKNA DALAM BAHASA MELAYU...............................................10
5.0 KETAKSAAN MAKNA DALAM TATABAHASA......................................................11
6.0 MAKNA AYAT DALAM BAHASA MELAYU............................................................16
7.0 KESIMPULAN........................................................................................................... 18
RUJUKAN................................................................................................................. 19
1.0 PENGENALAN
Bidang linguistik dan bahasa telah lama bertapak sejak tahun 500 sebelum Masihi lagi.
Sejarah pengkajian ilmu linguistik ini telah bermula pada zaman Yunani, zaman Rom,
zaman Pertengahan, zaman Renaissance, dan zaman linguistik moden. Oleh itu,
pelbagai ilmu telah berjaya dikembangkan dalam bidang ini, termasuklah bidang
semantik. Semantik merupakan satu bidang kajian makna yang mencakupi kebanyakan
struktur dan fungsi bahasa termasuk psikologi, falsafah dan antropologi. Dari aspek
etimologi, istilah semantik berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu sema yang
bermaksud isyarat. Sema menerbitkan kata semainein yang bermaksud bererti.
Kemudian, istilah semainein diinggeriskan menjadi semantics dan dalam bahasa Melayu
dieja sebagai semantik. Chomsky (1965) berpendapat bahawa semantik merupakan
salah satu komponen tatabahasa di samping komponen sintaksis dan fonologi.
Chomsky menganalisis ciri-ciri semantik dengan teknik ciri-ciri berbeza atau fitur
distingtif. Kesimpulannya, semantik merupakan salah satu cabang dalam linguistik yang
mengkaji tentang makna dan berperanan penting dalam memperoleh makna impllisit
atau eksplisit sesuatu ujaran.

2.0 FITUR MAKNA


Fitur makna merupakan satu atau beberapa unsur makna yang bersama-sama
membentuk makna kata atau ujaran. Fitur makna dalam Bahasa Melayu boleh
dibahagikan kepada tiga cabang iaitu sifat makna, kelas makna dan lewah dalam
makna.

2.1 SIFAT MAKNA


Sifat makna ialah makna sentiasa mengalami perubahan dan berkembang
menurut peredaran masa. Fitur atau ciri semantik merupakan hubungan makna
bagi sejumlah kata yang masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri. Ciri
semantik bermaksud perkataan-perkataan dimasukkan ke dalam golongan
masing-masing menurut makna perkataan berkenaan. Sebagai contohnya, pada
tahun 1965, Za’aba menggolongkan perkataan kepada perkataan nama,
perkataan perbuatan, perkataan sifat (nama), perkataan sendi dan perkataan
seruan (Abdullah Hassan, 1980).

Golongan Perkataan Definisi Contoh


Perkataan Nama Segala perkataan yang menyebut benda kakak, burung, meja,
atau orang. kerusi, bantal
Perkataan Perbuatan Segala perkataan yang menyebut ambil, masak, duduk,

1
perbuatan yang dikerjakan atau keadaan mahu, jadi
yang wujud.
Perkataan Sifat Segala perkataan yang menerangkan atau kecil, besar, tua,
menunjukkan sifat sesuatu nama atau cantik
perbuatan atau lainnya.
Perkataan Sendi Menyambungkan antara perkataan dengan dengan, dan, oleh,
perkataan, antara bahagian-bahagian sebab
percakapan atau ungkapan.
Perkataan Seruan Perkataan yang semata-mata digunakan aduh, amboi, cis
bagi mengeluarkan perasaan hati semasa
memanggil, terperanjat, hairan, mengejek
dan sebagainya
Jadual 1 : Golongan perkataan oleh Za’aba

Apabila melihat kriteria penggolongan kata oleh Za’aba, dapat kita


fahami bahawa beliau menggunakan ciri semantik sebagai asas bagi
memasukkan perkataan ke dalam golongan masing-masing. Fitur semantik
ini dapat menjelaskan secara lebih mendalam tentang elemen semantik.
Kaedah ini digunakan bagi melihat kehadiran atau ketidakhadiran elemen
semantik bagi satu set kata melalui analisis ciri semantik menggunakan tanda
(+) atau (-). Tanda (+) bermaksud bahawa ciri tersebut hadir atau wujud
pada perkataan yang hendak dianalisis maknanya, manakala tanda (-) pula
menunjukkan bahawa kata itu tidak mempunyai ciri tersebut.

+Lelaki
+Orang
Suami +Dewasa
-Wanita
+Bapa
Jadual 2 : Analisis fitur makna kata manusia

Berdasarkan jadual 2, terdapat perkataan yang boleh dikaitkan


dengan manusia. Sebagai contoh kelas kata bagi ‘suami’ diberikan tanda +
bagi orang, lelaki, dewasa dan bapa. Ini menunjukkan ciri-ciri tesebut
terdapat pada perkataan suami dan dapat digunakan bagi menjelaskan
makna perkataan suami itu dari segi semantiknya.

2
2.2 KELAS MAKNA
Kelas makna merujuk kepada pembahagian dalam jenis-jenis makna yang
berkait rapat dengan pengalaman, sejarah dan tujuan perasaan pengguna
bahasa. Menurut Alias et. al. (2009), selain menghuraikan makna dalam sesuatu
bahasa, kelas makna merangkumkan pelbagai ragam makna berdasarkan
kekerapan penggunaannya dalam bahasa yang berbeza dan ia dibahagikan
kepada dua kelas utama, iaitu makna leksikal dan makna struktural serta
pembahagian kecilnya yang lain.

2.2.1 MAKNA LEKSIKAL


Makna leksikal merupakan makna unsur-unsur bahasa sebagai
lambang, benda, peristiwa dan sebagainya. Menurut Faridah &
Faiziah (2014), makna leksikal merujuk kepada perkataan atau
perbendaharaan kata dalam sesuatu bahasa. Oleh hal yang demikian,
makna leksikal terdiri daripada makna langsung dan makna kiasan.
Makna langsung dan makna kiasan terbahagi pula kepada beberapa
pecahan kecil seperti Rajah 1 di bawah :

Makna
Konotatif
Makna
Afektif
Makna
Makna Makna
Kiasan
Stilistik

Makna Umum Makna


Reflektif

Langsung
Makna
Makna Kolokatif
Makna
Khusus Idiomatik

Rajah 1 : Kelas makna leksikal dan makna kiasan

Makna kiasan ialah makna kata yang terhasil daripada


perasaan atau fikiran penutur atau pendengar. Makna kiasan
mempunyai beberapa ciri iaitu tidak hanya terbatas kepada bahasa
tetapi juga pada sistem komunikasi lain seperti muzik, tidak stabil
tetapi berubah sesuai dengan nilai rasa yang dimiliki penuturnya dan
tidak terbatas tetapi terus bertambah dan berkembang. Sehubungan
itu, makna kiasan terdiri daripada enam jenis iaitu makna konotatif,

3
makna afektif, makna stilistik, makna reflektif, makna kolokatif dan
makna idiomatik.

Makna Konotatif

Definisi Huraian dan Contoh


Makna konotatif ialah makna lain yang Perkataan ‘babi’ dalam kalangan orang
ditambahkan pada makna denotatif yang Melayu memberikan maksud yang negatif
berhubungan dengan nilai rasa daripada kerana dianggap kasar dan sensitif apabila
orang atau kelompok orang yang digunakan.
menggunakan kata tersebut.
Jadual 3 : Makna konotatif

Makna Afektif

Makna afektif merupakan makna yang timbul dan berkait rapat dengan perasaan
penutur dan pendengar. Terdapat tiga jenis makna afektif, iaitu makna afektif tinggi,
makna afektif ramah, dan makna afektif kasar. Makna afektif tinggi ditunjukkan dalam
bahasa sastera dan diungkapkan secara tersirat, misalnya unsur metafora dalam
sajak. Makna afektif ramah biasanya digunakan dalam pergaulan seharian sama ada
dalam masyarakat atau komuniti dan ia melibatkan bahasa atau dialek yang
mempunyai pengaruh bahasa campuran. Contohnya, ‘tak taula kalau dia dah tukaq’.
Seterusnya makna afektif kasar pula makna yang dianggap kasar apabila didengar.
Sebagai contoh, masyarakat Melaka gemar mengujarkan perkataan ‘mampos’ dan
‘hawau’ yang kedengarannya kasar tetapi digunakan apabila berjumpa kenalan.

Makna Stilistik

Makna stilistik ialah salah satu bentuk deskripsi linguistik tentang gaya bahasa dalam
teks sastera. Makna stilistik dapat dibahagikan kepada lima jenis ciri iaitu :

a) gaya bahasa pertautan.


b) gaya bahasa penyinaran yang merujuk kepada pengguguran sesuatu unsur bahasa
seperti bunyi, suku kata, kata, frasa atau ayat.
c) gaya bahasa pengulangan yang meliputi pengulangan bunyi, suku kata, perkataan,
frasa atau bahagian ayat. Terdapat lima ciri pengulangan gaya bahasa yang penting
iaitu aliterasi, anaphora, asonasi, epifora dan rima.
d) gaya bahasa pertentangan yang mengemukakan makna yang bertentangan dan
terdiri daripada tiga ciri sahaja iaitu hiperbola, paradox, dan inversi.

4
e) gaya bahasa perbandingan yang menerangkan sesuatu perkara secara berkias dan
secara tidak langsung. Perkara ini dapat menjaga perasaan terhadap sesuatu yang
ingin disampaikan.

Makna Reflektif

Makna reflektif merupakan makna yang timbul apabila mengaitkan makna konteks
tertentu dengan konteks lain. Makna reflektif yang berkaitan dengan nilai atau
kepercayaan dikenali sebagai makna piktorial. Sehubungan itu, makna piktorial
merupakan makna sesuatu perkataan yang mempunyai kaitan dengan perasaan
pendengar atau pembaca. Sebagai contoh, ketika mendengar isu tentang masalah
Coronavirus melanda dunia, pembaca pasti akan berasa sedih.

Makna Kolokatif

Makna kolokatif merujuk kepada makna yang timbul kerana berada dalam kelompok
yang sama. Contohnya, nuri, kenari, helang dan merak mempunyai sifat kolokatif
kerana berasal dariapada kelompok yang sama iaitu burung.

Makna Idiomatik

Makna idiomatik atau makna kiasan merujuk kepada makna tersirat yang terdapat
dalam perkataan, frasa, klausa atau ayat. Makna idiomatik terdiri daripada dua jenis
iaitu idiomatik keseluruhan dan ideomatik sebahagian. Makna idiomatik keseluruhan
merujuk kepada keseluruhan perkataan, frasa, klausa dan ayat yang mempunyai
makna tersirat yang tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan makna
leksikalnya. Makna idiomatik sebahagian pula merupakan sebahagian sahaja
daripada frasa, klausa atau ayat yang mempunyai ciri makna tersirat manakala
sebahagian lagi ditunjukkan oleh makna leksikalnya.

2.2.2 MAKNA STRUKTURAL


Makna struktural merupakan makna yang muncul sebagai akibat
hubungan antara satu unsur bahasa dengan unsur bahasa lain dalam
satuan yang lebih besar, baik yang berkaitan dengan unsur fatis
mahupun unsur musis. Makna struktural yang berkaitan dengan unsur
fatis dikenali sebagai makna gramatikal manakala yang berkaitan
dengan unsur musis disebut makna tematis. Makna gramatikal
merujuk kepada proses gramatikal atau tatabahasa yang berlaku
dalam ayat seperti pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Sebagai contoh, melalui pengimbuhan terdapat perbezaan makna

5
untuk imbuhan berbeza dalam sesuatu kata dasar yang sama.
Misalnya untuk perkataan main, jika mendapat imbuhan awalan ber-,
akan bermaksud melakukan aktiviti bermain, jika mendapat imbuhan
apitan per-…-an, bermaksud sejenis alat permainan. Makna tematis
ialah makna yang muncul apabila penutur memberikan penekanan
kepada salah satu bahagian dalam ayat dan penekanan itu diberi
dalam bentuk nada dan intonasi yang berlainan dalam ayat yang
dituturkan secara lisan atau dalam bentuk tanda baca seperti noktah
dan koma dalam ayat yang ditulis. Sebagai contohnya, dalam ayat
‘Salmah makan nasi ibu’ membawa dua pengertian berbeza jika
diujarkan berdasarkan intonasi yang berbeza, iaitu “Salmah, makan
nasi ibu!” dan “Salmah makan nasi, ibu”. Ayat pertama bermaksud
bahawa seseorang meminta Salmah agar memakan nasi ibu,
manakala ayat kedua bermaksud Salmah memberitahu ibunya
bahawa dia sedang makan nasi.

2.3 LEWAH MAKNA


Lewah dalam makna bererti penggunaan kata atau gabungan kata yang
berlebihan atau tidak selari dengan makna kata (Kamus Dewan Edisi Keempat,
2007). Contohnya, perkataan ‘demi’ ‘untuk’, ‘ramai lembu’ dan ‘mereka-mereka’.
Kelewahan makna ini berlaku akibat kelewahan tatabahasa kerana pengguna
bahasa sering kali mengabaikan penggunaan kata penguat atau kata ganda
seperti dalam contoh ‘ramai lembu’ dan ‘mereka-mereka’. Antara faktor
menyebabkan berlakunya lewah dalam makna ialah disebabkan oleh
pengulangan, penambahan imbuhan yang tidak diperlukan dan penggunaan kata
sendi yang berturutan. Faktor pengulangan perkataan yang dilakukan
mewujudkan perkataan yang silap atau lewah dari segi tatabahasa dan makna
seperti ‘mereka-mereka’. Seterusnya, situasi lewah dalam makna turut berlaku
akibat kata sendi digunakan secara berturut-turut. Contohnya, ‘demi untuk’ dan
‘oleh kerana itu’.

3.0 MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU


Makna leksikal bermaksud makna sesuatu perkataan yang ada dalam kamus tanpa
melihat penggunaannya dalam ayat. Makna leksikal dijelaskan sebagai makna yang
bersifat leksikon, makna yang nyata sesuai dengan pemerhatian alat indera dan makna
yang sesuai dengan referennya. Misalnya, istilah ‘lintah’ merupakan sejenis binatang
yang berupa seperti pacat tetapi saiz lebih besar dan istilah “darat” bermaksud kawasan

6
tanah. Apabila kedua-dua istilah ini bergabung menjadi “lintah darat”, ia memberi makna
orang yang mengenakan bunga yang tinggi atas pinjaman yang diberikan. Oleh itu,
makna perkataan hanya boleh ditentukan dengan meneliti perkaitan antara unsur-unsur
yang membentuk struktur makna perkataan dalam ayat (Kushartanti et.al, 2005).
Terdapat tujuh jenis makna leksikal dalam bahasa Melayu iaitu sinonim, antonim,
hiponim, homonim, homograf, homofon dan polisem.

3.1 SINONIM
Perkataan sinonim berasal daripada bahasa Yunani kuno iaitu ‘onoma’ yang
bermaksud ‘nama’ dan ‘syn’ yang bermaksud ‘dengan’. Menurut Abdullah Yusof
(2009), sinonim ialah perkataan yang mempunyai kelainan bentuk ejaan atau
bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Terdapat empat
jenis sinonim dalam Bahasa Melayu iaitu sinonim pinjaman, sinonim konteks,
sinonim laras sosial dan sinonim kolokasi.

Jenis Sinonim Huraian


Sinonim Pinjaman Merujuk kepada perubahan makna berlaku dalam sesuatu
perkataan dalam dialek bahasa yang sama. Contohnya,
perkataan ‘batas’ dalam dialek Kedah bermaksud jalan raya
manakala dalam bahasa Melayu standard ‘batas’ bermaksud
timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah.
Sinonim Konteks Merujuk kepada perkataan yang mempunyai makna yang sama
tetapi boleh digunakan dalam konteks yang berbeza.
Contohnya, perkataan ‘sejuk’ dan ‘dingin’ mempunyai makna
yang sama tetapi digunakan dalam konteks yang berbeza :
Sejuk – Dia berasa lega selepas minum air sejuk.
Dingin – Cuaca di Cameron Highland sangat dingin pada waktu
pagi.
Sinonim Laras Sosial Merujuk kepada bentuk bahasa yang wujud berdasarkan situasi
sosial yang berlainan sama ada secara lisan atau tulisan.
Contohnya, laras bahasa istana iaitu perkataan ‘bersiram’
bermaksud mandi, tetapi dalam bahasa Melayu standard
bermaksud mencurahkan air.
Sinonim Kolokasi Merujuk kepada hubungan kedudukan atau kewujudan antara
satu perkataan dengan yang lain dalam satu susunan.
Misalnya, perkataan ‘boleh’ merujuk kepada diizinkan dan tidak
dilarang manakala ‘dapat’ merujuk kepada mampu atau

7
sanggup melakukan sesuatu. Contoh ayat :
Boleh - Selepas bersembahyang maghrib, kamu boleh
menonton televisyen.
Dapat - Dia tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam.
Jadual 4: Jenis-jenis sinonim

3.2 ANTONIM
Perkataan antonim berasal daripada bahasa Yunani kuno iaitu onoma yang
bermaksud ‘nama’ dan anti yang bermaksud berlawan. Antonim didefinisikan
sebagai perkataan yang berlawanan makna dengan sesuatu perkataan.
Terdapat tiga jenis antonim iaitu antonim taksiran, antonim pelengkap dan
antonim berhubungan.

Jenis Antonim Huraian


Antonim Taksiran Merujuk kepada antonim yang dapat difahami atau diteka untuk
sesuatu perkataan serta boleh dibandingkan dengan mudah.
Contohnya, sekiranya sesuatu itu tidak besar maka sudah tentu
ia kecil.
Antonim Pelengkap Merujuk kepada pasangan perkataan yang saling melengkapi
antara satu sama lain dan tidak ada perkataan lain yang boleh
diganti. Contohnya, kahwin-bujang dan menang-kalah.
Antonim Berhubungan Merujuk kepada unsur perhubungan secara dua hala antara
dua perkataan yang berlawanan. Contohnya, ibu-anak, guru-
murid dan memberi-menerima.
Jadual 5 : Jenis-jenis antonim

3.3 HIPONIM
Hiponim berasal daripada bahasa Yunani kuno iaitu onoma yang bermaksud
nama dan ‘hypo’ yang bermaksud di bawah. Hiponim ialah makna umum yang
merangkumi makna khusus dan bersifat tidak berlawan cuma saling berkait
antara satu sama lain. Contohnya, kategori bunga merangkumi bunga cempaka,
mawar, anggerik, dahlia, melur, dan sebagainya. Hiponim boleh dibahagikan
kepada dua jenis iaitu hiponim umum dan hiponim tulen.

Jenis Hiponim Huraian


Hiponim Umum Hiponim umum berlaku apabila terdapat satu perkataan yang

8
maknanya terangkum dalam makna perkataan lain.
Contohnya, perkataan ‘buah’ merujuk kepada semua jenis
buah-buahan sama ada buah-buahan tempatan seperti
pisang, durian, manggis dan buah-buahan bukan tempatan
seperti epal.
Hiponim Tulen Hiponim tulen berfungsi bagi membezakan satu perkataan
yang umum yang mencakupi makna dua atau lebih
perkataan lain. Contohnya, perkataan ‘padi’ yang
mempunyai dua perkataan dalam golongannya iaitu beras
dan nasi.
Jadual 6: Jenis-jenis hiponim

3.4 POLISEM
Polisem ialah sesuatu perkataan, ungkapan dan sebagainya yang mempunyai
lebih daripada satu makna yang berkait antara satu sama lain (Ainon, 1976).
Walaupun perkataan polisem ini mempunyai persamaan bunyi dan bentuk ejaan
tetapi maknanya adalah berbeza apabila digunakan dalam konteks yang
berlainan. Contoh polisem dapat dijelaskan seperti ayat di bawah dalam
penggunaan perkataatn ‘cetek’ :

i) Paras air di Empangan Semenyih semakin cetek. (tidak dalam)


ii) ii) Dia bercakap seperti orang yang cetek ilmu. (ilmu pengetahuan yang
tidak dalam)

3.5 HOMOGRAF
Dari aspek etimologi, istilah homograf berasal daripada bahasa Yunani iaitu
‘homos’ yang bermaksud sama dan ‘grapho’ yang bermaksud tulis. Homograf
merupakan perkataan yang ejaannya sama dengan perkataan lain tetapi berbeza
dari aspek sebutan dan maknanya. Contohnya, ‘rendang’ boleh membawa
maksud nama masakan dan pohon yang lebat daunnya.

3.6 HOMOMIM
Homonim berasal daripada bahasa Yunani kuno iaitu onoma yang bermaksud
nama dan ‘homo’ yang bermakna sama. Verhaar (1996) mendefinisikan
homonim sebagai ungkapan berupa perkataan atau frasa yang bentuknya

9
dengan ungkapan lain tetapi mempunyai makna yang tidak sama. Contohnya
ialah :

Haus: i) Kanak-kanak yang berasa haus itu membeli air di kantin. (haus = dahaga)

ii) Alif membeli kasut baharu kerana tapak kasut lamanya sudah haus. (haus
= hilang bunga di tapak)

3.7 HOMOFOM
Homofon merujuk kepada perkataan yang disebut sama dengan perkataan lain
tetapi berbeza dari segi maksudnya. Contohnya :
Salak = sejenis buah
Salak = Bunyi salakan anjing

4.0 PERUBAHAN MAKNA DALAM BAHASA MELAYU


Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa
unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi
sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca
sesuatu yang ditulis (Abdullah Hassan,1994). Hal ini kerana perubahan makna
merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa
di dunia ini. Perubahan makna berlaku disebabkan oleh beberapa faktor iaitu :

a) Faktor perkembangan bahasa itu sendiri


Menurut Souib Hamat (2004), makna kata berubah kerana perkembangan
bahasa itu sendiri. Terdapat perkataan-perkataan yang mengalami
perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal perkataan
tersebut. Misalnya perkataan ‘belayar’ pada suatu ketika dahulu digunakan
untuk perahu yang ada layar sahaja tetapi kini telah berubah makna kerana
kapal sekarang tidak belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga. Hal ini
berlaku disebabkan oleh pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu
mengikut peredaran masa dan keadaan semasa.

b) Faktor tanggapan penutur


Selain perkembangan bahasa itu sendiri, tanggapan penutur juga
menyumbang kepada perubahan maksud sesuatu perkataan. Contonya,
perkataan ‘saudara’ pada asalnya dimaksudkan kepada ‘saudara kandung’
tetapi makna perkataan ‘saudara’ telah berubah kepada semua orang yang

10
mempunyai pertalian darah atau kekeluargaan. Di samping itu, ada juga
penutur cenderung menggunakan perkataan ‘saudara’ dengan tanggapan
yang lebih luas misalnya saudara sesama Islam. Jelaslah bahawa
penggunaan perkataan itu tidak lagi merujuk kepada hubungan pertalian
darah tetapi juga pertalian agama.

c) Faktor peluasan maksud


Menurut S. Nathesan (2001), perluasan maksud berlaku apabila sesuatu
perkataan yang mempunyai satu makna memiliki makna-makna yang lain.
Contohnya, perkataan ‘taman’ pada asalnya digunakan untuk merujuk
kepada kebun bunga tetapi maknanya sekarang telah diperluaskan untuk
mencakupi makna tambahan seperti kawasan perumahan dan kawasan alam
semula jadi seperti Taman Hidupan Liar.

d) Faktor pembatasan atau penyempitan maksud


Penyempitan maksud merupakan faktor berlakunya perubahan makna dan ini
berlaku bagi tujuan-tujuan tertentu. Contohnya, perkataan ‘sarjana’ pada
mulanya digunakan untuk merujuk kepada orang yang pandai atau bijak
namun pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah disempitkan atau
dibataskan untuk merujuk kepada orang yang telah lulus ijazah pertama
seperti “Sarjana Muda Perguruan”.

e) Faktor tujuan simbolik dan stilistik


Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini dapat dlihat dalam
hasil karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Selain daripada itu,
warna juga dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud.
Contohnya, ‘merah’ dimaksudkan dengan ‘keberanian’ , ‘hitam’ dipadankan
dengan ‘kesedihan’ dan ‘putih’ adalah ‘kesucian’. Dalam pada itu, unsur
personafikasi seperti perkataan ‘kumbang’ dan ‘bunga’ selalu dikaitkan
dengan makna seperti kumbang (lelaki) dan bunga (perempuan) dan bukan
lagi dimaksudkan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis
tumbuhan.

5.0 KETAKSAAN MAKNA DALAM TATABAHASA


Menurut Abdullah Hassan (2006), taksa bermaksud kata, frasa atau ayat yang tidak
pasti maknanya ataupun ayat yang mempunyai lebih daripada satu makna. Sehubungan
itu, ketaksaan makna dalam tatabahasa menyebabkan pembaca meneka makna ayat

11
tersebut mengikut kefahaman mereka sendiri. Walaupun sesuatu ayat itu tepat dari segi
tatabahasa, namun jika tidak dibaca dengan intonasi yang betul akan menimbulkan
ketaksaan makna. Ketaksaan makna tatabahasa berlaku pada peringkat perkataan yang
akan menyebabkan seluruh ayat mengalami ketaksaan. Contohnya, perkataan
‘mengundang’ dan ‘menjemput’ dalam ayat berikut :

a. Saya mengundang anda ke majlis perkahwinan anak saya.


b. Saya menjemput anda ke majlis perkahwinan anak saya.

Berdasarkan ayat tersebut, berlaku ketaksaan makna. Menjemput sebenarnya


membawa maksud pergi ke rumah orang yang diundang dan membawanya ke majlis
tersebut sebaliknya mengundang bermaksud sekadar mempelawa.

1) Permasalahan Dalam Pengajaran Makna


Menurut Nik Safiah Karim (2004), tatabahasa Melayu mencakupi dua bidang
iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur,
pembentukan kata dan golongan kata manakala sintaksis mengkaji bentuk ,
struktur dan binaan ayat. Ketika mengajar kedua-dua aspek ini, guru sering
berhadapan dengan masalah khususnya gejala lewah dalam makna. Lewah
ialah satu keadaan yang berlebihan hingga menyebabkan suatu perkara
dinyatakan secara melampau. Contohnya ialah :

“Pasukan bola sepak bermain mati-matian demi untuk negara”

Berdasarkan ayat di atas, penggunaan ‘demi’ dan ‘untuk’ dianggap


lewah kerana dalam ayat yang betul, hanya dibenarkan memilih satu sahaja
daripada dua perkataan tersebut. Selain itu, lewah juga berlaku sekiranya
perkataan digandingkan berdua. Contohnya ialah :

a) Kasut-boot
b) Cuba-try
c) Pintu-gate

Dalam lewah makna, ia terdiri daripada ciri-ciri seperti berikut :

a) Penggandaan
Bentuk Lewah Bentuk sepatutnya

Banyak buah-buah Banyak buah

Semua pelajar-pelajar Semua pelajar

12
b) Imbuhan memper-kan dan diper-kan
Bentuk lewah Bentuk sepatutnya

Memperkemaskan memperkemas

Diperlebarkan diperlebar

c) Imbuhan memper-i dan diper-i


Bentuk lewah Bentuk sepatutnya

Memperkuasai menguasai

Diperdalami didalami

d) Perkataan saling dengan gandaan separa


Bentuk lewah Bentuk sepatutnya

Saling kejar-mengejar Saling mengejar

Saling pukul-memukul Saling memukul

e) Kata penguat kata adjektif darjah penghabisan


Bentuk lewah Bentuk sepatutnya tanpa sekali Bentuk sepatutnya
dengan sekali

Paling besar sekali Paling besar Besar sekali

2) Kepersisan makna, ketaksaan leksikal dan ketaksaan struktur

a. Kepersisan makna
Kepersisan makna merujuk kepada situasi kesamaan makna yang wujud
dalam satu bahasa yang sama ataupun melibatkan bahasa yang berlainan.

13
Kepersisan makna dalam dikelaskan kepada kepersisan makna berdasarkan
sinonim dan kelompok bahasa.

Kepersisan makna berdasarkan sinonim

Kata pinjaman Kereta – motokar,


Dialek Basikal – gerek
Gaya atau konteks Mati - wafat, mangkat, meninggal dunia
Nilai Pelakon - seniman

Menurut Abdullah Hassan (1980), maksud yang sama dalam sinonim tidak
semestinya sama dalam konteks ayat. Contohnya, perkataan ‘banyak’ dan ‘ramai’ dalam
ayat terdapat “ramai lembu di kawasan itu” ialah salah sebaliknya ayat sebetulnya ialah
“terdapat banyak lembu di kawasan itu.”

Kepersisan makna berdasarkan kelompok bahasa

Bahasa Melayu berasal dari rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa Austronesia
daripada keluarga bahasa Austris. Rumpun bahasa ini terbahagi kepada empat iaitu:

 Bahasa Kepulauan Melayu (Melayu, Acheh, Jawa, Sunda)


 Bahasa Polinesia (Hawaii, Tonga, Maori)
 Bahasa Malanesia (Fiji, Irian)
 Bahasa Mikronesia (Marshall, Carolina Kepulauan Mariana)

b. Ketaksaan Leksikal
Ketaksaan leksikal merujuk kepada sifat lewah yang terdapat dalam penggunaan perkataan
kerana setiap perkataan dalam bahasa mempunyai lebih daripada satu makna. Akibatnya,
berlaku kekeliruan ketika mentafsir sesuatu makna perkataan. Norhafizah Bordin (2013),
telah menyenaraikan tiga faktor yang menyebabkan ketaksaan leksikal iaitu morfologi,
leksikon dan faktor sintaksis.

Morfologi

Terdapat beberapa jenis ketaksaan dalam bidang morfologi iaitu :

 Afiks
Bentuk yang dalam perkataan merupakan unsur langsung, bukan bentuk bebas serta
sanggup bercantum dengan perkataan. Contohnya, imbuhan.

14
 Prefiks ‘ter’
Menunjukkan pengertian dapat, tak sengaja, paling. Sebagai contoh ayat ialah “batu
itu terangkat oleh saya”. Penggunaan imbuhan ‘ter’ dalam ayat ini menunjukkan
mampu atau dapat mengangkat.
 Prefiks ‘ber’
Bermaksud menghasilkan, mempunyai, mengucapkan. Contoh dalam ayat ialah
“satu kemalangan telah berlaku”. Perkataan berlaku menunjukkan makna
menghasilkan.
 Prefiks ‘pe’
Memiliki dua pengertian iaitu orang yang melakukan pekerjaan, misalnya petugas
dan alat yang yang melakukakan pekerjaan, misalnya penukul.
Leksikon

 Kehomoniman
Perkataan yang sama ejaannya tapi berbeza makna. Contohnya ialah “saya yakin itu
pasti bisa” (bisa ialah racun ular / bisa ialah boleh diselesaikan)
 Preposisi
Preposisi ke- digunakan dalam ujaran. Contohnya, “saya keberatan untuk
menerimanya” (keberatan bermaksud tidak bersetuju)

Sintaksis

 “Siapa pun yang hadir boleh bersuara” (perkataan bersuara boleh membawa maksud
mengeluarkan suara atau beri pendapat).
 “Apabila Malaysia kalah, penyokong gigit jari” (menggigit jari atau menyesal).

c. Ketaksaan struktur
Ketaksaan struktur berlaku disebabkan struktur dalam ayat mengelirukan. Contohnya :

 “Guru Aminah yang tegas itu memakai baju kurung merah” (terdapat makna yang
mengelirukan iaitu guru Aminah yang tegas ataupun Aminah yang tegas)
 “Ibu, makan nasi adik” (ayat ini bermaksud adik meminta ibunya memakan nasinya)

3) Kekaburan makna
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) mendefinisikan taksa ialah sesuatu yang
mempunyai makna yang kabur, sangsi dan meragukan. Kekaburan makna dapat
dibahagikan kepada empat jenis iaitu kekaburan rujukan, ketidakpastian makna, kurang
ketentuan pada makna item dan pertentangan pada penentuan makna item.

15
Kekaburan Kekaburan rujukan ialah makna yang hampir sama tapi fungsinya
Rujukan dalam ayat berbeza contohnya, sahabat dan kawan. Secara
tepatnya, perkataan sahabat menunjukkan perhubungan yang
lebih rapat daripada kawan.

Ketidakpastian Item yang kabur dan tidak jelas contohnya, Amir jiran saya.
Makna Perkataan jiran tidak dapat menunjukkan jarak sebenar tempat
tinggal Amir sama ada jauh atau dekat.

Kurang Ketentuan Terdapat pengertian makna yang tidak jelas kerana ayat terlalu
Pada Makna Item umum. Contohnya budak itu terjatuh. Perkataan budak adalah
kabur kerana tidak dijelaskan dari segi jantina, bangsa dan
umumnya. Situasi terjatuh pula tidak diketahui tempat dan
sebabnya.

Pertentangan Bermaksud makna yang mempunyai tafsiran yang berlainan


Pada Penentuan seperti ayat berikut :
Makna Item
“Mesyuarat akan diadakan selepas waktu asar atau selepas
waktu pejabat.”

Berdasarkan ayat tersebut, terdapat kekaburan kerana terdapat


dua arahan yang kurang jelas sama ada mesyuarat yang
dinyatakan akan diadakan selepas waktu asar atau selepas
waktu pejabat. Hal ini adalah disebabkan oleh terdapat
kemungkinan bahawa waktu asar adalah lebih awal daripada
waktu pulang pejabat.

6.0 MAKNA AYAT DALAM BAHASA MELAYU

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur
ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang
kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang
ditulis. Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap
perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna.
Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk
mendapatkan makna ayat pula bergantung pada makna perkataan yang terdapat dalam
ayat tersebut. Dari sudut lain, terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan tiga
makna dan adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa

16
makna. Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis
memahami makna yang ingin disampaikan sehinggakan kita mengabaikan ataupun tidak
menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu, makna ayat boleh
dibahagikan kepada dua iaitu makna konotatif dan makna denotatif.

6.1 Makna konotatif


Makna konotatif merupakan suatu makna yang bukan makna sebenar dan
merujuk pada hal yang lain. Terdapat banyak ahli linguistik yang mengatakan
bahawa makna konotatif sebenarnya adalah makna kiasan sedangkan makna
kiasan itu adalah makna figuratif dan bukan makna konotatif. Zgusta (1971)
berpendapat bahawa makna konotatif itu adalah suatu makna bagi semua
komponen yang ada pada kata yang ditambah beberapa nilai dasar yang
biasanya berfungsi menandai. Menurut Harimurti (1982) pula, beliau mengatakan
bahawa konotatif ialah aspek makna sebuah atau sekelompok kata yang
didasarkan atas perasaan atau fikiran yang timbul atau ditimbulkan pada
pembicara (penulis) dan pendengar (pembaca). Sebuah kata pula disebut
sebagai makna konotatif apabila sesuatu kata itu mempunyai nilai rasa, baik
positif mahupun negatif. Jika tidak memiliki nilai rasa, maka ia dikatakan tidak
memiliki konotatif, tetapi juga disebut sebagai konotatif neutral, positif dan
negatifnya nilai rasa sebuah kata itu seringkali juga terjadi akibat daripada
penggunaan referen kata itu yang turut berfungsi sebagai sebuah perlambangan.
Jika ianya hanya digunakan sebagai lambang sesuatu yang positif, maka akan
bernilai rasa yang positif, dan sekiranya digunakan sebagai lambang sesuatu
yang negatif, maka akan bernilai rasa negatif. Contohnya ialah :

 Harimau dijadikan sebagai lambang negara Malaysia.


 Maka ianya menjadi nilai rasa positif sedangkan makna konotatif yang
bernilai rasa negatif seperti buaya yang melambangkan kejahatan.

Makna konotatif juga dapat berubah dari waktu ke waktu. Misalnya, kata
‘ceramah’ dulu kata ini berkonotatif negatif kerana bererti ‘cerewet’ tetapi sekarang
konotatifnya positif. Makna konotatif ini tidak diketahui oleh semua orang dan ianya
hanya digunakan dalam tujuan yang tertentu sahaja. Misalnya, frasa jam tangan
seperti ayat di bawah :

“Pak Abu seorang pegawai polis yang sangat tekun dan berdedikasi. Beliau
sentiasa berdisiplin dalam melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan. Pada suatu

17
hari, rakan Pak Abu telah melihat jam tangan Pak Abu dan berkata
kepadanya,"Cantik jam tangan Pak Abu.” kata rakannya itu”.

Dalam ayat di atas, frasa jam tangan memiliki makna konotatif yang bererti
sebagai satu sub-disiplin. Namun, makna ini hanya diketahui oleh orang-orang yang
bekerja di pejabat atau sama waktu dengannya sahaja. Dalam contoh di atas, jam
tangan itu memiliki makna konotatif positif kerana sifatnya yang memuji.

6.2 Makna denotatif


Makna denotatif adalah makna dalam alam wajar secara eksplisit. Makna wajar
ini adalah makna yang sesuai dengan apa adanya. Denotatif adalah suatu
pengertian yang terkandung dalam sebuah kata secara objektif. Jika makna
denotatif itu sering disebut, maka makna konseptual, makna denotasi atau
makna kognitif turut dilihat dari sudut yang berbeza. Pada dasarnya, makna
referensi dan makna denotasi ini sama makna kerana menurut penglihatan,
pendengaran, perasaan atau pengalaman lainnya. Secara ikhtisasnya, denotatif
adalah hubungan yang digunakan di dalam tingkat pertama pada sebuah kata
yang secara bebas memegang peranan penting di dalam ujaran. Dalam
beberapa buku pelajaran, makna denotatif seringkali juga disebut sebagai makna
dasar, makna asli atau makna pusat.

Daripada beberapa pengertian yang dinyatakan di atas dapatlah disimpulkan


bahawa makna denotasi adalah makna sebenarnya yang ada bersesuaian
dengan pancaindera manusia. Kata yang mengandung makna denotatif mudah
difahami kerana ianya tidak mengandungi makna yang rancu walaupun masih
bersifat umum. Makna yang bersifat umum ini maksudnya adalah makna yang
telah diketahui secara jelas oleh kita semua. Berikut ialah contoh kata yang
mengandungi makna denotatif :

“Dia adalah wanita cantik.”

Kata cantik ini diucapkan oleh seorang lelaki terhadap wanita yang berkulit putih,
berhidung mancung, mempunyai mata yang indah dan berambut hitam.

7.0 KESIMPULAN
Natijahnya, semantik merupakan satu bidang kajian yang sangat meluas dalam bahasa
Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana bidang kajian semantik meliputi bidang
fonologi, morfologi dan sintaksis. Bidang morfologi adalah berkaitan dengan kajian kata
manakala bidang sintaksis berkaitan dengan kajian ayat. Seterusnya bidang fonologi

18
adalah berkaitan dengan cara ujaran sesuatu perkataan ayat yang juga meliputi
penggunaan tanda baca yang betul dan sesuai. Selain itu, bidang semantik ini juga
berperanan untuk mengkaji makna ayat yang mendalam berkaitan dengan sesuatu
perkataan. Seperti yang telah dibincangkan, bahasa Melayu merupakan bahasa yang
fleksibel dan makna perkataan itu boleh berubah atau mempunyai lebih daripada satu
makna. Dalam penulisan ini juga, dapat dilihat juga sifat sesuatu makna atau ayat yang
mempunyai banyak tafsiran mengikut pemahaman pembaca. Oleh itu, setiap bakal guru
mestilah menguasai topik semantik supaya dapat membimbing murid untuk
menghasilkan penulisan yang betul dan gramatis. Tambahan pula, guru juga
memainkan peranan yang penting dalam mengatasi ketaksaan makna seperti gejala
lewah. Hal ini dikatakan demikian kerana murid hari ini mudah terdedah dan cenderung
untuk terpalit dalam gejala lewah. Murid mudah terpengaruh dengan bahasa
persekitaran terutama bahasa rojak. Menyedari akan hal ini, guru mestilah memainkan
peranan yang penting untuk mengatasi segala isu yang boleh menentang hukum atau
rumus tatabahasa. Usaha ini membolehkan keindahan bahasa Melayu sentiasa
terpeliharan sehingga ke generasi akan datang.

19
RUJUKAN
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdullah Yusof et.al. (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam Sdn.Bhd

Chaer dan Abdul. (2014). Linguistik Umum. Jakarta: Rineka Cipta.

Chomsky. (1965). Aspects of the Theory of Syntax. Cambridge, MA: MIT Press

Faridah binti Nazir dan Faiziah Shamsudin. (2014). Semantik dan Peristilahan Bahasa
Melayu, Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd

Faridah binti Nazir. (2015). Pengantar Linguistik Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi
Sdn. Bhd

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Linguistik. (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kushartanti et.al. (2005). Langkah Awal Memahami Linguistik. Jakarta: Granmedia Pustaka
Utama

Mohamad Amin Arshad, Subramaniam & Vijayaletchumy. (2006). Pemerolehan Morfologi


Dan Sintaksis Dalam Kalangan Kanak-Kanak Melayu Pada Peringkat Menjelang
Tatabahasa Dewasa. Jurnal Bahasa, 6(4), 581-609.

Nik Safiah Karim. (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Palmer, F. R. (1989). Semantik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

S. Nathesan. (2001). Makna Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

20

You might also like