You are on page 1of 29

EVOLUSI BAHASA MELAYU

*
Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz
National Instituite of Education
Nanyang Technological University
___________________________________________________________________________________
1
Bahasa dan Evolusi
Bahasa merupakan keupayaan fitrah manusia, berupa satu sistem lambang bunyi suara
arbitrari yang dipersetujui bersama oleh satu kelompok sosial dan digunakan sebagai
alat interaksi. (Kamus Lingusitik 1997:27) Evolusi merujuk kepada perubahan atau
perkembangan secara beransur-ansur daripada satu generasi kepada generasi lain.
(Kamus Dewan 1996:346) Gabungan kedua-dua definisi ini menunjukkan bahawa
bahasa adalah suatu sistem lambang yang dinamis. Ia tidak statik selagi ada
penggunanya dan akan perkembangan mengikut peredaran masa secara berperingkat-
peringkat.
2
Asal usul Bahasa Melayu
Bahasa Melayu merupakan rumpun bahasa Austronesia. Pecahan ini membawa
kepada bahasa Melayu pertama iaitu bahasa Melayu kuno. Kemudian diikuti oleh
bahasa Melayu klasik dan akhirnya bahasa Melayu modern. Perkembangan ini
berlaku kerana bahasa Melayu berkembang mengikut perkembangan pemikiran dan
budaya masyarakat Melayu itu sendiri. Bangsa Melayu telah mengalami pemerintahan
tiga empayar besar pada perkembangan peringkat pertama iaitu kerajaan Srivijaya
(TM 600-1377), Majapahit (TM 1292-1520) dan Melaka (TM 1402-1528). Ketiga-
tiga empayar ini merupakan pemankin kepada evolusi bahasa Melayu.
Bahasa Melayu merupakan anggota rumpun Austronesia yang meliputi kawasan
Taiwan (Formosa) di utara hingga ke New Zealand di selatan dan Madagaskar di
barat hingga ke kepulauan Easter di timur. Orang-orang Melayu dipercayai berpindah
dari daratan Asia secara berperingkat-peringkat ke kawasan yang didiami masa kini.
Menurut Asmah Hj Omar (1988:18),walaupun kini didapati bahawa bahasa yang
dituturkan oleh anggota rumpun Austronesia itu berbeza, namun terdapat beberapa
kesamaan terhadap perbendaharaan kata mereka memandangkan bahasa-bahasa
tersebut berasal dari rumpun yang sama seperti dalam contoh berikut :
*
Kertas kerja ini dibentangkan semasa ceramah Evolusi Bahasa Melayu sempena Unvision 2000
anjuran 4PM pada 17 November 2000 bertempat di Hotel Centuary Roxy Park.
1

Page 2
Bangsa
Sebutan
Bangsa
Sebutan
Melayu
hulu, ulu
Melayu
datar, rata
Tagalog
ulo
Paiwan
kadzatan
Bisaya (Filipina)
ulu
Tagalog
lataq
Bikol
ulu
Bisaya
dataq
Jawa
ulu
Jawa
rata
Tonga
ulu
Madura
ratah
Futuna
ulu
Ngaju Dayak
datar
Rukal
ulu
Malagasi
ratana
Saisiat
aola
Maanjan
rata
Paiwan
ulu
Puyama
tang-uru’uh
Kesamaan tersebut menjadikan bahasa Melayu sebagai berasal daripada rumpun
Austronesia yang meliputi kepulauan Irian, Polenesia, Melanesia, Australia dan New
Zealand. Rumpun Austronesia ini pula dipercayai berasal dari tanah asal yang sama.
Beberapa orang sarjana telah mengemukakan hipotesis tentang tanah asal ini.
Toedoro Llamzon, seorang ahli Linguistik Bandingan dan Thor Heyerdahl, ahli
ekspedisi Kon-Tiki yang termasyur merumuskan bahawa tanah asal bagi rumpun
Austronesia ialah daratan Asia samada di Champa (kini dikenali sebagai Indo-cina
yanmg meliputi kawasan Vietnam, Laos dan Khmer), Tonkin dan Yunan (Mongolia)
H.A Kern berpendapat bahawa tanah asal tersebut di pantai timur Cina yang
dinamakan “India Jauh”. Manakala Isidore dyen, seorang ahli Linguistik Bandingan,
berpendapat bahawa New Guinea merupakan tanah asal Austronesia. Pendirian H. A
Kern diterima sebagai sesuai dalam konteks susur galur bahasa dan bangsa
Austronesia.
3
Evolusi Bahasa Melayu kuno
Pada zaman Hindu-Buddha, penutur bahasa Melayu amat kecil bilangannya
memandangkan ia merupakan satu daripada 200 bahasa alam Melayu ketika itu. Pada
peringkat awal zaman tersebut bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Melayu kuno.
Namun keadaan berubah dengan kewujudan kerajaan Srivijaya yang membawa sama
pengaruh Hindu yang kuat. Ia menjadikan zaman tersebut zaman keemasan bahasa
Melayu kerana bahasa Melayu digunakan dalam kerajaan serta pertuturan. Buktinya
dapat dilihat daripada 4 prasasti yang ditinggalkan di setiap kawasan takhluk Srivijaya
di Pelembang.
Prasasti pertama di Kedukan Bukit menceritakan sesuatu kisah atau aktiviti kerajaan
besar yang mengawal Asia Tenggara ketika itu. Ia juga menjelaskan aspek agama dan
tatasusila Hindu. Prasasti tersebut menggunakan huruf renjung, condor atau Pallava
yang dikenali sebagai bahasa kuno. Kini bahasa Sanskrit bertindih dengan bahasa
Melayu kuno. Keadaan ini dikenali sebagai saduran kerana terdapat banyak istilah
2

Page 3
dalam bahasa Melayu kuno yang tidak mempunyai kosakata yang cukup.
Keterbatasan ini menyebabkan bahasa sanskrit digunakan dengan meluas dalam
bahasa Melayu kuno. Prasasti kedua di Jawa tengah pula menunjukkan bahasa yang
lebih bertamadun kerana terdapat unsur bahasa berkasta. Ia dipercayai serapan
pengaruh Srivijaya ke atas orang -orang Jawa. Mereka menganggap bahasa Jawa lebih
tinggi daripada bahasa Melayu kuno. Semasa zaman pemerintahan Majapahit di Aceh,
bahasa Jawa didapati amat rumit dan tidak digunakan di semua peringkat masyarakat.
Maka penterjemahan kitab-kitab Hindu ketika itu dilakukan ke bahasa Melayu kuno
kerana ia paling mudah dikuasai.
Pada zaman pemerintahan Melaka. Pengaruh Islam telah membawa perubahan
selanjutnya terhadap bahasa Melayu. Batu bersurat yang dijumpai di Minangkabau
mengandungi campuran bahasa Melayu kuno dan Sanskrit. Batu nisan di Acheh pula
menonjolkan campuran huruf India dan Arab. Batu bersurat di Terengganu pula
menggunakan bahasa Melayu yang tersusun dengan baik menunjukkan
berkembangnya kesusasteraan kerana ada unsur keindahan. Akhirnya lahir Sejarah
Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu berhuruf Jawi.
Bahasa Melayu pertama kali ditulis dengan huruf Pallawa (India). Bahasanya amat
halus. Pengaruh Sanskrit sangat jelas sekali di kekatanya. Ini membuktikan bahawa
bahasa Melayu kuno sebenarnya telah ada struktur dinamis yang membenarkan ia
menerima sebarang masukan tanpa menjejas identitinya. Kelebihan ini membantu
pelestarian bahasa Melayu. Bahasa Melayu kuno ini didapati di batu-batu bersurat
yang ditemui di Minangkabau (TM1356), Aceh (TM 1389) dan di Terengganu (TM
1303-1387). Contohnya
1
adalah seperti berikut :
PALLAWA MODERN
PALLAWA MODERN
Wulan
Wanyak
Wuat
Wawa
Wala
Bulan
Banyak
Buat
Bawa
Bala
Dangan
Lapas
Manua
Saribu
Tmu
Dengan
Lepas
Benua
Seribu
Temu
Marlapas
Marwuat
Niparwuat
Niminum
Sarivu
Sapulu
Berlepas
Berbuat
Diperbuat
Diminum
Seribu
Sepuluh
Bhumi
Bhasa
Bhakti
Dhka
Dhga
Phla
Bumi
Bahasa
Bakti
Duka
Dahaga
pahala
1
Dipetik daripada buku Sekata (1990 : 25)
3

Page 4
Bahasa Melayu kuno mempunyai ciri-ciri
2
tertentu seperti berikut :
i
Adanya penggunaan klitik seperti –nda
ii
Adanya awalan ni- (misalnya niwunuh yang bermaksud dibunuh)
iii
Adanya awalan mer/mar untuk ber sekarang.
iv
Adanya imbuhan terbahagi per-an, paN-an, ka-an
v
Adanya awalan sa-
vi
Adanya awalan maN
vii
Adanya akhiran –I, -kan
Perkembagan bahasa Melayu jelas sekali merupakan sumbangan bangsa-bangsa lain.
Bahasa Melayu mampu kekal bersaing merentasi zaman kerana kemampuannya
meresapi bahasa-bahasa lain dan mengasimilasi bahasa-bahasa modern dewasa ini.
Secara konvensi, peringkat evolusi bahasa Melayu diterima berdasarkan zaman
Hindu, Islam, penjajahan dan Modern. Selari dengan pecahan ini saya akan
mengatributkan evolusi bahasa Melayu kepada lima komponen iaitui akulturasi
(pembudayaan), kolonialisasi (penjajahan), modenisasi (terkini) dan globalisasi
(pensejagatan).
4
Akulturasi
Akulturasi (Kamus Dewan 1996:24) merujuk kepada penyerapan unsur-unsur
kebudayaan daripada sesuatu budaya kepada budaya lain. Keadaan ini menyumbang
kepada evolusi bahasa Melayu memandangkan terdapat penyerapan kekata daripada
bangsa lain ke dalam bahasa Melayu. Keadaan ini berlaku kesan asimilisi budaya
asing ke dalam budaya tempatan.
4.1
Animisme
Sebelum kedatangan pengaruh asing, masyarakat Melayu tempatan mempraktikan
amalan animisme
3
iaitu percaya kepada semangat, samada yang bernyawa (manusia
dan binatang) mahupun yang tak bernyawa seperti pokok-pokok, kayu-kayu besar dan
batu. Maka perbendaharaan kata mereka juga terhad kepada keadaan sekeliling
sahaja.
4.2
Hindu-Buddha
4
Kedatangan orang-orang India yang membawa sama pengaruh Hindu-Buddha
memulakan proses evolusi bahasa Melayu. Kepercayaan ini dipopuparkan melalui
lisan atau oleh penglipur lara. Mereka mengunakan epik Hindu yang terkemuka iaitu
Mahabarata dan Ramayana dengan beberapa penyesuaian dan diadaptasikan ke dalam
konteks masyarakat tempatan. Ia akhirnya direaslisasikan dalam bentuk wayang kulit.
Penyampaian cerita secara lisan ini amat berkesan dalam memasukkan istilah-istilah
baru ke dalam bahasa Melayu memandangkan latar ceritanya berasal dari India.
2
Dipetik daripada buku Pensejarahan Bahasa Melayu (1990:22)
3
Lihat Asmah (1988:17)
4
Lihat Tham Seong Chee (1990:26)
4

Page 5
Secara tidak langsung banyak kekata India diresapkan ke dalam bahasa Melayu bagi
memudahkan penceritaan.
Konsep kerajaan dan pentadbiran Hindu diperkenalkan kepada masyarakat Melayu
melalui struktur pemerintahan beraja. Maharaja, raja dan permaisuri digambarkan
sebagai hidup dalam mahligai bersama putera dan puteri yang terletak di dalam
pura (ibu negeri atau bandar) dan ditadbir sama oleh perdana menteri dan menteri-
menteri lain. Maharaja itu pula duduk di singgahsana dan disanjung dengan ucapan
dirgahayu apabila menaiki takhta. Kawasan yang ditadbirnya dipanggil
negeri/negara. Beliau dikatakan berbangsa diraja dan dikurinakan dengan
kebijaksanaan dan budi.
Konsep agama dan budaya Hindu juga diperkenalkan secara lengkap dan perkara ini
menambah perbendaharaan bahasa Melayu. Dalam konteks ini terdapat senario alam.
Dewata Mulia Raya dianggap sebagai pengawal alam. Di bawahnya terdapat dewa
dan dewi. Alam ini dikatakan terdiri daripada bumi, angkasa dan cakrawala.
Terdapat juga syurga dan neraka. Manusia dikatakan mempunyai jiwa atau sukma.
Mereka mengenali dosa dan dusta serta aniaya. Keji, hina dan durjana perbuatan
yang dibenci tuhan. Manusia mengikuti tatatertib dan tatasusila dalam kehidupan.
Guru akan mengajar tatabahasa dan tataguna berpandukan pustaka. Sesuatu
perbuatan salah akan melalui bicara dan denda akan dikenakan setelah adanya saksi.
Dunia dianggap sebagai loba yang membawa sengsara. Bahaya ini telah dikatakan
oleh sasterawan dan pujangga. Mereka yang mengikuti hidup suci akan disinari
cahaya suria untuk jaya berdasarkan cita.
Berdasarkan penjelasan di atas, penyerapan kata-kata sanskrit ke dalam bahasa
Melayu berlaku dengan sewenang-wenangnya demi memastikan mesej dapat
disampaikan kepada masyarakat. Perkataan-perkataan Sanskrit meliputi keseluruhan
teks yang dijelaskan. Tanpa kekata Sanskrit itu, amat payah untuk dijelaskan konsep
agama dan kehidupan kepada masyarakat Melayu ketika itu memandangkan kosakata
mereka yangb terhad kerana kepercayaan mereka yang terhad kepada animisme
sahaja. Maka bahasa Melayu mengalami evolusi pertama yang amat tinggi nilainya.
4.3
Islam
5
Kerajaan Melaka meraikan zaman kegemilangannya pada kurun ke 14 terutama sekali
apabila Sultannya memeluk Islam pada tahunb 1414. Pengaruh Islam tersebar luas ke
semua kawasan di Nusantara memandangkan Melaka merupakan satu empayar yang
meluas dan gagah pada zaman tersebut. Senario ini secara langsung melenyapkan
kekuatan pengaruh Majapahit dan Hindu. Islam mengambil alih tugas melestarikan
bahasa Melayu di Nusantara. Pengaruh Islam telah mewarnakan lagi kosakata
Melayu. Misalnya terdapat kekata seperti akhir, ajal, akhbar, hukum, sujud, fikir,
akal, kiamat, makna, sabar, rukun, hukum, waktu, tamat (Arab); daftar, bius,
nakhoda, tahta, syahbandar, kawin, temasya, kenduri (Farsi).
Penyebaran Islam pada abad ke 14 membawa pendekatan yang serupa dengan
penyerapan budaya Arab/Islam ke dalam budaya Melayu-Hindu memandangkan
5
Contoh-contoh kekata diambil daripada Resan & Kesan (1992)
5

Page 6
orang Melayu ketika itu adalah penganut agama Hindu. Kedatangan Islam
mengembangkan lagi pertumbuhan bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa
ilmu kerana banyak hasil kesusasteraan wujud dalam era ini. Empayar Islam di Timur
iaitu Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke 14 dan sekaligus
menjadi pusat perkembangan Islam. Maka bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
Melaka turut meningkat taraf dan penggunaannya. Ia menjadi lingua franca setiap
padagang dan penghuni Nusantara.
Senario ini menyebabkan bangsa-bangsa lain seperti Cina, Portugis, Belanda dan
Inggeris berbicara dalam bahasa Melayu serta memperkenalkan perbendaharaan
mereka ke dalam bahasa Melayu bagi memudahkan komunikasi. Akhirnya kata-kata
yang diperkenalkan itu menjadi bahasa Melayu kerana diterima konvensi. Misalnya,
terdapat kekata Cina yang meresapi bahasa Melayu seperti dacing, anglo, tauke,
kongsi, mi, tauco, tongkang, tocang, loteng dan kuntau.
Kini bahasa Melayu semakin kukuh. Ia mampu menjelaskan fenomena dunia secara
meluas dan intelektual memandangkan ia telah meresapi bahasa daripada dua
tamadun besar dunia. Ia tidak lagi dibelenggu oleh kawasan sekelilingnya sahaja.
Zaman animisme semakin terpinggir dengan kehadiran agama dan ilmu bahasa.
Bahasa Melayu telah mencapai tahap bahasa Klasik. Bahasa klasik ini lebih
berstruktur dan modern. Pengajian ilmu menjadi budaya masyarakat Melayu kerana
mereka tidak lagi buta ilmu. Peringkat ini menonjolkan kesan pembudayaan atau
akulturasi terhadap evolusi bahasa Melayu. Bahasa Melayu berubah atau lebih tepat
lagi bertambah kerana keperluan penyerapan budaya demi pelestarian insan.
5
Kolonialisasi
6
Kolonialisasi(Kamus Dewan 1996:694) merujuk kepada proses, tindakan atau
perbuatan menjadikan sesuatu tempat sebagai koloni ataupun dijajah. Kawasan
Melayu telah dijajah oleh kuasa-kuasa Eropah seperti British, Holland, Portugis,
Perancis dan Sepanyol. Proses kolonialisasi ini membawa kepada penyerapan nilai
budaya asing ke dalam budaya Melayu. Maka banyak perubahan berlaku ke atas
sistem bahasa Melayu itu sendiri termasuk sistem penulisannya yang akhirnya
berubah daripada Jawi kepada Rumi. Namun demikian perbendaharaan bahasa
Melayu semakin bertambah. Misalnya daripada Portugis terdapat kekata almari,
armada, bendera, meja, jendela, boneka, mentega, biola, renda, soldadu dan
paderi. Bahasa Belanda memberikan bahasa Melayu kekata duit, seterup, kamar,
speda, taksir, stoples, ransum, perlop dan pekan. Akhir sekali bahasa Inggeris
menghasilkan kekata radio, jaket, motokar, televisyen, gol, raket dan tiket.
Kolonialisasi memaksa bahasa Melayu berubah kerana desakan penjajah. Orang
Melayu yang sudah biasa dengan bahasanya terpaksa menerima bahasa penjajah bagi
kemudahan penjajah berbicara dengan mereka samada untuk memerintah atau meraih
sesuatu daripada kawasan yang dijajahi. Kolonialisasi juga memperkenalkan barangan
baru kepada kawasan yang biasanya lebih mundur daripada negara asal penjajah itu
sendiri. Maka barangan tersebut terpaksa diberikan lambang atau nama oleh orang
6
Contoh-contoh kekata diambil daripada Resan & Kesan (1992)
6

Page 7
Melayu. Biasanya orang Melayu menerima terus nama yang diberikan penjajah dan
menggunakannya sebagai bahasa Melayu.
6
Modernisasi
7
Modenisasi (Kamus Dewan 1996:894) merujuk kepada perihal, proses atau perbuatan
memodenkan atau yang terkini. Zaman moden membawa banyak perubahan kepada
bahasa Melayu. Lebih banyak istilah-istilah dihasilkan demi penakatan bahasa dalam
era teknologi dan perindustrian. Kini bahasa Melayu lebih bersifat keilmuan. Bidang-
bidang sains, perubatan, mekanikal, kejuruteraan, komputer, sains hayat dan kimia
memaksa bahasa Melayu menyerap istilah-istilah Inggeris ke dalam bahasa Melayu
melalui satu proses peristilahan. Maka lahirlah istilah-istilah seperti karbon dioksida,
eksperimen, teori, kapital, mesin, komputer, seks, biologi, aktiviti, organisasi,
konsentrasi, embrio, kranium dan vaksin.
Bahasa Melayu telah mengalami evolusi terpenting pada peringkat ini. Modernisasi
memankinkan kewujudan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam semua bidang
yang terokai oleh manusia Melayu. Perkembangan sihat ini masih diteruskan. Selain
bahasa Inggeris yang diceduk terus ke dalam bahasa Melayu dan disesuaikan dengan
sebutan dan ejaan, ada juga yang diistilahkan sepenuhnya dalam bahasa Melayu
mahupun gabungan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu seperti tiru biak (cloning),
kepekatan pukal (bulk concentration), rama-rama mata lembu (bull's eye moth),
malar hijau (evergreen), pengewapan/penyejatan (eveporation) dan kirim balik
(freight back).
Evolusi bahasa Melayu pada zaman ini berlaku atas dasar penakatan agar masyarakat
Melayu tidak terpinggir dengan perkembangan pesat dunia. Sesuai dengan
perkembangan dunia mencapai kemajuan hidup, bahasa Melayu juga terpaksa
berubah dan menyesuaikan diri dengan bahasa-bahasa yang maju gar dapat maju
bersama.
7
Globalisasi
8
Globalisasi (Kamus Dewan 1996:408) merujuk kepada fenomena yang menjadikan
dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan
perkembangan teknologi maklumat. Alaf ini menampilkan satu perkembangan
menarik dan mencabar bagi bahasa Melayu. Ia telah melalui evolusi terunggul iaitu
bahasa manusia atau human language. Evolusi bahasa Melayu pada peringkat ini
merupakan cantuman bahasa normatif dan komunitif di internet. Zaman globalisasi
menyaksikan penggunaan melaus bahasa Melayu di internet. Maka internet juga
merupakan kayu ukur evolusi bahasa Melayu di alam Melayu.
Penggunaan bahasa Melayu di internet terbahagi kepada beberapa komponen iaitu
email, chat dan leleman web. Chat terbahagi kepada tiga jenis iaitu IRC, ICQ dan
7
Contoh-contoh kekata diambil daripada Daftar Istilah MABBIM (1992) dan Ke Arah Pembentukan
Istilah Yang Sempurna (1992)
8
Bahan dipetik dan disesuaikan daripada Artikel Mohamed Pitchay Gani Bin Md Abd Aziz di Berita
Harian bertarikh 3 Jun 2000.
7

Page 8
MSN yang menggunakan emoticons atau ikon-ikon emosi. Email dan chat
menggunakan bahasa komunikatif sahaja. Ikon-ikon emosi merujuk kepada ilustrasi
yang menunjukkan perasaan pengguna misalnya riak wajah marah, sedih, gembira,
tersenyum, bunga ros dan jantung. Ikon-ikon ini juga merupakan wahana penyampai
maksud atau bahasa di internet yang bersifat pictographic atau ideagrahic. Lelaman
web pula terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu hiburan dan intelektual. Biasanya
bahagian intelektual seperti bahasa dan kesusasteraan menggunakan bahasa normatif
manakala bahagian hiburan menggunakan bahasa normatif bagi segmen informasi dan
bahasa komunikatif bagi segmen interaktif.
Pengklasifikasian di atas menunjukkan bahawa pengunaan bahasa di internet yang
bersifat umum seperti pemberian maklumat lebih cenderung kepada bahasa normatif
untuk mengelakkan kekaburan dan salah tafsir. Manakala penggunaan bahasa yang
bersifat peribadi atau persendirian seperti di email dan chat bersifat komunikatif.
Keadaaan ini berlaku kerana adanya komuniti maya yang memahami antara satu sama
lain akan bahasa yang digunakan.
Latarbelakang ini menjadi penjelasan kepada perkembangan dan pembangunan
bahasa Melayu zaman ini. Kini telah lahir laras internet bagi bahasa Melayu di
internet. Menurut Fishman, seorang ahli sosiolingusitik, laras ialah lingkungan
institusional iaitu apabila sesuatu ragam yang digunakan oleh seseorang yang
dianggap lebih sesuai daripada ragam bahasa yang lain. Laras internet ini merupakan
gabungan bahasa tulisan dan lisan. Internet telah berjaya menyatukan ataupun
menggramatiskan bentuk bahasa Melayu yang dianggap tidak gramatis. Penjelasan di
atas tadi menunjukkan bahawa bahasa jenis normatif digunakan untuk penulisan
sementara bahasa komunikatif digunakan untuk lisan atau percakapan. Laras internet
pula merupakan perealisasian keserasian kesatuan bahasa lisan dan tulisan dalam
bentuk visual. Ini bermaksud sesuatu yang dahulunya hanya dapat ditutur, kemudian
didengar dan hilang kini dapat dilihat dan disimpan. Bentuk lisan kini direalisasikan
dalam bentuk tulisan tanpa menurut tatabahasa bentuk penulisan.
Banyak istilah baru terhasil bagi kemudahan ekspresi. Misalnya perkataan-perkataan
seperti kang (nanti), a'kum (assalamualaikum), w'lam (wa'alaikumsalam), dowang
(mereka), wokay (baiklah), tipon (telefon) dan persal (mengapa). Terdapat juga kata
gantinama yang telah diubahsuaikan menjadi dowrang (mereka), sayer (saya), dier
(dia), korang (kamu), nko (engkau) dan nyer (nya), nie (ini). Begitu juga dengan kata
tanya yang diubahsuaikan menjadi asal (mengapa), biler (bila), camner (bagaimana),
maner ( mana) dan naper (kenapa). Amat menyedihkan pula istilah-istilah agama
seperti dipermainkan misalnya alah (Allah), A'kum (Assalamualaikum) dan w'lam
(Wa'alaikumsalam).
Keadaan ini selanjutnya membawa kepada terhasilnya ayat-ayat tidak gramatis
kerana menyeleweng daripada hukum-hukum tatabahasa. Misalnya ayat-ayat - "Leh
sayer kenal2 dengan awak?" (Bolehkah saya berkenalan dengan awak), "A'kum
semuer. Kat maner nie? " (Assalamualaikum semua. Awak berada di mana?, "Skang
nie pon dah ader benda tuu." (Sekarang ini pun sudah ada alat itu).
Pada pragmatiknya, kita dapat melihat satu evolusi menarik dalam penggunaan
bahasa Melayu. Pada tahap permulaan berlaku pemendekan istilah yang masih
mudah difahami seperti tak (tidak), saja (sahaja), duk (duduk), gini (begini), gitu
8

Page 9
(begitu), mau (mahu) dan reti (mengerti). Pada tahap pertengahan pula berlaku
penyerapan kata-kata kepada bahasa lisan seperti digunakan dalam perbualan biasa
misalnya amik (ambil), antar (hantar), bace (baca), mane (mana), same (sama), kecik
(kecil), ape (apa) dan hotak (otak.).
Perkembangan selanjutnya memaparkan pemelatan kata-kata mungkin dengan
tujuan meriahkan suasana perbualan atau sekadar manambahkan kemesraan misalnya
caye (percaya), camni (macam ini), camtu (macam itu), teypon (telefon), keng-kawan
(kawan-kawan), cedap (sedap), amik atti (ambil hati), pompan(perempuan) dan
mepek (merepek).
Kemudian lahir kata-kata bersifat irama seperti seryuz (serius), lepaz (lepas),
wajibz (wajib), sayer (saya), biler (bila), kiter (kita), jumper (jumpa), luper (lupa) dan
nyer (nya). Proses pelahiran istlah internet bahasa Melayu mencapai kematangan
apabila istilah spesifik berputik seperti om (orang), ngan (dengan), je (sahaja), ur
(awak), lak (pula), kerker (ketawa kecil), hmmm (sedang berfikir) dan ha x 9999999
(ketawa terbahak-bahak). Akhir sekali lahir penggunaan simbol-simbol seperti :)
atau

(mimik muka senyuman), :( atau (mimik muka sedih / masam), :P (mimik
muka yang mengejek), :))) (mimik muka sedang ketawa), :O (mimik muka terkejut)
dan n (menandakan berakhirnya perbualan).
Demikian proses evolusi bahasa Melayu di peringkat global. Sejarah menonjolkan
betapa bahasa Melayu telah berkembang daripada status kuno kepada moden setelah
melalui beberapa proses penyerapan daripada bahasa-bahasa Sanskrit, Arab, Cina dan
Inggeris. Proses peristilahan telah berjaya memartabatkan bahasa Melayu agar tidak
beku, sebaliknya terus dinamis. Alaf baru ini meneruskan proses evolusi bahasa
Melayu ke peringkat maya. Bahasa Melayu Internet tidak perlu melalui proses
peristilahan ataupun konstruksi kata dan ayat oleh pakar bahasa. Kini istilah-istilah
baru dapat dihasilkan oleh orang persaorangan. Pengikirafan diberikan atas dasar
musyawarah iaitu difahami dan digunakan secara konvensi oleh pengguna-pengguna
internet. Ini merupakan satu perkembangan menarik dan sihat.
8
Kesimpulan
Bahasa Melayu telah mengalami evolusi sejak awal zaman hingga ke hari ini. Evolusi
ini berlaku kerana pertembungan budaya dengan bahasa-bahasa lain. Tidak ada
bahasa di dunia ini yang wujud secara homogen. Semua bahasa terpaksa melalui
proses evolusi yang mana komponennya adalah bahasa-bahasa lain. Evolusi ini
berlaku dengan cara saduran, penyerapan dan pengambilan sepenuhnya. Berkat proses
evolusi ini, bahasa Melayu mampu wujud sehingga ke hari ini dalam bentuk yang
dinamis dan moden. Bahasa Melayu tidak beku atau pupus kerana ia mampu
membiak. Secara fitrah bahasa Melayu itu dilengkapi dengan mekanisme pembiakan
sehingga mampu mengharungi peringkat-peringkat evolusi sehingga bermartabat di
mata dunia sebagai satu daripada bahasa-bahasa yang terbanyak penuturnya.
"Evolusi bahasa Melayu mencerminkan penerimaan kita dan dunia terhadap
kewibawaan bahasa Melayu - bahasa yang tidak mengalami evolusi mencerminkan
bahasa yang beku dan bakal pupus. Kewajipan kita melestraikan bahasa tercinta
agar kita bertempat jangan sampai tidak bertempat kerana pupus bahasa."
9

Page 10
Bibliografi
1990. Sekata. Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa Jilid 8 Bilangan 1.
Singapura. Jawatankuasa Bahasa Melayu Singapura. MITA
1990. Sekata. Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa Jilid 8 Bilangan 2.
Singapura. Jawatankuasa Bahasa Melayu Singapura. MITA
1991. Dinamika Budaya. Singapura.Kerjaya Printing Industries Pte Ltd.
1992. Daftar Istilah MABBIM. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
1992. Ke Arah Pembentukan Istilah Yang Sempurna. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
1992. Pesan – Kumpulan Makalah Sempena Bulan Bahasa 1993.Singapura.
Malaysia Press(Sdn) Berhad.
1992. Resan Dan Kesan – Kumpulan Makalah Sempena Bulan Bahasa 1992.
Singapura. Malaysia Press(Sdn) Berhad.
1996. Kamus Dewan Edisi 3. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
1996. Kamus Linguistik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
Abdullah Hassan 1992. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya.
Penerbitan Fajar Bakti
Abdullah Hassan 1997. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa ilmu. Petaling Jaya.
Penerbitan Fajar Bakti
Asmah Hj Omar 1988. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka
Asraf 1996. Manifesto Budaya - Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa. Kuala Lumpur.
LohPrint Sdn Bhd.
Ismail Hussein et.al 1993. Tamadun Melayu Jilid Satu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka
Ismail Hussein et.al 1993. Tamadun Melayu Jilid Dua. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka
Tham Siong Chee 1990. A Study Of The Evolution Of The Malay Language-Social
and Cognitive Development. Singapore. Singapore University Press.
Zaiton Ab. Rahman & Zaini Mohamed Zain 1990. Pensejarahan Bahasa Melayu –
Beberapa Pandagan Awal. Siri Monograf Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
10

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu

1. Sejarah dan Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu


2. Sistem Keselarasan Huruf Vokal
3. Ejaan Gugus Konsonan
4. Penulisan Kata
5. Penggunaan Tanda Bacaan

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu 

Pendahuluan: 

Dalam bab ini para pelajar didedahkan dengan latar belakang ejaan rumi sebelum zaman
penjajahan, perkembangan sistem ejaan rumi sebelum merdeka dan selepas merdeka. Selain
itu, sistem keselarasan vokal, ejaan gugus konsonan, penulisan kata yang betul, bagaimana
menggunakan tanda baca yang tepat turut diperincikan agar para pelajar dapat
menggunakannya dengan betul dan tepat.

Objektif: 

Pada akhir bab ini pelajar dapat mengetahui dan mengenalpasti:

 Sejarah dan perkembangan sistem ejaan rumi bahasa Melayu


 Sistem keselarasan huruf vokal
 Ejaan gugus konsonan
 Penulisan kata
 Penggunaan tanda bacaan

 
 
 
 
 
 
 
 
 
1.  Sejarah dan Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu 

1. Latar Belakang Ejaan Rumi Sebelum Zaman Penjajahan.

Ejaan bahasa Melayu mempunyai tradisi tersendiri yang lebih lama daripada tulisan Rumi
atau Jawi. Sebelum kedatangan Islam ke Kepulauan Asia Tenggara, bahasa Melayu telahpun
mempunyai tradisi tulisan iaitu tulisan Kawi, Batak, Lampung dan Rencong telah digunakan oleh
masyarakat Melayu di Kepulauan Nusantara. Sistem tulisan ini agak maju dan menggunakan
lambang suku kata dan lambang baris untuk menunjukkan perbezaan-perbezaan bunyi. Walau
bagaimanapun, ejaan Jawi dan Rumi lebih  dikaji secara terperinci  kerana tulisan-tulisan inilah
yang lebih  banyak melibatkan masyarakat pada hari ini. Contohnya  para pedagang dan
pendakwah dari Semenanjung Arab telah memperkenalkan sistem ejaan Jawi di Kepulauan
Melayu. Bahasa Melayu terus berkembang sebagai lingua franca yang masyhur dan dianggap
sebagai bahasa Islam yang kedua. (Syed Naquib Al-Atas: 1972) 

                Potensi yang ada pada bahasa Melayu kemudiannya telah dihidu oleh para sarjana
Barat, lalu mereka berusaha menyusun perkataan-perkataan Melayu dalam bentuk lebih
praktikal. Antara yang paling terkenal ialah Antonio Pigafetta, seorang pelayar Itali yang berjaya
belayar bersama Ferdinand Magellan mengelilingi dunia. Mereka telah menyusun 426 daftar kata
Itali-Melayu. 

                Seterusnya para pengembara mahupun orientalis Eropah cuba mentransliterasikan


ejaan Jawi ke ejaan Rumi menggunakan huruf-huruf Latin, tanpa mengetahui ejaan Jawi
sebenar yang telah menimbulkan kerumitan dalam sejarah sistem ejaan bahasa Melayu. Hal
sedemikian terus berlarutan kerana pengkajian bunyi sering dikelirukan dengan pengkajian
tentang sistem ejaan ataupun tulisan. Ini jelas dibuktikan apabila tulisan orang Inggeris pada
abad ke-19 telah memasukkan bunyi Sanskerta, Arab dan Parsi sebagai lambang bunyi bahasa
Melayu.  

2. Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Sebelum Merdeka.

Kedatangan kuasa  Barat seperti Belanda, Portugis dan Inggeris telah menyogokkan sistem
ejaan rumi kepada masyarakatnya,  walaupun pada masa itu penduduk sudah mempunyai
sistem ejaan jawi yang lengkap.  Hal ini menyebabkan usaha untuk merakamkan bahasa
Melayu dengan aksara latin berterusan. Sistem ejaan bahasa Melayu terus berkembang
sehingga melahirkan leksikografi yang berupa daftar kata, glosari dan kamus Melayu asing.
Kemudahan cetak dan penerbitan membuatkan ejaan Rumi menjadi lebih praktis daripada
mana-mana sistem ejaan lain. Ejaan Rumi pertama wujud di alam Melayu dengan
menggunakan aksara Rumi ialah  sistem ejaan yang diperkenalkan oleh Van Ophuysen,
seorang pentadbir Belanda pada tahun 1901.  Sistem  ini mempunyai 32 aksara dan
berdasarkan sistem ejaan yang digunakan dalam bahasa Belanda. 

              Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, usaha menulis bahasa Melayu dengan
menggunakan huruf rumi telah dijalankan oleh beberapa orang sarjana Eropah secara
perseorangan. Mereka menjalankan kajian terhadap tatabahasa Melayu. Usaha menggalakkan
penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat dan sekolah dipelopori oleh Pakatan Belajar-
Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB) yang ditubuhkan di Johor pada 1888, ia diteruskan oleh
Maktab Perguruan Perempuan Melaka (1900). 

              Usaha tersebut diperkembangkan lagi dengan penubuhan Maktab Perguruan Sultan
Idris (SITC), Tanjung Malim pada tahun 1922. Maktab ini berperanan penting dalam
perkembangan sistem ejaan bahasa Melayu. Atas kebijaksanaan Za’ba, Maktab Perguruan
Sultan Idris telah memulakan sistem ejaan baru yang dipanggil Sistem Ejaan Sekolah atau
dikenali juga sebagai Sistem Ejaan Za’ba.  Di antara buku-buku yang ditulis oleh Za’ba
ialah;                                 

a. Ilmu Bahasa Melayu Penggal (1926)


b. Pelita Bahasa Melayu Penggal (1941)
c. Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi (1949)

                Sistem Ejaan Sekolah ini kemudiannya dijelaskan dan digunakan oleh Za’ba dalam
buku “Pedoman Bahasa Melayu, Penggal i, ii dan iii “.  Sistem ini dikenali sebagai Sistem
Ejaan Sekolah dan digunakan di negara ini sehinggalah ejaan baru yang diisytiharkan pada
tahun 1972. Walau bagaimanapun sistem ini didasarkan kepada pengamatan umum sahaja dan
oleh itu, terdapat juga pengaruh huruf Arab ke huruf Rumi. Ini menyebabkan Sistem Ejaan
Sekolah tidak saintifik dan mengandungi beberapa kelemahan.  

                Sebelum Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pertama di Singapura (1952),
kedua di Seremban (1954) dan ketiga di Johor Bharu (1956), sudah menjadi keinginan di
kalangan para cendekiawan melihat penyatuan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan bahasa
Indonesia yang perlu dirumuskan secara fonemik, khususnya selepas penubuhan Angkatan
Sasterawan ’50 pada 6 Ogos 1950. Selepas Kongres ketiga, pengkaji bahasa bersetuju untuk
memperbaiki ejaan Za’ba dengan maksud untuk menyatukannya dengan bahasa Indonesia.
Cadangan baru tersebut dikenali sebagai ‘ Ejaan Kongres ‘. Menerusi kongres ketiga itu juga,
telah dirumuskan bagi penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun yang sama. 

                Dalam Kongres Bahasa Melayu ke-3 ini juga masalah ejaan Rumi di beri perhatian
berat. Peserta kongres mencadangkan beberapa pembaharuan yang agak radikal. Perakuan-
perakuan kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan, dan sebuah Jawatankuasa Ejaan telah
dibentuk pada tahun 1957. 
 

3. Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Selepas Merdeka.

Pada tahun 1959 iaitu setelah dua tahun menjalankan kajian, diadakan perundingan dan
termaktublah  perjanjian persahabatan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan negara
Republik Indonesia. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan. Jawatankuasa Ejaan Rumi
Persekutuan Tanah Melayu di bawah pimpinan Tuan Syed Nasir bin Ismail dengan Panitia
Pelaksanaan Bahasa Indonesia di bawah pimpinan Dr. Slametmuljana, yang diadakan di Jakarta
pada tahun tersebut dan terhasilnya  Ejaan Malindo. Namun begitu usaha tersebut terbantut
akibat  tercetusnya konfrantasi dan  disambung semula pada 1966. 

               Pada bulan September 1966, delegasi kebudayaan dari Indonesia di bawah pimpinan
Kolonel Wahju Sukatjo mengunjungi Dewan Bahasa dan Pustaka serta mengesyorkan kepada
kerajaan masing-masing supaya Ejaan Malindo (1959) itu dilaksanakan. Begitu juga dengan
istilah, bahawa istilah-istilah bahasa Melayu dan bahasa Indonesia diselaraskan. Suatu kertas
kerja disediakan untuk mengemukakan sistem Ejaan Malindo tersebut. Walau bagaimanapun,
sistem ejaan tersebut perlu diperbaiki lagi sebelum dilaksanakan di kedua-dua negara itu.  

       Beberapa perundingan terus disusunatur yang melibatkan beberapa buah jawatankuasa.
Kesan dari itu, pada 23 Mei 1972, satu kenyataan bersama telah ditandatangani oleh Menteri
Pelajaran Malaysia pada waktu itu iaitu Dato Hussain Onn dengan Menteri Pendidikan dan
Kebudayaan Indonesia iaitu Bapak Mahsuri untuk melaksanakan ejaan baru itu. Sistem ejaan
tersebut diisytiharkan secara rasmi serentak  di kedua-dua negara pada 16 Ogos 1972. Risalah “
Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia" diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk
kegunaan ramai. Sistem ejaan ini masih mengandungi beberapa masalah kecil lalu dibentuk
Jawatankuasa Tetap Bahasa  Malaysia  dan bertemu dengan Panitia Pengembangan Bahasa
Indonesia. Akhirnya terbentuklah Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia pada 29 Disember 1972.
Segala masalah mengenai ejaan baru itu dibincangkan dalam persidangan-persidangan majlis
tersebut. Setelah lima kali bersidang, Majlis Jawatankuasa Tetap Bahasa Indonesia-Malaysia ini
berhasil mengeluarkan  pedoman umum ejaan yang lebih lengkap iaitu “ Pedoman Umum Ejaan
Bahasa Malaysia" yang diterbitkan pada 5 Disember 1974. 

2.  Sistem Keselarasan Huruf Vokal. 

Terdapat dua sistem pengejaan  baru  bahasa Melayu iaitu  Sistem Keselarasan Huruf Vokal 
yang digunakan untuk  mengeja kata  bahasa Melayu dan Sistem Kekecualian Keselarasan
Huruf Vokal  yang digunakan untuk pengejaan kata pinjaman.  
 

2.1  Pola Keselarasan Huruf Vokal. 

 Dalam Sistem Ejaan  Rumi  Bahasa Melayu terdapat  lapan belas (18) pola
keselarasan  huruf vokal.
 Keselarasan huruf vokal  ialah  kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk  dua suku
kata  pada kata dasar  iaitu  pasangan  antara huruf vokal  pada suku kata  praakhir dan
pada suku kata akhir tertutup.
 Keselarasan huruf vokal ini terbentuk berasaskan prinsip:

i. Keselarasan antara dua huruf  vokal pada kata dasar   yang tidak melibatkan
pengimbuhan.

ii. Kata dasar   yang  berakhiran dengan suku kata tertutup iaitu tidak
melibatkan  suku kata akhir terbuka.

iii. Bagi kata yang lebih daripada dua suku kata , yang termasuk dalam  sistem
keselarasan  huruf vokal ini hanyalah  daripada  dua suku kata  yang terakhir
sahaja.

 
 

18 Pola Keselarasan Huruf Vokal yang Utama. 


      Pola      Contoh Penggunaan 

1) a  - a  = asah, balak, halaman

2) a  - i  = alih, balik, sumbangsih

3) a  - u  = asuh, datuk, lembayung

4) e pepet  - a  = emas, kelam, cemerlang

5) e pepet  -  i  = lebih, betik, sembelih

6) e pepet  - u  = telur, tempuh, temenggung

7) e taling  - a  = elak, dewan, belerang

8) e taling  - e taling  = leceh, gelek, selekeh.

9) e taling  - o  = esok, telor, selekoh.

10) i  - a  = ingat, kilang, selinap

11) i  - i  = intip, sisih, belimbimg

12) i  - u  = riuh, tidur, periuk

13) o  - a  = otak, borang, sekolah

14) o  - e taling  = oleh, boleh,celoteh.

15) o  - o  = obor,borong,kelompok

16) u  - a  = ubat, tumpang, ketupat

17) u  - i  = usik, kuih, gerusih

18) u  - u  = untuk, tunduk, tengkujuh. 


 

2.2  Hukum Kekecualian Keselarasan Vokal (HKKV) 

 Dalam  sistem ejaan rumi bahasa Melayu yang  ada sekarang  terdapat beberapa 
perkataan  yang dikecualikan  daripada hukum  keselarasan vokal.  Hukum ini
dilaksanakan  kepada beberapa  perkataan  yang berasal daripada  bahasa Nusantara 
dan kata serapan  daripada bahasa Inggeris.  Hukum ini dikenali sebagai Hukum
Kekecualian Keselarasan Vokal (HKKV).

 
 Terdapat  sejumlah  perkataan  daripada   bahasa Jawa yang sering  digunakan dalam 
bahasa Melayu, namun  pengejaannya dikecualikan  daripada hukum  keselarasan
vokal yang  digunakan.  Perkataan-perkataan tersebut ialah aneh, perabot, lancong,
lakon, calon, lapor, tulen,  pamer, kaget, gembleng.

 
 Dalam hal ini  ramai  yang masih keliru dengan pengejaan perkataan-perkataan yang
disebutkan itu.  Cara terbaik untuk itu ialah dengan menghafazkannya, ia  merupakan
salah satu langkah terbaik.

 
 
 
 
 
 Hukum kekecualian  keselarasan  vokal melibatkan pasangan vokal berikut:-

i. a    -  e (t)     yang sepatutnya   keselarasan vokal ialah    a  - i  .

Misalnya  dalam  perkataan   /aneh/  dan /kaget/  polanya ialah   a - e  bukan dieja 
sebagai  /anih/  dan  /kagit/   yang menggunakan pola  a - i  seperti  dalam perkataan 
balik,  kalis, masin yang terdapat dalam sistem keselarasan vokal 

ii. a    -  o     yang sepatutnya   keselarasan vokal ialah    a  - u  .  

Misalnya  dalam  perkataan   /calon/  dan /lapor/  polanya ialah   a - u  bukan dieja 
sebagai  /calun/  dan  /lapur/   yang menggunakan pola  a - u  seperti yang digunakan
untuk mengeja  kata kasut, amuk dan anjung dalam sistem keselarasan vokal.  

iii. u    -  e (t)     yang sepatutnya   keselarasan vokal ialah   u  - i  .  

Misalnya  dalam  perkataan   /tulen/  dan /ulet/  polanya ialah   u - i  bukan dieja 
sebagai  /tulin/  dan  /ulit/   yang menggunakan pola  u - i  seperti dalam perkataan 
kuih, tumis, kudis, bunyi yang terdapat dalam sistem keselarasan vokal.  

iv. e (p)    -  e (p)     yang sepatutnya   keselarasan vokal ialah    e (p)  - i  .  

Misalnya  dalam  perkataan   /pepet/  dan /demdem/  polanya ialah   e (p) - e (p)  bukan
dieja  sebagai  /pepit/  dan  /demdim/   yang menggunakan pola  e (p) - i  seperti  dalam
perkataan kecil, degil,  yang terdapat dalam sistem keselarasan vokal.  

Rumusan: Kekecualian hukum ini  untuk perkataan  yang berasal daripada  bahasa  di
Nusantara khususnya bahasa Indonesia. 

3.  Ejaan Gugus Konsonan 


Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris  dan bahasa-bahasa Eropah
yang lain diterima dan dikekalkan bentuknya ke dalam bahasa Melayu dengan beberapa
penyesuaian.  
 
 
 

1. Penulisan Gugus Konsonan di Awal Kata

Contoh:

Bahasa Inggeris     Bahasa Melayu

bl- block   jadi  bl- blok

br- brake   jadi  br- brek

cl- clinic   jadi  kl- klinik

pr- practical  jadi  pr- praktis

st- stable   jadi  st- stabil

sc- script   jadi  sk- skrip 

*** Sebagai kekecualian bagi peraturan mengenai gugus konsonan seperti yang disebut di atas,
beberapa kata tertentu telah diterima menurut ejaan lama yang menggunakan huruf e pepet.
Kata-kata yang telah ditetapkan ejaannya adalah seperti berikut:

      Bahasa Inggeris    Bahasa Melayu

      class   jadi  kelas

      club   jadi  kelab

      glass   jadi  gelas

      grant   jadi  geran

      plan   jadi  pelan

      stamp   jadi  setem 

2. Penulisan huruf gugus konsonan di akhir kata:

Contoh:
Bahasa Inggeris     Bahasa Melayu

-lf golf   jadi  -lf golf

-nce science   jadi  -ns sains

-ps forceps   jadi  -ps forseps

-rd standard  jadi  -rd standard

-rt consert   jadi  -rt konsert

-x complex  jadi  -ks kompleks

-xt text   jadi  -ks teks 
 
 
 

3. Huruf gugus konsonan di akhir kata dalam bahasa Inggeris disesuaikan dengan
penambahan huruf vokal dalam bahasa Melayu.

Contoh: 

Bahasa Inggeris     Bahasa Melayu

-ct fact   jadi  -kta fakta

-gm paradigm  jadi  -gma paradigma

-ism nationalism  jadi  -isme nasionalisme

-sm plasm   jadi  -sma plasma 

4.  Penulisan Kata 

4.1  Kata Terbitan:

Kata terbitan ialah kata dasar yang berimbuhan atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan
bentuk kata yang lain. Semua imbuhan dan semua bentuk terikat lain yang tidak dapat berdiri
sendiri ditulis serangkai atau bersambung dengan kata dasar atau bentuk dasarnya atau bentuk
akarnya. 

4.1.1  Kata Terbitan Berawalan: 

      Awalan    Bentuk Dasar   Kata Terbitan 

      Anti-    karat    antikarat
      Auto-         carta    autocarta

      Dwi-    fungsi    dwifungsi

      Eka-    bahasa    ekabahasa

      Juru    audit    juruaudit

      Ke    kasih    kekasih

      Maha-    siswa    mahasiswa

      Panca-    indera    pancaindera

      Poli    cakera    policakera

      Pra-    sejarah    prasejarah

      Pro-    kerajaan   prokerajaan

      Sub-    golongan   subgolongan

      Supra-    golongan   supragolongan

      Swa-    tenaga    swatenaga

      Tata-    negara    tatanegara

      Tri    bulan    tribulan

      Tuna    karya    tunakarya 

*** Bentuk awalan yang boleh ditulis terpisah daripada kata dasar atau bentuk dasar yang
mengikutinya hanya bagi tiga penggunaan yang berikut:

a. Awalan maha ditulis terpisah daripada kata dasar atau bentuk dasar selepasnya
yang bermula dengan huruf besar yang menunjukkan ganti nama Tuhan atau
nama khas yang lain. Contohnya:

Maha Mengetahui

Tuhan Yang Maha Bijaksana

Duli Yang Maha Mulia.  


b. Tanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata
nama khas yang bermula dengan huruf besar. Contohnya:

se-Nusantara

se-Malaysia (Persatuan Pelajar Melayu Se-Malaysia)

se-Tanah Melayu (Parti Islam Se-Tanah Melayu) 

c) Bentuk terikat anti, pro dan kontra dapat juga ditulis terpisah sebagai kata
bebas seperti yang berikut: 

      Bersikap anti

      Pro dan kontra. 


 

4.1.2  Kata Terbitan Berakhiran 

      Akhiran   Bentuk Dasar   Kata Terbitan 

      -ah   sultan    sultanah

      -at   muslim    muslimat

      -isme   nasional   nasionalisme

      -nita/ita   biduan    biduanita

      -wan   bangsa    bangsawan

      -wati   seni    seniwati

      -wi   dunia    duniawi 
 

4.1.3 Kata Terbitan Berapitan

      Apitan    Bentuk Dasar   Kata Terbitan 

      Ke-…-an   rai    keraian

      Menge-…-i   syak    mengesaki

      Pel-…-an   ajar    pelajaran 
4. Kata Terbitan Bersisipan

      Sisipan    Bentuk Dasar   Kata Terbitan 

      -el-    tunjuk    telunjuk

      -em-    serbak    semerbak

      -in-    sambung   sinambung

      -er-    gigi    gerigi 
 

2. Kata Sendi Nama

4.2.1 Ditulis Terpisah

Kata sendi nama (kata depan) di dan ke, ditulis terpisah daripada semua jenis
kata yang ada selepasnya. Ada empat jenis kata yang lazim terdapat selepas
kata sendi nama di dan ke. 

a. Kata sendi nama di dan ke dipisahkan daripada kata nama yang menunjukkan
arah atau mengenai arah atau menunjukkan sesuatu kata nama yang ada
selepasnya.

 
 
 
 

      Contoh:

1. Komputernya ada di atas meja tulis itu.


2. Cuaca di sana tidak sama dengan di sini.
3. Mereka berjalan menuju ke utara.
4. Ke manakah dia hendak pergi?

 
b. Kata sendi nama di dan ke dipisahkan daripada kata nama umum yang terdapat
selepasnya.

   Contoh:
1. Pekerja itu bekerja di bangunan Dayabumi.
2. Di hutan itulah dia mencari rotan.
3. Pelajar itu berbasikal ke sekolah setiap pagi.
4. Memang tidak jauh dari sini ke kota lama itu.

 
c. Kata sendi nama di dan ke dipisahkan daripada kata bilangan atau kata yang
menunjukkan jumlah sebagai kata bantu tempat dan kata nama umum.

   Contoh:

1. Hujan malam tadi di empat kawasan sahaja.


2. Mereka mencarinya di setiap tempat
3. Berita itu dihebahkan ke seluruh negara.
4. Peti undi telah dihantar ke semua pusat pengiraan undi.

 
d. Kata sendi nama di dan ke dipisahkan daripada kata nama tempat atau nama
khas yang lain yang ada selepasnya.

   Contoh:

1. Bapanya tinggal di Kuala Lumpur.


2. Isterinya meninggal di Tanah Suci.
3. Seronok juga kalau dapat berkunjung ke Afrika Selatan.
4. Peniaga itu menetap di Kuching sebelum berpindah ke Sandakan.

4.2.2 Ditulis Serangkai

Kata sendi nama ke ditulis serangkai dengan kata yang ada selepasnya apabila
kedua-duanya dijadikan bentuk dasar yang sekaligus diimbuhkan dengan apitan,
awalan, atau akhiran.

      Contoh: 

      Bentuk Dasar    Kata Terbitan 

      ke bumi    jadi  dikebumikan

                                                kebumikan

                                                mengebumikan

      ke muka   jadi  dikemukakan
                                                kemukakan

                                                mengemukakan

                                                terkemuka

      ke samping   jadi  dikesampingkan

                                                kesampingkan

                                                mengesampingkan

      ke tepi    jadi  diketepikan

                                                ketepikan

                                                mengetepikan 

3. Kata Ganti Singkat

      Ada empat jenis kata ganti singkat dalam bahasa Melayu sekarang, iaitu kau, ku, -mu dan
-nya. 

a. Kata ganti singkat kau dan ku sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai
dengan kata dasar yang ada di belakangnya.

      Contoh:

      kauambil  kuambil

      kaudengar     kudengar

      kaulihat   kulihat

      kauterima  kuterima 

b. Kata ganti singkat ku, mu dan nya sebagai unsur akhiran ditulis serangkai
dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada di depannya.

      Contoh:

      cintaku   cintamu   cintanya

      kepadaku  kepadamu  kepadanya
      menerimaku  menerimamu  menerimanya 

** Kata ganti singkat ku, -mu, dan -nya sebagai kata ganti bagi nama Tuhan menggunakan
huruf besar sebagai huruf pertama dan dihubungkan dengan kata yang ada sebelumnya dengan
menggunakan tanda sempang (-).

Contoh:

1. Adakah mereka berdoa kepada-Ku?


2. Bimbinglah hamba-Mu, ya Tuhanku.
3. Pejuang-pejuang tersebut memohon rahman-Nya.

 
4. Partikel

   Ada empat jenis partikel dalam bahasa Melayu sekarang iaitu -lah, -kah, -tah dan -pun. 

a. Partikel -lah, -kah, dan -tah  ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk
dasar yang ada di depannya, tanpa tanda sempang.

      Contoh:

      Adalah

      Apakah

      Bilatah 

b. Ada dua cara menulis partikel pun

 
i. Kata pun yang berfungsi sebagai kata tugas yang bererti 'juga' ditulis terpisah
daripada kata yang ada di sampingnya.

Contoh:

1. Apa-apa pun yang dimakannya, ia tetap kurus.


2. Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke
sini.
3. Jika Israel berdegil, PLO pun berdegil.
4. Rambutnya pun tidak bersikat.

 
ii. Ada beberapa perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis
serangkai dengan partikel pun, antaranya:
 

adapun       ataupun

andaipun  bagaimanapun

biarpun   kalaupun

kendatipun  lagipun

mahupun  meskipun

sekalipun  sungguhpun

walaupun  

5. Kata Ulang

Kata ulang atau kata ganda ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang (-)
yang dibubuh di bahagian kata yang diulang. Kata ulang yang ditulis dengan
menggunakan tanda sempang termasuklah kata ulang semu, kata ulang jamak, kata
ulang serentak, dan kata ulang berimbuhan. 

a. Kata ulang semu.

   Contoh:

      Anai-anai

      Sia-sia

      Tupai-tupai

      Undang-undang 

b. Kata ulang jamak.

   Contoh:

      Anak-anak

      Projek-projek

      Senator-senator. 
c. Kata ulang berentak:

   Contoh:

      Simpang-perenang

      Porak-peranda

      Sayur-mayur

** Apabila kata ulang berentak ini dijadikan bentuk dasar yang mendapat apitan, tanda
sempang sebagai tanda ulangan tetap digunakan.

      Contoh:

      Keramah-tamahan

      Dikucar-kacirkan

      Menggembar-gemburkan

d. Kata ulang berimbuhan:

   Contoh:

      Dibesar-besarkan

      Ditiru-tirunya

      Menggelepar-gelepar 

6. Gabungan Kata
1. Ditulis Terpisah

      Ada tiga jenis gabungan kata yang unsur-unsurnya ditulis terpisah.  

a) Kata-kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, termasuk rangkai kata
istilah khusus dan kata majmuk, ditulis terpisah antara satu sama lain.

      Contoh:

            sama ada

            jalan raya

            rukun tetangga.
            tengah hari

            balai raya 

b. Gabungan kata yang dihasilkan daripada hubungan parataksis, atau yang disebut
rangkai kata setara, ditulis secara terpisah.

             Contoh:

            ibu bapa

            rupa paras

            tunjuk ajar 

c. Gabungan kata yang merupakan simpulan bahasa ditulis secara terpisah.

   Contoh:

            lampu hijau

            buah hati

            pilih kasih 

*** Kata ulang bagi gabungan kata yang ditulis terpisah dibentuk dengan hanya
mengulangi kata nama yang diterangkan, iaitu kata yang pertama, dan bukan seluruh
rangkai kata yang berkenaan.

Contoh:

Bentuk Dasar    Bentuk Berulang

Kapal terbang    kapal-kapal terbang

Ketua pejabat kerajaan   ketua-ketua pejabat kerajaan

Jurucakap rasmi    jurucakap-jurucakap rasmi 

4.6.2 Ditulis Serangkai

Ada beberapa kaedah untuk menentukan penulisan gabungan kata yang


serangkai dan bentuk ulangannya. 

i. Rangkai kata umum yang ditulis terpisah, termasuk istilah khusus dan
kata majmuk, rangkai kata setara atau simpulan bahasa yang diimbuhi
apitan, ditulis serangkai

You might also like