You are on page 1of 3

2.

0 PENGENALAN

Umum mengetahui bahawa, semantik dikenali sebagai cabang linguistik yang diertikan
sebagai sebuah kajian dalam menakdirkan ataupun memastikan makna kata dalam sesuatu
bahasa mengikut susunan (Slametuljana, 1965).Dalam penulisan esei ini, saya akan menyorot
mengenai sejarah perkembangan bidang semantik dan fitur makna. Malahan, perbincangan
juga akan lebih terperinci tentang makna leksikal dan makna ayat setelah meniti fakta-fakta dari
buku rujukan, jurnal penyelidikan dan nota kuliah pensyarah yang berkaitan dengan penulisan
ini.

3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BIDANG SEMANTIK

Menurut Norhashimah Jalaluddin (2014), sejarah perkembangan semantik dalam bahasa


Melayumempunyai tiga peringkat perkembangan iaitu peringkat satu iaitu semantik struktural,
peringkatdua yang merupakan semantik generatif dan interpretif dan peringkat tiga iaitu
semantik syarat-benar (truth condition semantic). Perkataan ‘semantics’ telah diperkenalkan
oleh seorang ahli filologi Perancis, bernama Michel Breal pada tahun 1883. Berbeza pula
dengan pendapat Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menyatakan bahawa semantik berasal daripada
perkataan Greek iaitu semantikos yang bermaksud memberi tanda, sesuatu gejala atau tanda
serta sesuatu yang bermakna. Sebenarnya perkataan ‘sema’ dalam semantik ditakrifkan
sebagai makna.

4.2.1 MAKNA LEKSIKAL

Perkataan ‘leksikal’ membawa maksud makna sesuatu perkataan itu sendiri (Mohd Salleh
dan Nor Saadah, 2015). Dalam semantik, makna leksikal terbahagi kepada beberapa bahagian
seperti tafsiran makna leksikal sinonim, antonim, hiponim, homonim, polisemi, ameliorasi atau
peningkatan makna dan pejorasi atau penurunan makna. Menurut Ruth M. Kempson (1977),
dalam membicarakan konsep leksikal, takrifan kata perlu dikenali terlebih dahulu. Sebagai
contoh, makna leksikal sinonim yang membawa maksud perkataan yang seerti atau hampir
seerti. Antaranya perkataan ‘jelita’ dan ‘cantik’, ‘suka’ dan ‘gemar’ serta ‘lompat’ dan ‘loncat’.
Namun begitu, perkataan-perkataan ini bukan seratus peratus sinonim maknanya. Misalnya,
perkataan ‘hangat’ dan ‘panas’ yang mempunyai maksud yang sama dalam konteks
menunjukkan keadaan air seperti ayat ‘Air itu hangat’ dan ‘Air itu panas’. Jika diubah kepada
konteks cuaca, ‘hangat’ tidak boleh digunakan kerana menurut Ratifah Md Taib dan
Shahabuddin Hashim (2014), bukan semua perkataan boleh memberikan makna dalam semua
konteks.
4.2.2 MAKNA STRUKTURAL

Makna structural merupakan makna yang muncul sebagai akibat hubungan antara satu
unsur bahasa dengan unsur bahasa lain dalam satuan yang lebih besar, baik yang berkaitan
dengan unsur fatis mahupun unsur munis.

4.3 KOMPONEN MAKNA

Perkataan tidak hanya mengandungi satu makna tunggal tetapi mempunyai beberapa atau
sekelompok komponen makna untuk memerihalkannya seperti dalam jadual 3.0 di bawah.

Komponen Makna Arnab Tikus Kambing


Peliharaan + - +
Berkaki + + +
Bertanduk - - +
Liar - + -

Jadual 3.0 : komponen makna

4.4 LEWAH DALAM MAKNA

Lewah bererti penggunaan kata atau gabungan kata yang berlebihan atau tidak selari
dengan makna kata. Misalnya, perkataan demi untuk, ramai lembu, dan mereka-mereka.

5.0 MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU

Dalam konteks ini, makna leksikal merujuk pada makna sesuatu perkataan itu tanpa
melihat penggunaannya dalam konteks ayat (Mashitah Abdullah, 2012). Makna leksikal boleh
berdiri sendiri, baik dalam bentuk laksem atau bentuk maknanya lebih kurang tetap seperti
dalam kamus bahasa (Mansoer Pateda, 2010). Makna leksikal dalam Bahasa Melayu berbeza
dengan makna kiasan, makna umum dan makna khusus.

5.1 SINONIM

Sinonim merujuk kepada perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi
mempunyai makna yang sama atau hampir sama (O’Grady, 2000). Misalnya, ‘menolak
cadangan’ dan ‘penolakan cadangan’ membawa maksud yang sama. Sementara itu, sinonim
terbahagi kepada empat iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial dan kolokasi.

5.2 ANTONIM
Antonim ialah perkataan yang mempunyai maksud yang berlawanan. Contohnya, ‘cantik-
hodoh’, ‘bijak-bodoh’, dan sebagainya. Dengan itu, antonim boleh diklasifikasikan kepada tiga
jenis iaitu antonim taksiran, antonim pelengkap dan antonim berhubungan.

5.4 HOMONIM

Homonim mengandungi kedua-dua ciri, iaitu homofon dan homograf. Homofon ialah bunyi
yang sama yang ditunjukkan sama ada pada peringkat perkataan atau huruf. Contohnya,
perkataan daki. ‘daki’ membawa maksud yang berbeza mengikut konteks iaitu kotoran di badan
dan menaiki tempat tinggi. Homograf merupakan perkataan yang mempunyai kesamaan bentuk
ejaan tetapi tidak sama dari segi sebutan dan makna (Siti Hajar Abdul Aziz,2009).

5.7 PEJORASI

Proses pejorasi merupakan proses yang bertentangan dengan ameliorasi kerana ia


membawa makna baharu yang lebih rendah berbanding dengan makna asalnya (Abdullah
Yusof, 2009). Sebagai contoh, perkataan ‘mampus’ dirasakan lebih kasar dan kurang hormat
berbanding dengan perkataan asalnya ‘meninggal.

7.0 PENUTUP

Oleh itu, dengan adanya pemahaman yang mendalam terhadap ilmu semantik ini, setiap ujaran
yang dilontarkan akan kelihatan sopan dan teratur. Ilmu semantik ini harus diperkembangkan
hari demi hari agar bahasa Melayu terus berkembang maju seiring dengan zaman.

You might also like