You are on page 1of 38

SISTEM BUNYI BAHASA MELAYU.

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai
kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna
bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. 

Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi.
Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya.
Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

PENGGOLONGAN BUNYI BAHASA MELAYU

 Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal,
konsonan dan diftong.
 Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam
rongga mulut.
 Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau
terhimpit.
 Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.
 Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai  vokal.
 Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat
sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara
disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga
hidung.
 Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan.
 Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi
yang bermula daripada satu vi\oakl dan beralih kepada bunyi vokal yag lain.
 Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong.
 Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan
mluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].

 
Vokal

Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah.

Lambang fonetik Contoh perkataan Nota


[a] anak, tanah, lada  
[è] ela, semak, sate  
[i] iring, kita, seri  
Tidak terdapat di hujung
[] emak, betul
perkataan
[o] obor, botak, moto  
[u] ular, sultan, saku  

Konsonan asli bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan


pinjaman.

Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t,
m, n, /ng/, s, h, r dan l.

Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab,
had, beg, koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada
akhir perkataan.

Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang
oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut,  dan sebagainya dan
udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung.

[p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [], [x], [], [h],
[r], [l], [w], [y]


Fonem

 Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi.


 Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa
unit bunyi, misalnya kata palu.
 Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u.
 Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi.
 Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu.
 Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu
membezakan maksud ujaran.

 Alofon

 Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.


 Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap.
 Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna ,
tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak
sempurna, yakni tidak diletupkan.
 Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua
alofon.

 Suku Kata

Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku
kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama
dengan konsonan.

Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang
berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka.

Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan.
Beberapa jenis suku kata:

 
1. Kata tunggal satu suku kata

Suku kata Contoh


KV yu
VK am
KKVK draf, gred. brek

2. Kata tunggal dua suku kata

Suku Kata Contoh


V + KV ibu, ela, era
V + VK air, aib
V + KVK adat, emas
VK + KV anda, unta, angsa
VK +  KVK antah, untuk, ingkar,
KV + KVK bukan, dekat

3. Kata tunggal tiga suku kata

Suku Kata Contoh


KV+V+KV biasa, cuaca, suara
KV + V +KV kaedah
V + KV + V abai, usia
KV+KV+VK maruah, peluang
KV+KVK+KVK kelompok, kumandang

4. Kata tunggal empat suku kata

Suku Kata Contoh


KV+KV+KV+KV panorama
KV+KV+KV+KVK masyarakakat
KVK+KV+V+KV sentiasa

5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah:

universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata


PENGERTIAN FONETIK DAN FONOLOGI.
Apakah yang dikatakan Ilmu Fonetik?

Fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh


manusia. Secara ringkasnya dapatlah dikatakan kajian bunyi-bunyi yang kita
hasilkan adalah:

1. Bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh organ sebutan


manusia?
2. Bagaimana bunyi-bunyi tersebut dapat diklasifikasikan?
3. Bagaimana setiap bunyi yang dikeluarkan oleh manusia itu berbeza
antara satu dengan yang lain?
4. Bagaimana pendengar dapat mengenali bunyi-bunyi yang dihasilkan
oleh penutur lain?

Dengan demikian dapatlah dikatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-


bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia. Yang dimaksudkan dengan bunyi
bahasa itu adalah bunyi-bunyi yang digunakan dalam bahasa untuk berkomunikasi.
Bunyi-bunyi lain yang tidak digunakan dalam sistem komunikasi manusia tidaklah
menjadi bahan kajian fonetik.

Umumnya, ilmu fonetik ini dibahagikan kepada fonetik artikulatori, fonetik


auditori dan fonetik akustik. fonetik artikulasi adalah satu bidang kajian mengenai
cara kita menggunakan alat dan daerah artikulasi bagi bertutur. Fonetik auditori pula,
adalah fonetik bagi mendeskripsi cara bagaimana kita memproses dan
menginterprestasi bunyi-bunyi yang dihasilkan. Fonetik akustik pula, adalah kajian
fonetik yang ditakrifkan sebagai satu bidang kajian transmisi bunyi-bunyi yang
dihasilkan oleh organ-organ sebutan kita.

Definisi Fonologi

  Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai
bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
Perbezaan antara fonetik dengan fonologi

Fonetik Fonologi
1. Subdisiplin linguistik, kajian 1. Subdisiplin linguistik yang
tentang bunyi sebagai fenomena mengkaji bunyi bahasa, iaitu
dalam dunia fizikal, fisiologi, tentang fungsi, perlakuan dan
anatomi, neurologi dan psikologi organisasi bunyi sebagai item
manusia yang menghasilkannya. linguistik

2. Kajian tentang sifat-sifat 2. Kajian tentang sistem bunyi


semulajadi, produksi dan persepsi sesuatu bahasa dan sifat-sifat
bunyi-bunyi bahasa yang semulajadi sistem tersebut secara
dihasilkan umum. Segala yang berkaitan
denga sistem dalam bahasa iaitu
pasangan terkecil, fonotaktik dan
sebagainya.
3. Kajian ini dapat dipecahkan 3. Kajian berkaitan dengan hubungan
kepada 3: fonetik artikulatori, antara butir-butir leksikal dengan
fonetik auditori dan fonetik akustik butir-butir leksikal lain yang
membentuk ayat
4. Mengkaji unsur setiap bunyi 4. Kajian berkaitan dengan penelitian
pola-pola intonasi
5. Menghasilkan transkripsi fonetik 5. Menghasilkan sistem ejaan
untuk semua bunyi dari semua sesuatu bahasa
bahasa

 
Bidang-bidang fonetik

Fonetik akustik

Fonetik akustik merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari penutur
kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan
ini pula terkandung di dalamnya antara lain parameter-parameter seperti frekuensi
fundamental (Fo), intensiti dan durasi. Parameter-parameter ini, iaitu frekuensi
fundamental (Fo) yang diukur dalam unit Hertz (Hz), intensiti dalam unit desibel (dB)
dan durasi dalam unit saat (s) mendukung fungsi makna-makna yang tertentu. Dari
sudut pendengar, ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan masing-masingnya
sebagai kelangsingan bunyi, kelantangan suara dan kepanjangan.

Kesemua yang terlafaz ini selari dengan objektif komunikasi dan dapat
dikatakan sering kali semua ini terancang dalam minda si penutur. Keselarian ini
berlangsung kerana ketiga-tiga parameter yang digunakan mendukung makna-
makna yang tertentu. Norma-norma maknanya ditentuka oleh pentur sesuatu
bahasa. Sebagai contoh, lafaz bunyi em dalam bahasa Melayu boleh menggantikan
jawapan ya dalam ayat tanya berikut:

Awak yang makan roti itu? atau

Awak yang pergi ke sana? dan sebagainya.

Sebaliknya jika lafaz bunyi em yang diberikan kepanjangan lafaz yang tertentu
seperti:

emmmmmmmmm..................

maka, jawapan ya seperti kepada soalan-soalan di atas kini tidak lagi berlaku.
Jawapan emmm.... tidak lagi dianggap bermakna emosi yang neutral.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ketentuan makna yang tidak bertulis
seperti ini merupakan norma-norma yang disepakati oleh masyarakat penutur
bahasa Melayu. Perlu ditekankan di sini, hanya si penutur dan si pendengar yang
hadir dalam konteks tersebut dapat memahami peristiwa bahasa yang sedang
berlaku itu. Dia sebenarnya memahami ketentuan-ketentuan makna yang tidak
pernah bertulis dalam mana-mana buku tentang fungsi-fungsi setiap ketinggian,
kekuatan dan kepanjangan lafaz bunyi.

Signal akustik dinamakan sebagai osilogram yang kandungannya terdiri


daripada fitur-fitur prosodi seperti kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan.
Signal akustik ini boleh dianalisis dengan menggunakan program Praat bagi
mendapatkan bacaan parameter Fo, iaitu kependekan yang merujuk kepada
fundamental frekuensi yang dipersepsikan oleh pendengar sebagai kelangsingan,
intensiti, yang dirujuk kepada persepsi pendengar sebagai kelantangan suara dan
durasinya, yang dirujuk sebagai kepanjangan. Selain itu, menerusi program ini juga
dapat diperlihatkan bentuk spektogram dan formannya.

Fonetik artikulatori

Fonetik artikulatori merujuk kepada kajian yang mendeskripsikan cara-cara


sesuatu bunyi dilafazkan. Pendeskripsian ini melibatkan daerah dan organ artikulasi
yang berfungsi melafazkan bunyi-bunyi dalam bahasa. Daerah artikulasi ialah
bahagian saluran suara yang tidak bergerak tetapi disentuh oleh organ artikulasi
sewaktu berlaku sesuatu lafaz. Manakala organ artikulasi pula ialah organ ujuran
dalam saluran suara yang terlibat dalam pengeluaran bunyi bahasa. Organ artikulasi
terbahagi kepada artikulator aktif, dan artikulator pasif. Organ artukulasi aktif ialah
organ dalam saluran suara yang bergerak seperti lidah, bibir, lelangit lembut, dan
gigi bawah. Manakala artikulator pasif ialah organ dalam saluran suara yang tidak
bergerak seperti gigi atas dan lelangit keras. Kajian ini melibatkan produksi bunyi
tuturan oleh organ vokal manusia, iaitu cara penutur menghasilkan bunyi dengan
menghasilkan organ tuturan bagi menghasilkan bunyi yang digunakan dalam
tuturan, dan cara bunyi tersebut diklasifikasikan dan dideskripsikan.

Bunyi-bunyi dalam bahasa mempunyai daerah dan organ artikulasinya


masing-masing. Semuanya berbeza, dan setiap satu menghasilkan perbezaan
bunyi-bunyi yang terucapkan. Organ artikulasi ialah organ yang digunakan bagi
menghasilkan bunyi manakala daerah artikulasi ialah kawasan yang menghasilkan
sesuatu bunyi. Perbezaan daerah dan organ dalam proses menghasilkan bunyi-
bunyi bahasa inilah yang menimbulkan penamaan bunyi-bunyi seperti letupan bibir
tak bersuara atau bersuara, sengauan bibir, geseran lelangit keras tak bersuara atau
bersuara, getaran gusi dan sebagainya.

Fonetik auditori

Fonetik auditori pula ialah kajian sebutan bunyi yang didengar dan berkaitan
dengan soalan “bagaimana bunyi diterima dan dikenali sebagai tuturan bunyi yang
berbeza”. Proses yang terlibat dinamakan mendekod, yang melibatkan pendengar.
Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk kod-kod
yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsirkan
maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sebagai sesuatu yang bermakna
dalam komunikasi yang berlangsung. Kajian ini berkaitan dengan kerangka
psikologi, iaitu kajian persepsi respons kepada bunyi tuturan seperti yang
direfleksikan oleh pendengar.

Persepsi pendengar kepada ujaran yang terlafaz melibatkan unsur


kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya mempunyai
makna emosi tertentu. Dan makna emosi ini dapat dikatakan sebagai suatu kod
yang ditentukan oleh anggota masyarakat penutur sesuatu bahasa. Lazimnya dalam
mendapatkan rujukan makna emosi ini, keabsahannya perlu dilakukan dengan
menggunakan kaedah soal selidik yang dinamakan ujian persepsi. Dan soal selidik
ini perlu dilakukan ke atas penutur bahasa yang data bunyinya sedang dianalisis
bagi menjamin ketepatan dapatan ujian tersebut.
ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA  

1. Bibir atas 11. Tengah lidah


2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang
10. Hadapan lidah 20. Tenggorok

 
FUNGSI ALAT PERTUTURAN 

Lidah

   Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi
bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah,
hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat
deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah
dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal
hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan
boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.  

Gigi 

   Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah
aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran
udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan
bunyi. 

Bibir 

   Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir
terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan
berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan
paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada
udara yang keluar daripada rongga mulut. 

Gusi

   Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam
rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung
lidah yang berfungsi membuat penyekatan. 

Lelangit 
   Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit
lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir
rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas
rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga
tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan
udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan
tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.  

Rongga Hidung 

   Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh
dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit
lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

   Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam
penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan
mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

 
JENIS-JENIS BUNYI

Bunyi Vokal 

   Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami
sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan
rongga mulut dan bentuk bibir.  

Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

PENGHASILAN BUNYI VOKAL 

Vokal depan

Vokal depan ialah bunyi [i], [e], [ε], dan [a]. alat artikulasi yang terlibat dalam
meghasilkan bunyi ialah lidah an saiz rongga mulut dan bentuk bibir. Manakal
daerah artikulasi yang terlibat ialah lelangit keras.
Vokal Depan Sempit (i) 

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir
menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.

Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru
melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau
himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam
keadaan terhampat. 

Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari 

Rajah vokal depan sempit:

Vokal Depan Separuh Sempit (e) 

Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi
membunyikan vokal (i). 

Contoh: kole, tauge, bendi, elok

Rajah vokal separuh sempit:


Vokal Depan Separuh Luas

Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan
untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti
semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e). 

Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek

Rajah vokal depan separuh luas:

Vokal Depan Luas ( a) 

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya.


Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga
hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i),
dan (e). 

Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat

Rajah vokal depan luas:


Vokal belakang

Bunyi vokal belakang adalah [u], [o], [ᵊ], dan [α]. Alat artikulasi yang terlibat semasa
menghasilkan bunyi ini ialah lidah dan lelangit lembut. Rongga mulut dan saiz
bukaan mulut menentukan kadar bukaan luas. Daerah artikulasi yang terlibat adalah
lelangit keras.

Vokal Belakang Sempit (u) 

Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi


tidak menutup ruang aliran udara. Lelangit lembut puladiangkat rapat kepada
belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara yan keluar melalui rongga mulut
sambil meggetarkan pita suara. Bentuk bibir dibundarkan. 

Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang 

Rajah vokal belakang sempit:

Vokal Separuh Sempit ( o ) 

Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling
tinggi dan tempat yang paling rendah. Udara keluar melalui rongga mulut sambil
menggetarkan pita suara. Keadaan bibir pula dibundarkan. 

Contoh: obor, solo, polo, toko, orang  

Rajah vokal belakang separuh sempit:


Vokal Belakang Separuh Luas [ᵊ] 

Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh


sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Lelangit lembut pula diangkat rapat
kepada belakang tekak da menutup ongga hidung. Udara keluar melalui rongga
mulut sambil menggetarkan pita suara. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa
Melayu.

Rajah vokal belakang separuh luas:

Bahasa Melayu mempunyai enam bunyi vokal, iaitu [i], [e], [a], [ᵊ], [u], dan [o]. berikut
adalah bentuk bukaan bibir apabila melafazkan bunyi-bunyi vokal.
Dan secara ringkasnya kedudukan lidah apabila melafazkan kesemua bunyi vokal.

Vokal Tengah [ᵊ]  

Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian
tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana
luasnya. 

Contoh: enam, empat, kenduri, gerai 

Rajah vokal tengah:


DIFTONG   

Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku


pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada
vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong. 

a. diftong (ai):

Bunyi ini dapat dihasilkan dengan kedudukan lidah secara anggarannya pada posisi
semasa menghasilkan bunyi vokal depan [a] dan secepatnya beralih kepada bunyi
vokal depan tertutup [i]. Walau bagaimanapun bahagian depan lidah yang dinaikkan
ini tidak sebenar-benar sampai kepada posisi seperti melafazkan bunyi [i]. Hujung
lidah menyentuh gigi depan pada bahagian bawahnya. Kedudukan lelangit lembut
dinaikkan dengan pita suara bergetar. Bentuk bibir dalam keadaan neutral dan
pembukaan rahang dalam keadaan antara sederhana dan luas. Contoh bunyi
diftong dalam bahasa Melayu seperti berikut:

sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai

b. diftong (au):

Bunyi ini dihasilkan dengan kedudukan lidah secara anggarannya pada posisi
seperti melafazkan bunyi [a] dan secepatnya beralih kepada bunyi vokal belakang
tertutup [u]. Walau bagaimanapun bahagian belakang lidah ini tidak benar-benar
menaik seperti mana melafazkan bunyi [u]. Bentuk bibir pada mulanya tidak dalam
keadaan bundar tetapi apabila hampir kepada selesainya lafaz bunyi ini bentuk bibir
menjadi bundar. Hujung lidah hampir-hampir menyentuh gigi depan bahagian bawah
dan pembukaan rahang antara sederhana dan luas. Contohnya:

ampau, silau, garau, surau, pukau

c. diftong (oi):

Bunyi ini dihasilkan dengan kedudukan lidah mula menggeluncur pada posisi vokal
belakang separuh tertutup [o] dan secepatnya beralih kepada bunyi depan vokal
tertutup [i]. Walau bagaimanapun tidak benar sampai kepada kedudukan tinggi lidah
seperti melafazkan bunyi vokal [i]. Semasa melafakan bunyi ini bentuk bibir adalah
bundar pada geluncuran pertama tetapi menghampar semasa hampir selesai
melafazkannya. Pembukaan rahang semasa lafaz ini adalah luas. Contoh:

amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot


PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

Bunyi konsonan dihasilkan apabila berlakunya sekatan udara yang mengalir dalam
saluran suara. Ada empat perkara yang perlu diambil kira, bagi mengklasifikasi bunyi
konsonan, iaitu:

I. Adakah bunyi tersebut bersuara atau tidak bersuara

II. Di mana lokasi pengeluaran bunyi yang menerima sekatan tersebut

III. Cara sekatan yang berlaku kepada aliran udara

IV. Cara menghasilkan bunyi tersebut

 Bunyi bersuara dan tak bersuara

Penentuan kepada sifat bunyi ini ialah pita suara semasa lafaz bunyi.
Seandainya pita suara bergetar maka bunyi yang dirujuk akan dikatan
sebagai bersuara, manakala jika sebaliknya bunyi itu dinamakan sebagai tak
bersuara.

 Lokasi pengeluaran bunyi

Dalam menentukan lokasi pengeluaran bunyi, terlebih dahulu perlu dikenal


pasti secar rinci saluran suara dan alat artikulasi yang terlibat. Jikalau
semasa melafaz alat artikulasi yang terlibat adalah bibir, maka penamaan
akan diberikan berdasarkan alat dan daerah tersebut, iaitu dua bibir atau
bilabial. Begitu juga jika daerah yang terlibat itu adalah batas gusi dan lidah
menyentuh bahagian ini, maka penamaannya bunyi yang dihasilkan adalah
gusi atau alveolar. Begitu juga untuk bunyi-bunyi lain. Penamaan bergantung
kepada alat dan daerah artikulasi yang terlibat.

 Cara lafaz dan jenis sekatan

Dalam bahagian ini, perlu dihuraikan jenis sekatan yang berlaku pada aliran
udara. Bunyi letupan atau plosif dihasilkan apabila berlaku sekatan kepada
aliran udara daripada terlepas keluar. Sekatan yang berlaku ini akan
mengumpul dan menahan udara dan kemudian dilepaskan secara serta
merta. Dalam penghasilan bunyi sengau atau nasal, maka penutupan rongga
mulut berlaku sepenuhnya, tetapi udara dibiarkan keluar melalui rongga
hidung dengan kedudukan anak tekak atau velum direndahkan. Beginilah
kaedah kita mengenal pasti jenis bunyi konsonan yang dihasilkan.

 Mekanisme aliran udara

Dengan menghuraikan mekanisme aliran udara kita dapat secara persisnya


menhuraikan penghasilan sesuatu konsonan. Udara yang mengalir keluar
perlu dispesifikasi sama ada pulmonik, glottis, velar ataupun egresif dan
ingresif.

Aliran pulmonik berlaku apabila pergerakan udara keluar atau masuk ke


dalam peparu. Walau bagaimanapun aliran udara masuk ke dalam ini agak
jarang berlaku. Sering kali bunyi vokal dan konsonan dihasilkan dengan cara
sebegini. Aliran udara secara glotis pula berlaku apabila udara bergerak ke
dalam atau keluar dengan merendahkan atau menaikkan larinks dalam
tekak. Bunyi vela pula terhasil melalui lelangit lembut yang tertutup seperti
keadaan semasa melafazkan bunyi [k] dan [g] dan lidah meluncur ke
belakang atau ke depan bagi menggerakkan udara ke dalam dan k e luar.
Apabila pergerakan udara berlaku keluar, pergerakan ini dinamakan egresif
manakal jika udara bergerak kea rah dalam, pergerakan in dinamakan
ingresif.

Cara pelabelan sebegini penting dalam bidang fonetik bagi membezakan


setiap bunyi tanpa ketaksaan.

Konsonan letupan

Terdapat tujuh bunyi konsonan letupan dalam bahasa Melayu. Tiga


daripadanya adalah bunyi bersuara, tiga bunyi lagi adalah bunyi tak bersuara
dan satu letupan glotis. Bunyi konsonan letupan ini dihasilkan dengan
menutup aliran udara melalui rongga hidung dengan menaikkan lelangit
lembut bagi meyekat rongga hidung. Aliran uadara bertahan dalam rongga
mulut. Kesemua jenis bunyi ini berlaku apabila alat artikulasimenyentuh titik-
titik artikulasi yang tertentu dalam mulut dan juga pada bibir. Pada masa yang
sama semasa berlakunya sentuhan pada titik artikulasi ini, udara dari peparu
terkumpul dan dilepaskan secara tiba-tiba menyebabkan udara yang terlepas
keluar itu menghasilkan letupan.

 Konsonan letupan dua bibir [p] dan [b].

Letupan ini terhasil apabila bibir atas dan bibir bawah dirapatkan dan lelangit
lembut merapat ke dinding belakang rongga tekak. Keadaan ini
menyebabkan udara dari peparu bertahan di dalam rongga mulut dan saluran
suara. Udara yang bertahan ini kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta.
Apabila udara tertahan yang dilepaskan itu keluar tanpa menggetarkan pita
suara maka bunyi yang dihasilkan itu adalah letupan bibir tak bersuara [p].
manakala apabila pelepasan udara tersebut menggetarkan pita suara maka
bunyi yang dihasilkan itu adalah letupan bersuara [b]. contoh bunyi konsonan
ini dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:

Letupan dua bibir tak bersuara [p].

[# lapan#] (lapan)

[# tᵊtap#] (tetap)

Letupan dua bibir bersuara [b].

[# balik#] (balik)

[# lᵊbat#] (lebat)

Rajah konsonan letupan dua bibir:


 Konsonan letupan gusi [t] dan [d]

Letupan ini dihasilkan apabila hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. Lelangit
lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Kedudukan lidah ini
menyekat udara dari peparu. Dan apabila udara yang tersekat tersebut
dibebaskan serta-merta maka bunyi yang dihasilkan itu adalah bunyi letupan
gusi. Apabila letupan gusi berlaku dengan tidak meggetarkan pita suara,
maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan gusi tak bersuara [t]. apabila
letupan gusi itu dilakukan dengan getaran pita suara, maka bunyi yang
dihasilkan adalah letupan gusi bersuara [d]. contoh bunyi konsonan ini ialah:

Letupan gusi tak bersuara [t]

[# tiga #] (tiga)

[# itu #] (itu)

[# pusat #] (pusat)

Letupan gusi bersuara [d]

[# dasar #] (dasar)

[# ada #] (ada)

[# had #] (had)

Rajah konsonan letupan gusi:


 Konsonan letupan lelangit lembut [k] dan [g]

Letupan ini dihasilkan apabila bahagian belakang lidah dinaikkan sehingga


menyentuh lelangit lembut. Udara yang tertahan kemudiannya dilepaskan
dengan serta-merta. Apabila perlepasan udara tersebut tidak menyebabkan
pita suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan.Lelangit
lembut tak bersuara [k], dan sebaliknya apabila pita suara bergetar maka
bunyi yang dihasilkan adalah letupan lelangit lembut bersuara [g]. Contohnya
ialah:

Letupan lelangit lembut tak bersuara [k]

[# kambiᵑ #] (kambing)

[# paku #] (paku)

Letupan lelangit lembut bersuara [g]

[# garaᵑ #] (garang)

[# raga #] ( raga)

Rajah konsonan letupan lelangit lembut:

 Konsonan letupan pita suara [ʡ]


Letupan pita suara ini dihasilkan apabila pita suara dirapatkan, dan keadaan
ini menyebabkan aliran udara terkumpul dan tertahan. Apabila secara serta-
merta pita suara ini terbuka dan membebaskan udara, bunyi yang dihasilkan
itu dinamakan letupan pita suara [ʡ]. Oleh sebab bunyi ini berlaku pada pita
suara, bunyi ini tidak dapat dikatakan bunyi bersuara atau tak bersuara.
Conrohnya ialah:

Letupan pita suara [ʡ]

[# budaʡ #] (budak)

[# baleʡ #] (balik)

[# kakaʡ #] (kakak)

Rajah konsonan letupan pita suara:

 Konsonan letusan [c] dan [j]

Terdapat dua bunyi letusan dalam bahasa Melayu. Bunyi ini dihasilkan dalam
keadaan yang sama seperti bunyi letupan. Yang membezakannya adalah
bunyi ini dilepaskan secara perlahan-lahan sehingga terdengar bunyi
geluncuran. Dalam keadaan ini, lelangit lembut dinaikkan dan pita suara
bergetar dan tidak bergetar bagi menghasilkan bunyi bersuara dan tak
bersuara. Konsonan letusan dalam bahasa Melay adalah letusan lelangit
keras tak bersuara [c] dan letusan lelangit keras bersuara [j]. Contohnya
ialah:

Letusan tak bersuara [c]


[# cat #] (cat)

[# kaca #] (kaca)

[# koc #] (koc)

Letusan bersuara [j]

[# jalan #] ( jalan)

[# baju #] (baju)

[# garaj #] (garaj)

Rajah konsonan letusan:

Konsonan sengau

Bunyi sengau dihasilkan apabila lelangit lembut diturunkan bagi


membolehkan udara keluar melalui rongga hidung. Dengan menghubungkan
alat artikulasi lidah pada titik artikulasi yang tertentu di dalam mulut, bunyi
sengau dihasilkan. Kesemua bunyi sengau dalam bahasa Melayu dihasilkan
dengan pita suara bergetar. Semua bunyi sengau adalah bersuara. Ada
empat bunyi konsonan sengau dalam bahasa Melayu, iaitu [m], [n], [ᵑ] dan [ᶮ].

 Sengau dua bibir bersuara [m]


Konsonan sengau dua bibir dihasilkan apabila bibir bawah dirapatkan kepada
bibir atas. Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara
melalui rongga hidung. Semasa melafazkan bunyi ini, pita suara digetarkan.

Contohnya:

[# makan #] (makan)

[# lama #] (lama)

[# alim #] (alim)

Rajah sengau dua bibir bersuara:

 Sengau gusi bersuara [n]

Bunyi sengau gusi dihasilkan dengan hujung lidah irapatkan kepada gusi.
Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalui
rongga hidung. Semasa melafazkan bunyi ini, poita suara digetarkan.
Contohnya:

[# naᵑka #] (nangka)

[# bina #] (bina)

[# lapan #] (lapan)

Rajah sengau gusi bersuara:


 Sengau lelangit keras gusi bersuara [ᶮ]

Konsnan sengau lelangit keras dihasilkan dengan depan lidah dirapakan


kepada lelangit keras gusi. Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang
menyebabkan udara melalui rongga hidung. Semasa melafazan bunyi ini,
pita suara digetarkan. Contoh:

[# ᶮawa #] (nyawa)

[# ᶮamoʡ #] (nyamuk)

[# baᶮaʡ #] (banyak)

Rajah sengau lelangit keras gusi bersuara:

 Sengau lelangit lembut bersuara [ᵑ]

Konsonan sengau lelangit lembut dihasilkan dengan belakang lidah diangkat


dan dirapatkan kepada lelangit lembut. Lelangit lembut dalam keadaan biasa
yang menyebabkan udara melalui rongga hidung. Semasa melafazkan bunyi
ini, pita suara digetarkan. Contoh:

[# ᵑaᵑa #] (nganga)

[# malaᵑ #] (malang)
Rajah sengau lelangit lembut bersuara:

Konsonan geseran

Terdapat sembilan bunyi geseran dalam bahasa Melayu, empat bersuara dan
empat lagi tak bersuara. Manakal satu bunyi lagi adalah geseran pita suara
yang tidak dapat dikatakan bersuara atau tak bersuara, dan dilambangkan
dengan [h].

 Geseran gigi bibir [f] dan [v]

Bunyi geseran gigi bibir dihasilkan apabila gigi bawah dan bibir atas
dirapatkan tetapi tidak enghalang aliran udara keluar. Laluan yang terbentuk
merupakan laluan yang sempit. Kesannya udara yang dikeluarkan dari
peparu menyebabkan geseran berlaku. Bunyi geseran tak bersuara adalah [f]
dan yang bersuara [v]. Contohnya:

Geseran gigi bibir tak bersuara [f]

[# fikir #] (fikir)

[# lafaz #] (lafaz)

[# maʡaf #] (maaf)

Geseran gigi bibir bersuara ]v]

[# variasi #] (variasi)

[# novel #] (novel)

Rajah geseran gigi bibir:


 Geseran gusi [s] dan [z]

Bunyi geseran gusi dihasilkan apabila hujung lidah dirapatkan ke arah


sempadan gusi lelangit keras. Keadaan ini juga tidak menyekat aliran udara.
Udara yang keluar dari peparu akan menyebabkan geseran berlaku. Bunyi
geseran tak bersuara adalah [s] manakala yang bersuara adalah [z]. Contoh:

Geseran gusi tak bersuara [s]

[# sah #] (sah)

[# kisah #] (kisah)

[# lipas #] (lipas)

Geseran gusibersuara [z]

[# zaman #] (zaman)

[# baza #] (baza)

[# hafiz #] (hafiz)

Rajah geseran gusi:


 Geseran lelangit keras [Ṧ] dan [Ẑ]

Bunyi geseran lelangit keras dihasilkan dengan depan lidah dinaikkan ke


arah lelangit keras tetapi tidak rapat. Udara dari paru-paru terdesak keluar
dengan berlakunya geseran. Bunyi geseran gusi lelangit keras tak bersuara
adalah [Ṧ]. Bunyi [Ẑ] adalah bunyi geseran lelangit keras bersuara. Contoh:

Letusan lelangit keras tak bersuara [Ṧ]

[# Ṧubuht #] (subuh)

[# aṦar #] (asar)

[# xaṦ #] (khas)

Letusan lelangit keras bersuara [Ẑ]

[# Ẑohor #] (dhzor)

[# haẐir #] (hadhir)

[# haiẐ #] (haidh)

Rajah geseran lelangit keras:

 Geseran lelangit lembut [x] dan [ү]


Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dengan mengangkat belakang
lidah rapat ke lelangit lembut. Udara yang keluar dari peparu terdesak melalui
rongga mulut. Ini menyebabkan geseran berlaku. Konsonan geseran lelangit
lembut tak bersuara ialah [x] dan konsonan geseran lelangit lembut bersuara
ialah [ү].

Geseran lelangit lembut tak bersuara [x]

[# abar #] (khabar)

[# xianat #] (khianat)

[# tarix #] (tarikh)

Geseran lelangit lembut bersuara [ү]

[# үaeb #] (ghaib)

[# loүat #] (loghat)

[# baliү #] (baligh)

Rajah geseran lelangit lembut:

 Geseran pita suara [h]

Geseran pita suara dihasilkan apabila pita suara dirapatkan yang


mengakibatkan udara keluar di antara pita suara secara bergeser. Seperti
keadaan bunyi letupan glotis, bunyi ini juga berlaku di pita suara maka
dengan itu tidak timbul soal sama ada bunyi ini bersuara ataupun tidak
bersuara. Contoh:

Geseran pita suara [h]

[# hati #] (hati)

[# lihat #] (lihat)

Rajah geseran pita suara:

Konsonan getaran

Bahasa mempunyai satu bunyi konsonan getaran, iaitu [r]. bunyi ini
dihasilkan apabila lidah digetarkan dalam rongga mulut. Dalam keadaan
begini lidah diangkat ke arah gusi. Udara yang dilepaskan dari peparu
menggetarkan hujung lidah dan pita suara. Ini menghasilkan bunyi getaran
[r]. contoh kehadiran konsonan getaran [r]:

[# rantai #] (rantai)

[# baru #] (baru)

[# ular #] (ular)

Rajah konsonan getaran:


Konsonan sisian

Bahasa mempunyai satu bunyi konsonan sisian, iaitu [l]. bunyi konsonan
sisian ini dihasilkan apabila udara dilepaskan melalui kiri dan kanan lidah.
Dalam keadaan ini hujung lidah diangkat ke arah tengah gusi. Lelangit
lembut dirapatkan ke belakang rongga tekak. Udara yang dilepaskan dari
peparu melalui sisi kanan dan kiri lidah dan menggetarkan pita suara. Bunyi
yang terhasil adalah [l]. Contoh penggunaan konsonan sisian [l] ialah:

[# lantai #] (lantai)

[# balam #] (balam)

[# kᵊsal #] (kesal)

Rajah konsonan sisian:

Separuh vokal
Bunyi ini dinamakan separuh vokal kerana bunyi vokal ini tidak dihasilkan
dalam keadaan yang sempurna. Bunyi ini tidak dapat dikatakan sebagai
bunyi vokal kerana semasa ia dilafazkan berlaku sekatan kepada aliran
udara. Semasa pengucapannya, kedudukan lidah sama seperti ketika
melafazkan bunyi vokal tetapi keadaan ini hanya berlaku separuh jalan
sahaja. Kedudukan lidah berubah selepas itu. Ada dua bunyi separuh vokal,
iaitu separuh vokal dua bibir [w] dan separuh vokal lelangit keras [y]. keadaan
bibr dibundarkan semasa melafazkan [w]. manakala semasa mlafazkan [y]
keadaan bibir dihamparkan. Contohnya:

Separuh vokal dua bibir [w]

[# wayaᵑ #] (wayang)

[# kawan #] (kawan)

[# pulaw #] (pulau)

Separuh vokal lelangit keras [y]

[# yaᵑ #] (yang)

[# tayaᵑ #] (tayang)

[# pakay #] (pakai)
CARTA KONSONAN MELAYU

DAERAH
SEBUTAN/
CARA BIBIR GUSI GUSI LELANGIT LELANGIT PETI
SEBUTAN LELANGIT KERAS LEMBUT SUARA
KERAS
LETUPAN

Tak bersuara p t k ʡ

Bersuara b d g
LETUSAN

Tak bersuara c

Bersuara J
Sengauan m n ᶮ ᵑ
GESERAN

Tak bersuara f s Ṧ x h

Bersuara v z Ẑ ү
Getaran r
Sisian l
Separuh vokal w y

You might also like