You are on page 1of 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK

JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]


AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU [SK]

KERJA KURSUS
BMMB1074 : SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

TAJUK
TUGASAN 1: PENULISAN ESEI ( INDIVIDU )

NAMA : AIRIEN NATASHA BINTI MA’AROF

ANGKA GILIRAN : 2021022310082

NO. KAD PENGENALAN : 031117 - 13 - 0178

KUMPULAN : PPRBMM 1 - 4

BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA


KOD DAN NAMA KURSUS :
MELAYU

NAMA PENSYARAH : HAJAH AINAH BINTI JULHEE

TARIKH HANTAR : 25 OKTOBER 2021

PENGAKUAN PELAJAR
MENERIMA MAKLUM BALASA :
DARIPADA PENSYARAH

1
ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1.0 PENGENALAN 3

2.0 ASAL USUL PERKATAAN MELAYU 4

3.0 ASAL USUL BANGSA MELAYU 5

4.0 RUMPUN BAHASA MELAYU 6

5.0 CABANG - CABANG BAHASA MELAYU 7

6.0 SEJARAH PERKEMBANGAN AWAL BAHASA MELAYU 8-9

7.0 PENGARUH BAHASA ASING 10

DALAM BAHASA MELAYU

8.0 RUMUSAN 11

RUJUKAN

2
1 . 0 PENGENALAN

Dalam usaha meniti arus kemodenan pasca merdeka ini , seperti yang kita sedia maklum ,
bahasa Melayu yang digunakan sebagai bahasa perantaraan bukan sahaja digunakan oleh
kaum atau bangsa Melayu sahaja pada masa kini , namun turut digunakan oleh bangsa -
bangsa lain seperti bangsa Cina yang menggunakan bahasa Melayu ketika berbual
bersama jiran tetangga mereka dan bangsa India yang menggunakan bahasa Melayu ketika
ingin mengambil pesanan daripada pelanggan Melayu di kedai mereka . Namun , ketepatan
penggunaan bahasa serta istilah Bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda semakin
terhakis susulan daripada percampuran bahasa atau slanga yang digunakan dalam
perbualan seharian . Generasi muda pada hari ini seharusnya memartabatkan penggunaan
bahasa Melayu supaya kedudukan bahasa Melayu dapat menjadi satu lambang
kebanggaan kepada etnik melayu pada zaman dahulu yang telah berusaha untuk
mengukuhkan penggunaan bahasa Melayu.

3
2 . 0 ASAL USUL PERKATAAN MELAYU

Asal usul perkataan melayu ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah lagi .
Meskipun begitu , secara umumnya , kita dapat tahu bahawa latar belakang bahasa Melayu
ialah dari pergerakan nenek moyang orang Melayu pada suatu ketika dahulu .

Terdapat beberapa bukti yang dapat kita lihat berkaitan dengan asal usul perkataan melayu
ini , antaranya ialah terdapat satu catatan Cina yang mengatakan bahawa terdapat sebuah
kerajaan Mo-lo-yeu telah mempersembahkan hasil bumi mereka kepada Maharaja Cina
sekitar tahun 644 hingga 645 Masihi . Selain itu , terdapat juga pendapat yang mengatakan
bahawa kerajaan Mo-le-yeu telah menjadikan daerah Jambi di Sumatera sebagai pusat
mereka . Di samping itu , terdapat satu catatan orang Cina iaitu I -Tsing atau Yijing yang
merupakan seorang sami Buddha menggunakan perkataan Melayu ketika menceritakan
tentang dua buah kerajaan yang telah dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi .

Bukan itu sahaja , terdapat juga catatan dalam kesusasteraan China yang memberi
pendapat bahawa pengembara yang datang dari Nusantara mendapati bahasa yang
dituturkan oleh komuniti disitu ialah bahasa K’un-lun .Penyelidik berpendapat bahasa ini
ialah bahasa Melayu Kuno . Terdapat juga sebuah patung di Padang Rocore di Batanghari
yang bertarikhkan 1286 Masihi dan terdapat perkataan “ Melayu ’’ atau “ Malaya ’’ pada
bahagian belakang patung tersebut .

Dari segi etmologi atau kajian sejarah pula , berpendapat bahawa bahasa Melayu berasal
dari perkataan “ Malaya ” iaitu perkataan pendek daripada “hima laya”. Dalam bahasa Jawa
Kuno pula , perkataan “Mlayu” didefinisikan sebagai berlari atau mengembara . Perkataan
ini mempunyai kaitan dengan kedatangan Indo-Melayu yang dikatakan bergerak dari Yunan
ke Tanah Melayu.

Menurut Asmah Haji Omar ( 1985 : 37 ) , perkataan melayu mempunyai dua istilah iaitu dari
segi pengertian sempit dan pengertian yang luas . Pengertian sempit merujuk kepada
bangsa Austronesia yang tinggal di semananjung Tanah Melayu serta kawasan tradisional
yang dikenali sebagai gugusan kepulauan Melayu .

4
3 . 0 ASAL USUL BANGSA MELAYU

Dalam buku penulisan Madiana dan Hasnah (2000 ; 150) , terdapat satu teori yang telah
disokong oleh R.H Geldern iaitu teori yang mengatakan bangsa melayu berasal dari Asia
Tenggara atau dari Nusantara iaitu Kepulauan Melayu . R.H Geldern telah membuat kajian
terhadap beliung batu yang telah ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra , Irrawaddy ,
Hwang , Salween dan Yangtze yang turut didapati beliung tua tersebut serupa dengan
beliung yang terdapat di Nusantara .

Bukan itu sahaja , terdapat juga teori mengatakan bangsa Melayu datang dari Nusantara .
Contohnya , teori yang didukung oleh sarjana - sarjana seperti J.Crawfurd , K. Himly dan
lain - lain dengan alasan manusia Kuno Homo Soloinesis dan Homo Wajakensis terdapat di
pulau Jawa . Ini menyebabkan ada kemungkinan bahawa orang Melayu wujud kerana
keturunan manusia kuno adalah berasal daripada Jawa dan telah mewujudkan tamadun
sendiri .

Selain itu , terdapat juga teori yang mengatakan bangsa Melayu adalah dari perpindahan
Melayu Proto dan Melayu Deutro . Melayu Proto berpindah ke Kepulauan Melayu dalam
anggaran pada tahun 2500 sebelum Masihi manakala perpindahan Melayu Deutro
merupakan gelombang daripada perpindahan Melayu Proto pada sekitar tahun 1500
sebelum Masihi .

5
4 . 0 RUMPUN BAHASA MELAYU

Berdasarkan beberapa kajian , bahasa Melayu didapati tergolong dalam dalam filum
bahasa - bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama iaitu bahasa Austronesia ,
Tibet - China dan Austronesia .

Bahasa Melayu digolongkan dalam keluarga Nusantara di bawah rumpun bahasa


Austronesia . Menurut Nik Safiah Karim et.al (2015) , bahasa Austronesia terbahagi kepada
empat cabang utama iaitu kumpulan bahasa di Kepulauan Melayu , kumpulan bahasa
Polinesia seperti bahasa Hawaii , Tonga dan Maori , kumpulan yang ketiga iaitu kumpulan
bahasa Melanesia seperti bahasa di kepulauan Fiji , New Caledonia dan Irian serta
kumpulan Mikronesia .

Menurut Asmah Haji Omar ( 1985 ) , perkataan Austronesia adalah perkataan yang terhasil
daripada gabungan austro dan nesos . Perkataan austro merupakan perkataan daripada
bahasa Latin yang bermaksud selatan manakala perkataan nesos berasal daripada bahasa
Yunani yang bermaksud pulau .

6
5 . 0 CABANG - CABANG BAHASA MELAYU

Cabang Nusantara merupakan cabang yang memiliki jumlah bahasa yang paling banyak
iaitu sebanyak 200 hingga 300 bahasa ( Nik Safiah Karim et.al , 2015 ) . Daripada keluarga
Nusantara , golongan ini telah dipecahkan kepada 16 subkeluarga. 16 bahasa tersebut ialah
bahasa Filipina , Sumatera , Jawa , Kalimantan , Bali-Sasak , Gorontalo , Tomini , Toraja ,
Loinang , Bunku - Laki , Sulawesi Selatan , Munabutung , Bima - Sumba , Ambon - Timur ,
Sula - Bacon dan Halmehera Selatan - Irian Jaya .

Dalam subkeluarga bahasa Sumatera termasuk bahasa Aceh , Batak , Minangkabau ,


Melayu , Nias , Lampung dan orang laut . Menurut Asmah Haji Omar ( 1985 ) , penyebaran
bahasa Nusantara merupakan pusat total kepada kawasan Austronesia disebabkan
beberapa faktor .

Bukan itu sahaja , keluarga bahasa Melayu telah melebihi mana - mana keluarga bahasa
yang lain sekiranya dilihat dari segi bentuk - bentuk bahasa yang wujud . Pada pandangan
Ismail Hussein (1966) , bahasa Melayu merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa
yang digunakan di kepulauan Melayu . Ini menyebabkan bentuk penulisan bahasa Melayu
amatlah senang dan mudah difahami . Bahasa Melayu juga berkemungkinan menerima
pengaruh daripada unsur ansing kerana bahasa ini dapat dilentur mengikut keperluan
semasa .

Ahli bahasa telah membahagikan bahasa Melayu kepada 3 tahap perkembangan iaitu tahap
yang pertama , bahasa Melayu kuno . Seterusnya , bahasa Melayu klasik dan tahap yang
terakhir ialah bahasa Melayu moden .

7
6 . 0 SEJARAH PERKEMBANGAN AWAL BAHASA MELAYU

Seperti yang sudah dinyatakan , perkembangan awal bahasa Melayu terbahagi kepada tiga
tahap iaitu bahasa Melayu kuno , bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden .

Tahap yang pertama iaitu bahasa Melayu kuno banyak dipengaruhi dengan bahasa
Sanskrit . Hal ini kerana , seperti yang kita tahu bahawa sejarah awal bahasa Melayu masih
agak kabur dan tiada kepastiannya ( Nik Safiah Karim et.al , 2015 ) .

Berdasarkan Ismail Hussein (1966) pula , disebabkan oleh pengaruh bahasa Sanskrit ,
bahasa Melayu telah mengalami evolusi pertamanya . Bermula dari penggunaan bahasa
masyarakat yang agak rendah , bahasa Melayu seterusnya telah berubah ke arah bahasa
sarjana iaitu dapat menyampaikan idea - idea baharu yang tinggi .

Antara bukti kewujudan bahasa ini ialah penemuan prasasti seperti batu bersurat di kedukan
Bukit , Palembang pada tahun 683 sebelum Masihi . Batu bersurat di Gandasuli , Jawa
Tengah merupakan batu bersurat pertama yang ditemui menerima pengaruh tulisan ini .

Antara ciri - ciri bahasa ini ialah , bunyi huruf “b” ditukarkan kepada bunyi huruf “w” .
Misalnya , perkataan buat menjadi wuat . Seterusnya , bunyi “e” pepet tidak wujud dalam
bahasa ini . Huruf ini dihilangkan dan boleh digantikan dengan huruf “a” seperti perkataan
dengan menjadi dngan atau dangan . Demikian juga , awalan ber- menjadi mar- dan awalan
di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno ini . Bukan itu sahaja , terdapat juga bunyi konsonan
yang telah wujud seperti bh , th , ph dan lain - lain . Contohnya , perkataan sukhatshitta . Ciri
yang terakhir ialah , huruf h dihilangkan dalam bahasa moden , misalnya , sahaya menjadi
saya . Bahasa Melayu kuno turut menjadi lingua franca atau bahasa perantaraan yang di
semenanjung Tanah Melayu , kepulauan Riau dan Sumatera . Bahasa Melayu kuno ini turut
boleh digunakan oleh semua masyarakat tanpa terikat dengan susun lapis masyarakat .
Bahasa ini dipilih menjadi bahasa perantaraan kerana bahasa ini bersifat sederhana dan
mudah untuk menerima pengaruh luar . Pengaruh bahasa Sanskrit kuat dalam bahasa ini
kerana terdapat kaitannya dengan agama Hindu dan bahasa Sanskrit telah menyumbang
banyak kepada pengayaan kosa kata bahasa Melayu.

Selepas bahasa Melayu Kuno , bahasa Melayu sekali lagi mengalami evolusi iaitu menjadi
bahasa Melayu klasik . Menurut Awang Sariyan , bahasa Melayu klasik merupakan tahap
ketiga dalam periodisasi bahasa Melayu setelah evolusi daripada bahasa Melayu purba dan
bahasa Melayu kuno . Bahasa Melayu klasik ini dikatakan bermula pada abad ke - 13 dan

8
berakhir pada abad ke - 19 . Bahasa ini telah diasaskan ketika terdirinya kerajaan Islam
pertama di sebelah timur Acheh iaitu kerajaan Samudera - Pasai di bawah pentadbiran
Sultan Malikul Salih . Antara ciri bahasa ini ialah , ayat yang digunakan adalah panjang dan
berbelit - belit . Selain itu , ayat bahasa ini banyak berbentuk ayat pasif dan menggunakan
bahasa istana . Terdapat pelbagai kosa kata klasik yang digunakan dan banyak
menggunakan kata pangkal ayat . Bahasa ini turut menggunakan ayat yang berbentuk
songsang . Tambahan pula , bahasa Melayu klasik menggunakan sistem tulisan Jawi
sebagai tunjangnya dengan berasaskan aksara Arab . Sistem tulisan ini telah digunakan
secara meluas seperti digunakan ketika menulis perutusan surat . Penggunaan bahasa ini
meliputi pelbagai bidang seperti bidang agama , undang - undang , ketatanegaraan ,
historiografi , sastera , perubatan , pentadbiran serta hubungan politik . Bahasa ini telah
menerima pengaruh daripada bahasa Parsi serta bahasa Arab . Kesimpulannya , bahasa
Melayu klasik mempunyai gaya bahasanya yang tersendiri kerana dapat dilihatnya bahawa
bunga bahasa yang digunakan dapat menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni
karyawan pada zaman tersebut .

Tahap yang terakhir ialah bahasa Melayu moden . Bahasa Melayu moden dikatakan
bermula pada abad ke -19 . Hasil karya Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan
zaman bahasa Melayu moden . Dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah menetapkan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara .

9
7 . 0 PENGARUH BAHASA ASING DALAM BAHASA MELAYU
Salah satu bahasa yang mempengaruhi bahasa Melayu ialah bahasa Sanskrit . Seperti yang
kita tahu , bahasa Sanskrit banyak mempengaruhi bahasa Melayu sejak zaman bahasa
Melayu Kuno lagi . Bahasa sanskrit telah dibawa oleh golongan pedagang India yang
datang berdagang ke Kepulauan Melayu . Bahasa sanskrit ini telah disebar oleh para
pendeta agama Hindu dan Buddha . Antara pengaruh bahasa sanskrit dalam bahasa
Melayu dari aspek kosa kata ialah seperti perkataan bumi , bahasa , masa , dosa dan lain -
lain lagi . Bukan itu sahaja , bahasa Sanskrit turut mempunyai pengaruhnya dalam imbuhan
bahasa Melayu . Contohnya , imbuhan dwi , eka , maha , pra , tata dan lain - lain . Akhir
sekali , bahasa Sanskrit turut berpengaruh terhadap bunyi bahasa Melayu seperti bunyi dw ,
sw dan sy .

Selain daripada bahasa Sanskrit , bahasa Arab turut mempengaruhi bahasa Melayu .
Pengaruh bahasa Arab telah meresap ke dalam bahasa Melayu apabila kepulauan Melayu
didatangi pedagang serta mubaligh Arab yang membawa masuk Islam . Pengaruh bahasa
Arab lebih mantap kedudukannya berbanding bahasa Sanskrit kerana bahasa Arab banyak
mempengaruhi perkara hukum hakam . Dengan pengaruh bahasa Arab dalam bahasa
Melayu , terciptalah satu sistem tulisan yang dikenali sebagai tulisan jawi . Tulisan jawi
diambil daripada aksara Arab dan 6 huruf telah ditambah untuk digunakan dalam bahasa
Melayu . Bahasa Arab turut mempengaruhi kosa kata yang terdapat dalam bahasa Melayu
khususnya istilah - istilah yang digunakan dalam hal - hal agama seperti perkataan doa ,
hadis , ilmu , hisab dan lain - lain . Bahasa Arab turut mempengaruhi struktur ayat dalam
bahasa Melayu , misalnya penggunaan ayat songsang kerana struktur ayat bahasa Arab
adalah bermula dengan fi’liah atau kata kerja terlebih dahulu . Antara perkataan yang sering
kita gunakan yang dipengaruhi dengan bahasa Arab ialah syariat , dzuhur , zikir , khasiat
dan banyak lagi .

Bahasa Parsi turut mempengaruhi kosa kata yang terdapat dalam bahasa Melayu . Sebagai
contohnya , perkataan kahwin , kelasi , piala , pinggan dan sebagainya . Bahasa ini turut
menghasilkan imbuhan bi yang bermaksud tidak seperti perkataan biadap . Di samping itu ,
bahasa Cina turut mempengaruhi bahasa Melayu . Contoh kosa kata cina yang terdapat
dalam bahasa Melayu ialah perkataan amoi , apek , tauhu dan pau . Tanpa kita sedari , kita
banyak menggunakan perkataan - perkataan tersebut dalam perbualan seharian kita .

Akibat daripada pemerintahan kerajaan Majapahit , bahasa Jawa telah disebarkan dan
secara tidak langsung turut mempengaruhi bahasa Melayu . Hal ini kerana banyak kosa kata
bahasa Jawa seperti perkataan agenda , calon , keringat , perabot dan lain - lain lagi
digunakan dalam penulisan cerita panji .

10
8 . 0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya , kesimpulannya ialah sejarah perkembangan bahasa Melayu perlu


dilihat dari sudut etimologinya dan asal usul perkataan melayu ini belum dapat dikenalpasti
lagi . Bahasa Melayu juga telah mengalami evolusi iaitu bermula dengan bahasa Melayu
kuno , kemudian menjadi bahasa Melayu klasik dan akhirnya bertukar kepada bahasa
Melayu Moden yang digunakan sehingga kini . Sudah terang lagi bersuluh , generasi muda
pada hari ini sepatutnya memartabatkan kedudukan bahasa Melayu dan tidak sepatutnya
menggunakan slanga dalam perbualan seharian . Sebagai bangsa Melayu , kita haruslah
mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu supaya tidak ditelan zaman .

(1692 patah perkataan)

 
Berkebolehan menjelaskan sejarah Perkembangan Bahasa
Melayu dengan amat tepat
Mempamerkan satu pemahaman yang jitu dan menyeluruh
terhadap soalan.

11
RUJUKAN

Academic Edu. (2021). Asal Usul Bahasa Melayu.


https://www.academia.edu/34562521/1_1_ASAL_USUL_BAHASA_MELAYU

Asmah Haji Omar. (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka

Awang Sariyan dipetik daripada Ensiklopedia kebudayaan Melayu (1998). Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Hasmah Hassan. (11 Mac 2012). Asal Usul Bangsa Melayu. Daripada laman web

https://norhayatikarim.blogspot.com/p/asal-usul-bangsa-melayu.html

Ismail Hussein. (1966). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin. (2000). Pengajian Malaysia. Penerbitan Fajar Bakti

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa Dewan edisi ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syamiza Syahirah Mohd Syamsul. (2021). Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.
Daripada laman web
https://www.academia.edu/27906258/SEJARAH_DAN_PERKEMBANGAN_BAHASA
_MELAYU

12
13

You might also like