You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2019

Program : PISMP
Nama Pelajar :

KOD : BMMB3103 Semester /Tahun : Semester 1 /


Tahun 3

NAMA KURSUS : Penulisan Kreatif Sastera Ambilan : Jun 2017


Kanak-kanak Kumpulan : PISMP BM1/BM2

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

Tugasan 1 : Penulisan Esei (25%) 2 Feb 2020 20 Feb 2020

Tugasan 2 : Penghasilan Karya (25%)


21 Feb 2020 18 Mac 2020

Tugasan 3 : Pembentangan (10%) 19 Mac 2020 25 Mac 2020

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Menganalisis perkembangan sastera kanak-kanak, genre sastera kanak-kanak


daripada pelbagai sumber. (C4, PLO1, PLO3, CTPS2)

2. Menghuraikan konsep kreativiti dan proses kreatif dengan berkesan. (C5, PLO3,
CTPS3)

3. Menghasilkan karya kreatif berdasarkan kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis.
(C6, PLO4, PLO5, LL2)

4. Menilai hasil karya kreatif secara efektif dalam pembentangan kumpulan. (C5, PLO4,
PLO5, CTPS3, CS2, TS1)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3,dan 4


Objektif Kerja Kursus :

Pelajar dapat :

1. Menulis sebuah esei bertajuk ”Kreativiti dan proses kreatif berupaya menggerakkan
perkembangan sastera kanak-kanak di Malaysia”. berdasarkan maklumat daripada
pelbagai sumber dengan berkesan.

2. Menghasilkan sebuah karya kreatif iaitu cerpen dengan menyerlahkan pemikiran kreatif
untuk menjalani pembelajaran sepanjang hayat.

3. Menilai hasil karya kreatif dalam kumpulan dengan kebolehan berkomunikasi dan
bekerjasama secara efektif, bertanggung jawab sebagai satu pasukan dalam
menyelesaikan masalah.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Penulisan kreatif di Malaysia yang dilihat tumbuh sumbur dengan genre yang pelbagai dan
tema yang luas, sesuai dengan zaman globalisasi, adalah hasil usaha kreativiti masyarakat
Malaysia. Penghasilan sastera kreatif berkait rapat dengan kreativiti seseorang pencipta,
proses mencipta dan unsur-unsur luaran yang menyokong penghasilan, penyuntingan,
pemurnian dan penerbitannya. Sehubungan dengan pertumbuhan sastera kreatif di
Malaysia laksanakan tugas-tugas berikut:

Tugasan 1: Penulisan Esei – (25%)

Secara individu, anda dikehendaki menulis sebuah esei yang bertajuk “Konsep kreativiti
dan proses kreatif berkaitan rapat dengan penghasilan sesebuah karya sastera kanak-
kanak. Analisiskan perkembangan sastera kanak-kanak di Malaysia”

Tugasan 2 - Penghasilan Karya (25%)

Menghasilkan sebuah cerpen kanak-kanak bertemakan nilai murni membentuk jatidiri


kanak-kanak Malaysia.

Tugasan 3 – Pembentangan Kumpulan (10%)

Pilih salah satu hasil penulisan cerpen kanak-kanak atau sebuah puisi moden dan nilai hasil
karya kreatif tersebut secara efektif dan bentangkan secara berkumpulan.
Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Pelajar diminta membentuk kumpulan yang tidak melebihi 3 orang bagi setiap
kumpulan.
2. Soalan 1 dibuat secara individu manakala soalan 2 dan 3 dibuat secara berkumpulan.
3. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
4. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:
i. Muka depan hendaklah mengikut templat terkini.
a. Nama Pelajar
b. Angka Giliran
c. No Kad Pengenalan
d. Kumpulan/unit
e. Kod dan nama kursus
f. Tajuk Tugasan
g. Nama Pensyarah
h. Tarikh hantar
i. Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah.
ii. Font Arial.
iii. Saiz huruf - 11
iv. Langkau 1.5 baris
v. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
5. Panjang esei tugasan 1 adalah 1000 patah perkataan dan bagi tugasan 2 penulisan
kreatif adalah 1000 patah perkataan. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah
pengiraan perkataan.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta
memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3
sumber Internet, 3 jurnal dan 2 bahan bercetak yang lain).
8. Anda wajib sertakan Borang Maklum Balas Tugasan dan Kriteria Pemarkahan
Persembahan di hadapan tugasan anda.
9. Tugasan anda membawa markah 60%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:


1.Untuk penulisan esei, liputan isi kandungan perlu menyeluruh, konsisten dan
terperinci.
2.Esei anda perlulah meliputi perkara yang berikut:
i. Pengenalan yang menarik
ii. Keseluruhan isi dan dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil
kajian dan sokongan ilmiah
iii. Format dan organisasi penulisan perlu jelas dan koheren.
iv. Penulisan esei perlu menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang
sesuai, tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah dalam usaha menterjemahkan
maklumat secara kritikal dan analitikal.
v. Rumusan/cadangan dan menjawab persoalan tugasan.
3.Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan.
4.Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan
ilmiah.
5.Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
6.Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa,
laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

( PARIDAH BINTI MAMAT ) ( )


Penyelaras Kursus BMMB3103 Pakar Bidang (SME)
Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Kent Tuaran IPG Kampus Kent Tuaran

Disahkan oleh:

( ISMAIL AG. PIUT )


Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Kent Tuaran

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN


PENTAKSIRAN KERJA KURSUS

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : Angka Giliran :


Kod : BMMB3103 Nama Kursus : Penulisan Kreatif Sastera
Kanak-kanak
Pensyarah :
Tarikh Hantar : Tarikh Terima :

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan : Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tanda tangan : Tarikh : Tanda tangan : Tarikh :

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Catatan

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

You might also like