You are on page 1of 9

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan................................................................................................................. 2

2.0 Penulisan Akademik....................................................................................................2

2.1 Peranan Perkembangan Sastera Kanak-kanak dalam Pendidikan..........................2

2.2 Sumbangan Perkembangan Sastera Kanak-kanak dalam Pendidikan....................2

2.3 Genre Sastera Kanak-kanak....................................................................................2

2.4 Konsep Kreativiti......................................................................................................2

2.5 Proses Kreatif.......................................................................................................... 2

3.0 Penutup....................................................................................................................... 2

Rujukan.................................................................................................................................. 2

1
1.0 Pengenalan
Sastera kanak-kanak memainkan peranan yang signifikan dalam pendidikan untuk
meningkatkan daya imaginasi, kecerdasan emosi, minat, kosa kata dan kemahiran bahasa
yang lain di kalangan kanak-kanak. Sastera kanak-kanak boleh diajar dalam kelas secara
didik hibur. Secara umumnya, terdapat lima genre sastera kanak-kanak, iaitu cerita rakyat,
cerpen, novel, drama dan puisi. Sastera kanak-kanak menceritakan sesuatu secara kreatif
dan menceritakan mengikut tahap kesesuaian kanak-kanak dengan penyerapan nilai-nilai
tertentu.

Secara ringkasnya, kerja kursus ini akan menghuraikan peranan dan sumbangan
sastera kanak-kanak dalam pendidikan; mengemukakan dan menganalisis genre sastera
kanak-kanak serta menghuraikan konsep dan proses kreatif.

2
2.0 Penulisan Akademik
2.1 Peranan Perkembangan Sastera Kanak-kanak dalam Pendidikan
Menurut Chang (2008), sastera kanak-kanak berperanan sebagai penghibur.
Johnson (2014) mengatakan bahawa kanak-kanak memerlukan pengalaman yang positif
semasa membaca; sastera kanak-kanak dapat menghilangkan stres dan memberi kenangan
indah kepada kanak-kanak. Contohnya, saya mendapati bahawa sebahagian kenangan
indah saya berasal daripada sastera kanak-kanak dan hal ini telah memupukkan minat
membaca dalam jiwa saya. Kesimpulanya, sastera kanak-kanak dapat memupukkan minat
membaca dalam kanak-kanak dan minat tersebut akan diteruskan ke peringkat dewasa, jika
mereka mempunyai pengalaman positif dalam pembacaan sastera kanak-kanak.

Chang juga menyatakan sastera kanak-kanak dapat mengembangkan ilmu kanak-


kanak secara didik hibur; memperkaya kehidupan dan memperluas perspektif kanak-kanak
terhadap dunia ini. Contohnya, kosa kata dan nilai saya berkembang semasa saya
membaca sastera kanak-kanak pada masa lapang sebagai satu aktiviti hiburan. Pendek
kata, sastera kanak-kanak merupakan satu bahan yang baik untuk mendidik kanak-kanak
secara didik hibur.

Chang turut mengatakan bahawa sastera kanak-kanak dapat menyerapkan rasa


simpati dalam jiwa kanak-kanak. Sastera kanak-kanak dapat membantu kanak-kanak
memahami kehidupan dan perasaan orang lain dengan lebih mendalam. Contohnya, buku
sastera kanak-kanak “I love you to the moon and back” membantu saya lebih memahami
bentuk cinta dan sayang daripada seorang ibu. Kesimpulannya, sastera kanak-kanakdapat
membantu memperkembangkan emosi kanak-kanak dengan menggunakan watak dalam
cerita.

Sastera kanak-kanak juga perlu menitikberatkan genre dan kualiti (Chang, 2008).
Chang berpendapat bahawa sastera kanak-kanak perlu memasukkan perkataan yang
mudah diingati; elemen yang bersesuaian dengan kanak-kanak dan ayat yang puitis.
Sebuah sastera kanak-kanak yang baik dapat meningkatkan kemahiran bahasa kanak-
kanak. Misalnya, sastera kanak-kanak membantu saya memperkembangkan kosa kata dan
meningkatkan penggunaan perkataan yang puitis dalam penulisan saya. Secara ringkasnya,
sastera kanak-kanak perlu bersesuaian dengan tahap kanak-kanak dan berkualiti kerana
sastera tersebut akan mempengaruhi kemahiran bahasa kanak-kanak.

3
2.2 Sumbangan Perkembangan Sastera Kanak-kanak dalam Pendidikan
Sastera kanak-kanak dapat mengembangkan kognitif kanak-kanak dengan
menggalakkan kanak-kanak berfikir lebih mendalam terhadap sastera yang dibaca (Crippen,
2012). Beliau juga berpendapat bahawa sastera kanak-kanak yang berkualiti tidak akan
memberikan jawapan sepenuhnya kepada kanak-kanak, tetapi membenarkan kanak-kanak
memberikan pandangan yang berbeza terhadap jalan cerita tersebut berdasarkan
pengalaman sendiri. Jadi, kanak-kanak akan lebih berkemampuan untuk menjawab soalan
yang beraras tinggi.

Seterusnya, Crippen mengatakan bahawa sastera kanak-kanak dapat


mengembangkan kecerdasan emosi kanak-kanak. Crippen memberikan contoh, iaitu
sastera kanak-kanak mengandungi krisis moral yang memerlukan watak cerita mengambil
keputusan kritikal. Contohnya, dalam cerita “Sang Tikus dan Singa”, apabila singa yang
pernah melepaskan Sang Tikus ditangkap, Sang Tikus diberikan pilihan sama ada Sang
Tikus hendak menyelamatkan singa tersebut ataupun tidak. Perkara ini dapat membantu
kanak-kanak bertingkah laku baik dalam kehidupan dan di dalam kelas.

Menurut Crippen, sastera kanak-kanak juga dapat meningkatkan kreativiti kanak-


kanak dengan menggalakkan kanak-kanak berimaginasi. Contohnya, cerita dalam “Seribu
Satu Malam” dapat memperluas batasan imaginasi kanak-kanak melalui seribu satu cerita
yang terdapat dalam buku tersebut. Hal ini akan membantu kanak-kanak dalam penulisan
esei yang bersifat kreatif.

Sastera kanak-kanak juga dapat membantu kanak-kanak memahami kebudayaan


sesebuah negara. Hal ini kerana sastera kanak-kanak tertentu akan diturunkan satu
generasi demi satu generasi secara berturut-turut. Contohnya, cerita “Si Tanggang”,
“Hikayat Sang Kancil”, “Bawang Putih Bawang Merah” merupakan cerita yang disampaikan
kepada satu generasi kepada satu generasi secara berturut-turut di Malaysia (Naim Tamdjis,
2017). Dengan hal ini, murid akan lebih memahami kebudayaan yang terdapat di Malaysia.

2.3 Genre Sastera Kanak-kanak


Genre pertama sastera kanak-kanak ialah cerita rakyat. Cerita rakyat disampai
dalam bentuk lisan pada zaman dahulu dari satu generasi ke satu generasi; sudah dicetak
atau ditulis pada zaman kini (Mohd Firdaus Che Yaacob & Normaliza Abdul Rahim, 2014).
“Si Tanggang”, “Bawang Merah Bawang Putih” dan “Hikayat Sang Kancil” merupakan contoh
cerita rakyat yang terkenal dalam kalangan orang Melayu (Naim Tamdjis, 2017). Menurut
Othman Puteh, kebanyakan cerita rakyat berasaskan persekitaran dan budaya ketika itu dan
mengandungi pengajaran, komedi dan nilai; Normaliza Abdul Rahim pula mengatakan

4
bahawa antara ketegori cerita rakyat ialah keperwiraan, haiwan, hantu, mistik, epik dan
dongeng (daripada Naim Tamdjis, 2017).

Genre kedua ialah cerpen. Cerpen merupakan “cerita yang pendek; sederhana
pendek; sederhana; kurang kompleks strukturnya dan tidak mencukupi 100 halaman
panjang” (A. Wahab Ali, 2009). Panjang cerpen adalah antara 5000 hingga 20000 patah
perkataan dan panjang cerpen dierti sebagai sehabis meminum secawan kopi atau sehabis
menghisap sebatang rokok (Laman Web Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP], 2017).
Laman Web Rasmi DBP mengatakan cerpen adalah singkat dan padu; mempunyai bahasa
tajam dan menarik; merupakan interpretasi pengarang kepada kehidupan dan mempunyai
persoalan utama, watak utama dan latar.

Genre yang seterusnya ialah novel. Novel adalah lebih panjang dan lebih kompleks
daripada cerpen, iaitu setidaknya 40000 patah perkataan; perkataan novel berasal dari
bahasa Itali yang bererti “sebuah kisah atau sepotong berita” (E-Jurnal, 2016). Ciri-ciri novel
menurut E-Jurnal ialah biasanya ditulis secara naratif dan dalam bentuk cerita, mengisah
tentang tokoh-tokoh dan kelakuan mereka dalam kehidupan sehari-hari. Novel boleh
mempunyai lebih daripada satu konflik dan mempunyai banyak bab dalam cerita.

Genre keempat ialah drama. Perkataan drama berasal daripada bahasa Yunani yang
bermaksud berbuat, bertindak dan sebagainya (Azmi Azhar, 2014). Secara umumnya, skrip
drama adalah dalam bentuk dialog ataupun monolog dan drama dipersembahkan dalam
bentuk lakonan. Perbezaan antara drama dengan karya penulisan yang lain ialah kualiti
drama adalah lebih bergantung kepada lakonan pelakon, tetapi bukan penyampai mesej
melalui perkataan.

Genre yang terakhir ialah puisi. Puisi bersifat dalam bentuk karangan berangkap;
menggunakan bahasa yang puitis dan padat; berirama dan mempunyai gaya bahasa yang
tertentu (Sukiman, 2010). Terdapat dua kategori puisi, iaitu puisi tradisional dan puisi moden.
Puisi tradisional merangkumi pantun, syair, gurimdam, seloka dan sebagainya; hanya satu
jenis puisi moden sahaja, iaitu sajak. Pantun merupakan sastera asli orang Melayu yang
mempunyai pembayang dan maksud serta rima akhirnya ialah abab; syair berasal dari Arab
yang mempunyai empat baris dalam serangkap, semua baris ialah maksud dan rima akhir
ialah aaaa; gurindam diperkenalkan oleh Raja Ali Haji dan lazimnya dua baris serangkap
dan boleh dalam bentuk terikat ataupun tidak terikat; seloka merupakan puisi sindiran yang
dalam bentuk tidak terikat (Sukiman, 2010). Akhirnya, sajak merupakan puisi moden yang
berbentuk karangan berangkap yang tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris,
suku kata sebaris, rangkap dan rima.

5
2.4 Konsep Kreativiti
“Menghasilkan sesuatu yang baharu” merupakan idea utama bagi menjelaskan
konsep kreativiti (Maley, A. & Peachey, N., 2010). Maley dan Peachey juga menyatakan
bahawa kreativiti bukan setakat melakukan sesuatu yang baharu dan luar biasa sahaja,
tetapi kreativiti merupakan satu process dalam mencipta sesuatu yang baharu. Kreativiti
juga ialah proses atau aktiviti yang menghasilkan; mengemukakan; mengeluarkan;
mendapatkan; merumuskan dan mengiktiraf idea yang merupakan pemikiran baharu yang
asli (Malaysia Association of Creativity & Innovation, 2011).

2.5 Proses Kreatif


Menurut Wallas, G., Model Empat Peringkat Wallas dalam proses kreatif
merangkumi penyediaan (preparation), pengeraman (incubation), iluminasi (illumination) dan
verifikasi (verification) (rujuk daripada Sadler-Smith, E., 2015). Berdasarkan Sadler-Smith,
penyediaan adalah dalam keadaan sedar bagi mengemukakan masalah ataupun isu dan
menyimpan masalah tersebut dalam minda; pengeraman akan “mengembangkan” dan
“memperkaya” masalah tersebut dalam proses minda serta menitikberatkan mental pada
masa itu perlu dalam keadaan yang berehat dan tenang untuk menimbulkan idea yang
kreatif; iluminasi pula merupakan proses selepas pengeraman dan masa untuk
mendapatkan ilham secara “bertiba-tiba”; akhirnya, verifikasi merupakan proses untuk
mengesahkan idea ataupun ilham yang didapati dengan menggunakan cara yang saintifik.

(1134 patah)

6
3.0 Penutup
Kesimpulannya, sastera kanak-kanak ialah

7
Rujukan
A. Wahab Ali. (2009). Perkembangan cerpen Melayu: dari cerita moyang ke dewan sastera.
Diakses daripada http://journalarticle.ukm.my/1156/1/sari27%281%29-
2009%5B07%5D.pdf

Azmi Azhar. (2014). Pengertian drama. Diakses daripada


http://gopengertian.blogspot.com/2015/09/pengertian-drama-jenis-jenis-drama-unsur-
unsur-drama.html

Chang. (28 Mei, 2008). The role of children’s literature in the teaching of English to young
learners in Taiwan. Diakses daripada https://www.asian-efl-
journal.com/2309/thesis/the-role-of-childrens-literature-in-the-teaching-of-english-to-
young-learners-in-taiwan/#squelch-taas-tab-content-0-3

Crippen, M. (2012). The value of children’s literature. Diakses daripada


https://www.luther.edu/oneota-reading-journal/archive/2012/the-value-of-childrens-
literature/

E-Jurnal. (2016). Pengertian novel menurut para ahli. Diakses daripada https://www.e-
jurnal.com/2013/12/pengertian-novel-menurut-para-ahli.html

Johnson, R. (2014). Trends in children’s literature and the social implication. Diakses
daripada https://trace.tennessee.edu/cgi/viewcontent.cgi?
referer=https://www.google.com/&httpsredir=1&article=2706&context=utk_chanhonopr
oj

Laman Web Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka. (9 Januari, 2017). Cerpen. Diakses
daripada http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/111

Malaysia Association of Creativity & Innovation. (Mei, 2011). Modul 1.2: definisi kreativiti &
innovasi (slaid powerpoint). Diakses daripada
https://www.audit.gov.my/docs/BM/7Aktiviti%20Jabatan/2Aktiviti
%20Tahunan/3Inovasi/pbkik_jan_m1.2.pdf

Maley, A & Peachey, N. (November, 2010). Creativity in the English language classroom.
London: British Council 2015 Brand and Design/F004. Diaskes daripada
https://englishagenda.britishcouncil.org/sites/default/files/attachments/pub_f004_elt_cr
eativity_final_v2_web-1.pdf

8
Mohd Firdaus Che Yaacob & Normaliza Abdul Rahim. (September, 2014). Cerita rakyat
membentuk moral positif kanak-kanak melalui nilai murni, 2(2), 1-2. Diakses daripada
http://jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2014/11/8.pdf

Naim Tamdjis. (15 Mei, 2017). Cerita-cerita rakyat yang terkenal dalam kalangan orang
Melayu. Diakses daripada https://www.thepatriots.asia/cerita-cerita-rakyat-yang-
terkenal-dalam-kalangan-orang-melayu/

Sadler-Smith, E. (2015). Wallas’ four-stage model of the creative process: More than meets
the eye? Diakses daripada http://epubs.surrey.ac.uk/809234/1/Sadler-Smith
%20Wallas%20Four%20Stage%20Model%20of%20Creativity.pdf

Sukiman. (29 Oktober, 2010). Puisi tradisional. Diakses daripada


http://cikgurohanasmkkamil.blogspot.com/2010/10/puisi-tradisional-definisi-puisi.html

You might also like