You are on page 1of 68

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT,

TUARAN, SABAH.

NAMA GURU PELATIH : VILIANA KONG SU HUNG

NO. KAD PENGENALAN : 960228-13-5752

ANGKA GILIRAN : 2014062310016

KUMPULAN/UNIT : PPISMP BM SJK(C)

KOD KURSUS DAN NAMA KURSUS : BMM 1044 PENGENALAN SISTEM EJAAN
RUMI DAN JAWI

NAMA PENSYARAH : ENCIK ISMAIL BIN AG PIUT

TAHUN PENGAJIAN : SEMESTER 2


Surat Akuan

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-
tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………………………...
Nama Penulis : VILIANA KONG SU HUNG
Tarikh :
BIODATA DIRI :

NAMA : VILIANA KONG SU HUNG

UMUR : 18 TAHUN

AGAMA : BUDDHA

TARIKH LAHIR : 28 FEBRUARI 1996

TEMPAT LAHIR : SARIKEI, SARAWAK.

HOBI : MENDENGAR MUZIK, MEMBACA BUKU

SEKOLAH DAHULU : SEKOLAH RENDAH – SJK(C) KWANG CHIEN, SARIKEI,


SARAWAK.

SEKOLAH MENENGAH – SMK ST ANTHONY, SARIKEI, SARAWAK.

E-MEL : suhung9602@gmail.com
SENARAI KANDUNGAN :

BIL PERKARA / TAJUK HALAMAN

1. Biodata Diri

2. Senarai Kandungan

3. Penghargaan

4. Tugasan Projek

5. Pengenalan

6. A. Kajian literatur
B. Aplikasi dalam P&P (KBAT)

7. Refleksi

8. Bibiografi

9. Lampiran
PENGHARGAAN :

Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan keberkatan dan perlindungan-
Nya, saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan. Di sini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang telah banyak memberi bantuan kepada saya sepanjang penghasilan tugasan kerja
kursus ini. Bantuan, dorongan, bimbingan, nasihat, dan tunjuk ajar mereka amat berguna dan
saya juga amat menghargai serta membolehkan saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini
dalam tempoh yang ditentukan.

Di samping itu, penghargaan dan ucapan terima kasih saya tujukan kepada Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent iaitu Tuan Romli Bin Darus, beliaulah yang telah
meluluskan kerja kursus bahasa Melayu ini.

Justeru, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu
Encik Ismail Bin Ag Piut, beliau telah banyak memberi bimbingan dan dorongan kepada saya.
Beliau sudi meluangkan masa untuk memberikan penjelasan dan tunjuk ajar kepada saya
semasa menjalankan tugasan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan serta
penerangan beliau, tugasan kerja kursus ini tidak dapat saya laksanakan dan siapkan pada
tempoh yang telah ditetapkan.

Di sini, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya.
Walaupun ibu bapa jauh dari saya, tetapi mereka juga memberi pelbagai bantuan kepada
saya misalnya sokongan moral, bantuan kewangan dan sebagainya. Dengan bantuan mereka
akhirnya saya dapat menyempurnakan tugasan kerja kursus ini pada masa yang telah
ditetapkan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sepejuang saya yang secara tidak langsung telah
banyak memberi banyak bantuan kepada saya dalam pelaksanaan tugasan kerja kursus ini.
Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada mereka kerana mereka sentiasa memberi
dorongan, insentif dan sudi berkongsi buah fikiran tentang tajuk yang berkaitan dengan
tugasan kerja kursus ini agar saya dapat menghasilkan tugasan kerja kursus dengan
sempurna.
TUGASAN PROJEK (100%)

Sejarah perkembangan Sistem Ejaan Rumi dan Jawi di gugusan Nusantara telah melalui
beberapa siri revolusi yang menarik dalam perubahan sistem ejaan dan sekaligus tulisan yang
mendasarinya. Lanskap kepelbagaian pengaruh Nusantara, Arab dan Eropah yang
membayanginya telah menjadikannya matang dan kukuh khususnya dalam pembentukan
Daftar Kata Bahasa Rumi dan Jawi yang standard.

Justeru, berdasarkan kepada pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran yang diperolehi,


anda secara individu melengkapkan tugasan-tugasan yang berikut:

A. Kajian Literatur: Penulisan Esei & Penyususan Grafik (50%)


1. Mengenalpasti dan membincangkan sejarah perkembangan sistem ejaan Rumi;
Sistem Tulisan zaman British, MABBIM dan Sistem Ejaan Terkini dan sejarah
perkembangan tulisan Jawi; Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi dan Sistem
Ejaan Jawi Yang Disempurnakan.
2. Menulis transkripsi Huruf Jawi baharu dengan menggunakan jenis Tulisan Khat
Nasakh berdasarkan padanannya dengan Huruf Rumi terkini.

Huraian mestilah lebih kurang 155-2000 patah perkataan (tidak melebihi 10 muka surat).
Rujukan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya lima rujukan daripada pelbagai sumber
dan menggunakan susunan APA.

B. Aplikasi Dalam P&P (KBAT) (30%)

Memindahkan transkripsi teks Rumi ke Jawi mengikut sistem ejaan terkini yang
dikuatkuasakan. Panjang transkripsi teks Rumi yang dipilih adalah antara 50-70 perkataan
yang diambil daripada salah satu wacana tulisan yang terdapat dalam mana-mana sumber
rujukan bercetak atau elektronik.

C. Penulisan Refleksi (20%)

Anda dikehendaki membuat satu penulisan refleksi yang panjangnya antara 150-200 patah
perkataan. Penulisan refleksi anda perlu merangkumi aspek yang berikut:

i. Analisis pengalaman dan pengetahuan yang dilalui semasa penulisan tugasan


(kekuatan dan kelemahan penghasilan tugasan)
ii. Pengetahuan baharu yang diperoleh daripada kandungan organisasi atau sub-
tajuk tugasan.
iii. Cadangan penambahbaikan tugasan yang meningkatkan lagi kefahaman dan
kemahiran anda tentang Sistem Ejaan Rumi dan Jawi di Malaysia.
Pengenalan

Tulisan Jawi ialah tulisan huruf-huruf Arab yang digunakan di kepulauan Melayu atau
tulisan Melayu huruf Arab. Perkataan jawi berasal dari bahasa Arab dan dipanggil Yawi di
Pattani, ialah sejenis abjad Arab yang disesuaikan untuk menulis bahasa Melayu (Mahyudin
Yahya: 1986). Perkataan ini adalah kata adjektif bagi kata nama Arab “Jawah” dan apabila
dijadikan kata adjektif “Jawah” menjadi “Jawi” (Amat Juhari: 1996). Ibn Batutah telah
menggunakan nama al-Jawah bagi merujuk kepada Nusantara. Perkataan Jawi adalah nama
bagi pendudukpenduduknya. Dengan itu nama Jawah dan Jawi tidak hanya merujuk kepada
kepulauan Jawa dan penduduknya sahaja bahkan ia hanya digunakan untuk seluruh daerah
Asia Tenggara dan penduduknya sekali (Ibn Batutah: 1964). Ejaan Jawi adalah warisan
khazanah bangsa Melayu yang sangat berharga. Ejaan Jawi telah memainkan peranan
penting dalam perkembangan ilmu dan kebudayaan bangsa Melayu. Berbagai-bagai bidang
ilmu terutama pengajian Islam, kesusasteraan, sejarah dan perubatan telah ditulis dalam
bahasa Melayu dalam tulisan Jawi. Ejaan Jawi di Tanah Melayu adalah berasal daripada huruf
Arab. Ismail Hamid (1981) menerangkan bahawa ejaan Jawi telah diperkenalkan dan
disebarkan oleh pedagang-pedagang yang mengembangkan Islam di Nusantara khasnya di
Tanah Melayu.

Sistem ejaan Rumi yang sedang digunapakai sekarang sebenarnya terbentuk hasil
perjanjian penyatuan ejaan Rumi bagi bahasa Melayu di Malaysia dengan bahasa Indonesia
yang telah dipersetujui sejak tahun 1967 lagi. Pada 16 Ogos 1972, Sistem Ejaan Rumi Baru
telah diperkenalkan setelah beberapa usaha sebelumnya menghadapi masalah. Di Malaysia,
badan yang ditugaskan untuk menyusun panduan ejaan Rumi ialah Jawatankuasa Tetap
Bahasa Malaysia yang dilantik oleh Menteri Pendidikan Malaysia. Jawatankuasa tersebut
diletakkan di bawah pengurusan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi

1.0 Sistem Tulisan Zaman British

Sistem Tulisan Zaman British

1.1 Ejaan Rumi Negara-Negara Selat (1878)


1.2 Ejaan Rumi Swettenham (1881)
1.3 Ejaan Rumi Maxell (1882)
1.4 Sistem Ejaan Rumi Wilkonson (1904)
1.5 Sistem Ejaan Rumi Za’ba (1941)
1.6 Ejaan Rumi Fajar Asia (1943)
1.7 Ejaan Kongres (1956)
1.8 Ejaan Rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) (1959)
1.9 Kesimpulan

1.1 Ejaan Rumi Negeri-Negeri Selat (1878)

Keperluan kepada adanya satu sistem ejaan Rumi yang seragam sangat diperluan untuk
memudahkan urusan rasmi kerajaan dan sekali gus mengelakkan perasaan ragu-ragu untuk
menggunakannya, terutama keperluan bagi menulis nama khas seperti nama orang dan
nama tempat. Menurut Ismail Dahaman (2007), kepelbagaian cara transliterasi dan
penggunaan grafem untuk merumikan (merealisasikan tulisan rumi) dalam bahasa Melayu
adalah menurut kaedah ejaan Inggeris. Akibatnya wujudlah ketidakseragaman ejaan Rumi
yang menyukarkan pembelajaran bahasa dalam kalangan orang Inggeris sendiri.

Justeru pihak berkuasa Inggeris telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Ejaan


Negeri-negeri Selat yang ditugaskan untuk menyelaras penggunaan huruf Latin bagi menulis
bahasa Melayu dan bahasa Cina. Keanggotaan jawatankuasa ini dianggotai pegawai-
pegawai kerajaan British yang bertangungjawab terhadap pentadbiran Negeri-negeri Selat
dan Semenanjung Tanah Melayu seperti Whampoa, Pickering, Hose, Skinner dan Hervey.
Hasilnya satu pedoman ejaan yang telah diperakui oleh jawatankuasa berkenaan diterima
oleh kerajaan dan digunakan secara meluas dalam peta, kertas dan dokumen majlis
mesyuarat serta warta kerajaan.
Contoh kata Melayu yang diselaraskankan:

a. Pelambangan vokal

Grafem Vokal Bunyi dalam Bahasa Inggeris Contoh Kata Melayu


â soprano lâma, kepâla
a diploma makan
ê pete pêrak, krêta
e ten sendok, preksa
î pique tîdor, pîsau
i Tin pintu, bintang
ô those kôrek, tôlak
o proportion tongkat, sarong
û truth bûka, gûrû
u full tumbuk, tunjuk
ě lateral, considerable kěbun, pěrampuan, pěnglima, bětul
Jadual 1 Pelambangan vokal dalam ejaan Negeri-Negeri Selat

Kelima-lima vokal berkenaan apabila digunakan semasa menulis perkataan Melayu


atau Cina akan mempunyai bunyi continental atau bunyi Italian. Vokal yang perlu ditandai
sirkumfleks < > di atas huruf berkenaan untuk memelihara kejituan sebutan pada suku kata
yang diaksenkan (tekanan suara atau bunyi pada kata atau suku kata) dan peraturan ini tidak
melibatkan vokal pendek yang lain. Jawatankuasa juga telah memilih <ě> sebagai lambang
e pepet dan <e> sebagai e taling. Bagi bunyi nasal (hidung) yang berlaku pada semua vokal
kecuali pepet, iaitu yang sepadan dengan huruf ain (‫ )ﻉ‬huruf Jawi, pihak jawatankuasa ini
menggunakan huruf vokal yang diletakkan tanda titik di bawahnya, bagi kedua-dua vokal
panjang dan vokal pendek.

b. Pelambangan Konsonan

Grafem Sebutan Nama Melayu


b ba (‫)ﺏ‬
ch Seperti dalam church cha (‫)ﭺ‬
d Seperti dalam day dal (‫)ﯨ‬
f Biasanya dibunyikan seperti p fa (‫)ﻒ‬
g Seperti dalam gain ga (‫)ݢ‬
h ha (‫)ﻫ‬
j Seperti dalam joy jim (‫)ﺝ‬
k kaf (‫)ﮎ‬
kh Seperti dalam loch kha (‫)ﺥ‬
gh kh dikeraskan ghain (‫)ﻍ‬
Jadual 2 Pelambangan konsonan dalam ejaan Negei-Negeri Selat

Bagi konsonan, jawatankuasa ini tidak menggunakan grafem Inggeris seperti <c>, <g>
lembut, dan <q> tetapi menggantikannya dengan <s>, <j>, dan <k>, iaitu sebagai padanan
huruf kepada /s/, /j/, dan /k/. Tanda koma (,) digunakan sebagai padanan huruf Jawi hamzah
(‫ )ﻋ‬yang sama fungsinya dengan /k/ pada posisi akhir manakala bagi bunyi konsonan serapan
daripada bahasa Arab terutama kata yang berkaitan dengan bidang keagamaan, tanda titik
diletak di bawah huruf konsonan berkenaan.

Menurut Ismail Dahaman (2007), ejaan Rumi Jawatankuasa Ejaan Negeri-Negeri


Selat tidak mendapat sambutan dan sokongan yang baik dalam kalangan sarjana. Hal ini
termasuk W.E Maxwell (1882) yang berpendapat bahawa ejaan ini perlu dikaji semula dengan
mengambil kira dua perkara, iaitu pertama, perlu mendapatkan transliterasi Rumi yang tepat
dan sepadan dengan tulisan Jawi manakala yang kedua, sesuatu kata yang dieja perlu
disebut dengan betul oleh pembaca Inggeris.

1.2 Ejaan Rumi Swettenhem (1881)

Sistem ini mengambil nama F.A. Swettenhem yang berjaya menerbitkan sebuah kamus Jawi-
Rumi menurut ejaan Inggeris pada tahun 1881 di Singapura. Istimewanya ejaan ini tidak
terikat dengan mana-mana peraturan transliterasi sebelumnya kerana beranggapan bahawa
cara tersebut sukar terutamanya untuk melakukan transliterasi yang melibatkan huruf-huruf
vokal di mana tiada sepadan dalam tulisan Jawi.

Justeru, langkah pertama yang Swettenham lakukan adalah dengan berusaha


mewujudkan padanan huruf Rumi bagi semua huruf. Menurut Ismail Dahaman (2007), yang
dilakukan oleh Swettenham dalam kamusnya adalah mengeja perkataan Melayu dengan
Rumi, dengan melihat kepada bentuk ejaan Jawinya.

Huruf Jawi Nama Huruf Rumi


‫ﺍ‬ alif a
‫ﺏ‬ Ba b
‫ﺕ‬ Ta t
‫ﺙ‬ tha th (seperti dalam thick)
‫ﺝ‬ jim j
‫ﭺ‬ cha ch
‫ﺡ‬ ha h (kuat di belakang tekak)
‫ﺥ‬ kha kh (lebih kuat daripada “ch” dalam loch)
‫ﺩ‬ Dal d
‫ﺫ‬ Thal th
Jadual 3 Contoh ejaan Rumi Swettenham

Menurut Ismail Dahaman lagi, pendekatan ini kurang bijak dan mengelirukan. Ini
kerana satu grafem (unit paling minimum yang tersendiri dalam sistem tulisan sesuatu bahasa)
telah dipadankan dengan lebih daripada satu huruf Jawi seperti grafem <th> dipadankan
dengan empat huruf, iaitu tha (‫)ﺚ‬, thal (‫)ﺫ‬, thod (‫ )ﺽ‬dan tha (‫)ﻁ‬. Grafem <h> dipadankan
dengan dua huruf, iaitu ha (‫ )ﺡ‬dengan ha (‫)ﻫ‬. Dari sudut keselarasan vokal pula, Swettenham
mengambil pendekatan bahawa sistem keserasian huruf vokal dalam ejaan yang
diperkenalkannya menunjukkan pewujudan pola suku kata yang mengandungi vokal /e/ dan
/o/ di samping /i/ dan /u/ pada suku kata akhir tertutup.

1.3 Ejaan Rumi Maxwell (1882)

Sistem ejaan ini mengambil sempena nama W.E Maxwell yang telah mencadangkan suatu
sistem lebih jelas diwujudkan untuk membezakan antara kaedah transliterasi dengan
pedoman sebutan. Peraturan transliterasi yang disyorkan oleh Maxwell dihuraikan dalam
seperti dalam jadual yang berikut:

a. Pelambangan vokal

Grafem Padanan Huruf Jawi Contoh


<â> alif pâpan
<a> <e> fathah (Tanda bacaan huruf panjang
Arab yang menandakan /a/
baris di atas)
<î> <ê> ya bînî
<i> <e> kasrah (tanda bacaan huruf dinding
Arab yang menandakan /a/
di baris bawah)
<û> <ô> wau bûtâ
<u> <o> Dammah (Tanda bacaan tuntut
huruf Arab yang pondok
menandakan /u/ baris di
hadapan
<ʻ> Tanda koma di atas ‘akal
sebelum vokal menandakan ‘umur
kehadiran ain dalam Jawi
Jadual 4

Menurut Ismail Dahaman (2007), Maxwell menolak penggunaan <ě> yang disarankan
oleh Jawatankuasa Ejaan Negeri-Negeri Selat dengan alasan bahawa <a> atau <e> sebagai
padanan bagi fathah sudah cukup bagi maksud transliterasi dan berpendapat ahli sains tidak
akan membebankan lagi teks mereka dengan menanda bunyi yang tidak terdapat dalam
tulisan Jawi. Untuk vokal nasal, Maxwell menggunakan tanda koma di atas di depan huruf
vokal sebagai padanan bagi ain dengan demikian terhindar daripada menggunakan dua tanda,
iaitu aksen dan sirkumfleks pada satu huruf vokal.

b. Pelambangan diftong

Grafem Padanan Huruf Jawi Contoh


<ai> alif dan ya baik
naik
<au> wau pulau
<ei> ya sungei
Jadual 5 Pelambangan diftong dalam ejaan Rumi Maxwell

Maxwell menganggap bahawa urutan dua vokal yang dirakam secara serentak
dengan <ai> sebelum konsonan sebagai bunyi diftong. Diftong /ai/ yang sebenar pula dirakam
dengan <ei> disepadankan dengan ya pada posisi akhir. Walau bagaimanapun, tidak terdapat
keterangan tentang diftong /oi/ dalam pedoman transliterasi Maxwell.

c. Pelambangan Konsonan

Jawi Rumi Catatan


‫ﺏ‬ bâ b
‫ت‬ tâ t
‫ﺚ‬ sâ s Dalam bahasa Arab <th>, disebut seperti dalam thin.
‫ﺝ‬ jim j
‫ﭺ‬ châ ch
‫ﺡ‬ hâ h
‫ﺥ‬ khâ kh
‫د‬ dâl d
‫ﺫ‬ dhâl dh Disebut dalam bahasa Arab seperti <th> dalam this.
Jadual 6 Pelambangan konsonan dalam ejaan Rumi Maxwell

Bagi huruf konsonan, Maxwell telah menyenaraikan sebanyak 32 kata-kata tetapi


untuk dijadikan sebagai contoh disenaraikan hanya Sembilan kata-kata tersebut. Menurut
Ismail Dahaman (2007), transliterasi Rumi Maxwell memperlihatkan penggunaan huruf Latin
menurut kaedah ejaan bahasa Inggeris. Konsonan yang ada persamaan dengan bahasa
Inggeris pula adalah seperti <ch> bagi /c/, <sh> bagi /ŝ/ dan /ŋ/. Bunyi-bunyi konsonan
pinjaman daripada bahasa Arab ditransliterasi dengan tiga cara, iaitu:

i. Penggunaan tanda titik di bahagian bawah huruf Rumi tunggal yang menyamai
transliterasi Jawatankuasa Ejaan Negeri-Negeri Selat.
ii. Penggunaan digraph dan trigraf.
iii. Penggunaan grafem sama yang melambangkan konsonan bahasa Melayu atau
bahasa Inggeris.

1.4 Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1904)

“Sistem Ejaan Rumi Wilkinson” yang digunakan secara rasmi di semua sekolah umum adalah
sama dan seragam dengan yang digunakan dalam semua kamus dan penerbitan karangan
Wilkinson sendiri yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir tahun 1940-an. Pedoman
Ejaan Rumi Wilkinson yang dibentangkan ini berdasarkan Kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang
disusun olehnya pada tahun 1903.

Wilkinson menyebut bahawa ada dua sistem yang logik bagi perumian bahasa Melayu;
pertama, perumian secara harfiah menurut ejaan dan, kedua, perumin secara fonetik menurut
sebutan sesuatu kata. Yang dimaksudkan dengan kaedah harfiah (atau transliterasi) ialah
pengambilan huruf-huruf Jawi yang membentuk sesuatu kata dan memadamkannya dengan
huruf-huruf Rumi tertentu yang diterima. Kaedah ini ada kebaikan dan kelemahannya.
Kebaikannya kerana dapat menjurus kepada keseragaman dengan maksud mengurangkan
kaedah tersendiri seseorang penulis; dan kelemahannya kerana sistem vokal bahasa Arab
tidak cukup untuk disepadankan dengan bunyi-bunyi vokal Melayu, serta huruf-huruf yang
tersedia itu menghalang kajian sistem bunyi (fonetik) yang sebenar.

Kaedah fonetik memperlihatkan kesulitan yang besar. Pertamanya, sukar melahirkan


bunyi-bunyi Melayu yang sebenar daripada huruf Arab yang melambangkan sistem bunyi
yang berbeza. Kedua, sebutan bahasa Melayu berbeza-beza menurut dialek, dan ini
mengakibatkan sesuatu kata dirumikan secara berbeza-beza juga menurut sesuatu tempat.
Ketiga, kejayaan kerjanya sangat bergantung kepada keperseorangan (individualiti) penulis,
dan ini mengakibatkan sukarnya memperoleh keseragaman. Dan, akhirnya, sesuatu sistem
fonetik, betapa pun jitu dan terperincinya, merupakan pengganti yang buruk bagi kajian
sebutan daripada penutur yang baik.

Menurut Wilkinson (1903:714), penelitiannya terhadap buku-buku dalam tulisan Rumi


yang diterbitkan di Singapura menunjukkan bahawa kaedah transliterasi yang digunakan
adalah sistem fonetik “rough-and-ready” yang didasarkan kepada prinsip Hunterian. Menurut
prinsip Hunterian, bunyi vokal tengah (pepet) tidak diwujudkan dalam Rumi kerana tidak
dilambangkan dalam Jawi.

a. Pelambangan Vokal Dan Diftong

Sungguhpun kaedah transliterasi menurut prinsip Hunterian dikatakan memenuhi keperluan


semua, kecuali para pakar, dan keseragamannya yang pratis, namun Wilkinson tidak
menganut kaedah tersebut kerana ejaan Jawi yang diterapkan sistem pelambangan vokal
Arab, terdapat tiga vokal pendek yang dilambangkan dengan baris harakat fathah, kasrah,
dan dammah, dan tiga vokal panjang (dengan variasi kepanjangannya apabila dibantu tanda
baca tertentu) yang dilambangkan dengan huruf alif, ya dan wau. Jadi, huruf dan tanda baca
dalam sistem abjad bahasa Arab tidak cukup untuk melambangkan bunyi vokalik Melayu yang
lebih daripada tiga fonem. Sungguhpun begitu, sistem pelambangan vokal Melayu yang
digunakan oleh Wilkinson adalah yang menyatukan kelebihan daripada sistem-sistem
menurut kaedah bahasa Belanda yang terdapat dalam tulisan-tulisan sebelumya.

Fonem-fonem vokal Melayu sebagaimana yang dilambangkan dengan “huruf saksi”


alif, ya dan wau dalam Jawi yang dikenali pasti oleh Wilkinson ada empat, iaitu tiga vokal
biasa dan satu vokal tengah, yang kerap digunakan secara tetap dalam bahasa Melayu.
Bunyi-bunyi vokalik yang lain dianggap luar biasa. Selain vokal pepet, perbezaan antara vokal
pendek dengan vokal panjang dikatakan tidak terdapat dalam sistem bunyi bahasa Melayu
dan tidak ditandai seperti dalam bahasa Arab. Jadi, dalam perumian Wilkinson, huruf-huruf
yang melambangkan bunyi vokal Melayu dalam kata-kata yang bukan serapan daripada
bahasa Arab/Parsi didapati tidak dibantu dengan tanda serapan daripada Arab atau Parsi,
Wilkinson menggunakan sirkumfleks <ˆ> di atas grafem vokal yang disepadankan dengan alif,
ya dan wau sebagai tanda vokal panjang sebagaimana yang disebut dalam bahasa Arab.
Daripada senarai abjad yang dikemukakan oleh Wilkinson, tidak terdapat padanan
Rumi bagi bunyi-bunyi vokal kerana semua huruf Arab yang menjadi landasan bagi Jawi itu
berfungsi sebagai konsonan. Walau bagaimanapun, dalam penerangannya, kelima-lima huruf
vokal dalam abjad Rumi digunakan oleh Wilkinson sebagai lambang bagi enam bunyi vokal
Melayu baku.

Vokal yang pertama, iaitu yang dilambangkan dengan alif atau baris fathah atau tidak
dilambangkan dalam Jawi, disepadankan dengan grafem <a>. Daripada sudut sebutan, vokal
/a/ ini dikatakan pertengahan antara bunyi grafem <ar> dalam kata Inggeris “bar” dengan
bunyi <a> dalam kata Perancis “facile”.

Vokal yang kedua, iaitu yang dilambangkan dengan ya atau baris kasrah atau tidak
dilambangkan dalam Jawi, biasanya dirumikan dengan <i> atau <e>. Daripada sudut sebutan,
bunyinya dikatakan terletak di antara grafem <ai> dalam kata Inggeris “wait” dengan <ee>
dalam “sweet”, atau di antara <e> dengan <i> dalam bahasa Perancis. Penjelasan ini
menunjukkan bahawa Wilkinson tidak membezakan vokal /i/ dengan vokal /e/ sebagai dua
fonem yang distinguif walaupun penggunaan <i> atau <e> dalam kamusnya memperlihatkan
hakikat sebenar tentang kewujudan dua fonem yang distingif itu apabila diperbandingkan
dengan fonem-fonem baku bahasa Melayu.

Vokal yang ketiga, iaitu yang dilambangkan dengan wau atau baris dammah atau tidak
dilambangkan dalam Jawi, dirakamkan dengan grafem <u> atau <o>. Bunyinya dikatakan
perantaraan di antara bunyi grafem <oo> dalam kata Inggeris “school” dengan <o> dalam
kata “alone”. Penjelasan ini juga menunjukkan pendekatannya yang sama seperti terhadap /i/
dengan /e/, iaitu tidak membezakan kewujudan /u/ dan /o/ sebagai dua fonem yang distingif
dalam vokal Melayu baku.

Vokal yang keempat, iaitu pepet, tidak dilambangkan dalam Jawi, dan biasanya
dirumikan dengan grafem <ě> (e bertanda <ˇ> di atas) yang bunyinya seperti bunyi grafem
<e> yang pertama dalam kata Inggeris “interesting”. Nampaknya, Wilkinson mengambil
pedoman ejaan Jawatankuasa Ejaan Negeri-Negeri Selat (1878) tentang penggunaan <ě>
bagi vokal pepet.

Menurut Wilkinson, hanya terdapat dua diftong dalam bahasa Melayu, iaitu (i) yang
melambangkan dengan <ai>, dan (ii) yang dilambangkan dengan <au>. Diftong /ai/ dikatakan
dilafazkan seperti bunyi grafem <i> dalam kata Inggeris “flight” atau “write” dan kadang-
kadang begitu pendek hingga mencapai bunyi seperti grafem <ai> dalam kata Inggeris “paid”
atau “maid”. Diftong /au/ pula dilambangkan oleh <ow> dalam kata Inggeris “know”. Tidak
dapat dicari kata yang mengandungi diftong /oi/ dalam keterangan dan kamus-kamusnya.
Wilkinson menggunakan tanda koma di atas kiri <ʻ> sebagai padanan bagi ain untuk
mewujudkan bunyi vokal nasal, diletakkan di depan “huruf saksi”. Penggunaan <ʻ> sebagai
grafem bagi ain adalah wajar kerana dapat dibeza-bezakan dengan tanda <ʼ> (koma di atas
kanan) yang diambil sebagai padanan bagi hamzah.

b. Pelambangan Konsonan

Bagi konsonan Melayu yang sama dengan konsonan Inggeris, grafem yang digunakan
adalah sama dengan grafem yang terdapat dalam bahasa Inggeris. Bagi konsonan serapan
daripada bahasa Arab yang tiada persamaannya dengan yang ada dalam bahasa Melayu
atau bahasa Inggeris, Wilkinson menentukan grafem Rumi dengan du acara. Pertama,
menggunakan digraph, iaitu <dz> bagi dzâl (‫)ﺫ‬, <th> bagi thâ (‫)ﺙ‬, <dl> bagi dlâd (‫)ﺾ‬, <tl> bagi
tlâ (‫)ﻆ‬, <kh> bagi khâ (‫)ﺥ‬, dan <gh> nagi ghain (‫)ﻍ‬. Kedua, menggunakan titik di bawah huruf
yang tertentu, iaitu <ḥ> bagi ḥâ (‫)ﺡ‬, <ṣ> bagi ṣâd (‫)ﺹ‬, <ṭ> bagi ṭâ (‫)ﻄ‬, dan <ḳ> bagi ḳâf .

Berikut ini dipaparkan penggunaan grafem Rumi bagi pelambangan konsonan sekunder
daripada bahasa Arab menurut sistem Wilkinson berbanding dengan sistem ejaan menurut
kaedah ejaan Inggeris sebelumnya.

JENS Swettenham Maxwell Wilkinson


Jawi Fonem 1878 1881 1882 1903
‫ﺙ‬ /ѳ/ th th s th
‫ﺡ‬ /ḥ/ ḥ h ḥ ḥ
‫ﺥ‬ /x/ kh kh kh kh
‫ﺫ‬ /ᶞ/ - th dh dz
‫ﺯ‬ /z/ z z z z
‫ﺹ‬ /ṣ/ ṣ s ṣ ṣ
‫ﺾ‬ /ᶞ/ ḍ th ḍ dl
‫ﻃ‬ /ṭ/ ṭ t ṭ ṭ
‫ﻅ‬ /ẓ/ ṭh th ẓ tl
‫ﻍ‬ /ğ/ gh rh/hr ghr gh
‫ﻒ‬ /f/ f f f f
‫ﻖ‬ /q/ ḳ k ḳ ḳ
‫ﻉ‬ /ˁ/ - ӓa/ӓ ̔ ̔
‫ﺀ‬ /ˀ/ ̕ ̕ - ̕
Penggunaan tanda titik di bawah huruf konsonan ialah warisan daripada ejaan
Jawatankuasa Ejaan Negeri-Negeri Selat (1878) dan ejaan Maxwell (1882). Grafem <dl> bagi
‫ ﺽ‬dan <tl> bagi ‫ ﻅ‬ditiru olehnya daripada kaedah Marsden (1812).

c. Pelambangan Keselarasan Vokal

Dalam kaedah ejaan Rumi Wilkinson, penampilan pola-pola keselarasan vokal Melayu
diperlakukan dengan kepelbagaian grafem yang, seperti dilakukan oleh Marsden, bukan
sahaja memperlihatkan ciri keserasian antara lambang-lambang vokalnya tetapi juga
perkaitannya dengan jenis-jenis konsonan yang menutup kata serta kesepadanannya dengan
ejaan Jawi yang menjadi landasan transliterasinya.

Dalam senarai contoh yang dibentangkan berikut ini dapatlah dilihat perlakuan
keserasian grafem vokalnya bagi kesemua 18 pola keharmonian vokal Melayu.

Bil. Pola Grafem Contoh


1. /a-a/ a-a jĕnazah, sĕlamat
2. /a-e/ a-e manek, sĕlaseh
a-i paling, manis
3. /a-o/ a-o agong, dapor
a-u balut, halus
4. /ǝ-a/ ĕ-e kĕmas, pĕram
5. /ǝ-e/ ĕ-e bĕrseh, dĕtek
ĕ-i bĕtis, tĕbing
6. /ǝ-o/ ĕ-o kĕpong, tĕlor
ĕ-u dĕnting,kĕchut
7. /e-a/ e-a bĕlerang, medan
8. /e-e/ e-e kĕledek, leleh
9. /e-o/ e-o elok, telor
10. /i-a/ i-a bidang, jilat
11. /i-e/ i-e dideh, kikek
i-i bising, kikir
12. /i-o/ i-o bidok, timor
i-u minum, siput
13. /o-a/ o-a kolam, gĕlombang
14. /o-e/ o-e bogel, toleh
15. /o-o/ o-o bohong, tokoh
16. /u-a/ u-a budak, hutan
17. /u-e/ u-e bueh, mudek
u-i kulit, tulis
18. /u-o/ u-o gĕmuroh, tunjok
u-u chukup, pukul

Daripada senarai contoh tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa pengejaan kata


dalam kamus Wilkinson mempamerkan kesemua 18 pola keselarasan vokal yang
mengandungi vokal /a/, /e/ dan /o/ pada suku kata akhir tertutup yang didahului oleh suku kata
praakhir yang berfonem /a/, /ǝ/, /i/, /e/, /o/ atau /u/. Bagi kata-kata yang mengandungi /a/, /ǝ/,
/i/ atau /u/ pada suku kata praakhir, vokal /e/ pada suku kata akhir tertutup kan dengan <e>
atau <i>, dan vokal akhir /o/ dilambangkan dengan <o> atau <u>. Hasil penelitian ini
menunjukkan bahawa, pada lazimnya, <i> dan <u> pada suku kata akhir tertutup terdapat
dalam kata serapan daripada bahasa Arab. Bagi kata-kata lain, suku kata akhir ditulis dengan
<e> seandainya ditutupi konsonan /h/ atau /k/ dan beberapa kasus dengan /r/, atau ditulis
dengan <i> apabila ditutupi konsonan yang lain; sedangkan <o> pula ditulis pada suku kata
akhir jikalau ditutupi /h/, /k/, /ŋ/ atau /r/, dan dirakamkan dengan <u> sekiranya ditutupi
konsonan yang lain. Tidak dapat dipastikan rasional bagi pemilihan <e>/<o> pada satu pihak
dan <i>/<u> pada pihak yang lain dalam sistem tersebut pada amnya.
1.5 Sistem Ejaan Rumi Za’ba

Nama pendeta Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) memang tidak asing bagi kita semua. Antara jasa
Za’ba yang tidak dapat lupaka ialah usaha beliau membakukan sistem ejaan dalam tulisan
Rumi. Sistem ejaan tersebut yang sekarang ini dikenali sebagai “Sistem Ejaan Rumi Za’ba”,
telah digunakan secara meluas di sekolah-sekolah dan dalam urusan rasmi di tanah air sejak
tahun-tahun 40-an lagi. Justeru, ia dikenal sebagai “Ejaan Sekolah”. Sistem ejaan ini terus
digunakan sehinggalah sistem ejaan Rumi bahasa Melayu dikaji semula dan diselaraskan
pada awal tahun 70-an (Ismail Dahaman, 2007). Nama asalnya ialah “Petua-Petua Ejaan
Rumi” yang terdapat dalam Pelita Bahasa Melayu I dan mengandungi huraian tentang aturan
penggunaan grafem vokal, konsonan, diftong dan vokal rangkap, sistem keselarasan vokal,
pemilihan grafem yang tepat, ejaan kata pinjaman bahasa Inggeris dan Arab, ejaan kata
turunan/terbitan, penggunaan tanda sempang dan penggunaan huruf besar.

Sistem Ejaan Rumi Za’ba muncul apabila Pendeta Za’ba telah membuat perubahan
kepada Sistem Ejaan Wilkinson. Sistem ini mempunyai beberapa kelemahan dan kekeliruan
kerana melibatkan kaedah penggunaan lambang huruf beraneka ragam yang menyebabkan
berlakunya ketidakseimbangan pengejaan kata dalam amalan penulisan seharian terutama
dalam semua urusan yang menggunakan tulisan huruf.

a. Pelambangan vokal

Za’ba membahagikan fonem vokal, yang diistilahkannya sebagai “huruf saksi” (mengambil
istilah yang diperkenalkan oleh Wilkinson pada tahun 1903), kepada enam bunyi yang
dilambangkan dengan enam huruf vokal yang berikut:

Bunyi Kasar Halus


atas a ĕ
bawah e i
hadapan o u

Bunyi atas kasar ialah vokal luas /a/ yang dilambangkan dengan <a>, misalnya anak,
ayer, ajak, padang, jala, mata.

Bunyi atas halus ialah vokal tengah atau pepet /ǝ/ yang dilambangkan dengan <ĕ>,
misalnya ĕnam, ĕmping, ĕngkau, pĕdang, kĕras, sĕmbah.

Bunyi bawah kasar ialah vokal depan separuh sempit /e/ yang dilambangkan dengan
<e>, misalnya esok, elok, ekor, perak, gelek, leher.
Bunyi bawah halus ialah vokal depan sempit /i/ yang dilambangkan dengan <i>,
misalnya ikan, isi, ibu, gigi, kirim, nipis.

Bunyi hadapan kasar ialah vokal belakang separuh sempit /o/ yang dilambangkan
dengan <o>, misalnya orang, oleh, olok, bodoh, pokok, tombong.

Bunyi hadapan halus ialah vokal belakang sempit /u/ yang dilambangkan dengan <u>,
misalnya ubah, ukir, ugut, buku, hulu, turun.

Za’ba membuat keputusan yang bijak apabila memilih grafem yang berbeza sebagai
lambang sebagai /e/ dan /ǝ/. Penggunaan <ĕ>, e bertanda di atas, sebagai lambang bagi
vokal pepet adalah sama dengan yang terdapat dalam aturan ejaan Jawatankuasa Ejaan
Negeri-Negeri Selat (1878), Sistem Ejaan Wilkinson (1904), dan ejaan Winstedt (1913).
Dengan ini, berertilah bahawa Za’ba mengambil pendekatan satu-lawan-satu antara fonem
dengan grafem, iaitu memadankan enam fonem vokal dengan enam grafem vokal yang
berbeza.

Daripada sudut transliterasi Jawi-Rumi huruf vokal, Za’ba memadankan alif dengan
<a> dan <ĕ>, ya dengan <i> dan <e>, serta wau dengan <u> dan <o>, iaitu sama dengan
yang dilakukan oleh kebanyakkan penulis sebelumnya. Lihatlah beberapa contoh:

Jawi Rumi Contoh Rumi


alif a padang
alif ĕ ĕmak
alif-ya i ikan
alif-ya e ekor
ya i lidi
ya e perak
alif-wau u ulat
alif-wau o oleh
wau u bulat
wau o boleh
fathah a ada
kasrah i ini
kasrah e -
dammah u itu
dammah o roboh
Perbezaan yang jelas antara Za’ba dengan penulis-penulis asing sebelumnya ialah
pendiriannya tentang panjang-pendek bunyi vokal yang dalam Pĕlita Bahasa Mĕlayu I
diperkatakan olehnya dalam hubungannya dengan ejaan Jawi, khususnya ejaan Jawi klasik
atau “ejaan Jawi zaman dahulu”. Penggunaan “huruf saksi” alif, ya dan wau yang dikatakan
sebagai pemanjang bunyi vokal, dan penggunaan tanda baris fathah, kasrah dan dammah
(sama ada dizahirkan atau tidak) yang dikatakan sebagai tanda vokal pendek dalam ejaan
Jawi klasik, disangkal oleh Za’ba dengan hujah yang berikut:

“Pĕnulis-pĕnulis Jawi yang mula-mula mĕnulis-nya dĕngan ka e


̔ dah ini tĕntu-lah
bukan-nya orang Mĕlayu. Sĕmĕntara itu orang Mĕlayu sendiri yang punya bahasa apabila
mĕreka tĕlah pandai pula mĕnulis, maka mĕreka lĕbeh tahu bahawa dalam bahasa Mĕlayu
tidak ada bunyi panjang yang sa-bĕnar sapĕrti dalam bahasa ̔ Arab: yang disangkakan
panjang sĕrta di-pakaikan ‫ ﻭ ﻱ ﺍ‬oleh pĕnulis-pĕnulis yang mula-mula itu ia-lah bunyi-bunyi
yang tĕerkĕras sahaja, bukan panjang.” (hlm. 18)

Pendirian ini jelas menunjukkan bahawa, dalam sistem bunyi bahasa Melayu yang
betul dan benar, tidak terdapat konsep panjang-pendek vokal seperti yang dihujahkan oleh
penulis-penils asing sebelumnya. Dengan demikian, Za’ba tidak menggunakan tanda
sirkumfleks atau aksen apa-apa sebagai penanda panjang-pendek bunyi bagi mana-mana
grafem vokal dalam sistem ejaannya.

Pedekatan bagi perumian bahasa Melayu yang dianut oleh Za’ba tercermin dalam
kenyataannya sebagai yang berikut:

“Dalam tulisan Rumi Mĕlayu undang-undang yang ̔ am bagi ejaan sĕgala pĕrkataan
ia-lah satu sahaja ia-itu - ̔ Hĕndak-lah di-eja mĕengikut bunyi.” (hlm. 48)

Pegangan ini, terutamanya, diperlihatkan dalam kaedah pelambangan sistem


keselarasan vokal dan pelambangan bunyi-bunyi serapan daripada bahasa Inggeris dan
bahasa Arab.

b. Pelambangan Sistem Keselarasan Vokal

Menurut Ismail Dahaman (2007), Za’ba menetapkan lapan peraturan dalam sistem
keserasian vokal ejaannya, iaitu:

i. Grafem <e> digunakan pada suku kata akhir yang ditutupi dengan <h> atau <k>
sahaja tanpa mengira jenis vokal pada suku kata praakhir. Contohnya: aleh, bueh,
kueh dan raeh.
ii. Grafem <e> digunakan pada suku kata akhir yang ditutupi dengan konsonan selain
<h> dan <k>. jika suku kata akhir praakhir mengandungi vokal <e> atau <o>.
Contohnya: seret, lereng, chomel dan monyet.
iii. Grafem <i> digunakan pada suku kata akhir yang ditutupi dengan konsonan selain
<h> atau <k> jika suku kata praakhir mengandungi vokal /a/, /ǝ/, /i/, atau /u/.
Contohnya: nasib, sĕring, chincin, buntil. Ini termasuk vokal rangkap seperti duit,
kuis, kail, kain, ghaib dan saing.
iv. Grafem <i> digunakan juga pada suku kata akhir yang ditutupi <k> sekiranya hadir
sebagai unsur kedua bagi vokal rangkap dengan /a/. Contohnya: baik.
v. Grafem <o> digunakan pada suku kata akhir yang ditutupi <h>, <k>, <ng>, atau
<r> tanpa mengira jenis vokal pada suku kata praakhir. Contohnya: basoh, hidong,
ukor, prioh, tiong dan lior.
vi. Grafem <o> juga digunakan pada suku kata akhir yang ditutupi konsonan selain
<h>, <k>, <ng>, atau <r> sekiranya suku kata praakhir mengandungi vokal /e/,
atau /o/. Contohnya: belot, bolot dan gomol.
vii. Grafem <u> digunakan pada suku kata akhir yang ditutupi konsonan selain <h>,
<k>, <ng>, atau <r> sekiranya suku kata praakhir mengandungi vokal /a/, /ǝ/, /i/,
atau /u/. Contohnya: bakul, bĕlum, hidup dan huruf. Ini termasuk vokal berangkap
seperti laut, kaut, bius dan puit.
viii. Grafem <u> digunakan juga pada suku kata akhir yang ditutupi selain <h>, <k>,
<ng> atau <r> sekiranya hadir sebagai unsur kedua bagi vokal rangkap dengan
/a/. Contohnya: jauh dan sauk.

c. Pelambangan Diftong

Menurut Ismail Dahaman (2007), Za’ba menggunakan istilah ̔ bunyi berkait ̕ untuk maksud
diftong yang kesemuanya ada tiga, iaitu <ai>, <au>, dan <oi>. Contohnya: Grafem <ai> untuk
kata seperti tapai, murai, bonglai, dan Hailam manakala grafem <au> digunakan untuk kata
seperti kachau, pisau, surau, pulau dan saudara. Grafem <oi> pula digunakan untuk kata
seperti kaloi, amboi, dan tampoi. Diftong yang hadir selepas vokal dapat dilihat pada contoh
yang diberikan ini seperti piai, kiai, Riau, buai, muai, tuai, dan suai.
d. Pelambangan Konsonan

Za’ba menggunakan istilah “huruf benar” untuk maksud huruf konsonan. Ini kerana huruf-
huruf ini tidak boleh mengeluarkan bunyinya dengan sempurna jika tiada pertolongan huruf-
huruf saksi (vokal). Za’ba membahagikan grafem Rumi kepada empat kumpulan yang
berdasarkan padanan Jawi seperti yang berikut.

i. Huruf Rumi tunggal yang sepadan dengan dua huruf Jawi

Grafem Rumi Huruf Jawi


<h> = ‫ ﻫ‬dan ‫ﺡ‬
<k> = ‫ ﻙ‬dan ‫ﻕ‬
<s> = ‫ ﺱ‬dan ‫ﺺ‬
<t> = ‫ ﺖ‬dan ‫ﻄ‬
<z> = ‫ ﺯ‬dan ‫ﻅ‬

ii. Digraph Rumi yang sepadan dengan huruf Jawi tunggal

Grafem Rumi Huruf Jawi


<ng> = ‫ݞ‬
<ny> = ‫ﺙ‬
<ch> = ‫ﭺ‬
<kh> = ‫ﺥ‬
<sh> = ‫ﺶ‬

iii. Tanda koma di atas kiri < ̀ > yang disepadankan dengan huruf ain (‫ )ﻉ‬dan sebagai
tanda bagi bunyi vokal nasal. Tanda koma di atas kanan < ̕ > yang sepadan
dengan huruf hamzah (‫)ﺀ‬.
iv. Grafem Rumi tunggal yang lain yang sepadan satu-lawan-satu dengan huruf Jawi.
Contohnya:
Grafem Rumi Huruf Jawi
<b> = ‫ﺏ‬
<d> = ‫د‬
<f> = ‫ﻒ‬
<g> = ‫ݢ‬
<j> = ‫ﺝ‬
Sementara itu, huruf-huruf <c>, <q>, <v> dan <x> tidak digolongkan sebagai grafem Rumi
kerana digunakan bagi kata daripada bahasa Inggeris. Dalam senarai grafem Rumi tersebut,
dapatlah disimpulkan bahawa Za’ba telah mengenali bunyi-bunyi konsonan dalam bahasa
Melayu secara mendalam dan menyakinkan.

e. Penulisan Kata Pinjaman

Ada dua acara menulis kata pinjaman daripada bahasa Inggeris menurut Za’ba. Pertama
ialah menyesuaikannya dengan sebutan Melayu bagi kata yang sudah lama terserap.
Contohnya saman, repot, pereman, geran, sain dan sebagainya manakala kedua dengan
menggunakan ejaan asal bahasa Inggeris bagi kata yang belum disesuaikan dengan sebutan
Melayu. Contohnya, stamp, office, ticket, motor-car dan sebagainya. Namun, bagi kata dari
bahasa Arab diimiringkan sedikit mengikut kategori tertentu.

f. Penulisan Kata Turunan

Kata turunan bermaksud proses pengimbuhan yang wujud akibat penyatuan kata
dasar dengan imbuhan awalan, akhiran atau apitan. Bagi Za’ba, imbuhan awalan dan
akhiran dianggap sebagai satu morfem terikat yang tertulis serangkaian dengan kata dasar
sama ada disatukan atau menggunakan tanda sempang. Contoh kaedah penulisan dan
pengejaan kata turunan dalam sistem ejaan Rumi Za’ba adalah seperti:

i. Awalan peN- dan meN- (pěmalas)


ii. Awalan beR-, teR-, dan peR- (běraja)
iii. Awalan ke- (kětahui)
iv. Awalan sa- (sa-orang)
v. Awalan di- (di-beri)
vi. Akhiran –an, -kan dan –I (ejaan)

g. Penulisan Kata Ulang

Kata ulang atau kata ganda atau “perkataan berganda” dalam sistem ejaan Za’ba ditulis
dengan du acara, iaitu (i) menggunakan angka dua (2), misalnya: anak2, mělompat2; atau (ii)
ditulis dua kali dengan menggunakan tanda sempang di antara unsurnya, misalnya: anak-
anak, mělompat-lompat.
Za’ba menjelaskan bahawa sebutan ulangan bagi kata yang berimbuhan biasanya
dilakukan pada unsur kata dasarnya sahaja, termasuk ulangan yang dianalisasikan, dan ini
adalah dimaksudkan bagi kata kerja. Perkataan yang asalnya mengandungi tanda sempang
dapat diulang seluruhnya dengan cara menanggalkan tanda sempang, misalnya sa-kali
menjadi sakali2 (sakali-sakali). Selain itu, ulangan seluruh kata berlaku juga bagi kata nama
yang mengandungi awalan <pě>, misalnya: pěnulis2 atau pěnulis- pěnulis.

h. Penggunaan Tanda Sempang

Tanda sempang (-) dalam sistem ejaan Za’ba digunakan untuk berfungsi pengikat unsur-
unsur morfem bebas dengan morfem terikat atau morfem bebas dengan “penambah”. Tempat
atau kata yang perlu dibubuhi tanda sempang adalah:

i. Merangkaikan awalan di- dan sa- dengan kata dasar.


Contoh: di-běri, sa-orang
ii. Merangkaikan awalan di- dan sa- dengan kata nama yang mengikutnya.

Contoh: di-darat, ka-Mělaka

iii. Merangkaikan kata ganti singkat ku dan kau dengan kata yang mengikutnya.
Contoh: ku-lihat, kau-lihat
iv. Merangkaikan partikel –lah, -kah dan –tah dengan kata yang mendahuluinya.
Contoh: dudok-lah, apa-tah
v. Digunakan untuk menulis kata ulang.
Contoh: anak-anak (kata ulang penuh), běrganti-ganti (kata ulang berimbuhan), gěrak-
gěri (kata ulang bertingkah bunyi)
vi. Digunakan untuk menulis kata majmuk atau “perkataan bersatu” yang “tidak di-
hitongkan sudah jadi satu pěrkataan sěndiri”.
Contoh: ad-raja, ganda-mala
vii. Digunakan untuk menulis kata serapan daripada bahasa Arab yang mengandungi al-
seperti dalam contoh yang berikut: ahlu’ l-balit, baitu’ l-mal
viii. Tanda sempang digunakan untuk memisahkan suku kata kerana penggantian baris.
Contoh: di-bawa-/kan, pěrsědia-/an.

i. Penulisan Kata Depan

Za’ba menetapkan di dank e yang ada pada ketika itu ditulis dengan tanda sempang iaitu di-
dank a-. Contoh –di-Mělaka, di-bawah.
j. Penulisan Kata Sandang

Bagi Za’ba, kata sandang tergolong sebagai penambah di dalam sistem tatabahasanya.
Contoh: si yang diletakkan tanda sempang yang mengikutnya seperti si-mati, si-laki dan
sebagainya.

Tiada penjelasan apa-apa tentang kaedah menulis kata sang sebagai “pemadan taraf
pada nama orang”.

k. Penulisan Huruf Besar

Dalam sistem ejaan Za’ba, terdapat undang-undang tentang penggunaan huruf besar pada
awal perkataan. Za’ba menyenaraikan lima belas situasi yang membolehkan penggunaan
huruf besar, iaitu:

i. Huruf permulaan di pangkal ayat


ii. Sesudah habis ayat, maka dimulakan dengan huruf besar
iii. Selepas tanda tanya jika sambungnya itu bukan dialog pengarang
iv. Kemudian daripada tanda seruan jika sambungannya itu bukan cakap pengarang
v. Huruf pertama di pangkal baris syair dan pantun
vi. Huruf pertama pada pangkal dialog atau cakap ajuk
vii. Huruf pertama pada pangkal teriakan untuk bercakap dengan orang lain
viii. Huruf pertama nama orang
ix. Huruf pertama nama Tuhan
x. Huruf pertama nama tempat
xi. Huruf pertama nama bangsa
xii. Huruf pertma gelaran atau pangkat
xiii. Huruf pertama nama buku, bab dalam buku, akhbar, dan keilmuan
xiv. Huruf pertama nama bulan, hari cuti dan lain-lain
xv. Huruf pertama nama kebanyakkan yang diseur seperti orang

Sistem ejaan Za’ba, sebagaimana dimaklumkan, tersebar luas dalam penggunaan


bahasa di sector persekolahan, dalam urusan rasmi kerajaan dan di kalangan masyarakat
umum, istimewa selepas terbitnya DEM tahun 1949 dan PBMI edisi tahun 1953. Tetapi, oleh
sebab kedua-dua edisi pedoman ejaan Za’ba tersebut mengandungi beberapa grafem yang
berbeza bagi melambangkan konsonan yang sama, khususnya <z>, <dz>, dan <dh> sebagai
padanan bagi zai (‫ )ﺯ‬dan za (‫)ﻅ‬, zal (‫)ﻨ‬, dan dad (‫ )ﺽ‬yang sering bertukar ganti, ditambah pula
dengan pengejaan vokal yang mengandungi kekecualian daripada aturan yang begitu banyak,
maka berlakulah ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan penulisan sehari-hari
dalam semua urusan yang menggunakan tulisan Rumi. Kekacauan ejaan ini menjadi
bertambah berat dengan adanya pengejaan kata yang masih menurut sistem ejaan Wilkinson
dan beberapa sistem ejaan Rumi lain yang digunakan dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa
dan dwibahasa yang terbit dan tersebar semenjak tahun 1920-an. Kepelbagaian ejaan Rumi
pada tahun-tahun awal abad ke-20 sehingga lebih kurang tahun 1965 itu dapat dilihat dalam
Kamus Dewan terbitan pertama tahun 1970.

1.6 Ejaan Rumi Fajar Asia (1943)

a. Pelambangan Vokal

Kesemua lima huruf vokal digunakan untuk melambangkan enam fonem vokal Melayu iaitu
dengan <e> sebagai grafem bagi kedua-dua taling dan pepet tanpa memakai tanda aksen.

Fonem Grafem Contoh Kata


/a/ <a> bawah, atas, sana
/e/ <e> leher, dewasa, kelepet
/ǝ/ <e> seberapa, tenggelam
/i/ <i> ini, di, dunia
/o/ <o> orang, tomato
/u/ <u> hulu, itu

b. Pelambangan Diftong

Diftong dalam ejaan Fajar Asia dirakamkan dengan grafem yang sama seperti dalam sistem
ejaan Wilkinson atau Za’ba, iaitu <ai> bagi /ai/, <au> bagi /au/, dan <oi> bagi /oi/, misalnya:
pantai, pulau, sepoi.

c. Pelambangan Konsonan

Fonem Grafem Contoh Kata


/p/ <p> tepat
/b/ <b> bibir
/t/ <t> tutup
/d/ <d> didik
/k/ <k> kekek
/g/ <g> gagah
/Ɂ/ <k> hendak
<’> dato’
/s/ <s> situ
/h/ <h> habis
/c/ <ch> hanchur
/j/ <j> raja
/l/ <l> lalu
/r/ <r> rasa
/m/ <m> sama
/n/ <n> depan
/ῆ/ <ny> hanya
/ŋ/ <ng> dating
/w/ <w> watan
/y/ <y> yang
/f/ <f> sifat
/θ/ <th> mithal
/ð/ <z> zat
/z/ <z>/<dz> zaman, zahir/dzahir
/š/ <sh> shukur
/x/ <kh> tarikh
/ğ/ <gh> tabligh
/ʕ/ <ʿ> ‘am, ma’lum, sa’at, di’ayah

Penggunaan lambang yang agak mengelirukan ialah tanda koma di atas <’> bagi / Ɂ/ yang
sering dikelirukan dengan <’> yang sepadan dengan ain atau / ʕ/. Sungguhpun tanda <’>
digunakan pada beberapa kata dengan sewajarnya sama ada sebagai penanda vokal nasal
mahupun sebagai padanan ain penutup suku kata seperti dalam kaedah ejaan Za’ba tetapi,
dalam praktis penggunaan yang lain, <’> diamalkan sebagai padanan bagi ain.

d. Pelambangan Sistem Keharmonian Vokal

Pada umumnya, kata-kata dalam Fajar Asia dieja dengan grafem <i> dan <u> pada suku kata
akhir tertutup apabila suku kata praakhir mengandungi <a>, <i>, <u> atau <e> pepet yang
didapati menyimpang daripada kebiasaan dalam sistem Za’ba. Didapati bahawa grafem <e>
taling dan <o> digunakan pada suku kata akhir tertutup hanya apabila kata praakhir
mengandungi <e> taling dan <o> juga. Sungguhpun begitu, terdapat variasi ejaan yang
menunjukkan penggunaan kedua-dua vokal belakang atau vokal depan, atau penggunaan <e>
taling dan <o> sahaja, terutamanya bagi kata yang suku katanya yang akhir ditutupi <h> atau
<k> selepas /e/ dan yang ditutupi <k>, <h>, <ng> atau <r> selepas /o/ seperti dalam ejaan
Za’ba.

e. Penulisan Kata Ulang

Kata ulang dalam Fajar Asia ditulis dengan dua cara seperti dalam sistem ejaan Za’ba, iaitu

i. Dengan menggunakan tanda sempang pada unsur yang diulang


ii. Dengan menggunakan angka dua

f. Penulisan Kata Depan

Kata depan <di> dan <ke> dalam Ejaan Fajar Asia ditulis serangkai dengan kata yang
mengikutinya, dan ini berbeza daripada kaedah Za’ba yang merangkaikannya dengan tanda
sempang, kecuali apabila diikuti olek kata yang bermula dengan huruf besar yang dijarakkan
daripadanya.

g. Penulisan Kata Turunan

Penulisan kata turunan atau kata berimbuhan dalam Fajar Asia adalah seragam, iaitu semua
imbuhan awalan dan/atau akhiran ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar.
Penulisannya memperlihatkan perlakuan perubahan morfofonemik yang wajar dan sesuai
dengan sistem bunyi bahasa Melayu sebagaimana yang terdapat dalam kaedah ejan Za’ba.

h. Kesimpulan

Sistem Ejaan Fajar Asia dapat dikatakan sebagai percubaan pertama dalam usaha
menyatukan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan ejaan Rumi bahasa Indonesia seandainya
dipandang daripada sudut pengejaan kata dan penulisan keharmonian vokal. Penulisan kata
depan, imbuhan, kata ganti singkat, partikel (lah, kah, tah), dan kata sandang (si) yang
kesemuanya disatukan dengan kata dasar atau bentuk dasar merupakan kaedah menurut
sistem ejaan Van Ophuijsen yang sedang berlaku di Indonesia sejak tahun 1902. Begitulah
juga, penulisan keharmonian vokal yang merakamkan <i> dan <u> pada suku kata akhir
tertutup, yang terpakai dengan baik dalam sistem ejaan van Ophuijsen itu, digunakan dengan
agak baik dalam Fajar Asia. Daripada sudut penggunaan grafem konsonan, Fajar Asia
mengaplikasikan aturan sistem ejaan Za’ba bagi hampir kesemua grafem konsonan,
termasuk grafem <z> dan <dz> yang dalam penggunaannya sering dikelirukan sebagai
padanan bagi huruf Jawi (‫)ﺽ‬, (‫)ﻧ‬, (‫ )ﻅ‬dan (‫)ﻦ‬. Sebaliknya, bagi pelambangan vokal taling dan
pepet, Fajar Asia mengambil <e> (tanpa tanda sirkumfleks atau aksen) sebagai grafem bagi
kedua-dua vokal tersebut, dan tidak mengikut kaedah Za’ba (<e> bagi taling dan <ě> bagi
pepet) mahupun kaedah Van Ophuijsen (<é> bagi taling dan <e>bagi pepet) yang kedua-
duanya berlainan tentang penggunaan tanda aksen bagi membezakan taling daripada pepet).

Beberapa penyimpangan daripada aturan yang seragam itu dapat disimpulkan


sebagai kesalahan penyuntingan atau pembacaan pruf pada suatu pihak dan kepelbagaian
serta keberlainan latar belakang penulis yang menyumbang dalam Fajar Asia pada satu pihak
yang lain.

1.7 Ejaan Kongres (1956)

Ejaan Kongres, iaitu sistem ejaan Rumi bagi bahasa Melayu yang dipersetujui oleh Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu yang Ketiga tahun 1956, dirumuskan atas empat dasar
pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi (Memorando, 1962:261-262), iaitu seperti yang
berikut:

a. “Ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah disamakan atau disatukan.


b. Peraturan ejaan hendaklah mudah; dan untuk ini maka sistim fonologi diterima
sebagai sistim yang lebih baik daripada sistim fonetik, dan satu fonem hendaklah
digambarkan dengan hanya satu tanda (hurup) saja.
c. Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikuti kaidah yang satu dan semacam.
d. Kata2 dari bahasa2 asing hendaklah disesuaikan pengejaannya dengan hukum2
sistem fonologi Melayu.”

a. Abjad

Ejaan Kongres menetapkan 30 huruf dan grafem baru yang melambangkan fonem-fonem
Melayu dan bukan Melayu yang diterima sebagai huruf-huruf dalam tulisan Rumi. Nama bagi
huruf tersebut diubah daripada sebutan Anglo-Saxon dan bahasa Inggeris kepada nama-
nama huruf yang berdasarkan bunyi atau nilai fonem Melayu yang dilambangkan. Empat huruf
tambahan dalam Ejaan Kongres ialah ě, ŋ, ῆ, dan š.
b. Pelambangan Vokal

Ejaan Kongres menetapkan dalam bahasa Melayu ada lima huruf vokal yang dilambangkan
dengan enam fonem vokal. Grafem <e> mewakili dua fonem, iaitu e taling (bertanda<’> pada
bahagian atas huruf e) untuk kata seperti perang, belot dan selekah. Manakala <e> kedua
adalah e pepet untuk kata seperti emak dan belut.

c. Pelambangan Diftong

Ejaan Kongres meminda ketiga-tiga diftong yang digunakan sebelumnya kepada yang baharu
dengan alasan bahawa bukan semua <ai> dan <au> dalam ejaan lama serupa diftong tetapi
hanyalah vokal rangkap yang perlu dibezakan grafemnya daripada grafem diftong. Justeru,
Ejaan Kongres menggantikan grafem lama <ai> dengan <ay>, <au> dengan <aw>, dan <oi>
dengan <oy>.

d. Pelambangan Konsonan

Terdapat 20 fonem yang diterima sebagai fonem konsonan Melayu, iaitu 18 fonem Melayu
asal dan dua fonem pinjaman, iaitu /š/ dan /z/. Kesemua 20 fonem tersebut dilambangkan
dengan grafem konsonan yang berbeza dan sesuai dengan prinsip kesepadanan satu-lawan-
satu antara fonem dengan grafem.

Ejaan Kongres juga menggunakan lambang-lambang konsonan yang bersifat grafem


tunggal. Ada enam digraf (dua huruf berturut-turut tetapi mewakili satu bunyi) digugurkan dan
empat daripadanya diganti dengan grafem baharu.

Menurut Ismail Dahaman (2007), ini sesuai dengan prinsip “mesti memelayukan bunyi”,
penentuan grafem konsonan dalam Ejaan Kongres dibuat berdasarkan kategori fonem-fonem
yang ditinjau daripada sudut Melayu atau bukan Melayu.

Bagi mengatasi masalah huruf atau fonem Arab yang mengelirukan kerana diberi
padanan lebih daripada satu grafem seperti dad (Jawi) sepadan dengan <d> atau <l> (Rumi)
untuk perkataan darab dan hadir maka dalam Ejaan Kongres diputuskan berada dalam satu
fonem yang sama. Walau bagaimanapun, masalah ini tidak boleh selesai kerana adanya dua
pendapat yang berbeza.
e. Pelambangan Sistem Keharmonian Vokal

Pertama, grafem <i> dan <u> digunakan pada semua suku kata akhir tertutup sekiranya suku
kata praakhir mengandungi vokal /a/, /i/, /ǝ/ atau /u/, tanpa mengira jenis konsonan yang
menutup kata.

Kedua, grafem <é> dan <o> digunakan pada semua suku kata akhir sekiranya suku kata
praakhir mengandungi vokal /e/ dan /o/ juga, tanpa mengira jenis konsonan yang menutup
kata.

f. Penulisan Kata Pinjaman

Hendaklah mengikut pedoman umum tentang pengejaan atau penulisan kata pinjaman
daripada bahasa Ingggeris.

g. Pengejaan Kata-Kata Tertentu

Dieja mengikut sebutan seperti di Indonesia. Contoh: air bukannya ayer, karena bukannya
kerana, arti bukannya erti, herti.

h. Penulisan Kata Depan

ke dan di boleh ditulis dengan dua cara, iaitu terpisah sebagai satu kata yang mengikutinya
bagi semua kasus dan kedua, rapat jika menunjukkan arah atau membawa makna yang sama
mengikutinya.

i. Penulisan Kata Turunan

Semua bentuk imbuhan awalan dan akhiran hendaklah ditulis serangkai dengan kata dasar
tanpa tanda sempang. Contoh: dimakan, dijalankan.

j. Penulisan Partikel

<lah>, <kah>, dan <tah> hendaklah ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya tanpa
tanda sempang. Contoh: baiklah, apatah, apakah.
k. Penulisan Kata Ganti Singkat

<ku>, <kau>, dan <mu> hendaklah disatukan dengan kata yang mengikuti. Contoh kuambil,
kaurampas sahabatmu.

l. Penulisan Kata Sandang

<si>, dan <saŋ> hendaklah ditulis secara terpisah daripada kata-kata yang mengikutinya.
Contoh: si Ali, si miskin, sang harimau.

m. Penggunaan Tanda Sempang

Perlu dipermudahkan dengan membahagikan fungsinya kepada tiga sahaja, iaitu untuk
menulis kata ulang, kedua untuk menghubungkan unsur-unsur yang membentuk kata majmuk
dan ketiga, digunakan untuk memisahkan suku kata kerana penggantian baris dalam tulisan.

n. Penulisan Huruf Besar

Ikut sebagaimana yang lazim digunakan dalam Ejaan Sekolah dan tidak perlu diubah. Cuma
huruf pertama kata nama khas perlu ditulis huruf kecil jika dijadikan kata kerja setelah
mendapat imbuhan awalan.

o. Kesimpulan

Sistem Ejaan Kongres yang mendapat sambutan ramai dapat dikatakan usaha yang kedua
dilakukan untuk menuju kepada penyatuan ejaan bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia,
iaitu sebagai lanjutan daripada usaha melalui Fajar Asia. Persamaan penting antara Ejaan
Kongres dengan Ejaan Fajar Asia ialah pelambangan sistem keharmonian vokal dan
penulisan bentuk-bentuk terikat tanpa menggunakan tanda sempang bukan sahaja lebih
mudah dan seragam berbanding dengan Ejaan Sekolah tetapi juga selaras dengan sistem
ejaan Soewandi yang sedang dalam penggunaan di Indonesia.
1.8 Ejaan Rumi PBMUM (1959)

Selepas Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga tahun 1956, terdapat sejenis kaedah
ejaan yang digunakan di kalangan akademik, iaitu Ejaan Rumi PBMUM.

Kaedah Ejaan Rumi PBMUM ialah sistem ejaan yang digunakan dalam penerbitan
jurnal Bahasa yang diterbitkan oleh Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM)
bermula pada tahun 1959. Kaedah PBMUM bukanlah suatu kaedah ejaan rasmi yang
diperakukan, tetapi merupakan suatu percubaan lanjutan kea rah penyatuan ejaan Rumi
bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia kerana sistem ini hampir menyamai ejaan Fajar
Asia dan Ejaan Soewandi. Berikut ini dipaparkan beberapa ciri penting kaedah ejaan PBMUM
yang dikira berbeza daripada ejaan Melayu yang sedang berlaku (ejaan Za’ba).

Pelambangan fonem yang berbeza daripada ejaan Za’ba ialah grafem bagi vokal taling
dan pepet, grafem diftong, lambang bagi /c/, serta beberapa grafem bagi konsonan sekunder
daripada bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

PBMUM mengambil <e> sebagai lambang bagi kedua-dua /e/ dan pepet. Grafem
vokal yang lain adalah sama dengan grafem dalam ejaan Za’ba, iaitu <a>, <i>, <o> dan <u>.

Diftong Melayu dirakamkan dengan grafem <ay> bagi /ai/, <aw> bagi /au/, dan <oy>
bagi /oi/, misalnya: sebagay, sampay, sesuay, sawdara, ataw, beliaw, sepoy.

Ejaan PBMUM menggunakan grafem ekahuruf <c> sebagai lambang bagi /c/ tetapi
mengekalkan digraf <ng>, <ny> dan <sh> seperti dalam ejaan Za’ba bagi /ŋ/, /ῆ/ dan /š/ satu
per satu. Beberapa konsonan Arab dan Inggeris disesuaikan ke dalam sistem fonem Melayu
dan dilambangkan dengan grafem yang biasa digunakan bagi bunyi-bunyi Melayu. Fonem /f/
dirakamkan dengan <p>, misalnya: paham, piker, insap, hurup (tetapi daif). Konsonan /f/ dan
/v/ Inggeris pun, namapaknya, dimelayukan dengan <p>, misalnya: paktor, nobel. Fonem /ğ/
disesuaikan dengan grafem <g>, misalnya: galib, logat. Fonem /x/ Arab pula diseduaikan
dengan dua grafem, iaitu <k> atau <h>, misalnya: tawarik, kutubkanah, ahbar, ahir. Huruf Jawi
dad disesuaikan dengan grafem <d>, misalnya: darurat, hadir. Ejaan PBMUM menerima
fonem /d/ dan /b/ Arab pada posisi akhir yang dirakamkan dengan <d> dan <b> satu per satu,
misalnya: abad, wujud, maksud, sebab, nasib.

Sistem keharmonian vokal diperlihatkan dalam ejaan PBMUM sebagaimana yang


ditunjukkan oleh Fajar Asia, iaitu grafem <i> dan <u> digunakan pada suku kata akhir tertutup
apabila vokal /a/, /i/, /u/ dan pepet terdapat pada suku kata praakhir; dan grafem <e> dan <o>
juga terdapat pada suku kata praakhir. Sekadar contoh, perhatikan kata-kata yang berikut:
kasih, baik, lauk, atur, lebih, pelik, bentuk, pilih.
Penulisan kata urutan turunan dalam ejaan PBMUM menunjukkan kaedah yang
seragam, iaitu semua awalan dan akhiran dirangkaikan dengan kata dasar atau bentuk dasar,
kecuali apabila kata dasar diulang dengan menggunakan angka dua. Kebanyakkan kata ulang
ditulis dengan angka dua dan memakai sempang bagi kasus kata kerja berawalan, miasalnya:
cara2, pendapat2, pertubuhan2, ke-dua2; tetapi karang-mengarang, tulis menulis, harubiru.

Dalam ejaan PBMUM, kata depan <ke> dipisahkan daripada kata yang mengikutinya,
sedangkan <di> dirangkaikan denga kata yang mengikutinya, misalnya: ke arah, ke negeri,
disebuah, tetapi di Singapura, di-negeri2.

Partikel <lah>, <kah>, <tah> dan <pun> serta kata ganti singkat <nya> dirangkaikan
dengan kata yang mendahuluinya, misalnya kata: ialah, apakah, telahpun, ataupun.

Konsep kata majmuk dengan pengertian dua kata yang ditulis serangkai didapati tidak
begitu jelas dalam aturan ejaan PBMUM. Pemerhatian kita menunjukkan bahawa kata yang
ditulis serangkai itu tergolong dalam kategori kata majmuk, rangkai kata biasa, kata bilangan,
kata ulang, dan frasa parataksis, serta simpulan bahasa, misalnya: kerapkali, turutserta,
jalanraya, tanggungjawab.

1.9 Kesimpulan

Percubaan untuk mengadakan beberapa sistem ejaan Rumi bagi mengatasi


ketidakselarasan pengejaan yang terdapat dalam Sistem Ejaan Wilkinson dan Sistem Ejaan
Za’ba seperti yang digambarkan dalam ketiga-tiga kaedah Ejaan Rumi Fajar Asia, Ejaan
Kongres dan Ejaan Rumi PBMUM itu nampaknya sama sekali tidak berhasil kerana tidak
mendapat tunjangan daripada pengguna bahasa. Sistem Ejaan Fajar Asia yang berlaku
dalam zaman kedudukan Jepun di Malaysia tidak diwarisi kepada masyarakat selapas Malaya
kembali ke dalam pemerintahan Inggeris, tetapi bertumpu kepada Sistem Ejaan Za’ba atau
Ejaan Sekolah. Ejaan Kongres agak terbatas kepada peminat dan penyokong Kongres dan
hanya baru diberikan perhatian semula apabila kerjasama kebahasaan antara bahasa Melayu
dan bahasa Indonesia bermula sekitar tahun 1959. Ejaan Rumi PBMUM amat terbatas dan
tidak tersebar selain daripada dalam jurnal Bahasa yang hidup beberapa tahun sahaja.
Sebagai percubaan mengadakan inovasi, sistem-sistem ejaan tersebut mempunyai
kepentingannya yang tersendiri dalam sejarah pembaharuan sistem ejaan Rumi bahasa
Melayu di Malaysia dan dalam hubungannya dengan sistem ejaan baru tahun 1967.
2.0 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM)

MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara,
iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini dinamai Majlis
Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu
Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan
Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik
Indonesia, pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei
Darussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985. Manakala, Singapura masih
menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini. Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk
membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara
anggota tetap berkenaan. Pendek kata MABBIM bertujuan untuk mendaulat, menyebar dan
mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi bukan sahaja
di rantau malah di dunia. Usaha ini boleh menjadi realiti apabila usaha-usaha peristilahan
berterusan dan lebih mantap. Ini meliputi semua bidang keilmuan seperti sains, teknologi,
komunikasi maklumat, perubatan, perundangan, perekonomian, kesusasteraan dan
sebagainya.

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka

Perbincangan tentang perkembangan bahasa di Malaysia tidak akan lengkap


sekiranya peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak disentuh. DBP merupakan satu-
satu badan yang ditubuhkan oleh kerajaan khusus untuk memajukan bahasa Melayu.
Sehingga hari ini, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam memajukan bahasa amat
penting dan tidak ada badan–badan lain yang mampu berperanan sebagaimana yang
dimainkannya. Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam
pembentukan istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan membina
korpus dan menyebarkan melalui buku-buku istilah, tatabahasa dan perkamusan. Bahagian
pembinaan dan pengembangan bahasa bertanggungjawab membina dan
memperkembangkan istilah, mengadakan penyelidikan dan menyebarkan hasil pemerolehan
mereka. Badan ini juga bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan
mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sector awam dan sector swasta di samping
menyediakan khidmat nasihat.

Untuk memperkukuhkan lagi peranannya, Unit Pelaksanaan Bahasa ditubuhkan pada


tahun 1980. Unit ini bertanggungjawab menggalakkan penggunaan bahasa Melayu. Ia telah
melaksanakan beberapa langkah seperti mengadakan ceramah, taklimat, forum, kursus,
rancangan Dewan Bahasa di radio, menyebarkan panduan bahasa, khidmat nasihat,
mengadakan kempen “Mencintai Bahasa Melayu” dan mengawasi penggunaan bahasa
Melayu di sektor awam dan swasta. Apa yang jelas, pelaksanaan perancangan bahasa yang
dijalankan oleh DBP melalui bahagian-bahagian tersebut di dalamnya bersifat revolusi tetapi
teratur dan sistematik. Di dalam usaha memajukan lagi bahasa Melayu, DBP juga telah
mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak lain. Kerjasama terbesar DBP ialah dengan
Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Kerjasama ini diperluaskan lagi dengan
memasukkan Negara Brunei Darussalam. Hasil kerjasama ini terbentuklah istilah baharu yang
sesuai digunakan di ketiga-tiga buah negara yang terlibat. Peranan utama DBP ialah
melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara
peranan yang dilaksanakannya ialah mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai
bidang ilmu, membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu, memperbanyak
istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu, menerbitkan istilah bahasa Melayu di
dalam pelbagai bidang ilmu, mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem,
sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah, menyelaraskan istilah dan
penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei
Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain.

3.0 Sistem Ejaan Terkini

Penyelarasan dan Perlaksanaan Ejaan Rumi

Sistem ejaan bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904 dandiisytiharkan
penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Ini adalah hasil kesepakatan bersama
Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia.

Sistem ejaan tersebut adalah seperti berikut:

(i) Huruf vokal: a, e, i, o, u


(ii) Huruf diftong: ai, au, oi
(iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal
(iv) Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy
3.1.1 Huruf Vokal

Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf-huruf yang
melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u seperti dalam rajah di bawah.

Huruf Fonem Di Depan Di Tengah Di Belakang


a [a] sapi badi lupa
e [e] emak sena Impelialisme
[ǝ] enak petak tauge
i [i] itu simpan sini
o [o] oleh kota pidato
u [u] usang tunas siku

3.1.2 Huruf Konsonan

Dalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf, seperti
rajah di bawah:

Bunyi Huruf Di Depan Di Tengah Di Belakang


/b/ b bahasa sebut adab
/c/ c cakap kaca mac
/d/ d dua ada abad
/f/ f fakir tafsir maaf
/g/ g guna tiga beg
/ğ/ gh ghaib maghrib mubaligh
/h/ h hari saham tuah
/j/ j jalan manja kolej
/k/ k kami paksa katak
/x/ kh khusus akhir tarikh
/l/ l lekas alas kesal
/m/ m maka kami diam
/n/ n nama anak daun
/ŋ/ ng ngilu angin pening
/ń/ ny nyata hanya -
/p/ p pasang apa siap
/q/ q qur’an wuquf buraq
/r/ r raih bara putar
/s/ s sampai asli lemas
/ś/ sy syarat isytihar Quraisy
/t/ t tali mata rapat
/v/ v vitamin universiti -
/w/ w wanita Hawa -
/y/ y Yang payung -
/z/ z zaman lazat lafaz
x xenon - -

3.1.3 Huruf Diftong

Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf
seperti dalam rajah di bawah:

Bunyi Huruf Di Depan Di Tengah Di Belakang


/ai/ ai aising ghairah pandai
trailer
/au/ au Aurat saudara harimau
auditorium
/oi/ oi oidium boikot amboi

3.2 Sistem Keselarasan Huruf Vokal

Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua vokal yang membentuk dua suku kata pada
kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal
pada suku kata akhir tertutup.

2.2.1 Pola Keselarasan Huruf Vokal

(i) Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar.

(ii) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.

(iii) Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengan sistem
keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja.
Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu, iaitu:

Suku Kata Praakhir Suku Kata Akhir Tertutup Contoh Penggunaan


a a asal, halaman
a i alih, tarik
a u asuh, datuk
e(pepet) a emas, kelam
e(pepet) i betik, ketil
e(pepet) u belut, telur
e(taling) a elak, dewan
e(taling) e(taling) belek, gelek
e(taling) o elok, telor
i a bilah, kilang
i i intip, sisih
i u pikul, ribut
o a otak, barang
o e(taling) oleh, boleh
u a obor, borong
u a ulat, bulat
u i putih, kulit
u u untuk, buluh

3.2.2 Kekecualian Keseluruhan Huruf Vokal

Kekecualian keselarasan vokal berlaku pada kata-kata asing, khususnya bahasa-bahasa di


Nusantara dan bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokal sama dengan prinsip keselarasan
huruf vokal. Pola-pola kekecualian yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Pola Vokal Contoh Bahasa Nusantara Contoh Bahasa Inggeris


a-e-taling aneh, pamer, kaget karbaret, panel
a-o calon, lapor, perabot atom, faktor
e pepet – e taling gembleng -
e pepet -o bendok, jempok gabenor, intercom
i-e taling imlek simen, tiket
i-o ijon, pilon diftong, transistor
u-e taling tulen, ulet subjek, dokumen
u-o bunglon, lelucon kupon, konduktor
a-e pepet pakem teater
e taling - hipotesis, objektif
e taling-u - petroleum, spektrum
e pepet-e pepet demdem, pepet -
i-e pepet iseng artikel, filem
o-i - fosil, hipokrit
o-u - bonus, forum
u-e pepet lumer skuter
e taling-e pepet - meter
o-e pepet - Oktober

3.3 Penggunaan Huruf Besar dan Huruf Kecil

3.3.1 Nama Khas

Huruf pertama pada semua nama khas seperti nama pertubuhan, syarikat, jabatan, jalan,
taman perumahan dan slogan kata hendaklah ditulis dengan huruf besar. Contohnya:
Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Akhlak
Mulia Masyarakat Jaya, Jalan Maharajalela, Taman Tun Dr. Ismail, dan sebagainya.

3.3.2 Kata Sendi dan Kata Hubung

Huruf pertama bagi kata sendi dan kata hubung tertentu seperti yang, di, ke, dan, atas, dan
lain-lain pada tajuk ditulis dengan huruf kecil. Contohnya: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Sejarah Ekonomi dan Politik di Malaysia, Diari dan Kalendar untuk Kakitangan Jabatan (tajuk
surat/memo), dan lain-lain.

3.4 Penggunaan Tanda Baca

3.4.1 Tanda Titik atau Noktah

Singkatan bagi gelaran, jawatan pangkat dan sisipan ditulis menggunakan titik. Contohnya:
Dr. (Doktor), Sdr. (Saudara), En. (Encik), Y.A.B. (Yang Amat Berhormat), Tn. (Tuan), Y.M.
(Yang Mulia), Prof. (Profesor), Kol. (Kolonel), dan sebagainya.
3.4.2 Singkatan Umum

Singkatan yang sudah umum ditulis dengan menggunakan titik. Singkatan tiga huruf atau
lebih menggunakan satu titik sahaja. Contohnya: b.p. (bagi pihak), s.k. (salinan kepada) u.p.
(untuk perhatian), m.s. (muka surat), dsb. (dan sebagainya), dll. (dan lain-lain), hlm. (halaman),
spt. (seperti), dan lain-lain.

3.5 Ejaan Nama Tempat / Nama Khas

Pada asasnya, ejaan nama tempat dan negeri ditulis menurut arahan yang ditetapkan oleh
kerajaan negeri masing-masing.

3.5.1 Dalam Malaysia (Sebelum 1972)

Nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk sebelum tahun 1972 dikekalkan dengan ejaan
cara lama. Contohnya: Cheras Klang, Ayer Keroh, dan Kampung Nyior.

3.5.2 Dalam Malaysia (Selepas 1972)

Bagi nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk selepas tahun 1972 digalakkan
menggunakan ejaan baru. Contohnya: Teluk Intan, Taman Bukit Cahaya, Teluk Air Tawar,
dan Kampung Baharu.

3.5.3 Luar Negeri (Melayu)

Nama tempat di luar negeri yang sudah biasa dieja dengan cara Melayu dikekalkan demikian.
Contohnya: Perancis, Belanda, Kanada, Japan, Filipina, Amerika Syarikat , Republik Rakyat,
China, Mesir, dan lain-lain.

3.5.4 Luar Negeri (Antarabangsa)

Nama tempat di luar negeri yang dieja dengan cara antarabangsa dikekal dan demikian.
Contohnya: England, New York, Cuba Bosnia-Herzegovina.
3.6 Ejaan Nama Orang

Ejaan nama orang menurut kehendak individu itu sendiri. Nama-nama yang telah wujud
sebelum tahun 1972 dikekalkan dalam bentuk ejaan asal. Selepas tahun 1972, kita digalakkan
menggunakan ejaan baru. Walau bagaimanapun, ejaan nama yang sah adalah seperti yang
didaftarkan dalam sijil kelahiran dan dalam kad pengenalan.

3.7 Penulisan Partikel

Ada empat partikel dalam bahasa Melayu iaitu lah, kah, tah dan pun. Dalam ejaan baku
bahasa Melayu, partikel ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya tanpa tanda
sempang, seperti contoh yang berikut: adalah, siapakah, bilatah, tolonglah, itukah, apatah dan
lain-lain.

Ada dua cara menulis partikel pun iaitu:

I. ditulis terpisah
II. ditulis serangkai

3.7.1 Ditulis Terpisah

Partikel pun yang bermaksud ‘juga’ ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya
iaitu:

Apa pun yang dilakukannya tetap mendapat perhatian.

Rambutnya pun tidak bersikat.

Akibat terlalu letih, dia pun tertidur.

3.7.2 Ditulis Serangkai

Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel
pun iaitu: adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun,
bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, sungguhpun, dan lain-lain.
3.8 Penggunaan Di dan Ke

3.8.1 Sebagai Kata Sendi

Berfungsi sebagai kata sendi untuk menunjukkan tempat atau arah ditulis terpisah daripada
kata nama yang mengikutinya. Contohnya: Dari rumah ke sekolah.

3.8.2 Sebagai Kata Imbuhan

Berfungsi sebagai imbuhan ditulis bercantum dengan kata selepasnya.Contohnya: disimpan,


kedua, diawasi, kelima-lima, disyorkan, kehendak, dipercepat, kesemua, dikenal pasti,
kesudahan, dan lain-lain.

3.9 Penulisan Tanda Sempang

Tanda sempang (-) di dalam bahasa Melayu digunakan untuk tujuan-tujuan seperti di bawah:

3.9.1 Menulis Kata Ganda Penuh

Contohnya: anak-anak, pegawai-pegawai, lambat-lambat, kerusi-kerusi, dan sebagainya.

3.9.2 Menyambung Suku Kata

Tanda sempang digunakan untuk menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian
baris seperti: ...mereka yang bertang-, ...mesti bersabar, da- gungjawab sahaja..., lam banyak
hal..., dan sebagainya.

3.9.3 Perjelaskan Ungkapan

Contohnya: Ber-evolusi dengan ber-revolusi

3.9.4 Merangkaikan Huruf

Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan huruf besar dengan huruf kecil pada kata
yang sama seperti: hamba-Mu, rahmat-Nya, KDN-nya, pro-Arab, dan se-Malaysia.
3.9.5 Mengaitkan Kata Sendi

Tanda sempang digunakan untuk mengaitkan kata sendi ke dengan angka, seperti: Ke-20,
Ke-100, Ke-3,000, dan sebagainya.

3.9.6 Merangkaikan Angka

Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan
akhiran –an seperti: tahun 50-an, tahun 60-an, tahun 70-an, dan lain-lain.

3.9.7 Menyatakan Hubungan

Tanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan antara kata-katapada rangkai kata
setara tertentu atau kata istilah seperti: Alat pandang-dengar, Lebuh raya utara – selatan, dan
sebagainya.

4.0 Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi

Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi

Pada asasnya bahasa ialah ujaran yang dikeluarkan oleh organ pertuturan manusia yang
secara arbitrari melambangkan maknanya dan digunakan oleh satu masyarakat bahasa untuk
perhubungan (Hashim Musa: 205). Tulisan pula lahir apabila manusia mengetahui bagaimana
hendak menyampaikan fikiran dan perasaannya melalui tanda-tanda tampak atau visual
dalam bentuk yang bukan hanya dimengerti sendiri tetapi oleh orang lain juga.

Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab yang dikenali juga
sebagai ejaan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk
agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai Jawah atau Jawi. Hal ini
disebabkan pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara terkenal sebagai Javadwipa. Di
Malaysia, sistem ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek
dalam pengajaran di sekolah manakala di Indonesia pula, sistem ini hanya dikenali oleh para
pengkaji naskhah Melayu lama.

Sebelum Bahasa Melayu menerima mana-mana pengaruh, bahasa itu sudah mempunyai
sistem tulisannya yang tersendiri walaupun tidaklah begitu sempurna. Aksara rencong ialah
huruf Melayu tua yang lebih tua daripada aksara Jawa kuno (tulisan Kawi). Sisa tulisan ini
dapat kita lihat dalam tulisan Rencong yang digunakan di Sumatera Selatan, di daerah
Bangkahulu dan Palembang di sebelah hulu, manakala tulisan Kawi di Jawa. Masyarakat
yang memiliki tulisan kebiasaannya dianggap telah memiliki peradaban yang lebih tinggi
berbanding dengan yang lain.

Hingga abad ke-14, bahasa Melayu telah mengalami pengaruh daripada tiga bahasa, iaitu
bahasa Sanskrit, bahasa Jawa dan bahasa Arab. Pengaruh pertama terhadap bahasa
Melayu ialah bahasa Sanskrit yang dibawa oleh pedagang-pedagang India atau pedagang
Melayu yang berurusan dengan negara India. Akibatnya pengaruh indianisasi berkembang
dalam budaya Melayu. Para sarjana berpendapat pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu
sekitar abad ke-14, iaitu zaman kemuncaknya pengaruh Hindu di kepulauan Melayu. Bahasa
Sanskrit dianggap asas kepada bahasa Melayu yang hidup hingga pada hari ini. Tulisan
bahasa Melayu yang asal, iaitu huruf Rencong tersisih tetapi kosa katanya bertambah kaya.
Namun begitu, muncul pula tulisan yang dikenali sebagai tulisan Jawi. Didapati bahawa
menerusi tulisan inilah bahasa Melayu terus maju dalam pelbagai bidang. Kebanyakan
mubaligh dan golongan cendekia Melayu mengenal pasti bunyi bahasa Melayu yang tidak
terdapat dalam Bahasa Arab. Kekurangan abjad ini telah menyebabkan mereka memilih huruf
Parsi dan huruf lain yang mereka cipta sendiri dengan menambah tanda pada huruf Arab yang
sedia ada.

Batu bersurat di Kuala Berang memperlihatkan satu perubahan radikal terhadap bahasa
Melayu. Tulisan pada batu bersurat tersebut memperlihatkan penggunaan huruf-huruf yang
dikatakan tulisan Jawi. Tulisan Jawi yang terdapat pada Batu Bersurat Kuala Berang
memperlihatkan bahawa tulisan ini telah mengenal abjad bahasa Melayu dengan agak
lengkap. Misalnya, abjad yang terdapat dalam perkataan yang tertulis pada batu bersurat
tersebut. Antaranya ialah a (ada), b (bagi), c (cucuku), r (rasul) dan lain-lain. Didapati juga
bahawa keseluruhan wacana yang terdapat pada Batu bersurat Kuala Berang itu hanya huruf
‘q, v, x, dan z’ sahaja yang tidak ditemui. Namun demikian, hal ini tidaklah mengatakan
bahawa huruf ‘q’ dan ‘z’ tidak ada pada zaman tersebut kerana huruf tersebut sememangnya
wujud dalam huruf Arab, iaitu ‘Qaf’ dan ‘Zai’. Pada masa tersebut juga, penulisan kitab agama
mahupun kesusasteraan berkembang dengan subur di Aceh. Ini disebabkan keutamaan yang
diberikan oleh kerajaan Aceh tentang penulisan keagamaan dan kesusasteraan bercorak
Islam. Para pujangga telah diberikan layanan istimewa. Oleh itu, kita dapati perkembangan
tulisan Jawi, sedikit demi sedikit, mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu.

Pada abad ke-13 merupakan zaman kegemilangan Islam ke alam Melayu. Perkembangan
agama Islam telah meletakkan bahasa rasmi agama Islam ialah bahasa Arab yang mulai
mendapat tempat dalam kalangan penganut agama Islam di daerah ini. Bahasa Melayu Kuno
yang menggunakan huruf-huruf India bertukar menggunakan huruf-huruf Arab disebut huruf
Jawi. Perkataan Jawi ini bermaksud ‘orang Jawa’ atau ‘berasal dari tanah Jawa’. Penulis-
penulis Arab pada zaman Klasik termasuk Ibn Batutah dalam bukunya “al-Rehlah”
menggelarkan pulau Sumatera sebagai Al-Jawah. Oleh itu, orang Arab memanggil orang
Melayu di Jawa sebagai Jawi dan tulisan Melayu yang menggunakan huruf Arab sebagai
tulisan Jawi. Tulisan ini dicampuradukkan dengan tulisan Arab yang menggunakan 29 huruf
dengan lima huruf tambahan bukan Arab yang dicipta oleh orang Melayu sendiri. Lima huruf
bukan Arab yang terdapat dalam tulisan Jawi ialah Ca ( ‫) ﭺ‬, Nga ( ‫) ڠ‬, Pa (‫) ﻕ‬, Ga (‫) گ‬, dan
Nya ( ‫) ڽ‬. Huruf-huruf ini dicipta untuk melambangkan bunyi-bunyi yang lazim disebut pada
lidah Melayu. Huruf-huruf baharu ini ditiru daripada huruf Arab yang seakan-akan sama
bentuknya.

Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke
Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan
ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H
atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19.
Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi.
Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa
penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat
Melayu yang kebanyakannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Pada zaman
dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Tulisan ini digunakan
sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan.
Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu
dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran
Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi (Wikipedia,
2008).

Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam


di Tanah Melayu. Tulisan Jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad
lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama
Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab
yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan
rasmi bagi Negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Sejarah

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah
berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka,
Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia
adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M
manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini
menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi.
Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa
penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat
Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia
digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan
perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak
di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.

Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga
tertulis dalam abjad Jawi. Abjad Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah
Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dokumen Pemasyhuran
Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan
bahasa Inggeris.

Skrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu untuk pengejaannya seperti yang
kita sedia maklum adalah dinamakan sebagai Skrip Jawi. Namun sehingga sekarang tidak
dapat diketahui siapakah yang memberikan nama Jawi kepada skrip itu, namun dipetik dalam
kamus R.J Wilkinson bahawa perkataan Jawi di dalam bahasa Melayu digunakan untuk pokok
jawi-jawi atau jejawi dan juga beras jejawi yang berbeza dengan beras pulut, dan juga dengan
makna kerbau atau lembu dalam bahasa Minangkabau.Tetapi apa yang jelas di sini nama
Jawi tersebut tidak ada kaitan dengan tulisan tersebut. Skrip tulisan jawi berasal daripada
skrip Arab yang telah dibuat beberapa penyelesaian dan tambahan.Terdapat beberapa ciri
tulisan Jawi yang menjadikan ia unik.

Skrip Jawi mengalami evolusi yang boleh dikategorikan kepada empat fasa. Setelah
melalui empat fasa ini tulisan Jawi menjadi semakin mantap dan dapat disesuaikan dengan
keadaan dan keperluan semasa. Tulisan Jawi telah lama wujud dalam Tamadun Melayu di
sekitar gugusan Kepulauan Melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masihi atau 3 Hijrah hingga
kemaskini dan ia berasal daripada tulisan Arab.
Tulisan inilah yang membangunkan Tamadun Melayu dan pernah mendukung bangsa
Melayu ke ambang Tamadun Melayu moden pada masa kini. Tulisan Rumi hanya wujud
dalam Tamadun Melayu selepas perang dunia kedua sahaja dan merupakan karya yang
ditulis dengan tangan dalam tulisan Jawi yang dihasikan dalam lingkungan Abad ke-15M
hingga awal abad ke-20M. Dalam manuskrip Melayu ini tercatat pelbagai bahan dan ilmu yang
menjadi khazanah bangsa Melayu pada masa dahulu. Manuskrip Melayu bukti sejarah
kewujudan tulisan Jawi dalam Tamadun Melayu dahulu boleh dilihat bahan-bahan bertulis
seperti: batu bersurat, manuskrip lama, kertas lama, majalah, batu nisan, bahan-bahan yang
dibuat daripada logam, kulit, alat senjata, duit syiling, batu lontar, tembikar dan seumpamanya
ukiran-ukiran pada masjid, istana azimat dan tangkal.

Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arab di Sumatera bertarikh
55 Hijrah (674M) dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah jelas telah menunjukkan bahawa tulisan
Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan
beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab bagi menyesuaikannya dengan gaya bahasa
orang Melayu yang telah menyumbang kewujudan Tulisan Jawi dalam tamadun Melayu.

Ciri- Ciri Tulisan Jawi

Terdapat empat ciri utama yang terdapat pada skrip Jawi iaitu:

a) bertindan secara menegak

b) ligatur

c) aksara-askara berbaris atau mempunyai titik

d) aksara bersambung

* Aksara Jawi mempunyai 36 aksara di mana 30 aksara adalah merupakan aksara yang
dipinjam dari Aksara Arab dan Enam Abjad tambahan.

Pengikat lelidah alat tiup; Bentuk notasi muzik abad ketiga belas hingga keenam belas.

Aksara: Lambang unik yang digunakan dalam sistem tulisan sesuatu bahasa
untukmenyampaikan maklumat.

Manuskrip Melayu

Manuskrip Melayu adalah karya yang ditulis dengan tangandalam tulisan Jawi yang
dihasilkan dalam lingkungan Abad ke-15 hingga awal abad ke-20. Manuskrip Melayu penting
kerana ia adalah merupakan warisan dalam bentuk penulisan daripada zaman silam yang
tidak ternilai harganya. Isi kandungannya mengandungi pelbagai ilmu yang berguna dan
perkara yang meliputi fikah, tauhid, tassawuf, tajwid, sejarah, undang-undang, petua dan
azimat, perubatan, firasat, tabir mimpi. Pelbagai hikayat, syair dan nazam juga ditulis. Ilmu
yang dihasilkan merupakan ilmu yang mencerminkan kekayaan pemikiran serta
kegemilangan tamadun Melayu yang perlu dipelihara bagi faedah generasi kini mahupun yang
akan datang. Contoh manuskrip terkenal: Hikayat Hang Tuah (menceritakan kegagahan Hang
Tuah dan rakan-rakannya berbakti dan berkhidmat untuk Sultan Melaka yang membawa
kegemilangan kesultanan Melaka), Misa Melayu (sebuah karya sastera sejarah yang
mengandungi sejarah tentang raja-raja Melayu yang memerintah negeri Perak serta
membicarakan tentang adat resam dan budaya Perak), Sir at Al-Mustaqim [disusun dan ditulis
oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri pada tahun 1044 Hijrah (1634Masihi) dan merupakan sebuah
kitab fikah yang penting yang menghuraikan amal ibadat setiap muslim], Kitab Tib
(membicarakan cara mengubati perbagai jenis penyakit yang menggunakan bahan dari pokok
dan tanaman yang dicampur dengan ramuan rempah, di antaranya ubat sembelit,sengugut
dan meroyan), Syair Seratus Siti (Mengisahkan tentang keagungan Sultan Mansur yang
menjadi khalifah di negeri Baghdad dan bagaimana baginda mencari isteri untuk dijadikan
permaisuri), Hukum Kanun Melaka (merupakan naskah undang-undang yang tertua sekali
dan dianggap terpenting serta mempengaruhi undang-undang negeri Melayu yang lain,
membentangkan undang-undang yang meliputi pentadbiran negara, hukum jenayah dan
hukum perniagaan dan perbicaraan kemudiannya diikuti dengan hukum Jong).

Cara Menyimpan

Usia manuskrip yang sudah lanjut memerlukan penjagaan yang berterusan dan sebaik
mungkin supaya selamat dan tidak hancur. Manuskrip tidak boleh terdedah kepada
pencemaran udara, seboleh-bolehnya selalu dibersihkan daripada habuk dan serangga.
Manuskrip yang rosak perlu dibaiki dengan dengan segera.

Peranan Masyarakat

Manuskrip perlu disimpan dan dijaga dengan rapi. Jikalau anda, keluarga atau sesiapa
sahaja yang anda ketahui ada menyimpan manuskrip Melayu, peranan anda adalah
mengalakkan semua pihak membolehkan Pusat Manuskrip Melayu memperolehi manuskrip
tersebut agar dapat disimpan dengan sempurna.
Pusat Manuskrip Melayu

Pusat Manuskrip Melayu, perpustakaan Negara Malaysia telah ditubuhkan pada tahun
1985 dan diberikan tanggungjawab seperti berikut: mengesan, memperolehi dan mengumpul
manuskrip Melayu dari dalam dan luar negara, mendokumenkan, menyelenggara katalog
induk dan menerbitkan bibliografi, menyediakan kemudahan menyimpan, memulihara
danmenyalin manuskrip Melayu, menyediakan perkhidmatan rujukan dan penyelidikan,
menyebarkan ilmu yang terakam dalam manuskrip Melayu melalui penerbitan dan pameran.
Semua manuskrip Melayu yang diperolehi dan dikesan dari dalam dan luar negara
didokumenkan dan katalog diterbitkan. Pusat Manuskrip Melayu telah mendokumen dan
menerbitkan katalog manuskrip Melayu di negara Belanda, Jerman, Perancis, Singapura dan
Afrika Selatan.

Pusat Manuskrip Melayuini telah berjaya mengumpulkan koleksi berjumlah 2,940


naskah iaitu koleksi manuskrip Melayu yang terbesar dalam simpanan sesebuah institusi di
dunia. Semua manuskrip yang diperolehi akan melalui proses pengwasapan, disimpan dalam
kotak bebas asid dalam bilik simpanan yang terkawal suhunya di antara 20-22 darjah Celsius
dan kadar kelembapannya 55% - 65% sepanjang masa. Bagaimana skrip yang rosak hanya
akan dibuat pembaikan. Manuskrip dalam simpanan Pusat Manuskrip Melayu dibenarkan
untuk rujukan dan penyelidikan supaya ilmu yang terakam dapat disebarkan dan
dimanfaatkan. Usaha mengkaji dan menerbitkan semula manuskrip Melayu dilakukan melalui
Projek Mualim Tamu. Pusat Manuskrip Melayu juga sering mengadakan pameran dan giat
menerbitkan buku, risalah dan sebuah jurnal ilmiah yang dikenali sebagai Jurnal Filologi
Melayu. Tulisan Arab yang diadaptasikan ke bahasa Melayu untuk pengejaannya dinamakan
sebagai tulisan Jawi. Tulisan inilah yang pernah membangunkan tamadun Melayu dan pernah
mencorak ketuanan Melayu di zaman pra-kemerdekaan.

Tulisan Jawi mempunyai signifikan yang sangat besar dalam sejarah bangsa dan
negara, di mana dahulunya ia merupakan lapangan interaksi intelek Melayu dengan
masyarakat awam. Namun, akhir-akhir ini ia mula dimamah zaman yang semakin global
kerana muncul segelintir dalam hieraki masyarakat Melayu sendiri yang tidak menyakinkan
bangsanya untuk menghormati warisan ini. Malah rasa jelak mereka terhadap tulisan Jawi,
secara tidak langsung telah menghasilkan generasi Melayu ‘anglophile’ iaitu manusia dua
kerat, sekerat Melayu dan sekerat ke Barat. Generasi seperti inilah yang akhirnya menjadi
penyumbang kepada fahaman melampau hedonisme sehingga menyebabkan daya tahan
umat menjadi tiris.

Jika pemerkasaan terhadap tulisan Jawi tidak lakukan, barangkali tulisan Jawi
menerima nasib yang sama sebagaimana mata pelajaran Tajwid yang menjadi subjek agama
yang hanya diajar sewaktu peringkat sekolah rendah, kemudian diabaikan ketika di peringkat
menengah. Akhirnya ilmu Tajwid hanya dikuasai oleh generasi-generasi agamawan,
sedangkan mengamalkan ilmu Tajwid ketika membaca al Quran merupakan tuntutan Islam
bertaraf fardhu ain buat seluruh umat Islam. Lebih malang lagi jika Jawi diberikan kedudukan
yang sama, tidak mustahil ia akan tenggelam di arus kemodenan dan terus kehilangan
khalayak. Akhirnya tulisan Jawi sudah tidak lagi relevan kerana tidak mempunyai nilai
komersial di kalangan pembaca. Ia sekadar dikenali dalam lipatan sejarah sebagaimana pada
catatan rahsia batu Rosetta di Mesir yang akhirnya diungkap oleh arkeologi Perancis, Jean
Francois Champollion.

Senario ini jika tidak diambil peduli memungkinkan catatan batu bersurat (prasasti) di
Kuala Berang, Terengganu mempunyai potensi besar menjadi bahan sejarah yang
ditinggalkan, bukannya bahan sejarah yang dibanggakan. Hal yang sama juga bakal terjadi
kepada penggunaan bahasa Melayu jika tiada tindakan konkrit pihak berwajib untuk
menanganinya setelah kerajaan mewajibkan pengajaran Inggeris dalam Matematik dan Sains.
Penulis sebenarnya tidak memiliki nilai sentimental yang tinggi untuk bermati-matian
mempertahankan tulisan Jawi, jika kehilangannya hanya memberi impak kepada warisan
budaya dan bangsa. Menginsafi tulisan Jawi mempunyai jasa yang besar terhadap
kemerdekaan bangsa Melayu ketika dahulu, ia membangkitkan rasa tanggungjawab agar
terus dipelihara dan terakam dalam pendidikan negara.

Tulisan Jawi perlu dipertahankan walaupun peredaran masa amat pantas sebagai
tanda penghargaan terhadap pahlawan-pahlawan yang berjuang menerusi mata pena di
zaman pra-kemerdekaan. Sebelum pengetahuan moden dengan perbendaharaan yang
sofistikated diperkenalkan, tulisan Jawi digunakan oleh pihak istana dalam bidang persuratan,
perjanjian dan undang-undang. Jika diamati, sejarah ke’genius’andan pemikiran akademik
bangsa Melayu ia mula digagahi apabila wujudnya tulisan Jawi dan bukannya tulisan Sanskrit.
Oleh sebab itu, istilah 'Kitab Jawi' pernah berkembang menjadi subjek pengajian dan
pembelajaran masyarakat Melayu agar ia ditekuni di sekolah-sekolah.

Tokoh ulama’ seperti Mohamad Idris b Abdul Rauf al Marbawi, bukanlah tokoh yang
asing dalam dunia penulisan Jawi.Penulisan Jawinya yang menghasilkan kitab ’BahrulMazi’,
‘Tafsir Quran al Marbawi’, ‘Tafsir Surah Yassin’ masih kekal diulang cetak di luar negara.
Sebenarnya, kebanyakan kitab berbahasa Arab yang dihasilkan oleh Sheikh al Marbawi telah
diterjemahkan olehnya sendiri ke dalam bahasa Melayu. Sekalipun terjemahan tokoh ulama
ini menggunakan versi bahasa Melayu lama di dalam tulisan Jawi, namun ia telah melahirkan
ramai ilmuan Islam yang responsif di negara Malaysia. Tidak dinafikan, Islam adalah ajaran
yang mudah dan boleh dipelajari melalui pelbagai aksara dan ia bukannya kayu pengukur
tahap keislaman seseorang. Namun, oleh kerana kedatangan tulisan Jawi bersama dengan
dakwah Islam, ianya lebih berkesanan mudah terutamanya di dalam mempelajari al-Quran
dan hadith. Sistem ejaan Jawi sangat terpengaruh dengan sistem ejaan bahasa Arab yang
menggunakan sistem barisdalam pengejaan suku kata. Oleh sebab itu, sistem Jawi menjadi
pendorong kepada bangsa Melayu mengenali huruf Arab dan seterusnya secara tidak
langsung berkemahiran menyebut ayat-ayat al-Quran. Ibn Khaldun ada menyebutkan:
“Ketahuilah bahawa pengajaran al-Quran terhadap kanak-kanak termasuk daripada syiar-
syiar agama yang dipegang oleh para pendokong agama kerana dalam pengajaran al-Quran
terdapat beberapa perkara yang cepat meresap ke dalam hati seperti keteguhan iman dan
aqidah iman daripada ayat-ayat al Quran”.

Dalam bahasa Melayu sendiri terdapat perkataan yang dipinjam dari bahasa Arab,
sudah pasti sebutan tersebut tidak tepat jika ditulis dengan huruf Rumi. Demikian juga halnya
jika bahasa Cina dan Tamil ditulis dengan ejaan rumi, sudah pasti berlaku kesilapan pada
pertuturan mereka yang sebenar. Kerana itu, penulis yakin kebanyakan masyarakat Melayu
menyebut perkataan 'tarikh' yang dipinjam dari bahasa Arab, tidak tepat sebagaimana
sebutan bangsa Arab. Begitu juga pemahaman Melayu terhadap perkataan 'muhrim' sebagai
orang yang haram dinikahi, sedangkan sebutan ejaannya yang sebenar pada kalimah Arab
adalah 'mahram'. Dalam konteks ini jelas memperlihatkan bahawa tulisan Jawi memainkan
peranan penting dalam pendidikan negara, di mana ia dijadikan sebagai suatu alat
memudahkan sebutan Arab yang sahih dalam bahasa Melayu. Dalam keresahan meninjau
hayat Jawi di tanah Melayu saat ini, ada juga berita yang boleh dianggap positif antaranya
pengangkatan seni khat dipersada dunia. Namun, memartabatkan seni khat tidak memadai
untuk mengangkat semula penulisan Jawi sebagai satu elemen menjadikan ia subur dalam
jiwa masyarakat dan dipergunakan secara meluas. Benar, seni khat berjaya memperlihatkan
kalimah-kalimah unik al-Quran yang tersusun mengikut kaedah, kemas berseni dijual beli.
Tetapi kita perlu memikirkan bahawa majoriti umat Melayu tidak lagi mampu memahami
maksud tulisan tersebut sekalipun diukir indah. Inilah akibatnya apabila tulisan Jawi
dipinggirkan oleh bangsa Melayu sendiri. Ketahuilah, tulisan Jawi adalah tulisan bagi sebuah
tamadun dunia yang tinggi dan pernah diakui di peringkat antarabangsa. Jika orang Iraq Kufah
dengan khat Kufinya, Iran dengan khat Farsinya, tidak diragui bahawa umat Melayu
merupakan pelopor kepada seni khat Jawi. Sebenarnya di sebalik krisis ini, tersembunyi
agenda globalisation of American culture (globalisasi budaya Amerika). Memang tamadun
Barat semakin mendominasi semangat bangsa-bangsa lain ketika ini, di saat Melayu belum
pulih untuk membangunkan generasi sendiri. Tidak syak lagi, penggantian Jawi dengan Rumi
adalah sebahagian daripada proses pembaratan dan pendangkalan Islam yang tentu sahaja
didalangi oleh penjajah. Hal ini sama berlaku sebagaimana pertukaran garisan musim bagi
kiraan kalender yang pada asalnya terletak di Qatar, United Arab Emirates (UAE) kepada
kedudukan Greenwich di London. Namun, perenggan ini bukanlah pilihan terbaik untuk
masyarakat Melayu melakukan revolusi terhadap huruf-huruf Rumi agar ditukar kepada Jawi.
Sebaiknya, masyarakat Melayu sedar betapa mustahaknya tulisan Jawi agar ia tidak
disisihkan dalam pendidikan negara dan diberikan fungsi semula.

5.0 Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan

Sistem tulisan dan ejaan Jawi yang digunakan sekarang ialah sistem yang termuat
dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan yang diterbitkan secara rasmi oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986 (edisi kedua. 1987; edisi ketiga, 1993). Sistem
ini merupakan sistem ejaan Jawi yang digunakan, disempurnakan atau dimantapkan daripada
Kedah Ejaan Jawi yang digunakan sebelumnya yang berasaskan Kaedah Ejaan Jawi Za’ba
(sebagaimana yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi, 1949). Pedoman
Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986) dihasilkan daripada rumusan Konvensyen Tulisan
Jawi Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1984. Hasil Konvensyen tahun 1984
itu telah diselaraskan dan diperkemas dengan maklumat yang diperoleh daripada
Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri, pada tahun 1991
dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan pada tahun 1993. Semua maklumat
tersebut disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan
Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993-1994. Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa
Melayu yang termuat dalam buku ini merupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan Jawi
yang disusun berdasarkan dokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan
oleh DBP, dan maklumat-maklumat pedoman ejaan Jawi yang diselaraskan selepas itu,
khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut: Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama Edisi Ketiga, 1993 dan Daftar Ejaan Rumi-
Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989.

Tulisan Jawi ditulis (dan dibaca) dari kanan ke kiri (seperti sistem tulisan Bahasa Arab).
Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil seperti tulisan Rumi, tetapi
perubahan bentuk huruf akan berlaku bagi beberapa huruf tertentu apabila dirangkaikan
dengan huruf yang lain dalam penulisan sesuatu perkataan. Abjad Jawi Bahasa Melayu
sekarang mengandungi 37 huruf bentuk tunggal yang tersusun.
2. Menulis transkripsi Huruf Jawi baharu dengan menggunakan jenis Tulisan Khat Nasakh
berdasarkan padanannya dengan Huruf Rumi terkini.

Padanan Rumi Nama Huruf Jawi ( bentuk tunggal) Contoh Kata


A Alif
B Ba
T Ta
t/h ta marbutah
s(th) sa[tha]
J jim
C ca
H ha[ḥa]
Kh kha[khO]
D dal
z(dh) zal[dhal]
R ra[rO]
Z zai
S sin
sy(sh) syin
s(ṣ) sad[ṣOd]
d(ḍ) dad[ḍOd]
t(ṭ) ta[ṭO]
z(ẓ) za[ẓO]
Awal:a,i,u ain[ʕain]
akhir:k, (‘)
Gh ghain
F fa
k,q,(q) qaf
K kaf
L lam
M mim
N nun
w,u,o wau
H ha
V va
awal:gugur hamzah
akhir:k,(‘)
y,i, e taling ya
e pepet akhir ye[ye]
Ng nga
P pa
G ga
Ny nya
B. Aplikasi dalam P&P (KBAT)

Memindahkan transkripsi teks Rumi ke Jawi mengikut sistem ejaan terkini yang
dikuatkuasakan. Panjang transkripsi teks Rumi yang dipilih adalah antara 50-70 perkataan
yang diambil daripada salah satu wacana tulisan yang terdapat dalam mana-mana sumber
rujukan bercetek atau elektronik.

“Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) merupakan suatu terbitan empat dalam
satu, iaitu tiga pedoman umum dan satu daftar kata. Tiga pedoman yang dimuatkan dalam
buku ini merupakan pedoman ejaan Rumi, pedoman sebutan baku dan pedoman ejaan Jawi
terkini, manakala daftar kata merupakan daftar yang mengandungi lebih kurang 18400 kata
dasar dan 26600 kata terbitan dalam bahasa Melayu.

Buku ini amat berguna sebagai buku rujukan pantas yang dapat membantu pengguna
bahasa Melayu untuk mengetahui ejaan Rumi dan ejaan Jawi yang betul dan cara yang betul
untuk membunyikan kata yang disenaraikan.”

Dipetik daripada Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi)


Refleksi
Semasa membuat kerja kursus ini, saya sedar bahawa kurikulum Pengenalan Sistem
Ejaan Rumi dan Jawi sememangnya merupakan subjek yang amat penting. Mata pelajaran
ini merupakan satu daripada saluran yang paling berkesan untuk mengenali sejarah
perkembangan sistem ejaan Rumi dan Jawi terutamanya dalam kalangan generasi zaman
moden. Melalui tugasan ini, saya dapat lebih memahami tentang sejarah perkembangan
sistem ejaan Rumi dan mengenali huruf-huruf Jawi.

Menjelang abad Masihi ke 20, penggunaan tulisan Jawi sebagai alat perakam karya-
karya persuratan Melayu sudah meliputi suatu lingkungan yang sangat luas. Bukan itu sahaja
malah tulisan Jawi telah digunakan dalam semua bidang kehidupan pada masa itu. Yang
paling menonjol ialah penggunaan tulisan Jawi di dalam surat-surat antara negeri-negeri
Melayu dengan pihak Inggeris. Keagungan tulisan Jawi beransur-ansur kurang penting tahun
demi tahun apabila kerajaan lebih memberikan penekanan kepada penggunaan tulisan Rumi.
Akhirnya generasi sekarang banyak yang tidak memahami tulisan Jawi lagi.

Tulisan Jawi adalah satu tulisan yang anggul dan istimewa. Kepelbagaian kaum yang
wujud sejak dari zaman kegemilangan Melaka dahulu kala banyak mempengaruhi,
mempersebarkan dan menjadikan tulisan Jawi berkembang dengan luas pada masa itu
dengan begitu unik. Pepatah Melayu ada menyatakan ‘biar mati anak jangan mati adat’.
Pepatah ini jelas membuktikan betapa kuat dan kukuh pegangan dan usaha orang-orang
Melayu tentang tulisan mereka.

Bak kata pepatah, ‘Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang
melayang’, saya telah berjaya menyiapkan tugasan ini hasil usaha mencari dan
mengumpulkan maklumat. Saya menghadapi masalah seperti kekurangan maklumat dan
kesuntukan masa untuk menyiapkan esei. Jalan penyelesaiannya pula adalah membuat
rujukan di pusat sumber IPG Kampus Kent dan mengadakan perbincangan dengan rakan-
rakan sekelas.Dalam menyiapkan tugasan yang diberikan, saya mendapati banyak kebaikan
dalam melakukan tugasan ini antaranya ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara
saya dengan rakan-rakan. Hal ini disebabkan kerana ketika saya mengalami kesusahan
dalam menyiapkan tugasan ini, rakan-rakan sayalah ini yang telah memberi bimbingan,
dorongan dan tunjuk ajar kepada saya supaya saya dapat menyiapkan tugasan pada tempoh
masa yang telah ditetapkan. Selain itu, ia juga telah meningkatkan kemahiran saya dalam
mencari sumber maklumat seperti dari pusat sumber IPG Kampus Kent serta dari laman web.
Justeru, pengetahuan saya mengenai Pengenalan Sistem Ejaan Rumi Dan Jawi turut
dipertingkatkan.
Kesimpulan, sejarah jelas menunjukkan bahawa tulisan Jawi yang diperkenalkan
semenjak kurun ke-14 itu telah bertapak kukuh di Tanah Melayu. Pengaruhnya juga begitu
meluas dalam perkembangan bahasa Melayu. Tetapi sejak sistem Ejaan Rumi diperkenalkan
untuk menulis bahasa Melayu pada awal kurun ke 20, dan digunakan dalam sistem
pendidikan di Tanah Melayu, kedudukan tulisan Jawi mula mendapat persaingan. Semoga
dengan usaha yang berterusan dari pelbagai pihak dalam agenda memartabatkan tulisan
Jawi akan memberi kesan positif bagi mengangkat tulisan Jawi ke persada dunia dan kekal
dihayati di rantau Asia Tenggara. Secara rasminya, negara kita telah berjaya mengekalkan
tulisan Jawi ini dengan sebaik-baiknya. Jadi, kita mestilah menghargai tulisan Jawi yang telah
berjaya dikekalkan serta berusaha memperkembangkannya dengan meluas-luasnya.
Sebagai warganegara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik rakyatnya, kita harus
menghormati, menerima dan mempelajari tulisan Jawi bagi mengeratkan hubungan antara
kaum dan seterusnya memupuk perpaduan kaum. Perpaduan kaum penting untuk
mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
BIBIOGRAFI

Internet

Arba'iee B. Sujud. (March 2009). Sejarah Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Muat turun
pada 15 March 2015 dari http://www.luimewah.net/cobra_ayaq/articles/kajian/bab2.htm.

Shahbudin Abdullah. (Jun 2014). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Muat turun pada 15
March 2015 dari
https://www.academia.edu/4903272/Sejarah_Perkembangan_Tulisan_Jawi.

Sri Omay. (Mei 2013). Peranan MABBIM. Muat turun pada 15 March 2015 dari
http://www.slideshare.net/pnsriomay/peranan-mabbim

Buku

Awang Sariyan. (1989). Daftar Ejaan Rumi Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (1996). Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia Edisi Kedua. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (1995). Sebutan Baku dan Ejaan Rumi. Kuala Lumpur: Synergymate Sdn.
Bhd.

Hajar Noresah bt. Baharom. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Selangor Darul Ehsan:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Haji Musa. (1999). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Selangor Darul Ehsan:
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail bin Dahaman. (2007). Ejaan Rumi Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Ismail bin Dahaman, Manshoor bin Haji Ahmad. (2005). Daftar Kata Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail, Mastura Mohamed Berawi. (2014). Sejarah


Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan & Terjemahan. Selangor Darul Ehsan:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Muhani Haji Abd. Ghani. (1987). Mengeja Ejaan Rumi Dengan Betul. Petaling Jaya: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu I. Malaysia: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Sheikh Othman bin Sheikh Salim. (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Ahmad. (2009). Rahsia Ejaan Jawi Edisi Ejaan Rumi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Lampiran

You might also like