You are on page 1of 5

Pengenalan

Semantik amat berpengaruh dalam menentukan makna sesuatu kata. Selain


kajian sejarahnya yang mengundang pelbagai persepsi daripada sarjana bahasa,
semantik juga menarik untuk dibincangkan melalui ragaman fitur, leksikal dan juga
perubahannya dalam sesuatu bahasa itu. Dalam bahasa Melayu, keunikan
peribahasa misalnya, memerlukan ketajaman fikiran untuk membuat huraian yang
mendalam terhadap makna sebenar sesuatu peribahasa itu.

Semantik merupakan satu bidang yang mengkaji dan menganalisis makna


kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna
sendiri. Melalui bahasa, kita dapat mengetahui fikiran, emosi serta sikap seseorang
manusia. Semantik merupakan salah satu cabang ilmu pengetahuan dalam bidang
ilmu kebahasaan.

Definisi Semantik

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009) dalam Salleh (2015), semantik berasal
daripada perkataan Greek, iaitu semantikos yang membawa maksud memberikan
tanda, sesuatu gejala atau tanda atau masalah yang bermakna. Semantik bermula
daripada perkataan semayang. Semayang merujuk kepada aspek makna atau
maksud, iaitu makna seperti yang diungkapkan dalam sesuatu bahasa atau sistem
tanda yang lain.

Menurut Stalnaker (1972: 383) dalam Bardovi dan Taylor (2003), sintaksis
merupakan bidang yang mengkaji ayat, manakala semantik merupakan bidang yang
mengkaji preposisi. Beliau telah menjelaskan bahawa semantik telah memperjelas
peraturan untuk menyesuaikan ayat dalam bahasa dengan preposisi yang
diungkapkan. Penyesuaian ayat dengan preposisi berkaitan degan konteks ayat
tersebut digunakan.

Menururt Sperber dan Wilson (1998), konsep semantik tidak dapat


menerbitkan makna sebenar sesuatu ujaran kerana dia telah mengabaikan konteks
dan kontekstualiti. Perkara yang diutamakan ialah bentuk logik yang membentuk
sebahagian daripada nahu sesuatu bahasa. Hal ini telah menerangkan bahawa
semantic mengkaji makna dari segi permaknaan pada peringkat linguistik tulen.
Pendek kata, kajian semantik khusus pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk
logik sahaja.

1
Sejarah Semantik

Ilmu semantik ini telah dikaji sejak tahun 427 – 347 SM oleh Plato. Dalam
karyanya Crafylus, beliau mengatakan bahawa setiap bunyi bahasa mempunyai
makna-makna tertentu. Aristotle, iaitu murid kepada Plato menggunakan isitilah
makna sewaktu mendefinisikan perkataan pada masa tersebut. Berdasarkan
pernyataan ini, perkataan merupakan satuan terkecil yang mengandungi makna
yang hadir secara tersendiri iaitu makna leksikal dan makna gramatikal. Plato
mempunyai pendapat yang berbeza jika berbanding dengan Aristotle. Plato
berpendapat terdapat hubungan makna antara perkataan. Namun demikian, Aristotle
melihat hubungan tersebut dari segi bentuk dan makna kata.

Perkembangan bidang semantik agat lambat di Malaysia jika berbanding


dengan bidang linguistik lain seperti morfologi, fonologi, fonetik dan sintaksis. Bidang
semantik berkembang di Malaysia pada era pascamerdeka. Hal ini dikatakan
demikian kerana kajian berkenaan dengan tatabahasa bahasa Melayu telah berlaku
pada masa tersebut menerusi hasil penulisan berkenaan dengan tatabahasa.
Perbincangan tatabahasa tersebut hanya memberi fokus terhadap bidang morfologi
dan sintaksis sahaja. Walaubagaimanapun, bidang semantik yang mengkhusus
tentang makna tersisip secara tidak langsung dalam buku menerusi perbincangan
tentang proses transformasi kata dan ayat. Proses transformasi dalam kata dan ayat
telah membawa penjelasan berkenaan dengan perubahan makan yang berlaku
terhadap sesuaut perkataan dan ayat.

Fitur makna

Fitur makna merupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang masing-
masing mempunyai ciri-ciri sendiri. Ciri semantik bermaksud perkataan-perkataan
dimasukkan ke dalam golongan masing-masing menurut makna perkataan
berkenaan.

Zaaba (1965) dalam Abdullah dan Abdullah (2018) telah menggolongkan


perkataan kepada beberapa jenis seperti perkataan nama, perkataan perbuatan,
perkataan sifat, perkataan sendi dan perkataan seruan. Perkataan nama merupakan
segala perkataan yang menyebut benda atau orang. Contohnya, kakak, burung,
meja dan kerusi. Perkataan perbuatan pula merupakan segala perkataan yang
menyebut perbuatan yang dikerjakan atau keadaan yang wujud. Contohnya, ambil,

2
masak dan duduk. Perkataan sifat merujuk segala perkataan yang menerangkan
atau menunjukkan sifat sesuatu nama atau perbuatan. Contohnya, kecil, besar dan
tua. Perkataan sendi pula merupakan perkataan yang menyambung antara
perkataan dengan perkataan. Contohnya, dengan, dan dan oleh. Perkataan seruan
merupakan perkataan yang semata-matanya digunakan bagi mengeluarkan
perasaan hati. Contohnya, aduh, amboi dan cis.

Fitur makna mempunyai tiga kelas makna yang berbeza, iaitu makna emotif,
makna konotatif dan makna piktorial. Menurut Sipley, makna emotif merupakan
makna yang timbul akibat adanya reaksi pembicara atau sikap pembicara mengenai
atau terhadap sesuatu yang difikirkan atau dirasakan. Contohnya, perkataan
meninggal dunia, mati dan wafat merupakan satu jenis makna emotif yang
membawa maksud sudah meninggal dunia. Penggunaan perkataan yang berbeza ini
boleh menimbulkan nilai yang berbeza terhadap orang lain.

Makna konotatif berbeza dengan makna emotif kerana makan konotatif


cenderung bersifat negatif manakal makna emotif adalah makna yang bersifat positif.
Makna konotatif muncul akibat asosiasi perasaan kita terhadap apa-apa yang
diucapkan atau didengar. Makna konotatif merupakan makna yang diperolehi
berbeza daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan. Tujuan makna
konotatif adalah untuk menegur dan juga memberi nasihat kepada orang lain. Dalam
kata lain, makna konotatif merupakan makna tersirat.

Makna piktorial merupakan makna yang muncul akibat bayangan pendengar


atau pembaca terhadap kata yang didengar atau dibaca. Makna piktorikal
menghadapkan manusia dengan kenyataan terhadap perasaan yang timbul kerana
pemahaman tentang makna kata yang diujarkan atau ditulis

Makna leksikal

Makna leksikal merupakan makan denotatif atau tersurat, makna umum atau
makna kamus. Makna leksikal merupakan satu subbidang linguistik yang merujuk
kepada kajian tentang apa yang ditunjukkan atau apa yang dimaksudkan oleh
sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa. Oleh sebab itu, kamus telah menjadi
pegangan dan rujukan penting bagi penutur sesuatu bahasa. Manusia juga dikatakan
satu jenis kamus bergerak kerana kita mengetahui berates-ratus makna bagi bahasa
yang dituturkan.

3
Struktur dalam makna perkataan mempunyai lima jenis, iaitu sinonim,
antonim, hiponim, homonim dan juga polisemi. Sinonim merupakan perkataan yang
berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir
sama (O’ Grady, 2000 : 118). Sinonim merupakan satu jenis fenoma bahasa apabila
terdapat perkataan yang mempunyai makna yang sama. Walaubagaimanapun, tidak
semestinya ada perkataan yang mempunyai makna yang sama secara
keseluruhannya.

Antonim merupakan pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang


mempunyai makna yang tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai
perkataan berlawanan. Contohnya, kecil lawannya besar. Namun, bukan semua
perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut.
Oleh itu, kata nafi “tidak” akan digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna
tersebut.

Hiponim pula merupakan perkataan yang makna terangkum dalam makna


kata yang lain. Sebagai contoh, mawar, melur dan cempaka merupakan hiponim
kepada bunga.

Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim, iaitu dua kata atau
lebih yang mempunyai bunyi atau ejaan yang sama tetapi berlainan makna.
Homonim dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu homograf dan homofon.
Homograf merupakan kata yang ejaannya sama tetapi berlainan maksud. Homofon
merupakan kata yang sebutannya sama tetapi berlainan maksud.

Polisemi pula merupakan bentuk kata yang mempunyai lebih daripada satu
makna bergantung kepada konteks ayat. Polisemi merupakan perkataan yang
memiliki ejaan dan bunyi yang sama dan mempunyai banyak makna. Makna yang
dibawa oleh polisemi walaupun tidak menimbul makna yang sama, tetapi masih
memiliki satu kesamaan. Conothnya, perkataan kepala. Kepala boleh membawa
maksud bagaian tubuh daripada leher ke atas dan juga merujuk kepada ketua.
Semua maksud itu telah merujuk kepada bahagian yang memiliki kedudukan yang
sangat penting.

Makna ayat

Makna ayat boleh dibahagikan kepada dua iaitu makna konotatif dan makna
denotatif. Makna konotatif merupakan suatu makna yang bukan makna sebenarnya
dan merujuk pada hal yang lain. Menurut Zgusta (1971:38) dalam Nelson (1980)

4
berpendapat bahawa makna konotatif itu adalah suatu makna bagi semua
komponen yang ada pada kata yang ditambah beberapa nilai dasar yang biasanya
berfungsi menandai.

Makna denotatif adalah makna dalam alam wajar secara eksplisit. Makna
wajar ini adalah makna yang sesuai dengan apa adanya. Denotatif adalah suatu
pengertian yang terkandung dalam sebuah kata secara objektif. Seringkali juga
makna denotatif itu disebut, maka makna konseptual, makna denotasi atau makna
kognitif ini turut kerana dilihat dari sudut yang berbeza. Pada dasarnya, makna
referensi dan makna denotasi ini sama makna kerana menurut penglihatan,
pendengaran, perasaan, atau pengalaman lainnya.

Denotatif adalah hubungan yang digunakan di dalam tingkat pertama pada


sebuah kata yang secara bebas memegang peranan penting di dalam ujaran. Dalam
beberapa buku pelajaran, makna denotatif seringkali juga disebut sebagai makna
dasar, makna asli atau makna pusat.

Kesimpulan

Kesimpulannya, semantik sebenarnya merupakan sebahagian daripada ilmu


linguistik kerana bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik
merupakan satu bidang yang sangat luas, dimana semantik telah mencakupi
kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa serta juga masalah dalam kajian
psikologi. Jadi, secara pendek kata, semantik atau makna adalah penting dalam
sesuatu bahasa.

You might also like