You are on page 1of 3

soalan linguistik/fonetik

BAHAGIAN A
ARAHAN
Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.
SOALAN: Markah
1.Pembakuan Bahasa Melayu bertujuan menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur
serta mengurangkan pelbagai variasi sebutan pengguna bahasa Melayu.
Selain matlamat di atas, berikan DUA matlamat pembakuan bahasa Melayu.

2.Pengetahuan tentang peranan alat dan daerah artikulasi penting dalam memahami
jenisjenis bunyi bahasa.

Namakan mengikut turutan jenis bunyi bahasa yang sesuai dengan penyataan yang
diberi di bawah.
(a) Bunyi yang dihasilkan apabila lelangit lembut diturunkan bagi membolehkan
udara keluar melalui rongga hidung.
(b) Bunyi yang dihasilkan dengan geluncuran dua bunyi vokal tetapi hanya
mengandungi satu puncak sebutan.

(c) Bunyi yang dihasilkan apabila berlakunya sekatan arus udara, sempitan, dan
geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung.
(d) Bunyi bersuara yang dihasilkan tanpa apa-apa sekatan pada arus udara dan pita
suara bergetar.

3. Secara ringkas, jelaskan konsep fonologi dan huraikan DUA tujuan ujian fonologi

4. Menurut Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu, ejaan bagi kata serapan bahasa
Inggeris yang mempunyai konsonan bergabung adalah dengan cara menggugurkan
satu huruf konsonan yang sama.
Tunjukkan penggunaan kaedah ini dengan mengemukakan LAPAN contoh perkataan
dengan ejaan terjemahannya

5. Ilmu Linguistik mempunyai pelbagai cabang yang berkait antara satu sama lain.
Nyatakan bidang linguistik yang sesuai dengan penyataan di bawah:

(a) Bidang linguistik yang menjelaskan penggunaan ilmu linguistik dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa.
(b) Bidang linguistik yang meneliti persamaan dan perbezaan antara dua bahasa yang
mempunyai hubungan sejarah.

(c) Bidang linguistik yang memperkatakan kajian bahasa secara ilmiah dan saintifik.

(d) Bidang linguistik yang memerihalkan aspek fonologi, morfologi dan sintaksis sesuatu
bahasa secara saintifik.

BAHAGIAN B
ARAHAN

1.Bunyi-bunyi vokal bahasa Melayu terdiri daripada vokal hadapan, vokal tengah dan
vokal belakang.
(a) Dengan bantuan rajah, tunjukkan kedudukannya.
(b) Beri huraian tentang penghasilan TIGA bunyi vokal hadapan yang ditunjukkan dalam
rajah anda (soalan (a)).

2. Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan sama ada seluruh,
sebahagian (separa), dan bersajak atau berima.
(a) Beri takrifan anda tentang kata ganda seluruh.
Beri DUA contoh bagi setiap kata ganda seluruh yang terdiri daripada:
(i) kata nama
(ii) kata kerja
(iii) kata adjektif.

(b) Kata ganda bersajak/berima atau berentak merupakan proses menggandakan kata
dasar mengikut rentak bunyi tertentu. Perjelaskan TIGA rentak persamaan/penyesuaian
bunyi dan kemukakan TIGA contoh kata ganda bagi setiap rentak.

You might also like