You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Kesusasteraan merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang diperoleh dalam kalangan
masyarakat. Kesusasteraan Melayu pula merujuk kepada ciptaan seni yang terdapat dalam
kalangan masyarakat Melayu. Sastera menjadi medium pelbagai aspek seperti pendidikan,
nasihat, hiburan dan keagamaan. Bidang sastera mengalami revolusi dan perkembangan
mengikut zaman dengan wujudnya sastera tradisional, sastera moden serta perlbagai jenis
dan genre yang ada. Dalam penulisan ini, saya akan membincangkan tentang sastera
kanak-kanak serta kepentingannya. Juga terdapat satu karya yang dipilih untuk dianalisis
dari aspek pemikiran masyarakat Melayu.

2.0 PENULISASAN SASTERA KREATIF KANAK-KANAK

Menurut Hadijah Rahmat (2006), penulisan sastera kreatif kanak-kanak dianggap sebagai
sesuatu yang mudah, iaitu buku yang ditulis untuk kanak-kanak dan dibaca oleh kanak-
kanak. Chew, Mahzan, Zahari, Loh dan Teh (2009) turut menyatakan penulisan sastera
kreatif kanak-kanak meliputi keseluruhan buku bermutu dan berfaedah untuk bacaan kanak-
kanak yang merangkumi bidang fiksyen dan bukan fiksyen. Dapat disimpulkan bahawa
penulisan sastera kanak-kanak merupakan karya yang melibatkan kanak-kanak secara
langsung atau tidak langsung. Mengandungi pemikiran kanak-kanak serta kesesuaian
bahasa yang meletakkan kanak-kanak sebagai target pembaca.

Pendekatan

Ciri-ciri
sastera
kanak-
kanak
Didaktisisme Kandungan

Ciri utama yang terkandung dalam penulisan sastera kreatif kanak-kanak adalah dari
aspek pendekatan yang digunakan dalam sesebuah karya. Penulisan sastera kanak-kanak
tidak meminggirkan penglibatan kanak-kanak sebagai pengkarya mahupun isi karyanya.
Pengkarya sastera kanak-kanak akan mencuba berkomunikasi dan memberikan

1
pertimbangan wajar kepada kanak-kanak melalui karyanya (Md Sidin, 2015). Menurut Nur
Ruzana (2008), terdapat istilah khalayak yang digunakan dalam penulisan sastera kanak-
kanak iaitu single address dan double address. Single address digunakan untuk satu
khalayak, iaitu hanya kanak-kanak dan double address untuk dua khalayak, iaitu kanak-
kanak dan orang dewasa.

Penulisan sastera kreatif kanak-kanak mempunyai perbezaan dengan karya lain iaitu
dalam konteks kandungan penulisan yang banyak memberikan penekanan terhadap aksi
(Md Sidin, 2005). Hal ini disokong oleh Halimah dan Luthfi (2014), kanak-kanak mempunyai
perlu diberikan penerangan dan gambaran yang jelas dan mudah kerana pada tahap umur
mereka sukar untuk menafsir sesuatu yang tersirat mahupun kompleks. Dalam bentuk
penulisan, buku sastera kanak-kanak perlu dibesarkan sedikit tulisannya serta menggunakan
tulisan yang “fancy” bagi menarik minat murid untuk membaca.

Wujudnya unsur pendidikan dan pengajaran dalam penulisan sastera kanak-kanak


yang diistilah sebagai didaktisme. Sebuah karya yang bagus bukan hanya mempunyai isi
yang bertujuan menghiburkan, namun berupaya menyampaikan mesej yang baik serta
pengajaran yang dapat membentuk peribadi kanak-kanak walaupun sedikit. Kebiasaan
Karya sastera kanak-kanak membawakan tema kekeluargaan, persahabatan, kebijaksaan
dan baik hati. Tema seperti percintaan, dendam dan keganasan sangat tidak sesuai kerana
dapat mempengaruhi pemikiran kanak-kanak yang masih belum mampu membuat
pertimbangan secara wajar.
Je n is s a s te ra

Cerita rakyat

Puisi

Cerpen

Novel

Drama

Antara jenis penulisan sastera kreatif kanak-kanak yang popular adalah cerita rakyat.
Cerita rakyat merupakan cerita yang ditulis dengan mengabil kira kisah-kisah daripada setiap
daerah dan kawasan yang diturunkan daripada generasi ke generasi. Cerita rakyat
kebiasaannya berbentuk dogeng, mitos dan lagenda namun mempunyai pengajaran dan
mesej yang ingin disampaikan. Penulisan puisi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu puisi
moden dan puisi tradisional. Bagi penulisan puisi kanak-kanak agak sukar untuk dihasilkan
kerana penulis perlu menguasai keperluan dan kehendak kanak-kanak terlebih dahulu.

2
Cerpen merupakan cerita pendek kanak-kanak yang menghimpunan cerita pendek yang
mengandungi pelbagai mesej dan pengajaran untuk kanak-kanak. Cerita pendek ini akan
menjadi lebih menarik apabila ditulis berdasarkan fitrah kanak-kanak. Penulisan novel
dalam penulisan sastera kreatif kanak-kanak mengambil masa yang lebih lama berbanding
penulisan cerita pendek kerana terdapat banyak proses yang perlu dilaksanakan oleh
penulis seperti mengumpul, menyusun, menilai dan menulis semula bagi memenuhi selera
dan kehendak cita rasa kanak-kanak. Penulisan darama memerlukan orang yang mahir dari
segi penghasilan skrip. Sebelum skrip dihasilkan, cerita yang ditulis perlu disusun mengikut
tema kanak-kanak untuk memastikan watak-watak yang terlibat dalam drama tersebut dapat
diikuti dengan mudah.

3.0 KEPENTINGAN PENULISAN SASTERA KREATIF KANAK-KANAK

Karya penulisan sastera kanak-kanak dapat dijadikan sebagai medium pengajaran kerana
penulis dapat menyelitkan mesej, nilai atau pengetahuan tentang sesuatu perkara. Oleh
kerana setiap cerita kanak-kanak mempunyai mesej tersendiri, maka banyak unsur
pengajaran yang ada untuk membentuk sikap dan mengasah minda kanak-kanak. Hal ini
disebabkan dalam usia muda, kanak-kanak amat mudah dilentur dan dicorak (Atan Long,
1984). Seow dan Lin (2019) berpendapat bahawa jenis bacaan dan isi kandungan bahan
bacaan yang dibaca oleh kanak-kanak adalah sangat penting.

Wujudnya karya sastera kanak-kanak memberikan peluang dalam kalangan kanak-


kanak untuk menjadikan membaca sebagai hobi mereka. Bahan bacaan sastera di sekolah
menerusi KOMSAS merupakan salah satu langkah untuk memupuk minat membaca dalam
kalangan kanak-kanak. Pengalaman pembacaan yang menarik daripada bahan-bahan
bacaaan tersebut akan melatih mereka berfikir dengan lebih kreatif dan kritis. Pengalaman
menikmati karya sastera yang bermutu tinggi menjadikan tabiat membaca lebih baik
daripada sebelumnya.

Penulisan sastera kreatif kanak-kanak dapat memperkembangkan kreativiti dan


estetika kanak-kanak. Gambar dalam sesebuah buku cerita dapat memberikan gambaran
dan rangsangan untuk meningkatkan kreativiti mereka. Warna-warna yang dilihat juga dapat
melahirkan nilai estetika dalam diri mereka. Kekerapan melihat gambar yang bewarna warni
dan mengandungi pelbagai aksi yang dapat dilihat disekeliling mendorong mereka membuat
perbandingan terhadap perkara-perkara yang dilalui. Hal ini sekali gus dapat membina
kreativiti dan estetika kanak-kanak tersebut.

3
4.0 ANALISIS PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU DALAM KARYA PENULISAN
SASTERA KREATIF KANAK-KANAK

Mohd Rashid et. al. (2014), menjelaskan bahawa pemikiran seseorang bermula daripada
idea, seterusnya mengalami pematangan menjadi subjek serta buah fikiran yang kreatif dan
bernas. Karya yang dihasilkan pasti berdasarkan kefahaman dan pemikiran penulis yang
mengandungi pendapat, perasaan, imaginasi serta mencerminkan daya intelek dan kreativiti
penulis. Penulisan yang bagus akan mengandungi mesej-mesej tertentu yang cuba
disampaikan secara tersirat mahupun tersurat. Karya penulisan yang akan saya analisis
dalam tugasan ini adalah cerita yang bertajuk Angan-Angan Mat Jenin. Cerita ini merupakan
salah satu cerita rakyat yang sangat terkenal kerana pengajaran dan kesesuaian bagi setiap
lapisan umur samada dewasa mahupun kanak-kanak.

Cerita Angan-Angan Mat Jenin dapat kita fahami berkisahkan tentang seorang
pemuda yang kuat berangan sehingga membawa padah terhadap dirinya sendiri. Melalui
kefahaman awal secara umum cerita ini menonjolkan watak dan sifat Mat Jenin yang
pemalas dan kuat berangan-angan. Hal ini diceritakan pada permulaan awal cerita dengan
mengenalkan Mat Jenin dan sifat pemalasnya sehingga tidak mahu membaiki rumah usang
yang diduduki walaupun sudah bergoyang ketika ditiup ribut. Mat jenin juga berangan-angan
bahawa sekiranya rumah dia roboh, jiran-jiran akan membantu dia untuk membaiki
rumahnya. Sifat Mat Jenin yang malas berusaha dan kuat berangan merupakan satu cerita
penglipur lara yang membawa pengajaran dan iktibar kepada masyarakat Melayu dahulu.
Cerita ini sering dibaca dan disampaikan kepada setiap lapisan generasi sebagai teguran
dan semangat untuk rajin berusaha. Pengajaran daripada Mat Jenin ini dijadikan peribahasa
yang disebut sebagai “angan-angan mat jenin”. Gelaran Mat Jenin kepada seseorang
dianggap membawa nilai negatif kerana beranggapan sifat pemalas dan kuat berangan Mat
Jenin turut terdapat dalam diri individu tersebut.

Cerita Mat Jenin disampaikan kepada masyarakat sebagai teguran dan pengajaran
secara halus. Teguran yang diselitkan dalam cerita jenaka ini mencerminkan kebijaksaan
dan sikap sopan santun masyarakat Melayu. Orang-orang terdahulu dapat memberikan
nasihat dan teguran secara berhemah tanpa menyinggung perasaan. Antara pengajaran
yang dapat diambil dalam cerita Mat Jenin ini adalah sikap pemalas yang tidak membawa
keuntungan. Contoh yang disampaikan dalam cerita ini adalah Mat Jenin yang tidak suka
bekerja dan selalu mengharapkan bantuan orang kampung. Dia akan mencari kerja apabila
terdesak tetapi tidak mahu akan kerja yang berat seperti menangkap ikan dan membanting
sawah. Kesannya dia terpaksa merayau-rayau kerana lapar dan mengharapkan ehsan
daripada orang yang dia jumpa. Selain itu juga, Mat Jenin terlalu banyak berangan-angan
namun tidak mahu berusaha untuk merealisasikan. Dia berangan-angan untuk menjadi kaya

4
raya dan berkahwin dengan Puteri Raja di atas pokok kelapa hingga akhirnya jatuh ke
bawah dan mati. Pengajaran ini disampaikan secara jelas sebagai teguran akan sikap
sesetengah indiidu yang tidak mahu berusaha tetapi tinggi angan-angannya seperti pepatah
Melayu mengatakan orang yang malas akan rugi. Cerita Mat Jenin juga mengajar kita
tentang sikap etika melakukan kerja. Mat Jenin yang berkhayal dan berimaginasi ketika
memanjat pokok kelapa menyebabkan dia jatuh dan meninggal dunia. Fokus adalah salah
satu cara untuk menghasilkan kerja yang berkualiti. Dalam konteks profesion perguruan,
fokus dalam memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat memberi
impak terhadap keberkesanan sesi pdp tersebut. Guru akan lebih peka akan situasi kelas
dan murid, secara tak langsung dapat mengaplikasikan segala pengetahuan pedagogi dan
ilmu untuk meningkatkan dapatan murid. Oleh itu, jelaslah bahawa masyarakat Melayu
terdahulu mempunyai daya fikiran dan kreatiiti yang tinggi dalam menyampaikan sesuatu
serta menyelesaikan masalah. Kebijaksaan dalam masyarakat Melayu terahulu dalam
menyampaikan nasihat serta teguran secara berhemah harus diikuti oleh golongan
masyrakat masa kini bagi mengelak berlaku perselisihan faham atau pergaduhan.

Cerita Mat jenin juga sebenarnya mempunyai banyak mesej tersirat tentang
pemikiran Melayu yang wajar untuk dibahaskan. Watak Mat jenin boleh dijadikan simbol
masyarakat Melayu yang mempunyai cita-cita yang tinggi. Mat Jenin sentiasa ada angan-
angan yang tinggi seperti menjadi kaya dan berkahwin dengan puteri raja. Namun begitu,
mengapa wujudnya halangan untuk mencapai cita-cita seperti jatuhnya daripada pokok
kelapa. Selain daripada teguran boleh juga ditafsirkan terdapat halangan bagi masyarakat
Melayu untuk mencapai cita-cita yang lebih tinggi seperti adanya penjajah yang menyekat
pembangunan orang Melayu. Mat Jenin juga boleh diletakkan dalam golongan ahli fikir dan
perancang. Dia dapat berfikir dengan baik dan menyusun strategi untuk menjadi kaya dan
mencapai cita-citanya. Bermula dengan sebiji telur menjadi ayam, ditukar menjadi kambing
lalu lembu, apabila sudah berkaya dia ingin berkahwin dengan puteri raja. Mesej yang cuba
disampaikan adalah persediaan dan perancangan yang teliti. Masyarakat Melayu terdahulu
sentiasa membuat perancangan dan persediaan awal untuk mencapai atau menghadapi
sesuatu sebagaimana pembayang pantun yang berbunyi “pisang emas dibawa belayar”.
Mat Jenin juga mengajar kita untuk mempunyai impian yang jelas dalam sesuatu perkara.
Mengetahui kehendak yang diingini menjadi motivasi kepada kita untuk gigih berusaha
mecapai impian tersebut. Target yang jelas turut dapat memudahkan kita membuat
perancangan yang rapi. Cerita Mat Jenin bukanlah berkisarkan angan-angan semata-mata.
Namun, mempunyai banyak mesej tersurat mahupun tersirat yang ingin disampaikan oleh
generasi terdahulu berkaitan cara-cara untuk mencapai kejayaan.

5
4.0 PENUTUP

Penulisan sastera kanak-kanak sangat berguna untuk membantu perkembangan kanak-


kanak. Kanak-kanak bukan sahaja mempunyai minat membaca yang mendalam serta
kemahiran yang tinggi dan baik, malah perkembangan aspek kognitif juga berkembang.
Penulisan sastera kanak-kanak bukan berperanan sebagai hiburan semata-mata, bahkan
turut mengajar kanak-kanak menerima realiti kehidupan sebenar.

BIBLIOGRAFI

6
Arba'ie Sujud, Nurul Azimah, Nik Rafidah dan Intan Zahariah. (2014). Ekspresi Emosi Melalui Bahan
Bacaan Sastera Kanak-kanak. Jurnal Melayu, 72-84.

Chew, Mahzan, Zahari, Loh dan Teh. (2009). Pendidikan Kesusasteraan Awal Kanak-kanak: Isu dan
Masalah. Masalah Pendidikan, 31(1), 77-89.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahsa dan Pustaka.

Farit Ismeth. (2014). 'Kempunan' dalam Masyarakat Melayu Lama. Dipetik pada 5 Februari 2020
daripada https://faritismeth.wordpress.com/2014/07/06/kempunan-dalam-masyarakat-
melayu-lama/

Hadijah Rahmat. (2006). Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Halimah dan Luthfi. (2014). Sastera dalam Budaya dan Media. Pulau Pinang: Penerbit USM.

Md Sidin. (2005). Perkembangan Sastera Kanak-kanak di Malaysia: Buku Melayu Mencari Nafas
Baru. Selangor: Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Misran Rokimin. (2001). Sastera Kanak-kanak dan Remaja Sebagai Agen Pembangunan. Kertas Kerja
Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja. 26-27 April. Kuala Lumpur: Bahasa dan Pustaka.

Nabilah Hajar. (2013). Seharum Lantana Camara. Selangor: Pelangi ePublishing Sdn. Bhd.

Nijhar, M. S. (1984). Apakah Sastera Kanak-kanak - Khasnya Buku Bergambar. Dlm. Othman Puteh
dan Abdul Ahmad (pngr), Sekitar Sastera Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Nik Rafidah dan Awang Azman. (2017). Nilai Sosiobudaya dalam Cerita Kanak-kanak Pilihan.

Nur Ruzana. (2008). Sejarah Perkembangan Sastera Kanak-kanak: Peranan Dewan Bahasa dan
Pustaka di Malaysia.

Othman Puteh. (1987). Sastera Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Puteh. (2008). Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Roslina dan Arba'ie Sujud. (2013). World-View Dan Sistem Politik Masyarakat Melayu: Penelitian
Terhadap Cerita Rakyat Melayu. PENDETA - Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu, 143-161.

Salahuddin Mohamed. (2006). Bunuh Diri Perbuatan Terkutuk Dalam Islam. Dewan Masyarakat, 43-
44.

Salbani Ahmad. (2013). Amalan Kearifan Tempatan dalam Masyarakat Melayu/Nusantara. Pulau
Pinang: Penerbit USM.

You might also like