You are on page 1of 25

BMM 3142 Kebudayaan Melayu

Kosmologi Masyarakat Melayu dan


Kebudayaan Kebangsaan
Ahli Kumpulan:
Ng Wei Guan (Hamzah)
Wan Yee Wen (Aida)
Yap Pooi Yean (Roslina)
7 PISMP BM/PJ/SJ

Pensyarah:
Tuan Haji Nordin bin Mohd Yusof
Isi kandungan
Pengenalan
1

Kosmologi Masyarakat Melayu


Sebelum kedatangan Islam
2
Selepas kedatangan Islam

Kebudayaan Kebangsaan
Definisi dan Konsep
Rasional
Prinsip
Objektif
3
Strategi dan Pelaksanaan
Isu dan Pemasalahan
Kedudukan Budaya yang Terkini
Bentuk Budaya pada Masa Depan

Rumusan
4

5 Bibliografi
Pengenalan
Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup
anggota sesebuah masyarakat. Kebudayaan memainkan
peranan yang penting dalam proses pembangunan kaum,
masyarakat dan negara. Keperibadian masyarakat
Malaysia harus dipupuk untuk meningkatkan pembangunan
sosioekonomi dan politik. Hal ini pasti memerlukan
penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat
dalam satu proses yang berterusan.
Kosmologi Melayu
Kosmologi merupakan salah satu bidang falsafah yang
mengkaji asal usul, proses dan struktur alam semesta.

Kajian ini mempunyai kaitan dengan budaya pemikiran


sesuatu kaum yang melibatkan agama, bangsa,
pandangan kosmologi, sosiobudaya, adat resam

Kosmologi asli sesuatu bangsa lazimnya bergerak daripada


cerita-cerita yang diistilahkan sebagai
mitos dan lagenda

Orang Melayu asli menganut kepercayaan animisme yang


menguasai kuasa ghaib atau semangat yang
mengawasi tempat tertentu seperti sungai, bukit, pokok
Sebelum Kedatangan Islam
Terdapat kemasukan pengaruh asing telah menjadikan corak kosmologi
tamadun Melayu lebih kompleks dan berwarna-warni
Orang Melayu silam mempunyai konsep kosmologi yang dipengaruhi oleh
budaya animisme, Hindu dan Buddha.

b) Mereka membaca
c) Mereka memohon
a) Mereka memuja mantera yang menyebut
perlindungan daripada
semangat dan penunggu asal kejadian alam dan
penunggu pokok dan gua
makhluknya

e) Mereka mempunyai
d) Mereka menyeru
banyak mitos yang
pertolongan jin dan
menunjukkan unsur
syaitan dalam
kehinduan seperti mitos
perubatan dan sihir
kayangan
Orang Melayu tradisional, mereka melihat alam tabii ini
penuh dengan makna, simbolisme, gurindam dan syair
yang mempunyai makna denotasi

Dalam kosmologi Melayu, alam tabii dianggap penuh


dengan unsur-unsur ghaib dan mistik dan bagi mereka
dimensi fizikal hanya satu manifestasi kecil fenomena
alam yang bergantung pada dimensi hakikat dan roh

Perkembangan kosmologi kebudayaan generasi tersebut


menyerap pelbagai unsur yang datang dari luar ruang
budaya Melayu asli.

Contoh: Dalam Alam Melayu, haiwan, tumbuh-


tumbuhan dan batu-batan mampu berbicara
bahkan secara bernas setanding dengan manusia
Selepas Kedatangan Islam
Selepas kedatangan tamadun Islam di Nusantara, kosmologi Melayu
telah mengalami beberapa perubahan ketara telah memberi
pengaruh kepada sistem dan cara hidup orang Melayu

Kosmologi tamadun Melayu turut mengalami perkembangan ke


tahap yang lebih beradab dan kesantunan tinggi

Dalam pandangan Islam, Allah SWT telah membahagikan alam


semesta kepada kehidupan dunia dan akhirat

Kedua-dua dunia ini adalah penting bagi seseorang muslim kerana


segala perbuatan di dunia akan menentukan keadaannya di akhirat

Setiap kebaikan akan dibalas Setiap kejahatan akan dibalas


pahala dosa
Aliran Tradisi Keintelektualan Islam

Aliran Sufi Aliran Salafi

Membawa kosmologi Membawa kosmologi


wahdat al-wujud yang ithnaniyyat al-wujud
diungkapkan menerusi yang mendasarkan
perbincangan tentang Nur segala fahaman
Muhammad, ayan kepada tafsiran zahir
thabitah dan martabat dari nas-nas al-quran
tujuh. tanpa sebarang tawil.

Dengan kehadiran kedua-dua aliran tersebut, kita boleh


mengetahui kosmologi Melayu telah terbentuk dalam
tradisi keintelektualan Islam yang berasaskan wahyu
Kebudayaan
Kebangsaan
Definisi dan Konsep
Kebudayaan (Krober dan Kluckhohn, 1952; Geertz, 1973): gaya atau
cara hidup manusia secara keseluruhan, termasuklah pemikiran, nilai,
pengetahuan, perlakuan dan bahan material yang dikongsi oleh
mereka.
Kebangsaan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010): segala yang
berkaitan dengan negara secara keseluruhan, nasional dan
melambangkan keperibadian sesebuah negara.

Kebudayaan Kebangsaan
bentuk budaya positif yang menjadi rupa bangsa yang diterima oleh
semua orang.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal pada tahun 1971 hasil rumusan


Kongres Kebudayaan Kebangsaan.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan merupakan satu strategi perancangan
kebudayaan ke arah pembentukan jati diri dan keperibadian
kebangsaan Malaysia di pentas dunia.
Rasional

(b) Penting (c) Menjadi


(a) Rupa
bagi sebuah garis panduan
bangsa yang
negara untuk
positif perlu
membangun membentuk,
dibentuk dalam
dan yang mewujudkan
mendepani
mempunyai dan
masyarakat
penduduk mengekalkan
global.
berbilang kaum identiti bangsa.
3 Prinsip
(i) Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini
Rantau alam Melayu, iaitu warisan tradisi kebudayaan
Kepulauan Melayu yang sebahagian besar suku bangsanya terdiri
daripada orang Melayu, Bugis, Jawa, Iban dan sebagainya.
Kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada kebudayaan
kebangsaan.

(ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai diterima


Tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip
Rukun Negara.
Kemasukan unsur asing (Cina, Arab, India dan sebagainya) terjadi
melalui asimilasi, akomodasi dan akulturasi.

(iii) Islam menjadi unsur yang penting


Agama Islam agama rasmi negara seperti yang termaktub
dalam Perlembagaan.
Fakta Sejarah membuktikan bahawa nilai-nilai Islam telah sedia
didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.
Objektif
(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan
negara melalui kebudayaan.

(ii) Memupuk dan memelihara


keperibadian kebangsaan yang tumbuh
daripada kebudayaan kebangsaan.

(iii) Memperkaya dan meningkatkan


kualiti kehidupan kemanusiaan serta
kerohanian yang seimbang dengan
pembangunan sosioekonomi.
Strategi dan Pelaksanaan
(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah
menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usaha
penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan
perhubungan budaya.

(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepemimpinan budaya melalui


usaha membimbing dan melatih peminat, mendukung dan
menggerakkan kebudayaan dengan seluas-luasnya sebagai
jentera pembangunan yang berkesan.

(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran


kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.

(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya dan meninggikan taraf serta


mutu kesenian.
Strategi dan Pelaksanaan
(samb.)
Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan
Mengurus penyelidikan, pembangunan dan penggalakan,
pendidikan dan pengembangan kesenian serta perhubungan ke
arah kemajuan kebudayaan kebangsaan.
Contoh:

Mengelola persembahan seni di Urus setia perhubungan


Kompleks Budaya Negara kebudayaan antarabangsa
Isu dan Permasalahan
Jarak sosial antara anggota masyarakat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum menyebabkan
pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan sukar.
Isu 1 : Perpaduan Kaum

Satu proses Tanpa perpaduan, akan Perlu menghormati


menyatupadukan anggota membawa kepada jurang kebudayaan setiap kaum,
masyarakat dan negara perpisahan dan kegagalan interaksi budaya antara
melalui ideolog negara. citra kebangsaan. kaum

Menerima bahasa Melayu


sebagai bahasa kebangsaan Selaras dengan Gagasan 1
membolehkan Malaysia satu bangsa
perkembangan kebudayaan tanpa mengira kepelbagaian
berlaku secara difusi etnik dan kebudayaan
bahasa
Bahasa kebangsaan tidak dikuasai dengan
Pemisahan pendidikan mengikut kaum
sepenuhnya kerana menggunakan bahasa
mengurangkan interaksi antara kaum.
kaum masing-masing.

Isu 2: Pendidikan
Kecenderungan anggota masyarakat untuk
Menghalangkan komunikasi dan mengekalkan identiti masing-masing dan
mengurangkan hubungan antara kaum keenganan untuk membuka dunia sosial
kepada kaum lain

Isu 3: Pengaruh budaya popular


Contoh, walaupun
penawaran persembahan budaya
Citarasa budaya
berbagai-bagai rakyat ditawarkan secara
orang ramai
bahan budaya percuma di bandar-bandar,
telah berubah
popular Melayu masih tidak dapat menarik
berikutan
moden penonton. Tetapi mereka
dengan proses
mempengaruhi sanggup mengeluarkan
modenisasi dan
kedudukan perbelanjaan untuk
urbanisasi yang
kebudayaan menonton persembahan
semakin pesat.
tradisi popular seperti konsert K-
pop
Isu 4: Generasi muda kurang pendedahan terhadap tradisi budaya

Kedudukan budaya tradisi yang ingin diperkembangkan


dalam rancangan pembinaan budaya kebangsaan tidak
menunjukkan kemajuan sebagaimana yang diharapkan.

Kerajaan memperkenalkan Kementerian Kebudayaan


Kesenian dan Pelancongan bagi menggalakkan
pertumbuhan budaya kebangsaan.

pengibatan dalam kegiatan-kegiatan kesenian


tradisional atau budaya rakyat tidak memberikan
pendapatan sewajarnya.

Sambutan orang ramai yang dingin terhadap tradisi


budaya itu tidak memberi peluang mereka untuk
menambahkan pulangan ekonomi dengan menumpukan
kepada bidang yang diminati.

Penumpuan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi yang lain


lebih penting, terutama bagi memperbaiki kehidupan
mereka.
Kedudukan Budaya yang Terkini

Malaysia kini menghadapi gelombang kepesatan perkembangan


budaya popular (budaya yang diterima dari luar dan diamalkan
semua rakyat Malaysia).

Budaya popular memainkan peranan penting dari segi pengaruh


budaya itu sendiri, membawa pembangunan ekonomi, teknologi
pembinaan peradaban manusia

Budaya popular tradisi masyarakat Melayu: kegiatan seni dan


mainan, ritual mengubat penyakit, perlakuan keagamaan

Dalam masyarakat moden Malaysia, penawaran bahan-bahan budaya


popular amat meriah. Bahan-bahan budaya popular disalurkan
melalui media eletronik atau bahan bercetak.
Bentuk budaya pada masa hadapan

Ledakan teknologi
maklumat dan
Budaya di dunia telah
globalisasi
berupa menjadi
menyebabkan
serupa dengan amalan
kemusnahan pada
Barat.
budaya, merangkumi
bahasa di dalamnya.

Rakyat Malaysia
harus peka dengan
Sikap tolak ansur
akar budaya bangsa
terhadap budaya
sendiri agar budaya
Barat perlu
tidak beransur-ansur
dihindarkan.
digantikan dengan
budaya luar.
Warna warni Malaysia
Rumusan
Penggubalan dan pelaksanaan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu dan
penting bagi negara Malaysia yang sedang
membangun dan berbilang kaum. Dasar ini
dapat dijadikan garis panduan untuk
membentuk dan mewujudkan satu bangsa yang
bersatu-padu serta mengekalkan identiti dan
jati diri bangsa. Justeru, semua pihak
haruslah berganding bahu antara satu sama
lain dalam usaha mencapai hasrat dan cita-
cita pelaksanaan dasar ini bagi menjamin
kesejahteraan dan kemakmuran negara.
BIBLIOGRAFI
Sumber Buku
Ahmad Subki Bin Miskon, Syed Ismail Bin Syed Mustapa. (2010). Siri Pengajian
Profesional Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.
Ghazali Ismail et al. (2014). Kebudayaan Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Husin Fateh Din, Nazariyah Sani. (2014). Kebudayaan Melayu. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Sumber Internet
Razak. (2008). Kebudayaan Melayu. Diakses pada 20 Januari 2017, daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/238-dasar
kebudayaan-kebangsaan.html

Warna Warni Malaysia. https://www.youtube.com/watch?v=C2SDdy4P_LY


Sekian, terima kasih.

You might also like