You are on page 1of 8

TUGASAN 2

Tajuk 1: Jelaskan bentuk dan sumber yang membantu pembentukan istilah pelbagai
bidang dalam bahasa Melayu. Sejauh manakah istilah dari sumber tersebut
sesuai digunakan dalam bahasa Melayu.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka (2007), istilah ialah kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan
konsep khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Abdullah
Hassan (2006) pula berpendapat bahawa istilah ialah kata tunggal dan kata terbitan
yang mengandungi sesuatu makna, konsep, proses, keadaan, sifat atau benda yang
khas dalam bidang tertentu, khususnya bidang ilmu. Dewan Bahasa dan Pustaka
telah menyediakan pedoman umum pembentukan istilah. Terdapat pelbagai sumber
dalam pembentukan istilah bahasa Melayu.
Terdapat empat bentuk istilah dalam bahasa Melayu, iaitu bentuk akar bebas,
bentuk berimbuhan, bentuk gabungan dan bentuk gandaan. Bentuk akar bebas
merujuk kepada bentuk yang boleh berdiri sendiri sebagai istilah dan menjadi dasar
kepada pembentukan istilah yang lebih luas. Misalnya, haba, sisa dan sebagainya.
Bentuk berimbuhan pula merupakan bentuk istilah yang mengandungi imbuhan.
Sebagai

contoh,

bersistem,

angkasawan,

keberkesanan,

pendakwaan

dan

sebagainya. Bentuk gabungan ialah istilah yang dibentuk dengan menggabungkan


dua kata atau lebih. Misalnya, garis lintang, kadar inflasi, persegi panjang dan
sebagainya. Bentuk gandaan pula merujuk kepada istilah yang terdiri daripada
gandaan kata dasar sama ada secara sepenuhnya atau sebahagiannya. Misalnya:
undang-undang, tetikus dan sebagainya.
Pihak Dewan Bahasa Pustaka telah menetapkan beberapa syarat untuk
pembentukan sesuatu istilah. Syarat yang pertama ialah paling tepat, iaitu kata atau
frasa yang dipilih sebagai istilah adalah merupakan istilah yang paling tepat untuk
mengungkapkan konsep yang dimaksudkan dan stabil dari segi maknanya dalam
bidang ilmu. Syarat kedua ialah ringkas, iaitu kata atau frasa yang dipilih adalah yang
paling ringkas antara pilihan yang ada dan mempunyai rujukan yang sama. Misalnya,
hospital dan rumah sakit, dipilih hospital; fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih
fisiologi. Syarat ketiga pula ialah konotasi yang baik, iaitu kata atau frasa yang dipilih
tidak mengandungi unsur negatif seperti lucah atau membawa implikasi buruk dari
segi agama dan kepercayaan, norma suku kaum dan hubungan antarabangsa.
Syarat yang keempat ialah sedap didengar, iaitu kata atau frasa yang dipilih adalah
yang paling sedap didengar dan mempunyai ciri-ciri keindahan bunyi atau eufoni.

Sumber

peristilahan bahasa Melayu dibahagikan kepada tiga, iaitu

perbendaharaan kata umum bahasa Melayu, perbendaharaan kata serumpun dan


perbendaharaan

kata

asing.

Pembentukan

istilah

boleh

diambil

daripada

perbendaharaan kata umum bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa
lama. Dalam bidang peristilahan, adalah penting untuk mengenal pasti sama ada
istilah yang dibentuk itu benar-benar istilah atau hanya sekadar kata umum.
Pengenalpastian ini hanya dilakukan dengan meneliti konsep yang didukung oleh
sesuatu istilah itu. Misalnya, pada tanggapan umum, perkataan garam berupa
konsep bahan yang masin dan digunakan sebagai serbuk perasa atau bahan
pengawet. Konsep ini secara khusus merujuk kepada bahan yang nama kimianya
ialah natrium klorida dan berformula NaCl. Dalam bidang kimia, garam mempunyai
konsep sebagai bahan yang terhasil daripada tindak balas antara asid dengan alkali.
Konsep yang terdahulu merupakan konsep bagi kata umum garam, manakala
konsep yang terkemudian merupakan konsep bagi istilah garam. Contoh-contoh
yang lain termasuklah garis pusat, jejari, segi tiga dan sebagainya. Bagi penyempitan
makna kata, kata umum dikhususkan konsepnya, iaitu makna asal kata itu
disempitkan. Sebagai contoh, perkataan kupu-kupu dan rama-rama dianggap
sinonim tetapi dalam peristilahan biologi dikhususkan makna setiap kata itu. Bagi
peluasan makna kata,

berlaku apabila kata bahasa Melayu itu dianggap hampir

dengan istilah sumber, tetapi konsepnya tidak merangkumi makna keseluruhannya


dengan bahasa sumber. Sebagai contoh, cakera pada maksud asal adalah sastera
lama, roda, senjata yang bulat dan tajam tepinya disebabkan beberapa ciri yang ada
pada cakera asal (bulat dan leper), maka makna cakera diperluaskan untuk
merangkumi konsep cakera komputer.
Sumber istilah bahasa Melayu yang kedua ialah perbendaharaan kata
serumpun. Sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu,
maka perkataan yang sesuai perlu dikenal pasti berdasarkan bahasa lain yang
serumpun dengan bahasa Melayu. Bahasa Melayu dipengaruhi oleh bahasa
serumpun dari daerah-daerah Indonesia. Malaysia terletak di tengah-tengah
Kepulauan Indonesia. Oleh itu, bahasa Melayu menyerap kosa kata bahasa-bahasa
daerah Indonesia supaya peranannya sebagai lingua franca menjadi lebih mantap.
Bahasa serumpun tersebut termasuklah bahasa Jawa, bahasa Sunda, bahasa
Banjar dan bahasa Minangkabau. Sumber penyerapan bahasa Jawa ialah tamadun
orang Jawa yang tinggi. Penyebaran bahasa Jawa berlaku melalui beberapa
medium,

iaitu

kesusasteraan

Jawa,

kerjasama

kebahasaan,

kehadiran

kesusasteraan moden Indonesia dan komunikasi media massa. Antara kata

pinjaman bahasa Jawa ialah bagus, calon, cerdas dan sebagainya. Bahasa Sunda
dituturkan oleh penduduk Jawa Barat. Bahasa Sunda mempunyai hubungan erat
dengan bahasa Melayu. Contoh kata pinjaman bahasa Sunda termasuklah ajengan,
butuh, timburu dan sebagainya. Bahasa Banjar dituturkan oleh penduduk Kalimantan
Selatan. Bahasa Banjar banyak dipengaruhi oleh bahasa Jawa. Antara kosa kata
bahasa Banjar yang diserap ke dalam bahasa Melayu ialah anyar, kancing, banyu
dan sebagainya. Bahasa Minangkabau pula dituturkan oleh penduduk kawasan
Sumatera Barat dan Barat Riau. Kaum Minangkabau di Malaysia menetap di Negeri
Sembilan. Antara pengaruh bahasa Minangkabau dalam bahasa Melayu termasuklah
acak-acak, dongkak, udo dan sebagainya.
Peminjaman perkataan asing sebagai istilah bahasa Melayu dilakukan
melalui dua cara, iaitu peminjaman terus dan peminjaman penterjemahan.
Peminjaman penterjemahan dilakukan dengan menyesuaikan ejaan dan sebutan
sesuatu kata asing dengan sistem bahasa Melayu. Peminjaman tersebut dilakukan
apabila suatu perkataan bahasa asing itu tiada padanan makna dalam bahasa
Melayu atau kata terjemahan Melayunya tidak membawa makna untuk konsep asal
kata asal bahasa sumbernya. Sebagai contoh, character dalam bahasa Inggeris
diterjemahkan menjadi karakter dalam bahasa Melayu. Peminjaman penterjemahan
pula dilakukan dengan mengambil makna atau konsep perkataan asing itu,
kemudian diberi padanannya dalam perkataan Melayu. Kelebihan peminjaman
penterjemahan tersebut ialah mempertahankan ketulenan bahasa Melayu. Sebagai
contoh, paper work dalam bahasa Inggeris diterjemahkan menjadi kertas kerja dalam
bahasa Melayu. Selain itu, peminjaman bahasa biasanya berlaku kerana
pertembungan budaya yang disebabkan oleh beberapa faktor, iaitu perniagaan dan
perdagangan, peperangan dan penjajahan politik, penghijrahan dan persahabatan
serta pendidikan dan penyebaran agama. Sekiranya istilah yang diperlukan tidak
terdapat dalam bahasa Melayu dan bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu,
maka bolehlah diambil perkataan daripada bahasa asing. Penulisan istilah hendak
mengutamakan bentuk ejaanya dalam bahasa sumber dan penyebutannya perlu
mengikut sistem bunyi bahasa Melayu.
Terdapat lapan bahasa asing yang menjadi sumber pinjaman bahasa Melayu,
termasuklah bahasa Sanskrit, bahasa Arab, bahasa Parsi, bahasa Cina, bahasa
Tamil, bahasa Portugis, bahasa Belanda dan bahasa Inggeris. Pengaruh bahasa
Sanskrit berlaku pada zaman bahasa Melayu kuno. Pengaruh ini dibawa oleh
pedagang India dan disebarkan oleh pendeta agama Hindu dan Buddha. Pengaruh
bahasa Sanskrit turut mempengaruhi bahasa Melayu menerusi epik Hindu yang

berjudul Ramayana dan Mahabharata. Penemuan 4 buah batu bersurat abad ke-7
pada zaman kerajaan Melayu Srivijaya menjadi bukti konkrit pengaruh bahasa
Sanskrit. Tulisan Palava juga didapti tercatat pada batu-batu bersurat tersebut.
Aspek yang dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu berlaku dalam
kosa kata, imbuhan, sistem bunyi. Berikut merupakan contoh-contoh pengaruh
bahasa Sanskrit dalam kosa kata bahasa Melayu:
Bidang

Kosa Kata Bahasa Melayu

Pembelajaran

bahasa, guru, sastera, siswa, bicara

Sifat dan keadaan

cinta, dahaga, duka, suka, mesra

Tubuh manusia

bahu, kepala, lidah, nadi, sendi

Barang perniagaan

guni, harga, harta, sutera, kapas

Waktu

hari, masa, pernama, senja, tadi

Barang leburan dan perhiasan

emas, mutiara, permata, timah, suasa

Perkakas

gergaji, jala, kendi, peti, kecapi

Hubungan kekeluargaan

ayah, isteri, suami, saudara, saudari

Bunga dan tumbuhan

melati, melur, angsana, seroja, teratai

Negara dan kebesaran raja

maharaja, mahkota, menteri, paduka, putera

Agama dan falsafah

dewa, dosa, neraka, pahala, puasa

Istilah abstrak

asmara, bahaya, bencana, rahsia, usaha

Alam semula jadi

angkasa, bumi, cahaya, suria, tanah

Jadual 1.1: Pengaruh bahasa Sanskrit terhadap kosa kata bahasa Melayu
Seterusnya, pengaruh bahasa Sanskrit turut terdapat dalam imbuhan bahasa
Melayu. Berikut merupakan contoh pengaruh bahasa Sanskrit terhadap imbuhan
bahasa Melayu yang melibatkan awalan dan akhiran.

Bentuk
imnuhan

Imbuhan

Maksud

Contoh perkataan

Awalan

eka-

satu

ekabahasa, ekafungsi

dwi-

dua

dwibahasa, dwibulanan

maha-

besar

mahaguru, maharaja

pra-

sebelum

pramerdeka, prasejarah

swa-

sendiri

swasta, swalayan

tata-

cara

tatabahasa, tatatertib

tuna-

tidak
mempunyai

tunaanggota, tunakarya

Akhiran

-wan

angkasawan, jutawan

-man

Seniman, budiman

-wati

Olahragawati, seniwati

-nita

biduanita

Jadual 1.2: Pengaruh bahasa Sanskrit terhadap imbuhan bahasa Melayu


Seterusnya, kebanyakan istilah Melayu diserap langsung daripada bahasa
Arab adalah berkaitan dengan istilah agama Islam. Selain itu, ciri-ciri bahasa Melayu
yang dipengaruhi bahasa Arab ialah tulisan, kosa kata, struktur ayat, bunyi dan
imbuhan. Berikut merupakan contoh-contoh pengaruh bahasa Arab dalam kosa kata
bahasa Melayu:
Bidang

Contoh Kosa Kata

Agama

haji, doa, imam, zakat, nabi

Ilmu

ahli, falsafah, hikayat, ilmu, sejarah

Perasaan dan fikiran

akal, faham, fikir, hajat, insaf

Hukuman

adil, hakim, halal, haram, mahkamah

Adat

hormat, karib, maaf, salam, tahniah

Benda dan kejadian

dunia, haiwan, insan, salji, wajah

Jadual 2.1: Pengaruh bahasa Arab terhadap kosa kata bahasa Melayu
Pengaruh bahasa Arab terhadap tulisan bahasa Melayu menyebabkan
tercipta aksara jawi yang membolehkan seseorang menulis bahasa Melayu, iaitu
tulisan jawi. Tulisan jawi ialah sejenis tulisan yang itulis dari kanan ke kiri, tidak
mempunyai huruf besar atau huruf kecil dan bentuk huruf akan berubah apabila
ditulis secara tunggal atau berantai atau bersambung. Tulisan ini digunakan dalam
karya-karya sastera Melayu dan kitab-kitab yang berkaitan dengan agama Islam.
Di samping itu, pengaruh bahasa Arab turut terdapat dalam bunyi bahasa
Melayu. Contoh kata pinjaman adalah seperti berikut:
Bunyi

Contoh kata

/dh/

dharab, dhaif, mudharat

/dz/

dzalim, lafadz, dzahir

/f/

fikir, daftar, takrif

/gh/

ghaib, ghairah, loghat

/kh/

khasiat, khidmat, akhbar

/q/

qadar, qunut, buraq

/sy/

syarat, masyarakat, asyik

/th/

thalatha, mithal, thabit

/z/

khazanah, bazir, zuriat


Jadual 2.2: Pengaruh bahasa Arab terhadap bunyi bahasa Melayu
Pengaruh bahasa Arab juga terdapat dalam penggunaan imbuhan bahasa

Melayu kerana bahasa Melayu meminjam enam imbuhan akhiran bahasa Arab, iaitu:
Imbuhan akhiran

Kegunaan

-ah

Membentuk kata nama perempuan.

-at

Membentuk kata nama yang bermaksud


jamak perempuan.

Contoh kata
muslimah, ustazah
hadirat, muslimat

-i

Membentuk
kata
adjektif
bermaksud
sifat
atau
ciri
terkandung dalam kata dasar.

yang
yang

abadi, jasadi

-iah

Membentuk
kata
adjektif
yang
mengandungi makna sifat atau ciri yang
terkandung dalam kata dasar.

alamiah, insaniah

-in

Membentuk kata nama yang bermaksud


jamak lelaki.

muslimin, hadirin

-wi

Digunakan pada kata dasar


berakhir dengan huruf vokal.

yang

duniawi, manusiawi

Jadual 2.2: Pengaruh bahasa Arab terhadap imbuhan bahasa Melayu


Sumber yang ketiga ialah sumber bahasa Parsi. Peminjaman sumber bahasa
Persi dikaitkan dengan pengaruh agama Islam di alam Melayu. Bahasa Parsi lebih
tertumpu dalam lapangan kesusasteraan Melayu. Kosa kata bahasa Parsi digunakan
untuk gelaran raja-raja Melayu dan upacara pertabalan raja-raja Melayu. Imbuhan
bahasa Parsi yang dipinjam oleh bahasa Melayu ialah awalan bi-, yang bererti tidak
dan digunakan untuk membentuk kata adjektif. Sebagai contoh, binormal yang
bermaksud tidak normal dan biadab yang bermakna tidak beradab.
Seterusnya, sumber yang keempat ialah sumber bahasa Cina. Perhubungan
orang Melayu dengan orang Cina menyebabkan bahasa Cina meresap ke dalam
bahasa Melayu. Kata pinjaman bahasa Cina yang terdapat dalam bahasa Melayu
mengekalkan bunyi dan makna asal walaupun sesetengahnnya telah berubah
makna. Berikut merupakan contoh-contoh kata pinjaman daripada bahasa Cina
dalam bahasa Melayu:
Bidang

Kata Peinjaman Bahasa


Cina

Makna dalam Bahasa Melayu

Budaya dan seni

Cap Goh Mei

Hari besar cina

Peralatan

tanglung

Lantera kertas

Manusia/
panggilan

amoi

Gadis

Makanan dan
minuman

kuaci

Biji tembikai yang dikeringkan

Pakaian dan
barangan

gincu

Bahan untuk mewarnai bibir

Jadual 3.1: Pengaruh bahasa Cina dalam bahasa Melayu


Sumber bahasa asing yang kelima ialah sumber bahasa Tamil. Penyerapan
bahasa Tamil ke dalam bahasa Melayu amat sedikit. Sesetengah pinjaman
merupakan pinjaman atas pinjaman. Banyak perkataan bahasa Tamil yang dipinjam
daripada bahasa Yunani, Portugis, Sanskrit, Parsi dan Inggeris. Kata pinjaman
bahasa Tamil kebanyakannya mengalami proses penyesuaian fonologi sebelum
diterima sebagai kosa kata bahasa Melayu.
Salah satu cara penyesuaian fonologi ialah melenyapkan penggandaan
konsonan, contohnya kappal menjadi kapal. Kedua, menggantikan vokal /a/
dengan /e pepet/, seperti kadai menjadi kedai. Ketiga, menggantikan konsonan /v/
dengan konsonan /b/ atau /w/, contohnya vagai menjadi bagai. Keempat,
menggantikan vokal /u/ dengan vokal /o/, seperti kulam menjadi kolam dan kelima
ialah menggantikan vokal panjang di hujung perkataan dengan bunyi geseran glotis
atau hentian glotis. Sebagai contoh, ayyaa menjadi ayah.
Tambahan pula, sumber bahasa asing yang keenam pula ialah sumber
bahasa Portugis. Bahasa Portugis kreol dibawa ke Melaka apabila kuasa Barat
berjaya menakluki Melaka pada tahun 1511. Pengaruh Bahasa Portugis agak
terbatas dalam bahasa Melayu. Contoh-contoh kata pinjaman bahasa Portugis ialah
bendera, bola, bomba, gereja, keju, kemeja, lampu, meja, mentega, dan sekolah.
Seterusnya, sumber yang ketujuh ialah sumber bahasa Belanda. Perjanjian
Inggeris-Belanda 1824 telah meletakkan Kepulauan Melayu di bawah penguasaan
Inggeris dan Belanda. Belanda telah menyebarkan bahasa Belanda sebagai bahasa
pemerintah dan bahasa perdagangan. Antara contoh kosa kata bahasa Belanda
yang telah meresap ke dalam bahasa Melayu ialah balkoni, duit, komando, korupsi,
kursus, laci , pas, rokok, senapang, dan wisel.

You might also like